Followers

Sunday, November 30, 2008

PAS, DADAH & REMPIT

Apa yang berlaku dihari ini depan mata

KERAJAAN Pas Kelantan hari ini tidak seharusnya berbangga dengan mojoriti mewah DUN dalam pilihanraya tempohari, yang mana Pas mendapat 38 kerusi daripada 45 kerusi dipertandingkan. Mursyidul Am Pas selaku MB juga "tidak dapat tidur lena" atas apa hidangan sosial muda mudi yang berlaku di negeri Serambi Mekah hari ini. Nik Aziz lebih fermous dengan panggilan Tok Guru, sekarang sudah berumur 78 tahun dan sudah lebih 18 tahun menjadi MB Negeri Kelantan. Rakyat Negeri Kelantan yang menyokong Pas merasa suatu kehebatan bila Parti Pas dapat mempertahankan kuasa. Apa tidaknya Tok Gurulah satu-satunya MB berstatus ulamak di Malaysia ini. Keghairahan ini terkedu dan lenyap bila menyentuh soal anak-anak muda di Kelantan hari ini, yang kebanyakannya anak-anak penyokong setia Pas ( Sebab rakyat Kelantan mojoriti sokong Pas) . Gejala-gejala sosial tidak dapat dikawal lagi, di merata pelusuk daerah samada di kampung-kampung, di pekan-pekan atau di bandar-bandar. Harakah akhbar milik Parti Pas tidak pernah menyiarkan berita-berita seperti ini kerana bimbang terkena batang hidungnya sendiri, lebih-lebih lagi di kawasan PR yang memerintah. Harakah lebih menyalak kepada kononnya DAP sudah Islam dan pemimpin DAP sudah layak digelar "Ulamak" dan" Wali Sogo" kerana sudah pandai baca Bismillah atau menyebut kerajaan Umar Ab Aziz. Bagi mereka gejala-gejala itu di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat (BN), dan Kerajaan BN lah yang menyebabkan gejala ini berleluasa. Penyokong-penyokong pas dilarang tengok tv kerana haram, baca akhbar-akhbar milik kerajaan juga tidak dibenar dan dilarang sama sekali.

Tiba-tiba dihari ini sedar atau tidak sedar sikap golongan muda mudi diKelantan lebih teruk daripada negeri-negeri lain di Malaysia. Ibu Bapa sanggup bagi duit kepada anak-anak mereka yang menagih dadah walau pun kebanyakan dari mereka terdiri dari golongan miskin dan sekadar kerja kampung sahaja. Bila anak bangun saja dari tidur jam 10 pagi, maka dah tersedia hidangan nasi untuk anak-anak. Selepas mandi masa nak keluar dari rumah, bagi pulak duit sebagai belanja untuk membeli makanan tambahan hari tersebut, takut lapar. Selepas dapat duit maka anak-anak itu berjalanlah ke pot-pot, di samping cuba berusaha untuk mendapatkan duit lebih. Soalnya mengapa ibu bapa sanggup beri duit? tujuannya kerana untuk mengelakkan daripada anak-anak mencuri, demi untuk mendapatkan sesedut, sejarum dan sebiji dadah. Jika anak-anak ini bersembunyi dalam semak untuk mengelak daripada ditangkap oleh pihak berkuasa, maka ibu-ibu mereka pula sanggup hantar nasi kerana " kasih seorang ibu dan tanggungjawab seorang ibu terhadap anak yang dilahirkan..."

D isituasi begini pun Pemimpin Pas sempat lagi menyalahkan kerajaan PUSAT, berkaitan dengan benteras dadah ini. Pemimpin Pas tahu dan reti bagi ceramah mengata kesat kepada pemimpin-pemimpin BN, mengajar di masjid-masjid, hadir tempat kenduri, kematian, jika ada projek sikit-sikit buat, seperti jalan jalan kampung yang diberi peruntukan oleh kerajaan pusat (Tapi sempat pulak mengaku jalan yang Nik Aziz buat) ini sudah layak digelar sebagai pemimpin oleh penyokong Pas. Kepada bebapak Pas pula pepagi buta selepas sembahyang subuh pekena tea susu dan hisap rokok dunhill/daun (Duduk berjam-jam ) dikedai kopi, sambil sembang mengutuk orang-orang Umno atau pemimpin BN sebelum pergi buat kerja. Ini lah senario kebanyakan rakyat di Kelantan, lebih2 lagi golongan tua-tua di pendalaman. Bagi si Ibu pula bila anak menjelang ke tingkatan satu, mulai sibuk mencongak untuk hantar anak-anak ke sekolah Menengah agama kerana terpengaruh dengan ceramah-ceramah pemimpin pas yang selalu mereka dengar. Walau pun sememangnya anak itu tidak layak sangat-sangat. Tetapi dek kerana kebodohan ibubapa maka anak-anak itu dihantar juga kesekolah agama. Apabila anak-anak tidak minat dengan pelajaran (sekolah agama) macamana dia nak belajar. Seperti yang kita tahu jika anak-anak tidak ada komitmen ia akan mencari perkara lain untuk memenuhi masa lapangnya. Seperti pergi ke cyber-cyber cafe ( bukan untuk douwlond yasin atau hadis ) untuk main game, bermulalah belajar hisap rokok, lepas tu coke dengan panadol dan ubat batuk, pil kuda. Mentaliti Ibubapa yang punyai anak ketagih dadah pula, biasanya suka bermusuhan sesama sendiri, dengan tetangga-tetangga atau jiran, orang-orang kampong dan sebagainya. Kerana mereka terlalu marah jika ada orang memberitahu perihal anak-anak mereka. Hubungan semakin renggam diantara masyarakat lama kelamaan boleh terjadi perpecahan sesama Islam dan sebangsa. Sebab itu lah penulis beranggapan walau pun Pas dapat memerintah Negeri Kelantan lebih 18 tahun, tetapi Pas tetap gagal dalam kontek Islam sebenar-benarnya.

Gejala-gejala rempit jugak tidak kurangnya, jalan-jalan raya dijadikan tempat perjudian litar lumba. Siapa yang juara akan mendapat habuan atau hadiah samaada berupa wang ringgit, barangan (Termasuk lah dadah) dan sex mengikut pesetujuan antara tekong-tekong kedua-dua pihak. Tekong-tekong ini biasanya dikalangan kumpulan kedua belah pehak atau dari sponser-sponser yang dicari seperti taukeh-taukeh cina dan sebagainya. Perlumbaan ini dilakukankan lewat malam antara pukul 12 sampai subuh. Paling ketara dimalam-malam minggu seperti malam-malam jumaat, malam cuti umum. Biasanya kebanyakan dari mereka berumur di antara 15 hingga 20 tahun yang terdiri keseluruhan dari kalangan anak-anak muda Melayu. Kehebatannya terserlah kerana diikuti juga dengan golongan gadis-gadis bawah umur. Penyertaan biasanya meliputi seluruh Negeri Kelantan. Golongan ini lebih dikenali dengan nama Mat Rempit. Pas memerintah Kelantan sudah melebihi 18 tahun, bermakna anak-anak muda ini kebanyakannya dilahirkan semasa pemerintahan Pas. Mengikut rekod dan analisis daripada pehak berkuasa anak-anak muda ini tiada hiburan, yang menyebabkan dia memilih jalan merempit untuk memenuhi masa lapangnya. Tekanan kemiskinan, faktor-faktor politik sempit, faktor kekeluargaan kucar kacir, lebih menggalakkan gejala ini berlaku. Kebanyakkan Mat Rempit mendapat pendapatan mereka seharian dengan cara ini, bagi membiayai kehidupan mereka. Dikalangan mereka juga ramai terlibat dengan najis dadah, pil-pil kuda, ubat batuk dan sebagainya.


Mereka semua adalah sebangsa dan seagama, dimana silap mereka?. Inilah satu-satunya kesan politik sempit orang-orang Melayu. Semua pemimpin dipersoalkan diakhirat kelak.

ORIENTALIS

Apa yang kita faham tentang Orientalis?


ORIENTALIS berasal daripada perkataan" orienta " yang bererti" timura". Orientalis ialah gelaran kepada mereka yang berasal dibarat, tetapi mengkaji mengenai budaya "timura" yang biasanya diertikan ialah budaya islam. Dengan kata lain orientalis ialah orang barat yang mengkaji mengenai ilmu-ilmu Islam, tetapi mereka tidak menganut agama Islam. Bila imbuhan " ismea " dimasukkan iaitu orientalismea, ia menggambarkan cara berfikir yang digunakan oleh orientalis. Oleh itu, mana-mana orang yang menggunakan cara orientalis dianggap sebagai mempunyai pemikiran orientalime, tidak kiralah sama ada mereka Islam atau tidak. Persoalannya, apakah pula cara orientalis?

Dalam tamsilan yang dibawa, terdapat beberapa unsur yang perlu diberi penelitian yang boleh menggambarkan sikap orientalis. Pertamanya, untuk bercakap tentang sesuatu perkara, kita terlebih dahulu melihat sendiri, atau melakukan penyelidikan sendiri untuk mencari hakikat sebenar apa yang kita katakan. Jangan sekadar bercakap dengan membawa cakap orang, lambat laun jadilah khabar angin yang jauh daripada kebenaran. Begitulah orientalis, mereka tidak sekadar belajar Islam daripada jauh, tetapi mereka mendalami ilmu-ilmu islam dengan mendalam, dengan teliti dan tekun. Sekali pun mereka orang Amereka yang tidak islam, mereka mahir bahasa Arab, mahir ilmu nahu dan saraf, mahir ilmu fiqh, tauhid, tafsir, sirah dan lain-lain lagi. Mereka mengkaji ini kerana beberapa faktor. Antaranya ialah mereka ingin mengenali Islam dengan sebenar, bukan sekadar cakap-cakap orang dikalangan mereka. Mereka ini biasanya akan menghasilkan karya-karya yang iklas mengenai Islam, menjelaskan kebenaran Islam dan kehebatan Islam itu sendiri, melalui cara umat Islam sendiri pun mungkin tidak dapat menemuinya.

Selain itu ada unsur kedua dalam tamsilan diatas, yang menggambarkan sikap sebahagian besar orientalis. Mereka mengkaji sesuatu untuk mencari kelemahannya dan disebar luaskan kepada umum. Contohnya yang diberikan diatas, ialah lubung hidung dikatakan lubang sahaja, begitu juga sembahayang orang-orang dalam barisan tidak diberitahu dengan jelas.Dalam konteks orientalis, begitulah situasinya. Mana-mana saja kelemahan yang wujud dalam undang-undang islam, akan terus digunakan, dikritik, dan dijadikan suatu kelemahan islam dan kekurangan supaya umat manusia kurang yakin kepada Islam sesaorang atau golongan tertentu, dengan cara cuba membuat kekeliruan. Hujah mereka berasaskan teori ilmiah yang kadang kala sukar untuk umat Islam sendiri menjawabnya. Namun kerap kali perbincangan dibuat mereka tetap mencipta hujah-hujah yang bodoh, menampakkan kebencian mereka terhadap sesama Islam, dan tingkah laku mereka seolah-olah golongan mereka lah Islam yang betul dan lebih Islam daripada orang-orang Islam yang lain.


Politik Bangsa Melayu hari ini banyak menjurus kearah orientalisme. Oleh itu fikir-fikirkan lah, kerana ia boleh memecah belahkan umat Islam.

Saturday, November 29, 2008

REMAJA , POLITIK & ORIENTALISME


Satu analisis secara lebih global untuk mengupas intipati sebenar apa yang berlaku di depan mata oleh yahudi


Seorang jejaka dengan bersungguh sungguh memberitahu rakannya,bahawa dia telah bertemu dengan seorang gadis yang sangat cantik. Untuk memberitahu orang lain perihal gadis tersebut rakannya itu seharusnya melihat sendiri secara live adakah gadis tersebut cantik sebagaimana yang digambarkan. Kalau cantik, katakan cantik kalau normal katakan normal. Tapi kehidupan hari ini dihiasi bermacam ragam manusia. Mungkin kerana rakan jejaka itu tidak mahu orang lain tahu kewujudan gadis yang benar-benar cantik itu, lalu dia menemui orang ramai dan mengatakan bahawa gadis itu memang perfect dan pada wajahnya ada lubang-lubang. Orang ramai yang mendengar akan terus menganggap gadis itu cacat, sekali pun mereka tidak sedar, mereka ditipu secara halus. Memang betul wajah gadis itu berlubang, kerana terdapat dua lubang hidung dan satu lubang mulut! Bahasa yang mengelirukan sengaja digunakan, untuk mengelirukan orang ramai agar tidak memperdulikan kewujudan gadis yang cantik itu.

Senario yang sama juga berlaku dalam politik Bangsa Melayu hari ini. Jika kita berjemaah jangan ikut iman orang-orang Dalam Barisan tidak sah, kalau kita ikut juga sembahyang kita akan terbatal. Ini adalah salah satu contoh sikap orientalis yang telah menular dikalangan orang-orang Melayu yang beragama Islam hari ini.Memanglah orang-orang dalam barisan/saff yang sama tidak boleh dijadikan iman,iman mestilah berada kehadapan sedikit daripada makmun dan tertakluk pada syarat-syaratnya. Tetapi sengaja mengelirukan orang ramai semata-mata untuk mendapat keuntungan kepada parti politik tertentu. Begitulah tamsilan yang berlaku hari ini. Sebagai gambaran awal penulis ke atas beberapa contoh yang mudah dan sikap ini amat ketara di kalangan orang-orang Melayu. Langkah-langkah awal yahudi untuk menerapkan gejala ini dalam Islam telah berjaya,tetapi kita masih alpa dan lalai kerana taksub kepada sesuatu. Selalu kita dengar mengenai orientalis tetapi kita tidak tahu apa-apa. Namun untuk memahami tentang orientalis dan orientlisme dengan nada ilmiah, penulis akan cuba menulis artikel selanjutnya (Jika kesempatan masa). Agar bagi mereka yang tidak pernah mendengar istilah ini tidak membuat sangkaan yang orientalis adalah sejenis kulit buaya yang dijadikan beg tangan!

Friday, November 28, 2008

WANITA UMNO MALAYSIA & PERALIHAN & PERTANDINGAN



Tan Sri Rafidah Aziz VS Tan Seri Sharizat Abdul Jalil


Selesai saja Mesyuarat Bahagian Wanita Umno Malaysia bermacam-macam implikasi yang timbul. Bermula daripada Datok Kamillia mengistiharkan diri untuk bertanding Naib selepas itu bermulalah aturcara persegaran mulut dan tarik menarik rambut di antara exco Wanita Umno Malaysia.

Tidak lama selepas itu Sharizat pula menawarkan diri ke Jawatan Tertinggi Pergerakan itu. Keesokkannya Penyandang jawatan Rafidah Aziz mengistiharkan untuk mempertahankan jawatannya bagi penggal 2009-2011 sekali gus terbatal Plan Peralihan Kuasa yang telah diputuskan sebelum ini.

PM Pah Lah telah memberi peringatan kepada kepada Pergerakan itu walaupun ada pertandingan haruslah mematuhi peraturan parti. Pertandingan hendaklah dijalankan dengan baik-baik supaya tidak merosakkan imej parti dan individu tertentu (Ayat yang selalu Pak Lah guna).

Sebelum ini para exco wanita bertungkus lumus memperjuangkan Plan Peralihan Kuasa dalam Pergerakan itu supaya seiring dengan Plan Peralihan Kuasa peringkat tertinggi Parti (2010). Setelah kata putus sama-sama dibuat pada 25 September 2008 (Kononnya) maka Plan peralihan kuasa dalam pergerakan itu ditetapkan pada Jun 2009. Namun setelah peralihan kuasa peringkat tertinggi parti dipercepatkan dari 2010 kepada march 2009 kelihatan seolah-olah ada suatu yang tidak kena dalam plan Peralihan kuasa pergerakan wanita yang diputuskan sebelumnya.

Apakah tujuan sebenar Peralihan Kuasa itu dibuat? sepatutnya pergerakan wanita kena faham matlamat sebenar plan itu dibuat atau dilakukan. Tidak dinafikan ada pemimpin yang terpaksa akur dan serah jawatan kepada orang lain seperti yang kita semua tahu PM sekarang Pak Lah dengan rela hati melepaskan jawatan Presiden Umno kepada Datok Sri Najib pada pesidangan Agong Umno nanti. Mungkin Sesetengah dari penyokong perjuangan Pak lah akan merasa sugul dan kecewa manakala penyokong Datok Najib tersenyum lebar di atas Peralihan kuasa itu. Tetapi semuanya berlaku untuk memulihkan kekuatan parti Umno akibat dari kesan kekalahan mengejut dalam PRU12 ke atas beberapa buah negeri kepada parti pembangkang.

Pengerusi Biro Antarabangsa juga exco Wanita Umno Malaysia Datok Raja Ropiah Raja Abdullah menjelaskan pada kita bahawa tidak pernah ada perbincangan dibuat di peringkat exco berhubung Plan Peralihan Kempimpinan di antara Tan Sri Rafidah dan Datok Sri Sharizat. Sebaliknya pula exco Wanita Datok Halimah Mohd Sadique mengatakan pada 25 september 2008 perbincangan telah dibuat dengan panjang lebar. Ketua Penerangan Wanita Datin Paduka Seripah Noli Syed Husin dan Setiausaha Kerja Munaliza Hamzah mengesahkan perkara itu benar-benar berlaku. Pentelingkahan seperti ini sepatutnya tidak ditimbulkan lagi oleh mana-mana pihak, tambahan dalam pergerakan itu sendiri. Perkara itu kalau pun nak diperbincangkan mestilah sebelum dari keputusan untuk bertanding dibuat. Lagi pun ia nya tidak sesuai didedahkan dalam media seperti yang ada di akhbar-akhbar hari ini. Itu masalah dalaman pergerakan itu dan keputusan untuk bertanding pun sudah diputuskan oleh kedua-dua pihak. Nasihat PM Paklah tidak diendahkan. Sepatutnya Rafidah sendiri dapat mengatasi dan mengelakkan pertelingkahan seperti itu berlaku, kerana dia masih ketua dalam pergerakan itu. Jika Rafidah tidak mampu bermakna beliau patut akur bahawa pimpinannya sudah lemah dan harus mempercepatkan lagi Plan Peralihan Kuasanya seiring dengan Peralihan Kuasa peringkat tertinggi parti pada March nanti, apatah lagi mahu meneruskan hasrat hatinya mempertahankan jawatannya itu. Inilah sebaik-baiknya bagi seorang ketua atau pemimpin yang didikasi bagi mengelak perpecahan dan akhirnya memberi kesan negetif pada parti. Umno kini memerlukan pembelaan dari semua pemimpin. Termaksuklah pimpinan dari Bahagian,Wanita,Pemuda dan Puteri. Umno akan bertambah lemah jika kita mengambil sikap pentingkan diri sendiri, lagi pun buat masa ini amat-amat tidak sesuai sama sekali. Oleh itu hari ini dan disaat ini cubalah tunaikan janji-janji kita yang sama-sama kita lafazkan sebelum ini iaitu mahu melihat Umno kukuh dan kuat demi kepentingan Bangsa, Agama dan Tanah air untuk generasi akan datang.


Sudah lamakah anda menikmati hasil dari perjuangan orang-orang Umno terdahulu? Kini tanggungjawab kita pula untuk generasi akan datang.

Thursday, November 27, 2008

DIA YANG SEDAP KITA YANG KENA

Sepintas lalu

Pada suatu hari si Amin disuruh emaknya mengambil mangga dikebun.
Sedang si Amin memanjat pokok mangga tiba-tiba , dia terlihat kebawah ada sepasang remanja sedang making love (Maaf) Maka berdirilah bulu roma si Amin . Dia pun bertahan diatas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mula gementar.

Tak lama dia kemudian didengarnya suara isak tangisan suara remanja perempuan itu , sambil tersedu-sedu dia bicara." Abang macamana jika saya hamil nanti ? Abang kena bertanggungjawab...

" Sudalah dik , kita serahkan semua ini pada yang diatas," jawab si lelaki...

Si Amin terperanjat beruk lalu dia berteriak, wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap dibawah , senang-senang nak serahkan semunya pada aku ! Aku kan cuma tengok saja , usik pun tidak !!!


Berani kerana Benar , Takut Kerana Salah.

BICARA SENJA 2 (KADA)

Imbas sejenak bersama usahawan KADA

BERIKUT SENARAI-SENARAI PROJEK DIBAWAH INDUSTRI BUKAN PADI

1 . Ternakan ikan air tawar
2 . Ternakan Lembu
3 . Ternakan Kambing
4 . Ternakan Ikan hiasan
5 . Ternakan Itik
6 . Tanaman sayuran
7 . Tanaman Buahan
8 . Tanaman Herba
9 . Makanan Ringan
10. Sejuk Beku
11. Snek Tradisional
12. Minuman/jelly
13. Sos/Jeruk/Rempah Ratus
14. Pastri(kek,roti dll)
15. Laksam/laksa
16. Makanan Tradisinal(Serunding dll)
17. Bukan Makanan(Baja Organik dll)

Pada sesiapa yang berminat khasnya Petani yang ingin melaksanakan projek yang termasuk dalam senarai diatas bolehlh berhubung dengan Pejabat Khidmat Peladang(PKP) KADA yang berhampiran.Borang permohonan/biodata hendaklah diisi dengan baik dan diserah kepada PKP yang berkenaan seberapa segera.Permohonan ini tidak tertakluk samaada lelaki/Perempuan dan umur tidak kurang 18tahun.

Untuk keterangan lebih lanjut sila berhubung dengan Pejabat PKP (KADA) yang berhampiran.Mana-mana perserta yang terpilih pehak KADA akan menyediakan kursus sebelum projek itu dijalankan.Sesiapa yang berminat dalam projek ternakan ikan air tawar,ikan hiasan dan ternakan Kambing hendaklah disegerakan membuat permohonan kerana pehak KADA akan membuat tindakan untuk meluluskan mana-mana permohon yang layak dalam tahun ini juga.

Wednesday, November 26, 2008

PERJUANGAN SUDAH SELESAI TAHAP 3

Sembang bersama berberapa pemimpin tempatan di Kedai kopi dalam cawangan Belukar Luas dan ini rumusan yang penulis buat.


Sesuatu yang menarik dan berbeza kehadiran penulis kali ini,tercabar tu ada.Pada awalnya dirancang ke destinasi lain tetapi terpaksa mengubah haluan kerana faktor-faktor tugas rasmi yang kebetulan penulis ada tugas di situ.Berdebar juga ketika sembang-sembang kerana mereka-mereka terdiri daripada ketua-ketua masyarakat yang berpengaruh.Berbekalkan semangat juang yang ikhlas semuanya penulis anggap "Small matter" Pertemuan ini juga adalah sebahagian dari tugas hakiki penulis.Menghadirkan diri dalam majlis-majlis dan perjumpaan tertentu untuk mentranformasi teknologi baru kepada golongan sasar bagi membuat perubahan ke arah kemajuan masyarakat selaras dengan kehendak kerajaan dan Negara.

Pemimpin politik sekarang sikap senget sebelah terlalu ketara tak kira dalam mana-mana parti samada Umno,Pas atau Keadilan.Dalam menyelesakan sesuatu perkara tidak menunjukkan sikap yang adil,bijaksana dan tidak peka dengan keadaan.Bertindak tanpa pakatan yang kemas yang membuatkan ramai terkeliru dalam sesuatu tindakan yang dibuat.Kesan daripada itu sudah tentu akan lahir dikriminasi, yang di peringkat awalnya dapat kita lihat di kalangan keliling mereka dan selepas itu akan mulai menular tersebar ke peringkat bawahan atau akar umbi.Maka terbentuklah puak.Puak yang ikhlas yang cuba memperbetulkan keadaan dan puak yang provokatif yang suka cuba menangguk di air keruh.

Kebanyakan penyokong parti politik punyai pelbagai pendapat dan taksiran, ada yang menyokong kerana perjuangan, ada yang menyokong kerana sahabat handai atau anak beranak dan ada yang menyokong kerana reaction kepada sesuatu.Segala penyakit yang tidak baik jika dikaji banyak terdapat dalam umno mungkin umno sebuah parti terulong dinegara ini [orang pun kalu dah 56tahun ada yang dah mulai nyanyok kata seorang itu sambil mencelah..] Walaupun baik dan jelas sekali perlembagaan dalam parti itu, namun di peringkat perlaksanaannya tidak seberapa.Di kalangan pemimpin Umno juga ramai yang cerdik pandai tetapi disebabkan ciri-ciri kepimpinan tidak ditonjolkan dengan jelas, Umno juga dianggap sebaris dengan parti Pas dan Keadilan. Sifat berhemah, kemas,lemah lembut dan tegas boleh meransang minat sesaorang itu untuk menyertai kearah sesebuah parti. Masyarakat Melayu Kelantan seperti yang kita tahu agak unik jika dibandingkan dengan masyarakat melayu dinegeri-negeri lain diMalaysia samada dari segi pegangan agamanya dan cara hidup.Mereka banyak memikir dan menilai apa yang dapat dilihat dengan perhubungan seharian.Situasi sebegini ternyata tidak memihak kepada Umno dan ianya dapat dikesan dengan baik oleh parti pas untok mencari pengaruh partinya.Sebab itu lah Pemimpin-Pemimpin Pas mencari jalan dengan cara-cara pendekatan agama dan ternyata amat berkesan sekali.Masjid-masjid atau tempat ibadat lain dijadikan markas untuk mereka,majlis-majlis kenduri tempat-tempat kematian mereka utamakan.Hubungan silaturrahim sesama masyarakat dalam Pas amat bebeza sekali dengan Umno,kalau pun ada dalam umno tetapi tetap tidak sama.Umno lebih mirip kepada sesuatu, yang menyebabkan hubungannya tidak kekal lama dan juga silih berganti.Jasa orang lama-lama tidak diambil kira,sikap memilih bulu juga terlalu ketara dalam parti Umno.Parti Pas seperti yang kita tahu yang lebih pandai menjaga puak walaupun setengah daripada mereka suka bercakap kasar dan macam-macam menuduh kepada pemimpin umno tetapi kerana puak-puak mereka sendiri dalam parti mereka pandai menampil imej yang baik dan lebih beraklak seumpama model kepada orang islam yang lain.

Parti Pas dan Adil perjuangannya tidaklah jelas dan bagus sebagaimana umno.Disebabkan pandai mengambil pendekatan dan menepati ciri-ciri keunikan masyarakat, mereka akhirnya berjaya mencari pengaruh.Sehinggakan mereka sanggup bergabung dengan DAP dan PKR dalam Pakatan rakyat (PR) jelas merosakkan perjuangan asal partinya sendiri demi untuk mendapatkan kuasa mereka sanggup.Ia boleh bergabung sedangkan masing-masing mempunyai niat yang berbeza,tambahan lagi DAP secara jelas mempersendakan Agama Islam.Orang-orang melayu dalam Pas dan Adil dikotak katitkan oleh pemimpin atasan mereka,sehingga Pas Kelantan lain Pas di Kedah lain begitu juga di Selangor dan Perak.Tekanan demi tekanan oleh DAP sehinggakan Pas tersepit mainan Parti Keadilan.Tetapi orang-orang melayu dalam PR masih juga tidak sedar perbuatan mereka itu bukan saja merosakkan parti mereka juga merosakkan Bangsa Melayu itu sendiri.Sehinggakan sesetengah pemimpin dari kalangan mereka itu sudah jelas membuat suatu tindakan bertentangan dengan Bangsa Melayu dan agama Islam.Semata-mata meruntuhkan Kerajaan BN yang ada pada hari ini mereka terima segala-galanya.Menabur sikap yang membenci kepada Umno mereka sanggup melihat Melayu berpecah belah sedangkan mereka tahu tonggak kekuatan dalam BN itu adalah Umno dimana Umno lah menjamin Bangsa dan juga Agama Islam yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Negara.Pemimpin dalam Pas sebenarnya lebih memihak kepada gila jawatan sebab itulah mereka sanggup mengikut telunjuk DAP walau pun seperti yang kita tahu DAP telah banyak mempersendakan agama suci kita Islam dan menganggu gugat tanah air kita sekian lama.

Orang-orang Melayu dalam umno pula satu hal, walau pun mereka sedar perkara ini.Tetapi disebabkan hipokrit terlalu menebal dalam Umno itu sendiri maka perkara-perkara ini dipandang enteng.Sepatutnya kita semua kena lebih bersatu untuk memperkuatkan umno dengan mengetepikan perkara yang remeh temeh yang boleh merosakkan parti, demi perpaduan bangsa dan tanah air.Segala tanggungjawab ke arah kekuatan adapada kita dan jika kita tersilap langkah akhibatnya anak cucu kita akan merempat di kemudian hari.Kita mengejar keuntungan tidak seberapa hari ini hari Esok Tanah Air Belum Tentu Milik Kita Lagi.Kita tidak boleh kompromi dalam hal-hal seperti ini dan mahu dicuba-cuba.Hanya pakatan dalam Umno saja mampu menghalang gerakan-gerakan yang cuba menjahanam orang-orang Melayu. Hari ini dapat dilihat dengan jelas gerakan kaum-kaum lain ternyata lebih racist dan bersifat gangterism yang sanggup bunuh membunuh seperti gerakan haram Hindraf yang sudah mula bertapak di Malaysia.

Kebanyakan umno di peringkat Cawangan mahu melihat kesungguhan Umno Bahagian mengambil sikap perihatin ke arah kekuatan umno menjelang pilihanraya ke13 nanti.Jika tidak dibendung dari sekarang besar kemungkinan umno akan lebih parah dan mengalami kekalahan yang lebih teruk lagi.Sementara masih ada sisa-sisa perjuangan yang iklas kami di peringkat akar umbi, kami mendesak Bahagian membuat perubahan seberapa segera untuk memgembalikan semangat asal perjuangan.Idea-idea yang baik dari bawah mesti dikumpulkan dan harus diambil kira walaupun ia tidak sehaluan dari segi lain tetapi mempunyai matlamat yang sama dari segi perjuangan asal umno.Kita jangan sesekali mudah terpengaruh dengan tanggapan yang negetive yang sedang bermaharaja lela diBahagian kita sekarang.Hubungan mesti dieratkan lagi sesama ahli,kerja-kerja berkumpulan dan sebagainya.Kami diperingkat akar umbi tetap menyokong jika ada pendekatan-pendekatan seperti itu .Pendekatan ini semata-mata mengembalikan roh dan semangat umno yang semakin kabur.Sudah tentu banyak halangan yang terpaksa dihadapi atas usaha-usaha tersebut kerana setiap sesuatu yang baik lebih susah dari melakukkan kejahatan.Kerana Agama,Bangsa dan Negara marilah kita bersama-sama mendukung Umno yang satu-satunya parti keramat untuk Bangsa kita.



Kita tidak berakhir di sini,perjuangan tetap diteruskan. Kata-kata itu mengakhiri perbualan kami.

Tuesday, November 25, 2008

UMNO OH UMNO

Buat Renungan sejenak


Sedar tak sedar Bangsa Melayu sekarang sudah mempunyai tiga pertubuhan parti politik yang besar iaitu Umno,Pas dan Adil.Para penyokong masing-masing asyik mempertahankan kesucian dan perjuangan sehingga seolah-olah mereka sudah lupa Bangsa melayu sekarang diibarat telur dihujung tanduk bila-bila masa menunggu rebah tersungkur ditanah air sendiri.

Umno sebuah parti politik yang telah terbukti kewebawaannya di kalangan Bangsa Melayu, kini semakin lenyap di mata.Menampakkan seolah-olahParti pas lebih berjaya dan terlekat dihati bagi sesetengah orang-orang melayu dengan cara-cara pendekatan yang diambil. Sehinggakan Orang-orang melayu dalam pas yang fanatik agama telah sama-sama memainkan peranan dalam perpecahan sesama sendiri.Mereka menganggap perjuangan menentang umno itu jihat,berimankan orang-orang umno tidak sah dan macam-macam lagi.Pembawakan ini menyebabkan banyak memberi kesan sekali kepada pepercahan di kalangan Bangsa Melayu dan Agama Islam.

Selain dari perpecahan kerana fahaman politik tersebut,perebutan jawatan di peringkat pimpinan tertinggi Umno maupun di peringkat akar umbi di cawangan-cawangan di seluruh negara yang lepas juga memberi kesan yang ketara kepada perpecahan dalam Umno masa kini.Timbul lah puak-puak dan klik-klik bagi calon masing-masing.Klik-klik ini berkerja untuk melobi calon-calon dengan apa sekali pun semata-mata untuk mendapat kemenangan bagi calon-calon mereka.Walau pun Permilihan di Cawangan dan Bahagian sudah berakhir namun kesan daripada pertandingan tersebut amat ketara sekali.Anggapan dan tomahan antara satu sama lain manjadi tajuk utama dimerata tempat diperbualkan dikedai-kedai kopi, dan ini jika dibiarkan berlarutan sudah tentu akan melemahkan lagi Umno.Sepatutnya duduk semeja untuk memperbincangkan langkah-langkah bagaimana cara bagi memulihkan umno dimata masyarakat sebagai menghadapi pilihanraya ke13 nanti. Umno kini diibarat macam ketulan ais terkena sinaran matahari menunggu masa untuk menjadi air.


Akhir dari penulis Berkawanlah dengan cara berkawan-kawan demi Umno.

Sunday, November 23, 2008

KELEBIHAN FOREX BERBANDING SAHAM.

Pelaburan Forex adalah jauh lebih baik berbanding dengan saham.Ini adalah berdasarkan beberapa faktor antaranya.


1 . Tiada komisen
2 . Kos transaksi yang lebih rendah (Tiada komisen dikenakan kepada Traders)
3 . Transaksi jual beli yang sangat pantas
4 . Kecairan (Market Liquidity) yang sangat tinggi dan amat mudah untuk menunaikan keuntungan yang anda perolehi dengan klik satu butang mouse.
5 . Leverage yang sangat tinggi dengan modal yang kecil , secara umum berniaga dalam Pasaran Forex membolehkan anda dengan modal yang kecil untuk berniaga 200 kali ganda amaun modal anda . Katakan jika anda mempunyai rm1000 anda boleh berurusniaga dan membuat pembelian matawang USD50,00.00.
6 . Tiada insider , orang dalam , sindiket penipuan , berita palsu seperti yang kerap berlaku didalam pasaran saham . Pasaran saham secara mudah terdedah kepada permainan sindiket tertentu yang cuba melonjakkan harga saham syarikat tertentu dan menjerat pelabur yang terdaya dan membeli saham tersebut.Pasaran forex sukar dimanupulasi oleh sesiapa jika sesaorang ingin memanipulasi dia tentunya mestilah mempunyai sekuang-kurang USD10 trilion untuk membolehkannya mengusai pasaran . Mana ada orang yang kaya sebegitu? Manusia terkaya Bill Gate pun hanya mempunyai USD56 billion , jauh lagi ke USD1 trillion.
7 . Dagangan 24 jam , 5hari seminggu . Mempunyai kawalan pelaburan pada bila-bila masa . Tidak akan berlaku kes pasaran ditutup kerana tindakan terroris , bencana alam , perayaan atau cuti umum.
8 . Pasarannya 2 hala , saham kebanyakannya hanya sehala iaitu pelabur hanya untung jika harga saham jatuh dan terpaksa menangggung kerugian jika saham naik kerana tidak dibenarkan short atau sell.
9 . Tidak dikawal oleh mana-mana Negara atau Kawalan Pasaran Sentral.



Bersambong...

WANITA UMNO MALAYSIA 2009-2011

Dalam kenyataan bertulisan tangan setebal 10 halaman Rafidah turut mengumumkan untuk mempertahankan pada pemilihen parti mac depan bagi penggal penuh 2009-2011 sebagai menyahut cabaran Sharizat yang tidak lagi menghormati pelan peralihan kuasa yang diputuskan ogos lepas.

Berikut kenyataan penuh Rafidah
1. Akan mempertahankan jawatan yang saya sandang sekarang,dan IsyaAllah akan bertanding untuk jawatan tersebut bagi tempuh 2009-2011.
2. Saya menghargai dan menghormati percalonan yang telah saya terima dari 117 bahagian.
3. Saya memulangkan kepada para perwakilan yang mewakili akar umbi,untuk menentukan pemimpin yang mereka mahu untuk tempuh 2009-2011 itu.


Petikan dari Malaysiakini bertarikh 21 November 2008.

Saturday, November 22, 2008

WANITA UMNO MALAYSIA

Berbaloikah Rafidah mempertahankan ketua Pergerakan itu dalam pertandingan kali ini yang hanya beberapa bulan sahaja menjelang jun 2009.



Pelbagai rentak dan cara dibuat samada Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia dipertandingkan atau tidak diperingkat Pergerakan itu Mac 2009 nanti.Hari ini terjawab sudah Rafidah tetap mempertahankan jawatan yang disandangnya itu sehingga Jun 2009.Sesekali fikir kenapa begitu sekali Rafidah mahu mempertahankan jawatannya yang hanya beberapa bulan saja, menjelang peralihan kuasa pergerakan itu yang telah ditetapkan sebelum ini.Namun keputusan yang dibuat oleh Rafidah hari ini adalah suatu yang sudah dijangka oleh ahli-ahli pergerakan itu memandangkan pergolakkan Pergerakan itu sejak akhir-akhir ini.Ahli-ahli pergerakan itu kebanyakan mulai sangsi kepada Ketua pergerakan mereka selepas peralihan kuasa Pak Lah Perdana Menteri Malaysia dipercepatkan kepada Datok Sri Najib.

Bisikan sesetengah pihak dalam umno ada juga kedengaran bahawa sudah tentu Rafidah sendiri ada niat tententu sebab itu mahu mempertahankan jawatan walaupun hanya memegang beberapa bulan sahaja menjelang tarikh peralihan kuasa.Biasanya setelah bertukarnya Perdana Menteri maka barisan kabinet baru akan dibentuk,Datok Sri Najib akan membentuk barisan kabinet yang sesuai dengan kehendaknaya.Rekod Rafidah yang memegang jawatan Pergerakkan itu akan lebih tercalar kesan dari keputusan yang dibuat oleh Rafidah sendiri yang mahu mempertahankan jawatan itu hari ini.Samada Rafidah menang atau kalah tidak penting yang penting pergorbanan anak buah yang setia begitu lama lebih 20th Rafidah menerajui pergerakan itu harus diambil kira dan berbagai jawatan penting dalam kabinet ketika kedudukannya memegang jawatan ketua wanita umno itu Rafidah kecapi samada pangkat atau kedudukan.Apa lagi jika beliau kalah dalam pertandingan dengan Sharizat itu yang akan memberi impak buruk kepada Umno lebih-lebih lagi kepada pergerakan itu sendiri.

Keputusan Shahrizat Abdul Jalil untuk bertanding merebut jawatan ketua pergerakan itu dikira tepat dan satu keputusan yang bijaksana.Bila takdir sudah ditetapkan oleh Illahi sepatutnya Rafidah kena terima dan pasrah.Lebih baik diberi peluang kepada Sharizat menerajui pergerakan itu dikira terbaik seiring dengan peralihan kuasa diperingkat pimpinan tertinggi Kerajaan Mac nanti.

Untuk Rafidah cari alasan berundur dan menyerah kepada Sharizat tidaklah susah jika dibandingkan jika dia mempertahankan lagi jawatan pergerakan itu.Carilah justifikasi dan ayat-ayat yang power agar ianya menunjukkan kita ok .Macam-macam kita boleh buat dan reka untuk dijadikan munasabah, supaya ianya dapat diterima sebagai adil dan tidak terdesak lebih-lebih lagi untuk mengelak dari orang mengatakan beliau takut kepada anak buahnya sendiri dan perkara ini boleh diatasi.

Rafidah sudah ada pengalam luas dalam menerajui pergerakan itu dan pernah bertanding dan kalah dalam merebut jawatan itu juga mampu bangkit kembali selepas ketewasan itu, dan menang.Tetapi pertandingan kali ini dikira lain dari sebelumnya kerana Rafidah sudah dipenghujung perjuangan dan banyak perkara dalam pergerakan itu sendiri tidak dapat diselesaikan.Beliau juga tidak perlu kesal dan sedih dengan apa yang berlaku.Beliau kena berpuas hati dengan apa pencapaian dan pelbagai kemudahan yang beliau dapat kecapi semasa beliau menerajui pergerakan itu sekian lama.Sejarah ini jarang berlaku kepada wanita-wanita lain yang memimpin pergerakan itu sebelum ini.Sepatutnya Rafidah kena banyak bersyukur dan berterima kasih kepada ahli-ahli yg memberi sokongan dan peluang kepada beliau bagi menerajui pergerakan itu.Mereka sama-sama membantu dan mempertahankannya yang membolehkan beliau memegang jawatan tertinggi dalam pergerakan itu sehingga hari ini.
Rafidah harus sedar para penyokongnya itu tetap ada pendirian dan prinsip tersediri mahu melihat perubahan yang tidak sesuai lagi ditakuk lama.Kebanyakan di kalangan mereka mahu percepatkan peralihan kuasa dalam pergerakan itu,dan Rafidah seharusnya akur dalam hal-hal seperti ini.Hari ini Rafidah telah mengistiharkan dirinya akan mempertahankan jawatan itu dan Rafidah juga kena akui jika beliau kalah dalam pertandingan itu, rekod cemerlang beliau jika ada dalam pergerakan itu akan turut musnah sama sekali.

Walaupun Rafidah telah merancang pelan peralihan kuasanya sebelum ini namun Tuhan juga yang menentukannya.Ketentuan Tuhan atas segala apa yang berlaku,kita manusia jarang mengetahui rahsianya. Sepatutnya kita terima dengan hati terbuka dan penuh kesyukuran itulah sebaik-baiknya.Mungkin ini ada hikmahNya.Kita manusia mampu merangcang Tuhan saja yang boleh menentukan,tambahan pula dalam politik..Menjelang Persidangan Agong Umno Malaysia Mac nanti macam-macam perkara boleh terjadi kepada landskap politik parti Umno.Keputusan yang telah dibuat itu harus difikir berkali-kali bukan setakat kesannya kepada Pergerakan Wanita itu sendiri tetapi juga kepada Pertubuhan Umno keseluruhannya.Sebaiknya berundur dengan baik dan beri laluan kepada orang lain dengan hati yg ikhlas.Jasa-jasa beliau akan tetap dikenang dan tidak luput dalam lipatan sejarah pergerakan itu jika berlaku sedemikian dan beliau akan tetap dijunjung sebagai Serikandi Wanita Umno Malaysia.





Ini hanya satu pandangan ikhlas dari penulis.

Friday, November 21, 2008

PERJUANGAN SUDAH SELESAI TAHAP 2.

Sembang secara Rambang dikedai Kopi dekat dengan Putera Chengal berhampiran Cawangan Belukar Chengal dan ini Rumusan yang Penulis Dapat.



Kini sesetengah ahli-ahli Umno mulai memahami sedikit sebanyak antara yang tersurat dan tersirat tujuan wujudnya penubuhan Umno.Kini berbagai musibah dan penyakit pulak yang datang melanda ahli-ahli akar umbi hidangan makanan yang tidak berapa enak dan sesetengah tu tidak boleh dimakan langsung.Umno Bahagian lebih mementingkan jawatan daripada memenangkan Umno dalam pilihanraya.Terlalu mendukacitakan dikalangan Pemimpin Umno Bahagian itu sendiri menunjukkan sikap kearah itu. Individu ini dengan jelas menampakkan perjuangannya mirip kepada kepentingan diri.Lebih parah lagi individu tersebut sanggup mengunjungi cawangan menceritakan keburukan kumpulan lain yang sama-sama parti umno.Jika dibiarkan ia boleh merosakkan parti diperingkat cawangan maupun Bahagian.Kesan jangkamasa panjang jika dibiarkan berterusan boleh memberi impak yang negetive kepada masa depan umno itu sendiri dan juga pilihanraya. Perkara yang disampaikan itu sudah tentu tidak betul kerana cuba menghalang kebebasan dan cuba melebel orang itu dan orang ini.Rasa kebimbangan dan takut orang lain mengambil tempat dan hak kita terlalu menebal.Parti Umno adalah satu pertubuhan yang diasaskan untuk keseluruhan Bangsa Melayu.Apa lagi yang kita tidak faham? dan suatu tidak boleh dijadikan hak milik orang-orang tertentu sahaja.Sepatutnya semangat setiakawan harus dititikberatkan jangan mudah menganggap sesuatu kepada orang lain yang kebetulan tidak dalam kumpulan kita konon tetapi masih dalam parti yang sama.Perkara ini seolah-olah menampakkan kita yang kuat dan berkuasa dan orang lain tidak, kita yang kuat kerja.Orang-orang lain hanya layak menjadi Pak Turut sahaja dan apa kita buat semuanya betul,situasi macam ini kah untuk menguatkan Umno?. Tajuk utama penulis dan kawan-kawan kenapakah situasi ini boleh berlaku diperingkat grass root>Disini penulis ada dua jawapan pertama dalam Barisan Pimpinan Bahagian itu sendiri sudah ada bermacam-macam kumpulan dan ketua dan kedua Pimpinan Bahagian malas nak ambil tahu atau cuba nak selesaikan kerana takut tercalar body(Kalau cat metalic boleh gilap balik).

Kami penulis dan ahli-ahli parti telah memberi mandat sebaik-baiknya kepada pimpinan bahagian, tetapi kenapa tidak dipertanggungjawabkan amanah ini dengan sebaik mungkin?.Tidak mungkin manakan tiada ribut pokok itu bergoyang..mana mungkin jika dikalangan Pimpinan Bahagian itu sebulat dan sejiwa dengan perjuangan masakan kesannya ada diperingkat akar umbi.Perkara ini tidak boleh dipertikaikan lagi sudah terang lagi bersuluh Pimpinan dalam Bahagian sekarang ada bermacam-macam puak. Masyarakat seperti yang kita tahu banyak peringkat mentelitinya, ada yang mendengar saja,ada yang mendengar dan cuba memikir dan mencari kepastian dan yang paling mendukacitakan mendengar dan terus menerima.Golongan Umno jenis memikir dan yang mencari kepastian mengatakan "apakah yang difikirkan oleh pimpinan bahagian dan cara bagaimana untuk menaikkan mertabat Umno itu jika membiarkan perkara ini terjadi.....".Masa telah lama diberikan untuk memperbetulkan keadaan ini,dan yang kita tahu jika dibiarkan lama kelamaan kesan daripada jangkitan penyakit ini yang sudah tentu boleh menambahkan lagi penderitaan kerana penyakit yang lama masih lagi tidak tidak ditangani dengan baik sedangkan penyakit baru pula yang menlanda.Bilalah Umno nak menang pilihanraya kerana musuh itu ada pada diri sendiri keluh seorang bernama sahabat.

Cadangan Penulis dan rakan-rakan selain dari memperbetulkan Pimpinan Barisan Bahagian itu sendiri,Pimpinan Umno Bahagian juga mesti banyak mendekati akar umbi.Perbanyakkan program-program bersama ahli-ahli parti dan buatlah dengan begitu tersusun dan berterusan.Kita ada jawatankuasa 4 Peringkat Pemuda,Puteri,Wanita dan Bahagian. Belum lagi diambil kira agensi-agensi kerajaan DAN swasta yang lain seperti KEMAS ,PPM ,KADA ,RISDA JASA dan sebagainya .NGO-NGO juga boleh turut digerakkan bermula dari sekarang seperti RELA,BELIA-BELIA,RUKUN TETANGGA dan juga lain-lain.Soalnya dimanakah mereka-mereka ini semua?.Melalui cara pendekatan program-program yang diatur itu juga boleh mengeratkan hubungan silaturrahim yang boleh melahirkan modal insan yang sangat berguna.Agama Islam juga menuntut jalinan sesama manusia selain dari dapat memperkukuhkan lagi umno diperingkat Cawangan dengan Peti undi dan Peti-Peti undi dengan peringkat Bahagian.Seperti yang kita tahu dalam mana-mana persatuan atau organisasi pun jika ahli-ahlinya kuat danbersemangat kental maka kuatlah persatuan itu.Sebaliknya persatuan itu akan lemah dan hancur jika pemimpinnya mengutamakan kumpulan-kumpulan tertentu sahaja semata-mata bagi kumpulan itu saja yang pandai dan cerdik yang boleh menolong yang lain-lain lain semuanya kontot atau bodoh dan tidak boleh didekati.Namun dalam masa yang sama kita mahukan penambahan sokongan daripada orang-orang baru.Makanya disini benarlah perpatah lama-lama "yang dikejar tak dapat,sedangkan yang dikendung keciciran..."Kita mengejar ahli-ahli baru dari parti-parti Bangsa Melayu yang lain untuk penambahan ahli dan sekali gus memperkuatkan umno.Kita mahukan ahli yang ramai sedangkan kita tidak pandai mentadbirnya ini juga menjadi masaalahnya. Kadang-kadang untuk menjaga ahli-ahli yang tersedia ada pun kita lemah apatah lagi untuk menjaga ahli-ahli baru yang sudah tentu lebih bermasaalah lagi pada kita silap-silap menjadi " duri dalam daging" pada kita sendiri dan pertubuhan kita dan perkara ini amat sukar untuk kita mengatasinya jika mereka itu membuat masaalah jika dibandingkan dengan ahli-ahli yang lama.Tiada seorang pun kata parti umno akan kuat tanpa penambahan sokongan daripada ahli-ahli baru,perkara ini kita faham dan jelas sekali.Soalnya diri kita lemah dan miskin bagaimana kita hendak menolong diri dan keluarga orang lain?kalau diri kita juga tidak sihat macamana boleh kita persendakan sesaorang yang berpenyakit.Kuatkan semangat jati diri dahulu dan terapkan kepada ahli-ahli dahulu semangat juang yang tinggi secara jujur,iklas dan adil.InsyaAllah Kita akan dapat sesuatu keputusan yang tepat dengan pertolongan dari Allah . Kita hendaklah menilaikan sesaorang itu dengan mata hati dan jangan sesekali kita nilaikan diri sesaorang itu secara luaran atau fizikal sahaja.Orang sakit juga akan sihat jika penggunaan keatas ubat itu mengikut cara yang betul dan dengan izin Allah. Ubat itu pula hendaklah sesuai dengan penyakit yang dihadapi.Sudah tentu penggunaan ubat juga salah boleh menambahkan penyakit pada kita .Aturan dan disiplin yang tinggi juga amat perlu untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.Jika kita benar-banar untuk menyembuhkan sesuatu penyakit perkara itu hendaklah diutamakan.Kalau betul ada niat untuk memperkuatkan Umno hendaklah terlebih dahulu membuang segala penyakit yang ada.Penyusunan semula dibuat ahli-ahli yang baik hendaklah diberi peluang atau didahulukan dan mana kala ahli-ahli yang kurang baik jangan diutamakan dalam sesuatu perlantikan jawatan atau tugas-tugas.Jika dibiarkan orang-orang yang kurang baik ini ia akan menjadi sarang segala penyakit kepada orang-orang lain. Ubat walaupun pahit ditelan juga demi menjaga kesihatan,jika pun kaki sendiri terpaksa dipotong demi mahu menjaga anggota-onggota kita yang lain masakan kita tidak mahu melakukannya " penyakit kecing manis".Kawan-kawan penulis yakin dan percaya Umno bahagian Ketereh sebenarnya sudah disebah penyakit sekian lama dan telah pun bersarang.Penyakit itu pulak semuanya kronik-kronik belaka akhibat dibiarkan terlama lama.Umno bahagian perlu membuat perubahan secara total,dan ramai ahli akar umbi percaya Umno akan mendapat roh baru jika reform itu dilakukan segera dan jika dibiarkan ramai-ramai percaya dalam PRU13 nanti Umno bertambah nazak.Seperti yang kita tahu sejarah telah membuktikan sebab dan kenapa kita tewas dalam pelihanraya umun yang lepas-lepas . Kita sendiri " lemah" yang menyebabkan parti pas dan KeADILan mengambil kesempatan dan menang.Namun penulis amat yakin jika kita sentiasa mencari jalan untuk mengatasi segala kelemahan yang ada Umno akan kembali utuh seterusnya dapat tawan kembali Kelantan daripada Parti Pas dan KeADILan yang penting segala tersurat dan tersirat sama-sama kita ketahui.




Umno tidak milik sesaorang dan umno sentiasa dihati Masyarakat.

Wednesday, November 19, 2008

UMNO

Untuk apa dan milik siapa


Setengah orang-orang melayu ada juga yang mempersoalkan melayu itu tidak semestinya Islam.Melayu adalah satu bangsa seperti juga cina, india dan bangsa-bangsa lain yang ada di Malaysia.Orang-orang Arab atau bangsa Arab juga ada yang tidak Islam,begitu juga sebaliknya bangsa lain juga banyak menganut Islam di dunia ini dan tidak boleh dinapikan oleh sesiapa.

Di Malaysia boleh dikatakan hampir 100% bangsa Melayu beragama Islam,kenapa sesetengah dari kita cuba memperkatakan dan memperbesarkan perkara melayu itu tidak bermakna beragama Islam.Semuanya terjawab semata-mata mahu mengaut keuntungan pengaruh untuk kepentingan kebendaan kesan dari kekeliruan dan perpecahan yang ditimbulkan.Sepatutnya kita sesama sebangsa dan seagama memegang prinsip yang sama walau apa cara sekali pun,apa salahnya demi perpaduan bangsa melayu kita mengatakan islam itu hak milik keseluruhan orang-orang melayu peribumi di.Malaysia ini, disamping itu juga menjadi penganut kepada bangsa-bangsa lain .Setidak tidaknya kita ada dua cara untuk bersatu, penyatuan sebangsa dan seagama sudah pasti ikatan ini menjadi lebih kuat dan boleh dijadikan landasan sebagai pemangkin kehormonian masyarakat seterusnya keutuhan negara,dan perkara ini lah yang diperjuangkan oleh parti umno. Agama Islam diturunkan oleh Allah kemuka bumi ini untuk semua manusia tak kira bangsa dan darjat itu sudah jelas.

Parti politik terbesar di.Malaysia yang diwakili oleh bangsa melayu adalah UMNO sesuailah seperti yang termaktub dalam perlembagaan tertubuhnya UMNO.Perjuangannya adalah jelas sejak dia ditubuhkan berjuang mengangkat
mertabat agama Islam dan umno juga berjuang untuk mengangkat harakat bangsa melayu.

Di dalam pembentukan perlembagaan negara, UMNO dengan jelas meletakkan agama Islam agama persekutuan dengan membenarkan agama lain selain dari Islam diamalkan secara aman dan termaktub dalam perkara 3 perlembagaan negara.Kalau kita tengok negara lain contohnya negara Indonesia yang mojoriti penganut agama islam teramai jumlah umat Islamnya pun tidak meletakan Islam sebagai agama persekutuan negara tersebut.

Kerana hasil perjuangan umno lah membolehkan agama Islam mendapat perbagai peruntukan untuk membangunkan dan mengembangkan dakwah islamiah dinegara ini.Demikian jugalah kedudukan bangsa Melayu hari ini hasil dari perjuangan pemimpin-pemimpin umno terdahulu.

Umno juga dengan jelas mengangkat harakat bangsa melayu seperti yang kita tengok
dalam perlembagaan seperti dalam perkara 32,kedudukan DYMM Agong dan juga raja-raja berpelembagaan.Perkara 152 bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Perkara 153 hak-hak istimewa orang-orang Melayu juga terjaga.Tidak banyak negara yang sanggup melakukan semua ini demi menjaga kehormonian peribumi mereka,namun umno mampu dan dengan jelas mengambil tindakan tegas dan berani melakukan semua ini kerana ia selari dengan penubuhannya semata-mata untuk agama dan bangsa melayu.



Penubuhan umno untuk kesejahteraan sejagat disamping memertabatkan agama Islam dan bangsa Melayu demi pribumi tanah air tercinta. Umno milik kita semua.





RENUNGAN SEPITAS LALU

UMNO antara Kawan dan Lawan silih berganti

Kesilapan utama kita dalam menilai sesaorang adalah pada zahir atau pada luaran sahaja.Dalam setiap saat penghidupan kita tetap dirundung masalah akibat tersilap taksiran atau nilaian tersebut.Kesannya akan dapat kita lihat biasanya dalam satu jangkamasa yang panjang dan juga kesan itu dapat juga dilihat dalam masa yang singkat.Andainya kita teliti dengan mata hati selepas itu lama kelamaan kita akan dapat menganggak suatu yang kita buat dan beranggapan itu benar atau tidak.Sikap terberbukaan yang inginkan kearah " kebaikan" dan mengurangkan kepentingan pada diri sendiri sedikit sebanyak membantu kita mengurangkan kearah membuat tindakan seperti itu.Penyakit hati pada diri sesaorang biasanya boleh menambahkan lagi taksiran yang tidak tepat .Ianya amat membahayakan kita, bila mana untuk mengetahui apa yang tersurat dan tersirat sebenarnya.

Tambah lagi dalam politik, situasi tidak tepat beranggapan pada sesaorang dapat dilihat dengan jelas sekali.Kegagalan dan kekecewaan yang melanda seseorang akan dizahirkan jika keputusan tidak memihak pada individu tersebut, waima perjuangan yang mereka buat itu silap atau tidak betul tetapi masih juga mahu menegak kebenaran dan tetap berusaha untuk memenanginya juga.Terkadang juga taksiran yang dibuat oleh ahli-ahli secara luaran saja, seperti yang jelas dapat kita lihat dalam politik hari ini yang menjadi mangsa keatas seseorang pemimpin walaupun perjuangan yang mereka buat adalah betul dan benar namun tetap tidak dipilih oleh ahli-ahli atau masyarakat.Walau pun apa yang tersurat dan tersirat baik dapat dilihat,tetapi tetap tidak menjadi pilihan kerana pada diri kita terdapat sesuatu penyakit jarang orang ketahui dan sedar iaitu penyakit hati.

Amat malang lagi jika sesaorang pemimpin atau ketua mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri sedemikian,yang sesetengahnya penyingkirkan agenda kebaikan ramai . Utamakan kehendak tersendiri yang memukirkan mereka bertindak mengikut cara dan acuan mereka.

Apabila budaya ini menjadi ketara seperti yang kita tahu dan dapat lihat amat sukar untuk dibendung sebab pada diri manusia itu sendiri membuat sesuatu keburukan amat senang jika dibandingkan untuk membuat sesuatu kebaikan.Budaya melayu pulak memang unik jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain, virus dengki atau cantas-mencantas (Istilah baru pacung-dalam politik) yang akhirnya memberi jawapan .Tidak hairanlah jika pertubuhan politik atau persatuan orang-orang melayu masing-masing berpuak-puak dan
saling tuduh menuduh semata-mata mahu menegak mengikut kehendak dan kumpulan sendiri.Fenomena ini berlaku juga pada kaum lain tetapi kurang menyerlah.Ringkasnya orang-orang melayu amat lemah memahami istilah "antara yang tersurat dan tersirat"yang sebenar benarnya jika pun mereka tahu penyakit hati terlalu menebal pada diri sehinggakan boleh mengalah membuat baik itu "syurga" dan membuat jahat itu "neraka" dan kesejahteraan dunia untuk agama,bangsa dan tanah air sendiri.



Kata-kata penulis...

Jika anda berhasrat untuk berjaya,jangan hanya memandang ketangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

Jika anda terpaksa menjatuhkan orang lain...pastikan orang itu bukan rakan yang pernah menolong menaikkan diri anda.....

Tuesday, November 18, 2008

BICARA SENJA 1 (KADA)

Imbas sejenak bersama petani


LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU(KADA)

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu secara ringkasnya KADA telah melancar beberapa langkah plan peningkatan pengeluar beras negara selaras dengan keperluan 100% keperluan sara diri (SSL).Mengurangkan pergantungan kepada beras import dimana diantara komponen penting dalam dasar Jaminan Makanan Negara.Teknologi dan kaedah pertanian baik boleh meningkatkan hasil padi sehingga 10tan/hektar untuk mencapai tujuan tersebut.


1. Tindakan Quick Win Bagi meningkatkan produktivi
- Penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran
- Progrem melibatkan pemerataan tanah sawah
- Pembekalan input pertanian bagi meningkatkan kesuburan tanah
- Pembekalan input bagi kawalan makhluk perosak

2. Tindakan bagi meningkatkan pengeluaran dengan memperkukuhkan khidmat sokongan dan pemberian subsidi serta pembayaran insentif
- Pemilikan jentera dan mekanisasi ladang
- Khidmat sokongan penyelidikan dan promosi teknologi
- Pemberian subsidi dan pembayaran insentif

3. Tindakan jangka panjang bagi menambahkan pengeluaran dengan meningkatkan intensiti penanaman dan pembukaan kawasan baru
- Pembangunan infrastruktur saliran dan pengairan
- Progrem jelapang padi Sabah
- Progrem jelapang padi Serawak


Melalui perlaksanaan langkah-langkah diatas dianggarkan pengeluaran hasil padi dalam negara dijangka meningkat sebanyak 27% iaitu kepada 630,000 metrik tan menjelang 2010.Tahap SSL
akan dapat ditingkatkan daripada tahun 2007 kepada 86% menjelang tahun 2010 sekali gus meningkatkan pendapatan pesawah padi diseluruh negara.



Pertanian adalah satu perniagaan.

BICARA SUBUH

Sedikit ruangan bisnes


FOREX


Forex adalah singkatan bahasa inggerish bagi FOREX EXCHANGE.Jika diterjemahkan dalam bahasa melayu bermaksud pertukaran matawang asing.Secara ringkasnya forex adalah pasaran matawang dunia dimana matawang dibeli dan dijual oleh saudagar-saudagar forex dan bank-bank seluruh dunia.

Sebelum tahun 1996, pasaran ini tertakluk dan dibuka kepada ahli-ahli exclusive,yang terdiri daripada bank-bank, intitusi-intitusi pelaburan yang berpengaruh ( Hight net worth individuals) konglomerat multi milionaire seperti George Soros sahaja kerana modal permulaan sebanyak USD 500,ooo.ooo.oo (lima ratus juta) setiap hari sahaja.

Kemudian, pada tahun 1996 forex dibuka kepada orang ramai selepas diluluskan buat kali pertama oleh peresiden Amerika ketika itu , Bill Clinton.Semenjak itu broker-broker forex tumbuh macam cendawan dan jumlah dagangan harian terus meningkat setiap tahun.Kini jumlah dagangan forex setiap hari mencecah 2.5 trilion USD.

Pasaran forex amat berkuasa sehingga dapat menjatuhkan ekonomi sesuatu negara dalam sekelip mata sahaja.Sebagai contoh di Rusia dan Indonesia.Ingatkah anda siapa George Soros?Biliau amat bijak menggunakan kuasa yang ada pada pasaran forex bagi mendapat keuntungan melebihi 1 billion USD dengan sekelip mata sahaja.Kini broker forex semakin bertambah akhibat saingan broker forex diintenet,modal minima untuk membuka accaunt menjadi semakin rendah.Kini memadai sekadar 300USD sahaja (Bergantung kepada Platform yang anda pilih) untuk membuka accaunt forex dan memulakan anda trade(Dagangan forex).Maka persaingan antara broker dagangan di internet menyebabkan banyak platform-platform yang ditawarkan lebih rendah dari 300USD.



Bersambong...

PERJUANGAN SUDAH SELESAI TAHAP 1

Sembang kedai kopi sebelah KADA resort dekat cawangan kubang bongor


Satu kumpulan terus beranggapan 8 november 2008 akan ranap pentadbiran umno bahagian Ketereh diYKK selepas persidangan angong umno bahagian itu 8 november 2008 . Gaya usaha kumpulan berkenaan seolah-olah mahu menyapuh bersih barisan AJK bahagian dan kesemua G7 perwakilan ke Persidangan agong Umno di Kuala Lumpur.

Dalam blog Umno Ketereh menyebut terdapat dua kumpulan terbentuk menjelang persidangan agong umno bahagian itu . Satu kumpulan adalah barisan kerajaan yang dipimpin oleh Tok Gawa Fauzi dan satu kumpulan lagi adalah lebih dikenali dengan kumpulan wawasan dipimpin oleh Boh D.

Kesan daripada kehebatan kedua-dua kumpulan itu dirasakan umno bahagian Ketereh sudah dua langkah kehadapan berbanding dengan lesunya umno bahagian Ketereh kesan daripada tsunami pelihanraya ke12 tempuhari.Petanda yang baik jika dikekalkan sikap kedua-dua kumpulan menghampiri orang-orang penting cawangan dengan kata lain "perwakilan cawangan". Perwakilan cawangan yang diberi mandat oleh ahli-ahli cawangan dalam mesyuarat cawangan bagi persiapan wakil kepersidangan agong umno bahagian.

Kehadiran kedua-dua kumpulan ini memberi semangat yang berkobar-kobar kepada cawangan berkenaan, dengan kata lain roh umno di peringkat cawangan segar ibarat macam ular yang sebelumnya seakan-akan mati hidup semula selepas terkena embun di waktu pagi.Bekalan buah tangan tanda persahabatan dalam berpersatuan diamalkan dengan baik , selain itu juga mana-mana ahli cawangan yang suka bersiar siar diberi peluang sambil makan dan tidak ketentuan masa . Alangkah indahnya seperti satu pasangan yang baru berkahwin di malam pertama.

Bisik bisik kedai kopi kedengaran di cuping telinga " kenapa situasi begini tidak dilakukan sebelum pilihanraya ke12 baru-baru ini ?......" alangkah baiknya kata seorang lagi , setidak tidaknya boleh merubah sedikit keputusan pilihanraya. Tambahan yang mojoriti alahnya sedikit sudah tentu kita menang !! kata pemilik kedai kopi itu dengan penuh bersemangat sambil mengacau air tongkat ali beng pada pelanggannya itu.

Semua pelanggan yang ada dikedai pagi itu terdiam sambil menoleh antara satu sama lain tanda tak faham kepada siapa tuan punya kedai kopi itu menujukan soalan. Kebetulan terdapat ramai pelangan diwaktu itu . Ada seorang yang berani mencelah....katanya " itulah umno pentingkan jawatan dari memenangkan partinya sendiri dalam pilihanraya...."agaknaya pelanggan satu ni ( yang berani menjawab tu) dalam kumpulan yang kalah dalam pemilihan bahagian baru-baru ini agaknya dalam benak hati ku ?... Kecewa bercampur emosi sikit cara jawabannya , kebetulan suaranya pula nyaring......tapi air muka nya nampak serius dan menampakkan keikhlasan.

Kesimpulannya masih ramai lagi orang-orang melayu masih sayangkan umno.Tinggal lagi pendekatan tidak dibuat diperingkat akar umbi , pembetulan pentadbiran diperingkat pejabat umno di YKK harus dikaji semula, begitu juga pengagihan perojek jika ada mesti diambil kira jangan dibolot sewenang wenangnya oleh golongan-golongan tertentu dalam bahagian.Semua ini jangan dianggap mudah ahli-ahli umno hari ini tidak seperti ahli-ahli umno di zaman sebelum merdeka,kalau dulu ahli-ahli umno berjuang untuk merdeka tetapi ahli umno hari ini sudah celik dan tidak buta lagi sejarah, seiring dengan kehendak dan wawasan ketua umno bahagian Tan Sri Dato Sri Panglima Hj Annuar Hj Musa mahukan ahli-ahli umno bahagiannya bijak dalam memilih calon-calon yang bertanding dan akan memegang jawatan dalam bahagian pandai dan tahu menilai mana yang intan dan yang permata setiap kali pemilihan bahagian dilakukan.Pilih mana yang boleh buat kerja untuk parti bukan pilih yang merosakkan parti.Oleh itu tidak timbullah dikalangan perwakilan yang bersidang baru-baru ini lahir dari kalangan kumpulan Tok gawa Fauzi dan kumpulan Boh D sebab proses pemilihan bahagian itu sudah pun selesai , pemilihan perwakilan itu sudah tepat mengikut kehendak Tan Sri sendiri yang menang adalah lebih layak memegang jawatan ( Keputusan rasmi tertera , sila layari blog umno-ketereh.via.my dan blog yang ku dengar dan ku lihat-Boh Yi Kadok ).

Sekarang tidak timbul lagi soal kumpulan mana-mana , jika pun ada itu hanya sengaja diada-adakan. Anggaplah semangat setiakawan yang lahir dari hati yang ikhlas sesama parti dan jangan sesekali melabelkan seseorang kerana sejarah telah membuktikan kesannya amat berat, walau pun sudah berpuluh tahun masih ada lagi musibahnya . Proses perjuangan permilihan bahagian kita sudah selesai marilah kita sama-sama mengeratkan hubungan silaturrahim demi perpaduan dalam menguatkan umno perjuangan agama , bangsa dan Negara kita . untuk kita hadapi pilihanraya yang ke13 .Semuga apa yang terguris sedikit sebanyak kesan dari pemilihan baru-baru ini kita lebih kepada untuk mematangkan lagi diri kita dalam politik kearah ciri-ciri seorang pemimpim yang baik yang disukai dan disegani oleh semua golongan bukan untuk satu-satu kumpulan tertentu sahaja.

Saya akhiri sebuah pantun,

Orang tua jalan bertongkat
Rimba jauh nampak dekat
Kalau kita sudah sama-sama sepakat
Satu bahagian kita boleh ikat...

Salam perjuangan utk semua...

Monday, November 17, 2008

BICARA DINI HARI SEBELUM TIDOR

Mengapa hanya gadis melayu dirasuk ?


Kes ini betul-betul berlaku diruang pelajar perempuan tempat membasuh kain.Berlaku diasrama puteri.Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu tidak cina dan tidak pada gadis india.Dimana salahnya.......?kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

Kes hestiria dekat sekolah YKK .....

Mestri diasrama puteri terjawab !!

Suatu hari , ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekempulan
syaitan atau jin yang berlegar-legar diasrama hinggakan mereka merasuk sebilangan besar disekolah itu.

Ketika sampai disebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mentera.Selepas membaca mentere ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu.Lalu ketua jin itu pun datang.

Dengan menunjukkan wajah rupa yang begitu jijik dan huduh.Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya !! Hinggakan mayat reput pun terlebih baik dari rupa ketua jin itu !!

Akan tetapi siketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu dan jati diri.Lalu siketua pun menaya ketua jin itu dengan kuat dan nyaring sekali menampakkan semangatnya yang sedikit pun tidak kendur dan takut walau pun terlihat sesuatu yang menakutkan itu.

Mengapa kau rasuk pelajar disekolah ini hah ?? jawab !!!
Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam !!!

Dengan menarik nafas panjang siketua jin itu pun menjawab.......

" Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan
Tak menarik hati , Tiada Memikat "
Kalaulah memang , Tak mungkin Aku tetarik
Kalaulah Sungguh , Tak mungkin Aku MERASUK....."

" Aduhai ....kekekekekeeee...... "

Dahlah jangan mengulat dan membulu buatlah keje cepat-cepat , jangan mempercayai perkara yang tahyul.....kuatkan semangat juang,bunuh kafir !!! buang baju gambar Pak nik ajis yang kau pakai tu,slow down stim aku....pakai baju yang gambar Annuar Musa tuuu kata sisuami....." baru semangat juang aku tegang...." biar sampai setara tu main parti mok mu...baru kadok naik junjung !!!!


Jangan tido lagi.

BANGSAKU BERPECAH ,DEMI PERJUANGAN KU TETAP TERUSKAN UNTUK AGAMA , BANGSA DAN TANAH AIR TERCINTA

Rakan-rakanku......

Tidak dinapikan seringkali soalan-soklan ini selalu dimajukan pada kita " untuk apa menyertai parti-parti politik dinegara kita ?
Apakah erti menyokong Umno , Pas dan PKR ?
Jika dia seorang penyokong Pas sudah tentu ia menjawab untuk islam,walaupun kita tahu perilaku sebenar tidak mencerminkan pendekatan islam , dan suatu kita dulu menyokong Pas adalah satu jalan pintas ke syurga.
Jika dia seorang penyokong PKR sudah tentu ia menjawab untuk menentukan Dato seri Anuar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Jika ditanyakan kepada generasi muda hari ini yang menyokong umno dia tidak dapat menjawab apa-apa sebab idealisme agama , bangsa dan tanah air sudah menjadi luput buat mereka yang mereka nampak dan tahu untuk memperkaya individu tertentu.
Kelantan tidak dapat ditebus kembali dalam pilihanraya ke12 , dan jelas penambahan mojoriti Pas diserata DUN dan PARLIMEN . Malangnya sehingga kini masih samar apakah bentuk perubahan yang perlu umno lakukan untuk menawan kembali Kelantan ditangan Pas dalam pilihanraya ke13 nanti . Samaada perubahan perinsip perjuangan dan jauh sekali perubahan struktur organisasi umno itu sendiri.Tiada siapa berani bercakap kearah itu yang tersirat hanya menimbulkan kegelisahan dan polimek pada individu-individu yang berkenaan.Apa yang kita lihat dengan jelas masing-masing menyalahkan antara satu dengan lain sesama ahli-ahli umno samaada cawangan antara cawangan,peti undi sesama peti undi dan yang lebih teruk pemimpim bahagian sesama pemimpim bahagian.Kearah mempekemaskan kembali peringkat akar umbi tidak kelihatan.
Pandangan individu saya umno perlu berani dan nekad untuk membuat perubahan , kembali kepada asal usul penubuhan umno dan tujuannya.Umno hari ini tidak mencerminkan idealime sebenar asalnya untuk agama , bangsa dan tanah air. Padahal sudah jelas tujuan sebenar penubuhan umno untuk mengangkat agama islam dan bangsa melayu.


Umno.. dulu , sekarang dan selama-lamanya.

KU RASAKAN PERJUANGANKU YANG BETUL

Memang tidak dinapikan terkadang ada juga benarnya pendapat pemerhati politik bahawa setiap parti politik melayu di negara ini adalah murni.Dianggap murni kerana setiap pemimpin dan ahli politik tersebut berjuang untuk agama,bangsa dan tanah air.

Selain itu mempertahankan kedaulatan negara,memperjuangkan untuk kesejasteraan rakyat dan berusaha untuk kesejasteraan dan pembangunan negara.Perjuangan menyatupadu ummahmenanam semangat perpaduan cintakan negara menjadi agenda utama penubuhan parti politik berkenaan.Hubungan parti politik melayu berkenaan memperjuangkan islam meletakkan agama itu teratas sekali.Membela kedudukan dan mendaulatkan hukum islam samaada secara langsung atau tidak.

Perjuangan murni umno untuk menegakkan dan mempertahankan kemerdekaan dan mendaulatkan negara,juga mendukong dan mempertahankan perlembagaan negara Malaysia,perlembagaan negeri-negeri dan juga perlembagaan raja-raja.Menghormati prinsip kebebasa berugama,mempertahankan kedaulatan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi dan kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan melayu.Umno juga diamanahkan untuk memwujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan bangsa Malaysia yang utuh berasaskan hak asasi manusia dan hak istimewa orang melayu juga bumiputera.

Ini dikatakan perjuangan murni umno,penyataan yang jelas lagi terang malah telah dilaksanakan.Walau apa pun dikatakan orang-orang dapat menilaikan dengan sendiri mana-mana parti politik melayu yang telah banyak membuat jasa.Kecemerlangan untuk orang-orang melayu sekali gus memastikan kemajuan negara,kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.Umno sebuah pertubuhan politik yang besar dan kuat kerana sokongan orang-orang melayu dengan kecekapan yang ada pada pemimpinnya.


Umno perlu kekuatan kini.
Selamat datang ke blog saya.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..