Followers

Saturday, February 28, 2009

KEMELUT EKONOMI GLOBAL DAN KERENAH PEMBANGKANG

Kebuntuan kita ini tiba dalam senario di mana kita menghadapi cubaan hebat dalam bentuk keadaan ekonomi, politik dan keselamatan yang kian hari semakin mencabar. Ekonomi dunia bakal dirundung kemelesetan yang mungkin sehebat Zaman Meleset tahun 1930an dalam Abad ke 20 dahulu. Sebagai negara perdagangan, tentunya kita akan terdedah sepenuhnya kepada impak kemerosotan ekonomi global itu. Dalam masa yang sama, sewaktu kita alpa, ekonomi global mengalami ada transformasi besar-besaran. Maka, kita perlu mengambil langkah perlu dengan seberapa segera demi menyesuaikan diri dengan perubahan besar itu, seandainya kita tidak ingin terpinggir.

Seluruh pemikiran banyak menumpu kepada persoalan politik dan politiking yang tidak berkesudahan. Kebimbangan dunia hari ini sebenarnya adalah soal yang berkaitan dengan ekonomi. Kemelesetan yang belum pernah terjadi sedang terjadi. Adakah tiadanya kebimbangan ini kerana kita yakin tidak akan menerima tempiasnya? Kerajaan/Pembangkang mau pun rakyat seharusnya memahami dan bersatu untok menangani krisis ini.

Apa yang kita lihat hari ini pembangkang lebih bersatu kearah mahu kepada kuasa. Parti pembangkang dengan cara mempergunakan rakyat bagi mendesak kerajaan bagi tujuan untok menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Majoriti rakyat di negara ini adalah kaum melayu yang beragama Islam. Dalam mana Pendekatan Islam yang diambil oleh Parti Pas berjaya memecahbelahkan kaum melayu di negara ini. Islam di negara ini sudah berpecah. Kesempatan ini diambil oleh Penganut agama Keristian mendesak kerajaan bagi meluluskan perkataan "Allah" menggantikan"Tuhan"bagi tujuan untok mengelirukan Umat Islam di negara ini.

Isu-isu panas dibangkitkan sewenang-wenangnya oleh Pembangkang. Kesultanan melayu dipermain-mainkan statusnya. Penubuhan Kerajaan baru BN di Perak dipertikaikan habis-habisan dimana speaker dewan rakyat pula mengambil peranan mengerukkan lagi keadaan yang sedia ada. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memanggil sidang tergempar dewan itu pada Selasa depan walaupun ia tidak mendapat perkenan Sultan Perak.

Sebaliknya pula Pemuda Umno dihina dengan kata-kata yang kurang sopan oleh pengerusi DAP Karpal Singh. Kita lihat provokasi dibangkitkan bukan sahaja dalam hal memanggil 'Pemuda UMNO celaka' tetapi sebelum ini pun kita tengok provokasi demi provokasi yang bukan mudah kita bendung kemarahan orang ramai telah dilakukan.


Makanya, kerajaan pada hari ini telah menghadapi dua masalah besar. Pertamanya krisis ekonomi global dan birokrasi yang sengaja diada-adakan oleh pembangkang. Jika kerajaan tidak dapat menangani kedua-dua isu ini dengan baik sudah tentu rakyat dan negara akan berhadapan dengan krisis yang berpanjangan.



KARPAL MASIH BERMAIN API DENGAN PEMUDA UMNO

Pemuda UMNO sedia bertanggungjawab berhubung insiden kekecohan di bangunan Parlimen semalam, sekalipun terpaksa menghadapi tindakan mahkamah.

Malah Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau sendiri sanggup tampil bersama-sama untuk memperjelaskan dan berdepan dengan apa jua kemungkinan.

"Kita lihat provokasi dibangkitkan bukan sahaja dalam hal memanggil 'Pemuda UMNO celaka' tetapi sebelum ini pun kita tengok provokasi demi provokasi yang bukan mudah kita bendung kemarahan orang ramai telah dilakukan.

"Dalam hal ini, jika saya sendiri perlu diheret ke mahkamah, saya sanggup lakukannya untuk memperjelaskan apa yang berlaku dan apa peranan saya," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Belia Mengenai Keganasan di sini hari ini.

Hishammuddin mengulas insiden kekecohan di Parlimen semalam, apabila sekumpulan ahli Pemuda UMNO Selangor berdepan dengan Karpal Singh bagi mendesak Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu meminta maaf atas ungkapan menghina pergerakan itu.

Mereka tidak berpuas hati dengan ungkapan 'Pemuda UMNO celaka' yang diucapkan Karpal semasa sidang Dewan Rakyat selain kenyataannya menuduh ahli pergerakan itu bertanggungjawab mengirim dua butir peluru ke kediamannya.

Hishammuddin berkata, Pemuda UMNO akan terus mempertahankan nama baik dan maruah orang Melayu terutama institusi raja-raja Melayu daripada dihina oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, insiden yang berlaku itu menunjukkan emosi ahli pergerakan tersebut sudah tidak dapat dibendung kerana perbuatan provokasi Karpal.

"Kita tahu jika kita paksa dia meminta maaf sekalipun, dia tidak akan melakukannya. Saya sudah kata Pemuda UMNO marah dan semua pihak pun marah. Siapa yang tak marah jika dipanggil dengan pelbagai nama.

"Jadi jangan main dengan api kerana kemarahan itu merupakan satu perkara yang jika tidak dibimbing dan dibendung akhirnya akan meluas pada isu yang lebih besar,'' tegasnya.

Beliau memandang serius keadaan yang berlaku sekarang dan memantau apa yang terjadi kerana ia dikhuatiri akan berleluasa.

Bukannya hendak meminta maaf, sebaliknya hari ini Karpal Singh menggelarkan pula Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai - budak kecil dan juvenil.

Dalam maklum balas kepada desakan Khairy supaya beliau mengemukakan bukti dalam tempoh 24 jam berhubung tuduhannya yang pergerakan itu bertanggungjawab mengirim dua butir peluru kepadanya, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata:

"Khairy sepatutnya belajar daripada bapa mertuanya (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi). Saya bersama beliau telah memasuki Parlimen sejak 1978.

"Saya sudah berada dalam Parlimen selama tujuh penggal, siapakah Khairy Jamaluddin untuk mencabar saya.

"Saya tiada masa untuk Khairy, jikalau saya ada masa, baik saya gunakan untuk urusan lain."

Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui di luar Istana Negara di sini hari ini.

Semalam, Khairy Jamaluddin memberi tempoh 24 jam kepada Karpal untuk mengemukakan bukti bahawa pergerakan itu bertanggungjawab mengirim dua butir peluru bagi mengugutnya.

Terdahulu, sekumpulan ahli pergerakan itu dari Selangor berdepan dengan Karpal di pekarangan Parlimen, menuntutnya meminta maaf berhubung panggilan 'Pemuda UMNO celaka' di dalam Dewan Rakyat.

Bagi Karpal, beliau tidak gerun dengan 'ugutan' Khairy.

"Ini merupakan satu ugutan daripada Khairy terhadap saya. Saya tiada masa untuk juvenil politik.

"Saya ingin menjelaskan di sini, saya tidak takut kepada sesiapa. Jangan ugut saya...Jangan ugut saya," tegas beliau berulang kali.

Utusan online.

Friday, February 27, 2009

SIVAKUMAR MENAMBAH SUHU POLITIK PERAK

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memanggil sidang tergempar dewan itu pada Selasa depan.

Ia dipercayai bagi membincangkan krisis politik di negeri itu sejak awal bulan ini, susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN.

Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dibenarkan hadir kecuali mereka yang telah digantung, iaitu Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.

Tiga wakil rakyat bebas yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka juga dilarang menyertai sidang tersebut.

Jika larangan itu dipatuhi, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.

~Sidang tergempar dewan ini diberitakan tidak mendapat perkenan Sultan Perak dan kesemua ADUN BN akan memboikot sidang tersebut.

UmnoBagan.

KETUA PERRUSUH TEST MARKET LAGI

Di Parlimen baru lepas, Karpal Singh menuduh bahawa dua biji peluru yang dihantar dengan pos kerumahnya adalah dilakukan oleh pemuda UMNO. Beliau menggunakan kelayakan selaku Ahli Parlimen untuk meluahkan kata-kata sedemikian di dalam Dewan Parlimen untok menguji sejaumana tindakan dari Pemuda Umno pula . Karpal Singh yang suka membuat provokasi kepada kaum melayu yang sudah sangat jelas kebiadapannya. Karpal Singh yang hanya suatu ketika dahulu DIBERI STATUS KERAKYATAN di negara ini hari ini dengan lantang dan jelas sekali mengatakan kepada Pemuda Umno 'celaka.'

Selaku Pengerusi DAP rakan PAS dan PKR dalam gabungan Pakatan Rakiyat, ucapan Karpal itu juga mengambarkan sikap sebenar DAP, PKR dan PAS kepada kaum melayu di negara ini. Pendirian PAS dalam hal ini begitu menjijikkan. Tidak ada apa satu komen walaupun menyangkut soal bangsanya dan agama islam. Yang utama kepada PAS hanya mencari pengaruh poliitik, menyokong apa sahaja asalkan mendapat kemenangan untuk merebut harta dan kuasa. Ayat suci hanya mereka gunakan sebagai retorik dalam perjuangan. Bukan agenda dalam perjuangan mereka - Pas kena terima hakikat ini.

Beberapa minggu lalu Karpal menentang keputusan Sultan Perak. Bertindak menyaman sultan Perak kerana katanya Sultan Azlan tidak mengikut perlembagaan Perak mengenai kuasa melantik MB dan campurtangannya dalam krisis politik Perak. Karpal juga menentang keras hukum hudud yang kononnya diperjuangkan oleh PAS dengan persetujuan dari DSAI. Karpal juga mendesak Anwar Ibrahim letak jawatan sebagai Ketua Pembangkang kerana ada masalah moraliti dan tidak menghargai mandat rakyat dengan menyokong lompat parti dan juga suruh Anwar bertaubat. Suara bangkangan yang keluar dari mulut Karpal sangat keras dan kadang lari kearah ayunan kebiadaban dan sangat bertentangan dengan norma kehidupan selaku rakyat peribumi di negara ini.

Jelas sekali selain dari Karpal Singh, Lim Guan Eng juga sangat membenci bangsa melayu. DEB di Pulau Pinang dihapuskan membuktikan dakwaan ini. Orang melayu sangat bergantung kepada DEB bagi meneruskan agenda pembangunan bangsanya. Jika DEB dihapuskan, harapan bangsa melayu separuhnya telah terbantut.

Dalam hal ini kenapa PAS dan orang melayu dalam PKR masih membuta tulikan mata dan telinga mereka? Seolah mereka sanggup kehilangan semua akibat hanya gila kepada kuasa sanggup kelambu melayu sendiri dibakar.

Makanya, apabila melayu Pas dan melayu PKR dapat dipermainkan. Selepas Karpal bertindak menyaman Sultan Perak. Isu hari ini pula tertumpu kepada Pemuda Umno . Karpal mengata celaka kepada Pemuda Umno dalam dewan Parlimen. Nampaknya sekarang Karpal sudah menjadi semakin biadap akibat dari kebiadapan pas dan PKR berkerjasama dan menyokong DAP. Kita sama-sama saksikan nanti selepas ini apa lagi yang Pakatan Rakyat khasnya Karpal, Anwar dan Nik Aziz mahu lakukan terhadap Kaum melayu di negara ini.

Wednesday, February 25, 2009

KENALI SEJARAH,SEBELUM BERPOLITIK

Umno ditubuhkan pada tahun 1946 untuk membela hak orang-orang melayu dan Raja-raja Melayu. Ia telah membentuk pakatan untuk menyatukan rakyat Malaya demi mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun 1963, pemimpin Umno, Al-marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, menyuarakan visi yang lagi berani, iaitu penubuhan Malaysia di mana, pada 16 September, beliau mengisytiharkan adalah hasil “perbincangan, perbahasan, pertanyaan dan pemilihan yang melahirkan keizinan bersama” dan yang “diputuskan setelah difikirkan secara mendalam”.

Beliau menyuarakan rasa bangganya bagaimana “kita telah membentuk Malaysia melalui perdebatan secara terbuka dan bertolak ansur. Semangat kerjasama ini membuktikan keinginan kita hidup bersama.” Semangat inilah yang beliau namakan “asas Malaysia” yang bagaikan “petanda masa depan kita”.

Malaya dan Malaysia merupakan hasil visi yang dilaksanakan dengan pertimbangan yang penuh kesabaran. Pemimpin-pemimpin Umno menyuarakan visi ini, serta meyakinkan orang ramai, dan mengikat perlembagaan negara baru ini selama berbulan-bulan. “Langkah demi langkah, konsep ini mula bernyawa.” Perbincangan perlembagaan diteruskan walaupun menghadapi pemberontakan komunis serta konfrontasi dengan negara jiran, tambahan pula semasa Perang Dingin berlangsung.

Walaubagaimanapun, Tunku mengakui kejayaan kerana “konsep ideal Malaysia berjaya membangkitkan imaginasi rakyat kita”.

Beginilah Umno, pada mulanya, mencapai misinya sebagai parti orang Melayu serta parti sebuah negara. Beginilah Umno membela kedaulatan Raja-raja Melayu dan mencapai kecemerlangan kepimpinan politik Melayu. Kerana kami berjaya “membangkitkan imaginasi” rakyat Malaysia.

Kami mempunyai keyakinan dan kepimpinan yang diperlukan untuk mlahirkan negara baru, bukan sekali bahkan dua kali. Walaupun peluang pendidikan amat kekurangan bagi anak-anak Melayu pada masa itu, namun negara kita mempunyai pemimpin-pemimpin bermutu tinggi yang mampu menyatukan masyarakat majmuk dalam menyuarakan visi ini dengan penuh keyakinan dan berasaskan kedaulatan undang-undang.

Visi Umno sejak lima puluh satu tahun dahulu lagi sudah pun dijelaskan pada kita apakah tujuan dan sebab-sebab Umno ditubuhkan. Sekarang Kita membenci Umno yang sudah sekian lama membuat jasa pada kita. Hari ini Umno dicanang, dihina oleh mereka-mereka yang buta sejarah atau oleh mereka-mereka yang berkepentingan dikalangan kelompok kaum melayu sendiri. 'Melayu mudah lupa' kata-kata Tun Mahadhir suatu ketika dahulu ada benarnya. Lupa disebabkan ingin kepada kuasa dengan sanggup melihat kaum dan ugamanya sendiri berpecah-belah.


POLITIK : ANTARA SATU ALIRAN DAN TIGA ALIRAN

BN diwujudkan sejak sekian lama dengan beberapa parti komponen yang betunjang kekuatannya kepada Umno. Kaum melayu di negara ini yang sekian lama berteduh dibawah naungan Umno. Perlembagaan dalam Neraga - Umno yang begitu baik meletakkan kaum melayu dan agama islam di negara ini mencapai ketahap yang sepatutnya. Pembangunan yang ada, keharmonian rakyat yang berbagai kaum melambangkan kesepakatan yang "satu aliran" antara parti-parti komponen yang ada. Parti Pakatan Rakyat (PR) atau Pembangkang kepada kerajaan BN hari ini berjaya mewujudkan kesepakatan longgar semata-mata mahu membentuk kerajaan selepas PRU12 yang terdiri Pas, KeADILan dan DAP. Kalau dalam BN, Umno adalah parti tunjang kekuatan kepada BN. Sebaliknya apa yang berlaku dalam PR tidak ada satu pun parti ysng boleh mengusai atau menunjangi gagasan itu. Pas sebagai sebuah parti yang terbesar mewakili kaum melayu dalam PR itu tidak mampu menunjangi tidak seperti Umno dalam BN. Ini menyebabkan kesefahaman sebenar sukar terbentuk, walaupun tidor sebantal mimpinya tetap lain-lain. Kesepakatan "Tiga aliran" yang dibentuk dalam PR itu bagi menutup mata rakyat dalam sistem demokrasi yang ada dalam negara bagi menjatuhkan kerajaan Umno BN sahaja, tidak lebih dari itu.

Berbanding dengan BN, pendekatan yang diambil oleh PR terhadap rakyat tentulah lebih agresif. Segala gerak kerja dirancang tanpa memikirkan risiko terhadap rakyat dan negara. PR hanya mementingkan agendanya mahu menjatuhkan kerajaan dalam masa yang singkat. Dalam masa yang singkat itu rakyat tidak sempat memikir mana yang baik dan mana yang buruk lalu terjerumus dengan angan-angan pemimpin yang rakus dan tamak kuasa itu.

Dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia yang bertunjangkan kaum melayu dan Islam di negara ini sudah tentulah sedikit sebanyak memerlukan kebijaksanaan dari pemerintah. Keseramarataan dan keadilan kepada semua kaum yang ada harus diambil kira dalam mengatur langkah-langkah mentadbir negara. Umno BN telah lebih 51 tahun memerintah negara ini dengan aman tanpa tanpa prajudis dari mana-mana kaum yang ada haruslah diberi pujian. Dalam masa yang sama Islam dan kaum melayu yang ada terbela disamping hak-hak dan keistimewaan yang ada pada kaum pribumi itu dikekalkan. Kesepakatan yang jitu dan sealiran antara pemimpin yang ada dalam BN dari dahulu lagi hinggalah sekarang itulah yang dapat kita lihat kemakmuran dan kemajuan yang ada di Negara kita hari ini.

Disebabkan kekeliruan rakyat sebelum pilihanraya 12 maka 5 negeri (sebelum BN ambil alih Perak) jatuh kepada Pakatan Pembangkang. Dari apa yang kita lihat kepada corak pemerintahan mentadbir kelima-lima negeri tersebut mampukah PR memerintah negara? tak sampai pun lagi setahun Seluruh rakyat Rakyat Perak menjadi kecoh dan huruhara kesan dari ketidakpercayaan wakil rakyatnya sendiri kepada Menteri Besar Nizar. Pentadbiran boneka, ketidakadilan dalam kerajaan Nizarlah yang menyebabkan rakyat tidak aman. Kaum melayu, ugama Islam dan kesultanan kita dipermain dan dihina sampai ke makamah disaman oleh Karpal Singh DAP yang tidak pernah terjadi dalam sejarah negara.

Andaikata plan gila 916 itu berjaya, apa sudah jadi kepada negara kita sekarang?Karpal Singh sudah tidak sebulu dan tidak percaya lagi kepada Anwar Ibrahim. Jika 916 itu berjaya maka Anwar lah PM Malaysia bukan? habis kalau tidak Karpal siapa lagi yang akan menjadi penasihat kepada PM Anwar! - tidak mungkin sama sekali HJ Hadi atau Nik Aziz sebab sudah awal-awal lagi Karpal DAP memberi isyarat langkah mayatnya dahulu. Seorang peguam yang PM (Nuar) lantik dalam pembicaraan kes liwat adalah Karpal. Karpal akan menjadi raja segala raja kalau Nuar menjadi PM. Kalau MB Nizar boleh jadi boneka DAP apa bezanya dengan Anuar jiika ia menjadi PM? maknanya PM Malaysia adalah boneka DAP - segala rashia Anwar ada pada Karpal sudah tentu dijadikan senjata utama Karpal DAP dalam Dewan Parlimen. Maka tercapailah cita-cita DAP melenyapkan kaum melayu dan ugama islam di negara ini. Di sini siapa yang salah? tetapi Anwar dan kuncu-kuncunya Pas tetap meyalahkan Umno sampai bila-bila, soalnya sekarang siapa yang susah? jawabannya apabila gajah bertembong gajah maka biasanya tikus yang mati ditengah-tengah seperti apa yang berlaku diantara Hamas dan Fatah di Palestin hari ini, Amerika tetap tidak bersalah. Anak-anak kecil, kaum ibu dan bapa-bapa tidak bersalah mati terbunuh sana sini tiada jalan kesudahannya...dimasa itu maka tercapailah pendekatan islam yang dibawa oleh Parti Pas selama ini...

Makanya, bukan senang untok mencapai kemakmuran yang diperjuangkan oleh Umno BN selama ini. Apa pun jasa-jasa Umno kepada Kaum melayu dan Islam tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa lagi. Cuma kerana politik rakus dan gila kuasa sahaja menidak-nidakkan perkara ini. DAP sudah lemah dan sudah akur kepada Kerajaan Umno BN tetapi disuntik kembali 'Power root' oleh Anwar Ibrahim maka terjadilah naik minyaknya. Yang peliknya kenapa Pas begitu senang masuk perangkap Anwar Ibrahim, itu yang menjadi tanda tanya sebab Pas parti kedua terbesar selepas Umno? Jelas pada kita akhir-akhir ini DAP hilang menyepi selepas Karpal meminta Anwar bertaubat. Pas pulak sanggup mengambil alih tugas DAP menghentam dan mengutuk Ibrahim Ali kerana Ibrahim cuba mengangkat martabat bangsanya dan Rajanya sendiri di Dewan Parlimen. Sekali lagi pas terperangkap, Anwar terlepas. DAP dengan tidor nyenyaknya selepas Nizar 'Menganggkat Sembah Pohon Derhaka Kepada Sultan' masih tidak bangun-bangun lagi...maka siapalah kita tanpa Umno?



Gerakhati PaKMie.
P/S - Coretan ini juga merupakan sebahagian dari jawaban SMS dari seorang sahabat pengunjong blog PaKMie semalam katanya dari KL. Sebaik mana sekali pun ketokohan seorang pemimpin itu ia tetap silih berganti. Islam, Bangsa dan Negara jangan diperjudikan - Itulah saya - terima kasih.

Tuesday, February 24, 2009

JONKANG JONGKIT POLITIK : JAWABAN SEBENAR SUDAH ADA PADA KITA !

1. Dalam ramai-ramai orang yang lompat, lompat siapa dikira sah dan lompat siapa dikira batal?

2. Dalam ramai-ramai orang buat maksiat, maksiat siapa yang dibolehkan?

3. Dalam banyak-banyak sedekah, jenis sedekah mana yang paling ‘syok’ dalam dunia?

4. Dalam banyak-banyak skandal seks, skandal seks siapa yang mendapat sokongan kuat akar umbi?

5. Dalam banyak-banyak kes liwat, kes liwat mana yang paling glamour?

6. Dalam banyak-banyak kes jenayah curi, penjenayah mana yang paling mendapat simpati?

7. Dalam banyak-banyak parti, parti mana yang sering mempertahankan penjenayah?

8. Dalam ramai-ramai perasuah, perasuah mana yang mendapat pembelaan rakyat?

9. Dalam ramai-ramai pemfitnah, pemfitnah mana yang paling diterima rakyat?

10. Dalam banyak-banyak putar alam, putar alam mana yang paling dipercayai?

11. Dalam banyak-banyak tertuduh, tertuduh mana yang dianggap hero rakyat?

12. Dalam banyak-banyak ulamak, ulamak mana yang sekejap dianggap wibawa, sekejap dianggap telah diperalatkan?

13. Dalam banyak-banyak fatwa Mufti Dato Harussani, fatwa mana yang paling tidak popular?

14. Dalam banyak-banyak pesalah, pesalah mana yang dianggap betul dan benar memanjang?

15. Dalam banyak-banyak kes berbogel, kes mana yang perlukan pembelaan? Apakah beza di antara berbogel dan dibogelkan?

16 Dalam banyak-banyak pemimpin, pemimpin mana yang sering melepaskan diri dengan cara menuduh setiap dosa dan kesilapan diri atau pemimpin partinya adalah angkara konspirasi lawan?

Pembayang jawapan boleh diambil dari kisah dongeng ulamak yang berfatwa, “tidak boleh kencing mengadap kiblat”. Bila diri sendiri didapati kencing mengadap kiblat, maka fatwa baru dikeluarkan, “dibolehkan mengadap kiblat, asalkan ‘anunya’ mengarah ke tempat lain”.

Jawapannya terpulang dan semua betul, asalkan ia ditafsir ikut nafsu dan kepentingan kelompok sendiri…

Kkamdias.

BAIK NIZAR BERIHAT SAHAJA DARI BERMAIN POLITIK

Kalau nak dikatakan Nizar cerdik sudah tentu ramai lagi golongan yang lebih cerdik dan pandai dari beliau di Perak. Kalau nak dikata Nizar ni seorang yang alim, ramai lagi golongan alim ulama di Perak. Kalau nak kata Nizar seorang pejuang, ramai lagi pejuang-pejuang yang handal dan berjasa di Perak. Sebenarnya tiada ungkapan lagi untok di samakan dengan kelakuan Nizar. Hanya satu sahaja yang layak untok Nizar, nasihatkan kepada beliau baiklah beliau berundur dari berpolitik seketika. Nizar tidak faham dan amat cetek ilmu pengetahuannya dalam mengenali lebih dekat apa itu sebenar nya 'politik'.

Kenapakah Nizar tidak boleh menerima kenyataan? Dalam politik jatuh bangun itu perkara biasa. Apabila kita jatuh, kita masih ada masa lagi untok kita bangkit kembali. Semasa kita ada kuasa jangan pula kita lupa daratan. Kawan menjadi lawan, lawan menjadi kawan itu sudah lumrah politik. Kuasa dan pangkat dalam politik buka harta pusaka mak bapak kita. Dalam politik tidak semestinya kita baik dan cerdik itu orang menyukai kita. Hari ini rakyat Perak sudah merasa juak dan ketawa melihat telatah Nizar. Walaupun Tuanku Sultan telah menitahkan beliau meletakkan jawatan dan melantik menteri besar baru, tapi dia masih mendakwa jadi Menteri Besar.

Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat melaungkan tidak perlu turun dari kerusi MB kerana dia dipilih oleh rakyat. Kenapa mereka berselindung diatas nama rakyat? Adakah rakyat yang memilih beliau menjadi MB?

Mereka sebenarnya terkeliru atau saja-saja buat keliru atau sengaja mengelirukan mata rakyat dengan alasan tersebut.

Sebenarnya sistem demokrasi di negara kita, rakyat cuma memilih wakil rakyat untuk kerusi DUN dan kerusi parlimen. Rakyat tidak mengundi untuk memilih Menteri Besar atau Perdana Menteri. Menteri Besar ditentukan oleh Sultan atau Raja bagi setiap negeri manakala Perdana Menteri ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong berasaskan parti yang mendapat suara majoriti. Oleh itu benarkah seperti yang dilaungkan Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat, Tuanku Sultan Perak telah mengambil hak rakyat? Sudah tentu tidak sama sekali.

Tuanku Sultan tidak memecat Nizar sebagai ADUN Pasir Panjang yang dipilih oleh rakyat, sebaliknya Baginda menitahkan Nizar meletakkan jawatan Menteri Besar yang menjadi hak mutlak perlantikkannya oleh Tuanku Sultan. Itupun sebab Pakatan Rakyat sudah hilang kuasa majoriti di DUN Perak. Nizar sepatutnya tidak menderhaka atau membuat kecoh, sebaliknya berusaha mendapatkan semula sokongan seberapa ramai ADUN BN menyokongnya dan kemudian meminta perkenan Tuanku Sultan melantiknya semula sebagai Menteri Besar.

Cara yang Nizar lakukan ini sebenarnya memalukan dirinya sendiri dan akan menjadi bahan ketawa sehingga ke anak cucu. Jenis cerdik tak boleh tumpang, bodoh tak boleh dijar.

Bukan mustahil selepas ini rakyat yang dulunya menyokong Pakatan Rakyat pada PRU-12 yang lepas akan beralih menyokong BN kerana bosan dengan gelagat yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin mereka dan bukan mustahil juga selepas ini beberapa lagi YB pakatan Rakyat akan menyeberangi sempadan. Nizar jangan menganggap seluruh rakyat itu bodoh dan mudah dipermainkan. Dikalangan mereka itu ramai lagi yang lebih cerdik dan lebih tahu dari kita. Sepatutnya kalau Nizar cerdik jangan sesekali cuba menentang arus, bina kekuatan balik dari baik dan cuba buktikan apa kelebihan yang ada pada diri kita. Jika kena cara dan masa kita akan diangkat kembali mungkin lebih dari apa yang ada pada hari ini. Tetapi setelah hari ini menampakkan kepada kita, tingkah laku yang ditunjukkan tidak cerdik sukarlah untok rakyat mengangkatnya kembali kerana Nizar sengaja menciptakan musuh-musuhnya, tambah-tambah lagi dengan pehak Istana Sultan Perak. Sekarang langkah terbaik Nizar kena berehat dulu dalam politik. Usahkan sekarang Nizar bercita-cita mahu lagi memegang jawatan sebagai MB, waima jika NIzar sekarang masih memegang jawatan pengerusi masjid dikampong beliau sendiri pun Nizar kena letak jawatan.

ADUN BATANG AI PARLIMEN LUBOK ANTU MENINGGAL DUNIA

Menteri Muda Sukan dan Pertanian Sarawak, Datuk Dublin Ingkot meninggal dunia jam 1.25 pagi tadi pada usia 53 tahun.

Mendiang yang diserang angin ahmar Mei tahun lalu, adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Ai dalam kawasan Parlimen Lubok Antu.

Mendiang yang juga merupakan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) memenangi kerusi DUN Batang Ai pada pilihan raya negeri 2006 dengan mengalahkan calon SNAP, Bawin Anggat.

Dengan kematian mendiang, DUN Batang Ai akan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil kerana tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak belum melepasi tiga tahun atau dua pertiga daripada tempoh penggal DUN Sarawak.

Agendadaily


Monday, February 23, 2009

DALAM POLITIK APA BEZA NIK AZIZ DENGAN LIM GUAN ENG?

NIK AZIZ (TOKOH ULAMA PAS DAN MB KELANTAN).

Nik Aziz rayu Eliza jangan letak jawatan ADUN sebab nak adakan SATU pilihanraya kecil akan makan belanja berbelas juta. Clik sini baca statement Nik Aziz - huhu

Tapi pada masa yang sama Nik Aziz dalam kenyataan akhbar yang sama menyeru 59 DUN di Perak di bubarkan untuk buat pilihanraya negeri - hehe

Di Kelatan pula Nik Aziz mencabar MP Bebas Pasir Mas Ibrahim Ali letak jawatan, untok mengadakan piliharaya semula - hihi

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas untuk menguji kekuatan pengaruh politiknya dengan bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya kecil.

Menteri Besar Kelantan itu yakin Ibrahim tidak akan memperoleh kemenangan atau majoriti sebesar pilihan raya umum Mac tahun lalu, tanpa sokongan daripada anggota Pas.

Tak kan dah nyanyuk kot tak sampai pun 80th lagi...ya ke?

SATU PILIHANRAYA DI SELANGOR JANGAN BUAT SEBAB BELANJA MAHAL

TAPI DI PERAK PULAK PAKSA SULTAN SURUH BUBAR 59 DUN(SATU NEGERI) TAK MAHAL PULAK.

DAN DI KELANTAN PULAK DENGAN PENUH EMOSI DESAK PAK BERAHIM LETAK JAWATAN.

TAK RELEVEN LANGSUNG PENDAPAT ORANG TUA NI...ESOK LAIN HARI NI LAIN DIA CAKAP NAK MERINTAH NEGARA LAGU MANA WEH?

Pengiraan pembaziran kasar dari PaKMie


PRK Permatang Pauh katakan 60 juta disebabkan perletakan jawatan gila kuasa Anwar

PRK Bkt Selambau katakan 20 juta sebab gila sex
PRK Bkt Terenjan katakan 20 juta sebab moral sex
Kos Pembubaran DUN Perak 118 juta ( 1 DUN/20juta)
Kos pembelanjaan PRK MP Pasir Mas 60 juta- Katakan piliharaya utk puas hati Nik Aziz.

Berapa Pembaziran wang rakyat? Apa kerja pembangkang sebenarnya selama ini? usahkan mahu menolong dan membela rakyat(Kerajaan rakyat konon) membebankan kerajaan adalah semata2 hasrat dengki,dendam dan tamak kuasa wang rakyat/kerajaan hampir 1 billion membazir semata kerja gila pembangkang!!!Baik lah kerajaan beli beras sedekah kepada orang miskin, ada baik juga dalam keadaan rakyat susah sekarang ini (kemelut ekonomi - kerja kena buang) - sedekah sex tidak diambil kira...luar budget!

- Perbelanjaan PRK Kuala Terengganu dan Bkt Gantang tidak diambil kira sebab atas dasar kematian.
- Siapa sebenar zalim? siapa sebenar lebih islamik Umno atau Pas? bolehkah Umno itu disamakan dengan Israel seperti kata Anwar?
- Tak sampai setahun Pakatan rakyat memerintah pembaziran yang jelas berlaku melalui perletakan jawatan akhibat gila sex, moral sex dan gila kuasa dan emosi sudah hampir 1billion (20juta/DUN)

LIM GUAN ENG
( KHALIFAH OMAR ABDUL AZIZ ACUAN PAS)


PENULIS JUGA MENONTON TV, DIMANA KM PULAU PINANG LIM GUAN ENG DENGAN WAJAH YANG SELAMBA MENGUMUNKAN KEGAGALAN PIHAK KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG MENGATASI DAN MEMBASMI KEMISKINAN TEGAR SETELAH HAMPIR SETAHUN MEMERINTAH.

MENGIKUT KATA BELIAU INI ADALAH DISEBABKAN KESUKARAN MEMBUKA AKAUN AMANAH UNTUK TUJUAN TERSEBUT.

MENURUT BELIAU ENTAH MENGAPA BEGITU SUKAR UNTUK MEMBUKA AKAUN TERSEBUT.

PENULIS TERGELAK SEHINGGA BERGULING-GULING DENGAN PENGAKUAN TERSEBUTAKHIRNYA BELIAU TERPAKSA MENGAKU KESUKARANNYA KAHKAHKAH….

BETULAH TU KM…MEMANG SATU USAHA YANG BAIK JIKA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG BERJAYA MEMBUKA AKAUN TERSEBUT DAN MENGUTIP SUMBANGAN DARI MASYRAKAT UNTUK MEMBANTU MEMERANGI KEMISKINANA TEGAR.


UMNO KELANTAN SEDIA TERIMA PAK BERAHIM

Feb 23, 09 6:45pm

Umno Kelantan sedia menerima Datuk Ibrahim Ali sekiranya Ahli Parlimen Pasir Mas itu mahu kembali kepada parti itu, kata Ketua Penerangan Umno Kelantan Datuk Alwi Che Ahmad.

Alwi berkata kini terpulang kepada ahli Parlimen bebas itu sama ada mahu bersama-sama Barisan Nasional (BN) selepas gesaan PAS supaya Ibrahim meletak jawatan sebagai anggota Parlimen.

Ibrahim menang dalam pilihanraya umum Mac 2008 atas tiket PAS, lapor Bernama

"Kena tanya dia (Ibrahim) dulu apa kehendak dia, sekiranya dia nak masuk (Umno) dia kena pohon, lagi pun dia tak pernah keluar (Umno), dulu Umno yang pecat keahlian dia.

"Bagi kita, kita terima sesiapa sahaja," kata Alwi ketika ditemui pemberita di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Alwi adalah ketua pembangkang di DUN Kelantan.

Desakan terhadap Ibrahim itu berikutan kelantangan beliau kebelakangan ini sering mengkritik PAS.

Ibrahim, 57, digugurkan dari jawatan ketua Umno Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya seumur hidup dalam Umno kerana bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya umum Ke-11, Mei 2004, tetapi tewas kepada calon PAS, Ismail Noh.

Malaysiakini.

SIAPA YANG MELAUNGKAN 'TAKBIR' DISEBALIK PAS MENGKAFIRKAN UMNO?

Agama suci kita Islam yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat manusia dimuka bumi ini diperkotak-katikkan oleh golongan tertentu yang kononnya mengaku golongan pejuang Islam. Al-quraan dan hadis dijadikan panduan kepada kita untok mencari jalan keberkatan dan keredaan, baik di dunia maupun di akhirat. Dalam Islam pahala yang begitu besar disediakan oleh Allah SWT kepada sesiapa yang melakukkan kebaikan dengan jujur dan iklas. Sebaliknya Allah SWT juga menyediakan dosa kepada sesiapa yang engkar dan melakukkan dosa. Setiap amalan akan dinilai samada percakapan atau pun perbuatan semuanya akan dicatit dan tidak ketinggalan satu pun oleh malaikat untok dipesembahkan kepada Allah diakhirat kelak. Allah telah menjanjikan kepada kita semua, sesuatu yang baik akan dibalas dengan Syurga dan yang melakukkan kejahatan atau dosa akan dibalas dengan api Neraka jahanam. Isi Al-quraan sudah dihurai satu persatu yang mana buruk dan yang baik untok dijadikan sebagai panduan umat Islam di dunia ini.

Allah jadikan manusia tahap pemikiran dan ilmu yang berbeza-beza kepada sesaorang. Ilmu yang ada itu jika dgunakan kearah kebaikan sebesar-besar pahala Allah sediakan. Dan jika ilmu yang ada itu kita munafaatkan sebaik mungkin kepada orang lain, Allah akan memberi ganjaran sebesar-benar ganjaran yang akan dibalas dengan pahla yang berlipat ganda. Sebaliknya dengan ilmu itu juga jika kita salahgunakan kearah keburukkan dan kejahatan maka Allah dahulukan kepada kita neraka jahanam di akhirat kelak.

Hidup dengan kepura-puraan, bertopengkan ilmu yang ada untok menyesatkan orang lain dengan tidak menerangkan perkara yang sebenar amat dasyat pembalasan dari Allah akhirat nanti. Apatah lagi jika ianya digunakan bertujuan dan berkepentingan tertentu, kejalan yang tidak diredai. Dalam kehidupan dunia hari ini kita bergitu terdedah dengan gejala-gejala yang diperkatakan itu. Dalam usaha mengejar kemewahan, kuasa dan pangkat manusia sanggup melakukan apa sahaja. Manusia jenis ini suka melaga-laga orang ramai, suka mengada-gada dan suka mencari kesalahan orang lain. Golongan seperti ini dia menganggkat dirinya setinggi yang boleh supaya dimata orang ramai dia kelihatan baik dan warak sekali. Setiap kerja yang mereka lakukan tidak iklas dan lebih kepada hasrat dengki, ketamakan dan kebesaran diri. Mereka tidak mahu menerima apa-apa teguran dari pehak lain dan suka beranggapan golongan mereka sahaja yang betul.

Dalam politik golongan ini selalu mengia dan menerima bulat-bulat apa yang pemimpin mereka kata tanpa mengambil kira betul atau salah. Lahirnya golongan ekstrim ini kerana pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Setengah dari pemimpin mereka tidak jujur dan terlalu rakus pada berkehendakkan kuasa dan pangkat. Pemimpin jenis ini sering bercakap berubah-ubah mengikut kepertingan dan kesesuaian tempat dan golongan yang mendengar. Ia suka mengambil pendekatan agama yang salah dalam urusan politik orang-orang islam dengan cara mengelirukan hukum-hukum islam dalam usaha mendapatkan pengaruh. Kita tidak peliklah jika lahirnya golongan fanatik atau taasub seperti apa yang berlaku dalam kempimpinan parti pas hari ini.

Golongan fanatik ini akan bertindak apa sahaja asalkan tidak bercanggah dengan kehendak pemimpin mereka. Bagi mereka semuanya baik dan betul segala apa tindakan yang mereka lakukkan - golongan inilah juga yang akan digunakan habis-habisan oleh pemimpin mereka. Dijadikan aset penting dengan cara 'memperkudakan' mereka-mereka ini dengan bertujuan untok mencapai matlamat dan hasrat bagi mendapatkan kuasa dan kepentingan tertentu di negara ini. Golongan seperti inilah juga yang sanggup berbaring tidor atas jalan bagi menghalang laluan ke majlis angkat sumpah perlatikan MB Zambry di istana Sultan Perak baru-baru ini. Bagi mereka segala tindakan itu adalah direstui oleh Allah dan jihad. Lebih teruk lagi apa yang berlaku dalam majlis fitnah dan mengcaci hamun dalam usaha mengkafirkan Islam Umno sempat lagi golongan ini melaungkan TAKBIR ALLAHUAKBAR!!! - Masya'allah.

Makanya, siapakah yang harus dipersalah dalam kes-kes seperti ini berlaku? UMNO kah? atau golongan ekstrim itu sendiri yang bersalah?Dari apa yang berlaku itu sudah jelas kepada kita bahawa pendekatan Islam yang diambil oleh Parti Pas yang sudah sekian lama itu telah banyak menimbulkan masalah dan memesongkan akidah orang Islam di negara ini. Kerana Kepertingan kepada kuasa Pas sanggup lakukan apa sahaja asalkan matlamatnya mahu menjahanam Umno tercapai.


Sunday, February 22, 2009

5 ANAK IKAN UNTOK PAK BERAHIM! *****

Pas Kelantan kalut dengan Pak Berahim gara-gara Pak Berahim lantang membela Sultan dan kaum melayu di Dewan Parlimen. Pak Berahim menjadi tajuk hebat bagi orang politik di Kelantan masa kini baik dalam Pas atau Umno. Dikalangan penyokong Umno tidaklah menampak sangat menghina kata-kata Pak Berahim itu. Segolongan pemimpin Pas kelantan dan blog pro pakatan mencanang habis-habisan memprovokasikan apa yang diucapkan Pak Berahim itu. Kalau kita lihat secara ilmiah apa sebenarnya salah Pak Berahim sehingga menyebabkan golongan erdogan pas tidak dapat tidor nyenyak dan sanggup memaki hamun seolah-olah kesalahan Pak Berahim lakukan mengkafirkan kaum melayu beragama islam di negara ini.

Ramai juga kenalan PaKMie menanayakan melalui perbualan, sms, email dan blog menanyakan perkembangan sebenar apakah yang dilakukan oleh Pak Berahim. Untok meyenangkan urusan harian PaKMie dan bagi memuashatian sahabat-sahabat maka akan PaKMie paparkan setakat apa yang PaKMie tahu. Sebenarnya PaKMie malas dah nak berserabut dengan kerenah sesetengah pemimpin-peminpin Pas Kelantan ni, takada apa hanya lebih kepada berpolitik 24 jam( ini cara amalan Pas dari dahulu sampai sekarang - bagi mempastikan penyokongnya tidak berpeluang mendengar ceramah dari parti Umno).

Masalah tidak mengenang budi? dalam politik ada budi ke...senanglah hidup ini kalau budaya amalan budi dan mengenangbudi boleh dikekalkan. Berbalik kepada budi, Umno BN sudah lebih 51 tahun berbudi kepada rakyat di negara ini. Sejak sekian lama Berahim memimpin Umno dan beliau juga mantan MKT tentulah banyak jasa-jasanya kepada rakyat pas. Dalam PRU tahun 2004 kebangkitan BN di seluruh negeri di Malaysia tetapi Pas masih lagi dapat memerintah kelantan walaupun dengan majoriti tipis 2 kerusi kepada Umno,(selepas itu 1 kerusi kekalahan Pas di PRK DUN Permatang Pasir , Pasir Mas) apa tidak kerana Berahim ke?Kebetulan Berahim dipecat dari Umno dan mengetuai (pengerusi) MTR Kelantan yang berkait rapat dengan Istana Sultan Kelantan menyebabkan rakyat Kelantan terpengaruh dan banyak membantu kemenangan parti pas dalam pilihanraya itu. Maka Pas Kelantan teselamat dari tsunami kebangkitan Umno BN masa itu walaupun sekadar menang tipis. Itu antara jasa-jasa Berahim yang tidak ternilai oleh Pas yang menyebabkan Umno tidak dapat lupa sampai ke hari ini sejarah itu.

Kalau tidak masakan Nik Aziz nak serahkan kepada Berahim bertanding atas tiket Bebas berlambangkan bulan dalam PRU12, dalam politik Nik Aziz lebih cerdik dari Berahim hehe....Betullah buat apa Nik Aziz perlu kepada Berahim lagi sekarang, Pas pun sudah mengusai kerajaan negeri lebih 2/3. Apabila ada rotan Nuar Berahim buat apa akar lagi?

Rakyat yang extrim kepada Pas sahaja sebenanya yang nampak kesalahan Berahim di Dewan Parlemen seperti apa yang di war-warkan oleh sesetengah pemimpin Pas Kelantan(PaKMie suka sebut sesetengah sebab tidak semua pemimpin Pas Kelantan benci kepada Berahim Ali). Rakyat sekarang tidak seperti rakyat zaman Tun Razak atau Hussin On. Rakyat sekarang sudah pandai menilai mana intan dan mana permata. Pas dapat memerintah kelantan pun dengan cara menipu rakyat. Janji-janji dalam pilihanraya tahun 1999 pun belum terlaksana lagi usahkan mahu menunai janji pilihanraya 2008. Harapkan kepada Sultan Kelantan jujur dan iklas sahaja, kalau Sultan di negeri lain dah lama dah Sultan murka sebab mempermainkan baginda Sultan. Pandai buat majlis besar-besar letak batu asas, lepas tu bagi Sultan rasmi. Lepas rasmi ditinggal terbengkalai seperti projek jambatan ke Kg Laut, Pelabuhan darat, Bandar baru Pasir Mas dan sebagainya . Bila sahaja menjelang pilihanraya sibuklah nak buat macam-macam majlis pelancaran yang melibatkan Sultan. Projek Depu, Projek Kambing Hussam entah kemana, habuk pun taraak...baik tanam kulat pusu. Bukan setakat rakyat marhein sahaja yang kena tipu, Sultan Kelantan pun kena tipu juga! Sebenarnya tak payah tanyalah PaKMie apa pembangunan yang Pas buat di Kelantan yang sudah lebih 18th itu, kerana PaKMie suka menjawab sesuatu soalan itu degan iklas... takada apa sebenarnya.

PARTI "HASAD DENGKI, FITNAH MEMBELIT DAN TIPU MUSLIHAT." MAKA MARI KITA TENGOK APA MUSLIHAT PAS KEATAS ISU BRAHIM SEMASA DI SIDANG PARLIMEN TEMPUHARI...

Petikan dari Malaysiakini feb 20 o9 3.47pm

Semalam, ramai anggota parlimen Pakatan Rakyat dilaporkan keluar dari Dewan Rakyat susulan tidak berpuas hati terhadap kata-kata terhadap pembangkang dan berlaku perang mulut sehingga menjadikan dewan kecoh.

Ibrahim sebelum itu menyindir anggota parlimen yang didakwanya bersikap hipokrit apabila tidak memperjuangkan apa yang sepatutnya mereka perjuangkan ketika berkuasa sebaliknya menghentam kerajaan apabila berada di luar kerajaan.

Kekecohan terus berlaku apabila Ibrahim menggunakan perkataan "bangsa asing" yang dikatakan tidak tahu menggunakan perkataan sesuai terhadap Raja-Raja Melayu.

N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) kemudian meminta Ibrahim menarik balik perkataan bangsa asing itu kerana menyifatkan ia merujuk kepada bangsa yang ada di dalam negara ini selain ia kurang sopan.

Ibrahim kemudian meminta maaf dan menarik balik semua perkataan yang tidak sesuai yang disebut kerana mendakwa Gobalakrishnan membuat provokasi terhadapnya.

Tidak lama selepas itu, dewan menjadi panas semula apabila Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) mempertikaikan sikap Ibrahim yang didakwa seolah-olah hanya beliau yang memperjuangkan hak dan institusi Raja-Raja Melayu.

Perang mulut sekali lagi berlaku apabila Ibrahim enggan memberi laluan kepada Khalid yang inginkan penjelasan menyebabkan Khalid keluar dari Dewan.

Kecewa dengan sikap pembangkang dan ucapannya yang sering diganggu, Ibrahim kemudian menghempaskan songkok yang dipakai di atas meja sebelum sebahagian besar wakil pembangkang keluar Dewan.

P/S - Pak Berahim dipecat dari Umno bukan kerana rasuah, tetapi kerana kelantangan mengkitik kepimpinan Tun semasa menjadi PM.

PAS KELANTAN CABAR MP BEBAS PASIR MAS LETAK JAWATAN

PAS Kelantan minta Ahli Parlimen Bebas kawasan Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meletakkan jawatannya kerana sering mengkritik parti itu. Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan sifatkan Ibrahim sebagai tidak mengenang budi kerana diberi peluang bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya umum, Mac tahun lalu. Katanya, Ibrahim tidak sepatutnya sering menghentam Pas seolah-olah beliau sahaja yang betul. “Kalau dia bermaruah, dia boleh meletak jawatan,” katanya di Kota Bharu hari Jumaat. Sementara itu mengulas hal berkenaan dalam satu sidang akhbar di Pasir Mas, Ibrahim menegaskan beliau tidak akan letak jawatan kecualilah itu menjadi kehendak para pengundi di kawasannya. Beliau menjelaskan kerjasamanya dengan PAS merupakan persefahaman antara dua pihak dan tidak perlu terikat dengan kehendak parti itu.Ibrahim mempersoalkan sikap PAS yang hanya akan menganggap seseorang itu bermaruah jika sependapat dan mengikut segala kemahuan mereka.” Soalnya apakah kerana budi, saya tidak boleh menegur, inikah parti Islam," katanya.


Agendadaily.

Saturday, February 21, 2009

KEMELUT EKONOMI DUNIA KIAN PARAH, APA PERANAN PARTI PEMBANGKANG?

Mungkin parti pembangkang alpa kerana sibuk berpolitik. Negara sekarang sedang menghadapi krisis kemelut ekonomi dunia. Kesan dari ekonomi global yang tidak menentu boleh menjatuhkan ekonomi mana-mana negara didunia termasuk juga negara kita Malaysia. Kemelut yang bermula di Amerika Syarikat kini telah merebak ke negara lain sehingga menjejaskan peristasi ekonomi dunia pada keseluruhannya.

Dalam soal kegawatan ini parti pembangkang tidak memain peranan penting dan asyik menyalahi pehak kerajaan semata-mata. Selalu mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat kepada kerajaan. Jika kemelut ekonomi ini tidak ditangani dengan baik ianya akan menjadi lebih teruk dan berpanjangan. Kesejasteraan hidup rakyat akan tergugat disebabkan tekanan ekonomi berterusan dan tidak menentu ini. Sedangkan Parti Pembangkang masih lagi sibuk mencari pengaruh dengan memutabelitkan isu ini menyebabkan rakyat menjadi keliru.

Kesejasteraan rakyat dan peningkatan ekonomi negara adalah merupakan eset penting kepada kerajaan kerana ia boleh menambah peluang-peluang perkerjaan, peluang mencari rezeki dan pendapatan, demi kesejasteraan keluarga. Peranan ini tidak dimainkan oleh pehak parti pembangkang, sebaliknya mereka lebih suka cari kesilapan kerajaan . Mereka lebih suka menghuru harakan rakyat. Wakil-wakil rakyat mereka lebih suka menghabiskan masa dengan berpolitik 24 jam. Bagi mendapatkan pengaruh untok menjaga kepentingan diri disamping mahu mengekalkan kuasa untok mencapai hasrat dan cita-cita mereka. Tanggongjawab yang besar ini mereka abaikan, menyebabkan rakyat menjadi terkeliru dan menyalahi kerajaan.

Makanya, seperti apa yang berlaku di negeri Kelantan sejak lebih 18 tahun Pas memerintah negeri itu kadar pengangguran, dan taraf kemiskinannya agak tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain dibawah pemerintahan Umno BN. Kalau hidup rakyat dalam keadaan tertekan, pendidikan anak-anak tidak dapat dijaga sepenuhnya dan terabai sudah tentu akhirnya rakyat akan terjerumus kepada kemelut kemiskinan dan kepapaan. Jika ianya benar-benar terjadi boleh menyebabkan kita hilang keyakinan diri dan sanggup menggadai maruah diperingkat yang lebih menakutkan lagi.

PRK :TIGA DI ANTARA LIMA ADALAH 'PROSES PEMBAZIRAN DALAM DEMOKRASI'



Sebut sahaja 'bukit' sekarang maka orang yang politik akan membayangkan kepada Pilihan raya kecil - PRK. Mungkinkah sejarah baru politik tanah air akan bermula di ketiga bukit ini? tiga kawasan bukit memerlukan pengisian jawatan wakil rakyat iaitu Bukit Lanjan (jika perletakan jawatan wakil rakyatnya diterima), Bukit Gantang dan Bukit Selambau. ia terletak di 3 negeri yang berderetan iaitu Selangor, Perak dan Kedah. Ada tiga juga komposisi kaum utama bertanding iaitu kaum India di Bukit Selambau, Kedah, Melayu di Bukit Gantang dan Cina di Bukit Lanjan.

Kalau ada bukit keempat selepas ini samada di Negeri Sembilan atau Pulau Pinang bermakna dalam urutan negeri kita ada empat bukit berkemungkinan mewakili kaum banggali atau singh pulak- ini adalah persepsi yang pakmie tambahkan! Ada kawan Pakmie cakap kalau sudah ada tiga untok mendapat empat itu senang. Di kedua-dua PRK Bkt Gantang dan Bkt Selambau sudah diputuskan oleh SPR 7 april ini. Manakala di Bkt TLenjang pula belum ditentukan lagi oleh SPR bila akan diadakan - ' tempuh bertenang Eliza belum habis lagi'

Pilihanraya kecil (PRK) terlalu kerap merupakan satu proses amalan demokrasi yang perlu dipenuhi tetapi juga adalah satu proses yang membazir dari banyak aspek. Ada yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini atau bersetuju. Ini juga satu proses `pendemokrasian’ seperti yang dilaung-laungkan oleh pihak yang suka sangat melabel diri mereka sebagai pejuang rakyat.

Banyak factor mendorong pemilihan atau pengundian semula perlu diadakan selepas ditentukan dan disahkan kekosongannya. Pengisytiharan mahkamah, kematian ahli dewan sedia ada dan perletakan jawatan atas pelbagai sebab. PaKMie menyentuh tentang `pembaziran’ apabila PRK terpaksa dilaksanakan bukan setakat membazirnya dari segi kewangan tetapi juga aspek lain seperti tenaga dan masa. Pembaziran ini lebih menyakitkan hati bilamana sesuatu PRK itu terpaksa diadakan hanya kerana disebabkan perletakan jawatan disebabkan oleh masalah peribadi samada masalah rendah moral mahupun terdapat unsur kelucahan.

Ini bermakna individu itu dipilih oleh parti berkaitan adalah individu yang memang ada masalah atau menyimpan masalah. Bila masalah yang disimpan tersembur keluar mula memberi seribu dalih. Moralnya memang betul lah langkah meletakkan jawatan sebab rakyat tidak akan bersetuju dan menerima wakil mereka yang berakhlak dan bermoral low class. Tetapi langkah sebegini telah menyebabkan kerajaan menggunakan bajet yang bukan sedikit dari segi kewangan, tenaga kerja dan masa diperuntukkan. Bayangkan bajet tersebut kerajaan gunakan untuk membeli beras dan sedekahkan kepada semua rakyat yang memerlukan, kebetulan sekarang ini dalam proses pembuangan perkerja kesan dari ekonomi global. Sudah tentu banyak munafaatnya, jangan sedekah sex sudah lah...


Makanya di kedua-dua PRK di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang kita terpaksa terima hakikatnya perlu diadakan kerana disebabkan kematian wakil mereka. Ini kita tidak dapat elakkan dan kita terima reality tersebut. Tetapi bagi kes Bukit Selambau, Permatang Pauh dan Bukit Lanjan PRK yang terpaksa diadakan dalam situasi membazir - duit, tenaga dan masa. Ketiga-tiga kawasan ini terpaksa diadakan PRK kerana nafsu manusia. Satu kerana nafsu kuasa dan dua lagi berkaitan nafsu seksualiti. Ketiga-tiganya juga wakilnya dari parti yang sama iaitu Parti Kuat Retorik - PKR. Ini juga bermakna sudah ada 5 PRK selepas Mac 2008 (PRU12) yang baru lalu. Di antara lima PRK tersebut tiga PRK adalah proses pembaziran dalam demokrasi. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Tim Menteri Dalam Negeri YB Datuk Choe Chee Heung berkaitan perbelanjaan PDRM di PRK Kuala Terengganu tempuh hari adalah melibatkan kos yang tinggi terpaksa ditanggong oleh kerajaan pusat. Sekadar untok memilih penganugerahan MP perlakon layar terbaik, memilih pelakon ADUN sex terbaik dan pelakon ADUN foto bogel paling sexy tak payah lah menyusahkan rakyat dan menghabiskan duit rakyat! - ini satu kerja yang "paling gila" dikeluarkan dari kilang PKR cetusan idea oleh charmant tersohor seantero dunia Anwar Ibrahim.

Rakyat atau pengundi terutamanya di kawasan tiga bukit terbabit agar membuka mata dan minda seluas-luasnya. Mungkin setahun yang lalu ramai yang mengikut emosi dan amarah. PaKMie percaya di pihak Barisan Nasional, signal dan indicator yang diberikan pada PRU12 yang lalu telah menyedarkan dan mengejutkan kealpaan segelintir kepimpinan BN itu sendiri.

Friday, February 20, 2009

SEPATUTNYA NIK AZIZ BERSIKAP 'SELAMBA ROCK' KETIKA MENJAWAB SOALAN WARTAWAN BERSABIT KES FOTO BOGEL ELIZA.










Dalam news tv3 sebentar tadi Nik Aziz berkata Eliza tidak bersalah atas penyebaran foto bogelnya kepada Umum kerana itu bukan urusan Eliza sendiri.Nik Aziz berkata jika berada tempat tertutup dan kesorangan bertelanjang sekali pun tidak mejadi apa-apa masalah cuma malaikat saja yang nampak (jika tak malu - boleh lakukan) dalam islam tiada masalah dan ia tidak menyalahi undang-undang. Baik dari segi ugama islam sekali pun Eliza tidak bersalah!. Kerana politik Nik Aziz seakan sudah lupa siapa ELIZA dan siapa HILMI sebenarnya...

Sebaliknya Nik Aziz menyatakan orang-orang yang bertanggongjawab melaku perkara itu (mengambil foto) yang bersalah dan patut dihukum. Dalam kes Eliza ini Nik Aziz sudah lupa bahawa setiap yang berlaku itu ada "sebab dan musabatnya".

Pelbagai persoalan boleh timbul kalau kita mendalami kata-kata Nik Aziz itu. Soalnya kenapa Nik Aziz beremosi dan angkuh sekali ketika menjawab pertanyaan dari wartawan? Tingkahlaku Nik Aziz itu menampakkan bahawa beliau bukanlah seorang tokoh ulama yang boleh dibangga-banggakan oleh umat islam di negara ini. Dalam kes Eliza ini sepatutnya Nik Aziz lebih berhati-hati dalam memberi pandangan kerana Eliza seperti yang kita tahu bukan seorang islam. Jika Nik Aziz besikap sedemikian menampakkan Nik Aziz pada pandangan orang-orang yang bukan islam di negara ini seolah-olah islam itu membenarkan orang melakukan kesalahan asalkan pandai, tidak nampak di mata ramai dan tidak menyalahi undang-undang dalam mana-mana negara.

Soal
nya sekarang kenapa Saiful Bukhari tidak dapat pembelaan sedemikian?. Saiful tidak diberi perhatian sedangkan Saiful adalah seorang islam tidak seperti Eliza? beliau sendiri yang terlibat dan mengaku dengan sumpah laknat membersihkan diri dengan Allah SWT walaunpun tiada siapa yang nampak kecuali Anwar, Saiful dan Allah Taalla sahaja namun dia juga tetap dikalangan orang-orang yang dianiyai. Macam Eliza, kenapa Saiful tidak mendapat pembelaan? kes Eliza masih terlalu awal jika pun mahu dibela...

"Kalau lihat sokongan 'muslimah bertudung' terhadap Eliza bukan main hebat sedangkan apabila Saiful melafazkan sumpah, bukan saja sumpahnya dikatakan tidak mengikut Islam, bahkan ulama PAS menghina dan mencaci seolah-olah Saiful boneka seseorang. Kenapa kita menghalalkan penganiayaan terhadap Saiful dan tidak dilindungi oleh pemimpin politik seperti Haji Hadi, Harun Din dan Nik Aziz sendiri!!!
. Saiful tagih simpati, namun siapa yang mengdengarnya. Saiful tidak sama dengan pemimpin HINDRAF, Anwar Ibrahim dan Eliza- 'lari' ke luar negeri untuk menenangkan fikiran, sebaliknya terus berjuang melawan gergasi Anwar. Siapa percaya kepada Saiful Bukhari berbanding Anwar Ibrahim walaupun dia pernah mengajak Anwar berdebat dan bersumpah?" - abe Mie terjah.



HISHAMUDIN : PERTAHANKAN RAJA MELAYU SAMPAI TITISAN DARAH TERAKHIR




Feb 20, 09 9:05am: Kira-kira 2,000 penyokong Pemuda Barisan Nasional (BN) berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi bagi menyatakan taat setia kepada institusi Raja-raja Melayu.

Majlis yang dinamakan menjunjung kasih setia Tuanku itu dihadiri oleh pemimpin utama Pemuda BN termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Beberapa NGO Melayu seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan persatuan silat turut hadir di majlis tersebut.

Kebanyakan mereka memakai baju kuning yang tertulis perkataan 'Daulat Tuanku'.
Mereka turut membawa sepanduk dan kain pemidang yang tertulis perkataan yang menyokong Raja-raja Melayu.

Program yang dianjurkan oleh Pemuda BN itu dimulakan dengan visual kesultanan Raja Azlan Shah yang memaparkan sejarah hidup baginda.

Beberapa peserta pula membacakan sajak yang menyatakan taat setia rakyat kepada institusi Raja-raja Melayu.

Hadirin melaung-laungkan 'Daulat Tuanku' setiap kali institusi Raja-raja Melayu disebut oleh pengerusi majlis berkenaan, Datuk Idris Haron yang juga exco Pemuda Umno.
'Kita tahu angkara siapa'
Antara pemimpin utama yang hadir ialah pengerusi Pemuda BN, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, naibnya, Khairy Jamaluddin dan pemimpin komponen BN yang lain.

[Photo]Dalam ucapannya, Hishammuddin yang juga berkata, Pemuda BN akan tetap mempertahankan institusi Raja-raja Melayu sehingga titisan darah terakhir.

"Kita tahu angkara siapa ini semua. Inilah yang hendak memecahbelahkan orang Melayu," katanya disambut jeritan nama Anwar dari kalangan hadirin.

Selain Hishamuddin, wakil komponen Pemuda BN lain turut berucap menyatakan taat setia kepada Raja-raja Melayu.

Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambery Abdul Kadir turut hadir dan menyampaikan ucapan di majlis tersebut.

Di akhir majlis, pemimpin Pemuda BN dan penyokong menyatakan ikrar taat setia kepada Raja-raja Melayu.

Wakil Pemuda Umno Sabah menyerahkan warkah junjung setia kepada Hishammuddin untuk disembahkan kepada Sultan Perak.[Photo]Bercakap kepada pemberita kemudiannya,

Hishammuddin berkata, anak-anak muda yang ingin meluahkan kemarahan dan kekecewaan terhadap kemelut politik di Perak patut diberi ruang dan dipantau supaya tidak mencetuskan sebarang kekecohan yang mengganggu ketenteraman awam.

Beliau berkata cetusan semangat ini jika tidak dikawal, boleh menyebabkan huru-hara dan kekecohan."Sekurang-kurangnya kami tidak di jalanan..melontar batu dan sebagainya," katanya.

Malaysiakini.

JANJI IBLIS DENGAN ALLAH SWT

Renongan dipagi jumaat yang mulia

Kesah Iblis Dengan Nabi Muhammad SAW.

Wahab bin Munabbih berkata: Allah telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad SAW. untuk menjawab segala pertanyaan-pertanyaannya. Maka datanglah iblis berupa orang yang tua yang bertongkat dan ketika ditanya oleh Nabi SAW.

"Siapakah kamu?"

Jawabnya;"Iblis."

Nabi SAW bertanya lagi; "Kenapakah kamu datang?".

Jawab iblis; "Allah menyuruhku datang kepadamu untuk menjawab segala pertanyaanmu."

Lalu Nabi Muhammad SAW bertanya; "Ya Mal'uun! berapa musuh-musuhmu dari ummatku?".

Jawab iblis; "Lima belas orang".

1. Engkau (Nabi Muhammad SAW).

2. Imam yang adil.

3. Orang kaya yang merendah diri.

4. Pedagang yang jujur [benar].

5. Orang Alim yang khusyuk.

6. Orang mukmin yang suka menasihati.

7. Orang mukmin yang murah hati (belas kasih).

8. Orang yang bertaubat dan tetap pada taubatnya.

9. Orang yang menjauh dari segala yang haram.

10.Orang yang tetap berwudhu {apabila batal sentiasa diperbaharui dengan wudhu yang lain).

11 Orang mukmin yang banyak bersedekah.

12.Orang mukmin yang baik budi akhlaqnya.

13.Orang mukmin yang banyak jasa gunanya pada manusia.

14 Orang yang membawa Al-Qur'an dan selalu membacanya.

15.Orang yang suka sembahyang tahajjud malam di waktu orang-orang sedang tidur.

Lalu ditanya oleh Nabi SAW.; "Siapakah kawan-kawanmu dari umatku?".

Jawab iblis; "Sepuluh orang".

1. Raja(pemerintah) yang zalim..

2. Orang kaya yang sombong.

3. Peniaga yang khianat(penipu).

4. Pemabuk (Peminum arak).

5. Tukang adu domba (fitnah).

6. Pelacur.

7. Pemakan harta anak yatim.

8. Orang yang sentiasa meremehkan sembahyang.

9. Penolak zakat (tidak mengeluarkan zakat).

10.Orang yang panjang angan-angan.

Mereka itulah sahabat-sahabatku.

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus. [Al-Araaf : 16]



Pernahkah Terpikir untok Berubah?

MELAYU SEMAKIN BERPECAH DISEBALIKNYA KAUM LAIN LEBIH BERSATU - KEMELUT PERPECAHAN BEGITU HEBAT SELEPAS ANWAR DIBEBASKAN DARI PENJARA!

Sayang! Adakah generasi Melayu bakal tinggal sejarah? Kini, anak Melayu sendiri malu hendak menyanjung bangsanya di celah-celah komuniti yang mengamalkan cara hidup bebas, mewah, moden dan "open minded".

Identiti Melayu sudah tenggelam di dasar kehidupan ala kebaratan, fahaman agama yang kian bercelaru disogok dengan ideologi-ideologi barat.

Cara berfikir? Mereka melabelkan diri sebagai "PEJUANG KEBEBASAN". Mereka berkehendakkan satu kehidupan yang bebas tanpa kongkongan peraturan yang tegas, serba-serbi bebas. Bebas melakukan apa sahaja demi memenuhi tuntutan nafsu, malah ada yang menginginkan kebebasan dari hukum Islam, wallahualam.

Orang Melayu sekarang "HEBAT". Sesetengahnya angkuh mengecam hak dan kelebihan Bumiputra dan bangsa sendiri yang telah dipertahankan sejak dari zaman kemerdekaan. Mereka memanipulasi isu hak keistimewaan Bumiputra dengan meletakkan kerajaan sebagai pengamal satu jenis penindasan kaum yang tidak dideritai oleh puak lain walau sedikitpun. Inilah dia "KEJAHILAN" yang mampu membentuk satu generasi yang kufur nikmat apabila dikawal oleh rasa tamak dan haloba.

UMNO, PAS dan PKR adalah tiga parti politik negara. Tiga parti beridentitikan Melayu yang sekiranya bersatu, tidak ada satu kuasa dalam dunia ini pun yang mampu menggugat maruah serta hak bangsa dan agama. Malah kaum Bumiputra bukan Melayu juga turut bersinar terang di bawah kilauan keagungan BANGSA Melayu, mengatasi kaum-kaum lain yang hebat di zaman ini. Cahaya inilah yang orang Melayu sudah tiada. Penghalangnya adalah orang Melayu itu sendiri.

Keinginan Melayu PAS dan PKR berpisah dan membentuk landasan masing-masing dengan niat untuk merebut peluang menjadi kumpulan yang berkuasa sekaligus menjadi pemerintah menjadi penyebab kepada terlerainya ikatan perpaduan di kalangan bangsa Melayu sendiri.. Dalam keadaan seperti ini, sudah pastilah fitnah, maki-hamun, memburuk-buruk di kalangan sendiri menjadi satu lumrah yang biasa disajikan kepada masyarakat kita kini.

Pakatan Rakyat yang digerakkan melalui dua pertubuhan Melayu (PAS/PKR) ini sedikit sebanyak tunduk kepada tuntutan dan kemahuan DAP. Apakah sebabnya mereka sanggup bersuara senada dengan mereka dalam pelbagai pertikaian terutama dalam perkara yang membabitkan hak bangsa bumiputra dan agama sedangkan selama ini tidak merugikan kaum lain sedikitpun? DAP mahu sesuatu yang mutlak dan kuasa politik adalah satu-satunya perkara yang mereka tidak dapat kuasai sehingga kini. Dengan perancangan menguasai politik, bermakna mereka akan dapat mempengaruhi kerajaan dan mencorakkan dasar pemerintahan yang sesuai berdasarkan kesesuaian naluri dan citarasa mereka. Tiada larangan agama dan tiada roh Islam dalam pentadbiran. Itulah kebebasan ala kafiruun.

Kepada orang Melayu Pakatan Rakyat, tidak perlu membohongi diri sendiri menunjukkan kesediaan dan kesanggupan untuk mengorbankan segala yang dipertahankan kerajaan semata-mata untuk mendapat satu kepimpinan baru yang belum tentu lagi dapat menjamin kesejahteraan dan kepentingan kaum Melayu dan bumiputra sendiri. Orang Melayu tidak akan mampu bersaing dengan kaum Cina dalam pelbagai bidang yang majoritinya dimonopoli oleh GOLONGAN mereka. Di manakah keAdilan bagi bangsa Melayu jika pemimpin mereka sendiri mengutamakan hak samarata kaum secara membabi buta seumpama "mencurahkan garam ke air laut"?.

Ramai orang Melayu kesian melihat UMNO sekarang ini, kesian kerana UMNO terpaksa berhadapan seorang diri menangkis dari setiap penjuru depan belakang, kiri kanan, atas bawah isu perkauman yang di lontarkan oleh pembangkang dan disambut pula oleh parti komponen dalam BN. Pemimpin-pemimpin UMNO terpaksa berhadapan tanpa henti-henti isu perkauman yang terpaksa di pertahankan demi masa depan "survival" orang-orang Melayu, bukan hanya untuk orang Melayu dalam UMNO malah keseluruhan orang Melayu di mukabumi ini, kestabilan orang Melayu bermakna stabil lah negara, apabila stabil negara maka ekonomi akan bercambah, apabila ekonomi bercambah sejahteralah bangsa lain seperti Cina dan India serta bangsa-bangsa lain di Malaysia ini.

Dalam masa ini juga UMNO dengan sedaya-upaya mengembalikan kesedaran kepada kaum bangsa Melayu supaya berdiri teguh untuk menegakkan bangsa Melayu serta perjuangan bangsa kerana pada masa ini ada Melayu yang telah diekploitasi pemikirannya sanggup menidakkan bahawa BAHASA Melayu yang melambangkan BANGSA Melayu yang MERDEKA sehingga menjadikan negara ini dinamakan 'MALAY'sia telah menjadi bahan pertikaian oleh orang Melayu sendiri tanpa menyedari bahawa mereka inilah juga berBAHASA Melayu dan berBANGSA Melayu tetapi bercakap seolah-olah mereka ini bukan lagi anak bangsa 'MALAY'sia. Inilah matlamat kaum Cina terutama DAP untuk memesongkan identiti seseorang Melayu yang disokong pula oleh Melayu PKR dan juga PAS.

Permainan politik orang Melayu kini "HEBAT" dan nampak lebih licik di dalam memberi laluan kepada DAP dan segala undi kaum Melayu berpindah kepada DAP melalui PKR dan PAS. Seronok mereka walaupun BN menerima kekalahan dibeberapa negeri yang bermajoriti berbangsa Melayu. Majoriti Melayu mungkin sedih, tetapi ada Melayu bersedih dalam gembira tanpa menyedari sumbangan mereka dalam mengorak langkah menghancur bangsa Melayu sendiri. Wajah dan air muka jetahuna Melayu akhirnya ditempiaskan kepada UMNO. Maka paksi UMNO disalahkan bagi semua perkara seolah-olah gagal mempertahankan Melayu. Bagaimana pula dengan Melayu di dalam PAS dan PKR yang ahli mereka juga ramai yang berbangsa Melayu, tetapi mengapa pula mereka tidak mahu mempertahankan hak dan bangsa Melayu? Tidak pula mereka ini Melayu-Kristian, tetapi Melayu-Islam.

Yang diterima adalah kutukan dan penghinaan kepada bangsa sendiri setiap hari terhadap perjuangan UMNO sehinggakan bahasa, bangsa, agama dan negara menjadi pertaruhan seolah "hilang hari ini, esok akan kembali" semula. Amat mudah dan ringkasnya generasi Melayu hari ini dalam memperjuangkan anak bangsanya untuk kemudian hari.

UMNO terpaksa membakar diri untuk memerangi Melayu lain yang telah dicemari dan keseluruhan bangsa-bangsa lain, inilah nasib UMNO dalam keadaan lemah longlai umpama pokok yang condong dan kura-kura cuba memanjat, inilah sedang berlaku. MCA mula dengan isu perkauman, PPP mula dengan isu ISA apatah lagi pembangkang dikalangan Melayu sendiri yang akan menahan jala malah pukat tunda pun digunakan tak cukup dengan itu racun tuba digunakan di air sedang keruh untuk mendapat untung dengan senyum puas.

Istilah Ketuanan Melayu dibesarkan kerana istilah ketuanan Melayu seumpama Melayu ini tuan kepada bangsa lain atau kuli atau hamba, itulah di niatkan oleh mereka untuk mendapat sokongan bangsa lain, sepatutnya Istilah Hak Keistimewaan Orang Melayu disebut tetapi istilah itu agak lembut dan bersopan, UMNO mempertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu itu semestinya perjuangan UMNO, inilah yang dikesan dan di cium oleh ANWAR dan menggunakan platform dalam Pakatan Rakyat untuk mencari kelemahan UMNO dalam memecahbelahkan pemikiran bangsa Melayu secara langsung dan tidak langsung seumpama menerima agenda Malaysia Malaysian, Malaysia Baru, Harapan Baru.

Dalam keadaan Melayu didalam kem Pakatan Rakyat (orang Melayu yang membunuh bangsanya sendiri) itulah pembangkang mencari kelemahan dan melontarkan satu demi satu yang akan menarik minat UMNO untuk melatah dan melenting dan akhirnya dilihat oleh bangsa Cina dan India bahawa Melayu UMNO bangsa yang rasist apabila berusaha menangkis serangan demi serangan yang dilontarkan di dalam isu bahasa, bangsa, agama dan negara.

Kebijaksanaan pemimpin UMNO perlu diasah kembali, muhasabah diri perlu kerana keadaan kini sokongan Cina dan India terhadap BN dan UMNO mula berkurangan, Isu Istilah Ketuanan Melayu perlu diubah kepada Hak Keistimewaan Orang Melayu, demi bangsa Melayu keseluruhannya UMNO kena berhati-hati tetapi berani dan tegas.

Meniti sejarah Tunku Abdul Rahman pernah berpendapat masyarakat Cina lebih mengutamakan faktor ekonomi sementara masyarakat Melayu lebih mengutamakan politik. Namun pendapat Tunku Abdul Rahman tidak lagi relevan dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Semakin ramai bijak pandai Cina yang ingin menjadi teraju negara dan hanya boleh dicapai melalui proses politik. DAP merupakan parti pembangkang sejak ditubuhkan semenjak 1966 lagi. Ramai penganalisis berpendapat apa yang tidak dapat diperjuangkan oleh bangsa Cina didalam kerajaan akan diperjuangkan dari luar, DAP. Jadi mereka saling lengkap melengkapi. Yang ruginya Melayu tidak kira UMNO, PAS dan PKR. Inilah resepi kejayaan DAP disamping faktor-faktor yang lain.

Semenjak zaman penjajahan British di mana bangsa Cina berperanan menjayakan Rancangan Brigg bagi menempatkan penduduk Cina di tepi hutan dan luar bandar ke kampung-kampung baru. Kebanyakan kampung-kampung baru ini telah bertukar menjadi bandar dan mempunyai kepentingan ekonomi dan politik yang penting di Malaysia. Antaranya ialah Kulai, Segamat, Kluang, Raub, Kajang, Bidor, Petaling Jaya, Serdang, Sungai Besidan lain-lain. Boleh dikatakan semua majoriti penduduk bandar-bandar di Malaysia adalah kaum Cina. Kebudayaan mereka amat ketara sekali apabila melalui kawasan bandar sehinggakan setiap bandar dapat dikatakan sebagai 'Chinatown'.

Dalam keadaan pemerintahan atau politik di monopoli oleh Melayu, ekonomi di monopoli oleh Cina pun Melayu tak merasa untuk menjadi eksekutif di syarikat-syarikat Cina yang dikuasai oleh Cina secara total. Apakah nasib anak cucu, cicit piat piut generasi Melayu di masa mendatang?

Tidak sedarkah bangsa Melayu PERLU untuk bersatu kembali, perpaduan Melayu demi masa depan anak bangsa, menolak jauh idologi politik sempit yang dimainkan oleh DAP, PKR dan PAS dan mengutamakan perpaduan agar bangsa lain hormat kembali kepada bangsa Melayu. Melayu kini tersepit dalam isu bangsanya sendiri, UMNO memang sudah dikenali sebagai parti yang memperjuang orang Melayu kini dilontarkan isu yang sama dan di dalam mempertahankan hak bangsa Melayu dengan di perhatikan oleh bangsa Cina dan India dan begitu juga Melayu PKR dan PAS untuk sama-sama menjadi cuma pemerhati kepada kejatuhan Melayu.

Sedar atau masih lalaikah orang Melayu keseluruhannya? Mampukah orang Melayu menghadapi keadaan ini? Mampukah anak bangsa Melayu di masa hadapan menghadapi hidup tanpa Hak Keistimewaan Melayu?

Marilah, bersatu elakkan sebarang kemungkinan yang akan menjadi titik permulaan ke arah azab keaiban kaum Melayu dan bumiputra. Jangan sekali-kali kita menjadi pendorong untuk kaum dan bangsa lain menginjak-injak maruah dan mertabat kita demi secebis kenikmatan yang hanya akan membawa kepada penderitaan anak cucu kita kelak.

Bantulah kerajaan yang dipilih dan diketuai oleh orang Melayu mempertahankan maruah Melayu. Ingatlah, bersatu Melayu teguh bercerai Melayu roboh. Tiada esok bagi Melayu dan tiada hari ini bagi Melayu jika keistimewaan kuasa politik bangsa Melayu terlepas dari gengaman. Ingatlah wahai semua bangsa Melayu.

Suara Politik
Taminsari

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..