Followers

Sunday, February 28, 2010

NIK AZIZ TERSILAP PERHITUNGAN DENGAN ANWAR

NIK AZIZ MEMBAWA MASALAH ANWAR KEDALAM PAS...

Bila pas bersuara mahu mewujudkan negara islam, yang paling menggelabahnya adalah Anwar. Perjuangan utama DAP yang sudah sekian lama adalah mahu mempastikan negera ini tidak diperintah mengikut pentadbiran islam. DAP sudah mengakui kehebatan kerajaan UmnoBN tetapi dasar2 islam yang dibawa oleh Umno dalam pemerintahan negara yang menyebabkan DAP tidak dapat menerima perjuangan Umno. Tetapi kenapa pulak DAP dan pas dapat bergabung dibawah pakatan pembangkang sedangkan pas dasar dan perjuangannya juga islam?

Penyokong pas diperingkat akar umbi tidak tahu keadaan sebenar apa yang berlaku selepas bersama DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang. Pemimpin pas tidak lagi bersatu sekarang mempunyai halatuju dan kiblat masing2. Bagaimana Anwar dapat menambat hati DAP dalam gabungan pakatan pembangkang bersama PAS dan PKR? sebab itulah sekarang mana kita ada mendengar lagi pemimpin pas meletakkan pemerintahan cara islam jika dapat memerintah negara ini. Ini adalah janji2 Anwar bersama DAP. Anwar juga perlukan pas kerana beliau dapat berselindung disebalik serban dan jubah orang2 pas. Krisis moral dan liwat, andainya Anwar tidak bersama DAP dan lebih2 lagi Pas sudah tentu tiada lagi Tok2 Guru mahu bersama beliau.

Pakatan pembangkang ibarat retak menunggu belah. Sekarang Anwar mempergunakan Pas dan DAP selain dari mahu melepaskan diri daripada tuduhan meliwat juga bagi memastikan agenda politiknya terus hidup. Anwar menggunakan Pas lebih kepada untuk meraih simpati dan menyelesaikan masalah moral yang dihadapi. Anwar sebagai ketua pembangkang yang berhadapan dengan tuduhan liwat sudah tentu boleh memberi gambaran yang tidak baik kepada pakatan pembangkang.

Kenapa wakil2 rakyat PKR yang ramai berindak keluar parti? jawabannya kerena mereka lebih menggenali Anwar. Pemimpin2 yang lama berjuang PKR bersama2 Anwar, membela Anwar sudah ramai meninggalkan Anwar. PKR hanya sebuah parti menumpang pengasasnya adalah Anwar Ibrahim. Setelah kepercayaan kepada Anwar semakin berkurangan maka wakil2 rakyat mereka akan bertindak keluar dari parti tersebut. Bukan masalah silap pilih calon seperti Anwar war2kan. Tidak timbul masalah tersilap lagi sebab Anwar dan wakil rakyat mereka sudah saling menggenali sudah lama. Calon tidak silap cuma apa yang silap adalah calon tersilap pilih parti.

Terkini seorang VIP PKR akan keluar PKR dan menyertai Umno. Siapakah VIP PKR terseut? cerita ini sudah tersebar dan menyebabkan Anwar tidak senang duduk. Dengan kemasukan VIP itu kedalam umno, maka akan menelanjang hubungan Anwar dan Azmin Ali sekeluarga. Kita sama2 bersabar tunggu dan lihat dalam sehari dua ini. Anwar tidak dapat mengawal lagi wakil rakyatnya. Pemimpin pas dan DAP masih dalam ulikan Anwar, mereka tidak dapat menghidu lagi sebab apa satu persatu wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu. Mungkin juga kerana mereka2 malu dan terhutang budi kepada Anwar. Mereka sanggup ditipu, bagi mereka apa tindakan buruk terhadap Anwar semunya jahat Umno kerana takut kepada Anwar menjadi PM. Kalau Pas tetap bersama Anwar, pas akan hancur. Tetapi sebaliknya kalau DAP tetap bersama Anwar, DAP semakin kuat. Anwar tidak perjuang islam dan melayu sebenar, Anwar hanya berjuang untok kebebasan dirinya sendiri dengan cara menipu pas.

Saturday, February 27, 2010

KARENAH NIK AZIZ MEMBUATKAN PAS KELANTAN BERTAMBAH LETIH...


AGAKNYA LAMA LAGIKAH NIK AZIZ MEMEGANG JAWATAN MB?
Kebanyakan pemimpin pembangkang dalam membuat kenyataan sering kali bercanggah dengan kerajaan, walaupun sesama mereka ada juga yang tidak sehaluan. Kerja2 utama mereka selain dari berceramah memfitnah mereka juga bijak mengisi ruang kelemahan kerajaan, Kesilapan kecil sengaja diperbesar2kan. Sikap menentang sudah tentu lebih senang dari mencari dan mencetuskankan idea yang baik2 untok kebaikan, membuat yang jahat lebih senang dari membuat yang baik, kerja2 meroboh itu sudah tentu lebih senang dari kerja2 membina. Bagaimana dengan negeri2 yang mereka perintah? adakah lebih baik dari UmnoBN? tidak ada apa2 perubahan kearah lebih baik nampaknya. Ada berubah...tetapi kearah semakin hari semakin teruk.

Kita lihat sahaja kenyataan Nik Aziz yang terlalu jangkal... sebagai seorang melayu dan islam kita tidak sepatutnya menggeluar kenyataan yang boleh melemahkan islam dan melayu itu sendiri. Terbaru beliau mengatakan kes liwat Anwar-Saiful sebagai kerja2 jahat Umno untok menjatuhkan Anwar kerana tidak mahu Anwar menjadi PM. Kes liwat kali pertama tahun 1998 samalah kes liwat pada kali ini semuanya kerana politik. Nik Aziz mengajak rakyat membohongi diri sendiri, Nik Aziz jelas tiada kejujuran. Bukankah kes liwat kali pertama dahulu pas dan DAP yang menjelajah negeri menerangkan kepada rakyat Anwar terlibat dengan liwat? Mad Sabu bagi pihak pas dan Karpal bagi pihak DAP. Kedua2 parti pas dan DAP pada masa itu mendesak Tun Mahadhir sebagai PM melucutkan Anwar sebagai TPM.

Pada hari ini nampak jelas Nik Aziz suka bertindak sendirian selalu membelakangi pemimpin2 tertinggi pas yang lain termasok Haji Hadi sendiri sebagai presiden parti. Kalau pemimpin pas lain membuat kenyataan yang tidak sehaluan dengan nafsunya maka teruklah pemimpin itu dibelasahnya. Nik Aziz sekarang sudah ada Anwar, Nik Aziz sekarang sudah ada Karpal buat apa nak takut dan fikir2 kepada barisan Haji Hadi lagi?

Beberapa hari lepas Haji Hadi membuat bantahan dan mengecam tindakan 50MP Autralia mencampori urusan negara ini. Urusan dalaman keluarga, biar dalam keluarga sendiri yang selesaikan. Berbeza pula dengan Nik Aziz, beliau setuju kerana katanya tindakan 50MP tersebut sebagai sokongan dan tanda simpati terhadap Anwar. Nik Aziz lupa kita tidak boleh mencampori urusan rumah tangga orang lain walaupun anak kita sendiri. Andainya berpecahbelah kerana kita, Nik Aziz sudah lupa kita akan dihumban keapi neraka! tidak tahulah pula kalau kerana politik dibolehkan...teringat pula kata2 Nik Aziz "lompat parti tak apa kalau masok pas-kalau masok parti lain haram dan masuk neraka..." Bogel kalau tidak malu kepada malaikat tak apa dalam bilik kesorangan...tapi Nik Aziz juga lupa gambar bogel terkankang ada kaitan dengan scandal Eliza sendiri.

Nik Aziz kata kes barang sulit tidak boleh dibicara dimahkamah sebab aibkan orang...tapi sengaja perlambat2kan dan berceramah kes liwat sana sini bagitahu rakyat tak apa pula tak malu. Nik Aziz tidak suka Anwar dibicarakan sebab katanya tiada saksi. Bagaimana pula dengan kes pegawai keselamatan yang merogol kanak2 12tahun suatu masa dahulu? kalau mengikut Nik Aziz tersebut tidak payahlah dibicarakan sebab tidak ada saksi yang tengok dan melibatkan barang sulit takut malu. Nik Aziz juga pernah berkata berkawan dengan syaitan pun tak apa buat apa malu2? Bagaimana andaikata jika perkara seperti ini berlaku kepada keluarga Nik Aziz? Perkara yang sudah jelas salah dan bukti masih juga tidak salah seperti kes isu penajaan Nik Aziz ke Mekkah. Betul juga kata Nik Aziz dalam kes liwat Anwar-Saiful, Anwar tidak bersalah sebab tiada saksi yang tengok. Nik Aziz tidak pernah tahu rupanya Saiful tidak dapat berak...patutlah Nik Aziz tidak melawat Sultan Kelantan yang berubat di Singapor hampir 7 bulan disana, Nik Aziz membuat laporan tentang kesihatan KDYMM sedangkan Nik Aziz tidak pernah melawat. Kenyataan berhubung dengan kesihatan KDYMM Tuanku tidak tepat dan bercanggah dengan lapuran doktor yang merawat KDYMM Tuanku di Singapore. Nik Aziz tidak merasai kesakitan seperti deritanya Saiful dan geringnya KDYMM Al-Sultan Kelantan tersebut.

Berapa ramai lagi agaknya pemimpin dan rakyat negara ini letih bila berfikir tentang Nik Aziz. Haji Hadi sendiri sudah letih, penyokong2 pas sendiri pun sudah ramai yang letih. Tok Guru Ayah Lah juga sudah letih agaknya beri nasihat kepada Nik Aziz. PM DS Najib semenjak doa pecah perut oleh Nik Aziz terus berdiam diri ,TS Muhyiddin sahaja kadang2 bersuara. Agaknya DS Najib pun sudah letih dengan karenah Nik Aziz. Sedikit masa lagi giliran Nik Aziz sendiri pula akan letih apabila keberangkatan KDYMM pulang ke Kelantan nanti. Apakah Nik Aziz akan keluar negara apabila mendapat tahu tarikh kepulangan KDYMM Tuanku? Nik Aziz kononnya tidak sihat dan selalu sakit2 sebab itu tidak dapat melawat Tuanku tetapi Nik Aziz boleh pergi pula kejalan Duta bagi menghadiri pembicaraan kes liwat Anwar.

Selagi Nik Aziz tidak bersara dalam politik dan memegang jawatan MB semakin ramai lagi rakyat akan letih. Perpecahan sesama islam, melayu terus berpecah, negara semakin haru biru bukan setakat itu sahaja bahkan akan ramai lagi Sultan2 dan Tok2 Guru di negara ini akan jadi pening dengan kerenah Nik Aziz. Sekarang Nik Aziz sudah ada Anwar, Kit Siang,Karpal , Guan Eng dan pemimpin DAP lain. Adakah Anwar rebah dibuntut lelaki? sama2lah kita mengikuti keputusan pembicaraan kes liwat Anwar-Saiful. Satu lagi cuba bisik2 dan tanya Kak Wan Azizah
dengan iklas hati betul ke Anwar kaki liwat? Kalau Nik Aziz letih kerana keberangkatan balik DYMM Al-Sultan Kelantan manakala Anwar pula menjadi lesu dan tak bermaya kerana usaha terakhirnya untok mendapat dukumen ditolak oleh mahkamah.

Wednesday, February 24, 2010

NIK AZIZ : LIWAT 10TAHUN DULU DAN LIWAT SEKARANG HANYA MAINAN POLITIK


SILA BACA KENYATAAN INI...
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan campur tangan sekumpulan Ahli Parlimen Australia dalam pertuduhan liwat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tanda sokongan dan bukannya berniat untuk campur tangan dalam urusan negara.

Nik Aziz berkata, tidak salah bagi Ahli Parlimen berkenaan mencampuri urusan perbicaraan kes liwat Anwar kerana ianya menyatakan sokongan mereka.

Beliau turut melahirkan rasa kurang senang kerana kes liwat berkenaan didedahkan kepada umum dan dibicarakan di mahkamah kerana ianya membuka aib orang.

“Orang luar (Ahli Parlimen Australia) bagi sokongan. Sokongan ini bukan campur tangan. Campur tangan lain, ini sokongan. Sokongan untuk menghilangkan aib orang.

“Kita sokong orang luar negeri seperti mana Tun Dr Mahathir buat untuk sokong lawan Israel. Sokongan ini hak fitrah manusia. Mereka beri sokongan supaya benda (kes liwat) ini tidak dibawa ke mahkamah sebab tak ada bukti. Tak ada orang tengok. Masalahnya sekarang ini bukan soal sokongan tetapi takut Anwar jadi Perdana Menteri,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau berkata, pengguguran kes liwat Anwar itu bukanlah alasan utama sebaliknya ia membabitkan soal maruah.

“Gugur kes itu soal kedua. Yang penting sokongan jangan bawa benda aib ke mahkamah. pertama kerja zina, liwat ini kerja barang sulit. Yang sepatutnya kalau seorang tentu barang sulit kecuali ia membahayakan orang ramai," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kes liwat Anwar Ibrahim dikaitkan dengan beliau kembali setelah hampir sepuluh tahun kes yang sama pernah dikaitkan terhadap beliau semasa Tun Mahathir menjadi perdana menteri adalah disebabkan politik.

Ini kerana pada pandangannya ini satu cubaan untuk menggagalkan hasrat pakatan rakyat termasuk Anwar menjadi perdana menteri sekiranya pakatan rakyat memerintah Malaysia.

“Barang kali sudah lebih 10 tahun ia didedahkan. Sejak zaman Dr Mahathir lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Pas yang menentang keras sebarang campur tangan asing termasuk tindakan sekumpulan Ahli Parlimen Australia dalam pertuduhan kes liwat Anwar.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia tidak rela menjadi mangsa campur tangan pihak asing dan atas alasan itu, Pas akan sama-sama mempertahankan kedaulatan negara, lebih-lebih lagi Malaysia adalah sebuah negara Islam dan ia mesti dipertahankan daripada campur tangan negara asing yang bukan Islam.

”Saya sebagai rakyat Malaysia, negara kita yang berdaulat tak perlu campur tangan asing, apatah lagi negara-negara barat yang bukan Islam. Masalah ini berlaku mungkin kerana ada tempat-tempat yang boleh ditembusi campur tangan asing.

”Campur tangan asing (terhadap Malaysia) tak boleh, tapi dalaman sendiri (Malaysia) mesti ada kehebatan,” katanya.

Sinarharian

Ulasan dari Pakmie akan menyusul kemudian...

Tuesday, February 23, 2010

PEMIMPIN PEMBANGKANG SEMAKIN KELAM KABUT DAN TERTEKAN...

KERANA GAGASAN 1MALAYSIA LIM KIT SIANG PANAS PUNGGONG
Masalah dalaman pembangkang semakin terserlah, gabungan parti dalam pakatan pembangkang terlalu rapuh menyebabkan mereka terlalu sukar untok mengatasi sesuatu masalah yang timbul. Walaupun pemimpin pas banyak bertolak ansur dengan DAP dan juga PKR namun ia tetap tidak dapat menutup sesuatu isu yang timbul. Mereka sudah sedaya upaya cuba menyembunyikan sesuatu kelemahan tetapi apakan daya dikalangan pemimpin mereka juga yang mendedahkan keburukkannya kepada rakyat.

Sekarang rakyat sudah dapat menilai sendiri, selama ini rakyat dijanjikan dengan bulan bintang menyebabkan mereka terpengaruh tetapi setelah lebih setahun pembangkang dapat memerintah beberapa negeri selepas PRU lepas maka rakyat sudah dapat menilai sejauhmana kemampuan pembangkang. Apa yang jelas kepada rakyat masalah dikalangan wakil rakyat mereka tidak habis2 membuat kerenah.

Belum pun habis dengan roadshow liwat Anwar dan minyak royalti Nik Aziz, Kit Siang pula cuba mengalihkan perhatian rakyat dengan melaga-lagakan pemimpin-pemimpin kerajaan. Kit Siang menuduh Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yasin tidak sehaluan dengan gagasan 1Malaysia idea DS Najib. Setelah tidak berjaya memutarbelit rakyat,kini pemimpin pembangkang beralih pula kepada mahu memecahbelah pemimpin kerajaan. Inilah kerja2 jahat pembangkang yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan kerajaan UmnoBN tumbang di negara ini.

Monday, February 22, 2010

KELANTAN DITADBIR OLEH PARTI YANG KUAT BERPOLITIK


PEMIMPIN YANG MELETAKAN AGENDA POLITIK SEGALA-GALANYA PERLU DISINGKIRKAN SEGERA...
Citarasa masyarakat melayu diKelantan dapat dimunafaat dengan baik oleh Nik Aziz. Kini Nik Aziz cuba melebarkan sayapnya bersama Anwar dan Lim Kit Siang dalam pakatan pembangkang. Negeri Kelantan adalah sebagai aset terpenting bagi Nik Aziz untok dijadikan contoh. Apakah benar negeri Kelantan adalah negeri membangun bersama islam?

Pakmie bukan sahaja tidak mahu menulis, bercakap pun tidak mahu lagi tentang Menteri Besar Kelantan tersebut. Buat apa kita bercakap kalau apa yang kita cakap itu membuatkan orang lain tidak suka dan mencaci kita. Lalu Pakmie berusaha melupai Nik Aziz. Setelah memikirkan tindakannya ke atas umat islam di negara ini terpanggil juga sekali sekala untok mengulas kenyataannya. Dari kenyataan yang selalu bercanggah dengan islam menyebabkan sekarang semakin ramai orang pas mengenali siapa Nik Aziz. Gandingan bersama Anwar dalam isu -isu kontrovesi terutama kes liwat Anwar-Saiful telah menggangkat nama Nik Aziz sebegitu cepat dengan mendadak boleh mengalahkan presiden Amerika,Barrack Obama.

Begitu lah hebatnya Nik Aziz selain dari pandai mengisi ruang politik,kenyataannya juga sering berubah dan tindakannya seperti inilah yang menjadikan beliau sebagai idola kepada pengikut taksud dan penyokongnya. Ada juga dari kenyataannya, beliau sendiri tidak mengakuinya. Kesalahannya pula dilemparkan dengan menuduh media kerajaan yang sengaja memutarbelit. Semasa Anwar dalam Umno dan berjawatan TPM, Tun Mahadhir tetap tidak menyebelahi Anwar semasa tekanan diberikan oleh Pas dan DAP ketika itu. Tetapi lain pula dengan Nik Aziz sekarang tetap mempertahankan Anwar kes liwatnya dengan Saiful.

Sekalipun terlalu nak mempertahankan Anwar, Nik Aziz tidak sewajar menafikan hak seorang individu lain mendapatkan keadilan. Ini perbicaraan pribadi bukan pembicaraan politik dan sebagainya, cuba kita tanya diri sendiri apakah Nik Aziz dan penyokong taksud Anwar mempunyai mukjizat atau keajaiban untuk berkata pasti Anwar memang tidak bersalah.Bagaimana jika bukan itu Saiful tetapi adik atau saudara kita sendiri yang dakwa terkena perbuatan itu? Apakah kita tidak mahu menuntut keadilan ditentukan di mahkamah dan sanggup solat hajat dan membaca surat yasin untuk mendoakan keselamatan orang yang dituduh?

Tumpuan parti Pas,PKR dan DAP hanya ingin merebut kuasa, aspek kebajikan dan kepentingan rakyat terus diabai.Fatwa2 serta pandangan yang mengelirukan yang dikeluarkan oleh pemimpin pas telah menyebabkan umat islam terus kecewa. Sikap wakil rakyat pembangkang yang diberi kepercayaan dalam Pilihan Raya Umum lalu ternyata gagal. Tindakan terbaru Nik Aziz seperti menganggap perarakan sambutan Maulidur Rasul tidak ada fadilat, seolah-olah mempertahankan apa yang dilakukan oleh DAP Pulau Pinang. Perkara seumpama ini telah menguris hati umat islam di Pulau Pinang, sekaligus melambangkan pemimpin parti itu sendiri tidak lagi berperanan membawa kebaikan kepada umat Islam di negara ini.

Sunday, February 21, 2010

NIK AZIZ KATA SUDAH 20TAHUN KELANTAN TIDAK SAMBUT MAULUDIL RASUL

PERAYAAN MAULID NABI DARI KACAMATA
AHLI SUNNAH WAL JAMA‘AH

Assalamualaikum WarahMatullahi Wabarakatuh

Sesungguhnya kesabaran demi kesabaran dan perjuangan demi perjuangan yang dilalui dan dirasai oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad Sallahualaihi wasalam perlu dijadikan tauladan kepada kita. Sebenarnya riwayat kehidupan baginda perlu dijadikan asas untuk menghayati kemanisan satu perjuangan dalam menegakkan agama Islam. Oleh itu kelahiran baginda adalah satu nikmat yang amat besar bagi kita, dan menjadi penyemarak semangat untuk terus hidup sebagai seorang insan yang berguna pada agama dan umat Islam.

Allah azzawajalla memberi penghormatan kepada nabi-Nya yang mulia dengan dianugerahkan kepada baginda tanda-tanda kebesaran yang banyak. Antaranya ialah akhlak baginda dan budi pekertinya yang mulia. Firman Allah ta’ala berbunyi: وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ

Maknanya:. Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.(Al Qalam: 4)

Begitu juga baginda dianugerahkan dengan keturunan yang mulia dan martabatnya yang tinggi, seperti yang telah dinyatakan dalam firman Allah azzawajalla:
لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ

Maknanya: Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi Penyayang terhadap orang-orang mukmin. (Al Taubah: 128)

مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاء عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاء بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعاً سُجَّداً يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَاناً سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ

Maknanya: Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan baginda adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari kurnian Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya Maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya Karena Allah hendak menambahkan lagi kemarahan pada hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar. (Al Fatah: 29)
Ahli Sunnah Wal Jama‘ah adalah golongan Al Asya‘irah dan Al Maturidiah sepertimana yang dinyatakan oleh Al Hafiz Murtadha Al Zabidi (w.1205 H):

إذا أطلق أهل السنة و الجماعة فاالمراد بهم الأشاعرة و الماتريدية

Maknanya: “Apabila disebut Ahlu Sunnah Wal Jama‘ah maka yang dimaksudkan dengan mereka ialah Al Asya‘irah dan Al Maturidiah”. (Ithaf Sadatil Muttaqin, jilid 2, hlm 6).

Akidah Ahlu Sunnah Wal Jama‘ah adalah akidah bagi semua umat Islam yang mengikut jejak langkah Rasulullahi sallallahu ‘alaihi wasallam yang mana baginda telah bersabda:
“Dua perkara yang akan aku tinggalkan kepada kamu sekalian jika kamu semua berpegang dengannya pasti tidak akan sesat selama-lamanya , iaitu Kitabullah (al Quran ) dan sunnahku (syariat dan akidah)
Begitu juga ajaran Ahli Sunnah Wal jamaah menggalakkan kita menyambut perayaan Maulidurrasul, kerana ia tidak bertentangan sama sekali dengan syarak. Di bumi Melayu kita ini sudah menjadi adat dan kebiasaan menyambut Maulidurrasul yang mana adat ini tidak bercanggah dengan Islam. Sultan-sultan dan pemimpin-pemimpin rakyat Islam di Malaysia menyambutnya dengan penuh semangat sekali pada setiap tahun.
Mengikut ajaran Ahli Sunnah, menyambut Maulidurrasul adalah diharuskan. Ulama Ahli Sunnah banyak menulis kitab-kitab yang menerangkan keharusan menyambut Maulid, antaranya Imam Assayuti dalam kitabnya Husnul Maqsid fi ‘Amalil Maulid, Al Hafiz al Sakhawi dalam Fatwanya, Ibn al Jauzi dalam kitab Mir’atul Zaman dan banyak lagi.
Al Hafiz al Sakhawi telah menyatakan dalam Fatwanya bahawa amalan maulid berlaku selepas kurun ketiga, kemudian umat Islam dari semua kawasan dan bandar-bandar besar meneruskan amalan sambutan perayaan maulid ini. Pada malam perayaan, mereka melakukan bermacam-macam jenis sedekah. Mereka membaca kesah kelahiran junjungan besar nabi yang mulia.

Imam Ibn al Jauzi telah menyebut dalam kitab Mir’atul Zaman bahawa beliau pernah menghadiri perayaan maulid yang dipenuhi dengan para ulama dan ahli sufi yang benar. Atas dasar inilah ulama-ulamak Ahli Sunnah telah menjelaskan bahawa perlu bagi kita untuk menyambut atau membuat perayaan maulid bagi membuktikan bahawa kita masih cinta dengan nabi Muhammad. Justeru, amalan menyambut maulid nabi amat digalakan oleh Islam dan bukanlah satu perkara bid’ah buruk yang dicela dalam syarak.
Perlu dinyatakan di sini bahawa Maulidurrasul adalah satu tanda rahmat yang dianugerahkan oleh Allah Ta’ala kepada hamba-hambaNya. Alhamdulillah kita sekarang masih lagi menyambut perayaan Maulidurrasul dan kita menjadikan ia sebagai hari perayaan setiap tahun. Maka jelas di sini bahawa sambutan perayaan maulid Nabi adalah bid’ah hasanah(baik), dan tiada sebab yang boleh menolak keharusan perkara tersebut, bahkan ia layak digelar sebagai sunah yang baik kerana ini merangkumi sabda Rasulullah:

"من سن في الإسلام سنة حسنة فله أجرها وأجر من عمل بها بعده من غير أن ينقص من أجورهم شىء"

Maknanya:: “ Sesiapa yang mula mewujudkan ‘sunnah’ (jalan) yang baik, maka dia mendapat pahala dan pahala sesiapa yang beramal dengannya tanpa berkurang sedikit pundaripada pahala-pala mereka”
Kesimpulannya di sini ialah, amalan menyambut maulid boleh diianggap sebagai bid’ah yang baik. Walaupun perbuatan ini tidak pernah dilakukan di zaman nabi dan zaman selepasnya, tetapi ia dilakukan pada awal pertama kurun ketujuh hijrah. Orang pertama yang melakukannya secara besar-besaran ialah seorang raja kawasan yang bernama Irbil. Dia seorang yang alim,bertaqwa lagi berani, namanya ialah al Muzaffar. Ketika beliau menyambut perayaan maulid secara besar-besaran beliau telah mengumpulkan ulama hadis dan sufi. Golongan ulamak pula telah menerima amalan ini dengan baik di timur dan di barat. Di kalangan mereka ialah al Hafiz al Sakhawi, al Hafiz al Sayuti dan selain mereka.
Di tanah Melayu kita, orang melayu pertama yang merayakan Maulid Nabi secara besar-besaran ialah seorang ulama yang masyhur, Haji Abdul Rahman bin Haji Osman bin Senik atau dikenali dengan panggilan Tok Selehor yang berasal dari Kelantan, anak murid kepada Syeikh Daud al Fattani. Beliau mengajak orang Islam agar berzanji dengan penuh perasaan. Perarakan besar-besaran yang diadakan olehnya dapat diterima oleh masyarakat setempat.
Wahai saudara-saudarku sekalian, hayatilah kelahiran Nabi kita ini dengan penuh keikhlasan dan kekhusyukkan serta dengan penuh kasih sayang, agar ia menjadi penawar bagi jiwa-jiwa kita untuk menyambung lagi pejuangan kita di atas muka bumi ini. Dan jangan sekali-kalai melayani bisikan-bisikan dan hasutan-hasutan syaitan dari golongan Musyabbihah Mujassimah seperti Wahhabiah yang bertopengkan dengan nama Islam, Salafi, Tajdid, mazhab Syafei tulen dan lain-lain, tetapi pada hakikatnya mereka ingin menghancurkan Islam dengan mengatakan bahawa amalan menyambut perayaan maulid Nabi adalah satu amalan yang yang tidak ada dalil dari Islam yang mengharuskannya bahkan ia adalah haram dan pelakunya layak dihumban ke dalam neraka. jahanam . Ada sebahagian Wahabi yang melampau mengatakan bahawa daging yang disembelih pada malam maulid untuk diberi makan pada orang ramai pada malam itu, daging tersebut lebih haram dari daging babi. Sedangkan orang yang menjadi tempat rujuk dan idola mereka (mereka yang menafikan keharusan perayaan Maulid Nabi ) dalam agama mereka iaitu Ibnu Taimiah sendiri pun telah menghukumkan bahawa perayaan Maulid adalah harus sepertimana yang disebut dalam kitabnya Iqtidho Sirotil Mustaqim.Wassalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ustaz Ahmad Faidzurrahim Hj MohdAlwi.

MAULUD NABI SAW

AHLI SUNNAH WAL JAMAAH MENYAMBUT PERAYAAN MAULUD


Sesungguhnya Nabi Muhammada Sallallahu alaihi Wasallam adalah utusan Allah dan rahmat bagi sekalian alam. Menyambut perayaan untuk mengingati kelahiran baginda dengan membaca sedikit dari ayat-ayat suci al Quran dan menyebut sifat-sifat kenabian baginda adalah satu perkara yang penuh dengan keberkatan dan kebaikan serta kemulian apabila perayaan tersebut tidak dicampur aduk dengan perbuatan-perbuatan bida’ah yang buruk yang tidak diterima oleh syarak. Katahuilah bahawa kepastian terhadap sesuatu perkara itu sebagai halal atau haram adalah tugas para ulamak yang berpangkat mujtahid seperti Imam Malik, Syafei, Abu Hanifah dan Ahmad bin Hanbal rodiaallahu anhum dan juga para ulamak salafu solih. Jelas di sini bahawa tidak boleh bagi setiap orang yang hanya sekadar menulis penulisan yang kecil atau besar boleh mengambil tugas para alim ulamak salafu solih tersebut lalu mengalalkan dan mengharamkan apa-apa tanpa merujuk kepada kata-kata para ulamak mujatahidin yang diiktiraf kehebatan dan kealiman mereka dari kalangan salaf maupun khalaf Maka barangsiapasiapa yang mengharamkan zikir Allah dan sebutan sifat-sifat Nabi ketika kelahirannya dengan berdalilkan bahawa Nabi alaihisalam tidak pernah melakukannya, maka kita katakan kepada mereka: Adakah kamu mengharamkan mihrab-mihrab masjid dan menganggapnya sebagai bid’ah yang sesat? Dan adakah kamu mengharamkan pengumpulan ayat-ayat al Quran dalam mushaf serta titik-titik pada ayat-ayatnya dengan berhujah bahawa Nabi tidak pernah melakukannya?.

Jika kamu lakukan sedemikian dengan mengharamkannya maka kamu telah menyempitkan perkara yang Allah Taala luaskan serta mudahkan pada para hamba-Nya untuk mengada-adakan perkara baru yang terdiri dari amalan-amalan yang baik yang tidak ada pada zaman Rasul. Sabda Rasulullah:

مَن سَنّ في الإسلام سُنةً حسَنَةً فلَهُ أجرُها وأجْرُ مَن عَملَ بها بعده من غير أنْ ينقُصَ من أُجورهم شىء

Maknanya: Sesiapa yang mula mewujudkan ‘sunnah’ (jalan) yang baik, maka dia mendapat pahala dan pahala sesiapa yang beramal dengannya tanpa berkurang sedikit pundaripada pahala-pala mereka Dan Saiduna Omar bin Khatab telah berkata selepas berjaya mengumpulkan orang ramai dalam satu imam pada solat taraweh:

نِعْمَ البدعة هذه

Maknanya: Inilah senikmat-nikmat bid’ah. Riwayat imam al Bukhari dalam sahihnya. Imam Syafei juga berkata: المُحدثـات من الأمور ضربان أحدُهما : ما أُحدث مما يُخالفُ كتابـاً أو سُنةً أو أثراً أو إجماعاً ، فهذه البدعة الضـلالة ، والثانيـة : ما أُحدثَ من الخير لا خلاف فيه لواحد من هذا ، وهذه مُحدثةٌ غير مذمومة

Maknanya: Perkara yang baru ada dua bahagian, salah satunya ialah apa yang bercanggah dengan kitab (al Quran) atau sunah atau asar (para sahabat) atau ijmak maka ini adalah bid’ah yang sesat, dan yang kedua ialah perkara yang diada-adakan dari perbuatan yang baik dan tidak bercanggah dengan perkara-perkara yang dinyatakan tadi maka ia adalah benda baru yang tidak dicela. Riwayat Imam al Baihaqi dalam kitabnya Manaqib al Syafei, jilid satu muka surat 469. Sesiapa yang ingin mengetahui dalil-dali keharuasan maulid maka hendaklah dia merujuk kepada kenyataan-kenyataan para alim ulamak seperti kenyataan al Hafiz Ibnu Hajar al Asqalani yang mengatakan bahawa perayaan sambutan maulid Nabi syarif adalah bid’ah yang baik. Manakala mana-mana kenyataan yang dianggap fatwa yang mengatakan bahawa perayaan sambutan maulid adalah bid’ah yang haram adalah satu kenyataan yang tidak boleh digunaka pakai kerana banyak dalil yang mengharuskan sedemikian seperti yang dinyatakan oleh para ulama lain seperti al Hafiz Ibnu Dihyah, al Hafiz al Iraqi. Al Hafiz al Sakhawi, al Hafiz al Suyuti, Sheikh Ibnu Hajar al Haitami, Sheikh Muhammad Bakhit al Mutei mufti Mesir, sheikh Mustafa Naja Mufti Beirut dan banyak lagi. Jadi mana-mana kenyataan seseorang yang kononnya mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan kata-kata para alim ulamak tadi maka tidak boleh dijadikan rujukan dan sandaran kerana iannya bukan dari kenyataan ahli ijtihad. Yang sepatutnya dijadikan ikutan dan rujukan adalah hal yang selari dengan kata-kata para alim ulamak yang muktabar. Dan ketahuilah juga bahawa asal setiap perkara itu adalah boleh selagimana tiada dalil yang mengharamkannya dan sesungguhnya agama Allah adalah mudah dan bukanlah payah. Wallahu aalam.

Sheikh Salim Ilwan al Hasani

Saturday, February 20, 2010

50 MP AUSTRALIA : SIKAP HADI BERBEZA....


Setakat ini tidak dapat dipastikan samaada Datuk Nik Aziz Nik Mat setuju atau tidak… tetapi itulah pendirian Datuk Seri Haji Hadi Awang.Presiden PAS itu menyuarakan pandangannya tentang isu desakan 50 Ahli Parlimen Australia agar kerajaan mengugurkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim."Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara barat, negara bukan Islam," katanya.Hadi yang juga Ahli Parlimen kawasan Marang,Terengganu menegaskan beliau mahu perkara itu diselesaikan mengikut sistem kehakiman negara ini tanpa dipengaruhi oleh mana-mana anasir luar.

Ulasan Pakmie

Pada kasarnya bila kita membaca dan menghayati kenyataan Haji Hadi tersebut memang bercanggah dengan kenyataan katanya sebulat suara yang dikeluarkan oleh pakatan pembangkang beberapa hari lepas. Dalam kenyataan sebelumnya wakil rakyat pembangkang sebulat suara menyokong isu desakan 50 Ahli Parlimen Australia agar kerajaan mengugurkan kes liwat Anwar.

Haji Hadi yang pernah dianggap oleh Nik Aziz sebelum ini termasuk dalam beberapa kerat pemimpin pas yang menyokong kerjasama Umno-pas.Sehingga Nik Aziz mendesak supaya EGM diadakan bagi membersih golongan ini, tetapi peluru yang diarah terkena Kalid Samad dan serpihannya sikit2 terkena kepada Hasan Ali. Dalam pakatan kalau pemimpin cuba menegakkan sesuatu kebenaran dengan keiklasan dianggap sampah. Kalau keluar parti dianggap pula pengkianat. Anwar pula bersuara tersilap pilih calon setelah ada wakil rakyatnya keluar PKR. Sedangkan Anwar sendiri bergelut dengan kes liwat sehingga hari ini tidak dipertikai langsung oleh wakil2 rakyat mereka. Patutkah Anwar bersuara sedemikian sedangkan beliau sendiri berdepan dengan kes salah laku yang membabitkan maruah islam? Jwabannya terlalu mudah sahaja...sudah tinggal berapa orang pemimpin PKR terdahulu yang masih bersama Anwar? Zahrain juga merupakan orang kuat dan orang harapan Anwar.

Namun kalau kita melihat isu GU Umno-pas yang terdahulu, kita hanya mampu tersenyum sendirian bila Haji Hadi membuat kenyataan menentang gesaan MP Australia itu. Bila didesak oleh DAP supaya Haji Hadi memberi penjelasan diatas kenyataannya dan disokong oleh Nik Aziz bersama Anwar maka presiden pas itu terus lentuk umpama ular takutkan buluh. Adakah Nik Aziz akan menggeluarkan kenyataan beliau tersilap pilih presiden seperti Anwar kata tersilap pilih calon bila ada wakil rakyat mereka keluar dari PKR? Kita sama2 tunggu...

Negara Australia tidak seperti negara Malaysia. Gay adalah hak individu, mereka tidak mengharamkannya jadi tidak peliklah jika 50 MP beliau menyokong dan berpihak kepada Anwar Ibrahim. Walaupun Ibrahim Ali tidak menyangka sebodoh itu MP Australia tersebut menganggu urusan negara ini, tetapi apa kata pula kalau mereka2 itu (MP) berjuang demi setiakawan mereka? salahkah 50 orang MP tersebut? yang jelas... bodoh dan dugunnya wakil2 rakyat yang menyokong gesaan membebaskan liwat Anwar bukannya 50 MP Australia itu!

Adakah kita dapat menghidu kenapa Haji Hadi sanggup kesorangan berdepan dengan masalah kes liwat Anwar? demi menegak kebenaran segalanya boleh berubah...

Friday, February 19, 2010

KENAPA PAS TIDAK MENYOKONG TINDAKAN INI?

DIMANA IRAMA HUDUD PAS SEBELUM INI...KENAPA TIDAK BUKTIKAN SOKONGAN KEPADA TINDAKAN KERAJAAN?

Banyak pihak yang menentang hukuman sebat syarie yang dijalankan ke atas tiga orang wanita yang telah melakukan persetubuhan haram sekalipun hukuman sebat tersebut TIDAK BEGITU MENEPATI hukum hudud. Antara yang paling lantang menyelar tindakan KERAJAAN itu adalah Sisters In Islam (SIS), Amnesty International, Majlis Peguam dan Persatuan Badan Bertindak Wanita (AWAM).

SIS umpamanya menganggap tindakan itu keterlaluan dan satu DISKRIMINASI terhadap wanita. Manakala AWAM pula menganggap tindakan kerajaan menyebat ketiga-tiga wanita itu di bawah Seksyen 23 (2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) menganggap hukuman tersebut sebagai BERNIAT JAHAT dan bertentangan dengan kepentingan awam.

Paling menarik adalah kecaman daripada Amnesty International yang menganggap Malaysia sedang dilanda 'DEMAM SEBAT' dan menggesa agar Malaysia menghentikan hukuman sebat. Menurut Amnesty International, Malaysia telah menyebat puluhan ribu lelaki dan wanita terutama warga asing yang melanggar peraturan imegresen semenjak 2002.

"Malaysia perlu menghapuskan hukuman merotan yang sememangnya kejam dan zalim tanpa mengira apa jua kesalahan mereka (pesalah)," demikian kata Donna Guest, Timbalan Pengarah Amnesty International Asia Pasifik.

Ragunath Kesavan, Presiden Majlis Peguam, menyifatkan hukuman berkenaan sebagai ZALIM, KEJAM, KUNO dan MEMALUKAN sekaligus tidak selaras dengan konsep masyarakat penyayang.

Apa lagi para PEMIMPIN PAS-BARU... inilah masanya untuk membuktikan bahawa parti anda dan anda sendiri sebagai manusia yang mendaulatkan hukum Islam tulen! Kerajaan Malaysia hanya mengenakan hukuman sebat syarie yang telah di'modified'. Pastinya anda akan menentang dan menganggap itu bukanlah hukuman Islam.

Tidakkah anda rasa tercabar dengan SIS dan AWAM? Beranikah anda BERSUARA kepada Amnesty International yang turut MARAH Malaysia membicarakan Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat buntut jantan? Atau ada telurkah anda untuk berhadapan dengan Majlis Peguam yang begitu kuat menyokong DAP dan Anwar Ibrahim dalam banyak keadaan?

Inilah masanya untuk anda buktikan bahawa anda sebenarnya menjunjung al Quran dan As-Sunnah secara tulen, bukan setakat CAKAP DI MULUT untuk MENYEDAPKAN KEMPEN serta CERAMAH bagi memenuhkan kantung derma!

Atau anda juga ingin mengatakan, HUKUM SEBAT TIDAK ADA DALAM ISLAM demi menjaga hati Amnesty International dan Majlis Peguam yang bertaraf antarabangsa? Bukankah PAS-Baru hari ini sangat mendewa-dewakan perkataan ANTARABANGSA sepertimana sikap pemimpin PAS-Baru dalam kes 50 MP Australia?

Cucu Tok Wan

Thursday, February 18, 2010

ISU MAULUD KENYATAAN NIK AZIZ TERLALU BEBAL...


JANGAN BIARKAN BELIAU TERUS HANYUT...KENAPA HAJI HADI TIDAK SELAMATKAN NIK AZIZ?
Paling susah adalah untok mengaku kita membuat salah. Manusia itu sendiri tidak pernah sunyi dari melakukan kesalahan. Kita pula jangan cuba mengambil peluang dengan sifat kelemahan ini. Jika kesalahan itu di lakukan berulang kali dengan sengaja lama2 ia menjadi tabiat yang melambangkan sikap dan keperibadian sesaorang. Ia amat sukar untok diubah jika pun kita sendiri tahu kita membuat silap. Jika pun elok itu hanya sekadar pandangan fizikal sahaja namun hati tetap busuk. Sikap ini boleh menyusahkan orang lain, suka mencari salah orang kuman diseberang laut nampak gajah didepan mata tidak nampak. Kita saja yang elok orang lain semua salah. Masyarakat dan negara akan lebih senang menjadi kucar kacir jika bilangan rakyat yang ramai bersikap seperti ini. Penyakit seperti ini tidak mengenal siapa kita manakala ubatnya adalah mencuci hati dengan cara kembalikan kepada islam yang sebenar.

Dulu Pas terkapai2 kesorangan mencari jalan bagaimana cara untok menjatuhkan Umno. Cara tikaman Pas walaupun bertubi2 depan belakang terhadap Umno namun parti itu tetap utuh. Umno berpaksi orang melayu seperti juga pas. Orang melayu di negara ini majoritinya beragama islam. Lalu pas mengambil kesempatan ini mempermainkan tentang isu islam dalam politiknya. Jika pas itu ditubuhkan sebelum Umno sudah tentu pas juga menerima pakai dasar2 seperti Umno laksanakan pada hari ini.

Kita kena faham kenapa pemimpin pembangkang begitu bersusah payah sanggup laku apa sahaja asalkan rakyat memberi sokongan kepada parti mereka. Adakah ini kerana semata2 perjuangan iklas untok melihat negara ini aman dan rakyat hidup bahagia? tidak aman dan bahagiakah sepanjang pemerintahan Umno? apa yang kita tahu melalui kerenah2 pembangkang untok mendapat sokongan dari rakyat itulah yang menyukarkan pihak kerajaan untok memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pembelaan nasib rakyat di negara ini. Peranan pembangkang di negara ini berbeza di sesetengah negera maju yang lain. Peranan pembangkang di negara ini hanya pandai membangkang semata2 tujuan nya untok menjatuh kerajaan pada hari ini. Nasib rakyat seterusnya mereka tidak pedulikan asalkan cita2 mereka mengejar kedudukan dan pangkat berjaya.

Parti2 dalam gabungan pembangkang semuanya memberi penekanan kepada melayu dalam Umno. DAP janganlah cerita sampai bila pun mereka anti melayu dan islam cuma pas sahaja terlalu jangkal sanggup bersekonkong dengan kapir2 ini. Kenapa pas sanggup dan kenapa DAP sanggup besama? semuanya kerana mempunyai niat yang sama kerana mahu kepada kuasa. Sudah sekian lama DAP berjuangan untok melenyapkan kuasa2 melayu di negara ini. Amat sukar dan memakan masa yang panjang jika DAP terus berjuang cara lama. DAP sedar untok menghapuskan kuasa melayu DAP terpaksa menggunakan orang2 melayu juga sebab itulah mereka sanggup bergabong dengan Pas. Manakala Pas pula terlalu dengki dan dendam dengan Umno kesempatan ini maka tidak seberat mana tugas DAP sekarang hanya cuma membakar semangat pemimpin2 pas sahaja. Kerana gila kepada kuasa yang melampau maka pas pun terima sahaja cadangan DAP waima menjatuhkan maruah agama islam sekali pun pemimpin pas sanggup lakukan.

Semenjak pas bersama DAP pelbagai masalah timbul dalam parti itu, sedangkan pemimpin dalam DAP tetap bersatu. Apakah title Kalifah Umar Abdul Aziz diberi kepada Guan Eng tidak memalukan seluruh umat islam di negara ini? siapa yang memberi gelaran itu kalau tidak pemimpin bangsat pas. Semuanya kerana politik, pas sudah memberi laluan yang mudah kepada Guang Eng untok melemahkan islam. Nik Aziz bukan sahaja terlalu celupar bersabit dengan islam sesama islam dalam Umno sekarang. Ulasan bersabit dengan kenyataan Guang Eng cuba membatalkan perarakan maulud rasul amat mengharukan kita umat islam. Isu penggunaaan kalimah Allah telah mengemparkan suasana hormoni islam di negara ini. Nik Aziz walau pun tidak jelas tetapi kenyataannya banyak menyebelahi pihak bukan islam. Naib presiden Pas Mahfuz juga menggeluar kenyataan berbau politik bersabit dengan perarakan itu dengan memfitnah Umno.

DAP terlalu berani memcampori urusan agama islam sebab ada backup pas. Taraf ulama dan Tok Guru dalam pas hanya untok menghalalkan kafir sesama islam dalam Umno. Taraf ulama dan Tok Guru dalam pas juga yang melebelkan kapir Guang Eng pentadbiran Pulau Pinang dengan pendekatan cara Kalifah Umar Abdul Aziz biar pun melayu dan islam di negeri itu dihina.

Hati Nik Aziz masih lagi tidak terbuka, ada telinga beliau tidak mendengar, ada mata beliau tutup apa yang Nik Aziz tahu adalah selalu menggeluarkan kenyataan merusakan hubungan sesama islam. Nik Aziz tidak nampak lagi pembalasan yang Allah berikan kepada beliau, keluarga dan kucar kacir pentadbiran beliau selaku MB Kelantan. Itu dalam Pas dalam PKR juga berlaku perkara sedemikian. Penasihat PKR Anwar terlibat dengan pembicaraan kes liwat, huru haranya wakil rakyat PKR kenapa Zahrain keluar PKR tidak direnong dengan mata hati oleh Nik Aziz. Tidak ada pemimpin dalam Umno secelupar Zukifli Nordin mengkritik PKR dan Pas perkara ini juga Nik Aziz tidak nampak. Apa yang beliau tahu adalah menghentam pemimpin2 seperti itu dengan kata2 kesat. Silap pilih calon, Umno beli, penjahat dan sebagainya ini kata2 biasa jika ada wakil rakyatnya keluar dari pakatan.Tidak pernah mengakui kebenarannya walaupun jelas didepan mata. Masa depan pas terus gelap bersama pemimpin seperti Nik Aziz, Allah SWT tetap tidak akan membuka hati untok kita menyokong pas kerana pas sekarang telah rusak. Nampak sahaja diluarnya elok sebab ditutupi dengan jubah dan serban tetapi sebelah dalamnya Allah SWT saja yang tahu...


Tuesday, February 16, 2010

LIWAT SAIFUL : JIKA ANWAR DIDAPATI BERSALAH...NIK AZIZ TETAP SAMA SAHAJA


KERANA SAYANG KEDUDUKAN, JAWATAN DAN HABUAN KEDUNIAAN
(Dlm foto : Mana lebih islamik bertudung tapi nampak punggong dengan yang berada disebelah tu?)
Sepatutnya Karpal dan Mat Sabu menarik balik kenyataan buruknya terhadap Anwar Ibaahim pada tahun 1998 kerana pada hari ini kedua2 pemimpin tersebut menyokong Anwar tidak bersalah kes liwatnya dengan Saiful. Dahulu Karpal dan Mat Sabu begitu sibuk membuka kes liwat Anwar dengan pemandunya Azizan dikalayak ramai. Karpal sendiri juga pada ketika itu membentang kes liwat di sidang Parlimen. Mad Sabu merupakan penceramah hebat pas yang memberi jolokan nama kepada Anwar dengan al-Juburi seperti apa yang kekal sehingga hari ini. Pada pertengahan tahun 2009 Karpal sekadar menyuruh Anwar bertaubat. Tetapi sebaliknya apa yang berlaku dalam kes liwat kali ini Karpal sendiri menjadi ketua peguam Anwar.

Tuduhan liwat seperti ini tidak sepatutnya terjadi kepada pemimpin negara seperti Malaysia. Agama islam mengutuk sekeras2nya tindakan ini sehingga Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengakui umatnya.

Pada hari ini berulang lagi tuduhan tersebut. Seperti biasa Anwar tetap dengan caranya menyalahkan Umno dan BN. Lebuh2 lagi gelagatnya terus mempermainkan undang-undang dengan mempertikaikan kes liwatnya diatas pentas ceramah berlangsung bebas tanpa halangan.Apa lagi di luar sana ada yang sudah berani nak campurtangan seperti 50 anggota parlimen Australia menyuarakan bantahan secara formal bagi menggesa Malaysia menghentikan perbicaraan kes liwat yang sidang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anwar takut kepada mahkamah tetapi berani pula berdepan dengan rakyat. Anwar sanggup menjelajah seluruh negara bahkan keluar negara semata2 untok memberitahu kepada rakyat dan dunia bahawa beliau tidak bersalah. Anwar tetap pertahankan dengan apa cara bagi menunjukan beliau tidak bersalah. Kalau dalam kes liwat pertama dahulu Anwar ditekan sana sini oleh pemimpin pas dan DAP tetapi pada kali ini mereka sama2 mempertahankan bahawa Anwar tidak bersalah. Mereka terlalu sayangkan kedudukan, jawatan, habuan keduniaan mereka dan mereka takut kematian dan hilang semua nikmat duniawi.

Anwar mengikat pemimpin melayu Pas dan PKR sehingga mereka2 tidak dapat menggunakan fikirannya dengan baik dan waras mengikut islam sebenar. Dalam kes yang terbaru Naib priseden Pas Mahfuz membuat kenyataan memfitnah Umno dalam isu perarakan maulud rasul di Pulau Pinang.Mahfuz mengatakan UMNO sengaja mahu mengkucar kacirkan kerajaan PR dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah. Menuduh umno bertindak kerana mahu merampas kuasa. Kenapa Mahfuz tidak menghentam Zukifli Nordin yang secara terangan mengatakan LGE seorang cauvinis dan rasis. Sikap diktator dan pembohong Guan Eng terserlah bersama khadamnya Malik Kasim . Guan Eng terpaksa menarik balik pembatalan perarakan maulud selepas melihat tentangan kuat umat Islam seluruh negara .

Sebenarnya tanda2 tingkahlaku orang bersalah ada pada Anwar. Semasa ugutan bunuh Anwar lari ke kedutaan Turki lepas itu bebas menjelajah negara menceritakan kejahatan konspirasi Umno mahu menjatuhkannya dan sampai hari ini belum membuat lapuran polis. Saiful bersumpah beliau tidak mahu. Orang mahu melihat pembicaraan secara adil di mahkamah dia asyik menyalahkan pihak lain.

Nik Aziz merupakan rakan serasi dan sejiwa Anwar. Pasangan sehati berdansa ini juga tetap dengan apa cara sekalipun tidak mahu menerima keputusan mahkamah jika tidak berpihak kepada kumpulannya. Begitu juga terjadi dalam isu lompat melompat parti. Nik Aziz tetap tidak menerima Zambry MB Perak yang sah, Nik Aziz juga menganggap MP yang keluar dari PKR Pulau Pinang baru2 ini sebagai penjahat . Kalau di Kelantan ada Nik Aziz, di Selangor ada Khalid Ibrahim, di Perak ada Nizal dan di Pulau Pinang ada Guan Eng...Inilah pakej2 yang Anwar berjaya ciptakan setakat hari ini mengikut acuannya untok melemah dan meruntuhkan agama dan bangsanya sendiri asalkan Umno dan kerajaan jatuh tersungkur!

Sunday, February 14, 2010

HAPPY CHINESE NEW YEAR

Warga Pakmie.blogspot.com mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua rakan-rakan dan masyarakat Cina di seluruh negara dan dimana berada.

Walaupun kita berlainan bangsa dan agama, masih ada lagi persamaan antara kita marilah kita sama2 menghormati Perlembagaan negara supaya negara kita tetap dalam keadaan aman setiap masa.

Gong Xi Fat Chai from Pakmie.blogspot.com.

Pakmie wishes all our readers Gong Xi Fa Cai and hopes that the Year of the Tiger will bring peace and justice to all Malaysians.

ANWAR MENGHADAPI TUGAS BERAT BUKAN SETAKAT KES LIWATNYA SAHAJA...


PEMIMPIN PAKATAN ADA JUGA MENGAKUI ANWAR MEMANG KAKI LIWAT...

'Zahrain khianati penyokongnya' - Betul ke Zahrain mengkianati penyokong? atau Anwar yang mengkianati wakil rakyatnya dengan sendiwara2 dan janji2 palsu semasa pilihan raya? kalau Zahrain mengkianati penyokong kerana tidak mahu bersekonkong dengan tipu daya Anwar, rasanya tidak ada salah. Tiba2 sahaja Anwar mengambil berat tentang penyokong Zahrain, tapi sayang Zahrai sudah tahu dan kenal siapa Anwar sebenar . Perjuangan sebenar bukan seperti yang beliau selalu ucapkan, perjuangan Anwar adalah perjuangan untok pribadi dan dendam bukannya berjuang untok menolong rakyat.

Anwar begitu kesal dengan keputusan Zahrain. Katanya juga, segala tuduhan yang dilemparkan Zahrain terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berasas sama sekali.Anwar juga tidak bersetuju dengan kenyataan Zahrain bahawa DAP 'tidak dapat disentuh'.

Zahrain sebelum ini memegang jawatan sebagai ketua PKR bagi cabang Bayan Baru.

Sedikit masa lagi Anwar akan berdepan dengan masalah kepimpinan wakil rakyat mereka. Mengikut sumber bebarapa wakil rakyat PKR akan menuruti jejak langkah Zahrain. Perkara ini bukan setakat berlaku di Pulau Pinang sahaja bahkan sudah merebak ke negeri lain.

Jika perkara ini terjadi sudah tentu Anwar sebagai ketua pembangkang akan turut tergugat. Anwar ternyata lebih menjaga hati DAP dan Pas berbanding dengan wakil rakyat mereka. Kuasa Anwar sudah berpindah ke DAP. Zukifli Nordin sudah tidak mengindahkan teguran Anwar lagi. Katanya, DAP merupakan duri dalam daging dalam pakatan rakyat dan patut di tendang keluar dari pakatan. Bagi Anwar kenyataan Zulkifli seperti itu tidak penting, Anwar penting kepada DAP kerana bagi Anwar tanpa DAP dan Pas sukar bagi beliau untok merealisasikan hasrat mahu menjadi PM. Tugas Anwar sebagai ketua pembangkang hanya menunggu untok mengangguk apa yang DAP dan Pas mahukan itu sahaja.

Sekarang ini Anwar berhadapan dengan kes liwatnya bersama Saiful di Mahkamah. Anwar begitu tertekan, beliau juga mengharapkan kehadiran penyokong yang ramai semasa proses pembicaraannya. Anwar terpaksa menggunakan pelbagai cara untok menarik perhatian orang ramai supaya hadir sebagai penyokong semasa pembicaraannya. Ceramah-ceramah keseluroh negara giat dilakukan untok menarik simpati rakyat terhadapnya. Dalam beberapa siri ceramah yang lepas, Anwar dengan lantang menyalahkan Umno dan kerajaan dalam kes liwatnya seperti apa yang berlaku pada tahun 1998 dahulu. Anwar tidak sepatutnya mendahului mahkamah, dan apa sebab Anwar memerlu kehadiran penyokong yang ramai semasa pembicraanya kalau ia benar2 tidak ada niat jahat dengan agenda tertentu. Anwar tidak yakin dengan peguam2 yang handal mereka, beliau lebih suka memilih jalan sukar dengan berceramah sana sini untok memberitahu perihal beliau tidak bersalah yang jahatnya Umno dan kerajaan.

Semasa proses pembicaraan, Saiful kelihatan begitu tenang sekali. Manakala Anwar pula kelihatan begitu resah dan takut. Anwar lebih suka mencari helah lain bagi menggelak menghadapi pembicaraannya.

Saturday, February 13, 2010

APABILA ANWAR ANGGUK...NIK AZIZ TIDAK AKAN GELENG...


DIANTARA PEMIMPIN MELAYU DALAM PEMBANGKANG YANG TIDAK SEDAR DIRI...

Siapa yang lebih cerdik antara Anwar, Kit Siang dan Haji Hadi? dan siapa yang lebih dungu antara Nik Aziz ,Khalid Ibrahim dan Guan Eng? Sudah hampir dua tahun pakatan pembangkang memerintah beberapa negeri di negara ini. Apa sudah jadi kepada negeri2 tersebut kita sudah tahu. Dari segi pentadbiran, pengurusan ekonomi dan krisis dalaman diantara pemimpin mereka. Allah SWT telah memberi kemenangan kepada pembangkang beberapa negeri tersebut sekaligus dapatlah dijadikan contoh jika pakatan pembangkang mentadbir negara ini.

Bermula di selangor, beberapa hari saja dapat memegang tampuk pemerintahan telah meluluskan ladang babi komesial. Penjualan arak yang berluluasa tanpa pengawasan yang rapi. Kenapa babi dan arak ini ditumpukan kawasan majoriti orang2 melayu itu yang menjadi masalah besar. Khalid dan rakan2nya tetap menyebelahi DAP dalam soal ini. Pengaruh undi lebih penting, jika Khalid bertindak membelakangi DAP alamak Khalid terpaksa turun dari takta MB. DAP menggunakan kuasanya dengan menjatuhkan air muka oarang2 melayu dan islam di Selangor. PKR dan pas tepaksa menjadi barua DAP kerana mahu kepada kuasa biar pun maruah islam terabai. Mengenai tindakan biadap Tony Pua yang mendesak Datuk Dr Hasan Ali, Ahli Exco dan Pesuruhjaya PAS Selangor dipecat selepas pertikaian mengenai Selcat dan kebenaran penjualan arak di kedai serbanika di dalam negeri Selangor.Ronnie Liu mencampuri urusan dan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam dalam isu perampasan arak di kedai serbanika di Shah Alam juga terlalu biadap.

Begitu juga di Perak, Nizal bukan sahaja menjadi barua kepada DAP sampai kehari ini walaupun mahkamah sudah putuskan Zambry sebagai MB yang sah Nizal tetap dengan DAP mahu menghuruharakan rakyat Perak supaya tidak memberi kerjasama kepada MB BN tersebut. Kepentingan dan kesusahan rakyat tidak dihiraukan, macam2 karenah yang sengaja ditimbulkan sehingga mencabar kuasa Sultan. Nizal sudah menjadi Zombies kepada pemimpin haprak DAP.Tindakan tiga Adun di Perak yang tidak berpuashati dengan tindak-tanduk dan sikap kepimpinan DAP yang akhirnya menyebabkan mereka keluar Pakatan Rakyat dan menyebabkan tumbangnya Kerajaan Pembangkang di negeri itu.Tindak-tanduk kepimpinan DAP sejak 8 Mac 2008 sehingga kini terlalu angkuh, sombong, chauvinis, ekstremis dan diktatorial yang keterlaluan, malahan amat biadap terhadap orang melayu dan islam.

Di Pulau Pinang kenyataan Jeff Ooi melabelkan Razali, Ahli Majlis Pulau Pinang dan Jemaah Islah Malaysia sebagai ekstremis, fundamentalis dan teroris kerana mengkritik kerajaan pimpinan Lim Guan Eng selain melabelkan PKR dipenuhi sampah-sarap kerana kritikan terbuka beberapa orang wakil rakyat parti itu. Sikap dauble standad dan dasar 'Middle-Malaysia'Guan Eng diantara kepimpin DAP, PKR dan Pas menyebabkan pentadbirannya menjadi kucar kacir dan pada hari ini MP PKR dengan suka rela mengistiharkan diri keluar dari pakatan pembangkang dan menyertai bebas dan dijangka selang beberapa hari lagi akan keluar lagi beberapa pemimpin PKR yang lain menurut jejak langkah MP tersebut.

janji semasa pilihan raya Permatang Pasir untok melantik Adun PAS Salleh Man sebagai Exco dan melantik ADUN tersebut sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang semuanya adalah pembohongan Anwar kepada pengundi. Sebaliknya Guan Eng terus memberi tekanan kepada orang melayu di Pulau Pinang, selain dari pencerobohan terhadap rumah kedai milik orang2 melayu terbaru pula Guan Eng tidak membenarkan perarakan mauludil rasul yang dijangka diadakan nanti.

Di Kedah,tindakan seorang Adun DAP mengugut kerajaan Negeri Kedah dan mengisytiharkan keluar daripada Pakatan Rakyat semasa isu perobohan pusat penyembelihan babi di Alor Setar. Sikap2 pemimpin DAP ini menyebabkan Kerajaan Kedah dibawah pas juga menjadi panas punggong.

Kepimpinan DAP ini sudah menjadi golongan 'untouchables' pemimpin2 melayu dalam pakatan pembangkang sudah menjadi zombies kepada golongan tersebut. Siapa sebenarnya yang lebih cerdik Anwar, Haji Hadi atau Kit Siang? diantara zombies2 yang paling cerdik adalah Nik Aziz...hari ini cakap lain, esok cakap lain... yang rusaknya melayu dan islam itu sendiri.

SAHABAT SEPERJUANGAN NIK AZIZ BATAL MAULUDILRASUL

Umat Islam hari ini terus tertekan. Tanggongjawab umat Islam sama sahaja walaupun dimana2, kita tetap pertahankan imej kita umat islam jika diaibkan. Ibarat cubit tangan kanan tangan kiri juga terasa. Apa yang berlaku keatas melayu dan Pulau Pinang pada hari ini sudah kita jangkakan. Kalau di Kelantan orang2 melayu dan islam berpecah gara2 politik pimpinan Nik Aziz. Cara pendekatan islam yang pas ambil ternyata banyak memporakperandakan orang islam di negara ini. Tidak peliklah kalau kita tengok orang melayu dan islam tertekan di Pulau Pinang dibawah pentadbiran Guan Eng tersebut kerana DAP sudah terangan musuh kepada islam. Di Kelantan majoritinya semuanya islam pun boleh berpecah belah apatah lagi Pulau Pinang yang rata2nya cina dan berkerajaankan kapir harbi DAP. Dalam politik semuanya boleh berlaku, pas letak politik dihadapan. Manakala DAP pula musuh islam dan bangsa melayu yang sudah sekian lama bertapak. Pas sanggup bergabung dengan DAP semata2 gila kepada kuasa mahu memerintah negara. DAP sanggup bergabung dengan pas kerana niatnya mahu mengguna pas mahu melemahkan islam dan orang2 melayu di negara ini.Apa yang kita nampak pemimpin pas menjadi mabuk selepas PRU12 yang lepas. Keegoan pemimpin pas yang berlebelkan islam ketika berceramah hakikat sebenar menjadi penipu dan barua kepada DAP. Pas sanggup mengadaikan agama demi kuasa dan pangkat.

Di Pulau Pinang perarakan maulidul rasul tidak dibenarkan pada tahun ini. Sambutan ini sudah menjadi perkara biasa pada tiap2 tahun sebelumnya. Cara dan tindakan Guan Eng membatalkan perarakan tersebut boleh mengundangkan sesuatu keburukan.Maulidur Rasul adalah satu sambutan aman yang amat penting bagi umat Islam, untuk mengingati Rasulullah S.A.W.

Tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng itu telah jauh menyimpang dari jolokan Khalifah Islam Umar Abdul Aziz yang dilabel oleh Nik Aziz sebelum ini. Kita sama2 mendengar apa kenyataan Nik Aziz selepas ini terhadap tindakan Guan Eng membatalkan maulidul rasul tersebut. Apa agakkan andai sekalian?

Friday, February 12, 2010

UMNO : RUMAH BESAR YANG TIADA PENGHUNI...

BEBASKAN JEFFRYDAMIEN...

Sekali keluar isu panas oleh pembangkang maka bercakaplah pemimpin atau menteri yang berkaitan. Jika kerajaan masih bersikap sedemikian maka rakyat yang menyokong kerajaan terus tertekan. Sejauhmanakah rakyat sanggup mempertahankan kerajaan jika ianya terus ditekan sedangkan usaha dipihak kerajaan sendiri bertindak acuh tidak acuh. Rakyat sudah juak dan muak dengan kerenah pemimpin pembangkang. Sebaliknya jika rakyat bertindak sesuatu pihak kerajaan pula buat2 tidak faham dan mengambil tindakan sesuatu pula terhadapnya. Adakah pihak kerajaan masih belum sampai waktunya untok bertindak tegas atau menunggu keadaan negara huru hara dahulu baru bertindak? kita pun masih samar-samar...

Apa sudah jadi dengan intitusi raja? apa sudah jadi dengan islam? orang2 melayu sendiri di tekan seolah2 kaum melayu adalah golongan pendatang. Sistem kehakiman dan undang2 negara dicabul, pasukan keselamatan dan SPRM diperlekehkan. Kerajaan sebenarnya terlalu bertolak ansur dan ruang kelemahan ini digunakan oleh pembangkang.Kita jangan menunggu badan2 atau NGO dan orang perseorangan tanpil kehadapan bertindak diluar kawalan. Sepatutnya Umno dan Kerajaan perlu bertindak cepat jangan bagi rakyat samakan Umno dan kerajaan seperti rumah besar yang tiada penghuni yang menjadi tempat pembiakan hantu jembalang! yang akhirnya akan mengusik tuannya sendiri...

Sekarang masa yang paling sesuai untok Umno dan Kerjaaan bersatu. Pakatan Pembangkang diambang perpecahan, tuduh menuduh di antara pemimpin mereka. Hari ini pula ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim meletakkan semua jawatannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengumumkan untuk keluar parti itu serta-merta. Dahulu bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Fairus Khairuddin ditendang keluar oleh Guan Eng kerana melihat Fairus sebagai halangan kepada usahanya untuk menterjemahkan agenda DAP di negeri berkenaan. Kalau sebelum daripada ini kita di gemparkan oleh dua ADUN PKR iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (DUN Behrang) dan Osman Jailu (DUN Changkat Jering) membuat keputusan meninggalkan PKR kerana sudah tidak boleh berkompromi lagi dengan DAP yang banyak membuat keputusan dan tindakan yang merugikan Melayu/Islam di Perak.Hee Yit Foong juga turut meninggalkan pakatan pembangkang kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan DAP. Semua tindakan tesebut tiada kaitan dengan Umno Walaupun begitu UMNO/BN tetap dan turut dilabelkan sebagai perampas kuasa di Perak.

Pakatan pembangkang begitu tertekan berdasarkan perubahan sikap Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz dan Presidennya, Abdul Hadi Awang,Perubahan sikap secara tiba2 Nik Aziz yang jelas menunjukkan selama ini amat keras terhadap UMNO mulai berubah. Proses perbicaraan kes liwat ketua pembangkang mereka Anwar Ibrahim telah bermula dan sudah tentu memberi impak yang negetif kepada ketua pembangkang tersebut.

Kami tetap bersama semangat setiakawan...bebaskan Jeffrydamien...

Wednesday, February 10, 2010

NIK AZIZ BERSELINDONG DISEBALIK LAPORAN POLIS


KAFIR MENGKAFIR, KEBENARAN KALIMAH ALLAH, PENULIS SHIT DAN DOA PECAH PERUT LEBIH AZAB...JEFFRYDAMIEN SEKADAR PENULIS BLOG JALANAN BEBASKAN BELIAU...!!!

Fotosalindari :http://pinkturtke2.wordpress.com/2009/04/01/18236/

Dalam kesibukan penulis blog pro pembangkang memfitnah Umno dan Kerajaan tiba2 laporan polis dibuat terhadap Blogger
http:Jeffrydamien09.blogspot.com yang hanya sekeping foto yang mempunyai perlbagai maksud tersirat. Banyak lagi kata2 nista, caci maki dan hina dina di gerbang alam maya dan pemulisan nyata tidak diambil tindakan dan terlepas pandang. Adilkah laporan bertulis yang dibuat oleh pemimpin Pas terhadap Jeffry dengan berpandangan sebelah mata itu?sikap hipokrit pemimpim pembangkang yang hanya nampak kesilapan pihak lain dalam kandang sendiri bergelombang dengan fitnah tidak nampak!

Sikap yang tidak frofesinal ini seolah2 cuba berselindung dari melakukan kejahatan sendiri. Kesalahan Jeffry tidaklah sebesar mana jika dibanding dengan kenyataan Nik Aziz memburukkan sesama islam dalam Umno. Mempermainkan kalimah Allah dengan menyokong pihak gereja menggunakan kalimah tersebut. Menuduh pemimpin dan penyokong Umno kapir dan pergi jahanam sama Umno. Mengatakan kepada Tun Mahadhir maha firaun dan sanggup mendoakan pemimpin kerajaan yang diketuai oleh DS Najib sehingga pecah perut. Nik Aziz cakap tidak serupa bikin menyebabkan umat islam di negara ini menjadi keliru dan berpecah sama sendiri. Kesan daripada itulah lahirnya penulis2 blog yang liar apabila situasi begini berlaku tuduh menuduh hentam menghentam dalam penulisan terus berlaku dan Jeffry menjadi mangsa keadaan tersebut. Sikap Nik Aziz membuat laporan terhadap Jeffry hanya boleh memberi lebih keseronokan kepada penulis blog pembangkang menghentam kerajaan tidak lebih dari itu. Salahkah kita mempertahankan maruah pemimpin negara yang telah banyak berjasa kepada kita? Pendekatan islam pas mengikut rentak dan acuan pemimpinnya. Kalau pemimpinnya melakukan sesuatu semuanya elok. Apa tidaknya sudah sekian lama penulis blog yang pro pas membuat fitnah kepada pemimpin Umno dan diakui sendiri oleh Nik Abduh tetapi tidak diambil perhatian oleh pemimpin pas lain khasnya Nik Aziz. Peranan penulis blog sebegini lah yang telah menyumbang kejayaan kepada Nik Aziz dan pembangkang dalam PRU12 dimana pembankang dapat memerintah 5 negeri.

Sikap cakap terlau mudah dan payah nak lakukan yang lebih kepada suka mengkritik dan memfitnah pemimpim kerajaan disambut dengan baik oleh penulis blog anti kerajaan seumpama ayam mendapat ubi. Penulis blog Pro pembangkang sudah menjadi zombies kepada pemimpin mereka. Nik Aziz pernah berkata dengan syaitan pun boleh berkawan asalkan dapat menjatuhkan kerajaan Umno, Tuhan pun samseng dan carut mencarut pun dibolehkan sebab Tuhan sendiri pun mencarut. Tetapi sayangnya apabila Jeffry melakar sekeping gambar seperti itu terus membuat repot polis hehe... Ramai ulamak dan ilmuan islam di negara ini , tetapi mereka tidak bersikap seperti Nik Aziz. Mungkinkah Nik Aziz terlebih ulama dari para ulamak yang ada walalahuallam... apa yang kita tahu beliau seorang ahli politik yang mabuk kepada kuasa. Sikap dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih tidak boleh terima pulangan paku buah keras dari penulis blog jalanan tersebut apabila terkena batang hidung sendiri.

Dari dahulu lagi Pemimpin Umno dicaci dihina dengan pelbagai cara oleh pembangkang. Di zaman Tun Mahadhir, dizaman Pak Lah sekarang pula DS Najib. Pemimpim kerajaan tidak pernah membuat tindakan keatas penulis blog pro pembangkang yang terangan suka memfitnah.

Keputusan mahkamah membenarkan gereja menggunakan kalimah Allah boleh berdemo, maka berhubung dengan keputusan yang memberikan hak kepada Zambry sebagai MB Perak yang sah juga boleh berdemo. Dari kenyataan begini masih patutkah lagi kita menghormati Nik Aziz?
Nik Aziz sendiri pernah mengatakan, kita dibolehkan membuat jahat kepada sesaorang jika sesaorang itu membuat jahat kepada kita.

Ada orang bertanyakan kepada Pakmie, bolehkan kita percaya lagi atas cadangan Nik Aziz mahu duduk semeja dengan Umno. Kalau Umno bersedia menerima apa sahaja kenyataan dari Nik Aziz terimalah cadangan itu. Nik Aziz pernah berkata sampai bila pun beliau dendam kepada Umno. Nik Aziz tetap menyalahkan Umno kerana gagal menyatupadukan umat islam di negara ini. Umno juga bersikap islam liberal tidak mengikut islam sebenar. Apa yang ingin pas lakukan Umno menghalang. Katanya pas lah memperjuangkan islam sebenar di negara ini.


Tuesday, February 9, 2010

LIWAT 11 - ANWAR DAN SAIFUL MENCARI KEBENARAN...


Siapa tipu siapa?

Motif sebenar Anwar kaitkan kesnya dengan persalahkan Umno dan kerajaan sebenarnya orang sudah tahu dan dapat mengagak. Kalau tidak cuba mengalih pandangan rakyat apa lagi tujuan Anwar berbuat demikian. Anwar tidak sepatutnya meletakan kesalahannya kepada pihak lain. Lepas satu perkara satu perkara sengaja dibangkitkan. Sebenarnya rakyat mahu mendengar keputusan mahkamah yang adil bukannya dengan cara mainan karenah Anwar. Dibelakang Anwar selain dari terdapat peguam2 yang hebat yang di ketuai oleh Karpal dan barisan MB dan para exco pakatan pembangkang beliau juga dikelilingi oleh penyokong buta tuli yang sengaja mahu menimbulkan huru hara. Selain dari ketidakadilan di pihak Saiful situasi begini juga merugikan masa dan membazir wang kerajaan.

Kalau kes liwat 1 pada tahun 1998 Anwar kaitkan kesnya dengan Tun Mahadhir dimasa itu Anwar berjawatan TPM. Dalam kes liwat kali kedua ini Anwar hanya penasihat kepada PKR sahaja. Buat apa Umno dan kerajaan mahu menjatuhkan kerier politik Anwar dengan cara tuduhan yang sama? kalaulah Umno dan kerajaan itu jahat kenapa tidak sahaja lemparkan tuduhan seumpamaan itu kepada Haji Hadi atau Nik Aziz? rasanya dari segi politik mereka berdua itu lebih berpengaruh daripada Anwar. Kalau nak difikirkan dari segi logik Muhyiddin sebagai TPM dan pemimpin kanan Umno dan kerajaan yang lain lebih berbaloi jika DS Najib mahu lakukan. Saiful meruapakan pegawai khas kepada Anwar sendiri, Anwar terkenal seorang yang pintar dan cerdik tak kan tidak dapat kesan dari mana2 sumber pembelokan Saiful tersebut, lagi pun kemana Anwar pergi Anwar tidak ketinggalan membawa Saiful bersama.

Sepatutnya Anwar butikan dengan sebaik yang mungkin beliau tidak bersalah bukan dengan cara menangguhkan pembicaraan. Siapa yang bersalah biarlah mahkamah yang putuskan, yang penting sama2 buktikan bahawa kita tidak bersalah. Berdepanlah dengan kejantanan kalau kita buat beranilah tanggong bukannya dengan cara lari dari pembicaraan. Kalau bersumpah kita kita tidak mahu, bicara pun kita tidak mahu apa sebenarnya yang kita mahu? sudah lebih 15kali penangguhan pembicaraan yang memihak kepada kita. Apa lagi yang kita tidak puas hati? Dimana keadilan sebenar di pihak Saiful?

Saiful sebagai saksi pertama pendakwaan yang juga pengadu dalam kes itu, setakat hari ini telah selesai memberi keterangan pada peringkat pemeriksaan utama.

Terdapat mesej ancaman bunuh terhadap Saiful di laman peminat facebook Anwar Ibrahim. Manakala bapa Saiful sendiri telah menerima berbagai mesej berupa ancaman di sekitar rumah pula terdapat tanda2 yang mencurigakan. Ini merupakan suatu ancaman yang serius kepada keluarga dan diri Saiful.

ZAMBRY TETAP MB PERAK YANG SAH





Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.


Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Moh Sheriff, mengetuai panel lima orang hakim yang mendengar kes tersebut.

Yang lainnya ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.

Keputusan penal hakim tersebut diumumkan oleh Arifin pada jam 11 pagi.

Monday, February 8, 2010

BERKAT DOA UMAT ISLAM NIK AZIZ SANGGUP DUDUK SEMEJA...?

Tahun 1990, 20 puloh tahun berlalu wanita tidak dibenarkan sertai tilawah kerana suaranya aurat. Pada hari ini dibenarkan pula wanita menyertai tilawah al-quraan di Kelantan atas alasan untok mempertingkatkan mutu bacaan di samping melahirkan lebih ramai golongan pelapis wanita dalam dibidang tersebut. Kenyataan tersebut selang beberapa hari lepas Nik Aziz menyarankan cadangan supaya Umno-Pas duduk semeja membincangkan hal2 agama islam dan kenyataannya disokong oleh Haji Hadi.

Berkat doa2 orang2 islam di negara ini membuatkan Nik Aziz terbuka hati untok menarik kenyataannya. Andainya tilawah tersebut tidak dihalang 20tahun dulu dan andaikan kata kenyataan mengajak Umno duduk semeja tersebut dicetuskan 20tahun dahulu sudah tentu pembawakan islam pas bersama Nik Aziz tidak seperti hari ini dan sudah tentunya umat islam di dinegara ini lebih bersatu dan sudah tentu menjadi kuat tidak seperti pada hari ini.

Apabila islam kuat, pas tidak payah lagi bergelombang dengan DAP yang terangan tidak mahu kepada islam di negara ini. Nik Aziz tidak akan menggeluarkan kata2 kesat terhadap sesama islam dalam Umno. Nik Aziz tidak semudah hari ini melabelkan mufti2 dan alim ulamak dalam kerajaan atau yang tidak menyokong parti pas sebagai Ulamak upahan Umno. Nik Aziz mungkin tidak sampai hati mendoakan kepada kepimpinan DS Najib sampai pecah perut. Nik Aziz bersama pemimpin pas yang lain mungkin bersyukur diatas insentif dan kerja kuat Umno kerajaan dapat membayar gaji dan elaun kepada wakil rakyat mereka yang sudah sekian lama. Orang2 bukan islam juga sudah tentu tidak berani mempermainkan islam dan kalimah Allah.

Mungkin juga kalau Nik Aziz menjaga menggeluarkan kenyataan yang bukan2 yang boleh memecahbelahkan sesama islam, kumpulan mereka dapat menyekat tindakan Karpal dan DAP menuduh Anwar Ibrahim sebagai peliwat sekaligus mendesak Tun Mahadhir supaya memecat Anwar sebagai TPM diwaktu itu. Tapi sayang sekali pas bersama DAP di waktu itu menjelajah seluruh negara membuka aib Anwar. Karpal mengepalai DAP dan Mohd Sabu mengepalai Pas , sehingga nama Anwar al-juburi panggilan Mohd Sabu terhadap Anwar kekal sehingga hari ini.

Itu kesah dan peristiwa kesilapan pas dan Nik Aziz 20tahun dahulu. Pada hari ini Nik Aziz sudah menarik balik beberapa kenyataannya. Tetapi yang menjadi tanda tanya iklaskah kenyataan Nik Aziz tersebut? atau disebabkan beliau tertekan inginkan kepada sesuatu?? kalau kita tengok gaya dan lenggok bahasa yang lepas2 sukar untok kita mempercayainya, sering berubah2 dan suka pula menyalahkan pihak lain. Andainya itu berlaku amat bertambah lagilah malangnya nasib masa depan kita orang islam di negara ini. Kalau hari ini seorang sahaja pemimpin dituduh peliwat, apakata 20tahun lagi kes seumpama ini? Kerana kita terlalu asyik bermain politik kita tidak sedar apa yang berlaku sampai kek pun boleh kita beli beribu2...kononnya kitalah yang bijak, kitalah yang kuat pengaroh, kita yang cerdik,kitalah yang banyak ilmu,kitalah yang kuat agama, kitalah yang betul dan benar dan orang lain semua islam plastik. Akhirnya kita jadi megah dan sombong dan tidak peduli lagi kepada orang...kuasa dan duit segala2nya kita orang hebat! syaitan pun boleh jadi kawan, Tuhan pun mencarut dan sampai syurga neraka pun kita boleh tentukan...lelaki perempuan sama sahaja.

Kalau Nik Aziz sanggup menarik kenyataannya, kenapa pula DAP tidak boleh menarik kenyataan yang tidak mahu kepada islam? Nik Aziz dan Karpal kan merupakan sekutu dan sahabat baik dalam gabungan pakatan?. Anwar boleh menyatukan Pas dan DAP dalam pakatan, sudah tentu Anwar boleh menolong memujuk DAP supaya menerima dasar2 islam pas tersebut. Barulah boleh Nik Aziz mendabik dada berjuang untok islam seperti yang Umno lakukan dalam BN..Dahlah .kita tidak boleh buat, kita kata pula Umno tidak ikut islam hehe ...Nik Aziz dan Anwar dalam pakatan hanya mengejar kuasa...Nik Aziz dan Anwar takut kepada DAP. Jika berterusan begini bersama DAP mereka merupakan pengkianat kepada islam dan melayu di negara ini, dan segala kenyataan yang di keluarkan oleh kedua2 pemimpin tersebut kita tidak boleh percayai lagi.Kenyataannya lebih kepada kepentingan politik gila kepada kuasa mengguna agama dan bangsanya sendiri.

Saturday, February 6, 2010

IDEA DUDUK SEMEJA NIK AZIZ HANYA BONEKA

IDEA KERAJAAN PERPADUAN HAJI HADI DIHALANG...IDEA DUDUK SEMEJA PULA DICETUSKAN


Untuk menilainya, lihatlah sendiri kronologinya...

1. 5 Jun 2009 – Presiden PAS, Abdul Hadi dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas Ke-55 di Stadium Malawati, mempertahankan ideanya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan semua pihak termasuk UMNO bagi menyelesaikan masalah negara.
2. 5 Jun – Calon Timbalan Presiden, Husam Musa berpendirian cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan tidak menguntungkan parti itu dan melihat ia tidak sesuai dilaksanakan.
3. 6 Jun – Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa sekali lagi menegaskan bahawa kesediaan untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk UMNO merupakan keputusan yang dibuat oleh parti dan bukannya beliau sebagai individu. Mengenai idea kerajaan perpaduan beliau menjelaskan, ia membabitkan soal perbincangan tentang isu yang boleh memberikan kebaikan kepada negara.
4. Abdul Hadi memaklumkan bahawa konsep kerajaan perpaduan diiktiraf dan diterima oleh DAP dan PKR. ‘Namun dalam reaksi segera mereka, DAP dan PKR menafikan perkara tersebut. Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali menyangkal dakwaan Pas bahawa PKR menyokong pembentukan kerajaan perpaduan. ”Pada masa yang sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut menyangkal dakwaan Abdul Hadi bahawa parti berkenaan positif mengenai kerajaan perpaduan. 5. 7 Jun – Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, parti itu akan membincangkan cadangan kerajaan perpaduan dengan rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Presiden akan datang.
6. 7 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan keterbukaan UMNO terhadap konsep kerajaan perpaduan hasil idea Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin adalah bukti bahawa kerajaan tidak pernah menutup ruang untuk sebarang jalinan kerjasama dengan mana-mana pihak.
7. 8 Jun – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang nyata tidak dapat menyembunyikan rasa tidak senang hati terhadap isu kerajaan perpaduan. Malah dilaporkan juga bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu secara terbuka telah menafikan kenyataan Presiden Pas yang mengatakan ada memberi penjelasan kepada pimpinan pakatan pembangkang mengenainya. Kemarahan Guan Eng terluah sendiri dengan anggapan ke atas Hadi sebagai orang kuat beragama bukan saja perlu menjawab pada DAP dan pakatan pembangkang tetapi juga pada Tuhan. Guan Eng berkata PAS tidak memberitahu apa-apa kepada mereka mengenai hal itu.
8. 9 Jun – Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat mengulangi pendirian peribadinya untuk terus menolak cadangan mengadakan sebarang rundingan atau menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO. Menurutnya, isu kerajaan perpaduan yang ditimbulkan sebelum ini bukan dasar Pas sebaliknya dikemukakan oleh ahli dan ia diperhalusi di peringkat jawatankuasa parti itu.
9. 9 Jun – Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Mustapha Ali telah meminta semua pimpinan PAS dan pakatan pembangkang berhenti bercakap mengenai hal kerajaan perpaduan. Katanya perbincangan untuk tujuan itu tidak relevan buat masa ini.
10. 10 Jun – Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh meminta Pas menilai semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang berikutan hasrat parti itu untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO. Menyatakan kesabaran parti itu ada hadnya, Karpal berkata, Pas tidak sepatutnya meneruskan agendanya itu yang akan menjejaskan lagi pakatan pembangkang. Katanya, Pas sepatutnya tidak bersikap keterlaluan dengan membuat kenyataan, terutamanya untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO.
11. 11 Jun – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas golongan dalam parti itu yang terus mempertahankan cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan perpaduan sambil menyifatkan mereka sebagai ‘boneka UMNO’. Malah beliau yang sebelum ini lantang menolak idea kerajaan perpaduan sejak ia dicetuskan oleh Abdul Hadi menggambarkan cadangan itu sebagai ilham UMNO sendiri.
12. 11 Jun – Idea kerajaan campuran masih kabur, malah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri berdolak-dalik sewaktu mengulas mengenainya. Walaupun diasak, Abdul Hadi berkata, beliau akan membuat penjelasan sekiranya ditanya oleh ahli parti dan kepimpinan pakatan pembangkang.
13. 14 Jun – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan kenyataan kerasnya terhadap mereka yang menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya merupakan nasihat awal. Namun beliau mengingatkan bahawa nasihatnya itu mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggapnya sebelum ini sebagai ‘ilham’ UMNO.
14. 12 Jun – Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini menyelar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menyifatkan Presiden Pas itu sebagai memalukan pakatan pembangkang berikutan cadangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO. Sehubungan itu, Karpal meminta Abdul Hadi memohon maaf kepada bukan sahaja DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai rakan dalam pakatan pembangkang tetapi juga kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Cadangan untuk berunding dengan UMNO adalah satu pelanggaran secara nyata terhadap kejujuran kerjasama dalam pakatan pembangkang.
15. 16 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam komen terbarunya menegaskan beliau melihat PAS ikhlas dengan cadangan itu perpaduan dan UMNO tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh membawa kepada kebaikan negara.
16. 16 Jun – Timbalan Presiden PAS, Nashruddin Mat Isa pula ketika mengulas penegasan Najib tersebut menyifatkan ia kenyataan satu langkah ke hadapan.
17. 16 Jun – Anwar Ibrahim menegaskan bahawa PKR bersedia berbincang dengan Perdana Menteri dalam isu lain tetapi bukannya soal kerajaan perpaduan.
18. 17 Jun – Datuk Nik Aziz yang bantah habis bincang perpaduan dengan UMNO minta Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa keluar PAS dan masuk UMNO.
19. 17 Jun – Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar kata Presidennya ada kebijaksanaan selesaikan isu kerajaan perpaduan tetapi enggan ulas kenyataan Nik Aziz suruh Nasharudin keluar parti. 20. 17 Jun – Menteri Besar Kedah, Azizan Razak kata tidak wajar Nik Aziz buat kenyataan melulu minta Nasharudin letak jawatan.
21. 18 Jun – Seramai 10 orang Ahli Parlimen PAS Khamis telah menandatangani satu kenyataan menolak sebarang perbincangan dengan UMNO . Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri menegaskan pakatan pembangkang yang ada sekarang adalah kerajaan perpaduan dan tidak perlu cari yang lain.
22. 18 Jun – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bayangkan tidak akan campur rundingan perpaduan kerana anggap ia adalah inisiatif PAS dan bukannya pakatan pembangkang.
23. 20 Jun – Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali kata PAS tidak berminat untuk berbincang dengan UMNO berkaitan perpaduan buat masa ini. 24. 20 Jun – Kenyataan berbeza, Lim Kit Siang kata beliau tidak menentang UMNO-PAS berbincang tetapi persoalkan apa tujuan dua parti Melayu duduk semeja?
25. 21 Jun – Nik Aziz kata beliau sedia ampun UMNO jika UMNO meminta maaf kerana ‘tikam belakang’ PAS dulu (PAS terpecat dengan sendirinya daripada anggota BN kerana enggan menyokong BN di persidangan Dewan Rakyat).
26. 21 Jun – Nik Aziz ulang pendirian menentang kerajaan perpaduan kerana ia tidak dibawa menerusi saluran yang betul.
27. 22 Jun – Anwar Ibrahim maklumkan bahawa pakatan pembangkang yang selesai bermesyuarat memutuskan tolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO/BN. Anwar kata idea perpaduan tersebut adalah fitnah dan tohmahan jahat UMNO yang terdesak. 28. 22 Jun – Presiden PAS, Hadi Awang kata jika ada perbincangan dengan kerajaan iaitu BN/UMNO ia hanya akan membabitkan isu nasional dan PAS patut diberi hak berbincang. Hadi salahkan UMNO dengan mengatakan bahawa cara UMNO bicarakan soal perpaduan seolah-olah untuk gunakan PAS dan bawa PAS tinggalkan pakatan campuran.
29. 22 Jun – Kenyataan bersama, semua parti dalam pakatan campuran ulangi komitmen untuk terus bersama perkasakan pakatan campuran bagi bentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.
30. 22 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terima keputusan pemimpin pembangkang tolak runding perpaduan dan katanya BN hanya sahut cadangan PAS sahaja.
31. 22 Jun – Nik Aziz tarik balik semua kenyataan terhadap Nasharudin selepas bersemuka dan ulangi keputusan pakatan campuran tolak kerajaan perpaduan.

Kesimpulan: Pemimpin PAS yang berbalah, umumnya mereka memulakan dengan cadangan dan apabila UMNO menghulur tangan secara terbuka, pelbagai syarat dikenakan lantas apabila tidak dipenuhi maka UMNO dipersalahkan. Peliknya, UMNO/BN dituduh buat fitnah dan terdesak!...Letih-letih...

Umno online.

UNITY GOVERMENT NIK AZIZ...MENAMBAH LUKA ATAU SEKADAR MENUTUP PARUT?

Cadangan Nik Aziz hanya gula-gula, tutup kemelut pembangkang...

KUALA LUMPUR 5 Feb. - Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdamai dengan UMNO hanyalah 'gula-gula' untuk terus menuntut royalti minyak bagi negeri Kelantan.

Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mohamed Mustapha Ishak berkata, selain itu, tindakannya juga mencerminkan keresahannya untuk menutup kemelut politik dalam pakatan pembangkang.

Menteri Besar Kelantan itu, katanya, sebelum ini dengan tegas mahu memperkukuhkan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, justeru tidak mungkin sewenang-wenangnya beliau mahu menamatkan perseteruan itu.

''Sukar untuk mentafsir Nik Abdul Aziz, kerana beliau boleh membuat pusingan sehingga 360 darjah untuk membuat sebarang keputusan.

''Sememangnya kita terkejut dengan cadangannya semalam, tidak ada ribut dan angin tiba-tiba ubah pendirian sedangkan selama ini beliau yang menjadi penghalang besar untuk Pas dan UMNO berdamai,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang mencadangkan Pas dan UMNO duduk semeja berbincang dan menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti dokongan orang Melayu itu.

Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini menolak usaha kerjasama Pas dengan UMNO melalui hujahnya bahawa Pas akan masuk perangkap UMNO dan kerajaan perpaduan hanyalah boneka UMNO, tetapi pendiriannya semalam berubah malah akan berasa gembira jika perbincangan itu menjadi kenyataan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, cadangan pemimpin paling popular dalam Pas itu telah menimbulkan kemusykilan banyak pihak.

''Nik Aziz benar-benar memeningkan kepala ramai orang, dia sudah tidak tahu apa dia sendiri cakap, adakah ini strateginya untuk tarik sokongan atau pun sebaliknya, kita belum pasti.

''Pendirian beliau tidak menentu, dulu siap letakkan syarat jika UMNO mahu duduk semeja dengan Pas, tapi semalam tiada sebarang syarat pula, apa sebenarnya beliau mahukan,'' katanya.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Tan Sri Abu Zahar Ujang pula mengalu-alukan cadangan baik Menteri Besar Kelantan itu.

Beliau berharap, kali ini Nik Abdul Aziz benar-benar ikhlas dengan apa yang diperkatakannya itu.

''Kita minta supaya Nik Abdul Aziz tidak mempolitikkan cadangannya itu kali ini kerana jika tidak, beliau akan memburukkan imejnya sendiri sebagai guru agama yang disegani.

''Di pihak UMNO, saya merasakan mereka dari awal telah menunjukkan keikhlasan untuk sentiasa bersedia berunding dengan Pas tetapi kali ini terpulang kepada UMNO untuk mentafsir bahawa ia sebagai satu muslihat atau sebaliknya,'' kata beliau.

Ulasan Pakmie...


Cadangan yang baik, tetapi belum tentu iklas atau tidak...sebab Umno biasa dah kena hehe...Pelbagai andaian boleh dibuat dari kenyataan Nik Aziz, budak hingusan pun tahu bila teliti balik cara dan bagaimana beliau bercakap dan menggeluar kenyataan sebelum ini. Secara awal dan ringkasnya Pakmie setuju apa yang Ibrahim Ali bagi komen tentang kenyataan tersebut "Nik Aziz tidak tahu apa yang beliau cakap..."lagi satu...berpolitik mahu untong semata, tidak mahu rugi...buatlah apa saja asal untong! buatlah apa saja asal orang menyokong kita...sampai berkawan dengan syaitan pun dibolehkan.

Susah kita hendak agakan iklas atau tidak sebab beliau 24jam bermain politik. Semua perkara berpolitik! makan politik...tidor politik...liwat politik...Berkaitan dengan islam sekali pun dia masih berpolitik...Penggunaan isu kalimah Allah oleh orang bukan islam ditentang habis-habisan oleh Umno dan Kerajaan dari awal lagi, akhirnya Umno juga yang kena bahkan ada pemimpin pembangkang yang menuduh Umno menjadi dalang membakar gereja. Suatu ketika dahulu menggeluar kenyataan "pergi jahanam sama Umno, seminggu selepas itu ikuti majlis DS Najib ke Pekan dengan memuji2 layanan DS Najib pula..."

Terbaru dalam soal tidak mahu duit ehsan menggantikan duit royalti sehingga tidak membenarkan kerajaan negeri campor tangan dengan tidak menghantar wakil untok bincang bagaimana cara agihan duit itu kepada rakyat Kelantan. Apabila Kerajaan pusat istihar duit ehsan akan disalurkan kepada Kelantan sebanyak 20juta, apa pula Hussam Musa kata sepatutnya 40juta bukannya 20juta...

Pemimpin pas Kelantan tidak bersunggoh2 mengatasi masalah rakyat yang rata2 dibawah paras kemiskinan. Mereka sibuk berpolitik kesana kemari untok menjaga pangkat dan kuasanya, biar pun apa nak jadi kepada rakyat.

Ada juga orang kata agaknya Nik Aziz terkejut beruk mengikuti pembicaraan liwat Anwar dihari pertama tempohari sebab itu tiba2 mengajak Umno duduk semeja berbincang tentang islam yang sudah sekian lama di persetujui oleh Umno tetapi Nik Aziz sendiri juga yang menjadi penghalangnya...akan adalah selepas ini apa2 yang Nik Aziz akan kata bila pemimpin Umno bagi komen kenyataan beliau itu. Mungkin dengan syarat Umno menerima dasar islam pembawakan pas baru Nik Aziz boleh terima hehe...kita tunggu dan lihat. Pemimpin tiga empat kerat dan erdogan macamana takkan diam membisu kot...?

Masalah yang berlaku dalam pembangkang bukan sahaja dalam pas, dalam DAP dan dalam PKR juga atau pun Nik Aziz cuba mengalih isu dari pandangan rakyat. Penasihat PKR, Anwar Ibrahim sedang menghadapi proses pembicaraan tuduhan kes liwatnya bersama Saiful.

Akhir, Pakmie cuba mengulas dari apa kenyataan Nik Aziz keluarkan. Banyak entry dalam blog ini berkisar tentang ulusan2 kenyataan pemimpin2 tidak kira pemimpin kerajaan atau pembangkang. Ada juga rakan2 meninggalkan komen mengutuk penulis sebab menyentuh tentang Nik Aziz dan rakan2 pemimpin pas yang lain. Bagi penulis...jika kita tidak mahu kaki kita disepak jangan kita cuba bermain bola. Kalau pemimpin bercakap macam2 yang tidak betul, takkan kita yang masih boleh berfikir tidak boleh menegurnya? kita iklas cuba bagi pandangan membetulkan kepada kawan2 yang lain. Begitu juga kalau kita rasakan kita seorang bertaraf Tok Guru kena jagalah setiap tutur kata kita, sebab islam bukan hak milik kita seoarang. Ini tidak bila bercakap boleh mengalah Tok Jahil. Orang2 islam yang lain akan tetap mempertahankan jika ada orang cuba memutarbelitkan islam itu sendiri. Jangan politikkan agama dalam mencari pengaruh. Kita juga sama2 ada kuasa, marilah kita guna kuasa kita dengan menolak jauh2 pemimpin yang haprak ini.

Add to Google

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..