Followers

Sunday, March 27, 2011

EDISI MENCARI SIAPA 'LELAKI Y'

Anwar elak jawab ‘hilang 9.20 malam’ 21 Februari lalu


BUKIT MERTAJAM 26 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas persoalan di mana beliau berada antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam pada 21 Februari lalu ketika satu video aksi seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan.

Anwar yang ditemui pada majlis jamuan teh di Permatang Pasir di sini hari ini hanya mengelak ketika ditanya pemberita mengenai kesahihan fakta bahawa beliau bersama keluarga sedang mengemas kini laman sosial Facebook dan Twitter ketika video itu dirakamkan.

Sebaliknya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sekadar mengajukan persoalan lain sebaik ditanya mengenai polemik terbaru itu.

‘‘Saya tidak akan menjawab soalan itu tetapi saya ingin mempersoalkan kenapa mereka yang berada di sebalik (pengedaran) video tersebut tidak ditahan,” katanya.

Muka depan bertajuk ‘Di manakah Anwar Ibrahim?' yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini menimbulkan persoalan di mana Ketua Pembangkang itu antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam pada 21 Februari ketika satu video seks tersebut dipercayai dirakamkan.

Persoalan itu timbul apabila Anwar yang mengadakan sidang akhbar pada 22 Mac lalu menolak dakwaan menyatakan beliau terbabit dalam aksi video seks tersebut.

Menurut laporan akhbar Nanyang Siangpau, Anwar pada sidang akhbar itu telah mengemukakan dua fakta yang membuktikan beliau tidak berada di tempat video seks tersebut dikatakan dirakamkan, sebaliknya bersama keluarga serta sedang mengemas kini laman sosial Facebook dan Twitter.

Selain Nanyang Siangpau, beberapa portal berita dan blog turut melaporkan mengenai Anwar yang tidak ‘tweet’ pada waktu berkenaan.

Penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri menimbulkan persoalan yang mana pada sidang akhbar itu, tidak ada seorang pun mengaku berada bersama Anwar ketika tarikh dan waktu video seks itu dikatakan dirakamkan.

Dr. Novandri turut mempersoalkan kebenaran Anwar menggunakan Twitter pada waktu video seks tersebut dirakam memandangkan akaun laman sosialnya itu didapati ‘senyap’ kira-kira dua jam iaitu dari pukul 9.20 malam sehingga 11.39 malam sedangkan Anwar adalah pengguna Twitter yang aktif dan sering kali ‘tweet’ serta menjawab soalan-soalan pengikutnya.

Anwar juga menyangkal dakwaan bahawa hubungannya dengan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah retak berikutan isu video seks berkenaan.

Selain itu, Anwar turut menafikan laporan bahawa Wan Azizah ada meminta salinan video seks berkenaan seperti yang didakwa oleh Shazryl.

‘‘Dia (Wan Azizah) tidak pernah melihat video seperti itu sepanjang hidupnya dan dia telah menegaskan bahawa dia tidak berminat untuk menontonnya,” katanya.

Utusan Online

Tuesday, March 22, 2011

VIDEO SEX - SIAPA LELAKI Y?

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo menggesa BN supaya tidak menggunakan "isu-isu dalam kelambu" Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melemahkan Pakatan Rakyat, terutamanya menjelang pilihan raya negeri Sarawak.
azlan
Ini kerana, kata Dr Khir, rakyat tidak mengukur keburukan pemimpin politik tetapi menilai kejayaan pemerintahan dalam bidang ekonomi, keselamatan dan pendidikan yang sedang dilaksanakan.

NONE"Justeru saya khuatir ialah kemungkinan video sebegini dicipta oleh mereka yang mahu memerangkap BN.

"Jika BN terlalu ghairah memainkan isu ini dan akhirnya terbukti lelaki tersebut bukan Anwar, maka Anwar akan mendapat kemenangan besar dari segi populariti politiknya," tulis Dr Khir (kiri).

Beliau menulis dalam blognya hari ini mengenai pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar yang juga ketua pembangkang oleh seorang individu yang dikenali sebagai 'Datuk 'T' di Carcosa Seri Negara semalam.
Dr Khir berkata jika ada lelaki lain yang hampir seiras dengan Anwar mengaku beliau lelaki dalam video berkenaan maka, ia boleh menukar persepsi ramai.

"Malahan jika terbukti kemudiannya lelaki dalam video tersebut bukan Anwar, maka beliau akan menggunakan isu ini untuk menjustifikasikan segala tuduhan lain terhadap beliau termasuk kes mahkamah beliau sebagai fitnah dan konspirasi.

"Justeru, apakah kita mahu menolak kemungkinan video ini merupakan satu strategi politik Pakatan membersihkan Anwar?

"Melihat strategi politik Anwar sejak zaman pelajar dahulu sehingga sekarang, maka kemungkinan ini bukanlah sesuatu yang mustahil," dakwa Dr Khir lagi sambil menambah pendedahan video tersebut "tidak membabitkan BN".

Tahap keselamatan hotel

Bekas ketua pembangkang DUN Selangor itu juga mempersoalkan sama ada penafian yang dibuat Anwar itu mencukupi kepada umum.

"Apakah kata-kata Anwar masih dianggap kata-kata yang suci dan bersih? Anwar menyatakan ini taktik jahat BN. Bukankah Anwar sendiri mahaguru segala strategi politik menuduh dan memfitnah ini?

"Saya tidak menyatakan lelaki dalam video tersebut ialah Anwar atau pun bukan kerana saya belum menontonnya. Cuma cara Anwar mempertahankan dirinya dengan cara melabelkan pendedahan ini merupakan agenda jahat Barisan Nasional menjelang pilihan raya Sarawak sangat klasik dan klise sifatnya," katanya.

Dr Khir berkata walau apa pun kebenarannya, masyarakat akan terus dihujani "perbincangan-perbincangan dalam kelambu yang memalukan" dan akhbar akan terus dihiasi dengan cerita-cerita yang memalukan untuk bacaan kanak-kanak.

"Selain itu, pendedahan video perlakuan seks di hotel ini selepas kes (Presiden MCA) Datuk Seri Chua Soi Lek menimbulkan tanda tanya mengenai tahap keselamatan di hotel-hotel di negara ini," katanya.

Sementara itu, mengulas politik Sarawak, Dr Khir berkata pengumuman persaraan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta penumpuan pembangunan di Malaysia Timur sudah cukup mencerahkan peluang BN.

"Malahan tindakan (Abdul) Taib Mahmud mengetuai jentera pilihan raya negeri akan datang merupakan kelebihan besar kepada BN. Justeru BN tidak memerlukan pendedahan video seperti ini untuk melemahkan Pakatan," katanya.

Pendedahan rakaman video sex membabitkan pemimpin tertinggi pembangkang seperti dilaporkan media adalah suatu perancangan politik dalam usaha mengaburi orang ramai berhubung kes yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin menyifatkan apa yang berlaku antara usaha Anwar untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap beliau berhubung desakan masyarakat kepadanya supaya menyerahkan DNA untuk dianalisa bagi merungkai kemelut indentiti `Lelaki Y’.

“Apa yang berlaku semacam satu `ploy’ (perancangan), dia (Anwar) begitu cepat tindakannya menafikan rakaman itu, dia sendiri yang menyatakan individu bukan dirinya sedangkan tiada siapa yang mendedahkannya, tindakan ini suatu yang meragukan.

“Dari apa saya kenali, Anwar tak pernah buat laporan polis, tapi dalam hal ini dia sendiri yang buat laporan polis, itu sebab ada keraguan berhubung pendedahan video sex ini,” katanya ketika mengadakan sidang di lobi Parlimen.

Menurutnya, jika benar ingin membersihkan namanya, beliau tidak perlu bersusah payah hanya perlu serahkan sampel DNA kepada pihak berkuasa dan itu lebih mudah daripada membabitkan rakaman video itu.

“Yang peliknya, dia begitu cepat nafikan pembabitkannya dengan rakaman video itu, sedangkang bila minta DNA tak mahu bagi, mengapa nak menyorok di belakang Karpal Singh. Hanya setitik darah dia mampu bersihkan namanya.

“Yang penting ialah besok, mengenai DNAnya, tetapi kita dikejutkan dengan satu lagi cerita sehinggga cerita mengenai DNA tengelam, isu yang dihadapi oleh Anwar adalah DNA,” katanya.

Beliau berkata, apa yang berlaku itu mungkin turut membabitkan desakan daripada pemimpin-pemimpin Pas supaya Anwar menyerahkan DNA kepada mahkamah untuk dinalisa.

“Apa yang saya dengari, kepimpinan Pas ada mengadakan pertemuan dengan Anwar dan desak dia serahkan DNAnya, kalau tidak, Pas akan mengkaji semula hubungan mereka dalam Pakatan Rakyat.

“Ini antara sebab yang timbulnya kes video sex, ini semua hendak alihkan perhatian, dia kini berada dalam keadaan tertekan,” katanya.

Zulkifli berkata, dari apa yang berlaku itu ia bagaikan dirancang, bermula dengan pendedahan, kira-kira tiga jam kemudian Anwar buat penafian melalui sidang media dan beliau tidak membuat laporan polis.

Menurutnya, dalam sidang media itu Anwar menyatakan bahawa beliau belum lagi melihat rakaman video berkenaan tetapi apa yang peliknya Anwar mengatakan susuk badan individu dalam video berkenaan adalah berbeza dengan dirinya.

“Turutan apa yang berlaku serta yang dinyatakan oleh Anwar ketika sidang media adalah meragukan dan seperti ada perancangan.

“Saya tidak melihat video itu dan saya tidak berminat untuk melihatnya, tapi dari apa yang saya ketahui dari orang menyaksikan video berkenaan membabitkan seseorang yang berprofil tinggi,” katanya. -MediaUMNO.


KEBIJAKSANAAN ANWAR, KEBODOHAN RAKYAT SEMUANYA ALLAH MAHA KUASA



Kebodohan rakyat dan kebijaksanaan menipu -nadi jantung politik anwar

Setakat hari ini penulis yakin tidak senang Anwar mahu menyerahkan DNA tetapi cara pendekatan untok menyelesaikan isu ini adalah dengan cara macam biasa. Memfitnah, mencipta cerita dengan mengaitkan orang itu dan ini. Dalam kes liwat dengan Saiful beliau memberi alasan dengan mengaitkan Yusuf Qadawi dan disokong pula Nik Aziz yang menyebab Anwar tidak bersumpah, maka selesailah isu sumpah itu pada kacamata Anwar walaupun rakyat masih lagi sampai hari ini tertanya2. Dalam keadaan itu pula beliau menjelajah negara memberi ceramah bagi memberitahu rakyat bahawa beliau tidak bersalah dan mengaitkan itu semua kejahatan kerajaan yang cuba menjatuhkannya dimana beliau sedang berusaha untok menubuhkan KERAJAAN UNTUK RAKYAT.

Sekarang muncul video sex yang sama juga dengan keperluan DNA Anwar untuk membersihkan namanya. Kedua-duanya hanya Anwar dan Allah sahaja yang tahu kesahihannya. Tetapi Anwar tidak mahu membersihkan namanya itu yang menghairankan. Bagi kita yang yakin dengan kebersihan Anwar, tidak ada apa yang hendak dirisaukan. Penyelesaian siapa lelaki Y yang menyamai ciri2 Anwar, takut menyerahkan DNA, takut bersumpah dan tidak mahu menyaman Ummi, Datuk T dan Saiful begitu memelikkan bagi seorang pemimpin yang tergilakan mahu menjadi PM seperti Anwar Ibrahim.

Semalam yang dituduh sudah menafikan pengbabitannya di dalam video tersebut, maka pelakon lelaki didalam video itu harus disebut sebagai ‘Lelaki Y’dan bukannya masalah perut siapa lebih buncit...seperti yang Anwar menggeluar kenyataan. Kes kali ini amat berbeza dari sebelumnya. Kalau dulu tahun 1998 Anwar dibela oleh PROF. DATUK DR. HARUN DIN sekarang tidak lagi, tapi kali ini Anwar dibela pula oleh NIK AZIZ dan KARPAL SING yang dulu memecah tempayan budunya.

Isu DNA dan isu pendedahan Ummi Hafilda tentang Anwar menjelajah rakyat keseluruh negara belum lagi selesai dah timbul pula cerita baru. Apa yang jdapat kita rumuskan Anwar memang tidak layak bergelar pemimpin hanya kita rakyat marhean sahaja yang masih memberi kepercayaannya. Kita jangan sesekali mengikut kata Kak Wan Azizah isteri Anwar, kata hatinya yang jelas mengenali siapa Anwar sebenarnya walaupun belaiu melabelkan Anwar sebagai pemimpin anugerah Tuhan.

Pendedahan Ummi Hafilda tentang skandal Anwar dengan Shamsidar. Jika dakwaan Ummi Hafilda ini tidak benar, Anwar boleh menyaman Ummi kerana tuduhan ini. Begitu juga dengan pendedahan Datuk T. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tertinggal jam Omega (pijam kata-kata Ummi). Rakan-rakan yang rapat dan seperjuangan selama ini telah ramai meninggalkan Anwar. Bukan setakat tinggal begitu sahaja, tetapi mereka tinggal dengan mengajak seluruh rakyat bahawa perjuangan Anwar adalah pembohongan dan sendiwara. Apa pun kuasa Allah melebihi segala-galanya, adakah ini berkat doa Saiful?

Friday, March 18, 2011

DNA AnWar Singkat Ke Putrajaya-Zulkifli Noordin.mp4

KENAPA ANWAR TAKUT KEPADA KEBENARAN?

ANWAR LEBIH SUKA MENCARI JALAN SUKAR BAGI MEMBUKTIKAN BELIAU TIDAK BERSALAH...

Anwar dalam soal menuntut keadilan beliaulah orang paling lantang sekali di negara ini kerana ingin menuntut keadilanlah juga terbentuknya PKR dan bersama pakatan pembangkangt Pas dan DAP. Tetapi dalam soal pembicaraan liwatnya dengan Saiful ternyata berlainan sekali sikap Anwar. Pembicaraan liwatnya dengan Saiful, Anwar ternyata mahu keadilan dipihaknya sahaja tidak kepada Saiful.

Kalau Saiful berani bersumpah, manakala Anwar takut bersumpah dengan pelbagai alasan diberikan mengaitkan Yusuf Qadawi tidak membenarkan dan sebagainya. Manakala hari ini pula Anwar cuba menggelak tidak mahu menyerahkan DNA barangkali kerana Karpal Singh tidak mengizinkannya pula. Bagaimana rakyat boleh mempercayai Anwar lagi sedangkan kedua-dua cara tersebutlah sepatutnya Anwar lakukan atau berkerjasama dengan mudah sekaligus bagi membuktikan beliau tidak bersalah jika benar Anwar tidak terlibat.

DNA Anwar jalan singkat ke Putera Jaya atau ke Penjara

Ahli Parlimen Bebas, (Kulim Bandar Baharu), Zulkifli Noordin berkata ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam kedudukan terbaik dan jalan singkat yang sebenarnya dalam merealisasikan "hajat" beliau menjadi sebagai Perdana Menteri dan menawan Putrajaya.

Menurut beliau jalan berkenaan ialah dengan memberikan DNA nya berhubung kes liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR itu yang sedang berjalan di Mahkamah bagi mencari kebenaran dan keadilan untuk kedua-dua pihak.

"Anwar menyatakan perkara itu dirancang....tetapi oleh sesiapa kita pun tidak tahu. Persoalannya siapa yang nak 'rancang' air mani yang baru di dalam dubur Saiful Bukhari Azlan. Keduanya kalau betul bagilah DNA....kalau Anwar dakwa yang DNA "Y" daripada kesan air mani itu bukan dia senang sahaja jawapan dia. Bagi sahajalah.

"Malahan sebenarnya ini adalah peluang terbaik Anwar untuk membuktikan kesuciannya. Jadi beri sahaja DNA. Apa yang masalah besar sangat..Dahlah sumpah pun tidak mahu. Kata Syeikh Yusuf Qardawi tidak bagi. Sekarang "Syeikh" Karpal pula tidak bagi. Ini soal mahu menentukan bersalah atau tidak.

"Bukan soal Mahkamah. Sepatutnya Anwar melompat ambil peluang sebagaimana Saifuddin Nasution melompat tunjuk cek dalam isu N.Gobalakrishnan dan sebagainya. Nampak "double standard". Beranilah..tunjukkan keberanian, kejujuran dan berdepan dengan kebenaran," katanya kepada UMNO-Online di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Zulkifli seterusnya berpedapat kalau terbukti yang DNA Ketua Pembangkang terbabit tidak sama dengan DNA lelaki Y yang dijumpai dalam air mani dalam dubur Saifiul itu, ianmya boleh menumbangkan BN.

"Ini pada saya boleh tumbangkan BN sebab orang akan hilang kepercayaan kepada kerajaan. Lagi pun bukankah Anwar bercita-cita besar untuk jadi PM. Ini peluang terbaik beliau....kalau beliau betul....Persoalan sekarang , kenapa tidak berani.

"Ketidakberanian Anwar ini menimbulkan satu persepsi yang tidak baik menyebabkan rakyat memandang dengan negatif terhadap beliau," katanya

Sunday, March 6, 2011

PRK MERLIMAU DAN KERDAU ADAKAH MILIK BN?

PRK MENGUJI KEMATANGAN RAKYAT

Hari ini hari pembuangan undi bagi kawasan Pilihan Raya kecil DUN N.27 Merlimau Melaka dan DUN N.28 Kerdau Pahang Darul Makmur.
Kini rakyat sudah semakin matang dalam memilih siapa wakil rakyat untuk menjadi wakil mereka . Hari ini tibalah masanya untuk rakyat di dua kawasan DUN berkenaan membuat perhitungan yang terbaik dengan memberi undi kepada Barisan Nasional. Semenjak akhir-akhir ini keputusan PRK lebih berpehak kepada Barisan Nasional ini melambangkan rakyat semakin sedar dengan memberi undi kepada Pembangkang adalah sia-sia, perjuangan mereka lebih kepada perjuangan peribadi dan kumpulan tertentu sahaja.
Kepada para pengundi di DUN kawasan N.27 Merlimau Melaka dan juga N.28 Kerdau Pahang, bersatulah dibawah payong Barisan Nasional dengan memberi kemenangan yang lebih besar bagi membantu Kerajaan kearah keamanan negara dan kehormonian rakyat.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..