Followers

Saturday, October 31, 2009

EZAM CABAR PRESIDEN PKR

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dicabar menjawab persoalan moral yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hingga menjadi punca beliau keluar parti.

Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd. Noor berkata, Wan Azizah tidak boleh lagi melindungi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya mesti bertanggungjawab kepada ahli yang resah menanti penjelasan berhubung persoalan moral yang menyelubungi Anwar.

Katanya, Wan Azizah harus sedar tindakan Anwar mengemukakan pelbagai permohonan hingga mahkamah terpaksa menangguhkan kes tersebut telah menimbulkan pelbagai kegusaran.

‘‘Betul, Wan Azizah sebagai isteri punya tanggungjawab kepada suami tetapi dia juga kena ingat yang dia adalah Presiden parti.

‘‘Dia patut bertanggungjawab kerana salah satu sebab Badrul tinggalkan PKR kerana persoalan moral termasuk meragui cara Anwar menangguhkan kes dakwaan liwatnya.

Friday, October 30, 2009

IKRAR LAFAZ TAKLIK : MENGELAK DARI WAKIL RAKYAT PAS LOMPAT PARTI

The Unspinners telah dedahkan perkara ini seawal September 9hb, 2009. Kemudian kami ulangi sekali lagi pada September 28hb, 2009 sebelum PRK Bagan Pinang.

Kini Mahaguru 58 - seorang blogger yang berkecuali dalam politik dan tidak malu kepada publisiti dan perhatian - mengulang perkara sama. Beliau baru saja mengatur pertemuan antara blogger-blogger dengan Dato Dr Hasan Ali dan Nasharuddin Md Isa.

Pertemuan itu telah menimbulkan kontroversi disebabkan ada blogger yang tidak datang tidak beretika pula. Kalau tuan punya badan minta jangan dihebohkan perkara sensitif tertentu, usahlah dihebohkan. Hormatilah permintaan. Kalau dalam kewartawanan, dia dipanggil maklumat off the record.
Tulisan blog beliau berkenaan Ikrar Lafaz Taklik adalah dipetik berikut:

Hanya benda ini saya nak kongsi dengan anda pembaca budiman.

Ini pun setelah saya menelefon meminta pengesahan akan perkara ini dari salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang merupakan sahabat saya.

Saya juga telah mendapat izin pemimpin PAS Pusat ini untuk menceritakan perkara ini didalam blog saya ini.

Ianya adalah tentang kebenaran bahawa barangsiapa sahaja calon pilihanraya PAS yang dipilih untuk bertanding didalam Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum samada untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen dibawah tiket PAS, maka mereka terlebih dahulu diwajibkan menandatangani ikrar lafaz taklik akan menceraikan isteri jatuh talak tiga SEANDAINYA mereka setelah menang pilihanraya tersebut mengelat mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan!

Ini adalah diantara perkara yang didedahkan oleh pimpinan PAS dimajlis dailog itu.

Memang saya tidak menyangka sama sekali bahawa adanya peraturan seperti itu diwajibkan oleh PAS!

Memang brutal tetapi ternyata amat berkesan sekali!!!
Harap tuan-tuan dan puan-puan pembaca dan blogger tolong sebarkan perkara ini.

Sesiapa yang wartawan tolong tanya perkara ini kepada pemimpin-pemimpin PAS. Gembar gemburkan perkara ini supaya rakyat tahu perakra sebenar. Betapa jijik sekali politik PAS hingga mengguna ugama untuk kuasa politik.

Ini menunjukkan ulama dalam PAS bukan ulama tetapi orang yang menggunakan ugama sebagai alat saja untuk berkausa. Ini adalah perkara yang keji dilakukan oleh PAS demi kuasa hingga sanggup memperalatkan kesucian rumahtangga sebagai bahan cengkeram atau ugutan.

Memang layak PAS dipanggil sebagai Parti Ajaran Sesat.

LIWAT, DENDAM DAN TAKABUR PERUSAK ISLAM

PENULIS DIRUANGAN KOMEN DAN CHATTER BOX YANG PROPEMBANGKANG

APABILA SAYA MENULIS bermakna saya bersedia menerima kritikan dan kutukan daripada mana-mana pihak jua dengan hati yang terbuka kerana saya sedar setiap entri yang diulas sudah tentu menyentuh hati mana-mana penyokong parti politik di negara ini, baik dari BN atau pun dari penyokong pakatan rakyat. Tetapi hasrat saya iklas mahu melihat islam, bangsa dan negara ini tetap dibawah panji orang-orang islam. Bangsa tidak diperkotak katikkan, islam disanjung tinggi oleh agama lain. Hanya Allah SWT dan diri saya sahaja yang tahu!.

Saya menafikan sesetengah oarang kata saya adalah talibarut UMNO. Saya hanyalah pengkaji politik di negara ini sahaja. Jika orang beranggapan saya penyokong Umno, anda fikir2lah sendiri. Apa yang mahu saya perkatakan adalah kekesalan apabila mengkritik pihak pakatan rakyat(Pas). Terlalu berat tomohan kata2 kesat yang dilontarkan terhadap saya, Sebaliknya apabila saya mengkritik BN(Umno) tidak pula berlaku sedemikian. Penulisan saya dalam blog ini tetap berasas dan tidak mudah untok melontarkan sesuatu tanpa maklumat yang sebenar. Sumber bacaan pula daripada Malaysiakini, blog-blog, media massa arus perdana, berita dan dicampor aduk dengan sedikit pegalaman yang ada, 20tahun lebih terlibat secara langsung dalam arena politik tanah air.

PKR adalah peneraju PR dan mempunyai bilangan Ahli Parlimen paling ramai di kalangan parti-parti PR -- 31 orang berbanding DAP 28 dan Pas 23, ahli Parlimen yang berjumlah 82 orang satu angka yang besar dan kita tidak boleh menganggap apa yang sedang berlaku tidak penting. Sebab itu penganalis politik tanah air tidak boleh berdiam diri sentiasa mengkaji dan menganalisis halatuju politik parti pembangkang.

Apabila mengkritik pembangkang(PR), pelbagai tuduhan dan hinaan tidak berasas dilemparkan. Melambangkan masyarakat melayu yang menyokong pembangkang masih dibelengu pemikiran kelas ketiga hanya tahu menilai salah orang tidak tahu menilai salah sendiri.

Sambil menegur dan mengingatkan kepada PAS bahawa Parti DAP sampai bila-bila tidak akan menerima Islam sebagai ideologi yang harus dijunjung. Begitu juga sekutu PAS parti PKR yang sehingga ini tidak pernah menyatakan sokongan kepada hasrat PAS, sebaliknya hanya lebih mementingkan agenda peribadi untuk diperjuangkan, sehingga semua perkara dipersalahkan.

Kerjasama PAS dan umno(UG) amatlah penting, kerana kedua parti tersebut adalah parti dominan yang mempunyai ahli dari penganut agama islam tetapi ditolak mentah2 oleh pas. Hala tuju umat islam sememangnya terletak pada pas dan Umno bukan pada parti DAP dan PKR, yang jelas mempunyai agenda tersembunyi untuk dilaksanakan.

Manfaat berkawan dengan UMNO lebih banyak hasil islamnya berbanding berkawan dengan parti ultra kiasu yang terang-terang menolak islam termasuk sekutunya.Contoh di negeri Selangor amat jelas, adakah sinar-sinar islam tertonjol walaupun ketuanya seorang islam?

Politik umat islam hari ini dilihat amat merugikan umat islam sendiri kerana lebih banyak kepada unsur membalas dendam. Hingga sanggup berpecah belah kerana perbezaan pendapat. Tetapi situasi ini berbeza dengan politik orang bukan islam yang menurutnya banyak sependapat walaupun berbeza parti.

Parti PAS tidak boleh mewujudkan Negara Islam yang mengamalkan hukum hudud, peratus penduduk islam hanya lebih kurang separuh dari populasi penduduk. Orang bukan Islam tidak selama-lamanya bersetuju dengan islam kerana mereka lebih bersifat musang berbulu ayam.Umat islam di Malaysia harus duduk semeja berbincang bagaimana harus ditingkatkan syiar islam berbanding sibuk bercakap soal hukum hudud yang nyata sukar dilaksanakan.

Jika sekiranya umat islam dan melayu terus berpecah dan tidak bersatu dikhuatiri nasib negara dan umat islam akan menjadi seakan umat islam di Singapura.

Thursday, October 29, 2009

KES LIWAT ANWAR : ADUN PAKATAN PERTAMA KELUAR PARTI

KENAPA TIDAK TERJADI WAKIL RAKYAT PAS BERTINDAK KELUAR PARTI?
Apa sudah berlaku kepada PKR, sudah empat ADUN PKR melompat parti. ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berkata kes liwat yang membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab beliau keluar PKR. Beliau menjadi lebih syak terhadap Anwar yang menurutnya sengaja melengah-lengahkan perbicaraan dan enggan pula menjelaskan perkara itu kepada ahli-ahli parti. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar, juga enggan untuk menjelaskan mengenai dakwaan liwat tersebut.

Badrul hari ini mengumumkan bahawa beliau keluar PKR dan menjadi ADUN bebas yang 'mesra' BN.

Badrul merupakan wakil rakyat Selangor selepas dua di Perak awal tahun ini dan seorang di Kedah pada Ogos tahun lalu meninggalkan PKR. Jumlah keseluruhan wakil rakyat keluar pakatan setakat hari ini adalah lima orang termasuk seorang wakil rakyat DAP di Perak. Tidakkah anda terlintas difikiran saudara, parti yang paling kontrovesi dalam pakatan rakyat adalah pas. Percangahan antara pemimpin mereka dalam soal isu kerajaan perpaduan menyebabkan parti itu bergelombang dengan masalah. Isu kerajaan perpaduan Umno-pas tiada garis penamat walaupun suatu masa dahulu kes ini sudah ditutup buku. Kenapa wakil-wakil rakyat pas tidak lompat sahaja keluar dari parti yang bergelombang dengan msalah itu?

Nanti suatu masa, insyaAllah jika keadaan mengizinkan Pakmie akan cuba kupaskan sedikit masa lagi dalam blog ini. Sama-samalah kita tunggu!

ISLAM PAS TIDAK MAHU KEPADA PENYATUAN UMMAH

KERAJAAN PERPADUAN ADALAH RETORIK PAS
Gagal kerajaan perpaduan anatara Umno-pas menunjukkan kelemahan kita masyarakat islam dan melayu di negara ini. Rakyat sudah dapat menilai tahap mana keseriousan keiklasan pemimpin kedua2 parti tersebut. Pas melebelkan partinya pendekatan islam sebenar, sebaliknya pas juga lah yang mengagalkan usaha tersebut. Sudah beberapa kali isu perpaduan dibangkit oleh pemimpin pas tetapi digagalkan oleh mereka sendiri juga. Merupakan retorik politik murahan parti itu semata-mata, untok mengaburi mata rakyat kononnya pas mengambilberat memperjuangkan islam dan rakyat di negara ini. Pas mengaburi mata rakyat dalam dua perkara, pertama untok memberitahu kepada rakyat bahawa pas mengutamakan soal perpaduan kedua untok menolak dakwaan yang selama ini wakil2 rakyat mereka selama ini tidak membuat kerja makan gaji buta sengaja mencipta isu buat2 sibuk.

Kini kita orang melayu diulik dengan isu perpaduan tetapi ianya tetap gagal dan setelah gagal maka banyak perkaralah kita rugi dan ketinggalan. Hentikan bincang Kerajaan perpaduan, sudah muak - Umno dan pas perlu cari jalan satu padukan rakyat selesaikan isu ekonomi . Kita jauh ketinggalan dari segi ekonomi dan akan terus ketinggalan jika pemimpin melayu terus bertekak dengan isu perpaduan ini.

Kenapa pemimpin pas tidak bertekak cara2 melompat keluar kegawatan ekonomi, memwujudkan perpaduan dikalangan melayu, mengenepikan pendapat ideologi dan bersama2 membangun negara. Kalau pendekatan islam yang Umno ambil pas kata tidak betul, pendekatan islam yang pas ambil Umno pula kata tak betul...habis apa pula peranan kedua2 pemimpin parti itu selama ini untok masyarakat islam dan melayu di negara ini?Kalau soal kerajaan perpaduan sesama islam dan melayu pun pas tidak dapat terima tidak payahlah Pas mengatakan parti itu yang memperjuangkan islam di negara ini. Pas sudah lupa sibuk mengejar kuasa dunia, kekuatan sesuatu bangsa itu begantung kepada perpaduan. Kejatuhan empayar soviet, contohnya kerana berlaku kepimpinan negara lupa kepada faktor kesatuan bangsa.

Sikap pemimpin pas yang tidak mahu berkerjasama dengan Umno demi kepertingan ummah seharusnya difikir dengan serious oleh masyarakat islam di negara ini. Keputusan dalam menutup buku dalam isu kerajaan perpaduan atau cadangan kerjasama dengan Umno membuatkan kita berfikir sekali lagi iklaskah parti itu mahu mendomenasikan islam dan melayu di negara ini. Haji Hadi cuba menutup kelemahan parti itu dengan melontarkan kesalahannya kepada Umno, kononnya beliau sendiri tidak tahu sejauhmana kesediaan kepimpinan Umno sekarang selepas Pak Lah. Beginilah sikap berdolak dalih yang menjadi amalan pemimpin pas yang tiada garis penamatnya, perkara yang sebenar adalah masalah perbezaan pendapat dalaman mereka antara Haji Hadi dan Nik Aziz.

Nik Aziz bukan ulama sebenar, tetapi ahli politik berjiwa kecik kerana melalui kenyataannya tidak melambangkan beliau seorang ulama. Nik Aziz sanggup menuduh sesama islam dalam Umno macam2 dalam kegairahan politiknya. Beliau tidak perlu menghina dan mencaci Umno, sepatutnya Nik Aziz tidak perlu menghina dan mencaci mana2 pihak. Sikap seperti itu tidak melambangkan beliau seorang muslim yang baik, lebih kepada politik keanak anakan. Pemikiran yang tidak selaras dengan cogan kata pas "membangun bersama islam" tetapi sebaliknya, lebih kepada "meruntuh atas nama islam". Nik Aziz bukan sahaja menjadi beban kepada politik Pas, tetapi juga beban kepada umat islam kerana sering tampil dengan kenyataan yang menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan umat islam di negara ini. Jangan sampai pula orang menyamakan Nik Aziz dengan Tok Guru akhir zaman yang menetang penyatuan umat islam.


Wednesday, October 28, 2009

KRISIS TIGA KERAT - ADAKAH UMNO JUGA YANG DIPERSALAH?

MESYUARAT KHAS PAS MALAM INI TUTUP BUKU ATAU BUKA BUKU?
Kalau dahulu bikin kecoh Nik Aziz mendesak Timbalan Presiden Pas meletak jawatan kerana ura-ura menyokong kerajaan perpaduan. Hari ini Timbul lagi buku lama soal kerajaan perpaduan. Nik aziz bikin kecoh lagi dengan menuuduh Haji Hadi, Nasharudin, Mustapha Ali, Hassan Ali, Harun din, Harun Taib dan persuruhjaya pas negeri. Nik Aziz benar2 benci kepada Umno, berpatah arang berkerat rotan Nik Aziz kalau tidak masakan sanggup menuduh Umno mengamalkan ajaran sesat.

Tetapi senario sekarang berbeza dengan sebelumnya, hari ini Nik Aziz cukup tertekan bukan sekerat dua kerat lagi pemimpin kanan pas yang mahukan kerajaan perpaduan sehinggakan drama arahannya EGM telah memakan dirinya sendiri. Para pemimpin tertinggi Pas pula mendesak Nik Aziz supaya hadir ke mesyuarat khas parti itu malam ini, Nik Aziz terpaksa akur.
Suara-suara kedengaran jika EGM diadakan bukan satu kerat dua kerat itu yang tersingkir sebaliknya Nik Aziz yang akan tersingkir. jika Nik Aziz tersingkir barulah benar2 buku lama tertutup dan barulah buku baru senang dibuka.

Atau adakah keputusan malam ini seperti sebelumnya, menlontarkan masalah yang berlaku itu kepada Umno atau pun sengaja meletakkan kesalahan itu kepada media yang prokerajaan.Kali ini pas tidak boleh bersandiwara lagi, pekong pas sudah pecah.Nik Aziz sendiri yang memecahnya!

Sikap pemimpin pas seperti Nik Azizlah yang melahirkan generasi penyokong dan pemimpin kurang ajar dan tidak takut kepada dosa2, seperti Nizar yang tidak habis2 sampai hari ini menghuruhara kerajaan Perak itu.Nik Abduh sendiri mengakui dalam blognya (www.nikabduh.wordpress.com).

Nik Aziz "Mursyidul Am" PAS, kini lebih terpinggir keseorangan dikala usia "senja". Akhir2 ini semakin kuat "mengarut" dengan "fatwa-fatwa" politik yang menghalalkan segenap cara untuk meruntuhkan perpaduan umat Islam di Malaysia. Semakin hari, Nik Aziz semakin "nyanyuk" dalam percaturanya sehingga senang ditipu oleh "orang-orang" dikiri dan kanannya. PAS teruk di"belasah" sama ada oleh pihak BN mahupun kawan-kawan "syaitan"nya. Akibat teruk dibuli oleh kawan-kawan "syaitan"nya jugalah maka pemimpin-pemimpin kanan PAS bertindak bijak untuk memikirkan sesuatu yang terbaik untuk mengenal siapa "kawan" dan siapa "lawan".

Nampaknya kerana itulah mungkin Hadi, Nasaruddin, Mustapha Ali, Harun Taib, Hasan Ali dan ramai lagi sudah mulai"celik". Nik Aziz yang maksum dengan penyokong yang fanatik, memiliki "cop mohor ke syurga" dan "sentiasa benar dan tiada yang tidak benar, melainkan yang benar-benar belaka...akan tamat sedikit masa nanti"

Nik Aziz bersama Husam Musa, Salahuddin Ayub, Kamaruddin Jaafar, Mahfuz Omar, Hatta Ramli, Khalid Samad, Dr. Siti Mariah Mahmud, Dr. Lo'Lo Ghazali tidak mahu membiarkan golongan Hadi meneruskan rancangan mereka. Golongan Nik Aziz, dikatakan adalah penyokong kuat dan bersimpati dengan perjuangan Anwar Ibrahim. Haji Hadi dan rakan2nya sedar dan kenal siapa Anwar, PKR yang diasaskan oleh Anwar mempunyai agenda besar peribadinya sendiri, begitu juga dengan DAP yang mempunyai agenda Malaysian Malaysianya - perjuangan Pas semakin samar yang jelas menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR . Agenda negara Islam? Tak mungkin kerana DAP kata langkah mayatnya dulu. Agenda Melayu? Tak mungkin juga kerana Nik Aziz menolak konsep kebangsaan Melayu. Oleh itu apa agenda Pas? agenda pas terbaru adalah singkirkan kumpulan erdogan!

Kita tunggu keputusan malam ini samada buku lama boleh ditutup atau buku baru boleh dibuka...

Tuesday, October 27, 2009

PENGAKUAN NIK ABDUH: BLOG PRO PAS TIDAK TAKUT KEPADA DOSA

Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata – kata manusia dan peristiwanya. Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar.

Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia - www.nikabduh.wordpress.com

Anda fikir-fikirlah sendiri...

PAS: DUA PERKARA BESAR NIK AZIZ GAGAL

PARTI ISLAM PAS LEBIH BERMASALAH BERBANDING DENGAN PARTI LAIN
Dengan berjawatan MB dan juga sebagai Musyidul Am Pas, dua perkara besar Nik Aziz gagal laksanakan. Pertamanya gagal memenuhi hasrat dan harapan rakyat Kelantan yang mahu melihat Kelantan bangun maju bersama islam seperti yang dijanjikan dan yang kedua Nik Aziz juga gagal membawa pas kemercu kejayaan sebaliknya menjadi pencetus kepada permasalahan dalam pas.

Nik Aziz mentadbir Kelantan sudah menjangkau 19tahun (21 Oktober) juga merupakan penggal keempat Nik Aziz memegang jawatan MB yang dikenali sebagai Serambi Mekah itu. Adakah betul negeri Kelantan telah membangun sebagai negeri Islam seperti yang dicanangkan atau adakah sekadar retorik pemimpin dan pengikut-pengikutnya sahaja? Disini penulis cuba paparkan serba sedikit untok kita renong dan kongsi bersama kebenaran gelaran Serambi Mekkah itu.

1. Kalau betul-betul Kelantan merupakan negeri Serambi Mekah, kenapakah Kerajaan Negeri tidak pernah membina walau sebuahpun masjid di Kelantan. Masjid-masjid yang ada di Kelantan adalah ehsan dari Kerajaan BN yang lepas. Lebih memalukan, pembinaan masjid yang terbaru dibiayai oleh bekas Menteri dari Kerajaan BN. Nik Aziz sebagai Menteri Besar hanya datang untuk merasmikannya sahaja.

2. Kalau untuk membina masjid tiada peruntukan, kenapakah kerajaan negeri boleh menyumbang pembinaan perbagai kuil dan tokong di Kelantan sama ada yang berdiri, tidur, duduk dan telentang?

3. Tidak adakah salah laku atau kejadian menjolok mata di negeri Serambi Mekah ini? Adakah wajar Negeri Serambi Mekah dipenuhi dengan pusat-pusat gay dan lesbian? Anda tidak percaya? Silalah datang ke Kota Bharu dan melawatlah Jalan Tengku Putra Semarak. Ada boleh melakukan apa sahaja dengan pasangan masing-masing baik berlainan jantina atau sesama jantina di Kelab Gay dan Lesbian yang terdapat di situ, bermula jam 9.00 malam sehingga 3.00 pagi.

4. Oh ya dan yang terakhir, saya belajar Agama tidaklah sampai ke Universiti Al Azhar. Saya cuma ingin bertanya perlukah Negeri Serambi Mekah menjual arak secara berleluasa? Malah Nik Aziz pernah mengakui Kerajaan "Serambi Mekah" Kelantan tidak pernah mengharamkan penjualan arak di negeri tersebut.

Apakah maknanya "Pas parti islam" corak pentadbiran di negeri yang majoritinya melayu seperti Kelantan Nik Aziz juga tidak dapat melaksanakan kehendak perjuangan parti itu. Untok menyamai dengan pemerintahan Umno terdahulu jauh sama sekali.

Nik Aziz juga gagal mempertahankan prinsip pas selama ini. Nampak sangat kepada kita kejanggalan Nik Aziz berbanding dengan pemimpin pas yang lain. Nik Aziz banyak mencetuskan permasalah dalam pas berbanding mahu memperkukuhkan parti itu. Keadaan nampak dengan jelas dan ketara sekali setelah parti itu bersama dengan pakatan rakyat. Seolah-olah Pas kini sudah milik Nik Aziz, melalui kenyataan yang sering menimbulkan kontrovesi dan selalu membelakang presiden membuat pemimpin lain dalam parti tidak senang duduk.

Hari ini kian terserlah hasrat Nik Aziz yang mahu menyikirkan beberapa pemimpin kanan parti itu dengan cara mendesak mengadakan EGM. Pas mengalami krisis kempimpinan yang teruk, sukar mencari jalan penyelesaian memandangkan tindakan dan cara yang sama berlaku sebelum ini. Masalah UG (Pas-Umno) tidak habis2 walaupun katanya sudah selesai. Mengambarkan kepada kita selama ini pas berbohong, ternyata tidak iklas sekaligus meletakkan pas paling teruk diantara parti politik yang ada di negara ini.

Tindakan Nik Aziz menghalang usaha itu menyebabkan pas berpecah. Dengan tindakan ini juga menjadikan pakatan rakyat semakin bercelaru. Nik Aziz mahu pas dikuasai oleh pimpinan proAnwar sebaliknya Haji Hadi mahu mempertahankan kepimpinan ulamak. Aktivis politik beranggapa orang yang menjadi dalangnya adalah kumpulan Anwar Ibrahim(Erdogan). Teringat kepada kita suatu ketika dahulu cara Anwar memecahbelah Umno, hari ini cara yang sama juga sedang berlaku dalam pas.

BERITA TERKINI- PAS KELUAR DARI PAKATAN?
Maka terjawap sudah akan Kerajaan Perpaduan di antara Umno dan Pas. Dengan kenyataan Hassan Ali bertempat di rumahnya yang di hadiri Ustaz Nasha dan beberapa pimpinan PAS yang lain telah dapat merungkai apa sebenarnya yang berlaku.

Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah di bincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam perbincangan ini. Pimpinan Pas telah sebulat suara untuk keluar dari Pakatan Pembangkang yang nampaknya sudah lari dari konsep asal mereka. campur Tangan Anwar dalam banyak isu juga telah membuatkan Pas meluat dalam pakatan Pembangkang ini.

Nik Ajis telah menuduh ada individu dalam Pas yang cuba bargabung dengan Pas. Dan ternyata Nik Ajis telah silap dalam kenyataan nya. Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini. Di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas.

Hussam Musa yang mana merupakan ketua Puak Edrogan lah yang telah meracuni Nik Ajis agar menolak dengan keras cadangan Kerajaan Perpaduan ini. Hussam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap dalam politik Pas. Oleh sebab itu lah Individu seperti Haji Hadi, Ustaz Nasha, Hassan Ali dan beberapa pimpinan Pas telah di jadikan target utama Hussam Musa untuk menghancurkan Pas.

Kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno akan berlaku dalam masa terdekat ini. Jadi marilah kita sama-sama mendoakannya agar Islam bersatu dalam membangunkan Malaysia ini. Dalam itu juga jangan kita memberi peluang kepada Musuh yang cuba menghancurkan perpaduan Islam ini. Puak Edrogan dalam Pas dan Anwar mesti ditentang agar mereka tahu kekuatan kita yang ingin lihat Perpaduan antara Islam terjalin.

Nik Ajis telah mengeluarkan Tuduhan kepada individu yang tidak bersalah. Dan wajar Nik Ajis memohon maaf atas tindakan nya yang kurang pengetahuan itu. Fitnah yang Nik Ajis lemparkan adalah sangat Berat Dosanya. Moga Nik Ajis sedar akan kesilapan yang di lakukan nya.

GOMO

Monday, October 26, 2009

NIK AZIZ SEMAKIN BERCELARU DAN TERDESAK

Kini kepincangan Pakatan Rakyat sudah terjawab. Aktivis politik(Umno) telah membuat andaian selepas PRU12 Pakatan Rakyat akan berpecah. Pakatan rakyat tak mampu mentadbir apalagi membuat kerja. Usaha kemajuan yg dibina oleh kerajaan BN selama ini akan terbantut dinegeri2 ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Lim kit Siang mengakui sendiri pakatan rakyat tidak mampu mentabir kerajaan. Mantan PM Tun Mahadhir berkata pakatan rakyat kena belajar cara2 mengurus kerajaan, dan 100 tahun lagi baru dapat mentadbir dengan baik. Komen Tun Mahadhir diatas kenyataan Nik Aziz berkaitan krisis kepimpinan parti itu adalah baik Nik Aziz berundur kerana ia sudah tua dan nyanyuk. Ini kerana dalam usianya sebegitu jika diagong2kan ia semakin galak "Pakai tembak saja bila beliau bercakap".

Bukan sahaja Umno, pimpinan kanan PAS juga risau kalau Nik Aziz Nik Mat ‘buka mulut’. Kalau suatu masa dahulu Nik Aziz menyamakan Umno dengan ajaran sesat ayah pin dan pergi jahanam dengan Umno kini Nik Aziz tidak mahu melihat pula beberapa orang pemimpin kanan itu yang menerajui pas. Nampaknya Nik Aziz semakin terdesak memandangkan beliau sudah tua dan tidak sabar2 mahu melihat pas diterajui sepenuhnya pimpinan proAnwar. Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan sendiri pun hairan dan terkejut dengan alasan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan diadakan Muktamar Agung Khas (EGM) iaitu bagi membersihkan parti daripada golongan prokerajaan perpaduan.

Golongan liberal dalam Pas dipercayai mempergunakan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya diadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bertujuan menyingkirkan kepimpinan sedia ada. Kemelut dalam Pas ekoran cadangan Muktamar Agung Khas (EGM) oleh Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi bukti bahawa parti itu tidak terlepas daripada isu merebut kuasa, pengaruh dan jawatan. Cadangan Muktamar Agung Khas (EGM) oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menunjukkan parti tersebut ibarat sebuah kapal yang diterajui dua nakhoda.

UMNO Selangor menyifatkan cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya diadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi 'membersihkan' pemimpin bermasalah dalam parti pembangkang itu hanyalah satu lakonan semata-mata bagi menarik perhatian rakyat. Pas Melaka mengambil pendekatan tunggu dan lihat cadangan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menentukan sama ada pemimpin Pas yang prokerajaan perpaduan diterima atau ditolak daripada parti itu. Para pemimpin UMNO yakin Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan saja tiada masa depan malah tidak akan kekal kerana sejarah politik Malaysia membuktikan bahawa parti serpihan hanya bersifat sementara.

Kalau dulu pernah bikin kecoh bila minta Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa letak jawatan kerana didakwa pro pada idea kerajaan perpaduan dengan UMNO,kenyataan terbarunya yang minta diadakan Mesyuarat Agung Khas untuk buat perhitungan terhadap dua tiga kerat pemimpin bermasalah telah cetuskan masalah lebih besar pada parti itu. Ramai kalangan ahli parti itu terpinga-pinga mencari punca apa yang buat Menteri Besar Kelantan itu tiba-tiba meletup membuat cadangan yang membuka luas pekung parti itu menerusi tulisan dalam laman blognya. Keadaan tidak menentu jelas terdedah bilamana kalangan pimpinan utama parti itu agak terkedu mendengar cadangan Nik Aziz yang drastik itu.

Senarionya dalam parti itu sekarang sudah jadi semacam MCA dimana perhitungannya ditentukan oleh Mesyuarat Agung Khas.

Yang pasti menanggung malu tentunya Datuk Seri Haji Hadi Awang.Walaupun namanya tidak disebut secara langsung dalam tulisan itu tetapi semua yang arif tentang politik dalam PAS tahu Presiden PAS itu menjadi sasaran utama. Ibarat pikul anak sindir menantu bila tulisanya ditujukan khas buat Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali dan Persuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali.

Keduanya adalah orang kepercayaan Haji Hadi selain Timbalan Presiden Nashruddin Mat Isa yang pernah dibelasah secara terbuka oleh Nik Aziz. Para pemimpin yang didakwa ‘ bermasalah’ oleh Nik Aziz itu semuanya bukan golongan Erdogan yakni tidak pro Datuk Seri Anwar Ibrahim. Betapa seriusnya masalah terbaru yang dicetuskan oleh Nik Aziz dapat dinilai dari kenyataan ringkas Haji Hadi ketika mengulas hal berkenaan.

“Kami memohon kepada Allah membimbing kita dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini dan mengukuhkan lagi parti,”katanya.

Beliau mengarahkan satu mesyuarat diadakan segera untuk membincangkan hal berkenaan dan elak ia diperdebatkan menerusi media. Sesetengah kepimpinan pas merasa seperti sudah diberi kata dua oleh Nik Aziz yang mahu pas dipimpin mengikut haluannya. Semangat musyawarah yang diamalkan selama ini seperti sudah tiada lagi.

“Nik Aziz dan Husam Musa mungkin agungkan sangat Datuk Seri Anwar tapi kami rasa PAS harus ada pendirian sendiri dalam arus politik negara.Kalau begitu lebih baiklah mereka masuk PKR saja,dan biar kami terus dalam PAS ”kata salah seorang dari mereka.

Mereka rata-rata mengaku sejak tsunami politik pilihanraya Mac 2008 PAS jadi semakin bercelaru kerana adanya puak yang merasa mereka semakin hampir dengan kuasa menerusi pakatan pembangkang.

“suasana berbaik ini mungkin hanya bertahan sebelum berkuasa….bila dah berkuasa nanti mungkin perang besar berlaku.Kita tahu DAP tidak akan menerima samasekali asas perjuang PAS termasuk Negara Islam. Kalau setakat nak berkuasa dan lepas itu tidak kemana…nak buat apa"

Setiauusaha agong pas Mustafa Ali menafikan kontroversi sekarang“masalah dalaman” parti dan menolak tanggapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mustafa Ali mengulas cadangan mengadakan muktamar khas seperti desakan Nik Aziz, Mustafa berkata perlembagaan pas membolehkan satu mesyuarat agung luar biasa diadakan setelah;

- ia dipanggil oleh presiden parti,
- satu pertiga daripada 37 anggota jawatankuasa pusat menulis surat memohon mengadakannya, dan
- satu pertiga kawasan-kawasan PAS menulis untuk berbuat demikian.

Friday, October 23, 2009

UG : DUA PERKARA HAJI HADI TAKUT HADAPI

Kenapa Nik Aziz dan Anwar turut kehendak DAP?. Setakat hari ini, selepas terjalinnya gabongan mereka dalam Pakatan Rakyat, DAPlah satu2nya parti yang kosisten dalam perjuangan mereka. DAP tetap tidak mahu kepada islam dari dahulu lagi di negara ini sehinggalah sekarang menyebabkan Pas terpaksa berlakon dan berbohong bila berhadapan dengan penyokong mereka yang kononnya mahu menegakkan negara islam jika PR dapat memerintah. Bagi menutup isu ini, pas bertindak melemparkan dengan menuduh Umno mengamalkan islam plastik dan sesat.

Dari segi politik DAP tetap lebih kosisten berbanding dengan pas maupun PKR dalam pakatan. DAP sudah menyatakan dengan jelas(sehingga sampai langkah mayatnya dahulu) dari dahulu sehinggalah sekarang menentang dasar2 islam di negara ini. Kalau DAP tidak menentang dasar2 islam yang kerajaan Umno laksanakan dalam BN tentulah sudah lama DAP menyertai parti komponan itu(BN). Sebab itulah dalam hal ini bila sahaja, Pas bersuara tentang hudud dan pemerintahan secara islam bila ditegur DAP semua pemimpin pas terpaksa akur dan terus berdiam diri. Keadaan ini pemimpin tertinggi parti itu tidak perjelaskan sebaliknya mengambil sikap sembunyikan perkara sebenar kepada ahli2 dan penyokong2 akar umbi mereka. Untok menutup kelemahan ini Umno pula menjadi mangsa kejahatan pas.

Ada juga beberapa pemimpin2 dalam pas yang ada keiklsan mahu menceritakan perkara sebenar, tetapi terpaksa berdiam diri, terpaksa berlakon didepan rakyat yang kononnya pas lah perjuangan islam sebenar di negara ini. Islam Umno adalah islam ajaran sesat Ayah Pin, kata Nik Aziz.

Haji Hadi sudah tentu merasa malu2 sebab pernah mengkapirkan Umno suatu masa dahulu kerana Umno bergabung dengan MCA dan MIC. Kalau pun ada hasrat mahu kepada UG bersama Umno, Haji Hadi terpaksa berfikir beberapa kali, pertama kesal dengan fatwa yang beliau sendiri mengkafirkan Umno suatu ketika dahulu dan yang kedua takut kepada keceluparan mulut Nik Aziz sendiri. Hj Hadi dan gengnya pula bimbang takut dikapirkan oleh Nik Aziz pula bila berkejasama dengan Umno nanti.

Jika hasrat Haji Hadi dan geng2 beliau ini tercapai(UG Pas-BN) maka lebih bersatulah islam dan melayu di negara ini. Harapan kita hasrat EGM Nik Aziz itu dipergunakan sebaik mungkin untok memilih pemimpin2 yang lebih telus kepada islam sebenar tidak seperti islam pembawaan pas pada hari ini.

Pas lah memecahbelahkan islam di negara ini, tetapi jika kita majukan perkara ini kepada penyokong fanatik mereka sudah tentu mereka tidak boleh terima, tetapi inilah hakikat yang sebenar berlaku di negara kita hari ini. Namun demi kekuatan islam, bangsa dan negara kita sangat2 mengalu2kan hasrat murni beberapa orang pemimpin pas tersebut, walaupun perkara ini (UG) kita sudah pun ditipu tiga kali oleh pemimpin parti islam itu sebelum ini.

Kata-kata dipetik dari blog Nik Aziz

Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah.

Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain.

Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu.

Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana.

Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .

Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.



Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

Wednesday, October 21, 2009

BAJET 2010 : BAJET BERHEMAT KESEJAHTERAAN RAKYAT

MENJELANG Pembentangan Bajet 2010 yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Menteri Kewangan sememangnya ditinggu-tunggu dengan jangkaan bahawa kerajaan akan memperkenalkan beberapa pakej yang akan melegakan beban perbelanjaan rakyat ke arah prestasi ekonomi yang lebih kukuh.

Sebelum ini, kerajaan pernah menyuarakan bahawa Bajet 2010 yang akan dibentangkan pada 23 Oktober ini merupakan bajet berhemat dengan memberi impak kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan masyarakat luar bandar.

Sejajar dengan hasrat tersebut, tentunya kerajaan akan berusaha mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah di luar bandar dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan sewajarnya melalui peruntukan Bajet tersebut.

Pada masa sama, sumbangan melalui pakej rangsangan ekonomi yang disediakan kerajaan sebelum ini telah menyumbang ke arah pemulihan ekonomi negara selain dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi pelbagai pihak.

Perdana Menteri dijadualkan akan membentangkan Bajet 2010 di Parlimen pada jam 4 petang Jumaat ini.

Sebelum ini, beliau telah memberikan bayangan bahawa teras bajet itu adalah untuk akan memastikan negara keluar daripada krisis ekonomi dengan tumpuan kepada usaha mencari sumber pertumbuhan baru, selain merancakkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI).

Dalam aspek lain, ia dijangka akan memberi penekanan terhadap langkah merangsang pertumbuhan ekonomi berasaskan sektor perkhidmatan ke arah mengubah Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi.

Sumber dari Bernama memaklumkan kenyataan Kementerian Kewangan bahawa Informasi Bajet 2010 akan disalurkan secara rasmi melalui Portal Perbendaharaan di www.treasury.gov.my dan Web Mudah Alih Perbendaharaan di www.treasury.gov.my/bajetmobile.

Sementara itu, pautan kepada suapan informasi (RSS) bajet melalui Portal Bajet 2010 boleh dicapai menerusi www.treasury.gov.my/bajet2010-rss.xml.

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai boleh memuat turun ucapan Bajet 2010 menerusi laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti berikut:

i. Kastam Di Raja Malaysia – http://www.customs.gov.my

ii. Bank Negara Malaysia – http://www.bnm.gov.my

iii.Suruhanjaya Sekuriti – http://www.sc.com.my

iv. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) – http://www.hasil.gov.my

Ucapan Bajet 2020 oleh Najib boleh diikuti secara langsung di saluran elektronik rasmi kerajaan pada hari tersebut.

Dalam kenyataan berasingan, LHDN berkata lembaga tersebut akan mengadakan Pusat Operasi Talian Khas Bajet 2010 pada Jumaat ini bagi membolehkan orang ramai mendapat maklumat dan penerangan lanjut terhadap isu-isu percukaian selepas ucapan bajet tersebut.

Talian khas akan mula beroperasi pada 7 petang hingga 10 malam.

Nombor-nombornya adalah:

03-62013037

03-62013046

03-62013048

03-62013052

03-62013054

03-62013058

03-62013059

03-62013061

PKR : ZAID BERCUTI PANJANG, GABRIEL ADIT DEMONG PULA MAHU KELUAR

Musim sekarang musim cuti panjang, musim mengerja haji di Mekkah bagi umat islam. Datuk Zaid juga bercuti, tetapi cuti Datuk Zaid 6 bulan lebih lama lagi dari orang mengerja haji. Katanya mengambil cuti panjang kerana mahu memperkuatkan PKR. Betulkah dalam politik ada cuti, kalau mahu perkuatkan parti kenapa pula cuti.

Bila dengar cerita tentang cuti Datuk Zaid, teringat pula kesah exco Selangor suatu ketika dahulu. Eliz Wong dengan isu bogelnya, sibuk Anwar Ibrahim mengarahkan Khalid Ibrahim cepat-cepat melulus cuti panjang untok Eliz Wong. Tidak lama selepas Eliz bercuti, Nik Aziz pula menjemputnya datang ke majlis pas di Kok Lanas, Kelantan. Eliza datang dengan berpakaian cara islam dan naik kepentas pas untok memberi ucapan dengan mengatakan kesnya sengaja dibuat2 konpirasi kerajaan dan Umno. Senangnya settle... dalam kes ini macam orang main sepak takraw, seorang angkat bola dan seorang lipat...

Hari ini Anwar mengatakan cuti Datuk Zaid itu tiada kaitan dengan PKR. Hubungan Datuk Zaid dengan Azmin Ali pun baik bahkan PKR sekarang semakin kuat.

Anwar, bagaimana pula dengan kenyataan ini?

KUCHING 20 Oktober-Belum sampai setahun penyertaannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Gabriel Adit Demong membayangkan hasratnya untuk keluar parti setelah menyatakan beliau tidak lagi menyokong parti berkenaan.

Adit yang juga Ahli Majlis Kepimpinan PKR bagaimanapun berkata, dia hanya akan membuat pengumuman mengenai keputusannya tidak lama lagi.

''Tidak perlu untuk alasan lah," katanya ketika mengulas mengenai keputusannya itu di sini semalam.

Terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa Adit membuat tindakan tersebut setelah kecewa dengan keputusan pucuk kepimpinan PKR yang melantik Baru Bian sebagai Ketua Perhubungan PKR Sarawak yang baru menggantikan Mustaffa Kamil Ayub.

''Saya tidak lagi menyokong PKR, jadi apa saya nak peduli. Apa yang saya dapat katakan kepada Baru ialah semoga beliau berjaya.

''Memberi (jawatan itu) kepada Baru merupakan satu lagi kesilapan (PKR), namun saya berharap saya salah anggap," ujarnya ketika ditanya mengenai pelantikan Baru.

Adit menyertai PKR tahun lalu setelah genap dua tahun menjadi wakil rakyat bebas bagi kawasannya.

Sementara itu, Adit ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini memberitahu, beliau akan menubuhkan sebuah parti baru tidak lama lagi.

Katanya, dia akan membuat pengumuman mengenai penubuhan parti itu setelah penubuhan itu disahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Tuesday, October 20, 2009

KEPADA YANG BERKENAAN : MENGAKU ISLAM TETAPI FANATIK KEPADA PEMIMPIN POLITIK

KHAS UNTOK PENGECUT PENGKIANAT ISLAM DALAM UMNO
Kepada sahabat kita yang selalu berkunjung dengan berbagai nickname tanpa identiti sebenar (istilah Camaleon lebih tepat) dan seringkali juga menulis dengan kata2 tidak sepatutnya di ruangan chatbox diblog ini, saya minta jasabaik saudara berfikir dan bertafakur sejenak kenapa saudara sampai begitu sekali melontar kata2 yang tidak melambang islam yang sebenar. Kehadiran saudara di blog ini juga tidak diundang oleh sesiapa dan sudah pasti saudara tidak sepatutnya bertindak sedemikian. Kebetulan saudara juga tidak tersenarai dalam rakan2 followers di blog saya.

Walaupun saya tidak mengenali saudara ( tetapi sudah dapat agak) melalui kata2 yang saudara beberapa kali dalam chatbox itu, saya sudah dapat menilai dan mengagak sejauhmana pengetahuan yang saudara ada dalam agama dan politik. Bagi saudara apa kata pemimpin yang saudara sukai semuanya benar. Pemimpin boleh datang dan pergi, islam tidak begitu islam yang kita anuti sejak1400 tahun lebih dahulu. Sudah lengkap segala2nya. Apa yang saya perbincangkan dalam blog ini disalah ertikan oleh saudara (maaflah) saya bukan fokus bincang pasal islam, tetapi sebaliknya saudara pula mengaitkan dengan neraka dalam tulisan saudara kerana menyokong parti kerajaan. Tahukah saudara ada dikalangan pemimpin pas terdahulu, pengasas pas di Kelantan Dato Asri juga meninggal dunia dalam Umno.

Tidak terlintaskah dikepala saudara bahawa suatu masa pas akan bergabong dengan Umno atas dasar BN?saudara kena faham ini politik... Kalau tidak masakan Anwar Ibrahim yang dicaci cerca oleh Mad Sabu suatu ketika dahulu semasa Anwar dalam Umno dan berjawatan TPM sekarang digilap dan di kiwi oleh pemimpin pas pula? Mana orang politik bercakap betul, tengok Zahid terang2 dia ada masalah dalam PKR tetapi apa yang beliau cakap? dia cakap mahu bercuti 6bulan untok memperkuatkan PKR. Logikkah pada fikiran saudara? tetapi perkara semacam inilah yang saudara sumbat dalam kepala otak saudara sekian lama, sebab itu saudara jadi fanatik dan haru biru! kalau tidak masakan saudara sanggup menuduh macam2 kepada orang lain seperti saudara lemparankan terhadap saya dalam ruangan shauthbox itu. Kita jangan terlampau fanatik mengata dan memfitnah orang macam-macam, lebih2 lagi jika kita sudah meletak diri kita setaraf dengan malaikat..sepatutnya saudaralah kena lebih berhati2 dan tunjukan sifat yang terlebih islam itu dari orang yang saudara caci.

Dalam pas baik pun Umno, fikiran sesaorang pemimpin tidak sama. Saya tidak nafikan ada juga golongan2 tentu yang bagus dalam pas dan dalam Umno pun tidak semua baik. Golongan2 dalam pas yang semacam inilah selalu dicemuh dan dicaci. Nik Aziz sendiri pun pernah menganggapnya sebagai "sampah" dalam pas.

Kedengaran juga sana sini dari kalangan pemimpin UMNO dan juga Pas, seorang bekas menteri Besar dan seorang ahli MT, telah beberapa kali mengadakan perbincangan dengan pemimpin Pas dari kem Timbalan Presiden Nasaruddin Mat Isa. Perbincangan ini juga mendapat restu Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dan Pas. Perbincangan ini telah menggariskan beberapa bentuk kerjasama antara Barisan Nasional dan Pas. Jika berjaya kerajaan campuran BN-Pas akan dibentuk di Kelantan, Trengganu, Perak, Kedah dan Selangor. BN dijangka akan memberi laluan jawatan MB kepada Pas di Kelantan dan Kedah namun BN akan mengambilalih kepimpinan di Selangor.

Dalam perbincangan tersebut juga, Dato Hasan Ali (PAS) akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, (atau Timbalan Menteri Besar, bergantung kepada perkenan Sultan) sehingga pilihan raya umum akan datang sebelum jawatan tersebut dikembalikan kepada BN. Kerajaan Pakatan Selangor bakal tumbang sekiranya Pas mengambil keputusan keluar Pakatan dan disertai oleh ADUN Pelabuhan Klang, YB Badrul Hisham Abdullah.

Selain itu, beberapa perkara yang masih dalam perbincangan termasuk pembahagian jawatan Menteri dan juga beberapa syarikat berkaitan kerajaan.Sejauh mana keseriusan perbincangan ini belum dapat dipastikan, namun kem Dato Hasan Ali dan Nasaruddin sangat gembira dengan perkembangan ini. Bagaimanapun adalah dijangkakan kerjasama ini sukar dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan pandangan kem Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat masih lagi terikat dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.

P/S : Jika kerjasama BN-Pas ini benar2 terjadi kenapa mereka2 yang sudah masok syurga (Pas) ini sanggup pula masok kedalam neraka(Umno)?. Kalau sudah dijamin syurga, kenapa pula sampai bertumbok2 exco pas di majlis hari raya tersebut?. Pada yang berkenaan fikir-fikirkan lah...

Monday, October 19, 2009

16 SEPTEMBER SETIAP TAHUN CUTI UMUM

Perdana menteri hari ini mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan.

Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting.

"Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar.

"Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.

"Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya. Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun bagi memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia apabila Sabah dan Serawak telah menyertai Malaysia pada 1963.


Sunday, October 18, 2009

GAGASAN 1MALAYSIA VS PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO

DEMI NEGARA,KEKUATAN ISLAM DAN MELAYU

PAU baru sahaja selesai, dikepala para perwakilan diisi dengan semangat juang bagi persiapan PRU13 nanti. PAU kali ini juga Umno melulus pindaan perlembagaannya bagi memantapkan lagi kekuatan Umno. Komponen BN yang lain juga perlu di perkemaskan. Usaha keiklasan Umno ini seharusnya menjadi kayu pengukur kepada parti-parti komponen lain dalam BN. Sekuatmana Umno pun ia berkisar dikalangan kaum melayu sahaja.

Cabaran ini jangan dipandang mudah, khususnya kepada MCA dan MIC. Kalau Umno sanggup bertungkus lumus memperjudikan nasib kononya pelembagaan Umno yang sedia ada patut diubah bagi memperkuatkan parti itu dalam BN, kenapa pula pemimpin tertinggi dalam MCA dan MIC tidak mengambil contoh dan tauladan yang baik dari Umno ini.

Mendengar ucapan DS Najib pada ucapan dasar PAU yang baru lalu ternyata cukup bersemangat. Selepas pilihan raya Umnum ke8 dan setelah BN tewas berkali2 dalam ketujuh2 siri PRK, BN telah dianggap semakin hilang sokongan. Pengundi melayu tidak lagi percayakan Umno, MCA dan MIc juga masing2 dianggap tidak releven lagi pengundi cina dan india.

Tugas DS Najib sebagai presiden parti bagi menyemarakkan seluruh pemimpin dan ahli2 Umno supaya melakukan perubahan dalam usaha mendapat balik sokongan daripada rakyat. Namun sejauhmanakah laungan di PWTC itu kepada BN pada keseluruhannya, kita sendiri pun masih samar2. Umno tentunya akan menerima tempias akhibat perpecahan yang berlaku dalam MCA dan MIC ketika ini.

Boleh dikatakan semua parti politik di negara ini sekarang bermasalah, tidak kira BN atau pun Pakatan Rakyat. Dalam kedua2 komponen itu (BN dan PR) majoritinya kaum melayu. Bagi Umno mewakili kaum melayu dan BN dan Pas mewakili kaum melayu dalam PR. Kalau kita perhatikan disini, sudah tentu kaum melayu itu sendiri lebih teruk bermasalah berbanding dengan kaum lain.

Kemenangan besar Isa di Bagan Pinang bertanding dengan pas tidak melambangkan kekuatan melayu sebenar. Kesan pertandingan sesama sendiri yang hanya berlainan fahaman politik, seolah2 kita sesama islam dan melayu sudah tiada jalan penyelesaian lagi. Perkara paling sensitif bagi orang melayu adalah berkaitan dengan agama islam. Pas mengguna islam pendekatan politiknya. Kononnya parti Pas itu islam dan Umno itu tidak islam, melayu terus berpecah dan keliru sebab pas menjenama partinya sebagai islam.

Ada sahabat2 mengatakan kemenangan besarUmno di Bagan Pinang atas usaha Umno sendiri. Kebetulan MCA dan MIC yang dilanda krisis kempimpinan masa itu. Sebab itu kita kata melayu masih lagi ada cara penyatuan, cuma pas sahaja tidak mahu melayu dan islam bersatu. Sepatutnya pas tidam mengambil sikap berpatah arang dengan Umno. Tidak payahlah mengguna islam menentang Umno, walaupun kita tidak takut kepada dosa bermain politik janganlah pula sampai begitu sekali mahu memecah islam dan melayu di negara ini. Percayalah kita kenal semua pemimpin pas, termasoklah Nik Aziz sendiri. Mereka tidak boleh tipu diri mereka sendiri, walaupun dengan orang lain mereka boleh sendiwara.

Dikawasan majoriti lebih 70% melayu, Umno dikira sudah mampu hidup sendiri. Tetapi sebaliknya jika kawasan itu ditandingi oleh MCA dan MIC sudah tentu mereka perlu sokongan padu daripada Umno jika mahu menang. Pas masih tidak sedar, pas sanggup kaum lain mempermainkan melayu dan agama islam. Umno terus berkorban, walaupun sekali sekala Umno juga berkecil hati. Senario ini dijangka berlaku dalam PRU13 sekiranya MCA dan MIC terus berkeadaan tidak stabil. Sekuat mana Umno dan sehebat mana Umno memenangi kerusi sekalipun nescaya BN tetap dalam ancaman pembangkang. Tidak mustahil melayu akan mengusai kepimpinan kerajaan manakala majoriti pembangkang terdiri daripada wakil rakyat bukan melayu(selain pantai timor, semenanjung).

Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh DS Najib akan menyatupadukan seluruh rakyat. Umno juga bukan sebuah parti untok kaum melayu sahaja, Umno tunjang kekuatan BN yang terdiri dari beberapa parti besar yang mewakili kaum masing2. Negara lebih bersatu dibawah gagasan 1Malaysia!

Saturday, October 17, 2009

PAKMIE WISHES ALL OUR READERS A HAPPY DEEPAVALI


TIDAK KETINGGALAN JUGA KEPADA BEKAS PENDUDUK KG BUAH PALA-"HAPPY DEEPAVALI VETTUKEL"

KETUA BAHAGIAN TIDAK SEMESTI JADI CALON PILIHAN RAYA


Menjunjung Tradisi Menzahir Perubahan menjadi tema ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 hari Khamis. Sebagai ucapan dasar sulung beliau selaku Presiden UMNO, beliau memberikan tumpuan sepenuhnya menyentuh mengenai UMNO sahaja. Beliau menggariskan dengan jelas usaha yang perlu diambil bagi memperkasakan UMNO dan memastikan UMNO terus relevan sesuai dengan agenda pembaharuan dan perubahan yang hendak dibawa.

Malah secara tegas, ucapan dasar itu mengimbas asas penubuhan UMNO, jasa dan bijaksananya UMNO mentadbir negara, tingginya toleransi orang Melayu sebagai pembuktian Melayu bukanlah rasis, terbukanya UMNO yang menjadi lembayung kepada semua golongan masyarakat, tingginya tahap pengorbanan ahli-ahli terdahulu hinggalah kepada cabaran yang perlu ditangani serta perubahan yang wajib dilaksanakan.

Menurut Najib, UMNO perlu meneruskan proses islah dan menzahirkan perubahan-perubahan yang sesuai dengan masa.


“Kita mesti dikenali sebagai parti yang bukan sekadar mampu melakar perubahan tetapi berupaya pula menzahirkan perubahan itu,” katanya.

Sebagai pembuktian kepada perubahan itu, beliau menegaskan pindaan perlembagaan UMNO bukanlah satu usaha tempelan tetapi pembuktian suburnya demokrasi dalam parti itu malah “nyatanya tidak ada mana-mana politik di Malaysia yang berani bertindak sedemikian rupa”.




Justeru sebagai pembuktian kepada kesungguhhan UMNO melakukan perubahan dengan mengutamakan rakyat, ia bukan sahaja akan mempertingkatkan usaha dan meneruskan tradisi membela mereka akan tetapi kriteria memilih calon bagi mewakili parti itu pada pilihan raya juga akan diubah.

Menurut Najib, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) termustahak bagi sesebuah parti politik ialah memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan.


“Dalam memenuhi maksud ini, kita perlu mencari calon yang betul. Untuk itu, kita akan mengubah kriteria menentukan calon. Maknanya, dalam memilih calon, individu itu perlulah seseorang yang diterima masyrakat tempatan di samping mempunyai kualiti untuk berkhidmat kepada tiga peringkat penting yakni peringkat rakyat, peringkat parti dan peringkat negara".


“Pada analisa akhir, inilah calon yang dikehendaki rakyat dan akan memenangi pilihan raya,” katanya.

Seterusnya, Najib mengulangi perlunya UMNO bersifat inklusif dan bukannya insular atau terpulau dengan memperbanyakkan program yang capaiannya bukan sahaja di kalangan ahli UMNO semata-mata tetapi seluruh orang Melayu dan bukan Melayu.

Menurut beliau, UMNO perlu dilihat, dirasai serta diyakini sepenuhnya sebagai sebuah parti inklusif yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri.




“Maka persepsi UMNO sebagai parti untuk cari makan mesti dibuang jauh-jauh, mesti ditinggalkan,” ujar beliau lagi.

Menjelaskan betapa inklusifnya UMNO, Najib berkata, UMNO adalah parti siasah yang semesta dengan semua pihak mempunyai tempat dan peranan di bawah lembayung parti berkenaan.
“Semenjak penubuhannya lebih enam puluh tahun yang lalu, UMNO telah dianggotai mereka yang berfahaman kiri dan kanan, golongan nasionalis mahupun agamawan. Termasuk jugalah golongan pemikir dan pedagang, pendidik, pejuang serta pelbagai latar sosio ekonomi. Semuanya dialu-alukan dalam UMNO.
“Tuan-tuan dan puan-puan inilah kekuatan UMNO, inilah lambang kebitaraan perjuangan UMNO yang sebenar, sebagai sebuah parti tercinta yang menjiwai keluh kesah, denyut nadi dan nurani semua golongan masyarakat,” tambah beliau.
Menggariskan keterbukaan UMNO dan orang Melayu, Najib menempelak pihak-pihak tertentu yang dengan sewenang-wenangnya menuduh UMNO sebagai sebuah parti perakuman dan meminta mereka mencermin diri mereka secara ikhlas.
“Jika betullah orang Melayu rasis bagai didakwa, tidak mungkin kita bersifat amat bertolak ansur terhadap budaya etnik-etnik lain seperti yang diamalkan, tak mungkin juga kita benarkan sekolah-sekolah aliran kebangsaan diwujudkan, bahkan mustahil pula untuk bekerjasama dengan begitu akrab bersama-sama parti komponen lain dalam Barisan Nasional sejak berdekad lamanya.
“Oleh itu, kepada pihak-pihak tertentu, janganlah angkuh mengaku bahawa mereka kononnya sebuah parti pelbagai kaum yang mempunyai keabsahan moral dan keikhlasan intelektual untuk memimpin rakyat di negara ini,” kata beliau sambil menambah, pihak berkenaan harus sedar akan realiti komposisi kaum dalam parti mereka sendiri adakah ia benar-benar melambangkan keterbukaan yang mereka jerit dan laung-laungkan. - 15/10/2009

Friday, October 16, 2009

PKR BERMASALAH

KEPUTUSAN ZAID MELENGKAPKAN JANGKAAN KITA...PKR RETAK MENUNGGU BELAH!

Datuk Zaid Ibrahim hari ini membuat pengumuman mengejut untuk bercuti selama enam bulan daripada PKR di tengah-tengah ura-ura beliau menghadapi masalah dengan seorang pemimpin kanan parti.

[Photo]"Ini bermakna saya tidak akan menghadiri mesyuarat biro politik parti," kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan hari ini.

Surat itu, yang berkuatkuasa serta-merta, diserahkan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim.

Pengumuman cuti Zaid ini dibuat sewaktu muncul khabar bahawa beliau berkemungkinan meninggalkan PKR.

Zaid, yang baru mengumumkan penyertaannya bersama parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pada Jun lalu, dipercayai berdepan masalah besar menjalankan tugasnya untuk menyatukan pembangkang susulan pergeserannya dengan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Beliau, yang juga ahli parlimen Gombak, dilaporkan tidak senang dengan peranan Zaid yang akan dihantar ke Sabah esok - berselinding di sebalik perjumpaan sambutan Aidifitri - untuk menyelesaikan penolakan ketua-ketua bahagian terhadapnya, yang dilantik sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri.

[Photo]Dalam satu mesyuarat biro politik PKR Selasa lalu, Azmin (kiri) didakwa melepaskan kemarahannya terhadap bantahan ketua-ketua bahagian di Sabah sehingga Anwar sendiri sukar menenangkannya.

Dalam kenyataannya hari ini, Zaid bagaimanapun menafikan pembabitannya dengan isu kepemimpinan parti itu di Sabah dan Sarawak seperti dilaporkan Malaysiakini sebelumnya.

"Saya diundang menghadiri perhimpunan dan majlis Hari Raya anjuran pemimpin PKR untuk bertemu dengan ahli-ahli, yang saya sudah menerima pelawaan itu.

"Begitu juga saya turut diundang bertemu beberapa pemimpin Sarawak di Kuching. Saya tidak nampak sebarang niat buruk dalam undangan-undangan ini," katanya.

"Saya tidak apa-apa kepentingan dalam politik dalaman PKR atau parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. Saya juga tidak berminat mengambil peranan kepemimpinan dalam PKR.

"Saya telah jelaskan perkara ini sejelas-jelasnya kepada Anwar sewaktu saya menyertai parti ini."

Selepas Azmin tidak senang dengan kehadiran Zaid di majlis berkenaan, Anwar pula menghalang bekas senator itu menghadirinya.

Tindakannya bercuti membolehkan beliau keluar daripada arahan pemimpin besar PKR itu.

Malaysiakini.

UMNO PINDA PERLEMBAGAAN PARTI

UMNO PERLU PINDA PERLEMBAGAAN PARTI ATAU PERLU SEKADAR TUKAR PEMAIN?

Rentak permainan PRU12 tidak menyakinkan Umno untok menghadapi keperlawanan seterusnya. Perlembagaan Umno berjaya dipinda untok mempastikan setiap perlawanan selepas ini berakhir dengan kemenangan. Jika dalam perlawanan bola sepak perubahan strategi boleh menentukan hidup mati pasukan itu. Jika percaturan tidak dibuat sudah tentu pasukan itu akan menimpa nasib kekalahan. Bagaimana pula dengan Umno, yakinkah Umno semakin kuat? Benarkah kerana dasar atau kesilapan percaturan Umno hampir tewas dalam PRU12 itu? atau kerana faktur-faktur kehambaran pemain-pemain itu sahaja. Namun pada hari ini seluruh perwakilan Umno telah bersetuju dengan sebulat suara meluluskan usul-usul pindaan parti tersebut. Sebagus mana pun strategi atau perancangan yang dibuat kalau tidak disusuli dengan semangat juang yang tinggi umno tidak akan berjaya. Kadang-kadang kita menjadi semakin leka dengan perubahan-perubahan tersebut, kesannya semakin teruk dari sebelumnya.Ada pula yang suka mengambil kesempatan, keburukkannya pula ditunding jari kepada orang lain. Jika perkara ini berlaku sudah tentulah Umno semakin parah menghadapi PRU13 yang hanya beberapa tahun sahaja lagi. Untok menentukan kemenangan selain dari bijak mengatur strategi, semangat juang dan skill yang tinggi kita juga kena bijak mencari ruang kelemahan lawan dan juga faktor masa yang ada.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, tidak mahu Umno dilihat sebagai parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit dan sebagai 'parti cari makan' oleh mana-mana anggotanya.
  • 'Persepsi Umno sebagai parti untuk cari makan mesti dibuang jauh-jauh, mesti ditinggalkan,' kata beliau ketika menyampaikan ucapan dasar sulungnya selaku Presiden Umno pada Perhimpunan Agung parti itu di sini semalam.
  • Datuk Seri Najib, yang mengambil alih pucuk pimpinan parti dan kerajaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi awal tahun ini, dalam ucapannya menggariskan perubahan yang harus dilakukan oleh anggota dan parti itu.
  • Selaku tunjang Barisan Nasional (BN), Umno bersama parti-parti komponen lain sedang mengambil langkah pengukuhan semula dan memulihkan sokongan rakyat kepada kerajaan Malaysia, setelah kehilangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum tahun lalu.
  • Dalam ucapannya yang berterus terang dan tegas itu, Datuk Seri Najib berusaha menyuntik keyakinan dan semangat kepada 2,500 anggota perwakilan Umno.
  • 'Bangkitlah bersama-sama saya, rapatkanlah barisan. Sahutlah panggilan. Marilah martabatkan warisan ini (Umno),' kata beliau, yang disambut dengan tepukan gemuruh perwakilan yang berdiri hormat di hujung ucapan beliau selama satu jam 20 minit itu.
  • Beliau berkata untuk sentiasa memperoleh sokogan massa, adalah penting Umno ditanggap dan diyakini sebagai parti yang ampuh membela untung nasib rakyat.
  • 'Kami mahu Umno dilihat, dirasai serta diyakini sepenuhnya sebagai parti inklusif yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri,' katanya.
  • Perwakilan yang sama menghadiri perhimpunan agung khas petang semalam bagi meluluskan cadangan pindaan perlembagaan parti tersebut yang bertujuan menjadikannya lebih terbuka, inklusif dan demokratik.
  • Pindaan itu, yang disifatkan oleh Datuk Seri Najib sebagai langkah besar yang bersejarah dan berani, antara lain mencadangkan penghapusan kuota yang dikenakan di bawah peruntukan sekarang untuk bertanding bagi jawatan-jawatan tertinggi yang dikaitkan dengan gejala politik wang.
  • Datuk Seri Najib juga mengajak anggota Umno di semua peringkat agar kerap melakukan muhasabah diri untuk melihat kelemahan dan kesilapan dan mengambil langkah mengatasi kelemahan dan kekurangan tersebut.
  • 'Apa yang penting, ahli-ahli Umno perlu mewajahkan perilaku mulia dan nilai-nilai murni sebagai asas jati diri dan kekuatan parti,' kata Presiden Umno itu lagi.
  • Datuk Seri Najib mahu anggota Umno ingat bahawa dalam negara demokrasi, rakyatlah yang memilih pemimpin, yang mampu dan bersedia memberi khidmat.
  • Beliau juga mahukan barisan pemimpin Umno agar sentiasa mendampingi anggota akar umbi dan rakyat.
  • Selain daripada itu, Datuk Seri Najib juga mahu pimpinan dan ahli Umno menjadi terkenal dengan integriti apabila diberikan tugas dan amanah yang disifatkan amat mustahak bagi meyakinkan rakyat untuk terus bersama parti itu.

UMNO : SEBUAH PARTI PERJUANGAN IKLAS KAUM MELAYU


Pada PAU kali ini, pemimpin2 Umno yang diketuai oleh priseden parti selaku PM bersama perwakilan Umno seluruh negera kelmarin telah berjaya membuat pindaan perlembangaan dalam Umno. Ini adalah salah satu langkah untok memperkasakan Umno. Diatas keiklasan yang ditunjukkan ini meletakkan Umno satu langkah kehadapan berbanding dengan parti2 lain negara ini, sesuai dengan Umno adalah parti dominan untok bangsa melayu dan tuga tunjang kekuatan BN.

Sudah tentu ia memberi satu impak dan perubahan besar dalam Umno. Semoga selepas PAU ini ahli-ahli akan balik dengan semangat baru dan juga menggerakkan jentera PRU 13 segera tanpa menunggu parlimen dibubarkan. Pindaan ini juga merupakan sejarah bagi pemimpin no 1 negara, Ketua Wanita, Puteri dan juga Pemuda.Pembentangan Hishamudin tentang pindaan perlembagaan mendapat sokongan sebulat suara.

Umno adalah tunjang kekuatan BN merupakan parti terbesar mewakili kaum melayu. Selepas pilihan raya umum ke 12, BN mengalami kekalahan dibeberapa negeri kepada pembangkang. Pemimpin2 Umno menerima kekalahan ini dengan hati terbuka. Kehendak rakyat yang mahukan Umno membuat beberapa perubahan keatas parti itu dan juga sikap2 pemimpin. Isu rasuah, sikap ego dikalangan pemimpin Umno, pemimpin yang tidak menepati kehendak akar umbi telah banyak merusakkan parti terbesar kaum melayu itu.

Diatas sikap bersungguh2 kerajaaan dibawah pimpinan presidin parti DS Najib mahu kepada perubahan dibuat keatas Umno bagi menepati kehendak rakyat dan negara, sekaligus boleh memulih kembali kenyakinan rakyat kepada Umno dan Kerajaan.


Thursday, October 15, 2009

NIK AZIZ VS KELANTAN


TERASA MALAS NAK BINCANG PASAL NIK AZIZ, TAPI SEMATA-MATA KERANA ISLAM DAN MELAYU TERPAKSA KENA TULIS JUGA
Terasa nak kecek klate pula weh, bila Nik Aziz bersuara suruh keutamaan penggunaan BM dalam iklan papan tanda di Kelantan. Pakmie rasa nak diri bulu romo tiba-tiba, badan pula jadi seram sejuk. Bukan seram sejuk takut ko atu, tapi seram sejuk sebab jelaslah bagi Pakmie apa yang Pakmie dan rakan blogger BPN perkata selama ini tentang Nik Aziz itu benar. Nik Aziz ucap selama ini sekadar sedap mulut saja, mimpi malam tu maka esok bercakaplah entah apa-apa. Kalau Pakmie selang seli dengan bahasa Klate dalam penulisan ini harap kemaaflah, fesyen Pakmiedah suka berlawan dengan Nik Aziz. Hok mana bila baca tak pehe tu, bolehlah belajar kecek klate mulai hari ni. Seperti yang kita tahu Nik Aziz tak pernah kecek bahasa melayu standad ketika berdepan dengan wartawan pun boleh jadi MB tetapi pada hari ini lain pula nada suara Nik Aziz menyuruh papan tanda di Kelantan pula menggunakan BM. Kalau dahulu sampai "melayu" pun tidak penting pas kata tetapi hari ini mengata BM itu penting pula.

52 tahun dah Umeno memerintah negara,Islam dan Melayu dalam negara ni segar bugar duduk dalam aman sebab dalam pelembagaan negara sudah tercatit keitimewaan itu, dan Umno berjaya laksanakan. Orang lain termasuk Cina dan India taklih kata apa walaupun mereka tak puashati sangat2. Baso pas saja yang tolol sama-sama islam pun dia marah ko Umno. Perkara Umno tak wat salah pun pas putarbelit, Umno kuat islam pun pas kata cara islam tak betul. Umno lawni berlawan dengan pas pasal islam dan melayu. Hak kita bimbang sebenar puak2 tuh, tapi jadi terbalik kot sebab pas gila pada kuasa. Sejak sekali dengan Nuar Berahim nih pas sudah bertukar tuak dengan tuker. Hak sepatut dia tentang jadi kawan baik(DAP) hak sepatut dia sokong dia lawan habis-habisan(Umno). Kalau kita kata pas gila kuasa, selewang islam nak dapat pengaruh dengan orang melayu penyokong dia marah dan kata kita pulak kapir.

Hak paling ringkas masjid, surau pun pas tak buat di Klate 19tahun dah merentah. Masjid Muhammadi masjid besar negeri Klate yang menjadi lambang islam pun tak buat. Hak ada lawni tu zaman Umno lagi buat 20tahun lebih dulu. Memang banyak masjid surau di Klate, Pakmie bilang saja setakat PRU12 lepas lebih 600 biji masjid ada tapi semua tu hok Umno yang buat. Adalah sebiji di Pekan Rantau Panjang pas buat hok serupa dengan puak2 demo tu sembahyang,katanya tiru rekaan dari Cina. Takberapa iklas buat pun, dengar2 buat pun untok nak tunjuk ko pelancong dan Kerajaan pusat bahawa klate ni negeri membangun dan pelancong asing ramai datang berpusu2 nak tengok masjid dan tokong budha. Pakmie kecek tu hak lekeh sekali pun pas tak buat. Hak dia buat dan pandai buat dok mampuh anak2 balak di ulu klate, hok kecik besar pala lutut pun tebang jual ambil pitih komisyen dengan Cina. Kayalah puak2 demo, masok kampong buat2 sesak kecek pun takdak pitih sokmo sebab perjuangan islam buat apa ko pitih. Harta dunia taklih bawa dalam kubur, amal ibadat saja boleh bawa.

kalau mesyuarat AJK masjid agenda utama adalah tukar cat masjid. Suatu masa dulu di Klate habis cat hijau semua kedai takdak sebab puak2 pas borong buat cat masjid dan papan tanda. Kemudahan asas rakyat seperti bekalan air, elektrik, pendidikan dan jalan raya semuanya Umno buat. Apa lagi kalau aspek kesihatan rakyat, puak2 pas takcara langsung. Kalau takdak klinik2 kesihatan free, bucit habis perut2 budak2 sebab dijangkiti cacing.

Kalau Umno hentam puak2 cina dok hina islam, dia pula bela. Dia kata Umno yang tak betul, puak2 tu betul sebab dia taktau gapa2 tentang islam. Tapi dulu masa Salman Rushdie dan pelukis dari Belanda menghina Islam, ahli-ahli Pas bangkit marah dan pertahankan Islam. Pelik sunggoh puak2 nih. Dok caya ko Nik Aziz, apa Nik Aziz kata betul belaka. Hak belajar sikit sebanyak tentang islam selama ini punah ranah dok caya kata Nik Aziz. Nik Aziz tu orang politik dia sudah lupa dia kata ulama sebab tu Nik Aziz jadi lagutu semakin besar diri. Ilmu tak seberapa pun buat2lah ilmu banyak.

Orang Melayu semakin terus berpecah. Orang Melayu akan berhadapan dengan bahaya besar jika terus membiarkan masalah perpecahan, rasuah, gejala sosial dan kemunduran ekonomi terus berlaku. Nasib baiklah Umno tidak seperti Pas, Umno sedar perkara ini dan Umno cuba perbetulkan, walupun pas kata macam2 ko Umno.

"Kita harus ingat dengan bahaya perpecahan. Ekonomi kita dicuri, anak kita disesatkan, gejala sosial berlarutan, kemiskinan bertambah manakala globalisasi akan mengikis daya saing kita. Bahaya paling besar yang akan dihadapi orang Melayu Kita akan menumpang di negara sendiri kalau orang2 melayu tidak sedar dan asyik dengan berebut kuasa.

Dalam PAU yang baru lepas pun Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah menyentuh dengan panjang lebar ketika merasmikan perhimpunan tiga sayap parti itu.

Kalau kita lihat beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini, terutama yang ditandingi oleh parti PAS, jelas menampakkan sifat dan akhlak ahli-ahli dan penyokong PAS yang sebenar. Mereka cuma berselindung di sebalik perkataan "Islam" pada nama parti tersebut. Menariknya pula, sesetengah orang menyokong parti ini kerana jelas tertulis "Islam" pada parti itu. Menulis nama "Islam" tidak menggambarkan bahawa mereka benar-benar memperjuangkan Islam.

Kalau kita tengok 19tahun dah pas merintah Kelantan apakah sumbangan dan jasa mereka kepada Islam di negeri itu? Panjang kalau kita nak senaraikan kesalahan dan ketidakcekapan PAS memerintah sebenarnya. Sikit-sikit sahaja Pakmie ceriter diatas tu. Perangai pas semakin menjadi2 kalau kita tengok cara mereka di PRK Bagan Pinang lepas. Tidak pernah seorang Islam melancarkan jihad kepada saudara Islam yang lain melainkan puak Syiah dan mereka yang mengasingkan diri daripada kelompok ahli Sunnah Wal Jamaah. PAS juga jelas membawa fahaman Syiah atas tindakan 'jihad' mereka itu. Pas akhirnya akan menunjukkan kepada kita apabila dia terdesak perangai dia sebenar. Pas juga sudah menerima dan menghalalkan kegansan di negara ini, disebalik islamnya. Bapak pengganas komunis yang membunuh beribu2 orang melayu dan islam suatu masa dahulu pun sudah menjadi sahabat karib mereka.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..