Followers

Monday, June 28, 2010

SELAMAT MENYERTAI UMNO KEPADA 40 ULAMA


TERIMA KASIH JUGA RAKAN ADMIN UMPP...

UMNO sebenarnya membuka ruang yang luas kepada semua golongan termasuk ulama dan juga sesiapa sahaja. Umno sama sekali tidak menutup ruang dalam menegur dan memberikan nasihat dalam menyatakan perkara yang benar dan yang salah.

Kita seolah telah lupa, politik pembangkang yang beragama islam lebih kepada mengambil jalan kemungkaran fitnah dan memaki hamun sana sini dalam ceramah2 dan sebagainya dalam menegur kerajaan. Menegur pemerintah serta menegur masyarakat ada adabnya dan dalam agama, Allah menyatakan setiap manusia itu perlu dinasihati kerana setiap diri manusia itu bukanlah sempurna kerana tetap ada kekurangan.

“Kita boleh bersama-sama dengan pemerintah…Kita boleh sampaikan nasihat secara langsung bersesuaian dengan hadis daripada Ibnu Abbas r.a yang mana Nabi Muhammad s.a.w mengajar cara kita menegur pemerintah.

“Menegur pemerintah bukanlah dengan cara memaki hamun, menghina dan bukannya menyampaikannya di mimbar-mimbar khutbah dengan terbuka, itu bukan adab Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam menegur dan menasihati pemerintah.

“Kata Ibnu Abbas lagi, Nabi mengajar kamu, pegang tangan pemerintah, bersendirianlah dengannya dan sampaikan apa yang ingin kamu sampaikan. Sekiranya dia terima, itu perkara baik dan jika dia tidak terima, kamu telah menunaikan tanggungjawab,” katanya.

Kita sama2 memastikan apa yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah tidak kira siapa orang itu, berserban atau berjanggut. Ilmu setinggi mana sekalipun manusia itu tetap ada kelemahan dan perlu ditegur, jika teguran yang baik untok kebaikan semestinya kita kena terima. Manusia juga akan jadi lalai dan lupa diri jika dikelilingi oleh masyarat yang selalu menyanjugi setiap masa sebab itulah kita kena selalu menegur mereka jika ada kesilapan kalau dibiarkan atau pun tidak boleh ditegur manusia seperti inilah yang Allah SWT paling dibenci.

Umno mengambil sikap sederhana dalam soal ini, soal buruk perlu ditegur dengan baik tidak dengan cara pas lakukan. Anak kita sendiri pun kita ada cara untok menegurnya jika ia melakukan kesalahan inikan menegur kerajaan yang macam2 pemikiran dan pegangan.

Begitu juga kepada rakan2 yang melayari blog ini, teguran anda penulis alu2kan sebaiknya kenalah bersopan. Penulis hanya cuba menegahkan kebenaran dan pandangan tidak lebih dari itu. Demi menegak kebenaran tambahan lagi menjadi tuntutan agama, yang berbekalkan sedikit pengetahuan dan ilmu yang ada. Kepada sahabat seperjuangan dan blogger yang seiring pandangan marilah kita pertingkatkan perjuangan kita bersatu hati demi menegakkan kebenaran. Salam persahabatan dan salam 1 Malaysia untok anda semua tidak kira dimana anda berada, terima kasih juga anda semua memberi sokongan dan tidak jemu2 melayari blog Pakmie.blogspot.com. Teguran yang baik kami nantikan, dan bantulah kami dalam menengahkan sesuatu kebaikan...

Sunday, June 27, 2010

40 ULAMA MENYERTAI UMNO DAN TOK SAMI MENYERTAI PAS...

KENAPA KITA MASIH LEMAH BERPOLITIK?

Aura pas tercalar disebabkan keegoan pemimpin mereka sendiri. Kepudaran seri wajah pas kian ketara selepas parti itu menolak secara terbuka perpaduan sesama islam di negara ini. Bagi umat islam yang mahu melihat kebangkitan islam itu melihat sebarang perbuatan atau tindakan bagi menghalang usaha yang boleh merusakkan nilai2 ini menganggapnya merusakkan agama.

Istilah ukhuwah imaniyah yang dalam al-quraan itu sendiri memandangkan persaudaraan itu dikaitkan secara langsung dengan keimanan sesaorang.

Allah telah berfirman bermaksud Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertawakallah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Surah al-Hujuraat: 10)

Tidak lama selepas penolakkan itu, Allah menunjukkan kepada kita satu persatu kemungkaran
pas.Siapa yang membenarkan MP DAP Taiping menggunakan ayat suci al-quraan dalam ceramah politik ketika menghadapi PRK Bkt Gantang kalau tidak pas? Nga Kor Ming dengan begitu hebat sekali mengutuk orang islam Umno dengan mentafsiran ayat suci tersebut mengikut acuan politiknya. Ini bukan pertama kali berlaku, kalau dahulu ketika mengulas budget DUN Wong Kor Wa (ADUN Canning) telah bertindak perkara yang sama. Kalau kita lihat sejarah bila masa DAP menyertujui perlaksanaan islam di negara ini, bahkan Karpal sendiri dengan jelas DAP rela tidak bersama Pakatan jika pas mahu menegakkan islam dan langkah mayatnya terlebih dahulu. Paslah yang mengajar DAP semakin kurang ajar.

Golongan bukan islam semakin berani apabila mendesak kerajaan sekali lagi membenarkan penggunaan keatas Kallimah Allah. Pas sekali lagi menguris hati umat islam dengan menyokong usaha2 golongan bukan islam tersebut sekaligus membelakangi kenyataan dari Dato' Dr Haron Din Timbalan Musyidul Am Pas sendiri.

"Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik. Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka. Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama.

Saya kesal terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik tertentu yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.
Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.

Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.
Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran".

Golongan2 ini sudah lupa pesanan Rasullullah SAW bahawa, "akan datang suatu dizaman dimana kamu akan menjual agama kamu dengan nilai dunia yang terlalu sedikit". Namun malang terdapat segelintir dikalangan kita yang begitu gigih berjuang untuk mendapatkan "ayat-ayat kerusi", sehingga mereka terlupa dengan peringatan ALLAH didalam "Aayatul Kursi"

Allah tetap membuka aib sesaorang itu walaupun sejauhmana bijaknya manusia, ini janji Allah. Kenapa 4o orang ulama muda menyertai Umno, kenapa mereka2 itu tidak sahaja menyertai pas sedangkan pas sudah mengkafirkan Umno? Diatas adalah pandangan dan pendapat dari penulis sendiri untok menjawab soalan itu, mungkin kepada penyokong pas yang taksud mempunyai pandangan lain...

Berbalik kepada bagaimana pula penganut Budha,Hindu,Kristian,Silk,Bahai memilih pula menyokong dan menyertai Pas? Bila kita melihat kepada situasi apa yang pas lakukan kepada islam di negara ini tidak menghairankan kepada kita kenapa golongan tersebut bertindak sedemikian. Tepuk dada tanyalah selera kita sendiri, semua jawaban ada pada kita asalkan kita menggunakan akal yang ada sebaik mungkin. Jawaban dan pandangan dari penulis hanya ringkas sahaja, kaum bukan islam tidak akan kuat selagi islam itu sendiri tidak berpecah!!!


Saturday, June 26, 2010

APA KATA PEMIMPIN PAS YANG MENGKAFIRKAN UMNO?


40 ULAMA MUDA SERTAI UMNO...
Fathul Bari Mat Jahaya adalah antara 40 ulama muda yang menyertai umno, tanpa bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin kemasukan kumpulan pertama itu, telah diserahkan oleh ketua kumpulan tersebut, Fadlan Mohd Othman kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC.Fadlan merupakan pensyarah fakulti pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Seramai 16 daripada mereka hadir malam itu.Manakala dalam sidang media yang diadakan selepas penyerahan borang tersebut, ahli MT Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidi , yang diura-urakan akan menyertai parti itu akan berbuat demikian "bila sampai masanya"."(Kemasukan dalam Umno) ini berperingkat-peringkat. Dalam Umno ini ada ahli Umno, dan ada penyokong Umno... Melihat dari aspek tersebut, saya rasa (Asri) tak ada masalah. Ini peringkat pertama."Beliau (Asri) akan masuk dalam kumpulan yang kedua," katanya dalam sidang media itu.

Dalam sidang media itu juga, Shahidan yang juga ketua Umno bahagian Arau, menjelaskan bahawa mereka akan dimasukkan melalui cawangan Dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang dan selepas itu akan diserapkan ke negeri-negeri masing-masing.Katanya kebanyakkan ulama muda yang hadir pada malam ini adalah berasal daripada Kelantan.Tambahnya, kebanyakan mereka mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana dan PhD dari universiti dalam dan luar negara."Mereka tidak mengancam mana-mana pihak, sebaliknya menunaikan tanggungjawab menyebarkan agama yang murni dan menyeru perpaduan," katanya.Menurut Shahidan lagi, kemasukan ulama muda ini ke dalam Umno bukan untuk merebut jawatan tetapi bagi membina pemuda yang positif dan mempunyai kerohanian yang mantap.

Malaysiakini

Thursday, June 17, 2010

WAKIL RAKYAT YANG BANYAK MENYUSAHKAN RAKYAT


BERTINDAK SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG JUGA KETUA PEMBOHONG...
Yang Berhormat Elizabeth Wong mungkin sekarang tidak dapat tidor nyenyak seperti dalam gambar meletup yang diambil tanpa disedarinya dalam rumahnya.

Isu itu sudah lama sejuk manakala teman lelakinya,seorang pemuda Melayu aktivis PKR terus menghilang sampai ke hari ini.

Elizabeth juga sudah lama kembali jadi wakil rakyat macam tidak ada apa yang berlaku setelah timbul desas desus mungkin kosongkan kerusi ADUN Bukit Lanjan,Selangor sewaktu isu gambarnya jadi bualan hangat.


Ramai yang tersenyum sinis melihat bagaimana usaha ‘ mengsucikannya’ selepas itu.Ini termasuk muncul dengan berbaju kurung atas pentas ceramah PAS di Kelantan sekalipun satu dunia tahu beliau bersekedudukan dengan seorang lelaki Islam yang curi ambil gambarnya itu.

Apa agaknya perasaan Elizabeth bila mendengar kisahnya kembali hangat apalagi ia bukan bergegar di warong kopi atau kaki lima tetapi dalam sidang Dewan Rakyat.

Wow…rupanya bukan setakat gambar mengiurkan sedang tidor nyenyak tetapi ikut ceritanya ada video aksi seksnya.


Menariknya yang didakwa buka cerita pasal itu bukan orang lain tetapi bos PKR sendiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pendedahan ini dibuat oleh Ahli Parlimen Bebas kawasan Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Hashim yang juga bekas sahabat baik Anwar semasa membahaskan Rancangan Malaysia ke 10 di Dewan Rakyat Selasa.


Bekas Ahli Parlimen PKR itu membuat dakwaan itu bukan tidak bersebab.

Ini untuk menguatkan hujahnya setelah menyifatkan Ketua Pembangkang itu patut digelar "Ketua Pembohong" kerana sentiasa membuat pembohongan tanpa rasa malu demi mencapai hasratnya untuk berkuasa.

"Pembohongan demi pembohongan terus dilakukan tanpa sebarang rasa malu demi mencapai matlamat merampas Putrajaya. Bak kata seorang rakan beliau, itulah kelebihan Permatang Pauh, dia langsung tiada maruah dan harga diri," katanya.


Lying is speaking to him ,” tambahnya.

Anwar tidak ada dalam dewan sewaktu Zahrain berucap.



Zaharin berkata antara pembohongan yang dilakukan Anwar ialah dalam isu Apco,isu judi di Sabah serta tuduhan kononnya anggota-anggota Parlimen daripada PKR ditawarkan RM2 juta untuk lompat parti dan skandal seks melibatkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri daripada PKR.


"Sekarang beliau membawa dongeng baru kononnya kami menerima sogokan RM2 juta. Saya tahu beliau membuat pembohongan itu kerana terdesak kerana beberapa cabang PKR bercadang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau semasa kongres PKR di Kota Baharu baru-baru ini," kata Zahrain.


Zahrain juga menasihatkan Kerajaan Persekutuan supaya tidak mengikut kerajaan Selangor yang membaut janji setinggi langit.


"Kalau air laut dijadikan tinta nescaya tidak cukup untuk menulis janji-janji mereka," katanya.

Ahli Parlimen itu secara spesifik menghuraikan tentang pembohongan mengenai video skandal seks Elizabeth.

Katanya,“saya tidak berminat dengan serangan peribibadi kepada mana-mana pihak.Tetapi Ketua Pembangkang sekarang dah berubah rupanya menjadi “ Ketua Pembohong”.


“Saya masih ingat bagaimana beliau membohongi kami mengenai isu skandal seks YB Elizabeth Wong dari Bukit Lanjan.


“Semasa skandal seks itu memuncak beliau memanggil kami dan memberi taklimat kononnya YB Elizabeth Wong mesti berhenti dan meletak jawatan Exco (Selangor) dan ADUN,kerana katanya bukan sahaja gambar yang tersebar,beliau pernah melihat video YB Elizabeth dengan perlakuan seks kononnya,termasuk acara makan ‘ ais krim” katanya.


“Kami semua terkedu dengan kenyataan beliau itu.Malahan beliau nyatakan akan menunjukkan video itu kepada kami.

“Tapi hingga hari ini habuk pun tarak.YB Elizabeth Wong masih kekal dijawatannya.Sebaliknya YB Kulim Bandar Bharu (Zulkifli Nordin) yang mengkritik Menteri Besar Selangor ( Tan Sri Khalid Ibrahim) kerana mengekalkan YB Elizabeth Wong yang akhirnya dipecat daripada parti apabila cuba mempertahankan Islam.”


Sehari sebelum itu,Isnin Zahrain yang ditemui Agendadaily di lobi Parlimen mendakwa waktu itu Anwar mahu beberapa pemimpin PKR terus memainkan isu berkenaan bagi memastikan Elizabeth melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat.

“Sampai sekarang Elizabeth masih kekal. Mana dia video itu? Bagi saya Anwar sengaja buat cerita semata-mata nak minta kami sokongnya (singkir Elizabeth),” ujar Zahrain.

Soalnya sekarang bagaimana agaknya Elizabeth nak mengadap bosnya setelah mendengar apa yang didakwa oleh Zahrain itu ?.


Juga apakah Anwar nak menafikan dakwaan terbaru yang Ahli Parlimen Bayan Baru itu bagi contoh untuk gelarnya sebagai ‘ Ketua Pembohong”.
Agendadaily


Tuesday, June 15, 2010

KONSENSUS BEBAS CABAR ANWAR...


BUKTIKAN DAKWAAN MP DITAWAR RM2J

Anggota Parlimen Bebas dari Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengemukakan bukti bahawa anggota-anggota Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah ditawarkan RM2 juta untuk lompat parti.
"Saya terdengar kat luar Yang Berhormat Permatang Pauh sebut tentang cabar yang melompat ini kononnya diberi RM2 juta, saya pula nak cabar Yang Berhormat kemukakan bukti...serta bukti 16 September.
"Saya minta penjelasan, dah dia cabar saya, saya cabarlah (dia)," katanya ketika mencelah perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) oleh Anwar (PKR-Permatang Pauh) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Anwar berkata beliau akan memberikan keterangan dan mendedahkan maklumat mengenai orang perantaraan yang menyediakan berjuta-juta ringgit kepada mereka yang melompat parti apabila tiba masanya.
"Tahniah...kereta baru, rumah elok...semua orang tahu, satu Pulau Pinang tahu, saya buat ucapan di luar tentang orang yang ambil wang ini, saya dah sebut di luar, saya akan keluarkan kenyataan mengenai orang perantaraan yang sediakan berjuta ringgit pada ketikanya nanti," katanya.
Sementara itu, bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Zahrain berkata Anwar tidak perlu menunggu masa yang sesuai untuk membongkar dakwaan tersebut kerana Parlimen adalah tempat terbaik untuk berbuat demikian.
"Tadi dia ada cakap pasal rumah baru, kereta baru...dia pun ada. Ini dah jadi macam politik kebudak-budakan. Sekarang saya nak dia kemukakan bukti, kalau tidak tutup mulut jangan cakap," katanya.
Turut hadir, anggota konsensus Bebas yang lain iaitu Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), Zulkifli Noordin (Kulim/Bandar Baharu dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju).
Zahrain berkata jika gagal mengemukakan bukti, Anwar dianggap tidak layak menjadi Ketua Pembangkang dan wakil kepada rakyat.
- Bernama

Monday, June 14, 2010

MUKTAMAR KE 56 SEKADAR RETORIK PEMIMPIN PAS?...


HAJI HADI BERTINDAK SEBAGAI TROJAN HOSE ...
Dasar yang dilaung2kan oleh pas kononnya berjuang untok islam lenyap begitu sahaja apabila parti itu meluluskan usul orang bukan islam juga berhak mewakili parti itu dalam pilihan raya yang akan datang. Pemimpin pas membuat kesilapan lagi selepas membuat kesilapan bersepakat dengan DAP yang mahu menghapuskan islam dan kuasa melayu di negara ini. Kesilapan kali ini menambah lagi luka2 yang ada para ahli dan penyokong pas diperingkat akar umbi yang sebelum ini mereka tidak tahu perkara yang sebenar kerana selalu diputarbelit oleh pemimpin mereka sendiri. Semangat islam ala pas yang ditanam sebelum ini yang menjadi penyebab utama penyokongnya tadsub, dan peluang ini diguna sepenuhnya oleh Nik Aziz dan kuncu2nya. Nampak jelas pada Muktamar kali ini pemimpin2 pas lebih mementingkan bagaimana cara untok memenangi hati bukan islam kearah pilihanraya, soal kekuatan islam, bangsa dan kehidupan rakyat tidak disentuh langsung. Perjuangannya yang lebih kepada gila kuasa dan pangkat seiring dengan kehendak rakannya DAP dan PKR. Kini pas tidak lagi parti dominan untok orang melayu, perjuangan pemimpin pas masakini yang sudah semakin jelas kejahatannya. Islam dan bangsa sendiri pas sudah gadaikan. Bila dibuat penelitian diatas ucapan dasar Haji Hadi di muktamar yang baru lepas, ternyata pas hari ini semakin hanyut didalam arus sekular.


Kemana sebenarnya Haji Hadi mahu membawa pas? DHPP diluluskan bersama 5 lagi usul dimuktamar ke56 kali ini. Ternyata, dalam fikiran Haji Hadi sekarang penuh dengan tipu muslihat bagaimana cara untok menipu rakyat bagi merampas Kerajaan BN dalam PRU13 nanti. Haji Hadi sepatutnya kena jaga betul2 5 negeri yang sudah jatuh ketangan pembangkang tersebut. Lebih2 lagi Kelantan yang hampir 100% yang dikuasai oleh wakil rakyat pas dan 98% rakyatnya pula melayu sudah lama hampir 20tahun... apa pas buat? di Perjabat Perbadanan Menteri Besar pun sudah pelbagai puak islam, kecoh sana sini termasoklah kesah mertua dengan menantu, penulis blog Kickdefella dengan majikannya sendiri Hussam dan sebagainya. Apa pun kalaulah UmnoBN itu benar tidak betul terlebih baik buatlah dahulu perubahan mengikut acuan kita di beberapa negeri yang sudah kita tadbir, tak payahlah susah sana sini tipu rakyat dan rakyat sendiri pandai menilainya. Pas bersama DAP dan PKR, contohnya sudah ada di Selangor... sampai berbalah Pesuruhjaya Pas Selangor Hasan Ali dengan Khalid Samad MP Pas Shah Alam berhubung pasal isu arak. MB Khalid Ibrahim hanya lebih kepada menjaga kerusi MBnya apa nak jadi kepada agama dan bangsa peduli apa. Di Perak awal2 lagi dah gulung tikar... dalam kecelaruan Nizal bersama DAP beberapa wakil rakyatnya pula meninggalkan parti.

Pemimpin pas lebih kepada berceramah sana sini menjaja islam, guna islam bagi menarik melayu supaya pas jadi kuat. Wakil rakyat pas hanya pandai berkerja untok parti tidak untok menolong rakyat. Ada Syarikat yang menguruskan dana bagi tujuan memfitnah dan memburukkan Kerajaan bagi menjatuhkan bekas PM Tun Abdullah menjelang PRU12 lepas.

Dalam semua pihak mengecam Israel, Saifuddin Nasution mengambil jalan songsang dengan menghalakan kutukannya pada DS Najib dan juga TS Muhyiddin Yassin dengan menuduh Perdana Menteri dan Timbalannya itu sebagai talam dua muka di dalam melayani protes serta usul mengecam kezaliman zionis Israel. Mahfuz awal2 lagi tunjuk hero dalam isu kezaliman israel dengan mengugut kerajaan DS Najib supaya mengadakan sidang khas Parlimen bagi mengutuk serta mendesak tindakan diambil ke atas kezaliman Israel diberi tempoh 48jam.

DS Najib telah membentangkan usul mengecam dan mendesak tindakan terhadap kekejaman Israel di Sidang Parlimen, aktivis-aktivis Malaysia yang menyertai Flotila bantuan ke Gaza sudah selamat kembali tiba di negara setelah kebijaksanaan kerajaan berkerjasama dengan Duta-Duta luar bagi pembebasan mereka. Mahfuz pula mengatakan bahawa tiada gunanya DS Najib membentangkan usul mengecam Israel di Parlimen. Begitu juga isu judi bola, sana sini pemimpin pas mengecam memburukkan Kerajaan walaupun Kerajaan hanya sekadar meminta pandangan dari rakyat.

Muktamar kali ini Nik Aziz menegur perwakilan yang mempersendakan PM DS Najib, katanya islam melarang berbuat demikian. Baguslah moleklah...perwakilan buat Nik Aziz boleh tegur tetapi kalau Nik Aziz buat siapa pula yang boleh tegur? Pemimpin pas lain , Haji Hadi ? jauh panggang dari api untok menegur Nik Aziz. Usahkan nak tegur ...bila ditanya, kalau pun menjawab jawabannya berbelit2 seolah Nik Aziz pula yang betul dan kesalahannya dilemparkan kepada pihak lain. Kalau pun ada mufti atau tok guru yang bebas dari parti politik cuba menegur, maka macam2 dilabel oleh Nik Aziz. Siapa tidak kenal Nik Aziz ? kalau tak menyalahkan orang, maka bukan "Nik Aziz" namanya. Sikap modal insan yang suka mencarut seperti inilah yang Nik Aziz berjaya hasilkan. Perwakilan tak akan berani mencarut kalau tok guru dia tak mencarut. Perwakilan tak akan berani mengutuk dan mencerca kalau tok gurunya sendiri tidak bersikap demikian. Nik Aziz dan seantero penyokongnya melakukan sesuatu pastinya bersebab dan untok mendapat keuntungan buat mereka sendiri biar pun dengan cara tidak bermoral. Prinsip-prinsip pas yang dijunjung oleh pemimpin2 pas terdahulu digadai oleh kepimpinan pas masakini demi gilanya kepada kuasa. Kesimpulan yang boleh kita buat, pas sekarang tidak lagi berjuang untok agama, jika pun masih ada kedengaran anggaplah itu sebagai retorik semata-mata.

Tuesday, June 8, 2010

KOTA BHARU : MUKTAMAR KE 56 DAN DUIT KOHILAL


JANGAN JADIKAN MUKTAMAR SEBAGAI PENTAS MEMFITNAH...

Naib Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Yusoff akan menuntut hak jawatan Timbalan Presiden di Muktamar ke 56 nanti dikhaskan kepada wanita. Sesuai dengan dasar transformasi yang dicetuskan oleh Hussam Musa suatu masa dahulu yang memperuntukkan 30% penglibatan wanita dalam semua peringkat parti. Dalam muktamar tersebut tidak hairanlah jika pelbagai usul diluluskan memandangkan parti itu sekarang sudah jauh lari dari perjuangan asalnya. Wajah Pas kini sudah berubah, seri asalnya sudah tiada lagi.


PAS sepatutnya kena terima jawatan Timbalan Presiden dikalangan wanita memandangkan kalau dah sanggup terima DAP sebagai Khafilah apa salahnya jawatan timbalan presiden diberi kepada Wanita. Lainlah kalau pas dahulu mendengar suara wanita itu aurat, musabaqah wanita tidak dibenarkan, calon wakil rakyat wanita juga tidak dibenarkan bertanding...kerana haram, tetapi kini tidak lagi semuanya sudah jadi halal kerana pas sekarang bersama DAP. Kalau Umno tidak boleh bersama MCA dan MIC dalam BN kerana kapir tetapi Pas dengan DAP tidak kerana DAP juga mahu menjatuhkan Umno. Demi kerana mahu menghancurkan sesama islam Umno ludah-ludah terdahulu Pas sudah jilat kembali. Bukan setakat itu sahaja, kaum bukan islam sudah boleh masuk pas sekarang dan mempunyai hak keatas parti tersebut.

Wakil wanita juga kena bangkitkan dalam muktamar ini ke mana perginya RM45 juta yang dilabur melibatkan 20.000 orang ahli dalam Koperasi Al-Hilal Berhad (KHSB). Jangan sahaja mementingkan jawatan, penyelewengan-penyelewengan lain juga perlu didedahkan dalam muktamar ini seiring dengan perubahan yang akan dilakukan dalam pas. Jangan jadikan muktamar kali ini sebagai tempat untok memfitnah dan mengutuk semata-mata.

Monday, June 7, 2010

LAKONAN SEMAKIN MENJADI - JIKA DIBIARKAN MELAYU TERUS TERLENA...


MENJELANG PRU 13...

Hadi Awang tidak tahu menahu tentang tawaran TPM II kepada parti DAP. Tidak ada bezanya kalau Haji Hadi tahu atau tidak, yang penting kenapa Anwar membuat tawaran tersebut. Bagaimana pula kalau BN yang memberi tawaran seperti itu? Kenapa pemimpin politik melayu pembangkang suka sangat memperjudikan agama dan bangsanya sendiri tidak seperti kaum lain berpolitik di negara ini. Walaupun ada juga ideologi politiknya berbeza tetapi dalam survival bangsa dan agama mereka tetap diutamakan sehingga Anwar dan Nik Aziz menjadi alpa kepada bangsa dan agama sendiri. Anwar dan Nik Aziz sanggup menumpang DAP dalam mengejar kuasa. Nampak jelas kepada kita cara Anwar untok menarik undi Cina, dari post morten kaum Cina boleh mengubah keputusan PRU13 nanti dengan cara terbaik adalah memberi tawaran TPM 11 kepada DAP kononya untok mendapat pengaruh Cina.

Cina ada caranya sendiri bagaimana untok mendapat kuasa politik. Yang peliknya tawaran istimewa Anwar kepada DAP itu disambut dengan gembira oleh melayu dalam pembangkang sedangkan Cina DAP hanya senyum sinis menyebabkan pelbagai tanda tanya kepada orang melayu yang rasional. Nampak sangat Anwar mahu memperbodohkan rakyat, isu tersebut tidak perlu ditimbulkan kerana ianya bergantung kepada kelebihan majoriti di Parlimen. DAP sudah tahu politik Anwar, cuma orang melayu sahaja belum memahami politik Anwar. Sebab itulah Anwar tetap dilantik ketua pembangkang walaupun DAP mempunyai kelebihan kerusi berbanding PKR dan Pas. Ini cara politik DAP bagaimana cara untok mendapat sokongan dari kalangan orang melayu untok merealisasikan cita2nya menghapuskan kuasa melayu di negara ini. Jawatan PM tidak menjadi tajuk utama DAP kerja tersebut kerja2 Anwar apabila sampai dipenghujung apabila sampai masanya bukan setakat Anwar sahaja disisih melayu di negara juga mengigit jari. DAP berjaya mengubah ideologi Pas dan melayu dalam PKR yang lebih kepada supir kepada Anwar sahaja. Walaupun itu tawaran menarik untok orang cina ia juga sebenarnya goodies bagi orang melayu yang menyokong pembangkang.

Parti-parti komponen BN tentu juga terbeliak mata bila mendengar tawaran tersebut diberikan kepada kaum mereka walau pun mereka berlainan parti. Anwar berlakon dalam masa yang sama kaum lain mengemaskan halatujunya. DAP mendapat untong senang bermodalkan Anwar dan Anwar mendapat untong senang bermodalkan Nik Aziz yang bodohnya kita orang melayu yang menyokong usaha beliau. Pemimpin2 Pas yang mengidam TPM 1 boleh tidor lena, beginilah caranya orang melayu berpolitik.

Parti DAP memegang kerusi pembangkang yang terbanyak sekarang ini dan jika corak pengundi kaum Cina tidak dipantau dengan serius oleh parti Barisan Nasional dengan kadar segera, kaum tersebut tidak akan berganjak daripada menyokong parti DAP. Kita juga perlu tahu bahawa DAP tidak memerlukan jawatan Perdana Menteri untuk mentadbir negara ini. Cukuplah seorang Perdana Menteri boneka bernama Anwar dan beliau itu sebenarnya sekadar badut yang boleh diperkotak-katikkan oleh parti DAP. Handbrake ditangan DAP bila2 masa sahaja DAP boleh menarik handbrake rashia Anwar ada ditangan DAP, menyebabkan melayu lain turut jatuh tersungkur ditanah air sendiri.

Potfolio utama di dalam kerajaan Parti Pembangkang akan dipegang oleh pemimpin-pemimpin DAP dan mereka berkuasa untuk mengubah negara mengikut acuan republik dan kita semua akan ternganga tanpa mampu untuk membantah lagi. Anwar akan masih mengharapkan parti UMNO untuk membangkang segala keputusan parti DAP di dalam parlimen tetapi apa gunanya jika parti UMNO/BN berada di kerusi pembangkang di dalam parlimen ketika itu? Seperkara lagi yang mesti kita semua perlu ingat ialah pemimpin-pemimpin politik akan melakukan apa sahaja untuk memastikan kesinambungan karier politik mereka. Jika mereka perlu melompat parti untuk tujuan tersebut, mereka akan melakukannya tanpa berfikir panjang. Yang tinggal ialah kita semua di akar umbi ini yang terkontang-kanting mencari kehidupan yang selesa di negara sendiri. Dan bukannya kita yang menyebabkan negara ini berhutang berjuta-juta ringgit tetapi ianya disebabkan oleh kepincangan pengurusan potfolio-potfolio kementerian di dalam kerajaan. Perhatikan apa sudah jadi kepada negeri2 dibawah pembangkang sekarang yang majoriti DAP walaupun MBnya melayu?

Pada tahun 2013 Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan. Perdana Menteri boleh menasihatkan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen pada bila-bila masa sebelum tarikh terakhir Pilihanraya Umum wajib diadakan. Dari sekarang hingga ke tarikh Pilihanraya Umum diadakan maka semua parti akan mempersiapkan diri masing-masing untuk mencapai kemenangan kerusi bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sebanyak mungkin untuk membolehkan penubuhan kerajaan. Oleh itu semua pilihanraya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri atau kawasan Parlimen yang diadakan menjelang Pilihanraya Umum ke 13 menjadi ukuran dan bahan kajian untuk semua parti membuat perhitungan atas strategi dan taktik yang perlu diikuti untuk mencapai kemenangan.dalam Pilihanraya Umum ke 13.

DS Najib memilih jalan tengah atas kelemahan yang mungkin timbul oleh gaya berbeza kepimpinan 2 Perdana Menteri sebelumnya. Ketegasan seperti Dr. Mahathir amat diperlui jika diperhalusi apa yang berlaku dalam negara sekarang walaupun anggapan sesetengah pihak yang dengan mudah menyifatkannya sebagai kuku besi walau hakikatnya tidak. Tun Pak Lah Dasar Perdana Menteri kelima gaya kepimpinan yang lebih dikenali sebagai ‘flip flop’ ini adalah antara punca yang membawa kepada kehilangan majoriti 2/3 BN di dalam parlimen sekarang.

Masalah utama DS Najib masih ada segelintir rakyat belum benar-benar memahami gaya baru pentadbiran DS Najib sehingga tidak dapat membezakan yang manakah cadangan dan yang manakah perlaksanaan. Akibatnya, kita melihat banyak usaha kerajaan yang sebenarnya bertujuan untuk mendapat pandangan dari rakyat disambut dengan bantahan keras seolah-olah Kerajaan telah laksanakan.

Golongan ini masih terikat dengan corak pentadbiran lama iaitu setiap apa yang ditulis di dalam media arus perdana mengenai perlaksanaan atau penarikan semula sesuatu dasar, akan membawa kepada 2 kemungkinan sama ada dikuatkuasakan oleh kerajaan tanpa ada kompromi (Dr Mahathir) atau dikuatkuasakan dengan kemungkinan dibatalkan dipertengahan jalan (Abdullah).

Dalam isu cadangan melesenkan perjudian sukan sebagai contoh, ia adalah cadangan kerajaan bertujuan untuk membenteras kegiatan judi sukan tidak berlesen yang semakin berleluasa di dalam Negara. Letak ketepi pro dan kontra atas cadangan ini dahulu kerana tujuan ia diketengahkan kerajaan ialah untuk mendapatkan pandangan rakyat terlebih dahulu bukannya untuk disambut dengan gegak gempita seolah-olah kerajaan sudah bersetuju untuk melaksanakannya secara menyeluruh. Yang hairannya, orang Islam pun turut sama membantah sedangkan sejak bila pula apa bentuk jenis judi dalam Negara ini yang dibenarkan untuk orang Islam menyertainya? Diburukkan lagi bila pembangkang yang memang diketahui pakar dalam putar belit, mengatakan bahawa kerajaan pusat cuba meng'halal'kan judi pula!!

Begitu juga dengan cadangan membangunkan Kg Baru dengan formula 60:40 antara bumiputera dan bukan bumiputera, juga menimbulkan reaksi negatif di seluruh Negara tanpa terlebih dahulu memahami hakikat bahawa perbincangan dengan pemilik tanah itu sebenarnya adalah satu permulaan kepada siri perbincangan yang lebih panjang, pendek kata belum ada keputusan yang dibuat oleh kerajaan!!!

Mendapatkan pandangan rakyat secara terus ini, bukanlah satu idea baru, ia telah lama dilakukan dibanyak Negara tetapi dengan pendekatan berbeza iaitu melalui pungutan suara. Di dalam era teknologi maklumat hari ini, pandangan dan reaksi rakyat boleh diterjemahkan dalam banyak cara selain cara tradisional seperti tunjuk perasaan, bantahan umum dan sebagainya. Sehubungan dengan itu beberapa siri perjumpaan umum yang diadakan dengan rakyat sebelum ini, maklum balas yang dikumpul dari perbincangan di internet juga adalah antara cara kerajaan mendapatkan reaksi balas rakyat tanpa perlu mengadakan pungutan suara yang memakan masa dan wang yang bukan sedikit.

Kita harap lama kelamaan rakyat akan dapat memahami dan mengadaptasi perubahan yang cuba dibawa DS Najib. Lebih cepat kita menerima gaya kepimpinan berbeza ini, lebih mudah interaksi rakyat dengan kerajaan dilakukan. Akan tiba masanya nanti, rakyat menjadi penyumbang kepada perlaksanaan sesuatu dasar tanpa perlu berharap kepada wakil mereka di Parlimen semata-mata. Anwar sepatutnya percepatkan dan selesaikan dahulu bicara liwatnya dengan Saiful kerana ianya telah mencemar emej islam seluruh dunia dikalangan orang islam dan bukan Islam. Isu tawaran TPM 11 kepada DAP tidak boleh mengalih isu liwat beliau.

Sunday, June 6, 2010

NALLA TIDAK SUKA DIPUJUK...

'Usah pujuk dan rayu saya lagi'

KUALA LUMPUR 5 Jun - Walaupun 'sudah berkerat rotan berpatah arang' dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 2007, Datuk S. Nallakaruppan mendakwa masih dipujuk supaya kembali bersahabat dengan bekas rakan baiknya itu.

Nallakaruppan yang menjalinkan persahabatan dengan Anwar selama 30 tahun sebelum ini mendakwa salah seorang daripada individu yang cuba memujuknya ialah peguam, Manjit Singh Dhillon.

Sehubungan itu, Nallakaruppan menasihatkan Manjit supaya menghentikan perbuatan sia-sia itu kerana keputusan untuk meninggalkan Anwar adalah muktamad.

"Saya meminta sahabat saya yang juga dahulunya peguam saya, Manjit Singh Dhillon tidak lagi memujuk saya untuk kembali berbaik dengan Anwar.

"Saya tahu Manjit amat rapat dan mempunyai hubungan yang amat baik dengan Anwar tetapi keputusan saya meninggalkan Anwar adalah atas prinsip dan ia satu keputusan muktamad," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sehari sebelum Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Seremban pada Mei 2007, Nallakaruppan yang pada masa itu Ketua Cabang PKR Kepong meletakkan jawatan dan keluar dari parti itu dengan alasan tiada tempat untuk kaum India dalam parti berkenaan.

Ditanya sejak bila ada usaha untuk memujuk beliau, Nallakaruppan mendakwa ia bermula selepas pakatan pembangkang menang besar pada pilihan raya umum 2008.

Dakwanya, pujukan itu semakin kuat menjelang pelan pembentukan kerajaan pusat oleh Anwar melalui kaedah lompat parti pada 16 September 2008.

"Manjit suruh jumpa Anwar, kononnya dia akan jadi Perdana Menteri, banyak kali dia pujuk saya sama ada melalui telefon atau secara bersemuka.

"Saya mahu beritahu Manjit, tiada sebab saya nak berjumpa Anwar kecuali jika dia berani jumpa saya di mahkamah, saya memang tertunggu-tunggu juga," katanya sinis.

Mengulangi pendirian untuk tidak kembali kepada Anwar, Nallakaruppan berkata beliau sudah serik untuk berkawan dengan Ketua Pembangkang itu yang didakwanya cukup licik mempergunakan orang lain.

"Tengoklah sendiri hubungannya dengan Barat, selepas keluar penjara bukan main lagi dia ke sana mencari 'talian hayat'.

"Sekarang lain pula kisahnya, bila pekungnya mula terdedah, dia cuba pula menonjolkan dirinya sebagai pejuang isu Palestin," katanya.

Nallakarupan minta peguam Manjit Singh hentikan perbuatan itu kerana keputusan tinggalkan Anwar muktamad.

Saturday, June 5, 2010

DAULAT TUANKU !...


Hari ini 5 Jun 2010, seluruh rakyat Malaysia merafak sembah penuh taat setia ke atas Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almahrum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong yang disambut setiap Sabtu minggu pertama Jun. Rakyat menzahirkan ucapan setinggi-tinggi ucapan tahniah. Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku . Daulat Tuanku!



MENITI SEJARAH POLITIK DAN EKONOMI NEGARA


DARI WASIAT RAJA-RAJA MELAYU HINGGA MODEL EKONOMI BARU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

1. Wasiat Raja-Raja Melayu mengandungi 7 perkara yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tanda-tangan persetujuan mereka ke atas pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5hb Ogos, 1957. 7 wasiat itu ialah;

i. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ( sekarang dikenali dengan nama Malaysia );

ii. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU, sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

iii. Bagi menjaga kamu dan melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

iv. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

v. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

vi. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

vii. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. ( Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak )
NEGERA MERDEKA BERPANDUKAN PERLEMBAGAAN

2. Berikutannya, pada 31hb Ogos, 1957 Malaya telah merdeka dengan perlembagaannya yang mengandungi Wasiat Raja-Raja Melayu.

3. Perlembagaan ini digubal berasaskan persetujuan Raja-Raja Melayu yang mengambilkira kepentingan berbagai kaum dan ianya juga dinamakan 'kontrak sosial'.

4. Di bawah 'kontrak sosial' inilah didapati persetujuan mengenai:

i. Raja berperlembagaan,

ii. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,

iii. Islam sebagai agama rasmi negara,

iv. Hak istimewa orang-orang Melayu

v. Demokrasi berparlimen,

vi. Dasar Ekonomi Bebas dan

vii. Kerakyatan untuk yang bukan Melayu.

KONVENSYEN PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA 1965
5. Dalam Konvensyen Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, pada tahun 1965, di bawah pimpinan Dato' Senu bin Abdul Rahman, yang saya hadir menjadi wakil Negeri Sembilan sebagai Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban Timur, para perwakilan telah diterangkan dengan jelasnya erti peruntukan-peruntukan yang ada di dalam perlembagaan.

IDE-IDE YANG TELAH DISEPAKATI
6. Ide-ide yang diketengahkan yang menjadi sebahagian dari perlembagaan adalah hasil pakatan dari berbagai kelompok di kalangan bangsa Melayu pada waktu itu. Umpamanya:

i. Kerabat di Raja telah menekan aspek kedaulatan raja-raja Melayu,

ii. Guru-guru lulusan dan yang sedang mengajar di Sultan Idris Training College telah menekankan pentingnya Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan,

iii. Alim ulama telah menyumbangkan agama Islam untuk dijadikan agama rasmi negara di dalam perlembagaan,

iv. Pegawai-pegawai kerajaan dan para profesional telah menyumbangkan bab 'hak istimewa orang-orang Melayu',

v. Semua pihak bersetuju diperkenal sistem demokrasi berparlimen sebagai sistem politik negara,

vi. Pihak peniaga, yang kebanyakannya dari kalangan bukan Melayu, menekankan pentingnya Dasar Ekonomi Bebas,

vii. Bukan Melayu dijanjikan kerakyatan.
RAJA BERPERLEMBAGAAN

7. Untuk memberi pengertian dan makna kepada erti Raja Berperlembagaan maka institusi pentadbiran negara berikutnya diberi taraf dan pengiktirafan di raja:

i. Askar dan Askar Melayu Di Raja untuk mempertahankan negara dari serangan luar negari,

ii. Polis di Raja Malaysia untuk menjaga keselamatan dalam negara,

iii. Kastam di Raja untuk memungut cukai sebagai belanja menguruskan negara,

iv. Pegawai Pentadbiran negara dilantik oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong ( PTD ) dan Pegawai Pentadbiran Negeri Kedah, Kelantan dan Johor dilantik oleh Sultan masing-masing negeri,

v.Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen tidak menjadi undang-undang sehingga disahkan oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri tidak menjadi undang-undang sehingga disahkan oleh Raja, Sultan dan Gabenor masing-masing negeri,

vi. Untuk mentafsirkan Perlembagaan dan undang-undang negara dan negeri maka para hakim dilantik oleh DYMM YDP Agong bagi pihak Raja-Raja Melayu,

vii. Gabenor bagi negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dilantik oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong dengan persetujuan Raja-Raja Melayu dan DYMM Yang Di Pertuan Agong pula dipilih dari kalangan Raja-Raja, dan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja dan bersemayam di atas takhta secara bergilir, mengikut senioriti, untuk jangka-masa maksima lima tahun.
DEMOKRASI

8. Mengenai demokrasi beberapa orang wakil pemuda UMNO yang dipilih, termasuk saya, di dalam sebuah pertemuan tertutup, telah mendengar pendapat Tun Abdul Razak, mengenai demokrasi (4 v di atas). Katanya demokrasi itu hanya relevan dalam keadaan pemerintahan itu dikuasai oleh orang-orang Melayu. Apabila itu terancam maka kita tidak perlukan demokrasi. Itulah sebabnya perlu dikekalkan institusi raja.
Kita tidaklah 'naive' ( kata Tun ), untuk menerima bukan Melayu menjadi rakyat hanya untuk menyerah negara ini kepada mereka.

PERISTIWA 13 MEI, 1969

9. Kenyataan Tun Abdul Razak ini telah dibuktikan dengan pergantungan parlimen apabila berlaku peristiwa 13 Mei, 1969 apabila kuasa pemerintahan Melayu terancam. Hanya apabila tindakan-tindakan yang diperlukan telah diambil atau siap dirancang barulah kuasa parlimen dikembalikan. Ini telah dilakukan oleh Tun sendiri dengan mengadakan semula pilihanraya pada tahun 1974.

10. Malahan, lebih awal dari peristiwa 13 Mei, 1969 YTM Tunku Abdul Abdul Rahman telah mengeluarkan Singapura dari Malaysia pada 9 Ogos, 1965. Sebab Tunku mengeluarkan Singapura dari Malaysia telah dinyatakan sendiri oleh Lee Kuan Yew kepada Perdana Menteri Britain di waktu itu Sir Harold Wilson sebagaiman dilaporkan oleh setiausaha Harold Wilson di dalam bukunya 'Inside Number 10'. Dalam buku ini Marcia William ' .... revealed that Lee, in sorrow, complimented Tunku Abdul Rahman for his foresight in releasing Singapore before Lee Kuan Yew could replace the Tunku from the office of the Prime Minister of Malaysia.' Pendek kata kita akan buat apa saja untuk mengekalkan kuasa Melayu.

KONGRES EKONOMI BUMIPUTRA PERTAMA 1965

11. Dalam Kongres Ekonomi Bumiputra yang pertama diadakan pada tahun 1965 juga, iaitu tahun yang sama dengan tahun diadakan Konvensyen Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, saya telah hadir mewakili Negeri Sembilan sebagai Setiausaha Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan yang dipimpin oleh Dato' Jaafar Talib, pemilik Sungei Ujung Store di Seremban.

12. Kegelisahan orang-orang Melayu jelas tertumpu kepada jurang perbezaan ekonomi antara orang-orang Melayu dengan bukan Melayu di waktu itu. Sekitar masa yang sama Tan Sri Hanafiah Hussain, selaku Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia sekaligus menjadi Pengurus Besar pertama Felda dan Bendahari Agung UMNO telah berucap di dalam Parlimen, dan menimbulkan kemarahan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, apabila beliau bandingkan projek Felda untuk orang-orang Melayu sebagai memberi hanya sebuah tandas untuk orang-orang Melayu sementara rumah diduduki oleh orang lain.

13. Saya masih teringat peristiwa Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Selangor YM Raja Nasron telah menghambat keluar Tun Dr. Ismail, selaku Gabenor Bank Negara, kerana beliau telah menentang cadangan persidangan untuk menubuhkan Bank Bumiputra sebagai sumber modal untuk orang-orang Melayu.

DASAR EKONOMI BEBAS DIKECAM

14. Dasar Ekonomi Bebas juga telah dikecam hebat dalam Kongres ini kerana katanya, antara lain, susunan rangkaian agensi perdagangan dan perusahaan di negara ini, yang telah tersusun dengan rapi sejak zaman penjajah, tidak memberi kebebasan kepada kaum Bumiputera untuk bergerak dalam bidang yang sudah dimonopolikan. Contohnya, pihak Bumiputera tidak boleh menjadi ejen pengedaran rokok Rothmans kerana syarikat ini telah pun dengan bebas, dan tidak boleh diganggu oleh kerajaan, memilih bukan Bumiputeraa sahaja untuk menjadi ejennya di Negeri Sembilan. Mereka tidak boleh disuruh melantik ejen yang kedua bagi Negeri Sembilan dari kalangan Bumiputera, yang kuat merokok pada waktu itu, kerana kerajaan mengamalkan Dasar Ekonomi Bebas yang bererti pihak swasta bebas dari gangguan atau petunjuk dan arahan kerajaan.

BUKU DILEMA MELAYU

15. Memandang kepada kegelisahan orang-orang Melayu yang bertambah membara dibakar pula dengan terbitan buku Dilema Melayu ( Malay Dilema ) yang dikarang oleh Tun Dr. Mahathir, Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia pada waktu itu, maka, sebab berlakunya peristiwa 13 Mei, 1969, telah dianalisakan sebagai berpunca dari masalah perbezaan ekonomi.

DASAR EKONOMI BARU ( 1971 - 1990 )

16. Penyelesaiannya ialah dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru sebagai ganti kepada Dasar Ekonomi Bebas. Dasar Ekonomi Baru dikatakan boleh menjamin kewujudan Dasar Ekonomi Bebas jika negara aman apabila kalangan Bumiputera juga bebas untuk terlibat dalam segala bidang kegiatan ekonomi.

17. Memang benar kata Presiden MCA Dr. Chua Soi Lek bahawa Dasar Ekonomi Baru tidak disebut di dalam perlembagaan. Soi Lek lupa, mungkin kerana kelalaiannya, bahawa Dasar Ekonomi Baru adalah tunjangan dari Hak Istimewa Orang-Orang Melayu sebagai satu peruntukan dalam perlembagaan yang terkandung di dalam Wasiat Raja-Raja Melayu.

BAHASA MANDARIN TIADA DI DALAM PERLEMBAGAAN

18. Mengenai Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan pemuda, dalam konvensyen tahun 1965, telah dijelaskan bahasa bahasa ibunda kaum-kaum lain juga dijamin oleh perlembagaan. Kita mengambil maklum bahawa bahasa Mandarin bukanlah bahasa ibunda kaum China yang datang dari selatan China, samada digelar imigran atau tidak. Oleh itu Dr. Choi Soi Lek hendaklah beringat jika DEB tidak disebut didalam perlembagaan begitu juga bahasa Mandarin tidak disebut dalam perlembagaan. Sementara DEB merupakan manifestasi Hak Istimewa Orang-orang Melayu bahasa Mandarin bukanlah manifestasi bahasa ibunda imigran dari selatan negara China. Sementara bahasa ibunda itu adalah bahasa keturunan, dan satu hak yang patut dipertahankan, bahasa Mandarin pula hanya memperkuatkan identiti imigran yang orang-orang China Malaysia tidak mahu diingatkan. Bagi saya bahasa Mandarin, seperti juga bahasa Arab, Jepun, Jerman dan lain-lain perlu digalakkan untuk rakyat Malaysia. Bagi orang Melayu yang beragama Islam bahasa Arab patut diwajibkan.

19. Oleh kerana bahasa Mandarin tidak ada dalam perlembagaan maka kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu telah membuat akta untuk memberi tempat kepada bahasa Mandarin dalam negara ini. Tidak ada negara lain yang dipimpin oleh bangsa lain di dunia yang berbuat demikian. Malahan Biro Tatanegara yang dikritik oleh bukan Melayu baru-baru ini telah ditubuhkan, pada waktu, akta ini hendak dibuat supaya orang Melayu menerima usaha meletak bahasa Mandarin pada tempatnya sekarang.

RUKUN NEGARA

20. Sebelum DEB diperkenalkan usaha kearah perpaduan negara diberi keutamaan dengan memperkukuhkan ingatan kepada Wasiat Raja-Raja Melayu dan memperkenalkan Rukun Negara pada 31 Ogos, 1970 yang kandungannya seperti berikut:

i. Kepercayaan kepada Tuhan,

ii. Kesetiaan kepada Raja dan Negara,

iii. Keluhuran Perlembagaan,

iv. Kedaulatan Undang-Undang,

v. Kesopanan dan Kesusilaan.

MATLAMAT DASAR EKONOMI BARU

21. Dasar Ekonomi Baru mempunyai dua matlamat iaitu:

a. Mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan

b. Mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

22. Kedua fungsi DEB ini sebenarnya menguntungkan semua kaum, tetapi kerana kemiskinan itu dianggap sebagai monopoli orang Melayu dan kalangan Bumiputera ramai terlupa bahawa orang China dan India juga ada yang miskin. Membasmi kemiskinan adalah satu fungsi 1Malaysia samada rancangan ekonomi itu digelar 'dasar' atau 'model'.

23. Dalam usaha untuk menyusun semula masyarakat kerajaan di bawah DEB telah menentukan matlamat 30% dari ekuiti sektor swasta perlu dimiliki oleh Bumiputra. Pada mulanya ekuiti ini cuba dibahagikan kepada sebanyak Bumiputera yang mampu membelinya, tetapi, kerana daya tahan Bumiputera untuk menyimpan ekuiti ini terlalu lemah, maka perbadanan-perbadananlah yang telah memegangnya.

DASAR PEMBANGUNAN NEGARA ( DPN )

24. Apabila tamat tempoh Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1990 Tun Dr. Mahathir telah memperkenalkan Dasar Pembangunan Negara ( DPN ) yang bermula pada tahun 1991 dan merupakan tunjangan dasar yang bersemangat dan berjiwakan DEB. Fokus DPN tetap -

i. Membasmi golongan miskin, dan

ii. Menyusun semula masyarakat..
25. Objektif DPN pula ialah:

i. Memperkukuhkan kestabilan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik melalui pembangunan bandar dan luar bandar.

ii. Menjadi negara maju dan mengukuhkan keadilan sosial, nilai etika, moral, kualiti hidup dan mengamalkan prinsip pentadbiran yang adil dan kecemerlangan ekonomi.

PELAKSANAAN DEB DAN DPN YANG PRAGMATIK

26. Banyak hasil telah dinikmati dengan pelaksanaan DEB dan DPN walaupun seluruh matlamatnya belum tercapai.

27. Dengan pelaksanaan dasar ekonomi yang pragmatik kita telah berjaya menempuh Krisis Ekonomi Asia pada tahun 1997. Malahan cara Malaysia mengendali ekonominya yang bertentangan dengan kehendak Bank Dunia dan IMF kita sudah menjadi contoh di dunia dan menjadi mata pelajaran di Universiti Harvard di Amerika Syarikat. Kita perlu kembali ke Universiti Harvard untuk mempelajari dari mereka sebab-sebab mereka mempelajari cara kita.

28. Tetapi, kegagalan mencapai matlamat DEB, dengan sepenuhnya, telah memberi berbagai kesempatan kepada berbagai pihak untuk membuat berbagai andaian keatas sebab kegagalannya berlaku.

KECERMELANGAN PRESTASI DALAM PILIHANRAYA TAHUN 2004

29. Kejayaan cemerlang dalam Pilihanraya Umum ke 11 pada tahun 2004 adalah penyebab bermulanya semua masalah yang sedang dihadapi sekarang ini. Masalah ini berlaku kerana 'kerakusan kuasa' yang ada pada pemimpin negara di waktu itu.

30. Banyak pihak telah memberi ingatan kepada Tun Dr. Mahathir di waktu beliau sedang berfikir untuk memilih penggantinya. Dengan semua kelemahan dari segi ilmu, keberanian dan pengalaman yang terbatas, keputusan Tun Dr. Mahathir adalah berasaskan kepada keyakinannya bahawa penggantinya, sebagai tokoh yang berbudi, dapat dibantunya, kerana Sri Perdana dan Yayasan Kepimpinan Perdana letaknya berdekatan di Putrajaya.

31. Tun Dr. Mahathir sedar mengenai pandangan Sigmund Freud mengenai nafsu, pandangan Karl Marx mengenai harta dan kekayaan dan pandangan Bertrand Russsel mengenai kuasa yang boleh membawa perubahan kepada watak manusia. Sementara itu Tun Dr. Mahathir juga sedar dengan adanya agama seseorang pasti dapat mengendalikan nafsu, harta dan kuasa secara halal, tertib dan bersopan.

32. Tun Dr. Mahathir tidak boleh selalu disalahkan kerana silap memilih pengganti, kerana UMNO-lah yang menentukan pengganti itu kerana meletakkannya di barisan pemimpin parti. Rakyat juga telah memberi kepercayaan dengan kemenangan besar BN dalam Pilihanraya Umum 2004.

AKIBAT PRESTASI BURUK DALAM PILIHANRAYA TAHUN 2008

33. Akibat dari prestasi yang paling buruk dalam Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008 berbagai program dan institusi telah dijadikan sasaran, antaranya:

i. Institusi Raja-raja Melayu

ii. Institusi Kehakiman

iii. Konsep ketuanan Melayu, dan

iv. Dasar Ekonomi Baru
34. Pemimpin yang gagal mengendalikan negara dengan baik, sehingga dilanda kekalahan dalam pilihanraya tahun 2008, telah menyalahkan institusi dan dasar yang berjasa dan yang selama ini telah membawa kepada kesetabilan politik, kemajuan dan keamanan negara.

35. Untuk menawan hati pembangkang maka segala usaha telah dijalankan untuk mengorbankan kepentingan dan maruah Melayu sedangkan pihak pembangkang tidak akan puas selagi mereka tidak menduduki PUTRAJAYA.

HARAPAN UNTUK MASA DEPAN

36. Tujuan ucapan saya pada hari ini hanya untuk untuk meminta pihak kerajaan supaya mengikat Model Ekonomi Baru kepada roh, semangat dan jiwa Dasar Ekonomi Baru sebagaimana Tun Dr. Mahathir telah menambatkan Dasar Pembangunan Negaranya kepada roh, semangat dan jiwa Dasar Ekonomi Baru.

37. Segala pembaharuan hendaklah untuk memperbaiki dan bukan untuk mencemoh dan menghina dasar pusaka ini. Pusaka dari ibu bapa kita sendiri. Yang penting ialah pelaksanaannya hendaklah oleh pemimpin, pengurus dan pentadbir yang amanah, berani, disiplin, rajin dan setia. Kita tidak perlu menunjukan kejahilan kita sehingga kita minta pembohong bangsanya sendiri, seperti Tony Blair, yang bertanggungjawab atas pembunuhan ke atas jutaan umat di Iraq dan Afghanistan, yang tidak pernah berjaya memimpin ekonomi negaranya sendiri, untuk menasihati kita atas cara untuk berekonomi. Kita juga tidak perlu terus menyanjung pengkhianat negara yang sanggup mengorbankan 2 kolam minyak yang sangat berharga.

38. Segala dasar dan model yang bukan Dasar Ekonomi Bebas, yang sebebas-bebasnya, sebagai warisan penjajah, adalah dasar dan model baru namanya.


Tan Sri Sanusi bin Junid,
Ahli Dewan Tertinggi Pakku,
Memorial Tun Hussein Onn,
Kuala Lumpur.

ANCAMAN HIZBU TAHRIR(HT)TERHADAP AHLI SUNNAH






Berhajatkah umat Islam kepadanya?, kenapa ada cawangannya di Malaysia?, Siapakah dalang di belakang mereka?
Kenyataan Hizbu Tahrir Malaysia yang menghina umat Islam dengan menganggap umat Islam yang keluar untuk melakukan perarakan bagi menyambut sambutan Maulid Nabi yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia sebagai pak turut dan taklid buta.

Kenyataan Hizbu tahrir yang menolak pembahagian bid'ah.Kenyataan songsang Hizbu Tahrir Malaysia (HTM) yang bercanggah dengan pegangan umat Islam di Malaysia iaitu menyamakan orang Islam dengan orang kafir dan sambutan Maulid bukan dari ajaran Islam
Rujukan dari pengajian Ustaz Ahmad Faidzurrahim Hj Mohd Alwi.

Sambutan maulid yang disambut secara rasmi baru-baru ini yang dirasmikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dengan tema'Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah' dan juga disambut pada tahun-tahun sebelumnya dengan bermacam-macam cara yang tidak bercanggah dengan syarak seperti melakukan perarakan dan seumpamanya dan diarah oleh pihak kerajaan supaya pihak-pihak tertentu keluar dan menyertai perarakan tersebut, sesunggunya itu semua dianggap sebagai taklid buta, pejam mata, pak turut menyamai orang kafir dan bukan dari ajaran Islam oleh golongan Hizbu Tahrir. Lihatlah isi kandung risalah mereka yang disebarkan tadi.
Begitu juga dengan kenyataan songsang Hizbu Tahrir yang menolak pembahagian bida’ah kepada baik dan buruk. Mereka menyatakan bahawa hanya terdapat bida’ah sesat sahaja dan tiada di sana apa yang dinamakan dengan bid’ah yang baik. Kenyataan mereka ini samalah dengan pegangan sesat Wahabi yang menolak pembahagian bid’ah.
Dalam ajaran Islam para alim ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah telah menjelaskan perkara yang berkaitan dengan bid’ah. Mereka telah bersepakat bahawa bid’ah terbahagi kepada dua bahagian. Bid’ah hasanah dan bid’ah sayyi’ah. Imam besar kita iaitu Imam al Mujtahid Mutlak Imam Syafei pernah menjelaskan permasalahan ini seperti yang diriwayatkan oleh imam al Hafiz al Baihaqi dalam kitabnya Manaqib al Syafei bahawa Imam Syafei berkata:
اَلْمُحْدَثَاتُ مِنَ الأُمُوْرِ ضَرْبَان, أَحَدُهُمَا مَا أُحْدِثَ مِمَّا يُخَالِفُ كِتَابًا أََوْ سُنَّةً أََوْ إِجْمَاعًا أَوْ أثَرًا فَهَذِهِ الْبِدْعَةُ الضَّلاَلَةُ
وَالثَّانِيَةُ مَا أُحْدِثَ مِنَ الخَيْرِ وَلاَ يُخَالِفُ كِتَابًا أََوْ سُنَّةً أََوْ إِجْمَاعًا وَهَذِهِ مُحْدَثَةٌ غَيْرُمَذْمُومَةٍ
Maknanya: Perkara baru terbahagi kepada dua, salah satunya apa yang diada-adakan dan bercanggah dengan kitab, sunah, ijma' atau asar maka ia adalah bid'ah yang sesat. manakala yang kedua ialah perkara baru yang diada-adakan dari perkara yang baik tetapi tidak bercanggah dengan kitab atau sunah atau ijma' maka ia adalah benda baru yang tidak dicela.
Manakala hadis nabi yang bermaksud Setiap bid’ah itu sesat (HR Ahmad, Tirmizi) yang selalu dijadikan pegangan oleh golongan ajaran sesat yang bertopengkan dengan nama Islam dalam menafikan pembahagian bid’ah, maka kami katakan pada mereka bahawa makna hadis tersebut ialah umum yang khusus, maknanya pada zahirnya ia menunjukkan secara umum tapi pada hakikatnya ia dikhususkan bagi bid’ah yang bercanggah dengan syariat Islam berdasarkan hadis Nabi:
"من سن في الإسلام سنة حسنة فله أجرها وأجر من عمل بها بعده من غير أن ينقص من أجورهم شىء"
Maknanya: “ Sesiapa yang mula mewujudkan ‘sunnah’ (jalan) yang baik, maka dia mendapat pahala dan pahala sesiapa yang beramal dengannya tanpa berkurang sedikit pundaripada pahala-pala mereka” .
Dan begitu juga kalimah kullu dalam hadis tadi tidak bermaksud semua tetapi menunjukan makna kebanyakan kerana kalimah kullu dalam bahasa arab bukan hanya bermaksud semua bahkan ia datang dengan makna kebanyakan iaitu bukan semua.

Di antara contoh bid’ah yang baik ialah sambutan Maulid Nabi.Lebih teruk lagi kenyataan ajaran sesat hizbu Tahrir ini ialah menyatakan bahawa sambutan Maulid nabi tidak termasuk bahagian dari ajaran Islam malah merupakan satu hal yang bid’ah bahkan tasyabbuh bil kuffar(menyamai orang kafir) yang mesti ditinggalkan.

Kami katakan, apa sebenarnya yang diingini oleh Hizbu Tahrir di Malaysia ini, sesungguhnya mereka adalah pembohong dan penipu dalam agama yang mana kononnya mereka hendak mendirikan Khilafah, tapi pada hakikatnya mereka ingin menghanjurkan manhaj yang dibawa oleh Nabi kita dan yang disebarkan oleh para ulamak Ahli Sunnah. Jadi berhajatkah kita kepada Hizbu Tahrir di Malaysia?, mengapa tiba-tiba ada cawangan Hizbu tahrir di Malaysia yang berpusat di Bangi sana?. Adakah pegangan kita kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak sempurna lagi sehingga terpaksa menyerti gerakan sesat Hizbu Tahrir ini. Harap pihak kerajaan pantau segala program-program mereka di Malaysia, apakah tujuan mereka sehingga sanggup menghina amalan-amalan Islam!. Ketahuilah bahawa ajaran-ajaran sesat yang bertopengkan dengan Islam di Malaysia ini sangat banyak, maka berhati-hatilah dengan Hizbu Tahrir ini. Wallahu 'aalam Bissawab.

Pusat Hizbu Tahrir di Malaysia yang bertempat di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor.


Salah satu program Hizbu Tahrir yang dilangsungkan di Malaysia


Friday, June 4, 2010

PERLAMPAU WAHABI LEBIH KERAS DARI KUKU BESI

ORANG KAFIR BOLEH GUNA KALIMAH ALLAH, PERLAMPAU WAHABI DIBELAKANG...inikah politik cara Nabi?

Apabila pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah diketepikan maka huru hara pemikiran umat Islam, lebih dahsyat lagi kemunculan Ulama-ulama Poilitik yang mengambil kesempatan menghalalkan cara berpolitik menyebarkan dakyah-dakyah sesat mereka di negara ini. Alhamdulillah pihak Jabatan agama Islam ada mengambil tindakan ke atas mereka, seperti yang dilakukan oleh pihak JAIS dan juga yang pernah dilakukan oleh Jabatan Agama Islam negeri Sembilan di Kuala Pilah. Syabas pada pihak-pihak agama.
Lebih dasyat lagi menggunakan tempat beribadat seperti masjid-masjid atau surau-surau untuk dijadikan kandang politik mereka. Ingatlah bahawa masjid-masjid dan surau-surau adalah tempat orang Islam beribadah, bukan tempat untuk dijadikan maki hamun dan cele mencela. Puak-puak sesat Wahabi dan Hizbu Tahrir sentiasa menghidu dan mengambil kesempatan di rumah ibadat yang suci orang Islam sebagai pusat dakwah songsang mereka.


Nik Aziz: DAP tetap boleh guna kalimah Allah

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetap berpegang kepada kenyataannya bahawa pemimpin parti politik bukan Islam, termasuk DAP boleh menggunakan kalimah Allah demi kepentingan politik mereka.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, walaupun kenyataannya itu bercanggah dengan kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din, yang tidak mahu DAP menggunakan kalimah Allah dalam kempen parti politiknya, namun beliau tetap berpendirian ia dibolehkan dalam Islam.

"Itu kata (jawapan) dia (Datuk Haron)...tapi saya kata boleh. Biarlah dia (Datuk Haron) bersedia menerima jawapan balas. Itu jawapan dia, jawapan saya kata boleh," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenyataan Haron supaya DAP menarik balik penggunaan kalimah Allah dalam kempen politiknya.

Wednesday, June 2, 2010

BUKTI WAHABI PENGKIANAT ISLAM


KEJAHATAN WAHHABI & HIZBUT TAHRIR DI PALESTIAN DAN GAZA.
Pembongkaran Ekslusif yang perlu kita tahu. Bila umat Islam di Palestin melalui HAMAS telah hampir berjaya ketika itulah Wahhabi mengutuskan gerakannya untuk memecah-belah Umat Islam di Palestin dengan idealogi WahabiSalafi mereka yang memperok perandakan kesatuan umat Islam.

Berkata Dr. Yusuf Qardawi apabila ditanya mengenai peperangan yang berlaku antara HAMAS dan WAHHABI (Masjid Ibnu Taimiah&Golongan Ansarrullah&SalafiyyahWahhabiyyah)

Dr. Yusuf Qardawi menjawab:

" Saya amat yakin bahawa HAMAS dalam melawan tindakan terhadap golongan itu (Wahhabiiyyah Salafiyyah) HAMAS telah melakukan sesuatu yang amat benar, HAMAS telah banyak kali menasihat jemaah tersebut ( SalafiyyahWahhabiyah) agar tidak menyerang saudara Umat Islam, memadai umat Islam menentang dan meyerang Yahudi Israeil sahaja bukan bergaduh sesama sendiri.

HAMAS telah banyak kali membawa para ulama dan pemerintah Islam berbincang dengan jemaah ini (SalfiyyahWahhabiyya) tetapi mereka (Wahhabi) tidak mempedulikan dan tidak pandai/ Mereka (SalafiyyahWahhabiyyah) itu tidak pandai mengenai Fiqh Jihad sama sekali. Kepada merekalah saya tujukan kitab Fiqh Jihad. Kerana mereka (SalafiyyahWahhabiyyah) memahami fiqh jihad itu adalah memerangi umat Islam. Buktinya ketikamana Yahudi merampas Gaza kita langsung tidak mendapati mereka (salafiyyahWahhabiyah) itu membantu umat Islam Palestin samaada secara pergorbanan,peperangan atau apa-apa sumbangan mereka langsung tidak ada terhadap umat Islam di Gaza yang diserang Yahudi.

Malangnya kita dapati mereka (SalafiyyahWahhabiyyah) menyumbangkan pembunuhan dan peperangan keatas umat Islam pula. Mereka mendakwa mahukan Daulah Islamiah atau Khilafah Islamiah. Apa ini?! Merdeka dahulu Palestin baru kita bicara mengenai itu semua!. Kita dapati mereka (SalafiyyahWahhabiyah) di Palestin bila tokoh mereka berkhutbah sehingga sampai mengangkat senjata dengan pakaian serba hitam, ini adalah suasana yang tidak sepatutnya...."- TAMAT KENYATAAN DR.YUSUF QARDAWI dalam mengkritik gerakan SalafiyyahWahhabiyyah dan Hizbu Tahrir yang amat beria-ria mendirikan Khilafah tetapi umat Islam Palestin pula yang menjadi mangsa.
Dalam suasana yang kita tahu bahawa Konvai bantuan ke Gaza yang disertai lebih 40 buah negara termasuk negara bukan Islam telah ditahan dan sebahagiannya dibunuh oleh tentera Yahudi Zionis di kapal konvoi tersebut kita tidak harus lupa akan kacau-bilau yang dilakukan oleh Wahhabi dan Hizbut Tahrir terhadap umat Islam Palestian sehingga sekarang.

Wahhabi di Palestin telah membuka masjid dan sekali gus merupakan markaz gerakan mereka di Palestin yang dinamakan masjid itu sebagai MASJID IBNU TAIMIAH. Tiada masaalah jika masjid dijadikan tempat ibadah dan amalan yang baik tetapi malangnya Masjid Wahhabi tersebut telah dijadikan oleh Wahhabi sebagai pusat menghentam dan menyerang serta mengkafirkan umat Islam dan pemimpin Islam di Palestin dan HAMAS tidak terlepas dari serangan oleh SalafiWahhabi di sana. Pusat atau markaz Wahhabi itu juga dinamakan sebagai puak Ansarullah.

Masjid atau pusat Wahhabi di Palestin tersebut pada mulanya diketuai oleh seorang Wahhabi bernama Abdul Latil Khalid yang mendakwa berketurun Musa. Masjid Ibnu Taimiah tersebut juga menjadi tempat golongan Hizbut Tahrir mengerakkan fahaman mereka setelah kedua-dua fahaman ini (Wahhabi & HizbutTahrir) ditolak oleh umat Islam Palestian kerana terlalu melampau dan radikal sedangkan perkara itu akan membuatkan/mengakibatkan nama umat Islam di Palestin menjadi buruk di mata luar juga susah menyusun startegik terbaik untuk memperjuangan kemerdekaan Palestin dari Yahudi Zionis.

Perlu diketahui bahawa gerakan (SalafiyyahWahhabiyyah&Ansarullah&Masjid Ibnu Taimiah) ini adalah diadakan/diwujudkan di Palestin untuk merosakkan perpaduan umat Islam di Palestin dengan cara yang amat halus. Mereka juga mengkafirkan umat Islam seperti HAMAS dan seluruh umat Islam yang tidak mengikut mereka.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..