Friday, December 30, 2011

NIK AZIZ BENAR ATAU HASSAN ALI YANG BOHONG?

KUALA LUMPUR, 29 Dis - Ahli Dewan Undungan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Dr Hassan Mohamed Ali, hari ini menafikan laporan media rasmi PAS, Harakahdaily berkenaan laporan dia pergi berjumpa Mursyidul Am untuk meminta maaf di Kelantan kelmarin. Sebaliknya, menurut bekas Pesuruhjaya PAS berkenaan, tujuan dia pergi ke Kelantan adalah untuk menghadiri majlis mahabbah melibatkan dirinya dan Nasarudin Mat Isa, bersama-sama pemimpin tertinggi pas.

"Sebenarnya saya dijemput untuk menghadiri satu majlis mahabbah meibatkan diri saya dan Nasharudin Mat Isa bersama-sama Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalan Mursyidul Am, Datuk Harun Din di kediaman rasmi Tuan Guru Mursyidul Am di JKR 10 Kota Bharu.


"Soal saya turun ke Kota Bharu untuk meminta maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.

"Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelitkan fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan,"

Saturday, December 10, 2011

JELAS KEPIMPINAN PEMBANGKANG SUKA MEMFITNAH


Gambar Lim Guan Eng di dalam Kapal Selam Dipaparkan.

Gambar di atas mempamerkan Ketua Menteri Pulau Pinang YB. Lim Guan Eng yang turut sama menaiki kapal Selam KD Tun Razak dalam mendapat kebenaran akan Fitnah yang beliau serta kepimpinan Pakatan Pembangkang lemparkan terhadap Kapal Selam Negara ini.

LGE bersama Sukarelawan KD Tun Razak telah menyelam ke dalam lautan selat Melaka Utara dan pada jam 4.08 petang KD Tun Razak timbul semula dengan selamat.

Ia sedikit sebanyak dapat membuktikan kepada beliau Kapal Selam KD Tun Razak yang dimiliki Negara mampu beroperasi dengan baik dan seterusnya menafikan dakwaan Setiausaha Agung DAP itu yang sebelum ini yang mempersoalkan keupayaan Kapal Selam Scorpene itu untuk beroperasi dengan baik.

Syabas juga kpd papagomo yang telah menyelam dan merasai kehebatan KD Tun Razak.


Thursday, December 1, 2011

PAU 2011 - UCAPAN MEMBUKA GELANGGANG WAKIL DARI KELANTAN

JAMBATAN EMAS SUDAH DIBERI...CINA MAHU APA LAGI?
Perwakilan pertama yang membuka gelanggang perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO, Datuk Alwi Che Ahmad membawa kisah Sultan Mahmud Shah meminang Puteri Gunung Ledang untuk menunjukkan bagaimana orang Melayu boleh mengalah berdasarkan tuntutan.

Menurut jurucakap usul ucapan dasar Presiden itu, Sultan Mahmud sanggup bina jambatan emas, sanggup bina jambatan perak, sanggup kumpul tujuh dulang hati nyamuk, tetapi tidak sanggup nak ambil semangkuk darah anak sendiri.

"Semuanya Sultan Mahmud sanggup memenuhi kecuali mengorbankan darah anaknya, Tengku Ahmad.”

“Ini menunjukkan bahawa Raja Melaka tidak sanggup mengorbankan darah bangsanya demi memuaskan kehendak nafsunya,” kata beliau yang meminta orang UMNO terus mengutamakan kepentingan bangsa berbanding kepentingan diri.

ADUN Kok Lanas itu kemudiannya bertanya apa lagi orang Cina hendak sedangkan BN sudah beri “jambatan emas, jambatan perak, hati nyamuk, hati kuman”.

“Orang Cina hendak jambatan emas, kita beri tapi orang Cina hendak darah, tak bolehlah,” katanya.

Dalam ucapan yang diselang-seli dengan sorakkan Hidup UMNO dan Gelombang Merah oleh para perwakilan itu.

Che Alwi yang mendapat sokangan perwakilan itu turut bertanya siapa yang rasis, adakah, Umno atau DAP.

“Siapa yang hina Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mengatakan kulitnya hitam metalik? Oleh itu siapa yang rasis, orang Umno atau orang DAP?” katanya lagi.

Beliau mengajak semua orang Umno mempertahankan Putrajaya.

“Dahulu orang PAS kata bila mereka menang mereka nak jual Putrajaya, kini mereka mahu menawan Putrajaya. Muka tak malu,” kata beliau dalam ucapan lebih 30 minit.

alwi-che-ahmadBeliau turut bercerita mengenai seorang presiden China pernah berkata ketika negara itu dipulau oleh dunia Barat, pemimpin Melayu iaitu Tun Abdul Razak Hussein yang membuka mata mereka dengan menjalin hubungan Malaysia-China pada 1974.

“Kalau pemimpin besar China boleh menghargai peranan orang Melayu (Tun Razak) kenapa orang Cina di Malaysia tidak menghargai peranan Umno?” katanya.

Menyentuh perbezaan antara slogan 'reformasi' dan tranformasi'.

Katanya, tranformasi bermaksud perubahan tanpa meninggalkan asas yang sudah lama diperjuangankan.

"Sebaliknya reformasi adalah , buang yang lama, dengan tiang-tiang seri hilang. Tak boleh balik pada asal,"katanya.

"Kalau orang tanya tranformasi itu apa, (ia) macam Tranformer, macam Megatron. Bila diserang dia berubah jadi kapal terbang," katanya membuatkan perwakilan ketawa.

Mengambil contoh dari sejarah Islam pula, Md Alwi berkata usaha tranformasi kerjaan yang dijalankan mengambil iktibar dari kisah penukaran kiblat Islam dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram.

"Ini tranformasi. Masjid al-Aqsa tetap tidak berubah sebagai kota suci umat Islam. Ia tidak ditinggalkan," katanya.-1/12/2011