Followers

Thursday, April 30, 2009

DEMI KEBAIKAN - NALURINYA HATI SEORANG SAHABAT

MINTA MAAF DAN BERSEDIA MENGAKUI KESILAPAN

Adakala kita meminta maaf kerana atas dasar kesilapan atau kesalahan kita. Ada juga kita meminta maaf kerana kita mahu memendekkan suatu bicara dan tidak semestinya kita bersalah. Kita sebagai manusia biasa salah tetap ada disana sini, tidak akan terlepas dari membuat salah. Tiada siapa yang tidak pernah membuat salah atau silap - yang paling mulia dan utama adalah bermaaf-maafan.

Jika kesalahan dan kesilapan itu sering diulangi beberapa kali ada kemungkinan ianya disengajakan, sebaliknya jika ianya terjadi hanya untuk sekali sahaja besar kemungkinan kesalahan dan kesilapan itu bukannya disengajakan atau lebih kepada kerana terpaksa demi sesuatu kebaikan. Dan ianya dapat diselesaikan dengan hanya meminta maaf. Kadang-kadang dengan cara meminta maaf itu lebih baik dari mengakui kesilapan.Orang yang tidak mahu memaafkan diri orang lain bermakna dirinya tidak pernah melakukkan kesalahan atau kesilapan.

ArissG..

Ulasan...
Blogger geefadzli said...

Maaf kadang kala tidak boleh menyelesaikan masalah. Walaupun maaf telah diberi tp langkah tidak perlu diteruskan agar kesilapan tidak terus dipanjangkan. Belajar dari kesilapan menjadikan kita seorg manusia yg boleh memilih utk mencorak kehidupan masa depan...itu lebih baik

April 30, 2009 9:29 AM

Delete
Blogger nalapambu said...

Tak guna pun pencacai2 UMNO ni buat bising. UMNO akan tetap tumbang pada PRU13 nanti.

Sekarang sudah nampak nyata pemimpin UMNO cuba ambil hati kaum bukan melayu - seperti lupuskan DEB dan undang2 bagi bukan islam yang memeluk agama islam.

Kami bukan bodoh dengan mudah termakan 'umpan murahan' UMNO ini. Sebaliknya ianya sudah menimbul kan kemarahan dari kaum melayu/islam pula terhadap UMNO.

Kesian UMNO, nampak nya apa yang dibuat jadi serba tak kena.

Sebenarnya UMNO sudah TIDAK boleh berbuat apa2 untuk kembalikan sokongan kaum cina dan india terhadap UMNO.

Di nasihatkan kepada pencacai2 UMNO supaya jangan buang masa untuk kutuk Pakatan Rakyat. Tumpukan masa untuk perbaiki kerosakan dalam UMNO.

YB TS Muhyiddin Yassin TPM telah memberi amaran bahawa UMNO cuma ada masa dua tahun sahaja untuk di pulihkan.

Malangnya UMNO nampak bertambah parah di buat oleh pencacai2 blogers ini.

April 30, 2009 11:39 AM

Delete
Comment deleted

This post has been removed by a blog administrator.

April 30, 2009 3:45 PM

Delete
Blogger .@blogger.com said...

nalapambu,
Hish! kamu komen apa nya tentang perjuangan parti, ni perjuangan cinta. Kes cintan ni. Kamu tau apa. Huhu! Apa pun kita harus pulang kepangkal jalan dan memulakan sesuatu yang baru dengan lebih baik. Hati insan lain harus dihormati dan dihargai. Aku melihatnya dari jauh dengan hati yang berani, mengatakan sesuatu yg benar ~ bERANIKAN hATI

April 30, 2009 4:30 PM

Delete


Tuesday, April 28, 2009

SIAPA SEBENARNYA YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM DI NEGARA INI?

MARILAH KITA SAMA-SAMA BERSATU DIBAWAH SATU PAYONG UMNO!!! - UMNO PARTI TUNJANG KEKUATAN ISLAM DAN MELAYU.

"Kerajaan perpaduan yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan antara TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dan TGHH (Tuan Guru Haji Hadi). Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah "sesatlah" segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!" - Nik Abduh.

Siapa yang sesat dan menyesatkan yang dimaksudkan itu...

Inikah yang sesat?

"Tetapi sekadar tafsiran, orang-orang yang bersama Nik Aziz di Kelantan... orang di sekeliling Nik Aziz dalam kerajaan...para exco dan kempimpinan parti".

PaKMie : Memang Pas tidak sebuah parti berjuang untok Islam. Pendekatan Islam yang Pas ambil selama ini lebih kepada menyesatkan umat Islam di negara ini. Umno yang terbukti sudah sekian lama memperjuangkan Islam di negara ini. Tetapi PaKMie amat kesal kerana Pemimpin Pas sanggup melebel Umno sebuah parti yang wajib ditentang oleh umat Islam di negara ini sedangkan Umnolah yang meletakkan Islam teratas dengan dasar-dasar yang bercorakkan Islam dalam pentadbiran negara. Hasrat murni Umno mahu berkerjasama dengan Pas dalam menetukan Islam dan kaum melayu di negara ini dipolitikan awal-awal lagi oleh kepimpinan dalam Pas.

BPN melalui blog masing-masing sudah memberi penjelasan "Perjuangan Pas adalah tidak seperti yang dilaung-laungkan sebaliknya Umnolah sebuah parti yang berjuang untuk kekuatan Islam dan melayu di negara ini"...Hari ini sudah sedikit sebanyak terjawab kepada kita dengan kenyataan Nik Abduh selaku Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan dan juga ahlijawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat dalam blog beliau. Ulama "me celup" mulut celupar merusakkan sesama Islam yang sudah sekian lama menular dalam Pas membuatkan Umno sedikit terhalang mejalankan tugas-tugas dan tanggungjawab membela rakyat di negara ini.

Dalam soal pendekatan Islam yang dibawa oleh Pas,Umno lebih kepada bersikap mendiamkan diri semata tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan sebaliknya ia pula sengaja dipolitikan oleh Pas yang akhirnya segala kepincangan yang ada dalam Pas selama ini didedahkan sendiri oleh kepimpinan dalaman parti itu. Pas sendiri tidak mampu lagi membendung masalah dalaman parti itu, kononnya ulama - ulama yang berada dalam Pas masing-masing berpendirian tidak mendapat kata putus dan ini amat mengaibkan parti itu yang selama ini melaung-laungkan sebuah Parti Islam di negara ini.




Monday, April 27, 2009

PAKAR MASAKAN "MI CELUP" ADALAH NIK AZIZ


AKU KATA PEMIMPIN PAS LAH YANG MEMECAHBELAHKAN ISLAM DI NEGARA INI TAK PERCAYA...
AKU KATA PEMIMPIN PAS GILA KUASA TAK PERCAYA...
AKU KATA PEMIMPIN PAS LAH SUKA MEMFITNAH TAK CAYA...
AKU KATA PEMIMPIN PAS LAH LEBIH RASUAH TAK CAYA ...

MARI KITA BACA PENGAKUAN ANAK NIK AZIZ. LAYAKKAH NIK AZIZ MEMEGANG JAWATAN MB SEDANGKAN SUDAH LEBIH 20TH BELIAU MEMEGANG JAWATAN ITU? DAN SIAPA KENAPA BEGITU BODOH SEKALI NIK AZIZ MEMPERCAYAI ERDORGAN KALAU TIDAK KERANA MABUK KEPADA KUASA CIPTAAN ERDOGAN DAN ANWAR IBRAHIM?

KENAPA NIK AZIZ BERGITU CELUPAR MULUT BERKATA HINA KEPADA DS NAJIB SEDANGKAN DS NAJIB MASIH BARU LAGI MEMEGANG PM? APA SALAH DS NAJIB?

KENAPA TAK CAKAP AWAL-AWAL NIK AZIZ MELETAKKAN SYARAT MAHU KEPADA JAWATAN MENTERI?

Seterusnya sama-sama kita baca actikel ini...

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bersedia menerima kerajaan perpaduan dengan syarat BN bersedia memberi jawatan-jawatan penting untuk diterajui parti itu, seperti menteri kewangan dan menteri pendidikan.

“Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan-jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya.

"Berikan kementerian kewangan dan kementerian pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM (perdana menteri) mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama,” menteri besar Kelantan dipetik berkata dalam blog anaknya Nik Abduh.

Dalam blognya itu, Nik Abduh yang juga timbalan ketua pemuda PAS negeri juga menghentam pembantu-pembantu bapanya yang didakwanya bertanggungjawab menyebabkan Nik Aziz pada mulanya menolak cadangan kerajaan perpaduan itu yang dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kerajaan perpaduan yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan antara TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dan TGHH (Tuan Guru Haji Hadi)," tulis Nik Abduh.

nik mohd abduh nik azizBagaimanapun, tulisnya, selepas diadakan "pertemuan kurang sepuluh mata" bersama presiden PAS, Nik Aziz tidak lagi menyerang isu tersebut.

"Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya (Nik Aziz)," tulis Nik Abduh.

Menurutnya lagi, 'modus operandi yang sama pernah digunakan oleh pembantu bapanya itu berhubung isu muzakarah atau muqabalah dengan Umno sebelum ini.

"(Bagaimanapun), selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 (kediaman rasmi menteri besar Kelantan) beberapa bulan lalu, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya.

"Saya diberitahu dari sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH," tulisnya.

Nik Abduh juga menyifatkan pembantu-pembantu bapanya sebagai "mereka yang hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa diri mereka pun ulama juga".

Ulasan...

Blogger RAJAWALI said...

Sabda RASULULLAH S.A.W :

IMAN SESEORANG HAMBA ALLAH TIDAK AKAN LURUS SEBELUM HATINYA LURUS DAN HATINYA TIDAK AKAN LURUS SEBELUM LIDAHNYA LURUS.

Hadis Riwayat AHMAD.

Sekarang ni kita boleh lihat siapa yang sebenarnya berjuang kerana AGAMA, BANGSA dan NEGARA. Dari hadis diatas marilah kita renungkan sedalam dalamnya adakah pihak pembankang terutama PAS yang kononnya memperjuangkan agama yang LURUS, adakah Nik Aziz (MURSYIDUL AM PAS) mempunyai IMAN YANG LURUS sehingga LAYAK DIGELARKAN ULAMAK?????... NIZAR Suruhan DAP dan ANU-WAR ALJUBURI serta beberapa Para Pemimpin PAS yang mengunakan AGAMA untuk mendapat kuasa, pangkat dan kekayaan sehingga sanggup menghina sesama Islam mempunyai IMAN YANG LURUS...

Marilah kita sama-sama renungkan....

April 28, 2009 3:04 AM

Delete





Sunday, April 26, 2009

JUARA PIALA FA MILIK SELANGOR - KELANTAN KECUNDANG SEPAKAN PENALTI


PEMAIN dan pegawai Selangor meraikan kejayaan mereka muncul juara Piala FA selepas menewaskan Kelantan menerusi penentuan penalti 4-1 di Bukit Jalil, malam tadi.

Selangor muncul juara Piala FA menerusi penentuan penalti 4-1

SELANGOR menggunakan pengalaman beraksi di pentas saingan besar untuk menuai satu lagi hasil besar apabila menjulang Piala FA buat kali kelima selepas menewaskan Kelantan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Apapun, anak didik K Devan jelas tidak memenangi mudah ketika lawan bergelar The Red Warriors itu - yang membuat penampilan pertama di final sejak 1970 - memberi saingan sengit sehingga ke minit terakhir permainan masa tambahan sebelum Merah Kuning dapat mengesahkan pingat kejuaraan.


Dengan Kelantan menampakkan gemuruh, berikutan penampilan pertama dalam final piala domestik selepas kemarau 39 tahun, skuad Merah Kuning mengambil kesempatan dengan melancarkan beberapa siri serangan ke pintu gol dengan habuannya adalah tiga sepakan sudut dalam empat minit pertama.

Ancaman Selangor berterusan selepas itu dengan Safee Sali melakukan lambungan tepat di luar kotak penalti lawan pada minit kelima, namun penjaga gol, Shahrizan Ismail bertindak cemerlang menafikan percubaan itu.

Selepas mengekang ancaman bahaya bertali arus itu, Kelantan menemui rentak dengan percubaan pertama hadir menerusi Ezrie Shafizie Sazali minit ke-21 yang melakukan rembatan dari jarak 25 meter dan hanya sedikit melepasi palang gol.

Disuntik keyakinan, The Red Warriors nyaris berada di depan, namun rembatan Indra Putra Mahayuddin dari jarak 30 meter terkena palang gol Selangor.

Selepas rehat, Kelantan memiliki peluang awal di babak kedua, apabila sepakan percuma kapten pasukan, Badhri Radzi minit ke-48 tepat ke jangkauan Mohd Rizal Fahmi, tetapi tandukannya melepasi gol lawan.

Peluang terbaik Selangor hadir menerusi sepakan voli Rudie Ramli minit ke-67, namun Shahrizan sekali lagi bertindak cemerlang mendakap kemas percubaan itu.

Pasukan bimbingan Peter Butler itu terus menghadirkan ancaman menerusi percubaan tepat Ahmad Ezrie Shafizie (minit ke-73) dan Mohd Norfarhan Mohammad (minit ke-82), tetapi penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad bertindak cemerlang menyelamatkan keadaan buat mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Saturday, April 25, 2009


PETER Butler (kiri) dan K. Devan berjabat tangan di samping Piala FA menjelang perlawanan akhir malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

KELANTAN MAMPU BUAT KEJUTAN DI BKT JALIL MALAM INI

KUALA LUMPUR – ‘‘Kami mampu mengejutkan anda!’’ Itu amaran jurulatih Kelantan Peter Butler yang ditujukan kepada Selangor menjelang perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Menurut jurulatih yang berasal dari England itu, pasukannya akan beraksi tanpa tekanan walaupun menyedari Selangor bukan calang-calang lawan.

Tanpa mendedahkan strategi yang akan digunakan pada perlawanan hari ini, Butler sekadar berkata, Kelantan akan bermain seperti biasa.

Cuma katanya, dia mengharapkan tuah pertembungan ketiga dengan Selangor musim ini pada perlawanan akhir hari ini, kemenangan akan menyebelahi Kelantan pula.

‘‘Kami kalah 0-3 pada pertemuan pertama dalam Liga Super namun seri 1-1 pada perlawanan kedua.

‘‘Untuk itu saya harap kemenangan akan menyebelahi Kelantan pada perlawanan ketiga kami dengan Selangor.

‘‘Namun ia bukan mudah. Menerusi seorang kawan di London, saya diberitahu bahawa Selangor sebuah pasukan yang kuat.

‘‘Saya juga mendapat tahu daripada bekas pemain Selangor, Tony Cottee bahawa Selangor secara tradisinya sebuah pasukan juara, standard pasukan ini begitu tinggi. Ia diurus dengan baik.

‘‘Namun saya yakin kami mampu mengejutkan Selangor,’’ katanya pada sidang akhbar pra perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Tambah menceriakan Butler apabila semua pemainnya berada pada tahap kecergasan terbaik.

Katanya, Kelantan akan beraksi secara berpasukan dan bukannya digerakkan oleh pemain tertentu sahaja.

‘‘Saya mengarahkan pemain supaya beraksi seperti biasa.

‘‘Kami Optimis menghasilkan keputusan baik esok cuma saya berharap pemain mengawal emosi.

‘‘Kami akan cuba memberi tentangan pada perlawanan esok, saya menjangkakan ia pertembungan hebat lagi menghiburkan

‘‘Perlawanan esok (malam ini) perlu dinikmati oleh pemain, penyokong dan peminat bola sepak negara ini,’’ katanya.

ANTARA KARPAL JATUH TIDAK DI TOLAK DENGAN PENGECUT NYA DAP PERAK.

Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP yang berada dalam kebahgiaan usungan tiba-tiba tersungkur selepas kerusi roda yang tak balance yang diusung oleh pembantu setianya yang hilang imbangan ketika menaiki tangga di Mahkamah Tinggi Kuantan.

Keadaan itu menimbulkan sedikit kekecohan kerana keadaan tangga bangunan mahkamah itu yang sempit dan dipenuhi dengan lebih 20 penyokongnya yang mengiringinya ke kamar Mahkamah Tinggi di tingkat satu bangunan itu.


P/S - Actikel ni tak penting dan tak terniat pun nak tulis panjang-panjang tetapi terasa juga terpanggil nak publishkan di blog ini sebab ada kelucuan dan ada tanda tanya...adakah patut seramai 20 orang itu ditempat sempit Karpal seorang je yang jatuh hehehe kahkahkahkah...tak apa beress sebabKarpal masih tak semput. Adnan Yaakub yang tolak kot kahkahkah... ia sudah pun jatuh tetapi belum ditimpa tangga...tak macam sahabat akrabnya Anwar hehe...dipaksa bertaubat oleh kawan baiknya sendiri kahkahkah...

Ini lagi satu - Cakap berdegar-degar tetapi bila orang ajak Pengecut Pulak.


Kalau ikut cakap dan kenyataan yang dikeluarkan, dua orang kuat DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor meng merupakan orang paling lantang mengkritik dalam isu-isu politik yang berlaku di negeri Perak.

Malah, mereka juga mempertikai secara terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan tindakan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam exconya tidak sah.


Namun, apabila ada usaha yang dibuat oleh pihak bebas iaitu Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC) dan Blogger United menganjurkan debat rakyat berhubung isu-isu politik Perak, kedua-duanya tercari-cari alasan untuk mengelakkan diri.


Debat rakyat yang dijadual berlangsung Jumaat ini telah pun mendapat persetujuan peguam UMNO, Datuk Hafarizam dan seorang peguam bebas, Datuk Shafie Abdullah untuk hadir bgai menyertai debat berkenaan.


Bagaimanapun menurut sumber, Ngeh dan Nga memberikan alasan kononnya Majlis Peguam akan turut menganjurkan forum mengenai isu yang sama hari sabtu sebagai alasan tidak dapat hadir.


Sedangkan hakikatnya, Shafie akan turut hadir forum yang dianjurkan oleh Majlis Peguam berkenaan.


“Soalnya kenapa kedua-dua mereka ini yang begitu lantang memberikan komen apabila dijemput untuk menjayakan debat rakyat memberikan pelbagai alasan untuk tidak hadir. Jika forum Majlis Peguam dijadikan alasan, Datuk Shafie juga akan pergi ke majlis yang sama, apa masalahnya pula,” kata sumber itu.


Ini jelas sumber itu menunjukkan, Ngeh dan Nga tidak berani berhadapan dengan fakta dan hanya berani membat tuduhan tanpa berani bersemuka dengan orang yang boleh dan mampu mematahkan kritikan mereka.

Sementara itu difahamkan, NPC yang menjadi penganjur telah diminta untuk menghubungi peguam Sivakumar, Sulaiman Abdullah untuk hadir debat tersebut tetapi telah menolaknya.

NPC juga telah diminta untuk mendapatkan peguam Malik Imtiaz bagi mewakili pihak pembangkang. Namun jawapannya tetap sama - tidak bersedia untuk debat tersebut.





Agendadaily.





Friday, April 24, 2009

MINTA JAUHKAN BALA DI MALAM ITU - 25APRIL 2009


BOLA SEPAK AKHIR PIALA FA - KELANTAN VS SELANGOR MALAM ESOK DI STADIUM BKT JALIL

Presiden KAFA Tan Sri Anwar Musa meletakan Kelantan kepusingan akhir piala FA menentang Selangor malam esok di Stadium Bukit Jalil menggulagi sejarah 38 tahun yang lalu. Kelantan mengalahkan Negeri Sembilan dengan mata relatif.

Sebelum ini dalam pusingan pertama ketika menentang Negeri Sembilan di Stadium Mohd ke 1v di Kota Bharu pernah berlaku rusuhan. Kereta polis dibakar dan ada yang buta sebelah mata kerana terkena percikan gas pemedih mata. Diharap mana-mana pehak jangan cuba menangguk diair keruh. Kita mahu melihat satu perlawanan yang menarik semuga berakhirnya perlawanan ini kita dapat melihat kebangkitan bola sepak seterusnya di negara ini.

Bagi penyokong Kelantan dijangka mencapai angka 5o,000 orang akan hadir menyaksikan pertandingan akhir itu. Peminat-peminat Kelantan yang berada di seluruh negeri dan tidak kurang juga yang sudah berada di Selangor akan keluar beramai-ramai memberi sokongan padu kepada pasukan tumpah darahnya sendiri Kelantan.

Pada hari ini, dan yang selebihnya pagi esok berpuloh-puloh ribu penyokong yang berada di Kelantan tidak kira tua muda lelaki atau perempuan akan bertolak ke Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan yang bersejarah itu. Ini membuktikan kebangkitan semangat sukan bola sepak tanah air masih lagi ditahap paling tinggi berbanding dengan sukan-sukan lain.

Walaupun Kelantan diawal musim diselubungi dengan pelbagai masalah, dengan kerajaan negeri Kelanatan pimpinan Pas dengan kewibawaan Presiden KAFA Tan Sri Anwar Kelantan akhirnya berjaya juga mengharungi dan menjejak kaki ke perlawanan akhir.

Ada sesetengah pehak menyamakan perlawanan ini mewakili UMNO Kelantan VS PKR Selangor. Bagi PaKMie tidak kesahlah macam-macam andaian sekali pun asalkan perlawanan pada malam itu dapat berjalan dengan licin tanpa terjadi sesuatu perkara yang tidak kita ingini. Harapan Kelantan menang menentang Selangor 2-1. Apa pun Kelantan juara piala FA!!!





JOM BERSAMA PaKMie KE BKT JALIL..
.


Ulasan...

Blogger garamanis said...

WAH SEMANGAT BETOI PAK MIE..JAGA2 JGN SERONOK SANGAT NANTI KAIN TERLONDEH..

KUI..KUI..KUI..

April 24, 2009 11:02 PM

Delete
Blogger PaKMie said...

Salam Garam..

Hehehe....sahabat PaKMie sorang ni nakal sunggoh...Pastikan garamanis menyokong negeri PaKMie malam esok di Bkt Jalil hehe...

Menang kalah itu adat pertandingan pinjam kata2 Muhyiddin Yasin hehe...tetapi Pembangkang tidak dpt menerima hakikat kekalahan. Antara sebab2nya...
1. Sebelum pengundian dijalankan Pembangkang selalu menuduh SPR macam2. SPR tdk adil, senarai pengundi hantu dan sebagainya.
2. Menuduh pasukan petugas atau pasukan keselamatan awan seperti Polis dengan perkara2 yg tdk sepatutnya.

Diantara faktor diatas akan berubah jika Pembangkang memenangi piliharaya itu. SPR telah menjalankan peranan dan tanggongjawab dgn baik, pehak polis pula menjalankan tugas dengan cekap dan adil dalam menjalankan tugas2 menentukan keamanan negara.

Terbukti dengan jelas semasa PRK di KT tempuhari...

Adakah malam esok di stadium Bkt jalil kedua2 pasukan dan penyokong dapat menerima kekalahan dengan hati terbuka dgn tdk betindak diluar kawalan? sama-samalah kita doakan semua perkara yang tdk diingini tdk berlaku.

Mlm tu kalau pakai kain tidak dibenar masuk stadium......pastikan seluar juga tdk terlodeh hehehe...

April 25, 2009 1:26 AM

Delete












.

ROMBAKAN KEPIMPINAN TERTINGGI UMNO HARI INI

1. Mesyuarat pertama ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang baru dilantik pada hari ini sdh tentu menyaksikan rombakan kepimpinan tertinggi parti.

2. pembaharuan merupakan perkara biasa untuk memperkukuhkan parti dan ia dilakukan pada setiap kali pemilihan UMNO selesai diadakan.

3. Pastinya akan ada perubahan dan pembaharuan kerana ia biasa dilakukan selepas perhimpunan agung yang ada pemilihan.

4. Segala perubahan dan pembaharuan itu dapat perkukuh Umno. Perubahan yang akan dibuat, semuanya adalah untuk perbaiki, perkukuh dan pertingkatkan prestasi parti.

Keputusan/Ulasan...

Friday, April 24, 2009

Senarai Perlantikan Kepimpinan Tinggi UMNO


Berikut merupakan senarai barisan kepimpinan UMNO yang dilantik :

Presiden : YAB Dato Seri Najib Razak
Tim. Presiden : TS Muhyiddin Yasin
SUA : DS Tg Adnan Tg Mansor
Bendahari: Datuk Ahmad Husni Hanadzlah
K. Penerangan : Datuk Ahmad Maslan

Ketua Perhubungan Negeri:

Perlis : DS Dr Isa Sabu
Kedah : DS Shafie Apdal
P.Pinang : DS Ahmad Zahid Hamidi
Perak: DS Dr Zambry Abd Kadir
Selangor : DS Najib Razak
W.Persekutuan: TS Muhyiddin Yasin
Melaka : DS Mohd Ali Rustam
N. Sembilan: DS Mohamad Hasan
Johor: DS Abd Ghani Othman
Pahang: DS Adnan Yakop
Terengganu: DS Hishamuddin Hussein
Kelantan : DS Mustapa Mohamed
Sabah : DS Musa Aman

Lantikan 12 MT UMNO baru :

1. Datuk Seri Dr Rais Yatim
2. Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz
3. Senator Datuk Jamil Khir Baharom
4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
5. Datuk Mohd Ali Rustam
6. Tan Sri Rafidah Aziz
7. Datuk Abdul Ghani Othman
8. Datuk Seri Shahidan Kassim
9. Datuk Aziz Sheikh Fadzir
10. Datuk Kamalia Ibrahim
11. Datuk Razali Ibrahim
12. Dr Wan Norashikin Wan Nordin

Komen/ulasan PaKMie

Ada berlaku kejutan dengan Perlatikan DS Ahmad Zahih Hamidi Pengerusi badan Perhubungan Umno Pulau Pinang. Amat sesuai dan tepat sekali untuk meletakkan semula Umno bagi mengimbangi Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Di Kelantan seolah bagi sesetengah pehak sudah menduga dengan perlatikan DS Mustapha Mohammed menerajui kembali badan Perhubungan negeri. Sekadar penukaran pengerusi perhubungan umno negeri tidak memberi apa-apa perkembangan baik kearah PRU13 kepada Umno selagi ketua-ketua bahagian tidak memainkan perasanan penting dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Dato Pa. Adakah Dato Pa yang berkuasa dan adakah kerjasama yang diharapkan itu terlaksanaan? Sama-sama kita tengok perubahan awal yang akan dibuat oleh Dato Pa selaku Pengerusi Badan Perhubungan negeri yang baru menggantikan Tan Sri Anwar Musa yang gagal menerajui Umno Kelantan dalam PRU12 tempuhari akibatnya Pas menang bergaya dapat mengekalkan pemerintahannya di Kelantan bagi sepenggal lagi.

Thursday, April 23, 2009

SAIFUL FAIL SAMAN FITNAH

SHAH ALAM 23 April - Bekas pembantu peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Saiful Bukhari Azlan hadir ke Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk memfailkan saman fitnah bagi menuntut ganti rugi RM2 juta berhubung enam artikel yang ditulis dan disiarkan pahangdaily.blogspot.com yang memfinah dirinya.

Mohd. Saiful yang memakai kemeja putih lengan panjang dan bersongkok hadir bersama peguamnya, Zamri Idrus untuk memfailkan writ saman tersebut pada pukul 2.40 petang - Utusan.

SATU GURU SATU LAKONAN KITA NANTIKAN DIPAWAGAM N21 PENANTI.

Ahli Parlimen Wangsa Maju (PKR) Wee Choo Keong menulis dalam blognya, "PKR, sebagai sebuah parti politik, mempunyai hak untuk membuat keputusan sendiri dan tidak perlu berunding dengan sesiapa apabila kami perlu membuat keputusan politik di mana fakta waktu adalah paling mustahak."

Menurutnya PKR juga tidak dibawa berunding apabila DAP melantik "orang tertentu" sebagai ahli Exco di Pulau Pinang dan Selangor "walaupun mereka tidak sesuai untuk jawatan tersebut".

Dalam Exco Pulau Pinang, PAS tidak mempunyai seorang pun wakil walaupun mereka juga adalah sebahagian dari kerabat Pakatan Rakyat.

Adakah ni bermaksud PAS tidak mempunyai ADUN yang layak untuk dilantik ke jawatan itu? atau DAP dan PKR tidak mahu imej "Islam" PAS dalam kerajaan Pulau Pinang? wahai orang-orang Pas tidak mahu mengaku lagikah anda bahawa sebenarnya Pas sekarang sudah menjadi parti garfu yang hanya digunakan seketika masa makan orang kenamaan/VVIP di tempat-tempat standand sahaja selepas itu tidak diguna pakai lagi. Dimana label Islam yang kononnya Pas bawa selama ini?Kalau dengan Umno siang-siang Pas sudah laungkan awal-awal lagi sebagai parti kapir tetapi kalau dengan DAP, Pas sanggup memberi layanan yang begitu istimewa sekali. Seandainya Umno itu kapir, ternyata Pas lebih kapir dari Umno masakan tidak DAP sudah secara terang terangan menolak Islam di negara ini. Namun pemimpin Pas sentiasa menolak andai ini sebaliknya menuduh Umno parti sesama Islam itu sendiri sebagai kapir. Pas sudah terpesong jauh dari landasan Islam sebenar. Padahal dalam hati sanubari masing-masing sudah akur Umno lah yang sebenarnya memperjuangkan Islam dinegara ini yang sudah sekian lama.

PAS Permatang Pauh membuat usul untuk parti itu bertanding di Penanti. Jika ini berlaku bermakna sekali lagi pergolakkan dalam pembangkang akan berlaku. Kita akan menyaksikan satu lagi sendiwara melimpar batu sembunyi tangan, marah kan bapak mertua isteri dipukul. Seperti biasa segala tempias ini akan dilontarkan ke muka DS Najib dan kerajaaan UmnoBN juga dipersalahkan. Inilah cara hidup parti Pembangkang untok memerintah negara ini. Arahan dan lakonan dibawah pimpinan pengarah filem dan pelakon terkenal Anwar Ibrahim dalam kamus politik negara masakini. Episod menyalahkan orang lain demi menjaga rumah tangganya yang sudah purah puranda menunggu tersungkur rebah kebumi melalui lakonan layar hebat yang sudah tentu boleh mengatasi siri ceriter keluarga 69 suatu ketika dahulu. Sama-sama lah kita saksikan nanti di N21 Penanti. Kepada sesiapa yang berminat sila lah layari blog ini dari masa kesemasa. Selamat menonton!...

Ulasan...

Blogger Darulehsan said...

sedih sekali kerana anda ingin menjadikan ketiadaan exco pas dalam kerajaan di penang.

pakmie saya nak tanya pas menang berape kerusi kat penang.

kat perak pas menang berapa kerusi

kat selangor pas menang berapa kerusi.

kenapa tak ada wakil dari perlis dalam kabinet najib?

April 23, 2009 9:20 PM

Delete

Wednesday, April 22, 2009

ELI BOM JANGKA KEPADA KEPIMPINAN PKR


BOGEL ELI DISELIMUTI OLEH ANWAR, KHALID DAN NIK AZIZ MANAKALA ISU FAIRUS DIBIAR TERKANKANG DAN TERBUKA LUAS TANPA PEMBELAAN.

Ada dua senario berbeza dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Satu untung dan satu malang.Untung jika namanya ialah Elizabeth Wong - bukan sahaja ‘bebas’ daripada sebarang ‘dosa’ malah terus dibela.

Malang jika namanya Mohamad Fairus Khairuddin – bukan sahaja berhadapan dengan tekanan pucuk pimpinan sendiri tetapi terpaksa melepaskan semua jawatan ,Timbalan Ketua Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti dan kini berseorangan untuk membersihkan dirinya.

Elizabeth atau panggilan manja diberikan oleh PKR Eli, yang pernah jadi pembantu kepada Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak perlu gundah gulana jika ada badai yang melanda, pembelaan akan tetap datang.

Terbaru apabila set gambar baru,empat keping dicantum jadi satu juga semasa tidur, kali ini lengkap berpakaian mula disebarkan sebagai susulan kepada gambar kedua kakinya ‘terbuka’ dan kain ‘terselak’, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cepat-cepat mempertahankan Exco yang mula tegas hendak meletakkan jawatan tetapi menelan balik ketegasannya itu.

Rayuan yang dibuat oleh Khalid ialah sesiapa sahaja yang menyimpan gambar-gambar Eli hendaklah menyerahkannya kepada pihak berkuasa kerana menyimpannyau adalah kesalahan di sisi undang-undang. Hakikatnya yang menjadi bahan bualan, isu Eli ini mengundang percanggahan yang ketara dalam kepimpinan PKR sendiri.

Bagi yang menyokong, walaupun gambar yang tersebar itu dikatakan adalah cerminan kepada kehidupan sosial sebenar Eli yang ‘bebas’ membawa lelaki ke dalam rumahnya hingga boleh merakamkan gambar pelbagai aksi, ia dianggap kehidupan peribadi dan tidak boleh dipersoalkan.

Namun bagi yang menentang, ia dianggap sebagai ‘bom jangka’ kepada kepimpinan PKR kerana sedar mungkin banyak lagi rakaman aksi-aksi yang akan disebar selepas ini setelah beliau menerima semula jawatan Exco kerajaan negeri Selangor.

Malah Ahli Parlimen PKR kawasan Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin secara terbuka mengisyrtiharkan dirinya ‘mufaraqah’ atau memisahkan dirinya daripada keputusan yang dibuat oleh kempinan PKR membenarkan Eli menyertai kerajaan Selangor semula.

Penentangan dalaman PKR terhadap Eli dapat difahami kerana menurut cerita banyak lagi kisah-kisah mengenai Eli yang mereka khuatiri akan mucncul ke permukaan.

Ikut cakap-cakap yang tersebar, kebimbangan paling besar ialah isu Eli akan terus menjadi duri dalam daging kepada PKR termasuk desas desus mengenai ‘port’ yang selalu dikunjungi oleh Eli dengan bekas teman lelakinya Helmi Malek di Sentul.

Helmi,bekas pembantu seorang Ahli Parlimen PKR di Selangor yang dicari polis untuk bantu siasatan mengenai kes pengedaran gambar pertama dulu itu masih belum muncul sampai hari ini.
Lelaki yang sudah beristeri itu dipercayai bersembunyi di sebuah negara jiran selepas heboh tentang pengedaran set gambar pertama dulu.

Melihat pada set gambar terbaru yang disiarkan di sebuah laman blog jelas menunjukkan Elizabeth sedang tidor di tempat sama dengan gambar sebelum ini iaitu diatas sofa.

Ada kemungkinan set gambar terbaru ini diambil oleh orang yang sama. Penyebaran set gambar terbaru Eli adalah asas kepada kebimbangan sesetengah kepimpinan PKR mereka akan berhadapan dengan serangan lebih dahsyat mengenai isu moral pemimpin parti itu sendiri kerana selama ini PKR adalah jaguh menuduh orang lain tidak bermoral.

Ulasan..

Blogger nalapambu said...

Kepada pencacai2 UMNO,
Kenapa anda semua sangat sebuk tentang rumah tangga orang lain. Sedangkan rumah-tangga anda hampir roboh dan menunggu rebah kebumi.

4 PRK BN/UMNO sudah tewas. Di N12 Penanti BN/UMNO nampak nya tidak berminat bertanding - TAKUT KALAH(MALU).

JANGAN sebuk hal orang lain - TS.Muhyiddin Yassin TPM tentu setuju cakap saya. Kerana beliau telah berkata, BN/UMNO cuma ada masa DUA TAHUN SAHAJA untuk di pulihkan.

Malang sungguh, pencacai2 UMNO ini langsung tidak ada idea bagaimana hendak pulihkan BN/UMNO.

So, BN/UMNO cuma tunggu masa sahaja untuk mati.

April 22, 2009 2:04 PM

Delete



Tuesday, April 21, 2009

MELAYU PEMBANGKANG - MENANG SORAK PULAU PINANG TERGADAI.

Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim hari ini membidas tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menggunakan media sebagai perantaraan untuk menyatakan perasaan tidak puas hatinya terhadap parti itu serta penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, tindakan Guan Eng menyuarakan kekecewaannya berhubung isu calon pengganti Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) serta peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Penanti menerusi media adalah tidak wajar kerana kedua-dua parti itu mempunyai saluran dalaman untuk berbincang.

"Sebagai parti yang bergabung di bawah satu pakatan, mengapa beliau tidak boleh berbincang sendiri dengan Anwar atau saya berhubung isu mencari calon pengganti Mohammad Fairus sebagai TKM1 dan ADUN Penanti? Mengapa suka sangat meluahkan perasaan kepada media? Apakah kita sudah tidak ada saluran untuk berbincang mengenai perbezaan pendapat yang timbul?" katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, sikap Guan Eng gemar menuding kepada Anwar kononnya pemimpin itu tahu semua dan merancang mengenai tindakan Mohammad Fairus amat tidak disenanginya kerana ia jelas menunjukkan bahawa Guan Eng tidak menghormati perasaan rakan kongsinya di dalam kerajaan Pulau Pinang.

"Kita bukan hendak membelakangkan dia tetapi kita sedang menyelesaikan perkara yang berlaku di dalam parti berikutan keputusan peribadi yang dibuat oleh Mohammad Fairus untuk melepaskan semua jawatannya. Mengapa perlu tergesa-gesa dalam soal ini," katanya.

Zahrain menegaskan bahawa keputusan mengenai calon pengganti TKM1 dan ADUN Penanti adalah hak PKR dan Guan Eng tidak perlu mencampuri urusan parti itu.

"Memang benar selaku Ketua Menteri, beliau mempunyai kata muktamad tetapi sekurang-kurangnya bagi peluang kita menentukan apa yang kita mahu dan dia perlu mendengar dahulu apa yang kita usulkan. Jangan sewenang-wenangnya mahu masuk campur urusan parti kita," katanya dengan nada kecewa.

Bernama.

Monday, April 20, 2009

APA BEZANYA LAWAK BODOH AMIR DENGAN PERMUTAR ALAM BANG NUAR!!!

Bisa sunggoh bang Nuar. Kehebatan raja lawak astro Nabil menjadi tenggelam terus. Apatah lagi dengan pelawak bodoh Amir. Beberapa bulan lepas Amir juga mampu sampai kefinal raja lawak astro diatas kejahatan penghantar-penghantar sms yang tak henti-henti memberi undi kepada Amir sekaligus memaksa Amir sampai kefinal raja lawak astro. Kesian Amir cita-citanya tinggi melangit tetapi lawaknya entah apa-apa. Jauh lagi jika mahu menonton nya untok menghiburkan hati, hanya sekadar ilang tension bolehlah. Dengan kehendak dan kerelaan hati para pengundi sms sanggup menghabis duit kerana lawak bodoh Amir. Akhirnya diatas undi yang banyak diperolehi dan tak putus-putus memberi undi kepada Amir menyebabkan Amir dapat kefinal. Kesian kepada peserta lain yang ternyata lebih layak.PaKMie cuba mengajak sahabat-sahabat semua berfikir sejenak apa beza nya Pelawak bodoh Amir dengan Permutar Alam bang Nuar?

Jika ada juara anugerah Pemutar Alam sudah tentu anugerahnya dapat kepada bang Anwar. Sehingga suasana politik tanah air pun boleh diubah jika bang Anwar mahu lakukan - bisa sunggoh bang Nuar!. Membuatkan PM Najib bersama parti komponen BN mencari fomula lain untok menlenyap politik putar alam Anwar. Sejak akhir-akhir seperti yang kita maklum sudah berlaku trend yang mana sikap sesetengah ahli politik pembangkang yang begitu mudah untuk melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atas faktor peribadi. Murah sungguh nilai mereka ini semua. Jika tahu anda bukan seorang yang boleh bekerja sebagai ahli politik, untuk apa menyertai pilihan raya?

Semuanya hanya mengikut telunjuk Anwar Ibrahim. Disuruh bertanding, bertanding. Disuruh letak jawatan, letak jawatan. Ini hanya menunjukkan perlakuan ahli-ahli di rimba dan pemutar alam. Jika mereka ikhlas berkhidmat untuk rakyat, sudah tentu mereka tidak akan melepaskan jawatan sesuka hati.

Kasihan PaKMie kepada penyokong pembangkang yang membuta tuli dan menutup pintu hati mereka daripada melihat kejelikan pemimpin mereka yang sebenarnya tidak layak langsung memimpin sama sekali!

Kerajaan seharusnya meminda semula akta Pilihan Raya yang menetapkan bahawa satu-satu pilihan raya hanya boleh diadakan jika berlaku kematian sahaja. Jika ada yang melepaskan jawatan, calon yang mendapat undi kedua tertinggi pada pilihan raya sebelumnya secara automatik akan menggantikan pemegang jawatan terdahulu. Tidakkah ini tindakan yang adil kepada pengundi-pengundi?

Setiap calon mendapat undi-undi mereka. Sewajarnya mereka diberi hak untuk memegang jawatan jika yang lama melepaskan jawatan. Ini juga untuk memudahkan proses demokrasi tanpa perlu berbelanja lebih. Pembangkang juga sudah pasti kecut perut jika peraturan ini dimasukkan ke dalam akta. Sudah pasti mereka tidak akan melulu melepaskan jawatan yang disandang semata-mata untuk menunjukkan kepopularitian mereka.

kita tengok apa sudah jadi kepada Permatang Pauh, Bkt Selambau. Faktor gila kepada kuasa Anwar sanggup menyuruh Azizah letak jawatan. Di Bkt Selambau sampai sekarang pun bekas wakil rakyat PKR yang letak jawatan kerana isu moral hilang entah dimana. Di Bkt Lejang, di DUN Penanti. Banyaknya membazir duit kerajaan.

Najib PM berkata tidak guna BN menyertai Piliharaya jika faktor-faktor seumpama itu dikosongkan jawatan oleh DUN. Pembaziran masa dan wang yang banyak dalam setiap kali menampong kos pilihanraya. Bagi Pembangkang tiada masalah, Anwar tiada masalah dengan pembaziran seperti ini sebab bagi Anwar hanya mahukan kepada kuasa PM semata-mata lagi pun duit Anwar lebih banyak dari kerajaaan. Negara bangkrup, rakyat huruhara tidak menjadi masalah bagi Anwar lagi senang untok beliau meneruskan cita-cita mereka. Bisa sunggoh Anwar, tiada sesiapa dapat memecah rekord Anwar. Bahagian kes liwat sahaja tiada siapa yang dapat tandingi. Pakej Anwar untok menghancurkan Negara ini sudah cukup sebenarnya. Tanpa kita sedari Anwar pun sudah menlaksakan tugas-tugas itu. Tugas yang diberikan oleh Yahudi kepada Anwar untok menghancurkan negara ini dengan limpahan duit berbilion ringgit disediakan oleh yahudi laknatullah.

Ulasan...

Blogger Wong Pencen said...

"...Kerajaan seharusnya meminda semula akta Pilihan Raya yang menetapkan bahawa satu-satu pilihan raya hanya boleh diadakan jika berlaku kematian sahaja..."

Memang satu idea yang bijak sekiranya PaKMie memang mahukan BN dan UMNO terus kehilangan sokongan. Memang satu idea yang berkesan untuk menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan BN dan UMNO memang hanya akan berbuat sesuatu termasuk menggubal undang-undang atau memperkenalkan peraturan yang hanya menguntungkan pihaknya sahaja tanpa mempedulikan apa pandangan dan kehendak rakyat yang memilih mereka.

Memang idea yang baik yang sepatutnya hanya dikemukakan oleh mereka yang memang mahu melihat BN dan UMNO terus malap tetapi bukan dari PaKMie yang berdasarkan penulisannya seperti mahukan BN dan UMNO terus meneraju pemerintahan negara.

Mengapa saya katakan demikian? Selak sedikit sejarah pilihanraya di Malaysia dan kita akan dapat lihat dengan jelas bahawa apa yang berlaku sekarang ini bukan kejadian kali pertama. Permatang Pauh mungkin kali pertama ianya dilakukan oleh bukan BN. Bukit Selambau kali kedua dan Penanti ketiga.

Sebelum ini, ada beberapa kali perletakan jawatan ADUN disengajakan untuk memberi laluan kepada calon lain supaya calon yang baru tersebut dapat dilantik memegang jawatan di peringkat negeri.

Yang lebih hebat lagi, bukankah BN dan UMNO yang sering memutuskan untuk mengadakan pilihanraya sebelum habis tempoh 5 tahun, sebagaimana ditetapkan dalam peraturan pilihanraya?

Kita dapat membuktikan kenyataan di atas tanpa perlu merujuk kepada tarikh-tarikh pilihanraya umum diadakan. Kita merdeka baru lebih sedikit dari 50 tahun. Tahun lalu kita sudahpun melalui PRU12. Kira-kira mudah akan menunjukkan kita sudah terlebih bilangan PRU berbanding bilangan sekiranya ianya hanya dijalankan sekali sahaja dalam setiap 5 tahun.

Mengapa baru sekarang kos menjadi satu isu? Bukankah kesan tindakan di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti hanya melibatkan pilihanraya kecil? Bukankah kos pilihanraya kecil ini jauh lebih rendah berbanding PRU?

Memang Melayu mudah lupa. Namun Melayu hari ini, walaupun lupa, masih tahu dan mahu membelek semula maklumat lama untuk membuat rujukan.

Maka dengan itu, eloklah kita membuat rujukan juga sebelum membuat sebarang cadangan kerana cadangan kita mungkin akan mendatangkan kesan yang sebalik dari yang kita harapkan.

Elok-elok kita mahu memaparkan kebaikan BN dan UMNO sekaligus memburukkan PR, kita telah memaparkan keburukan BN dan UMNO. Bukankah cara pemikiran sesuatu golongan penyokong akan menggambarkan cara pemikiran kepimpinan golongan tersebut?

April 21, 2009 4:50 PM



Blogger PaKMie said...

Wong Pencen dan rakan2...

Pengundi merasakan pilihan raya kecil bagi DUN Penanti, Pulau Pinang, tidak perlu kerana ia hanya akan menyusahkan rakyat. Bayangkan bagi pengundi DUN Penanti yang tinggal di luar Pulau Pinang, ia adalah sesuatu yang menyusahkan kerana terpaksa balik kampung semata-mata untuk mengundi.

Bukan hendak menafikan hak kami sebagai pengundi, tetapi cuba fikir bagi yang tinggal di Kuala Lumpur terpaksa balik ke kampung. Fikirkan kos yang terpaksa ditanggung oleh pengundi seperti tambang, petrol dan tol, dalam kegawatan ekonomi sekarang.

ADUN Penanti tidak perlu letak jawatan kerana sebabnya tidak munasabah. Rakyat pun sudah muak dengan permainan politik seperti ini. Terlalu kerap pilihan raya kecil diadakan sejak akhir-akhir ini. Rasanya rakyat macam diperbodoh-bodohkan. Janganlah sampai menyusahkan rakyat, sebaliknya tumpukan sahaja pada agenda untuk kepentingan rakyat.

Cukuplah pilihan raya hanya dibuat lima tahun sekali, kecuali ADUN atau Ahli Parlimen tertentu meninggal dunia. Tidak perlu diadakan pilihan raya kecil setiap kali ADUN meletak jawatan.

Setiap kali pilihan raya kecil kerajaan membelanjakan wang berjuta-juta ringgit. Elok wang tersebut diagihkan kepada orang-orang miskin atau disumbangkan untuk pembangunan sesuatu projek rakyat, sekurang-kurangnya ia bermanfaat untuk kepentingan rakyat.

Ingatlah ADUN dan Ahli Parlimen dipilh oleh rakyat untuk membawa masalah rakyat di Dewan Undangan Negeri atau di Parlimen. Rakyat bukan memilih mereka untuk menunjukkan siapa yang lebih berkuasa tetapi untuk memikirkan kepentingan rakyat.

Janganlah terlalu sibuk untuk berpolitik hanya untuk kepentingan diri, pangkat kedudukan dan jawatan. Sebaliknya fikrkanlah masalah yang dihadapi oleh rakyat dan sumbangkanlah sesuatu yang bermanfaat untuk rakyat. Semoga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan.

April 21, 2009 9:28 PM

Delete
Blogger PaKMie said...

Parti komponen Barisan Nasional (BN), Parti Progresif Rakyat (PPP) mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melantik calon kedua mendapat undi terbanyak dalam pilihan raya sebagai wakil rakyat sekiranya Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Anggota Parlimen yang menang di kawasan itu meletak jawatan.

Pengerusi PPP Kelantan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff berkata, cara demikian dapat mengurangkan kerenah wakil rakyat yang meletak jawatan sewenang-wenangnya di samping mengelak pembaziran wang rakyat.

''Kalau setiap kali letak jawatan kena ada pilihan raya, bermakna kerajaan terpaksa mengeluarkan wang rakyat dan ini membazir,'' katanya kepada Bernama ketika mengulas peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti minggu lepas.

Nik Sapeia berkata, sepatutnya ADUN dan Anggota Parlimen memberi tumpuan dalam membantu rakyat di kawasan yang dimenangi, bukannya menimbulkan masalah kepada penduduk di kawasan terbabit.

''Sekiranya itulah cara menyelesaikan masalah, dengan meletak jawatan, bukan sahaja wang rakyat dibazirkan tetapi juga tenaga dan masa,'' katanya.

Beliau berkata, tindakan meletak jawatan itu tidak memperlihatkan pemimpin yang dipilih oleh rakyat memperjuangkan kehendak rakyat tetapi lebih kepada mementingkan sentimen politik.

Justeru, adalah lebih baik peluang itu atau kerusi yang disandang oleh individu berkenaan diserahkan kepada mereka yang pernah bertanding dan mendapat undi kedua terbanyak tanpa mengira parti politik yang diwakilinya.

Nik Sapeia bagaimanapun bersetuju agar SPR mengadakan pilihan raya semula sekiranya seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia.

Katanya, kerajaan perlu mengkaji semula peraturan letak jawatan seseorang wakil rakyat yang dilakukan dengan sewenang2nya.

April 25, 2009 2:19 AM

Delete



KALAU TIDAK AZIZAH, ANWAR TKM PP??

DUA hari selepas mengumumkan perletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin iaitu pada 19 Mac dikatakan turut menyerahkan surat tidak lagi menjadi Adun N 12 Penanti.


Namun rupa-rupanya Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim menyimpan surat itu dan hanya mendedahkannya pada 14 April, menyebabkan Ketua Menteri Lim Guan Eng terkilan kerana tidak diberitahu lebih awal isu ini.

Tunggulah Guan Eng, ada banyak lagi tindak-tanduk Anwar yang pasti akan mengklentong kamu kelak. Jika sudah puas mencapai matlamatnya, Anwar mungkin juga mengatur strategi lebih licik bagi menghumban DAP sebagaimana orang yang pernah menjadi konconya seperti Ezam Mohd Nor dan Ghani Haroon – dipinggirkan walaupun mereka ini sanggup masuk penjara kerana DSAI.

Lebih menarik lagi, akhbar kerdil Buletin Rakyat di muka depan berkata Anwar akan mengumumkan satu kejutan April ini.

Pembaca tentunya akan membuat pelbagai ramalan lantas menghidupkan perbincangan berkisar pada Anwar dan PKR.

Satu kemungkinan ialah calon bakal bertanding di Penanti adalah Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR yang sudah tentu mengisi kekosongan jawatan TKM1 Pulau Pinang.

Walaupun sudah ada nama-nama diuar-uarkan sebagai TKM1 yang baru, namun kedua-duanya ditolak dan dipenyapkan Anwar.

Itupun, laporan berkata pengundi Penanti akan pasti memangkah siapa saja calon PKR biarpun ia kucing atau pokok pisang lawan calon BN.

Kita kena tunggulah drama di Penanti ini dengan 15,421 pengundi membuat keputusan mereka mungkin pada Mei atau paling lewat Jun.

Sebenarnya kemelut dan skandal rasuah sekitar Fairus, PKR Pulau Pinang dan perebutan kuasa dalaman dicanai oleh Anwar sendiri sudah lama berbunga hingga akhirnya melimpah ke dada akhbar beberapa bulan lalu.

Menurut laporan sesetengah blog sejak 11 bulan lalu tercetus perebutan berkaitan kontrak untuk mencetak Majalah Rakyat, diikuti dengan penggunaan kad minyak milik kerajaan untuk kenderaan peribadi.

Babak selanjutnya melibatkan pelantikan abang Fairus sebagai Penasihat Khas TKM 1, lantas terdedah pula kes rasuah membabitkan kuari dan pembelian kereta BMW dan Mercedes Benz.

Percakaran dalaman PKR Pulau Pinang berterusan dengan terbentuknya dua kumpulan mewakili dengan Kem Selatan dan Kem Pulau. Kedua-duanya Abdul Malik Abul Kassim (Batu Maung) atau Makahtar Shapee (Sungai Bakap) walaupun dijangka terpilih sebagai TKM1, ditolak oleh Anwar.

Berdasarkan inilah besar kemungkinan jika Wan Azizah dipilih bertanding di Penanti, maka jelaslah Anwar berangan-angan membina satu dinasti dengan isterinya menjadi TKM 1 Pulau Pinang pula.

Itupun jika aktivis Umno-BN khususnya Abdul Jalil Majid yang tewas di Penanti pada pilih raya umum ke-12 terus berpeluk tubuh (jika beliau terus tidak dipilih lagi kali ini seperti di Permatang Pauh pada Ogos , 2008), maka akan tercapailah impian DSAI itu.

Bagaimanapun, Fairus mengugut akan membongkar lebih banyak lagi skandal dalaman PKR dan juga pakatan pembangkang. Mungkin semua itu lebih memeranjatkan.

Malaysiaaktif

Ulasan...
Blogger leeza said...

Salam Pak Mie, mungkin ada kebenaran disebalik kata kata Pak Mie. Anwar akan melakukan apa saja supaya ahli keluarga beliau dapat masuk gelanggang dan menguasai gelanggang..kalau bukan Azizah mungkin saudara mara beliau adik abang beliau atau mungkin menantu beliau. Ahli ahli "tetinggi" PKr masih belum sedar dari mimpi atau masih mengigau disiang hari. Oleh itu elok benarlah mereka ini berwaspada dan berhati-hati di dalam permainan Anwar sekiranya perkara begini boleh berlaku kepada wakil yg "dipecat" atau "terpaksa letak jawatan" maka kemungkinan besar perkara yang sama akan berlaku kepada mereka kecuali yg berkepentingan.

April 20, 2009 2:20 PM


Delete
Blogger TokMudim said...

Salam Pak Mie

Tahu sape yang pernah tulis macam kat bawah ni...

Siapa kata UMNOBN kalah di BG?Tu sebelum PRK BG. Aku dah cakap UMNO tak boleh menang lawan Pakatan. Bodoh punya Pak Mie. Cuma DS Najib cerdik sikit. Tak perlu lawan kalau dah confirm kalah.Kena atur strategi dulu. Bodoh punya Melayu.


April 20, 2009 2:20 PM










Sunday, April 19, 2009

RAJA BERADA DIATAS POLITIK - TEGURAN SULTAN PERAK

KUALA KANGSAR 19 April — Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini bertitah bahawa seseorang raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat dengan terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik tertentu.

Baginda bertitah tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja merupakan satu perbuatan ’menyalakan api dalam sekam’ yang amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.

“Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara.

“Betapa kumpulan politk tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa,” titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Sultan Azlan bertitah pada hemat baginda, negara kini telah terlalu berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa.

“Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa ini tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian,” titah baginda.

Baginda bertitah oleh itu para pemimpin yang mewakili kumpulan politik yang berbeza perlu mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama di antara mereka demi kepentingan negara dan warga.

- BERNAMA

Ulasan...

Blogger rahman,ahchong,muniandy said...

SYARAT MENJADI WAKIL RAKYAT PKR
(selepas perletakan jawatan oleh Fairus)

1. Kalau perempuan, syaratnya sertakan gambar BOGEL dengan dua kaki terkangkang.

Kalau lelaki, syaratnya GAGAP. Gambar tidak diperlukan bagi lelaki.

2. Tak bersunat tak apa, janji pandai putar belit al-Quran.

3. Pelbagai bangsa dan pelbagai agama. Boleh berceramah di Gereja, Masjid dan Kuil -asalkan pakar mengutuk BN dan kerajaan Malaysia.

4. Penjenayah dan bekas banduan diutamakan.

Keturunan dari pembunuh dan perogol dipertimbangkan.

5. Memiliki SPM dan lesen memandu lori.

6. Tahu kelentong bos. Khusus dan latihan diberikan selepas pengesahan jawatan selama setahun seperti Fairus.

7. Pintar - dalam pembahagian tanah dan projek untuk kaum kerabat. Lulusan dalam bidang ekonomi dipertimbangkan terutamanya major dalam sains rumahtangga.


8. Memiliki sifat penderhaka dan tidak suka kesultanan Melayu.

Exam khas akan diberikan terutamanya mengenai persoalan bagaimana hendak menjadikan Malaysia sebuah negara Republikan.

9. Berpengalaman dalam menyentuh buntut bagi lelaki, atau pernah memegang anu lelaki bagi perempuan.

Bekas peliwat yang berpengalaman amat dialukan. Kaki raba dipertimbangkan.

10. Pernah pergi UMRAH bersama-sama dengan Nik Aziz atau tidak, ia Bukan keutamaan tetapi akan dipertimbangkan.

SESIAPA YANG BERMINAT DAN MEMILIKI KELAYAKAN DI ATAS, SILA DAFTARKAN DIRI SECEPAT MUNGKIN DI MANA-MANA BAHAGIAN PKR MALAYSIA.

CALON INI DIKHASKAN KEPADA PKR. YANG TIDAK MEMPUNYAI PENGALAMAN MELIWAT, PERNAH BERKHALWAT PUN AKAN DIBERI PERTIMBANGAN.

April 19, 2009 6:52 PM



Blogger Ex-UMNO said...
Apa yang dilaungkan oleh ahli2 dan sesetengah pemimpin UMNO ialah, jika DSAAB berundur BN/UMNO akan pulih.

Setelah DSAAB umumkan beliau akan berundur, BN/UMNO kalah di P. Pauh dan di K.Terengganu.

Paling malang BN/UMNO kalah pula di B.Selambau dan B.Gantang SETELAH Tun DSAAB BERUNDUR.

Terkini BN/UMNO 'takut' pula bertanding di N12 Penanti.

BN/UMNO (PRK Phobia)

April 20, 2009 12:13 PM

Delete


Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..