Followers

Wednesday, July 29, 2009

NIK AZIZ BERUNDUR SENDIRI LEBIH BAIK DARI MEMAKSA ORANG MENOLAK


BARANG SUDAH TUA, IDEA LAPOK SESON SUDAH TENTU TIDAK RELEVEN LAGI DALAM PERNIAGAAN ATAU ORGANISASI

IBARAT PEMILIK JENTERA LAMA DAN PENGUSAHA TERNAKAN AYAM PENCEN

Jentera kalau sudah tua sudah tentu tidak economik lagi kepada pengusaha atau pemilik dan sudah tentu kos mentanancenya tinggi (melebihi harga yang baru) berbanding dengan keupayaan kerja atau penghasilan kerja jika mahu memilikinya lagi. Nik Aziz ternyata tak releven lagi dalam hal-hal penyatuan kaum melayu dan islam dinegara ini. Jika beliau bercakap tentang melayu dan islam banyak merusakan dari membina. Jentera lama kalau digilap dan dijaga sekali pun hanya setakat boleh dijadikan "barangan antik atau diletak dalam simpanan mezium" untok dijadikan bahan "tontonan dan kaji sejarah" hendak dijual terasa sayang, dan nak disimpan menjadi masalah. Baiklah Nik Aziz letak semua jawatan dan bersihkan diri dari arena politik tanah air, lagi pun inputnya lebih kepada memecahbelah rakyat dan tidak lagi bertindak sebagai pemangkin kepada pembagunan ekonomi negara.

Boleh diibarat juga kalau Pengusaha Perternakan ayam daging atau telur. Bila sampai suatu jangkamasa jika dipelihara lagi boleh merugikan Pengusaha atau pemilik. Hari-hari penambahan kos keatas pemakanan sedangkan hasilnya tidak bertambah berat bagi ayam pendaging dan bertelur bagi ayam penelur.

Jika dibiarkan ianya berterusan Pengusaha akan jatuh bankrup atau muflis kerana masih lagi mahu mengguna jentera itu yang kononnya masih productiviti, bagitu juga jika Peternak itu masih juga mahu memelihara ayam2 itu.

Maknanya Pengusaha tidak ada jalan lain lagi kecuali jentera itu dijual secara pukal besi buruk atau digilap2 disimpan baik2 dijadikan barang antik dan ayam2 itu disembelih untuk tujuan2 kebajikan atau kenduri tiada pilihan dan jalan lain lagi.

Timbalan Perdana Menteri dan juga selaku Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan dari Uganda meminta pemimpin-pemimpin UMNO agar tidak lagi memberi respon kepada sebarang kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ini kerana katanya, dalam soal hubungan dengan UMNO, pendirian Menteri Besar Kelantan itu daripada segi rekodnya sering berubah-ubah. Mungkin itulah yang terbaik memandangkan Nik Aziz memang ‘tak berahi’ dengan UMNO’ malah dah suruh ‘UMNO pergi jahanam’. Muhyiddin dilaporkan berkata, penafian Nik Aziz mengenai kesediaan kerajaan PAS Kelantan mengadakan hubungan dengan UMNO bukanlah yang pertama dan ia ibarat satu putaran.

P/S : Biasanya orang tua2 ni dia mudah syok sendiri, jenis kuat lajak dari laju. Pandai2lah ambil hati wahai penyokong2 pas untok memujuk Nik Aziz supaya berundur dari arena politik jika benar2 mahu lihat Nik Aziz hidup tenang disamping keluarga dan anak2 cucu. Untuk menunggu PRU13 amat malang bagi Nik Aziz. Sisa-sisa masa yang digunakan untok berpolitik selama ini digantikan dengan perkara2 yang lebih munafaat mengikut kemampuan dan keupayaan ilmu yang ada. Arus politik hari ini dan arus politik pas bersama DAP dan PKR menyebabkan Nik Aziz tidak sempat memikirnya lagi. Apa yang kita tahu ketokohan Nik Aziz hanya dipergunakan oleh Anwar Ibrahim untok memperjudikan Islam bersama DAP itu sahaja. Jika penyokong2 dan ahli2 pas tidak tolong menyedari perkara ini dan dan asyik menyalah Umno dan berpolitik 24jam kemungkinan besar dimasa2 akan datang nama Nik Aziz akan tercatit salah seorang perusak bangsa dan agamanya sendiri yang sesuai dijadikan bahan sejarah pembelajaran anak-anak dimasa akan datang di negara ini.

Ulasan...

Blogger Anak Lenggong said...
Mana dia mau berundur sebab dia nak bawa jawatan mb tu sampai keliang lahat..puak Pas pulak mana berani tegur dia..pada dia Pas tu Nik Ajis..Nik Ajis tu Pas..pada mereka Nik Ajis terlalu maksum..kalau nik ajis suruh minum air basuhan kaki nya pun..penyokong dia sanggup minum..begitu lah bodoh dan bangang nya penyokong Pas..walaupun dihati mereka terasa terhiris dengan perlakuan Nik Ajis kebelakangan ini..tetapi disebabkan rasa ego dan mereka dah terlajak kedepan..mereka tak sanggup nak berundur kembali..so mereka terpaksa merelakan dan mencari berbagai-bagai alasan untuk mempertahankan tindakan yang dilakukan oleh nik ajis..


Nik ajis...dah laa tu rumah dah kata pegi...kubur dah kata marii..lebih baik muhasabah diri dan pandang sama ke dalam diri sendiri ..entah-entah kain yang dipakai dah koyak rabak..


Blogger yuhana said...

Jom wahai muslimin n muslimah kita sama baca ayat kursi demi menerangi sgala kegelapan yg menyelubungi tanah air kita umat kita..


July 30, 2009 1:42 AM

Blogger
ajijasin said...

salam alaikum...

nikol ajis ni dah tertelan budu cap sumpah-sumpah!!!

itu la pasal lidah dan kepala hotak dia tak bolehhh nak sebut dan pikir benda lain!!!

mencarut!!! menyumpah seranah !!!
maki hamun !!! itu la yg dia pandai!!!
dia pun naik berahi dan naik seronok!!!
bila dia mencarut menyumpah seranah...
org yg dengar pulak bagi sorak dan bertepuk!!!
bergemuruh bunyinye!!!
dia pun jadi tak sedar diri!!!
bagus la cakap dia tu!!!
perasannnnnn!!!!!

apa punya tok guru!!!
macam tu ke perangai pe'el tutur kata tok guru!!!

ni tok guru pun macam budu cap sumpah-sumpah jugak!!!
tapi dia punya cap lain!!!
TOK GURU CAP AYAM!!!

yg bodoh bangang bingai tongong tolol lagi biul!!!
apa yg nikol ajis cakap semua baik...
semua betul... semua bagus...

langsung tak ada adab agama!!!
langsung tak ada sopan santun!!!

BAGI AKU NIKOL AJIS NI DAH MASUK KATEGORI ULAMA SUU' !!!

ya la!!!
dah dapat berkawan setan setan gondol yg pakai 2/3/4 bintang!!!
jeneral jeneral tu!!!
huuuuuiiiiiisssssssssss...
dapat kawan dengan jeneral2 setan tu!!!!



July 30, 2009 2:24 PM

Delete



Delete

Tuesday, July 28, 2009

GURU KU TIDAK MENGAJAR AKU KURANG AJAR, TETAPI NIK AZIZ MEMBUAT AKU JADI KURANG AJAR!



"PERGI MAMPUSLAH PAS" - Kurang ajarnya!!!

Kalau Nik Aziz boleh berkata "Pergi Jahananlah Umno" kenapa kita tidak boleh kata "Pergi mamposlah Pas..." PaKMie bukan Musyidul am pas, bukan Tok Guru, tidak MB dan sudah tentu tidak ada kepertingan sesuatu dalam mana-mana parti politik kecuali mahu berjuang demi kebenaran agama, bangsa dan masa depan negara selaras dengan kehendak Kerajaan Pusat setakat yang terdaya dan seiklas yang mampu. "Kurantinkan kata-kata Nik Aziz" - Kata-kata Nik Aziz sudah terlanjur terlalu jauh dari landasan Islam sebenar. Fatwa-fatwa yang salah telah lama menyesatkan orang islam di negara ini. Senang menghukum neraka dan syurga hanya berada dibibir mulut sahaja. Menghukum itu menhukum ini sesama Islam yang tidak sehaluan parti. Penyokong Umno dianggap sebagai kapir, Nik Aziz juga terlalu beremosi dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakkan. Mana satu kebaikan dan sikap sebenar Islam yang Nik Aziz tuntut selama ini? Kalau kita sendiri awal-awal lagi meletakkan diri kita lebih baik, berilmu dan lebih islam daripada orang lain susahlah kalau kita mahu berbicara sesuatu dengan orang yang bersikap macam ini. Kalau manusia bersifat seperti ini bermakna hati manusia itu sendiri sebenarnya yang sudah terpesong jauh dari landasan islam yang sebenar.

Kalau kita sendiri yang tidak iklas tidak payahlah mengajak orang supaya iklas. Orang-orang yang mempunyai sifat seperti ini kalau diajak berbincang sekali pun dia cuba juga membuat helah dan sedaya upaya tidak mahu mengalah apa-apa yang baik sekali pun. Pada mereka berpura-pura kearah kebaikan itu mustahak supaya orang mempercayai kita.

Kenapa kamu berkata Pergi jahanam lah Umno? siapa yang memulakan cadangan itu wahai Nik Aziz..."Kita orang Melayu dan beragama Islam, bermaruah, berbudaya, perlu membuat contoh yang elok" Kita jangan menjual maruah islam kepada kaum bukan islam dan ini memalukan umat islam itu sendiri.

Sepatutnya Umno jangan terlalu teruja dengan bentuk kerjasama yang dikemukakan oleh Nik Aziz, malah Umno perlu berhati-hati kerana Pas mempunyai banyak agenda yang tersembunyi.

P/S : Masih banyak lagi ruang2 untok Umno memperkemaskan sokongan kepada Kerajaan pusat. Lupalah hasrat dan ajakan Pemimpin pas yang mahu berkerjasama itu. Rata-rata kita telah faham, tugas Umno niat baik Umno demi perpaduan melayu dan Islam di negara ini adalah iklas dan Allah SWT amat mengetahui sejauhmana keiklasan Nik Aziz itu.

Sebaik-baiknya UmnoBN memperkemaskan lagi perlaksanaan sistem pertadbiran kerajaan diperingkat negeri2 khasnya dibawah pembangkang dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diputuskan oleh kerajaan pusat. Kebanyakan jabatan-jabatan dibawah kementerian yang bertanggongjawab keatas sesebuah negeri kakitangannya tidak menunaikan tugasnya dengan baik jika tidak sehaluan dengan kerajaan pusat dan ini seharusnya dititikberatkan oleh Kerajaan Pusat bagi memantau kembali kelemahan2 yang ada daripada terus mengikut rentak ajakan pembangkang khasnya Pas dalam pakatan kerjasama itu. Jika perkara ini dapat dipantau dengan baik dan telus besar kemungkinan kefahaman rakyat kepada kerajaan dapat dipertingkatkan lagi. Dan besar kemungkinan juga mana-mana DUN dan MP yang kalah tipis kepada pembangkang dapat dirampas kembali oleh UmnoBN dalam PRU ke13 nanti. Jangan pula dikejar tak dapat yang dikendong pula keciciran...Sekarang golongan kakitangan awan dibawah kerajaan Pusat yang menyokong UmnoBN di negeri Kelantan hakikatnya adalah golongan minoriti bukannya majoriti - Ini iklas. Umno melayan kehendak Nik Aziz itu tidak lebih daripada membuang masa, manakala jika ianya gagal kesannya Umno dan kerajaan yang tanggong.

Ulasan...


Blogger Jeffry said...

SLM PAKMIE..UMNO X PERLU LG DGR CKP2 TIN KOSONG PAK AJIS NI. SEMUA YG DIHAMBURKAN HANYALAH BAIT2 SESAT YG SENGAJA NK MENYESATKAN UMAH..CUKUP LAH SETAKAT NI. JGN PULAK KITA YG TERHEGEH2 MCM NK MELUTUT DPAN DIA PULAK!


July 29, 2009 9:04 AM

Blogger zulmin said...

sudah kuyup kena kencing yob...hehehe
nak ziarah jer...

July 29, 2009 11:28 AM

Blogger
WARIS PURBA said...

Salam...PakMie, Nik Ajiz tu bukan Tok Guru..bukan ulamak tapi dialah jelmaan DaJJJal Akhir Zaman yang memecahbelahkan umat islam...

July 29, 2009 2:31 PM


Blogger

Media Siber said...

kurang ajar macam mana sekali pun nik aziz tu tetap takkan kenakan tindakan pada anak buah dia.. dia sanggup bersekongkol walaupun dia tahu perkara yang nizar lakukan itu salah dia MEMPERTAHANKAN sedaya upaya kerana dia tak nak para penyokong fanatik pas ni memandang rendah pada beliau ..terlalu egonya pemimpin yang hanya menggunakan nama islam ini.

sebaik-baiknya mengaku saja kesilapan yang dilakukan nizar itu.

selalu kata Barisan nasional punyai pemimpin yang tidak jujur dan ikhlas.. tapi kini kata2 itu MAKAN DIRI NiK AZIZ penjenayah politik yang berwajahkan 'islam'


July 29, 2009 3:18 PM


Blogger eMNo said...

Sekarang dah tau dah. Lain kali apa-apa isu yang Nik Aziz bawa demi orang-orang Melayu, walupun bunyi paling baik dan enak sekali ... respons yang pertama sekali ialah PPPOOOOOOOOODAAAAAAHHHHHH Nik Aziz. Jika Nik Aziz kata Kita bina semula jambatan bagi menghubungkan UMNO dan PAS, respons yang pertama ialah PPPOOOOOOOOOOODAAAAAAAHHHHHH Nik Aziz.


July 29, 2009 9:01 PM

Delete



UMNO : KUASA ADA TETAPI SENJATA TAK ADA

BUAT APA KEPADA PEMBANGUNAN KALAU SETIAP KALI PILIHANRAYA UMNO KALAH

Politik hari ini berbeza dengan politik zaman dahulu. Kalau dulu menyokong Umno sebab inginkan pembangunan. Tetapi politik hari sudah berbeza. Pas sudah lama mengamalkan politik menghalalkan cara. Cara Umno berpolitik masih ditahap lama pembangunan fizikal diutamakan. Rakyat kini tidak mahu lihat dan nilai lagi kepada bukti2 sesuatu pencapaian dan kejayaan kerajaan atau pemimpin-pemimpin terdahulu sebab ianya sudah dilaksanakan. Pembangunan yang pesat dinegara ini dibawah kerajaan UmnoBN selama ini hanya dinilai sebelah mata bahkan ianya pula dijadikan senjata oleh pembangkang untok menghentam balik UmnoBN . Akibat dari mainan jahat politik parti pembangkang sehingga rakyat dan Kerajaan sendiri pun seolah2 terkeliru, buat pun susah tak buat pun susah. itulah diantara kecerdikan dalam kejahatan pembangkang dibawah pimpinan Anwar Ibrahim.

Begitu banyak pembangunan dan kemajuan yang dicapai oleh kerajaan UmnoBN jika hendak tidak disenaraikan disini. Boleh dikatakan semua kemajuan yang ada pada hari ini diperingkat perlaksanaannya ditentang habis-habisan oleh parti pembangkang kononya pembaziran dan sebagainya. Sekian lama fikiran rakyat di negara ini diracuni kerana kerajaan mahukan kemajuan berbagai masalah pula yang timbul. Kemajuan yang lahir di negara kita hari ini adalah hasil usaha pemimpin yang berjiwa besar, yang benar-benar iklas walaupun bermacam rintangan oleh berbagai pehak khasnya pembangkang ia juga tetap dan mampu diteruskan.

Cadangan kerjasama Kerajaan Kelantan dan Pusat yang dicetus oleh Nik Aziz boleh memerangkap diri sendiri jika tidak dikaji dan nilai betul2. Kenapa Kelantan sudah lebih 20th dibawah Kerajaan Pas hari ini baru Nik Aziz bersuara tentang kemajuan?. Kalau rakyat Kelantan mahu menilai pembangunan yang dilakukkan oleh pas selama ini sudah tentu rakyat tidak memilih dan menyokong parti itu. Soalnya kenapa majoriti rakyat Kelantan masih memilih pas walaupun Nik Aziz sendiri pun mengakui negeri Kelantan ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain dalam soal pembangunan?

Kita bukan sekali dua ditipu oleh Nik Aziz. Kalau sekali bolehlah kita anggap perkara biasa, kalau dua kali pula boleh lah kita anggap diri kita cuai dan leka. Tetapi kalau sudah berkali-kali kena tipu macamana pula? sudah tentulah diri kita sendiri yang bodoh, bukan penipu yang bodoh. Penipu adalah sudah menjadi amalan dan kerja dia, hari-hari dia fikir macamana nak tipu dan menipu supaya dapat menambat hati rakyat bagi memenangi pilihanraya itu sahaja. Nik Aziz cuba menunding jari kepada Kerajaan Pusat atas kelemahan pentadbirannya sendiri selama ini.

Umno menjadi lemah bila menyebut perpaduan melayu. Umno menjadi lemah bila menyebut perpaduan islam. Atas sifat kelemahan Umno inilah diambil peluang oleh Nik Aziz. Sebut sahaja kesepakatan melayu dan perpaduan Islam, Umno tetap menyokong. Senjata inilah yang Nik Aziz guna dalam mengekalkan pemerintahannya di Kelantan selama ini. Rakyat Kelantan menjadi lemah dan longlai bila Nik Aziz menyebut "Melayu dan Islam". Rakyat Kelantan sanggup ditipu berkali-kali tak apa asalkan untok kekuatan agama dan bangsa.

Apa yang kita tahu sejak akhir-akhir ini tektik yang sama Pas gunakan bagi menawan hati orang melayu dan islam yang kian menular kenegeri-negeri lain di negara ini. Dengan gandingan mantap Nik Aziz bersama Anwar Ibrahim tektik ini lebih menyerlah dan licik sekali. Didepan orang islam cakap lain, didepan cina dan india cakap lain. Soal isu perpaduan yang fasal 1 yang dicetuskan oleh Hj Hadi walaupun sudah selesai namun tetap menjadi tandatanya. Kerjasama fasal ke 2 diubah tajuk " Kerjasama Kerajaan Kelantan dan Pusat" tangan dihulur oleh Nik Aziz sendiri. Semua cadangan ini disambut dengan iklas oleh Umno sesuai dengan konsep 1Malaysia. Untuk memaniskan idea ini Nik Aziz mengajak Umno melupakan sengketa lama-lama. Bangsa perlu bersatu dan Islam perlu diperkuatkan. Siapa sebenarnya yang mencetuskan sengketa kalau tidak Nik Aziz sendiri, perkara ini Umno agaknya sudah lupa bahawa Umno itu sendiri sudah dikapirkan oleh Nik Aziz. Jika kita tidak berwaspada takut Kerajaan Pusat juga turut dipengaruhi oleh wayang Nik Aziz. Beliau boleh mengaku jika menguntongkan beliau, sebaliknya beliau tidak akan mengaku jika merugikan dia...sifat seperti ini hanya Nik Aziz sahaja mampu lakukan dan ianya tidak ada pada pemimpin Umno, disebabkan perkara2 inilah Umno itu perlu berhati-hati. Segala fatwa ada pada Nik Aziz.

Kini terjawablah sudah kepada kita semua bahawa bukan rakyat negeri Kelantan sahaja diperbodohkan oleh pas, Umno pusat juga turut terpedaya dengan kerenah Nik Aziz itu.Tidak salahlah kalau pemimpin-pemimpin Umno itu lebih berwaspada dengan tindakan seperti ini. Perkara yang baik kita utamakan, perkara yang jahat juga kita kena pandai jauhi...Jangan jadikan rakyat negara ini menjadi mangsa rakus pembangkang. Tidak mustahil jika Kerajaan Pusat turut lena dengan mimpi2 indah Nik Aziz ini dan terus asyik membiarkan perkara ini berterusan berlaku suatu hari nanti dalam negara ini akan lahir ramai lagi golongan yang taksub kepada pemimpin sepertimana taksubnya Penyokong Pas Pemuda Kemahang 1 kepada Nik Aziz itu.

P/S : Coretan PaKMie ini juga jawaban kepada Pemuda Pas Kemahang 1.

Monday, July 27, 2009

BERPOLITIK DALAM POLITIK : SIAPA YANG KENA ? ADAKAH AKU JUGA YANG KENA

NIK AZIZ "BERMUKA-BALAH" ATAU BERMUKA-MUKA - PaKMie sokong!
DULU TIMBALAN PRESIDEN PAS YANG KENA HARI INI TIMBALAN PENDANA MENTERI PULA DIPERSALAHKAN

PAS mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutarbelitkan kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung kesediaan menteri besar itu melupakan sengketa dengan kerajaan pusat.
"Muhyiddin jangan putar belit. Yang tuan guru maksudkan, isu kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, bukan hubungan Umno-PAS.
"Yang dia hendak bawa dalam (mesyuarat) Majlis Tertinggi Umno apa perlunya?" soal Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.
Ahli parlimen Kubang Kerian mengulas kenyataan timbalan perdana menteri semalam yang dilaporkan berkata, MT yang bersidang pada 31 Julai akan membincangkan langkah awal ke arah merapatkan hubungan kedua-dua parti itu.
Reaksi Muhyiddin itu susulan kenyataan Nik Aziz kelmarin yang dilaporkan sedia berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan PAS Kelantan dengan kerajaan persekutuan dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.
Mengulas lanjut dakwaan manipulasi itu, Salahuddin berkata kenyataan Nik Aziz dibuat atas prinsip hubungan negeri dan persekutuan dalam sistem federalisme di Malaysia.
"Kita bercakap soal 'G to G' (kerajaan dengan kerajaan). Saya tegaskan, PAS sedia berdialog berhubung isu Kelantan dan kerajaan pusat atas prinsip 'G to G'.

"Kenapa hendak sebut dalam mesyuarat MT, sepatutnya (disebut) dalam mesyuarat kabinet," katanya.

Sebelum ini, Nik Aziz juga dilaporkan berharap perselisihan pendapat yang timbul - terutama sewaktu kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai lalu - dilupakan dan kedua-dua pihak kembali kepada semangat persaudaraan Islam.
Muhyiddin pula dilaporkan memberikan reaksi bahawa mesyuarat MT Umno itu juga mungkin akan menentukan wakil parti itu untuk berbincang dengan pemimpin PAS.

Malaysiakini
P/s : Layari Pkrpasdap.blogspot.com(abe MIE)

Ulasan...

Blogger YANG GAMBI said...

Salam,

UMNO jangan terlalu ghairah mudah menerima segala percakapan PAS, tak kan UMNO tidak tahu PAS dari dulu hingga sekarang cakap berputar belit......

July 27, 2009 10:58 PM

Delete
Blogger Jeffry said...

SLM PAKMIE..APE YG SDR YANGGAMBI ULAS ADE KEBENARANNYA. DH BYK KALI KERAJAAN DI TIPU BULAT2 OLEH TGNA. KNP HARUS KITA BIARKAN?. SEMAKIN LAMA SEMAKIN TGNA TAK BERETIKA DAN MENJATUHKAN KREDIBILITI SENDIRI SECARA X LANGSUNG!


July 27, 2009 11:13 PM

Delete

TOK GURU BERCAKAP PUN ADA JUGAKAH ORANG TAK PERCAYA?


SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI, BERCAKAP BOHONG LAMA-LAMA MENJADI...


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas untuk berbaik-baik dengan kerajaan pusat dan melupakan sengketa politik demi menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam. Nik Aziz berharap perselisihan pendapat yang timbul dalam kalangan pemimpin politik terutama antara Umno dan Pas sewaktu kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Manek Urai baru-baru ini, dilupakan dan kedua-dua pihak kembali semula kepada semangat persaudaraan sesama Islam.

Umno memandang positif kesediaan Datuk Nik Aziz Mat untuk melupakan sengketa politik kedua-dua parti demi perpaduan rakyat dan akan membincangkannya secara terperinci dalam mesyuarat Majlis Tertinggi pada Jumaat ini.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta berpendirian lebih konsisten dan muktamad berhubung soal perpaduan di antara parti itu dengan Kerajaan Pusat yang diterajui UMNO. UMNO amat terbuka dalam sebarang perbincangan dengan Pas bagi mengukuhkan perpaduan orang Melayu justeru tidak perlu syarat tertentu dikenakan untuk menjayakan hasrat tersebut.

'' Rakyat boleh menilai pemimpin mana yang berkerpentinagn diri, jika pemimpin ini terus berkepentingan maka rakyat akan terus dalam tertipu " Mana-mana pemimpin yang baik mereka perlu dipertahankan dan dibenarkan berjuang dalam wadah yang lebih luas.

P/s : Nik Aziz hendaklah iklas, sekali lagi Umno tetap memberi kepercayaan kepada cadangan yang baik itu demi kesepakatan dan perpaduan islam. Penyokong taksub kepada kepimpinan Nik Aziz adalah ramai, sehingga ada yang sanggup baring ditengah jalan. Kadang-kadang keputusan yang Nik Aziz buat membelakangi Presiden Pas sendiri. Sebelum ini sudah ada cadangan-cadangan seperti ini tetapi disanggah oleh Nik Aziz sendiri melalui pemimpin-pemimpin dan penyokong taksub dan setia mereka, tetapi kali ini Nik Aziz sendiri yang membuat cadangan. Untok kita tidak percaya dengan keiklasannya amat sukar kerana beliau dikalangan ahli pas juga bertaraf Tok guru. Tetapi suara-suara sumbang juga tetap ada kerana tingkah laku Nik Aziz sering berubah-ubah. Kebiasaannya jika kita bersikap begitu orang tidak yakin dan percaya pada kita lagi.

Setakat hari ini pemimpin-pemimpin lain selain dari Nik Aziz masih tidak kedengaran mengenai komen cadangan Nik Aziz itu, termasuklah Hj Hadi Presiden sendiri. Dalam politik sebenarnya susah untok kita percaya, tambahan lagi jika pemimpin itu sendiri suka bercakap surung tarik dan klu klek. Pemimpin-pemimpin boleh bercakap apa sahaja, segala perancangan samada baik atau tidak tujuan rakyat, ada pada dia dan dia sahaja yang tahu. Diharap melalui kerjasama yang dicetus kali ini memehak kepada rakyat khasnya rakyat Kelantan. Sudah sekian lama rakyat Kelantan dihimpit dengan kemiskinan tanpa kemajuan Kerajaan negeri dibawah kepimpinan pas. Jika hasrat dan tujuan kali ini tidak tercapai ini sudah tentu menandakan kepada kita bahawa Pas dibawah kempimpinan Nik Aziz selaku musyidul am pas dan MB Kelantan selama ini benar-benar tidak prihatin masalah rakyat dan kepimpinan pas selama ini adalah "Kerajaan sendiwara semata-mata". Bukan setakat rakyat dihimpit kemiskinan, rakyat juga terus ditipu oleh kepimpinan Nik Aziz yang berkepentingan diri dan bertopengkan islam semata-mata. Pemimpin seperti seharusnya dibuang jauh-jauh. Pemimpin korup tidak berhati perut, mahu hidup senang lenang sahaja sedangkan rakyat rata-rata susah dan dibiarkan terus hidup dihimpit kemiskinan.

- Untok kita ketahui mana yang lebih iklas diantara "berserban dan bersongkok " sama-samalah kita lihat nanti.

Ulasan...
KOTA BHARU 27 Julai: "Ini permainan Umno," kata Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Apa yang saya minta adalah kerajaan negeri mengadakan hubungan baik dengan kerajaan persekutuan."

Nik Aziz mengulas kenyataan para pemimpin Umno kononnya beliau berpatah balik dan merubah balik kenyataannya sebelum ini yang menentang gagasan kerjasama dengan Umno.

"Apa yang saya cadangkan adalah hubungan antara dua kerajaan atas dasar semangat persekutuan," katanya mengulas cadangannya semasa Fiesta Kelantan 2009 di Kuala Lumpur.

Apa yang dia minta, kata Nik Aziz adalah kerajan persekutuan menunaikan tanggungjawabnya dengan baik. Antaranya tuntutan royalti minyak dari Petronas, bayaran geran pembangunan yang sering diperlambatkan dan projek-projek pembangunan di Kelantan.

Ekoran kenyataan itu, para pemimpin Umno menyambut baik kenyataan Nik Aziz itu seolah-olah beliau sudah mau berbaik-baik dengan kerajaan pimpinan Umno.

Mereka juga membuat kenyataan agar Nik Aziz tidak menarik balik kenyataannya mau berbaik-baik ini.

"Ini bukan urusan parti. Saya tidak berminat untuk merapatkan hubungan kedua-dua parti. Ini hal berasingan" kata beliau.

Siasah.
Blogger PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

SEKALI BACA PUN KAMI DAH FAHAM ISI KANDUNGAN KENYATAAN TOK GURU NIK AZIZ..

Dia tak kata lupakan persengketaan antara parti Umno-PAS, tetapi dia kata LUPAKAN PERSENGKETAAN ANTARA KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI.

Mana mungkin PAS lupakan setiap pengkhianatan Umno terhadap Islam dan bangsa?

Anda pun laporkan mcm tu, tp kenapa pula perlu diputar belit... cuba lihat makna perenggan pertama dan kedua... anda pasti faham isinya bukan.

Usahlah mencari jihad dalam Umno, kerana dalam Umno tidak ada istilah Jihad dan pemantapan Iman>>>?

Kalau anda ikhlas dalam pencarian, sertai PAS dan berjuanglah bersama PAS. Tapi tak tau la kalau kata-kata dipermulaan blog ini hanya pemanis mulut dan halwa mata dan telinga pembaca sahaja.

July 27, 2009 4:39 PM

Delete
Blogger PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

HIDUP INI HANYA SEMENTARA. SUSURILAH KEHIDUPAN DENGAN KEIMANAN DAN KETAQWAAN. TERUSKAN PERJUANGAN MEMBELA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. MEMBURU SYAHID PADA JALAN ALLAAH. PERKASAKAN AQEEDAH, MANTAPKAN 'IBADAH'. HIASKAN DIRI DENGAN SIFAT SIFAT MAHMUDAH. NAHNU ANSORULLAAH WA NAHNU ANSORUSSUNNAH

---------

wujudkah elemen2 di atas di dalam Umno, yang terkenal sebagai sebuah parti kebangsaan yang tidak meletakkan Quran dan Hadith sebagai sumber rujukan?>>> Dlm Kerajaan hari ini tak ada mufti kah? sebab tidak mengikut kehendak politik pas maka mufti kerajaan juga dikafirkan, kan gitu?

Kalau Quran dan Hadith tidak dijadikan rujukan, bolehkah iman kita dimantapkan? Masih wujudkah syahid di jalan Allah kalau kitabullah dan hukum Allah pun kita kesampingkan?

July 27, 2009 4:42 PM

Delete
Blogger eMNo said...

Tok Guru yang selalu cakap berkluk klek, kluk klek... mana ada orang UMNO nak percaya. Bila nakkan bantuan dari Federal cakap lemah lembut. Bila depan pengikut dia, bermaki-hamun: UMNO tolak Islamlah, UMNO macam Ayah Pin, macam komunis, UMNO zalimlah, .. asalkan pengikutnya membenci orang-orang UMNO. Itu yang Tok guru lakukan sejak dia muda lagi. Sekarang dah tua, perangai dia dah liat, susah nak ubah supaya jadi baik. Perangai kluk klek masih sebati dalam jiwa Tok Guru.

Jika betul ikhlas, Tok Guru harus beritahu pengikutnya supaya tidak membenci orang-orang UMNO. Beritahu bahawa orang UMNO dan PAs adalah saudara Islam yang patut kita hormati bukan untuk dimaki hamun. Jika Tok Guru boleh lakukan kes ringan macam ni, baru orang UMNO boleh percaya.

July 27, 2009 4:42 PM

Delete
Blogger Anak Lenggong said...

Kata-kata nik ajis nie kena kaji dengan teliti sebab dia nie jenis putar alam...bila dirasa didri dia tergugat dia boleh menyatakanan apa saja ..perpaduan lah..bekerjasama laa..puak lain dalam PAS hanya mengikut jee..tak berani nak angkat muka pun..maklum lah pada mereka nik ajis ni terlalu maksum..kah kah kah..tetapi ingat ini adalah permainan politi nik ajis..sebagai seorang tua yang dah dianggap hampir nyanyok dia hanya bercakap dan memandang kedepan sahaja...tampa dia sedari apa yang telah dialakukan terdahulu..percakapan dan pendirian dia sering berubah-rubah mengikut keadaan dan berkepentingan dengan dia..

July 27, 2009 4:44 PM

Delete


Sunday, July 26, 2009

POLITIK KELANTAN : ANTARA SERBAN DAN SONGKOK

"AYAT-AYAT CINTA POLITIK" ANTARA PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI DAN MENTERI BESAR - ADAKAH SEKADAR "MADAH BERHELAH" TAJUK LAGU NYANYIAN ZIANA ZIN SAHAJA?

Kehidupan rakyat Kelantan tanpa pembangunan oleh Kerajaan negeri yang memerintah sudah lebih 20th membuatkan negeri itu terus mundur berbanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung. Rakyat Kelantan majoritinya kaum melayu, hidup cara melayu. Berbagai usaha oleh Kerajaan Pusat bagi menolong rakyat dan negeri Kelantan namun apabila sampai diperingkat perlaksanaan tidak diberi layanan dan kerjasama yang sepatutnya oleh Kerajaan negeri dibawah pemerintahan Menteri Besar Nik Aziz.

Rakyat terus terhimpit dalam kancah kemeskinan. Pemimpin-pemimpin Pas hanya sibuk berpolitik supaya kuasa yang ada dapat dikekalkan. Tetapi pada hari ini nadanya sudah berbeza apa yang kita dengar dari mulut Nik Aziz.

KOTA BHARU 25 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sebarang sengketa antara kerajaan Pas Kelantan dan Barisan Nasional (BN) wajar diselesaikan demi kepentingan rakyat.

Menurut beliau, walaupun wujud perbezaan ideologi antara kedua-dua pihak yang menjadi pertembungan dalam pilihan raya namun ia terbatas setakat itu.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) bersedia untuk terus membawa pembangunan bagi membantu rakyat negeri ini.

"Selama-lamanya saya tak pernah tolak 'salam' kerana ia adalah ajaran Islam.

"Memanglah kami tak pernah sekat, tak pernah apa. Kami yakin bahawa Islam ini adalah betul, nak sekat pun benda betul nak buat macam mana," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan diminta mengulas mengenai komitmen yang ditunjukkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed yang sudi hadir bersamanya pada majlis pra pelancaran program Kelantan Fiesta 2009 di Kuala Lumpur semalam.

Semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai baru-baru ini beliau menyamakan UMNO yang menjadi tunjang utama kepada BN sebagai parti ajaran sesat Ayah Pin dan serupa dengan pengganas Chin Peng.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata, persengketaan yang berlaku antara kedua-dua parti itu di Manek Urai baru-baru ini cuma atas dasar pilihan raya dan ia setakat itu sahaja.

KOTA BHARU 25 Julai - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed senada dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedia melupakan sengketa politik dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Beliau menegaskan, UMNO sejak dahulu tidak berbeza pendapat dengan parti itu dalam hal-hal berkaitan dengan perjuangan menegakkan agama Islam dan Melayu.

"UMNO mengambil sikap yang terbuka, apa yang boleh merapatkan perpaduan umat Islam dan Melayu khususnya hal-hal berkaitan agama dan bangsa saya rasa tidak harus ada perbezaan sebaliknya berpadu.

"Memang UMNO dan Pas mempunyai perbezaan politik yang jauh dan perjuangan yang berbeza tetapi dalam perbezaan itu ada persamaan, dan dalam hal-hal yang ada persamaan tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh bermuafakat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan hari ini menyatakan kesediaan menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik dengan kerajaan Pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Menurut beliau, sebelum ini kerajaan negeri tidak pernah menganggap kerajaan Pusat sebagai musuh tetapi hanya lawan dalam mempertahankan perjuangan ideologi politik masing-masing.

Mustapa menegaskan, pendirian UMNO jelas mahu muafakat khusus bagi kebaikan rakyat kerana parti itu berjuang untuk rakyat khususnya di Kelantan.

"Kita tidak ada masalah tetapi harus ada kesungguhan dan keikhlasan terutama dalam hal berkaitan agama Islam dan bangsa tidak harus ada perbezaan pendapat yang menyusahkan antara kita kerana kita sesama Islam dan Melayu," katanya.

Utusan Online.

PaKMie : Syukurlah kalau sama-sama iklas untuk menolong rakyat. Jangan pula kerjasama ini hanya untuk mendapat bantuan semata-mata. Dalam soal keiklasan tidak timbul dipehak Umno kerana sudah sekian lama Kelantan dibawah pemerintahan pas pun Kerajaan pusat tidak pernah menyekat perutukan. Kita tidak mahu mendengar disebalik niat yang baik dan hasrat mahu membela rakyat tetiba ada agenda lain pula yang tersembunyi. Pembangkang sudah melakukkan bermacam-macam karenah dalam politik negara sekarang. Perletakan sewenang2nya jawatan wakil rakyat supaya pilihanraya baru dapat diadakan, kerenah-kerenah fatwa karut, tekanan demi tekanan kepada kerajaan- SPRM, PDRM dan mencabar sistem kehakiman. Adakah ini juga penyusunan strategi secara senyap dan rapi Anwar plan 16 September?. Pembangkang cuba mengalihkan isu-isu rasuah yang bermaharajalela di Selangor, pembicaraan liwat Anwar dan kemarahan umat islam kepada Nik Aziz sendiri kesan dari keceluparan semasa pilihanraya MU yang lepas dan pepecahan dikalangan pemimpin pas sendiri.

Bagi PaKMie agenda kerjasama untuk menolong sesama melayu dan islam ini sudah termaktub dalam unity goverment, bahkan penglibatannya lebih menyeluruh tetapi kenapa diawal2 lagi Nik Aziz tentang? baguslah dan syukurlah sekarang Nik Aziz cakap macamtu, tetapi jangan pula lusa dia lupa dan bercakap lain pula. Semuga dengan sikap gajah depan mata tak nampak Nik Aziz seperti yang kita kenal sebelumnya dan sikap suka merendah2kan orang islam lain tak ada dalam usaha ini. Nik Aziz juga perlu muhasabah diri diatas pepecahan umat islam yang lepas-lepas.

Saturday, July 25, 2009

MAKA BERKATALAH NIK AZIZ TENTANG NIZAR - SIAPA KATA NIK AZIZ SUDAH BERTAUBAT?


ANWAR TERSENYUM, NIZAR BERGEMBIRA...

Nik Aziz menghalalkan cara dan perbuatan Nizar dengan meletakkan hukum yang dilakukan oleh Nizar sebagai tidak menyalahi Agama Islam.


Nik Aziz tetap mempertahankan tindakan Nizar kerana pada pendapat Nik Aziz itu adalah perbuatan mengikut adat resam kaum itu bukannya berniat untuk mengikut ajaran agama mereka. " Kalau adat resam dibolehkan, tetapi yang membabitkan ajaran agamanya tidak boleh, kata Nik Aziz ".

Dengan penjelasan Nik Aziz ini sekaligus membelakangi Dewan ulama pas, Datok Harun Taib, mufti Perak Tan sri Harunsani dan mufti perlis Datok Asri yang tetap mempertahankan, yang sepatutnya Nizar tidak perlu hadir dalam majlis nyalaan lilin bagi memperingati mendiang Teoh BH itu kerana meragukan. Inilah kelebihan Nik Aziz yang tak ada pada orang lain sanggup memutarbelit hukum dan ajaran islam. Dari kata-kata Nik Aziz itu dengan sendirinya hukum politik Nik Aziz telah mengatasi hukum islam yang sebenar. Sekali lagi dalam isu ini umat islam menjadi kucar kacir dan bertelagah sama sendiri.

PaKMie : Tetapi jangan peliklah jika Nik Aziz mengauta pula kata-kata dia ini atau menyalahi media kerajaan dan juga meminta maaf suatu masa nanti. Ini adalah kerja-kerja hakiki Nik Aziz selaku musyidul am pas dan MB Kelantan. Sesungguhnya lidah berupaya menipu tetapi hati sesekali tidak...

Ulasan...
Blogger ajijasin said...

salam alaikum.....>>> Waalamikummussalam

tentang nikol ajis ni...
aku dah tak heran dgn pe'el dan perangai dia!!!
apa yg betul dan benar adalah apa yg keluar dari mulut dan sabda dia aje!!!
ya la...
mentang2 dia ngaji AlQuran!!!

apa yg dia sabda semua betullll...
semua adalah benarrrrr...
tiada yg benarrrrr melainkan benarrrrr semata mata...

dah dia cakap sampai terbabas...
kalao setan nak tolong pas...
pas pun sanggup terima!!!

apa la punya tok guru!!!
perkataan macam tu keluar dan terhambur dari mulut dia!!!

aku semenjak dari hari tu!!!
langsung aku tak pakai dah cakap dia ni!!!
tak bolehhh nak pakai!!!
nak buat rujuk pun tak bolehhh!!!

nikol ajis ni!!!
bagi aku dah masuk kategori ulama suu'...(ulama jahat)

jangan ingat syaitan iblis ni tak merasuk org yg pandai agama!!!
malahan lagi besarrrrr syaitan yg datang merasukkkk menyesatttkan datang pada dia!!!

syaitan iblis yg datang tu...
bukan koman koman!!!
yg pakai 2/3/4 bintang yg datang merasukkkk menyesatkan...
jeneral jeneral tu!!!

huuuiiiisssss...
dapat kawan dgn jeneral jeneral setan tu...

July 25, 2009 10:50 PM

Pemuda said...

Hehhee.. korang layan fulamak sorang ni sapa suruh.. dia memang macam tuh... setan pun member dia..


July 26, 2009 12:55 AM

Blogger Dee said...

Salam Bro !

Nik Aziz kata tuh hanya adat resam kah?. Bertafakur smbl pegang lilin utk memperingati mendiang Teoh Bh seolah olah memanjat kan doa keatas si mati adakah itu di kategorikan sbgai adat resam? Kalau bagi org islam yg bertafur dan mendoakan arwah ada kah itu diketagorikan sebagai adat resam atau kegamaan?Samalah juga bagi org kristian yg bertafakur smbl pegang lilin memperingati dan berdoa keatas si mati adakah diketagorikan adat resam atau keagamaan?? Jwbannya itu adalah upacara keagamaancuma org kristian dan islam menzahirkan upacara ini dlm situasi yg berbeza...upacara memperingati si mati antarg islam dan kristian adalah berbeza wlaupn pd zahirnya tujuannya adalah sama..

Bagi org islam duduk bertafakur smbl menadah tgn memohon doa kpd Allah untuk kebaikan si mati bagi org kristian pula bertafakur smbl memegang lilin bertujuan berdoa kpd tuhan nya dan memperingati si mati..

Kpd Nik Aziz tak payah lah berselindung dan mengaburi mata rakyat dgn kenyataan yg mengarut dan tak masuk akal. Apa yg Nizar lakukan itu jelas adalah amalan keagamaan kristian untuk memperingati si mati..Nizar yg beragama islam tidak sepatutnya turut serta dlm upacara nyala lilin ini.. Kalau pn Nizar ingin hadir tnda simpati kpd si mati cukuplah sekadar hadirkan diri tapi tidak turut serta secara langsung dlm upacara nyala tersebut.


July 26, 2009 12:51 PM


Delete


ADAKAH NIK AZIZ IKLAS ATAU CUBA MENGALIHKAN ISU?

AMALAN PAS DARI DAHULU HINGGA SEKARANG TERKENAL DENGAN POLITIK SURUNG TARIKNYA

Pukul-pukul lepas itu mengakui kesilapan dan meminta maaf, ambo reti. Kalau sikap emosi dan celupar macamni dalam rumahtangga akhirnya "gila talak dan cina buta" lah jawabnya. Nik Aziz dan kumpulannya terlalu menjaga hati DAP dan sanggup besekonkong dan menolak unity goverment bersama Umno walaupun dengan terang DAP menolak islam disebaliknya pula sanggup mengkafirkan Umno semata-mata takut kepada gila talak kepada DAP.

Sebab itu tidak peliklah didada-dada akbar ada menceriterkan pembicaraan makamah tentang penceraian dan tuntutan nafkah yang tidak sepatutnya. Pemimpin macam ini kah yang mahu mentadbir negara? Sikap orang lain semua salah, kita saja yang betul...sikap kita kononnya lebih islam dan orang lain tidak jika orang itu tidak sebulu dengan kita.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedia menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri di bawah Pas dengan Kerajaan Pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Katanya, sebelum ini kerajaan negeri tidak pernah menganggap Kerajaan Pusat sebagai musuh, tetapi hanya sebagai lawan dalam mempertahankan perjuangan ideologi politik masing-masing.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik usaha Kerajaan Pusat yang akan mengadakan usahasama untuk menganjurkan Kelantan Fiesta 2009 di Kuala Lumpur, tidak lama lagi. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan dan Nik Aziz turut hadir pada majlis prapelancaran program itu di Kuala Lumpur, semalam.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana sudi menganjurkan program bersama ke arah menarik pelancong ke negeri pantai timur itu.

Program anjuran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Redcarpet Worldwide Sdn Bhd itu dijadual berlangsung pada 28 hingga 31 Oktober ini di Padang Perdana dan perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke-IV di sini. Memberitahu pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-38 Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia di sini hari ini, Nik Aziz berkata, perselisihan pendapat yang timbul di kalangan pemimpin politik terutama antara Umno dan Pas sewaktu kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai baru-baru ini perlu dilupakan dan kedua-dua pihak kembali semula kepada semangat persaudaraan sesama Islam.

"Seperti mana biasa, pertembungan pendapat dan idelogi timbul pada saat-saat menjelang pilihan raya," katanya.

Pas menang tipis pada pilihan raya itu dengan majoriti 65 undi.

PaKMie : Kata-kata terakhir Nik Aziz tidak sampai pun 40hari lagi selepas PRK MU kepada Umno. Hati kecil Nik Aziz amat terdesak menuduh Umno kapir , ajaran sesat juga berfahaman komunis. Mufti yang tidak sehaluan juga dikapirkan. Nik Aziz tahu, pemimpin pas yang lain tahu ucapan itu hanya sekadar mainan politik pas sahaja. Surung pun kena tarik pun kena. Apa Nik Aziz kata walaupun ianya salah disisi islam penyokong pas tetap mengata dan mempertahankan ianya benar. Sebaliknya jika NIK Aziz menarik balik kata-katanya penyokong pas juga tetap mengatakan itulah ulama sebanar, mengakui kesilapan tidak seperti pemimpin Umno dan satu sikap yang terpuji jarang terdapat dalam kepimpinan islam hari ini. Apa-apa pun surung pun sedap, tarik pun sedap...Pas mengamalkan politik surung tarik dan politik burung puyuh. Kepala disembunyi sedangkan buntut tertunggeng! apabila terkepit mulalah surung tariknya.Dengan cara inilah Nik Aziz dapat memerintah Kelantan lebih 20tahun, menghuruharakan satu negeri Perak dan kehebatan yang paling dikagumi oleh Nik Aziz bersama Anwar ialah berjaya memecahbelah umat islam dan kaum melayu di negara ini. Tak kan kerana fiesta di Kuala Lumpur dan sambutan fiesta 28 dan 31 oktober di Padang Perdana di Kota bharu nanti Nik Aziz sudah sanggup menjilat ludahnya sendiri. Mudahkah ahli-ahli Umno melupai kata-kata Nik Aziz yang mengkafir, menyamakan Umno dengan ajaran ayah Pin dan mengatakan Umno berfahaman komunis itu? Rasanya tidak...hanya Allah SWT sahaja yang tahu!

Ulasan...
Blogger eXception said...

Nik Aziz mmg cuba mengalihkan isu. Sebab ius Nizar semakin hangat diperkatakan, malah dalam enjin carian Google juga banyak pengguna Internet mencari maklumat pasal Nizar pegang lilin dan vigil. Jadi PAS terdesak, hari ni dia nak bersalam dengan UMNO, esok lusa dia akan ludah balik...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan


July 25, 2009 7:37 PM







JANGAN MENAMBAH DOSA LAGI NIZAR BAIK SAHAJA BERTAUBAT

BUKAN SETAKAT RAKYAT SAHAJA NIZAR TIPU ALLAH SWT PUN NIZAR MAHU TIPU

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan beliau menghadiri upacara menyalakan lilin bagi memperingati Teoh Beng Hock di sini pada Jumaat lalu dan mendakwa Utusan Malaysia menyiarkan laporan yang salah.

Sebaliknya, bekas Menteri Besar Perak itu menegaskan, beliau hanya menghadiri sidang akhbar mengenai majlis menyalakan lilin anjuran DAP.

Pada Nizar samaada ianya berlaku di kediaman Teo atau di pejabat Dap,apa yang dilakukan Nizar adalah salah dari hukum agama Islam.Saya nak tanya pada Nizar apakah mengikut cara orang Cina memperingati kematian bukan satu kesalahan pada kita sebagai orang Islam.Nizar jangan lah memperbodohkan rakyat kerana telah terbukti yang Nizar telah mengikuti cara cara orang cina untuk memperingati kematian.

Memang Nizar tidak menghadiri upacara itu dirumah Teo tapi cara Nizar memegang lilin dan menatap gambar Teo sudah mengambarkan Nizar sudah terpesong dari ajaran Islam dalam kita menghormati kematian orang bukan Islam.Cara Nizar memegang lilin itu sudah menyamai apa yang dilakukan oleh kaum cina dalam menghormati kematian kaum mereka,jadi kenapa perlu Nizar ingin memegang lilin itu.Nizar seharusnya tidak mengikut cara orang cina itu dalam menghormati orang yang telah mati.

Pada Nizar sebaiknya bertaubat kerana telah tanpa disedari Nizar telah terikut cara kaum Cina memperingati kematian.Seharusnya Nizar harus mengikuti apa yang telah Pas putuskan yang Nizar harus tidak menghadiri apa jua upacara yang meragukan bagi kita umat Islam.Jangan lah kerana mereka sahabat kita dan untuk menjaga hati sahabat ,kita gadaikan ugama Islam hanya untuk mendapatkan sokongan politik.

Bagi Nizar ,seharusnya Nizar bertaubat kerana perbuatan yang dilakukan oleh Nizar itu sedikit sebanyak telah meragukan seluruh umat islam tentang perbuatan yang dilakukan oleh Nizar.Buat Nizar apa yang dinyatakan oleh Mufti Perak adalah jelas bahawa tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah haram di sisi agama kerana ia menyerupai ajaran Kristian.Kita harus jelas tentang perkara ini iaitu setiap majlis yang dianjurkan oleh orang bukan Islam bagi memperingati kematian dalam apa jua bentuk sekalipun adalah haram bagi seseorang Islam menyertainya.

PaKMie : Nizar sudah lemas keseorangan, mengharapkan pertolongan umala-ulama pas menolong bagi mempertahankan kebenarannya tetapi ternyata kuasa Allah SWT itu lebih dari segala-galanya. Nizar tetap tidak mengambil pengajaran yang Allah SWT SEKELIP MATA menjatuh kerajaannya di Perak sebagai takdir, sebaliknya sewenang-wenang menunding jari semua kesalahan kepada pehak UmnoBN dan Sultan. Hari ini Nizar tetap dengan "keegoannya bersama DAP" dan dapat diintip oleh pehak wartawan juga Nizar tetap menafikannya. Pemimpin pas mengajak rakyat melalui jalan mati, pada hari ini Allah SWT telah mengzahirkan kepada kita satu persatu. Apa yang sudah Nizar lakukkan, apa yang Nik Aziz lakukan, apa Khalid Samad lakukkan terhadap agama islam. Nik Aziz juga mulai terasa terkepit bersama "Musyidul am pas dan MBnya". Apa pembalasan Allah SWT kepada negeri-negeri dibawah kerajaan pembangkang? Bukan kerana UmnoBN sebaliknya kerana pemimpin-pemimpin dalamannya sendiri yang menjatuhkannya. Nik Aziz meredakan keceluparannya selama ini kepada Umno. Nik Aziz hari ini mengakui keceluparannya kepada Umno sekadar perbezaan idealogi sekadar mahu memenangi pilihanraya sahaja. Umno juga islam dan pas juga islam katanya. Nik Aziz bijak dengan kata-kata surung tariknya.

Ulasan...

Blogger chegarMD said...
pakmie! awak ni reti agama ke? kalau setakat nak tulis sapa pon
buleh. baca lah fatwa timbalan mufti kedah . kita kena faham antara adat dan agama kalau ada

bentuk pemujaan atau penyambahan
mamanglah tak buleh. harap2, pergi
masjid kerap sedikit, sepaya lumut2
politik tu hilang sedikit.>>> Umno tak pernah mengkapirkan sesama islam.

July 25, 2009 5:46 PM

Blogger Muhd Aizuddin said...

Kenapa fatwa Timbalan Mufti Kedah? Oh mungkin sebab ia membenarkan tindakan Nizar.

Selective dalam beragama. Nice.

July 25, 2009 5:58 PM

Thursday, July 23, 2009

MUFTI PERAK TELAH BERSUARA APA KATA ULAMA PAS?

UMAT ISLAM JUGA MAHU PENJELASAN DARI ULAMA CELUPAR NIK AZIZ DAN ULAMA FATWA PILIHANRAYA HJ HADI MENGENAI NYALAAN LILIN BAGI MENGHORMATI KEMATIAN TEOH BH OLEH NIZAR, ANWAR DAN AZMIN ALI.

SHAH ALAM – Tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perbuatan itu menyalahi hukum Islam kerana seolah-olah menggambarkan ajaran kristian.

“Islam haram tindakan sedemikian. Tambahan pula perkara itu dilakukan untuk orang mati. Dalam agama kaedah terbabit adalah orang kristian,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang berpendapat tindakan terbabit boleh dilakukan sebagai tanda protes. Bagaimana pun, kata Harussani, seseorang boleh melakukan protes dengan menghantar surat bukannya menerusi perbuatan seumpama itu. Menurutnya, dalam konteks ibadat ia tidak boleh dipermain-mainkan.

Jumaat lepas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang memegang lilin ketika menyertai majlis berkabung memperingati kematian setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

P/s : Biasanya selepas Mufti-mufti bersuara tentang sesuatu hukum yang sebenar tentang sesuatu kejadian tertentu dalam islam, maka bersuaralah ulama politik Nik Aziz bagi mempertahankan jika ianya bersabit dengan orang-orang yang sebulu dengannya. Sebaliknya jika tidak sebulu atau sehaluan maka berbagai pujian pula dapat kita dengar seperti apa yang terjadi kepada Mufti Perak tempohari. Jika tidak sehaluan mufti juga turut dikapirkan oleh Nik Aziz bukan setakat ahli-ahli Umno sahaja. Apa yang akan pemimpin pas kata terutama Nik Aziz diatas kenyataan dan penjelasan bersabit dengan nyalaan lilin oleh mufti Perak itu cuba kita sama-sama tunggu dan lihat nanti.

APA KATA NIK AZIZ TENTANG NIZAR?

BACA JANGAN TAK BACA

Di KOTA BAHARU, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas tindakan Nizar itu.
Ketika ditanya, Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya mempersoalkan aspek politik mengenai Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak.
Nik Abdul Aziz mempersoalkan kesahihan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir kerana ianya dianggap bertentangan dengan amalan demokrasi.
"Usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasi pun dia (Zambri) tak pakai....Itulah jawapan saya, saya dah jawablah tu", katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim.

PaKMie : Auta sunggoh, orang tanya lain dia jawab lain. Tok Guru macamni lah jika masuk poket orang lain haram...jika masok poket sendiri halalllll...Terkena batang hidung nampaknya. Nik Aziz sendiri merasmikan perlancaran Wat Siam tertinggi di Asia suatu ketika dahulu di Bachok. Nik Aziz atas Kerajaan Negeri juga memberi derma pembinaan Wat Siam itu. Apakata kalau duit derma ini disalurkan untuk memperbaiki dan memperbesarkan Masjid Negeri yang telah uzur dibina zaman UmnoBN lagi? Selain Nizar, Anwar dan Azmin Ali juga hadir penyalaan lilin kematian Teoh BH.

Ulasan...
Blogger chegarMD said...

pakmie ! tok guru bukan auta,tapi
tok guru mengajar kawan2 wartawan
arti kewartawanan soalan bukan berniat utk mengtahwi jawapan agama
tapi soalan politik, maka sesuailah
apa yg dijawab tok guru.kerana perkara yg di laku yb nizar bukan masalah agama atau akidah ia masalah mujamalah, harap buka buku
agama banyak cuntuh2 mujamalah yg dilakukan rasul kita terhadap orang2 bukan islam.


July 23, 2009 9:30 PM


Blogger lebai said...

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui perbuatan memegang lilin di majlis memperingati kematian orang bukan Islam adalah "sesuatu yang meragukan" tetapi berpendapat perbuatan itu tidak haram di sisi Islam.


July 23, 2009 10:23 PM

Delete


PAS DENGAN DAP SUDAH SAMA


ADAKAH NIZAR MENYALAKAN LILIN ITU TIDAK KONSPIRASI UMNOBN ATAU KESILAPAN MEDIA KERAJAAN?

Adakah ini juga salah Umno?...hehe inilah apa yang dikatakan oleh ahli-ahli Umno selama ini bahawa pas sudah seleweng dari ajaran islam sebenar, tetapi Pas tetap tidak mengakuinya. Pemimpin pas yang ada pada hari ini amalannya meragukan dan terpesong dari ajaran islam sebenar. Kerana politik dan mahukan kuasa semuanya dibolehkan. Kaum bukan melayu khasnya DAP sudah menganggap Islam itu sama sahaja dengan agama mereka anuti. Amat malang kita orang-orang islam, bukan setakat dalam politik sahaja kita dipermainkan oleh DAP dalam kesucian islam pun DAP mempersendakan juga. Semuanya silap pemimpin pas, meletakkan ssuatu yang salah dalam islam tetapi bagi kaum lain yang tidak islam itulah islam sebenar yang ditunjukkan oleh pas. Tengok apa sudah jadi dengan pesuruhjaya pas Perak dan juga berjawatan AJK Pas Pusat sekarang? Bolehkah hasrat Pas mahu menerap nilai-nilai Islam kedalam DAP sehingga sanggup Nik Aziz mempertahankan pemimpin DAP mempersendakan ayat-ayat al-quraan dan hari ini pula Nizar hadir dalam majlis menyala lilin kaum cina sebagai memperingati kematian Teoh Beng Hock. Secara halus DAP sudah berjaya mentalbiahkan ahli-ahli dan juga pemimpin pas. Perkara ini tidak dapat dipertikaikan oleh pemimpin pas lagi. Dimana yang Nik Aziz laung-laungkan pendekatan yang dibawa oleh pas itu lebih islam dari Umno? Allah SWT sudah tunjuk diatas kesilapan tuturkata mu menyamakan Umno dengan ajaran sesat ayah Pin dan komunis. Hari ini apa yang berlaku keatas pemimpin pas sendiri, tetapi sehingga hari ini Nik Aziz masih berdiam diri dan tidak celupar macam biasa cuma Husam sahaja yang berani menyatakan tidakan Nizar itu tidak menyalahi ajaran islam.

KUALA LUMPUR 22 Julai – Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.

Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.

Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.

“Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?

“Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu disiar oleh New Straits Times pada Sabtu lepas.

Bagaimanapun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar hari ini mempertahankan tindakan Mohammad Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pula ketika mengulas isu itu telah meminta ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohammad Nizar.

Dalam pada itu, Harun berkata, beliau tidak pasti sama ada Mohammad Nizar sedar atau tidak mengenai garis panduan berkenaan.

“Ini bukan satu fatwa tetapi inilah ketetapan atau garis panduan yang telah kita putuskan selama ini.

P/s : DAP menyatakan tidak ada bezanya DAP dengan Pas.

Ulasan...
Blogger Anak Lenggong said...

Ha'aa PAS ngan DAP sama jee.. mereka menghalalkan semua tindakan yang dilakukan oleh puak mereka..janji impian mereka tercapai

July 23, 2009 11:57 AM



Wednesday, July 22, 2009

DAP MEMPERMAINKAN UNDANG-UNDANG MANAKALA PAS PULA MEMPERMAINKAN HUKUM ISLAM

DIANTARA HASIL KEJAYAAN PERJUANGAN ANWAR IBRAHIM SELAMA INI-
POLIS KECEWA EXCO SELANGOR ENGGAN BERI KETERANGAN


PETALING JAYA 22 Julai - Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, beliau kecewa dengan tindakan anggota exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah yang tidak bekerjasama dengan polis ketika diminta memberi keterangan mengenai kematian setiausaha politiknya, Teoh Beng Hock.
“Beliau menyuruh kita datang ke pejabatnya pada pukul 3 petang tetapi apabila pegawai kita pergi ke sana, kita diminta pula untuk menunggu hingga pukul 6 petang.
“Apabila sudah pukul 6 petang, exco itu enggan memberikan keterangan dengan alasan Menteri Besar Selangor memaklumkan kepadanya bahawa percakapan saksi tidak boleh dirakamkan selepas pukul 6 petang.
“Tidak ada undang-undang yang melarang polis merakamkan percakapan dan mengambil keterangan saksi selepas pukul 6 petang,” katanya kepada pemberita selepas melawat sebuah syarikat peti keselamatan deposit di kompleks beli belah The Summit dekat sini hari ini.

Bernama.

DIANTARA HASIL KEJAYAAN PERJUANGAN NIK AZIZ SELAMA INI -

PAS SERAH KEPADA DEWAN ULAMA UNTUK TENTUKAN TINDAKAN TERHADAP NIZAR

Pas menyerahkan kepada Dewan Ulama untuk mengeluarkan fatwa atau hukuman terhadap tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Dr. Mohd. Nizar Jamaluddin yang menyertai majlis nyalaan lilin di Ipon bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Selangor. Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob berkata, pihaknya tidak mahu terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan dan membiarkan Dewan Ulama Pas untuk kemukakan sebarang pandangan.

P/s : Tindak tanduk Anwar yang sudah sekian lama memperlekehkan sistem pentadbiran PDRM, SPRM, Sistem Kehakiman Negara dan perundangan Islam di negara ini telah dituruti oleh pemimpin-pemimpin DAP dan Pas. Keengganan Ean Yong Hian membantu siasatan polis dalam memberi keterangan mengenai kematian setiausaha politiknya telah dijangka awal-awal lagi. Sedangkan pembangkang mendesak Kerajaan supaya menyelesaikan perkara ini dengan telus dan adil. Sebelum polis membuat siasatan awal-awal lagi pembangkang sudah menghukum dan menyalahkan pehak kerajaan bersabit dengan insiden kematian Teoh BH. Apa yang kita jangka pembangkang tidak iklas mahu menyelesaikan perkara ini dengan baik dan sengaja mahu mempolitikkan perkara ini sudah pun berlaku bila keengganan Ean Yong Hian tidak mahu berkerjasama dengan pehak polis bagi membantu siasatan.

Supir Anwar, Nizar juga “Kelakuan dan perbuatan" dari Pas menjejaskan nama baik Islam dan partinya. Beliau dilihat lebih menjiwai DAP daripada Pas, parti yang dianggotainya. Jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak dan AJK Pas Pusat tidak sesuai lagi untuk beliau. Dia lebih DAP daripada ahli DAP lain dan lebih Cina daripada Cina lain.” Tindakan Nizar yang turut serta di majlis memperingati mendiang Teoh Beng Hock.Umno yang dianggap kapir oleh Nik Aziz pun tidak sanggup melakukkan perkara sedemikian. Kita orang-orang Umno tidak boleh berkata apa-apa terserahlah kepada pemimpin pas menilai sendiri sejauhmanakah islam yang dilaung-laungkan oleh Pas selama ini.Jawablah wahai Ulama Pas ku sayang...


BUKAN SETAKAT AHLI UMNO - MUFTI TIDAK SEHALUAN JUGA DIKAFIRKAN OLEH PEMIMPIN PAS


PAS MENYEBABKAN ORANG BUKAN ISLAM MENERIMA PAKAI APA YANG SALAH ITU BENAR - AMATLAH MALANG DAN MENCEMARKAN ISLAM AGAMA YANG SUCI

Pas juga perlu menengur sesetengah pemimpinnya yang turut membakar lilin sebagai menyatakan simpati kepada mendiang Teo Beng Hock. Bukan hanya sekadar menggeluar fatwa ketika berdepan dengan Umno semata-mata. Selalunya Nik Aziz dan Hj Hadi terlalu lantang menggeluarkan fatwa-fatwa, tetapi sekarang kenapa diam membisu?. Adakah kerana sekarang tidak musim pilihan raya maka beliau berdiam diri? atau Nik Aziz sendiri tidak dimaklum oleh Hussam?Ulama Pas perlu menjelaskan apakah tindakan itu tidak merosakan aqidah muslim mereka? Golongan taksub pas menanti fatwa dari pemimpin mereka. Ingatlah sesuatu kemungkaran itu tidak boleh dilakukan walaupun kerana apa termasuk politik!

Walaupun itu urusan peribadi tetapi ia perlu dipelihara kerana mereka adalah pemimpin parti parti Islam yang kononnya lebih islam dari mufti-mufti dan ahli-ahli Umno.

Umum mengtahuai kekuatan Pas terletak kapada penyokong yang taksub. Golongan ini percaya bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Sebab itu apa yang diucapkan oleh pemimpin mereka dianggap fatwa yang misti dipercayai.
Dari segi bahasa, fatwa adalah keputusan tentang sesuatu hukum agama ( yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al Quran, hadis dan sumbar hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti atau mereka yang berwanang tentang keputusan hukum syarak.
Tetapi, dikalangan penyokong Pas apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin mereka adalah fatwa,( perkataan fatwa yang digunakan didalam penulisan ini yang dirujuk kapada apa yang dikeluarkan oleh pemimpin Pas tidak membawa erti firwa yang sebenar, melainkan sekadar menjelaskan maksud yang duguna dan dipegang oleh penyokong Pas).
Jasteru mereka tidak perlu lagi merujuk kapada sumber lain. Malah jika ada pehak yang menyangah fatwa itu, akan dianggap sebagai menolak Islam, atau lebih tepat lagi dikatakan kafir. Ulama di luar Pas dianggap tidak layak menjadi golongan pewaris nabi.
Sebaliknya Pas mengelarkan Ulama Umno dan kerjaan sebagai Ulama terompah kayu, Ulama Syaitan, Ulama bisu dan segala macam gelaran yang tidak melambangkan kemuliaan. Ulama Umno hanya layak membincangkan soal haid dan nifas.
Inilah bahayanya parti politik disamakan dengan agama. Penyokong yang tidak arif dalam hukum agama mudah tertipu dengan apa yang disogokkan kapada mereka oleh pemimpin parti yang mengunakan ilmu agama untuk kepentingan politik.
Pemimpin Pas banyak mengeluarkan fatwa sesuka hati untuk mendapat sokongan, sebagai contoh baru-baru ini saorang imam masjid di Manik Urai dalam kutbahnya menyebut melihat gambar Tok Guru Nik Aziz dapat pahala. Fatwa yang dikeluarkan tidak diperhalusi mengikut kaedah sebagaimana sepatutnya. kebanyakkan fatwa pemimpin Pas sekadar 'lepas cakap' ketika berceramah.
Namun begitu para penyokong Pas yang taksub menerimanya sebagai satu fatwa sah yang perlu dipatuhi atau diterima kebenarannya. mereka bertaklid buta dengan fatwa dikeluarkan pemimpin Pas.
Fatwa yang dikeluarkan pemimpin Pas ini dijadikan fakta dan pegangan yang sukar untuk diubah biarpun kebenarannya dibawa para Ulama dari luar Pas atau dikalangan bekas pemimpin Pas sendiri. Penyokong taksub akan hanya menerima fatwa daripada pemimpin yang masih berada didalam Pas.
Mana-mana bekas pemimpin Pas yang dipegang fatwanya oleh penyokong Pas ketika dia berada didalam Pas , fatwa barunya tidak akan diterima. Malah jika dia ingin membetulkan fatwa dikeluarkannya ketika berada dalam Pas, tidak akan diterima oleh penyokong Pas. peliknya fatwanya ketika berada didalam Pas masih dipakai.
Beberapa bekas pemimpin Pas seperti Omar Khalid, Mohd Ghazali Ahmad (sekadar menyebut dua nama) yang kini berada didalam Umno tidak dilayan oleh penyokong Pas. sedangkan ketika mereka berada didalam Pas, segala fatwa yang mereka keluarkan diterima dan dipakai sepenohnya.
Dengan kata lain orang Pas hanya menerima fatwa yang dikeluarkan oleh pemimpinnya. Pemimpin Pas dianggap amat alim, bijak, mursyid dan serba tau. tetapi jika individu yang sama
keluar dari Pas ,maka dia akan dianggap paling jahil, kafir dan taghut.

Seratah.

P/s : Diantara fatwa-fatwa seperti inilah yang memecahkan islam di negara ini. Pemimpin-pemimpin Pas yang sekular dan jahiliah yang sanggup melihat umat islam terus berpecah.
Nizar Jamaluddin pastinya berlaku kufur. Politik jadi ikutan DAP menjelaskan bahawa PAS gagal membawa bukan Islam mengikut langkahnya, bahkan yang jelas PAS lah yang kini terpaksa meniti jejak-jejak langkah bukan Islam.

Ulasan...
Blogger Panglima Perang Cyber said...

mereka kafirkan sapa saja tak ikut parti depa.

July 22, 2009 5:04 PM

Delete
Blogger PaKMie said...

Salam...

Pas sdh jadi caca merba. Org Kelantan kata dah bertukar tuak dgn tuker. Mainan "ulama mee celup" menyebabkan Nik Aziz lupa daratan.

Apa lagi skrg bersekonkong pula dgn DAP. Hasil yg jelas apa sdh jdi dgn Nizar skrg? Bkn Pas mahu mengajak DAP masuk Islam tetapi apa yg kita nampak Pas itu sdri yg mengikut rentak DAP. Nik Aziz dengan kebanggaan Wat Siam tertinggi di Asia yg dibina di Bachok, Khalid Samad hadir dlm gereja bagi tujuan menyokong penggunaan nama Allah. Apa lagi yang mahu DAP melihat dan banggakan dengan kehebatan Islam? kalau tingkahlaku kita sendiri mencurigakan beliau dan tidak ada kata sepakat sesama islam? Sdgkan Islam itu secuci bersih, demi politik pas sanggup menodai agama islam yang suci.


July 22, 2009 8:24 PM

Delete


Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..