Followers

Wednesday, March 31, 2010

KENYATAAN TUAN GURU AYAH LAH TERHADAP NIK AZIZ

NIK AZIZ SESAT DAN MENYESATKAN

Bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam.Kami golongan pondok sebenarnya dibuai oleh Pas sejak negara mencapai kemerdekaan, mereka menyebarkan dakyah kononnya UMNO sengaja tidak melaksanakan hukum Islam walaupun telah diberikan kebebasan 100 peratus oleh British.Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya.


Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan. Baginya apa yang penting pembaharuan dalam agama perlu diteruskan walaupun umat Islam berpecah.Saya mengkaji semula perlembagaan negara dan saya menemui bahawa kemerdekaan itu bukannya hak mutlak orang Melayu Islam tetapi sebahagian kecil tanah air ini mungkin 20 peratus telah ditinggalkan untuk penganut agama lain.Selepas itu, saya menyedari bahawa UMNO yang memerintah melalui gagasan Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan 'darurat' yang mana sebahagiannya terpaksa dikongsi bersama dengan orang bukan Islam maka tidak wajib bagi kerajaan untuk melaksanakan hukum hudud dan takzir sepenuhnya.Gagasan Malaysian Malaysia atau pun Malaysia Sederhana yang menyamaratakan hak semua kaum dan agama tidak boleh diterima sama sekali demi menjaga kesucian agama Islam dan hak-hak orang Melayu sebagai kaum pribumi.


Saya sedar apabila saya bercakap mengenai perkara ini, penyokong-penyokong Pas dan pakatan pembangkang akan menuduh saya sebagai 'ejen UMNO'. Saya tidak kisah demi agama, bangsa dan negara. Mungkin saya akan menyertai UMNO dalam tempoh dua tiga tahun lagi tetapi buat masa sekarang saya masih ahli Pas yang mahukan perpaduan di antara umat Islam, UMNO dan Pas.Sekiranya UMNO meneruskan perjuangannya untuk umat Melayu dan Islam seperti mana yang kita nikmati selama ini dan bertambah baik pada setiap tahun, tidak mustahil untuk saya menyertai UMNO.


Untuk pengetahuan umum, institusi pondok di Kelantan telah lama menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak ada siapa yang berani bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah termakan budi dan bimbang tidak akan menerima lagi bantuan seperti mana yang dinikmati hari ini.Selepas penentangan secara terbuka terhadap Nik Abdul Aziz, pelbagai sekatan saya terpaksa lalui. Sebagai contoh ada antara masjid di negeri tidak membenarkan lagi saya menyampaikan kuliah malah sesiapa yang menghadiri kuliah saya tidak akan menerima bantuan seperti biasa.Sekatan-sekatan itu tidak berkudis pun kepada saya.


Pondok Geting semakin padat, menerima murid lebih ramai dari dahulu. Saya amat yakin dengan perjuangan ini kerana jelas pakatan pembangkang yang disertai Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan hanya menghancurkan umat Islam.Lihat saja apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak ketika di bawah kerajaan boneka DAP. Perkembangan pada masa sekarang menunjukkan DAP yang menjadi tuan kepada pakatan pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti mengikut telunjuk DAP semata-mata untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri manakala Pas mengikut membabi buta, sehingga Nik Abdul Aziz dan Lim Guan Eng tidak jauh bezanya.


Perlu diingat golongan pondok bukannya jumud dan tertutup seperti mana yang digambarkan. Kami di sini mengikuti perkembangan politik negara secara dekat, cuma tidak bersuara. Saya sendiri membaca sekurang-kurangnya dua akhbar sehari malah kadang kala tujuh akhbar termasuk tabloid parti pembangkang. Saya merujuk semua perkembangan ini dengan kitab-kitab ulung Islam mengenai politik seperti tulisan Imam Nawawi, Sheikh Ibnu Hajar dan Imam Hambali yang jelas menunjukkan apa yang dilakukan oleh UMNO tidak bertentangan Islam.


Ketika suara saya mula disiarkan di Utusan Malaysia akhir tahun lalu, Persatuan Pondok Berhad telah mengeluarkan kenyataan bahawa saya tidak mewakili mereka malah tidak mempunyai tauliah untuk berceramah agama. Itu semua sandiwara kerana persatuan itu ditekan oleh kerajaan Pas Kelantan.Saya mempunyai tauliah daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan sehingga sekarang masih menjadi pengarah persatuan tersebut serta sentiasa dipanggil untuk menghadiri mesyuarat.Berbalik kepada persoalan pokok, perpaduan sesama umat Islam amat penting. Biar apa pun perbezaan ideologi politik marilah kita bersatu kembali dan lupakan persengketaan, kembali kepada kepada perintah Allah SWT bahawa hendaklah kamu sentiasa memperbaiki saudara-saudara kamu.


Maknanya, kalau ada perselisihan, hendaklah kamu mendamaikan antara kedua-duanya (surah Al-Hujurat ayat 10).Sebagai umat Islam kita perlu mentaati pemerintah selagi ia tidak kufur kepada Allah. Tindakan menentang dan menyebakan keburukan kerajaan akan memberikan ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mengambil peluang untuk mengganggu gugat urusan negara sehingga menimbulkan pelbagai ancaman.OLEH: Tuan Guru Abdullah dari pondok Genting Tumpat, di Utusan Malaysia bertarikh 21 March

Saturday, March 20, 2010

PAS SUDAH LUPA DARATAN

PEMIMPIN PAS "PENING"MEMPERTAHANKAN KERENAH NIK AZIZ
Dengar cerita terbaru semakin ramai pemimpin PAS bukan sahaja pening tetapi sudah sakit kepala memikirkan beberapa isu yang dikaitkan dengan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Sebelum ini, isu menantunya Ariffahmi Abdul Rahman yang berakhir gugur jawatan sebagai Ketua Pegawai Ekskutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), isu Bazar Tok Guru dan tapak tanah Rumah Kelantan di ibu negara.
Ketika isu Ariffahmi, beberapa pemimpin diketuai Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa merayu Menteri Besar Kelantan itu bertindak terhadap menantunya itu.
Khabarnya, pemimpin-pemimpin PAS sudah penat ‘bersilat’ mempertahankan Tok Guru Nik Aziz dalam banyak isu kerana bisa mulutnya yang main hentam cakap sahaja jika komen fasal sesuatu itu termasuk banyak yang nampak menghalalkan perjuangan PKR dan DAP.
Ada antara mereka anggap Nik Aziz pakai dua kitab.Untuk hukum kerajaan BN dan UMNO kitab lain, untuk PAS kitab lain.Maksudnya, apa UMNO buat salah tetapi PAS sebaliknya.
Apa yang jadi masalah, ada pemimpin ‘sudah penat’ terpaksa mempertahankan Nik Aziz apabila beliau buat silap atau salah.Malah tidak mustahil tindakan seperti itu hanya merosakkan imej PAS dan silap-silap boleh jadi ‘kerana nila setitik, habis susu sebelanga’.Inilah yang mula dibimbangi pemimpin-pemimpin PAS.
Terbaharu, pendedahan Syed Azidi Syed Aziz @ Kickdefella dalam blognya mengenai kredibiliti Menteri Besar Kelantan itu dalam isu pemberian kompatmen balak kepada pihak tertentu terus menyakitkan kepala pemimpin-pemimpin PAS.
Syed Azizi bekas pegawai PMBK mendakwa anak kepada Razak Abas bekas Ketua Penerangan PAS Kelantan mendapat limpahan nikmat balak daripada kerajaan Kelantan pimpinan PAS.
Beliau menyenaraikan nama 11 syarikat sebagai senarai pendek daripada ribuan syarikat yang mengejar habuan dari Kerajaan Negeri Kelantan dan ia disenaraikan di sini tanpa prejudis dan sekadar bagi memudahkan kita memahaminya.
Senarai itu memapar pembabitan anak Razak dikenali Roshaimi yang keluar masuk syarikat berkenaan bermula tahun 2000 hingga 2007.
Kickdefella turut mempertikaikan mengapa di bawah Nik Aziz, hasil kekayaan negeri hanya dibahagikan kepada beberapa kerat orang yang sudah kaya atau yang sudah dikayakan oleh Nik Aziz.
Beliau mempersoalkan mengapa kekayaan itu tidak dibahagikan sama rata dan diutamakan mereka yang belum mendapat peluang.
Dengar khabarnya, usaha wartawan di Kota Bharu mendapatkan komen daripada Nik Aziz pada Rabu mengenai dakwaan Syed Azidi tidak berhasil kerana Menteri Besar itu dikatakan enggan berjumpa wartawan.
Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob yang ditemui Agendadaily di Parlimen mengulas juga dakwaan Kickdefella itu apabila didesak.
“Saya berpegang kepada kata-kata Tok Guru (Nik Aziz). Sesiapapun sama ada dirinya sendiri, exconya atau kakitangan bawahan sekiranya melakukan perkara boleh dianggap kesalahan, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah) boleh masuk bila-bila masa,”
“Tok Guru dah sebut rumah saya dan pejabat saya dibuka 25 jam sehari. Saya mendukung pandangan Tok Guru. Dalam hal ini, sesiapapun kalau SPRM mahu bertindak itu hak SPRM,” katanya.
Salahuddin menegaskan, prinsip parti PAS adalah tidak menghalang apa-apa siasatan atau perkara membabitkan SPRM.
“Sama ada mereka didakwa atau tidak, itu prinsip asas dalam struktur siasatan. Parti sentiasa menegakkan integriti sebaik mungkin sebagai memelihara imej apatah lagi dalam Pakatan Rakyat itu yang kita perjuangkan,” ujarnya.
Ditanya sama ada perlu mana-mana pihak membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan Syed Azidi, beliau menjelaskan sekiranya SPRM anggap dakwaan itu ada kes, terpulang untuk menyiasat atau sesiapa untuk buat laporan.“Kalau ada kes sila SPRM siasat,” tegasnya.
Menurut Salahuddin, parti tidak akan respons terhadap tulisan semata-mata kecuali ada aduan atau siasatan.Persoalannya di sini, adakah Nik Aziz mahu terus menyepi atau kena tunggu pemimpin PAS datang merayunya lagi menerima pandangan parti?

Thursday, March 18, 2010

"ULAMA TEROMPAH" BERGEMA DI PARLIMEN

ANWAR DIMALU OLEH RAKAN SENDIRI...DAN BERTINDAK KELUAR DEWAN


KUALA LUMPUR 17 Mac - Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) hari ini menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila 'memecahkan tembelang' Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat '16 September.'

Pendedahan itu juga menyebabkan Anwar 'panas punggung' sehingga mendorong beliau secara tergesa-gesa meninggalkan sidang Dewan.

Beberapa ahli Parlimen pembangkang lain yang turut 'panas telinga' dengan pendedahan tersebut mengekori Anwar meninggalkan sidang itu.

Ketika itu Zahrain baru sahaja berucap lima minit membahaskan usul ucapan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.

Zahrain mendedahkan bagaimana Anwar membohongi wakil rakyat pembangkang kononnya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti menyertai pembangkang lebih daripada mencukupi.

Anwar kata Zahrain, turut 'menjaja' nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Zahrain yang memulakan ucapannya pada pukul 5.05 petang berkata, Anwar mendakwa kononnya Seri Paduka pada satu ketika pernah menunggu di istana untuk mengesahkan jumlah ahli Parlimen BN yang melompat parti bagi menyertai pembangkang.

''Beliau mengakui bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikannya sebagai Perdana Menteri keenam sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan Persekutuan sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menyokong pelantikan tersebut," tegasnya.

Pada ketika itu, Anwar dilihat bangun sambil berjalan keluar meninggalkan dewan.

Tindakannya itu diikuti ramai wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Tian Chua (PKR-Batu) dan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) pula kelihatan bangun mengherdik Zahrain tanpa mempedulikan nasihat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee yang meminta mereka bertenang.

Dewan menjadi riuh rendah apabila beberapa penyokong kerajaan antaranya Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan); Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) dan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) menjerit 'pengecut,' 'penakut' dan 'kalau berani tunggu' ke arah Anwar bagi mendesak Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak keluar Dewan.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pada ketika itu pula meminta supaya Yang Dipertua Dewan mengarahkan Gobalakrishnan keluar dari dewan kerana terus bangun dan menjerit.

Bagai melepaskan tembakan bertubi-tubi, Zahrain meneruskan perbahasannya dan dengan selamba menggelarkan perbuatan wakil-wakil rakyat pembangkang yang keluar dewan dan mengherdiknya sebagai sindrom penafian.

''Kami juga dibohongi (Anwar) kononnya salah seorang Timbalan Speaker (Dewan Rakyat) akan mempengerusikan usul undi tidak percaya (terhadap) kerajaan dan menyokong pakatan pembangkang mengambil alih Kerajaan Persekutuan," katanya.

Gobalakrishnan yang dilihat masih tidak berpuas hati akhirnya diberi peluang oleh Zahrain untuk mencelah.

Gobalakrishnan yang pada mulanya gagal menyampaikan soalan dengan baik dan ditertawakan beberapa wakil rakyat BN menggunakan ruang itu dengan mendakwa Zahrain keluar PKR kerana gagal mendapat projek mengurus dan menyelenggara sebuah padang golf.

Zahrain menjawab dakwaan tersebut dengan mencabar Gobalakrishnan supaya mengulangi tuduhan itu di luar dewan supaya beliau boleh menyamannya.

Beliau seterusnya mendedahkan punca lain meninggalkan PKR adalah kerana parti itu yang pada mulanya memperjuangkan reformasi dan keadilan kini dilihat tertumpu kepada perjuangan peribadi individu tertentu.

Ahli Parlimen Bayan Baru itu turut menyifatkan Anwar sebagai "raksaksa pelbagai wajah" ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.

Zahrain juga mendedahkan bahawa Anwar yang kini mendabik dada mahu memperkasakan institusi Islam di negara ini pernah menggelarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ulama 'terompah' iaitu satu gelaran yang sinonim dengan tandas atau tempat kotor.

Selain itu, katanya, tindakannya keluar PKR adalah kerana parti itu terlalu 'memperhambakan diri' dan tunduk kepada DAP sedangkan Anwar pernah berjanji kepadanya bahawa mereka tidak akan sesekali mengikut telunjuk DAP.

Perbahasan Zahrain disambung esok.

Sementara itu, beliau yang ditemui selepas itu memberitahu hanya menggunakan kesempatan berbahas bagi menjelaskan punca meninggalkan PKR serta janji-janji yang pernah dibuat oleh Anwar sebelum ini.

Mengenai tindakan Anwar yang keluar dewan selepas beberapa minit beliau berucap berkata: ''Saya tidak tahu, saya tidak perasan pun tetapi apa yang penting ia tidak membawa apa-apa makna (kepada saya) dan saya hanya menyampaikan cerita sebelah saya."

Wednesday, March 17, 2010

PENYOKONG TADSUB DAN WALI SELIPAR

KENAPA TIDAK TUNTUT ROYALTI BALAK?



Suasana aman dibawah pentadbiran UmnoBN selama ini beransur2 menuju kemusnahan akhibat mainan politik pembangkang.Amalan double standad oleh pemimpin ultra kaisu dalam pembangkang bukan sahaja setakat merugikan negara bahkan telah memecahbelah keharmonian rakyat di negara ini. Kerajaan pusat yang diteraju oleh UmnoBN berperah tenaga berhempas pulas sibuk sana sini mencari jalan untok memajukan negara dan rakyat. Pembangkang pula sibuk sana sini meracuni fikiran rakyat dengan menabur fitnah dan memburuk2kan kerajaan diluar negara2 supaya para pelabur tidak melabur di negara ini. Keputusan dalam PRU lepas telah memberi laluan kepada pembangkang mentadbir beberapa negeri. Rakyat boleh menilai sendiri sejauhmana pentadbiran pembangkang berbanding dengan UmnoBN sebelum ini. Bagaimana perlaksanaan islamnya, pengurusan pentadbiran dan juga ekonomi yang dilaksanakan.

Pembangkang sengaja membesar isu2 bagi menutup kelemahannya. Di Kelantan tidak habis2 dengan isu royalti minyak walaupun Kerajaan Pusat sudah membuat keputusan menggantikannya dengan wang ikhsan. Papan tanda dan singbox dipasang sana sini bagi membangkitkan semangat rakyat Kelantan supaya bencikan kerajaan pusat bersabit dengan isu tersebut. Inilah kerja2 pemimpin pas, mereka sanggup menghabiskan wang ringgit semata2 merealisasikan impian mereka. Kesusahan rakyat tidak dihiraukan asalkan mereka kaya raya. Kalau usaha2 sedemikian dilakukan bagi menolong rakyat sudah tentu Kelantan dibawah pemerintahan pas selama 20tahun tidak seperti hari ini.

Bukan setakat mundur, rakyat Kelantan juga terus dibelenggu cara kepimpinan MB Nik Aziz. Rakyat tidak bersatu kerana agama sedangkan islam itu sendiri menyuruh kita bersatu. Asalkan menyokong pas semuanya beres, syurga neraka berada dibibir Nik Aziz. Rakyat yang tidak boleh memikir dengan baik jadi kebingungan yang akhirnya menjadi taksud. Inilah dia sikap sebenar Menteri Besar yang diagung-agungkan oleh seluruh penganut Pas di negeri yang kononnya menjadi tadahan wahyu Kelantan.

Akhir2 ini Nik Aziz satu persatu mengzahirkan perangai sebenarnya. Nik Aziz tidak menjaga kredibilitinya yang diangkat sebagai ulamak pewaris nabi oleh pengikut taksubnya dan juga yang dikatakan mempunyai keramat serta berkat hatta seliparnya pun mempunyai karamah yang besar. Menteri Besar itu mendabik dada kononnya dia dan penganut ajarannya lah merupakan golongan paling tulen keislamannya dari umat islam lain di negara ini. Umno katanya islam palsu dan pas katanya islam tulin.Mungkin sebab itulah dia berasa sombong dan angkuh hinggakan sanggup mengabaikan hal-hal kesihatan ulul amri di negerinya sendiri.

Terbaru... kini Nik Aziz pula bertindak mengenepikan serta tidak memperdulikan kesihatan baginda Sultan Kelantan sejak Tuanku Sultan menjalankan rawatan di Singapura Mei tahun lalu. Sebelum ini Nik Aziz tidak mengambil peduli tentang hidup mati pemimpin Umno dengan doa pecah perutnya dan kepada para penyokong2 Umno. Perangai Uniknya telah merebak kepada KDYMM Al-Sultan Kelantan walaupun ianya boleh dikategorikan sebagai derhaka kepada Sultan !Nizar bertindak menderhaka kepada Sultan Perak, Nik Aziz pula menyusuri jejak langkah Nizar...rupanya ini menjadi amalan biasa dikalangan pemimpin2 Pas.

Nik Aziz sebagai Mursyidul Am Pas dan selaku MB tidak tahu menghormati Raja Melayu, apatah lagi dengan pengikut-pengikutnya.Kini kian terserlah kebiadapan serta buruk laku Mursyidul Am Pas ini. Tidak hairanlah jika Nik Aziz dan penyokong taksudnya sanggup memaki hamun pemimpin2 Umno dan mufti2 yang tidak sehaluan, Baginda Sultan pun mereka tidak pandang. Walaupun Nik Aziz tidak berjaya dalam pentadbirannya tetapi Nik Aziz berjaya melahirkan ramai penyokong2 tadsub. Mereka ini terlalu memuja dengan mengangkat Nik Aziz setinggi2nya sehingga ketaraf Tok Guru dan Ulama. Disebabkan ilmu yang ada pada Nik Aziz tidak setaraf dengan tittle yang diberikan oleh peyokong tadsubnya menyebabkan beliau menjadi riak dan takabbur. Nik Aziz sekarang sedang menuju kearah status wali kerana keceluparannya berkaitan dengan hukum2 islam, hari ini lain esok lain. Solat hajat belum lagi selesai Allah sudah makbulkan permintaannya sedangkan umat islam lain sudah lama memohon dari Allah supaya menurunkan hujan tetapi kerana mereka tidak dari kalangan dan pengikutnya maka dikira tiada keberkatan. Kerana keberkatan solat Nik Aziz hujan turun di Kelantan beberapa hari lepas. Solat hajat pun dipolitikkan...dengan kata lain, kalau Nik Aziz berjaya melahirkan penyokong tadsub maka penyokong taksudnya pula berjaya melahirkan seorang wali selipar politik...dunia ini ana yang punya!


Tuesday, March 16, 2010

RAJA PEREMPUAN KELANTAN KECEWA DENGAN SIKAP NIK AZIZ


KOTA BARU, 15 Mac — Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang seolah-olah tidak peduli kesihatan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra semasa menjalani rawatan di Singapura sejak Mei lalu.Tengku Anis meluahkan perasaan itu ketika bertitah merasmikan majlis kesyukuran dan sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di Dewan Kompleks Islam Jubli Perak, Panji dekat sini petang ini.“Bekas Menteri Singapura, Lee Kuan Yew boleh dikatakan hari-hari datang melawat Tuanku di hospital, tapi di pihak kerajaan negeri sendiri tidak ada.“Itulah yang membuatkan kami berasa sedih,” titah Tengku Anis bersama nada yang sebak.Sebelum ini Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menghadap Sultan Kelantan di Singapura walaupun dua kali dititahkan berbuat demikian.

Malah terdapat laporan mengatakan susulan kegeringan baginda beberapa tindakan pentadbiran kerajaan negeri juga dikatakan telah menyebabkan Sultan Kelantan murka.Tengku Anis bertitah sejak Sultan Kelantan dimasukkan hospital kerajaan persekutuan selalu bertanya khabar kesihatan baginda.“Terima kasih kepada Datuk Seri Najib dan isteri Datin Rosmah serta menteri-menteri Kabinet yang selalu tanya khabar kesihatan baginda dan tidak jemu-jemu memberi perangsang kepada kami agar sentiasa bersabar dengan ujian Allah.“Tuanku juga pesan hari ini, baginda ucapkan terima kasih kepada semua rakyat jelata yang bersusah payah mendoakan kesihatan baginda agar cepat sembuh,” katanya.

Sunday, March 14, 2010

KELUAR PKR : LEBIH 10 MP - ADAKAH RETORIK 916?

PAS BERSAMA PKR KERANA GILA KUASA...DAP BERSAMA PKR KERANA MAHU MENLENYAPKAN KUASA MELAYU...
Suatu ketika dahulu negara kita digemparkan oleh Anwar dengan lawak bodoh 16 sept. Lebih 30 MP BN akan bertindak keluar dan menyertai PKR menyebabkan Kerajaan BN terpaksa berundur dan pentadbiran kerajaan pusat terpaksa diserah kepada Pakatan Pembangkang. Anwar seterusnya menakluki Putera Jaya sekaligus ditabal sebagai Perdana Menteri. Isu ini tetap tercatit dan dijadikan bahan sejarah politik negara pembohongan terbesar Anwar sampai bila-bila. Pemimpin pembangkang yang taksud kepada Anwar menyambutnya dengan hati terbuka dengan menganggapnya suatu tindakan yang baik dan terpuji.

Kesan dari isu tersebut rakyat dan negara menjadi kelam kabut. Para pelabur asing menjadi takut untok melabur menyebabkan ekonomi negara tidak stabil. Kepimpinan dalam pas berpecah, satu kumpulan yang menyokong dasar tersebut dan satu kumpulan lagi menentang dan menganggap ianya angan-angan mat jenin. Kumpulan erdogan yang terdiri dari pemimpin2 yang menyokong usaha 916 Anwar menjadi Perdana Menteri. Kumpulan ini wujud kerana gila kepada kuasa dan pangkat semata-mata. DAP mempertahankan Anwar kerana melihat melalui beliau saja mereka dapat mencapai cita-cita politik mereka.

Pemimpin pembangkang bagai diulik mimpi Anwar. Pemimpin pas sanggup mengadaikan prinsip mereka kerana Anwar. Anwar berjaya menyatukan Pas dengan DAP, ini merupakan kejayaan besar Anwar dan merupakan satu langkah untok beliau mencapai cita2nya. Anwar sanggup memecahbelah sesama islam dan melayu untok mendapat pengaruh DAP. Telatah dan gelagat Anwar semakin parah apabila beliau terlibat dengan tuduhan liwat dengan Saiful. Anwar melengkapkan dirinya sebelum menjadi Perdana Menteri dengan dua perkara besar... pembohongan 916 dan tuduhan liwat kali keduanya. Walaupun begitu Anwar masih lagi dapat menambat hati Tok2 Guru dalam pas. Nik Aziz menjadi mangsa kerakusan politik Anwar, janji2 manis anwar ditelan bulat2 oleh Nik Aziz kerana apa? kerana budi dan kerana mahu kepada kuasa. Segala kelemahan, kemusnahan dan kecacatan Anwar sudah menjadi tidak penting lagi bagi Nik Aziz janji Umno berkubur. Apa yang Anwar lakukan semuanya betul waima jika Anwar mengadai agama dan terlibat dengan liwat sekalipun Nik Aziz tetap menyokong dan sanggup berada dibelakang Anwar. Beginilah cara perjuangan Nik Aziz dan kuncu2nya yang sudag jelas jauh terpesong mengikut ajaran islam yang sebenar.

Lain pula dengan pemimpin dalaman PKR sendiri. Seperti yang kita maklum sehingga hari ini sudah ramai wakil2 rakyat PKR meninggalkan parti tersebut. Mereka terdiri dari orang2 kanan yang sudah lama mengenali Anwar dan keluarganya. Kenapa tidak berlaku kepada pemimpin2 pas? sedangkan pas sudah sekian lama melaungkan perjuangan islam dan mungkin Nik Aziz ada jawabannya. Rata2 wakil2 rakyat PKR yang meninggalkan parti itu kerana tidak yakin kepada Anwar lagi, mereka tidak sanggup melihat agama, bangsa dan masa depan negara mereka sendiri tergadai. Anwar bukan setakat gagal menunai janji2nya kepada rakyat semasa pilihanraya, Anwar juga gagal menyatukan pemimpin dan wakil rakyatnya dalam PKR.

Pakatan Pembangkang akan hancur jika Anwar terus gagal mengawal wakil rakyatnya dari meninggalkan parti tersebut. Pada hari ini ADUN Lunas (Bebas) Mohd. Radzhi Salleh mengulanggi kenyataan bekas setiausaha agong PKR sebelum ini, bahawa masih ramai lagi ADUN dan MP PKR dijangka akan meninggalkan parti tersebut dalam masa terdekat ini. Anwar menerima pembalasan hasil dari pembohongan 16 Sept. Sudah terbukti semakin ramai pemimpin PKR meninggalkan parti tersebut. Sindrom penyakit ini sudah berjangkit ke Kedah dan negeri2 lain. Kepetahan dan kebijaksanaan Anwar dalam memusing fakta dan isu kini orang sudah tahu dan dapat membacanya. Anwar dan Nik Aziz tidak boleh lari lagi dan tetap akan berhadapan dengan masalah, bagaimana nasib parti PKR dan Pas dalam pakatan pembangkang seterusnya... semakin kurang wakil MP PKR berbanding dengan MP DAP dalam pakatan mereka maka semakin huru haralah PKR dan juga pas.

Jika Anwar didapati bersalah dalam pembicaraan liwatnya sudah tentu boleh mempercepatkan lagi keruntuhan PKR. Pas akan juga turut hancur, pemimpin pas yang tidak menyukai Anwar akan bertindak meninggalkan pakatan rakyat. Seandainya perkara ini berlaku maka Nik Aziz lah salah seorang yang bertanggongjawab kemusnahan keatas pas. Tarikh 16 Sept merupakan tarikh ulang tahun penubuhan negara kita Malaysia, ia juga merupakan titik hitam dan mimpi ngeri buat Anwar. Adakah tarikh ini juga yang akan menamatkan sendiwara Anwar? dan adakah tarikh ini juga merupakan garisan penamat buat PKR, Pas dan DAP dalam pakatan pembangkang? sama2lah kita tunggu nanti...

ZAHRAIN KESAL DAN MOHON MAAF KEPADA ORANG MELAYU

PEMIMPIN PAS MASIH BERSERONOK DENGAN DAP...

PULAU PINANG 13 Mac - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim secara terbuka memohon maaf kepada para pengundi khususnya orang Melayu kerana bersekongkol dengan DAP sehingga Lim Guan Eng dilantik sebagai Ketua Menteri.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri turut melahirkan rasa kesal kerana terlibat membantu pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum di negeri ini.

Zahrain menjelaskan, ketika itu, beliau masih belum mengenali sikap sebenar Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP.

"Masa itu, saya tidak tahu apa tindak-tanduk Guan Eng pada masa akan datang.

"Sekarang setelah dua tahun pakatan pembangkang memerintah, barulah saya sedar.

"Saya sebagai pemimpin PKR ketika itu dan pemimpin Melayu dianggap bersekongkol dengan dia (Guan Eng) menindas bangsa sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program dialog terbuka anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sini hari ini.

Turut hadir Presiden GPMS, Jais Abd. Karim.

Dialog tersebut bertujuan memberi penjelasan berhubung isu-isu semasa orang Melayu di Pulau Pinang.

Pada 12 Februari lalu, Zahrain mengumumkan keluar PKR dan meletakkan semua jawatannya dalam parti itu.

Beliau sebelum ini mengkritik kepimpinan Guan Eng yang dilabel sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran bahaya.

Pada perkembangan lain, Zahrain memberitahu, dalam pentadbiran kerajaan negeri, Guan Eng sering melihat pegawai-pegawai Melayu sebagai penjawat awam yang bodoh dan korup.

"Dia tidak percaya kepada pegawai-pegawai Melayu ini, sebab itulah dia duduk dalam lembaga tender kerajaan negeri.

"Dia mahu tentukan pemberian tender mengikut kepuasan hati perut dia saja," ujarnya.

Sehinggakan tambah beliau, orang luar dilantik untuk memegang beberapa jawatan penting dalam agensi-agensi di bawah negeri itu.

Utusan On-line

Wednesday, March 10, 2010

ULAMA MEE CELUP DAN FIRAUN KECIL


HASIL KEJAYAAN GADINGAN NIK AZIZ DAN ANWAR...

Walau pun Nik Aziz dan Anwar tidak berjaya merialisasikan janji2nya kepada rakyat semasa pilihan raya Umum lepas, tetapi Nik Aziz berjaya menghasilkan ulama2 mee celup dalam parti pas. Manakala Anwar pula menempah kejayaan besar dalam PKR kerana berjaya menghasilkan firaun2 kecil dalam parti tersebut . Selepas PRU12 dan sehingga hari ini sudah genap 2tahun pakatan pembangkang mentadbir lima negeri yang dimenanginya itu. Dua tahun Pembangkang memerintah, bukan setakat gagal menunai tanggongjawabnya kepada rakyat pembangkang juga gagal dalam menyatukan pemimpin mereka sendiri.

Pas seperti kita tahu hanya berjaya menghasilkan ulama2 mee celup manakala PKR pula berjaya menghasilkan firaun2 kecil dalam parti itu. Melalui Ungkapan tersebut yang datang dari pemimpin mereka sendiri sudah jelas kepada kita bahawa wakil2 rakyat yang diberi mandat sepanjang tempuh 2tahun yang lepas masih lagi tidak menunaikan amanah yang diberikan oleh pengundi yang menyokong mereka. Wakil2 rakyat dalam pakatan pembangkang bertelagah sesama sendiri masing2 sibuk mencari kepertingan kuasa dan kekayaan. Suatu ketika dahulu semasa krisis dalaman Pas Kelantan, Nik Abduh memberi perumpamaan kepada sesetengah exco dan wakil2 rakyat yang berada disekeliling ayahndanya selaku MB ketika itu sebagai ulama mee celup. MP PKR Zukifli Noordin diheret kehadapan Lembaga Disiplin bukan Islam kerana bertentangan pendapat dengan pemimpin yang juga sesama islam dalam parti itu mengenai isu kalimah ALLAH yang akhirnya Zukifli dipecat kerana memperumpamakan pemimpin islam tersebut sebagai firaun2 kecil .

Sudah jelas kepada kita, politik wakil rakyat pakatan pembangkang ternyata tidak bertamadun disamping menipu rakyat dalam masa yang sama sibuk membolot jawatan dalam parti dan juga kerajaan. Allah SWT mengzahirkan kepada kita feel dan perangai pemimpin pembangkang satu persatu kepada kita. Pemimpin yang merasakan diri mereka iklas berjuang demi melihat masa depan agama, bangsa dan tanah air terjamin terpaksa berhadapan dengan masalah dan tekanan dari pemimpin2 yang berkeptingan pribadi. Seterusnya mereka2 ini disisih yang akhirnya memaksa dirinya bertindak keluar meninggalkan parti mereka. Beginilah caranya kalau sesaorang itu tidak layak tetapi diangkat juga menjadi pemimpin ia akan bertindak mengikut kemahuannya dan kesannya terpaksa pemimpin yang iklas meninggalkan parti.

Pas yang bersikap lembut gigi dan lidah bercabang ketika berdepan dengan masyarakat melayu berkaitan dengan islam ternyata berkesan mempengaruhi masyarakat melayu dan islam tersebut. Pemimpin Umno berjuang kononnya untok mendapatkan kesenangan didunia dengan cara membelakangkan islam.Manakala pemimpin Pas berjuang untok meletakkan islam dihadapan dan tidak pentingkan kekayaan dunia sebaliknya lebih kepada mencari keredaan di akhirat. Rakyat Kelantan menelan terus kata2 ini sebab itulah pas dapat memerintah Kelantan. Kita diberi fikiran oleh Allah supaya berfikir, kita diberi mata oleh Allah supaya kita dapat melihat dan menilai dengan mata hati, kita dibekalkan oleh Allah dengan telinga supaya kita dapat mendengar. Adakah isu royalti minyak yang dibawa oleh pemimpin pas tidak lagi dapat menyedarkan rakyat Kelantan...?Kenapa kerajaan pas Kelantan begitu bersungguh2 untok mendapatkan wang royalti tersebut? kenapa kerajaan Kelantan yang bercirikan lebih kepada islam itu tidak mahu menerima duit ihsan menggantikan wang royalti, sehingga memaksa Nik Aziz menggeluarkan keyataan pecah perut kepada PM dan kepimpinan kerajaan pusat kerana tidak mahu meluluskan wang rayalti tersebut. Tidak pernah kita mendengar sebelum ini Nik Aziz menggeluarkan kenyataan sedemikian dalam memperjuangkan nasib rakyat Kelantan walaupun sudah lebih 20th memerintah. Kenapa bila berkaitan dengan isu tersebut Nik Aziz nampak seolah2 itulah cara yang tebaik.

Kalau kita ada fikiran, mata dan telinga sudah tentu kita ingat, dapat melihat gelagat dan mendengar ucapan pemimpin2 pas ketika berhadapan dengan rakyat bagi mendapatkan sokongan keatas parti mereka. Siapa yang lebih mementingkan harta dunia kalau tidak pemimpin pas sendiri...sebab itulah Nik Aziz sanggup bertindak apa sahaja demi mendapat wang royalti minyak. Dipenghujung usia Nik Aziz Allah SWT membuka segala apa yang tersirat...bagi rakyat Kelantan sedikit perubahan jaminan kesenangan hidup sudah mencukupi bukannya mahu menjadi kaya raya... dapat wang ehsan pun sudah cukup asalkan dimunafaatkan kepada rakyat sepenuhnya, buat apa wang royalti kalau ianya untok memperkayakan pemimpin2 dan kerajaan pas sendiri. Pemimpin2 yang bijak menunggu peluang dan mengisi ruang yang lebih kepada kepertingan diri sendiri dan bukannya untok membela rakyat.

Satu lagi...betul kah PKR wujud kerana mahu mempertahankan Islam dan kedudukan istimewa umat serta institusi Islam seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan negara? Dasar2 PKR yang baik ini tidak mungkin menyebabkan PKR hilang satu kerajaan negeri, empat ahli Parlimen, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ramai pemimpin peringkat negeri, cabang serta akar umbi meninggalkan parti tersebut. Lainlah jika yang bertidak keluar dari parti tersebut golongan wakil rakyat yang bukan islam. Soalnya kenapa perkara ini berlaku? Anwar sebenarnya bukan seorang pemimpin yang berjuang untok agama,bangsa dan tanah airnya sendiri. Kalau Anwar benar2 seorang pejuang islam beliau tidak akan terlibat dengan tuduhan liwat. Bukan soal Anwar dipihak yang benar atau tidak...tetapi satu tuduhan yang amat jijik disisi islam. Apatah lagi jika Anwar didapati bersalah dan terlibat. Kalau Pas Allah mengujinya dengan kuasa dan kebendaan manakala PKR pula Allah menguji dengan kebebasan sosial. Bukan setakat Anwar seorang sahaja terlibat dengan kes tuduhan salahlaku, dikalangan wakil2 rakyat mereka pun ada juga turut terlibat.

Anwar sana sini melaungkan perjuangannya kebebasan dan keadilan untok rakyat. Anwar sendiri bapak kepada segala ketidakadilan...kita tengok bagaimana cara Anwar mahu melepas dirinya dari pembicaraan? Segala kuasa dan pangkat ada kepada kita...kita pula dikata kan dipihak yang benar...Nik Aziz Ulama tersohor, Tok Guru dan MB lagi...bersama dan menyokong kita tetapi Anwar tetap takut kenapa? tidak cukup dengan Nik Aziz, Anwar menggunakn pengaroh yusof Qadawi supaya kes liwatnya digugurkan. Sahabat2 nya dari luar negara termasoklah desakan keatas kerajaan oleh 50MP Australia apakah maksud semuanya ini kalau tidak takut? Anwar juga walaupun sibuk dengan tugasan menjaga wakil rakyatnya dari terus melompat, beliau juga sibuk menjaga rakan2 dalam DAP dan juga Pas dalam pakatan pembangkang. Disamping itu Anwar sempat lagi menjelajah seluruh negeri berceramah memberitahu rakyat bahawa beliau tidak bersalah dalam kes liwat itu semua konspirasi Umno kerana takut kepada beliau menjadi PM.

Apa sahaja perkara yang buruk yang terjadi dalam PKR dan juga pas semuanya memberi keuntongan kepada DAP. Kerja2 dan peranan Karpal dan Kit Siang tidak sesibuk dahulu, sekarang apabila DAP bersama PKR dan Pas, pemimpin2 DAP dalam diam2 boleh menyusun strategi mereka selama ini yang tidak mahu kepada islam. Begitulah bijak dan liciknya DAP dalam berpolitik, duduk bergoyang kaki menunggu untong yang datang mencurah2. Yang binjol dan yang tempangnya agama islam dan melayu kesan dari pertelagahan sesama sendiri.Umno yang sudah hampir 60tahun berjuang untok islam dan bangsa melayu di negara ini dan terbukti kejayaanya dianggap sebagai penjahat dan zalim oleh pemimpin melayu dalam pembangkang. Bukan setakat itu sahaja, sampai Nik Aziz menyumpah kepada Umno supaya jahanam. Ulama2 mee celup dan firaun2 kecil ini lah yang akan bertanggongjawab sepenuhnya jika suatu masa bumi Malaysia ini jatuh kepada kekuasaan parti kapir DAP.

Monday, March 8, 2010

NIK AZIZ MENYOKONG LIWAT ANWAR BUKAN KERANA ISLAM...

Kisah katil berharga RM77,000 dan tilam RM24,000 yang didakwa pernah dibeli oleh Naib Presiden PKR Azmin Ali masa menjadi Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal 1990an dulu bergema di padang AU5 dekat Hulu Kelang Ahad malam. Bekas Setiausaha Sulit Anwar di Kementerian Kewangan Anuar Shaari yang tampil dalam ceramah anjuran Pemuda UMNO Gombak di situ mendakwa beliau ada bukti pembelian barangan mewah itu ketika gaji Azmin sebagai pegawai kerajaan tidak seberapa. Beliau juga mengulangi dakwaan tentang sebilangan transaksi kewangan dalam akaun bank Azmin dan isternya Shamsidar Taharin waktu itu yang tidak diketahui dari mana sumbernya. Kira-kira 500 orang penduduk tempatan terpegun mendengar ceramah Anuar dengan kalimah pembuka beliau bersyukur ejaan namanya tidak sama dengan Anwar.

Beliau bersama sebilangan bekas pemimpin Parti Keadilan diketuai oleh Ezam Mohd Nor kini dalam siri ceramah sekitar negara untuk menangkis siri ceramah yang dianjurkan oleh Anwar dan pakatan pembangkang dicelah kehangatan perbicaraan kes liwat Penasihat PKR itu. Ceramah mereka,juga oleh bekas Naib Ketua Pemuda parti itu,Zahid Md Arip yang memberi hujah-hujah mendedahkan apa yang didakwa pembohongan Anwar dan pembangkang kebelakangan ini mendapat reaksi panas dari hadirin. Ezam memberitahu beliau terpanggil untuk menentang Anwar habis-habisan kali ini hingga mengambil cuti tiga bulan dalam tugasnya di Yayasan Generasi Baru berpejabat di Jakarta untuk round satu negara bagi mematahkan dakyah Anwar dalam ceramah mengenai kes liwatnya. “Anwar Ibrahim round …saya kena round…saya nak jawab,”katanya sambil meminta maaf kerana semasa perbicaraan kes liwatnya yang pertama dulu beliau menjadi panglima mempertahankan Anwar. Serentak dengan itu beliau melafaz sumpah mengaku beliau silap mempertahankan Anwar. “Kononnya beliau difitnah…malam ini di Gombak dan malam-malam seterusnya dan selepas ini…saya memohon maaf saya tersilap …saya tarik balik setiap patah perkataan membela Anwar Ibrahim,”katanya disambut tepukan gemuruh. Katanya baru sekarang beliau tahu hal sebenarnya.”Kalau dulu saya tahu haram saya nak sokong dia,”ujarnya.


Ezam mencabar Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail samannya untuk membolehkan beliau cerita segalanya apa yang diketahuinya. Beliau hairan bagaimana kalangan penyokong pembangkang boleh termakan dakyah Anwar tidak bersalah dalam kes itu sedangkan perbicaraan baru bermula dan mahkamah belum buat keputusan lagi. Ezam kesal orang seperti ulama besar PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga terdorong membuat kesimpulan sama dan tidak mahu beri peluang keadilan untuk Saiful Bukhari Azlan ditentukan di mahkamah. Dakwanya Nik Aziz dan pimpinan pembangkang hanya melihat untung rugi politik dari kes ini tanpa mempedulikan kata-kata keramat keadilan yang mereka jaja di sana sini. “Cukuplah…saudara-saudara tak tahu ( hal sebenar kes liwat) …melainkan yang kenalah…mana kamu tahu Saiful salah…kalau Saiful betul…saudara tak takut dosa ke…ini yang tak tahu …macam mana boleh pertahankan habis-habisan... “Ini Nik Aziz …dalam pinsip Islam kita kena dengar dua-dua pihak…saya nak tanya Nik Aziz dia pernah dengar Saiful…dia pernah jumpa Saiful…dia pernah jumpa bapa Saiful...apa pasal dia tak cari Saiful…apa pasal dia dengar Anwar saja….apakah ini prinsip Islam. “Apakah kerana Anwar itu Datuk seri…Anwar itu orang besar…Anwar pemimpin mereka…Saiful budak kecil…umur 20 tahun …belajar tak habis…ooo dia salah…”

Katanya dalam prinsip Islam bila dibicarakan kedudukan Saiful sama dengan Anwar. “Anwar kena kemuka bukti…masuk mahkamah takut pasal apa…yang tangguh sana…tangguh sini…sebab apa…dia suruh orang lain pertahan pula…buat apa,”katanya. Ezam berkata sebagai bekas orang kanan Anwar beliau cukup masak strategi bekas bosnya itu yang bertindak menyalahkan dakwa konspirasi dan memburukan semua orang termasuk Perdana Menteri,Peguam Negara,Ketua Polis Negara dan sebagainya agar dia nampak tidak bersalah. “Anwar boleh round satu Malaysia cakap dua tiga jam…ajak sumpah tiga minit tak mau…tapi yang lain ni yang dok pertahan…dia tak buat…”ujarnya.

Menurut Ezam dulu Anwar hentam Datuk Seri Abdullah Badawi dan kini Datuk Seri Najib Tun Razak .” Sedangkan Pak lah bebaskannya…saya tahu sebab saya bawa Wan Azizah jumpa Pak Lah…orang lain tak tahu,”katanya. Beliau mendakwa sebab utama pembangkang khususnya DAP begitu mempertahankan Anwar kerana melihat melalui beliau saja mereka dapat mencapai cita-cita politik mereka. Katanya semasa kes liwat pertama tahun 1998 dulu Karpal Singh antara yang paling vokal menghentam Anwar tetapi kini beliau menjadi peguam utama Anwar setelah yang lain tarik diri. Ezam meminta rakyat di negara ini khususnya orang Melayu sedar tentang hakikat ini sebelum terlambat. Katanya DAP tidak perlu orang lain kecuali Anwar kerana Penasihat PKR itu dengan sendiri sudah membawa apa yang mereka perjuangkan. Menurutnya sebab itu DAP awal-awal keluar kenyataan tetap mahu Anwar jadi Ketua Pembangkang di Parlimen sedangkan jumlah kerusi PKR sudah kurang dari DAP. Ezam mendakwa pernah membangkitkan soal orang Melayu pada Anwar selepas beliau keluar penjara satu ketika dulu. Namun katanya Anwar tidak padulikan hal itu kerana lebih mementingkan soal undi bukan Melayu. Katanya sejak itu pandangannya terhadap Anwar sudah jauh berubah.

Saturday, March 6, 2010

ADAKAH PIRING HITAM NIK AZIZ BERPUTAR LAGI?

ZULKIFLI NORDIN DIPECAT...
Pasangan sehati berdansa terus mengamatkan politik tanah air. Anwar-Nik Aziz satu pasangan sehati berdansa masing2 mempunyai gaya tersendiri untok menarik perhatian rakyat di negara ini. Namun kepercayaan rakyat terhadap parti PKR semasa PRU 12 yang lepas terus merudum kesan daripada penghijrahan wakil2 rakyat mereka keluar dari parti tersebut. Kesan buruknya bukan setakat parti itu sahaja bahkan keatas PAS dan DAP yang menjadi rakannya dalam pakatan pembangkang.

Nik Aziz walaupun dalam kesihatan yang tidak baik dan berada dalam hospital masih lagi sempat memutar piring hitamnya memberi perumpamaan "buaya disebalik batu" terhadap ketiga2 wakil rakyat PKR yang keluar dari parti tersebut. Kenapa diberi istilah pengkianat kepada pengundi/rakyat oleh Nik Aziz terhadap ketiga2 wakil rakyat tersebut, kita pun kurang jelas sebenarnya. Plan Anwar 16 Sep yang lepas Nik Aziz memutar piring hitamnya dengan mengalu2 sambutan kedatangan 30 MP BN dengan tangan terbuka. Sikap dauble standad Nik Aziz jelas dalam soal lompat melompat ini. Jika lompat dari BN ke Pakatan pembangkang dibolehkan dan disambut dengan pahla berganda2 oleh Nik Aziz, sebaliknya jika lompatan tersebut dari kalangan pembangkang diistilah penjahat dan mengkianati amanah rakyat. Nik Aziz tidak dapat membezakan dimana istilah perjuangan dan tanggungjawab sebenar. Nik Aziz tidak dapat menerima andai kata keluarnya wakil2 rakyat PKR tersebut atas kehendak rakyat dan pengundi dikawasannya sendiri. Nik Aziz masih lagi syok dengan piring hitam lamanya walaupun sekarang sudah ada sistem cakera padat yang lebih canggih.

Gaya dan bahasa Nik Aziz dalam politik hanya boleh menyenangkan penyokong2nya sahaja. Sikap keangkuhan dan terlalu emosinal yang beliau tonjolkan sebenarnya tidak melambangkan beliau seorang Tok Guru. Nik Aziz terlalu cepat menyokong jika dari kawan2 sealiran sebaliknya Nik Aziz menghentam habis-habisan jika kenyataan dari pihak lain yang tidak sealiran politik. Nik Aziz juga rela menjadi benteng kepada Anwar dalam tuduhan liwatnya dengan Saiful. Lain pula sikap menteri besar tersebut terhadap KDYMM Al-Sultan Kelantan. Semasa baginda berada lebih 7 bulan di Singapore untok pemeriksaan perubatan Nik Aziz tidak pernah hadir walaupun dititah 2 kali oleh baginda Sultan. Sikap dan kelakuan ini rata2 menyebabkan rakyat kelantan tidak senang lagi dengan Nik Aziz selaku MB. Nik Aziz sebenarnya yang mengkianati amanah rakyat bukannya tiga wakil rakyat PKR yang beliau lontarkan itu. Sultan adalah payung dan ketua agama, islam juga menyuruh kita menziarahi orang2 sakit bukan sahaja untok keinsafan diri Allah SWT juga menyediakan pahla yang berlipat ganda. Sultan keluar hospital Nik Aziz pula masok hospital...

Seperti yang dijangka petang tadi Mesyuarat Majlis Pimpinan PKR bertindak memecat Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu,Zulkifli Nordin sebagai ahli parti.Keputusan itu dicapai sebulat suara.Beliau juga didesak agar mengosongkan kerusi parlimen yang disandangnya.Zulkifli merupakan seorang salah seorang wakil rakyat yang berjuang menegakkan kebenaran islam dalam pakatan pembangkang,tetapi dianggap pengkianat oleh pemimpin islam sendiri. Beginilah nasib kita orang islam kalau ada dikalangan islam sendiri meletakkan pangkat dan kuasa dihadapan didunia ini. Maruah islam dicalar orang bukan islam golongan islam sendiri juga yang menyokong. Keadaan seperti ini tidak pernah berlaku sepanjang pemerintahan UmnoBN, beginilah nasib kita orang islam kalau kita berajakan kapir DAP. Zaid Ibrahim pula menyalahkan Umno dalam angkara lompat parti, tetapi bagaimana pula kenyataan Zaid terhadap pemecatan Zulkifli Nordin sama2lah kita tunggu. Satu lagi bagimana pula bunyi nyayian piring hitam Nik Aziz dalam kes Zulkifli Nordin.Kalau kes tiga wakil rakyat yang lompat tersebut diberi perumpamaan oleh Nik Aziz sebagai buaya disebalik batu, sudah tentu kes Zulkifli tersebut berbeza.

Pemimpin pas menuduh jahat Umno, bermula dari pemimpin tertinggi pas sampailah ke ahli pas berebut-berebut mereka mengambil berkat menabur fitnah. Sepatutnya kalau kita rasa kita elok kita terimalah hakikatnya dan cuba cari sebab2nya. Kalau demi kebenaran mereka mahu tegakkan sepatutnya kita juga patut mengikut jejak langkahnya. Pemimpin pas sebenarnya sudah tahu perkara sebenar kenapa pemimpin tersebut meninggalkan PKR, pemimpin tersebut lebih menggenali Anwar secara dekat berbanding dengan pemimpin pas tersebut. Anwar kehilangan wakil rakyat mereka lepas satu persatu, manakala Nik Aziz dan Zaid Ibrahim pula sibuk menabur fitnah terhadap Umno. Ternyata pemimpin2 seperti ini sanggup lakukan apa sahaja asalkan hajat mereka tercapai, dosa2 belakang kira...lagipun biarlah Anwar sendiri selesaikan masalah dalaman parti mereka. Andainya yang lompat itu pemimpin pas, sudah tentu isteri2 pemimpin tersebut menjadi janda dan terpaksa cina buta kesan dari sumpah bai'ah pemimpin tersebut. Banyak kerja lagilah nampaknya Nik Aziz...

Friday, March 5, 2010

SINGKIRKAN ANWAR DAN NIK AZIZ DARI DUNIA POLITIK

FIRAUN-FIRAUN KECIL PENGKIANAT ISLAM DAN MELAYU

Hari ini kedua-dua parti dalam gabungan pakatan pembangkang, PKR dan Pas masing2 berdepan dengan masalah masing2.Kesan dari gabungan itu Pas bukan sahaja menanggung masalah dalam kepimpinan mereka bahkan masalah dalaman dalam gabungan pakatan juga pas terpaksa menanggungnya. Seperti kita maklum, DAP tetap dengan prinsip dan caranya DAP merupakan sebuah parti yang konsistern dalam perjuangan mereka. Sebaiknya pas dan PKR terus terumbang ambing dan hilang rentak, perjuangan yang dilaungkan selama ini hilang dengan sejuta janji. DAP tetap dengan prinsip mereka tidak mahu kepada negara islam jika pembangkang dapat memerintah negera ini. Semenjak Pas bersama DAP nampak jelas pas telah diperkudakan oleh DAP dengan mengadaikan cara pendekatan islamnya selama ini. Manakala semenjak pas bersama PKR pendirian pemimpin2 pas terhadap parti itu sudah berubah sama sekali. Pas terpaksa mengikut rentak tarian PKR Anwar Ibrahim. Jika pemimpin besar, Anwar mahukan kepada irama dangdut... maka pemimpin pas terpaksa memusing piring hitamnnya kepada dangdut. Ada juga pemimpin pas yang lain tidak suka dan cuba menghalang tetapi disebabkan camportangan Tok Guru yang juga sebagai penjaga piring hitam, pemimpin tersebut terpaksa berdiam diri. Sepatutnya sebelum tindakan wakil2 rakyat tersebut keluar meninggalkan PKR, pas dahulu keluar dari gabungan pakatan pembangkang.

Pemimpin pas yang tidak suka kepada Anwar terpaksa kena akur dengan bai'ah dan kehendak Nik Aziz. Kaki pemimpin pas yang tidak menyukai Anwar diikat, tidak boleh mengkritik masing2 terpaksa memendam perasaan tidak puas hati mereka . Sekarang pemimpin pas yang tidak menyukai Anwar boleh tersenyum sedikit dan menarik nafas panjang kerana tindakan wakil2 rakyat PKR yang bertindak keluar meninggalkan parti tersebut. Dalaman PKR sekarang boleh diibaratkan seperti lautan yang sedang bergelora hanya menunggu masa untok menempuh pantai, lepas satu2 wakil rakyat PKR meninggalkan parti tersebut kerana tidak lagi percaya dan yakin kepada perjuangan Anwar. Pakatan pembangkang yang Anwar bentuk sedikit masa lagi akan menempuh kehancuran. Pengurangan kerusi MP PKR telah kurang berbanding DAP, dan ini sudah tentu boleh memberi tekanan kepada Anwar sebagai ketua pembangkang. Anwar sudah menjadi libialiti kepada pakatan pembangkang, dalam kes tuduhan liwatnya dengan Saiful menambah parah lagi luka2 yang ada. DAP apa pun akan cuba mengambil alih tugas Anwar sebagai ketua pembangkang, dan ini membuatkan pas terus tertekan.

Hasil dari kesilapan yang Nik Aziz lakukan sealama ini pas terpaksa menanggungnya. Nik Aziz bejaya mengubah kiblat dan hala tuju perjuangan pas. Nik Aziz sudah lupa pahit maun selama ini dalam memperjuangkan dasar2 pas bersama pemimpin pas lain semata2 kerana termakan budi Anwar. Perangkap Anwar pasang sudah mengena, Nik Aziz sudah tersepit dan tidak boleh berbuat apa2 kecuali menuggu kehancuran sahaja. Anwar perlukan pas, apa lagi pemimpin yang bergelar Tok Guru dan ulama seperti Nik Aziz kerana untok mengaburi mata rakyat. Salah laku tuduhan liwatnya dibela oleh Nik Aziz. Kalaulah Anwar benar2 sayangkan bangsa dan agamanya sudah tentu Anwar tidak akan menubuh parti lain selain dari sama2 memperkuatkan pas. Janji lunak dan manis Anwar telah ditelan buat2 oleh Nik Aziz.

Siapa firaun2 kecil yang dimaksudkan oleh Zulkifli Nordin? kenapa dibiarkan firaun2 kecil ini mengkianati islam dan perjuangan orang melayu? Zukifilli dibiar kesorangan dalam mempertahankan kalimah Allah yang dibenar diguna oleh orang bukan islam, sebaliknya pemimpin islam dalam pakatan pembangkang lain lebih kepada mahu pengaruh politik. Suara2 pemimpin pas yang selama ini melaungkan islam dikunci oeh Anwar dengan rapat dengan kuasa dan pangkat. Umno mempertahankan dengan menentang keras penggunaan kailimah tersebut oleh orang bukan islam tetapi dipolitik pula oleh pas. Zulkifli pula terpaksa berhadapan dengan tindakan disiplin bersabit dengan kelantangannya dengan isu kalimah Allah tersebut,. Pemimpin islam yang lain dalam pakatan pembangkang ternyata jahil menyebabkan Zulkifli samakan mereka2 ini dengan firaun2 kecil. Adakah patut ahli panel bersabit dengan tindakkan disiplin keatas Zulkifli mengenai isu kalimah Allah diwakili juga oleh orang bukan islam?

Pas akan lebih selamat dengan ketiadaan Nik Aziz, orang melayu akan lebih selamat tanpa Anwar. Mainan politik Anwar dan Nik Aziz menyebabkan DAP terus utuh dan kuat di negara ini. Kita sudah tidak ada masa lagi, kalau kita mahu melihat islam dan melayu terus kekal meneraju negara ini kita tiada piilihan lain kecuali menyikir kedua2 tokoh ini dalam dunia politik tanah air.

Wednesday, March 3, 2010

PAS KELANTAN MINTA DS NAJIB SELESAIKAN MASALAH "MALU" NIK AZIZ

ADAKAH FIKIRAN PEMIMPIN PAS KELANTAN BERCELARU DISEBABKAN WANG ROYALTI...?
Nik Aziz malu kerana tidak dapat melepaskan perserta perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi di Kota Bharu, dua hari lepas . Wakil2 rakyat pas minta DS Najib PM campor tangan sebab apa terjadi sedemikian. Besar rupanya masalah malu Nik Aziz sehingga terbawa perbincangan kes tersebut dalam majlis persidangan DUN Kelantan. Sikap suka mengkritik, kalau suruh buat banyak bercakap... jadi tidak hairanlah sebab apa Datok Awang adek menggantikan tempat Nik Aziz. Kalau ada silap maka kesalahan itu pula dilontarkan kepada pihak lain. Beginilah cara pemimpin pas bila berkaitan dengan progrem-progrem bersabit dengan kerajaan pusat.

Kerajaan negeri Kelantan begitu sibuk sana sini semata2 mempertahankan wang royalti minyak dan tidak mahu duit wang ehsan. Rakyat Kelantan rata2 sudah faham, cuma pemimpin pas sahaja buat2 tidak faham. Pada persidangan DUN kali ini wakil2 rakyat termasok pas dan BN telah meluluskan usul tergempar membawa kes wang royalti tersebut ke mahkamah. Tetapi disebabkan satu injuksi akan dikenakan juga ke atas Petronas agar membayar royalti kepada Kelantan, maka ke enam ADUN Umno terpaksa menarik balik sokongan kerana tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Banyak masa dihabiskan begitu sahaja, ceramah2 diatur bersabit dengan royalti supaya rakyat menyebelahi mereka. Kerja2 yang sepatutnya dilakukan keatas rakyat dibiarkan begitu sahaja, sebaliknya mereka sanggup menghabiskan masa dan wang ringgit berceramah sana sini mempertahankan royalti tidak mahu terima wang ihsan demi kepertingan mereka sendiri bukannya rakyat.

Perpaduan islam semakin tergugat dengan kenyatan Nik Aziz bahawa Kerajaan Negeri Kelantan sudah 20tahun tidak mengadakan sebarang sambutan bagi menyambut Maulidur Rasul memandangkan bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan.Tetapi Nik Aziz boleh pula menghimpun orang sembahyang hajat untuk memohon pertolongan Allah melepaskan seorang manusia daripada tuduhan liwat yang sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah. Isu maulud timbul kerana menyokong percubaan Lim Guan Eng untuk membatalkan perarakan maulidur Rasul di Pulau Pinang baru-baru ini. Sudah jelas jelas ialah Nik Aziz menyokong percubaan LGE itu yang bersifat politik kerana sudah ada 'perjanjian syaitan' dalam pakatan pembangkang bahawa perlu saling sokong menyokong walaupun ianya melibatkan soal agama islam.

Tidak menjadi kesalahan kepada Nik Aziz untuk meminta orang mengaminkan doanya supaya pemimpin Islam yang menjadi musuhnya pecah perut. Semua ini boleh dan tidak berdosa bagi Nik Aziz. Perkara-perkara ini mungkin lebih baik dan lebih penting daripada sambutan mengingati kelahiran nabi Muhamad s.a.w. Suasana Islam yang bagaimana mahu diwujudkan oleh Nik Aziz jikalau sambutan maulud nabi pun dianggap tidak baik. Soalan begini patut diajukan sebelum mempercayai kata2 beliau.

Kepimpinan Nik Aziz bersama pakatan terlalu menjaga hati DAP. Kalau permasalahan yang dibangkitkan oleh DAP bersabit dengan bangsa dan agama cepat2 Nik Aziz membuat kenyataan yang bukan2. Pemimpin pakatan pembangkang menganggap sampah kepada wakil rakyat PKR yang keluar parti itu, sedangkan mereka keluar parti semata mahu memertabatkan bangsa, agama dan negaranya sendiri yang sudah hilang kepercayaan kepada Anwar Ibrahim. Sepatutnya pas perlu keluar dari pakatan pembangkang bersama PKR dan DAP kerana laungan perjuangan islamnya lebih lantang dari wakil2 rakyat PKR tersebut sebaliknya Nik Aziz pula mengatakan mereka itu golongan penjahat. Bertapa taksudnya Nik Aziz kepada Anwar, kalau boleh beliau mahu menyuruh rakyat jilat ludah sendiri dengan memberi sokongan kepada Anwar dalam tuduhan liwatnya kali ini. Kalau dahulu Pas bersama DAP dengan lantang mendesak Tun Mahadhir melepaskan jawatan TPM yang dipegang oleh Anwar kerana Anwar seorang peliwat.

Kata-kata "banjingan dan balaci" oleh rakannya sendiri kepada pemimpin Islam yang bersetuju dengan cubaan pihak tertentu membatalkan sambutan Maulidur Rasul dsn rela dicucuk hidung seperti lembu tidak dijawab oleh Nik Aziz. Permasalahan yang timbul bersabit dengan cadangan pembatan perarakan maulud di Pulau Pinang tiada kena mengena dengan Umno. Pemimpin Umno termasuk mantan PM Tun Abdullah mempertahankan semata2 tidak mahu LGE mempermainkan agama islam yang suci itu. Pemimpin Umno sudah dapat menghidunya cubaan membatal perarakan itu, jika tidak ada bantahan, langkah LGE seterusnya ialah memastikan supaya azan di Pulau Pinang tidak perlu menggunakan pembesar suara dengan alasan menganggu suasana kedamaian penduduk-penduduk sekitarnya. LGE mahu menjadikan Pulau Pinang seperti Singapura dengan tidak membenarkan azan menggunakan pembesar suara.

Bagi Mahfuz pula berarak maulud tak salah tak berarak tidak lah berdosa. Untuk apa kalau berarak membawa pada dosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh. Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi. Beliau tujukan kepada pemimpin kerana mempertahankan perarakan itu. Umno berarak berselawat kemudian rasuah. selawat lagi sapu duit rakyat.berarak berselawat kemudian salah guna kuasa pula. Beliau cover line Nik Aziz tetapi tidak pasal2 Umno pula yang kena dan dikatakan perasuah dan macam2. Beginikah cara pemimpin islam? Mahfuz kena ingat janggut, serban dan kopiah tidak boleh menjamin lagi sesaorang itu masuk syurga! tidak ada perogolkah dikalangan penyokong pas, tidak ada perasuahkah dikalangan pemimpin pas dan tidak adakah salah guna kuasakah di negeri dibawah kerajaan pembangkang? Belanja beli Kek pun sudah bernilai beribu2. Mahfuz kena ingat ketua pembangkang Anwar Ibrahim belum lagi selesai proses pembicaraan liwatnya. Kerajaan bertindak adil dan telus tidak kira siapa yang berhadapan dengan tuduhan melalui proses pembicaraan mahkamah, tetapi dalam kes tuduhan liwat Anwar pemimpin yang lantang dan menyokong Anwar adalah dikalangan pemimpin pas sendiri belum diputuskan oleh mahkamah sudah mengatakan Anwar tidak bersalah. Kerana apa? sebabnya kerana Anwar bersama mereka dalam pakatan pembangkang. Apakata jika Anwar ibarat sampah2 seperti tanggapan Lim Kit Siang kepada mereka yang bertindak keluar meninggalkan PKR tersebut? Sudah tentu akan berkumandang sekali lagi seluruh pelusuk tanah air suara2 lunak merdu irama hudud dendangan Mat Sabu pemimpin kesayangan Nik Aziz, mengingat kita kembali kesah2 dari mana datangnya al-juburi...


Monday, March 1, 2010

SALAH SEORANG PENGIKUT WA'ALA PAS YANG BERJAYA NIK AZIZ HASILKAN



Jenis spisis apa kamu ini, golongan inilah juga agaknya yang syok baring atas jalan. Hebat betul kamu..sebab itu wajah kamu boleh masok dalam blog ini. Sikap dan tuturkata kamu sebegini melambangkan hati kamu yang kotor dan jahat. Nama mamat ni Zulkarnain Ismail, seorang yang mengaku ahli dan pejuang PAS. Berasal dari Pasir Tumbuh Kelantan. Beliau menghina pemergian Allahyarhamah Ketua Puteri UMNO Ampang, Saudari Haslinda Mohd Zerain dengan tulisan berikut di laman sosial Facebook:

"Alhamdulilah...ketua putri neraka dari ampang telah kembali ke neraka buat selama-lamanya..."

Kenapa beliau sanggup berkata sedemikian, itu soalan patut ditanya?

1. Sikap Nik Aziz yang keterlaluan dalam menggeluarkan kenyataan terhadap sesama islam dalam Umno
2. Pernah Nik Aziz mengatakan sokong pas masok syurga dan sokong Umno masuk neraka
3. Nik Aziz bercakap seolah beliau dan penyokong beliau sahaja yang betul orang lain semua salah
4. Seolah-olah Nik Aziz dan penyokongnya sahaja yang lebih islam dari orang lain
5. Fatwa-fatwa yang lebih mahu kepada pengaruh politik yang sudah sekian lama diamalkan oleh pemimpin pas
6. Zulkalnain berasa megah berkata sedemikian dan tidak rasa bersalah sedikit pun kerana beliau wa'ala dan menurut apa kata Nik Aziz yang juga seorang Tok Guru dan ulamak
7. Nik Aziz juga mulut celupar, apa salahnya beliau mengikut jejak Nik Aziz
8. Nik Aziz mendahului mahkamah dalam kes liwat Anwar dengan mengatakan Anwar tidak bersalah semua itu kerja jahat Umno
9. Zulkarnain mendahului mahkamah Allah sebab beliau yakin beliau akan masok syurga sebab menyokong pas
10. Zulkarnain mungkin terpengaruh dengan ajaran sesat yang menyokong pas
11. Anda fikir-fikirlah sendiri...

Apa-apa pun tabik springg kepada Tok Guru selaku Ulama dan MB kerana bukan setakat beliau sahaja pemegang kunci syurga. Anak buah pun sudah terikut-ikut menentukan siapa yang boleh masuk syurga dan neraka. Adakah ini juga salah dan angkara kerja jahat Umno? Nauzubillahhiminzalik...minta saudara bertaubat lah sebelum terlambat!

DAP DIJANGKA AKAN JADI KETUA PEMBANGKANG MENGGANTI ANWAR


DIJANGKA RAMAI LAGI MP PKR AKAN KELUAR PARTI DALAM MASA TERDEKAT INI...

Bekas Setiausaha PKR Datuk Sallehuddin Hashim hari ini mengesahkan beliau sudah rasmi keluar PKR. Sewaktu letak jawatan Januari lalu beliau memberitahu masih kekal ahli PKR. Sementara itu Ahli Parlimen PKR kawasan Nibong Tebal Tan Tee Beng umum keluar PKR pagi ini. Katanya beliau akan jadi Ahli Parlimen Bebas serta merta. Pada 24 Februari baru ini Tee Beng mengadap Jawatankuasa Disiplin PKR selama dua jam kerana mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussein Ali. Katanya beliau ambil keputusan keluar PKR kerana sangat kecewa dengan kepimpinan parti. Beliau mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menyelesaikan isu dalaman parti dan lebih obses untuk menawan Putrajaya.
Dalam pilihan raya Mac 2008, Tee Beng menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Zainal Abidin Osman yang juga penyandang kerusi parlimen Nibong Tebal dengan majoriti 3,087 undi. Berikutan ini PKR kini tinggal 29 Ahli Parlimen.DAP pula ada 28 dan PAS 23. BN ada 137. Sallehuddin hadir sama dalam sidang akhbar Tee Beng umum keluar parti. Menjawab soalan wartawan Sallehuddin menjangka lebih 10 Ahli Parlimen PKR lagi akan bertindak keluar parti. Beliau juga menjangka Anwar akan berusaha sedaya upaya memujuk mereka agar jangan keluar. Katanya antara lain sebabnya ialah mereka kecewa dengan sikap pimpinan parti mengejek macam budak-budak mereka yang kritik dan keluar parti. Sebelum ini Sallehuddin hadir sama semasa sidang akhbar Ahli Parlimen PKR Bayan Baru umum keluar parti pada 12 Februari. Beliau mendakwa kini PKR lebih mengutamakan orang baru dan mengenepikan orang lama. Salehuddin bagaimanapun menafikan beliau menjadi dalang dibelakang tindakan keluar parti Tee Beng dan Zahrain. Katanya kedatangannya hari ini adalah atas jemputan Tee Beng. Semalam bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohamad Fairus Khairuddin umum keluar PKR untuk masuk UMNO. - 1/3/2010

MUNGKINKAH BERKAT DOA SAIFUL ATAU DOA PECAH PERUT NIK AZIZ?


DALAM PROSES PENANGGUHAN PEMBICARAAN LIWAT, FAIRUZ PULA MASOK UMNO...


Tamparan demi tamparan singgah ke Parti Keadilan Rakyat. Setelah baru-baru ini Ahli Parlimen PKR Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Hashim ucap selamat jalan manakala isu Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu,Zulkifli Nordin makin memuncak,bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin pula menambah luka.
Ahad malam beliau mengumumkan keluar PKR dan seterusnya menandatangani borang UMNO yang kemudiannya diserahkan terus kepada Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Fairus,33 membuat pengumuman itu semasa menyampaikan ucapan ringkasnya di depan Najib pada Majlis Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) di sebuah hotel dekat Ampang.
Najib pula, semasa menyampaikan ucapan sangat tertarik dengan prinsip Fairus meninggalkan PKR yang dikatakan gagal mempertahankan soal prinsip ‘fundamental’ iaitu memartabatkan dan maruah kesucian agama Islam.
“Oleh itu, saya atas nama Presiden UMNO ingin menyatakan bahawa anak muda ini, saudara Fairus, kami terima dengan senang hati…kerana saya tahu bahawa saudara Fairus mengambil keputusan ini atas soal prinsip dan atas soal dasar, bukan kerana jawatan, bukan kerana ganjaran tetapi atas nama perjuangan…sebab itulah beliau…pada hari ini, pada majlis ini, pada malam ini, pada saat ini menjadi anggota kepada parti UMNO…selamat datang saudara Fairus,” kata Najib.
Dalam ucapannya Fairus menjelaskan bahawa perasaan kecewanya semakin memuncak bila isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam sudah tidak dipertahankan oleh pucuk pimpinan PKR.
Beliau juga membuat pendirian tersebut setelah melakukan solat sunat Istikharah selama tiga bulan bagi mencari kepastian dan berjaya mendapat petunjuk jelas mengenai keperluannya meninggalkan PKR.
"Dengan lafaz 'bismillahirrahmanirrahim,' saya dengan ini atas dasar mempertahankan prinsip memperjuangkan agama, bangsa, tanah air serta kepentingan rakyat Malaysia, saya mengumumkan penyertaan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).
"Dengan sendirinya (saya) keluar PKR atas dasar hilang kepercayaan terhadap parti tersebut. Insya-Allah saya berdoa agar diberi kekuatan serta bimbingan dalam urusan perjuangan menggunakan wadah baru ini," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh hampir 1000 hadirin.
Mohammad Fairus merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti menyepikan diri hampir setahun dari arena politik sebelum muncul semula malam itu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mohammad Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219.
Bagaimanapun beliau meletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang pada 8 April 2009 dan sebagai ADUN Penanti pada 16 April tahun yang sama atas alasan ingin melanjutkan pelajaran di peringkat pasca ijazah.
Dalam majlis tersebut Najib dianugerahkan Anugerah Sandang Mahkota Agung Seri Pelangi Sakti PSSGM.
Beliau disarungkan selempang dan tengkolok oleh Yang Di Pertua PSSGM Datuk Adiwijaya Haji Abdullah.
Anugerah Sandang Kebesaran PSSGM pernah diterima Najib pada tahun 1988 dari Mahaguru PSSGM Datuk Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim.
Turut menerima watikah sandang kebesaran PSSGM ialah Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan, Mohammad Fairus dan beberapa orang lain.-28/2/2010

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..