Sunday, May 30, 2010

ANWAR DENGAN NIK AZIZ MANA RELEVEN?

MENGULAS CERAMAH DI KOTA BHARU SEMALAM...
Rentak silat seni tari kedua-dua seakan sama, sama-sama gila kepada kuasa. Yang membezakan kedua tokoh ini hanya darisegi citarasa, Anwar sudah dua kali dituduh liwat manakala Nik Aziz pula dari dahulu hinggalah sekarang tidak habis2 dengan kenyataan mengelirukan umat islam di negara ini. Yang akhirnya pada hari ini melayu dan islam dipijak2 oleh bangsa lain kesan dari islam bermusuhan sesama sendiri. Kalau Anwar pengkianat kepada bangsa sendiri, manakala Nik Aziz pula pengkianat kepada penyatuan sesama islam.

Cakap besar penoh dengan janji-janji kosong dan penipuan. Bijak "spin" isu dan tidak takut kepada dosa itu kelebihan kedua pemimpin ini. Anwar selain dengan nama al-juburi yang diberi oleh Mad Sabu, Anwar layak juga sebagai "Mr King Bombastic". Orang yang rapat dengan beliau sudah muak dengan cara Anwar berpolitik. Isu lompat parti wakil rakyatnya keluar dari PKR disalahkan juga kepada Umno dan kerajaan. Wakil rakyatnya dibeli dengan jutaan ringgit dan janji-janji kontrak. Isu 16 september satu pembohongan terbesar, rakyat Malaysia ditipu sampai berbulan2. Negara-negara luar juga ada yang turut terpengaroh, menyebabkan perlaburan lumpoh seketika kerana takut membuat pelaboran di negara ini. DS Najib sikapnya lebih suka berdiam diri walaupun didoa oleh Nik Aziz sampai pecah perut tetapi hari ini membuat kenyataan memperingati rakyat supaya jangan terpengaruh dengan cara politik cantik diluar didalam buruk, Anwar suka menabur janji-janji kosong cakap berubah-ubah depan melayu cakap lain depan Cina lain dan depan pula India lain. Anwar juga berjanji jika pembangkang dapat memerintah negara ini TPM II untok DAP akan dibentuk.

Islam tidak milik Nik Aziz atau kumpulannya sahaja. Perpaduan adalah mustahak untok melahirkan islam yang kuat dan kukuh. Tetapi Nik Aziz tidak suka sesama islam di negara ini bersatu, sebaliknya lebih suka bersatu dengan kaum bukan islam DAP yang terangan menentang islam. Nik Aziz memilih cara tersebut untok menguatkan islam di negara ini. Orang-orang islam dan pemimpin islam dalam Umno dicaci dikeji di hina seumpama kumunis, demi untok menguatkan islam. Islam segalanya pada diri Nik Aziz dan kumpulannya, islam lain yang tidak sehaluan politik dipalstik dan dikafirkan bagi menguatkan islamnya.

Bangsa melayu bukan milik Anwar sahaja, begitu juga islam bukan milik Nik Aziz kesorangan. Sayangilah agama, bangsa dan negara ini. Melayu dan islam di negara ini perlu dikembalikan ketempat asal, cukuplah kedua-dua tokoh ini mengkianatinya. Sesungguhnya jika dibiarkan politik Anwar dan Nik Aziz amat membahaya, kedua-dua tokoh ini sebenarnya tidak releven lagi untok agama, bangsa dan negara...

Friday, May 28, 2010

SAIFUL CABAR ANWAR - EZAM CABAR AZIZAH


Ezam tetap cabar Wan Azizah bersumpah nafi ada cakap padanya ‘perangai jijik’ Anwar

Nurul Izzah melenting sungguh pada Senator Ezam Mohd Noor gara-gara mendakwa beliau pernah diberitahu tentang ‘ perangai jijik ’ Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh isterinya sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Anak pasangan itu yang juga ahli parlimen Lembah Pantai menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat Ezam dalam ceramah di Kota Bharu.

Nurul Izzah seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian berkata, tuduhan yang amat jahat seperti itu memang sudah dijangka keluar dari mulut Ezam yang sudah mendapat habuan jawatan Senator kerana menentang Anwar selama ini.

Katanya, pelantikan Ezam sebagai senator sebenarnya berfungsi sebagai pembuat pelbagai tuduhan dan kenyataannya di Kelantan malam kelmarin membuktikannya.

“Nasihat saya, teruskanlah dengan kerja jahat anda. Saya yakin anda akan mendapat balasan setimpal daripada Allah,” katanya.

Bagaimanapun, bekas Setiausaha Politik Anwar itu dalam responsnya terhadap tuduhan Nurul Izzah menasihatkan Anwar dan Wan Azizah tidak mengheret anak mereka dalam kes pertuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang itu.

“Saya tidak mahu Izzah diheret dalam hal ibubapanya kerana beliau terlalu muda dan tidak tahu apa-apa,” kata Ezam menerusi sms kepada Agendadaily lewat petang Khamis.

Menurut Ezam, beliau tidak mahu mengaibkan Anwar, Wan Azizah mahupun keluarganya dengan pendedahan tersebut.

Katanya, beliau hanya mendedahkan apa yang pernah dimaklumkan Wan Azizah mengenai perlakuan Anwar sekarang demi untuk mempertahankan maruahnya selepas difitnah terbabit konspirasi sejak akhir-akhirnya ini.

“Justeru itu, ia bukan soal habuan. Apakah mereka sudah lupa saya bela Anwar selama 10 tahun dan ke penjara ketika Anwar sebagai seorang banduan yang tidak boleh beri saya apa-apa habuan?,” katanya lagi.

Ezam berkata, kalaulah habuan perkiraannya, beliau tidak akan membela seorang banduan hingga beliau sendiri turut di penjara.

Beliau sekali lagi menegaskan keputusannya meninggalkan Anwar kerana prinsip sebagai seorang Islam dan bukan kerana habuan.

“Saya sanggup bersumpah untuk pertahan kenyataan saya dan cabar Anwar dan Azizah sama-sama bersumpah. Saya gesa Anwar dan Azizah jangan heret anak mereka dalam hal liwat ini dan hentikan sandiwara kerana rakyat sudah terlalu lama ditipu,” katanya.

Ezam dalam ceramahnya di Kota Bharu itu antara lain berkata, beliau sanggup bersumpah dengan menjunjung al-Quran bahawa kenyataan tersebut dibuat oleh Wan Azizah sendiri ketika beliau masih bersama dengan parti itu dulu.

“Saya cabar dia (Wan Azizah), dia boleh angkat al-Quran, dia boleh nafikan dengan mengangkat al-Quran dia tidak bagi tahu saya, tapi saya boleh angkat al-Quran untuk menyatakan orang yang bagi tahu kepada saya yang Anwar mempunyai penyakit dan perangai jijik itu tidak lain tidak bukan ialah isteri dia sendiri, Wan Azizah, ini cabaran saya,” katanya.

Agendadaily.