Followers

Saturday, April 30, 2011

VIDEO SEX - MELAYU TERUS DIULIK OLEH ANWAR DAN NIK AZIZ


LELAKI YANG BERTUALA PUTIH DALAM VIDEO SEX LAYAK MENJADI PM KATA MAT SABU

POLITIK DI NEGARA INI TERUS DICEMARI oleh sikap pemimpin yang rendah moral dan tamak kuasa. Pemimpin jenis ini telah jelas kepada kita bahawa mereka sanggup berbuat apa sahaja asalkan kehendak dan kemahuannya tercapai. Mereka diterima masyarakat diatas kebijaksanaan menipu dan pandai memfitnah supaya masyarakat mempercayai beliau. Paling membahaya sekali keterampilan mereka dikhalayak ramai bercirikan seorang alim ulama sedangkan niat mereka sebenar hanya untok mendapat pengaruh dan bertujuan politik semata-mata.

Negara kita akan ditadbir oleh golongen seperti ini jika dibiarkan dan tanpa diberi kesedaran kepada rakyat. Mereka akan menggunakan segala kuasa yang mereka ada untok kepertingan mereka. Orang yang ilmu agama tidak seberapa dijunjung dan dijulang sebagai ulama asalkan mereka bijak dan berani bertutur kata , orang yg rendah moral pula dijunjung dan dijulang sebaliknya orang berjuang demi kebenaran dicaci dan difitnah.

Tidak hairanlah jika calon Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, menyatakan walaupun "lelaki bertuala putih" itu Anwar sekalipun, maka ia adalah bersifat peribadi dan tidak wajar dikaitkan dengan parti lain di dalam Pakatan Pembangkang. Rujuk di sini.

Kenapa Anwar begitu hebat dimata Mat Sabu sekarang? Sedarkah kita siapa Mat Sabu sebenarnya apa tidaknya Mat Sabu jugalah yang bertindak sebagai hero menghentam Anwar bersama Karpal dan mendesak Tun Mahadir melucutkan jawatan Anwar sebagi TPM kerana kes liwat dimasa itu.

Kebanyakan pemimpin pembangkang style politik cara beginilah, sehinggakan Nik Aziz sendiri menggeluarkan hukum Tuhan sendiri pun mencarut. Gembira sangat Nik Aziz kepada Mat Sabu yang mempunyai keberanian dan kepetahan bercakap.

Kalau Anuar diberikan gelaran pemimpin anugerah Tuhan yang pernah suatu masa dulu dilabel oleh Mat sabu sebagai peliwat dan Mat Sabu sendiri dilabel oleh Nik Aziz seorang yang berciri anugerah luar biasa oleh Allah apakah kita masih belum kenal lagi siapa Anwar, Nik Aziz dan Mat Sabu?.

Dulu Mat Sabu memberi gelaran kepada Anwar sehinggakan gelaran nama tersebut tetap kekal dan glemournya sehingga hari ini itu kesah 13tahun dahulu. Sekarang berulang lagi kes seperti ini bahkan lagi hebat. Anwar berhadapan dengan kes liwat Saiful dan terbaru tayangan video sex lelaki yang berjubur dengan perempuan Cina dalam video tersebut mirip wajah Anwar.

Kita diulik dengan kebaikan pembangkang dan kejahatan Umno dan kerajaan. Apa jua kes kejahatan pembangkang khasnya yang Anwar lakukkan semuanya disalahkan kepada kerajaan. Kerja utama pemimpin pembangkang di negara ini adalah memperburukkan kerajaan dimata rakyat, mereka tidak perlu bersusah payah melakukan kerja asalkan bijak menipu berani mempermainkan hukum islam sudah cukup untok memenangi sesuatu pilihan raya. Bagi mereka tidak menjadi masalah jika pemimpin mereka rendah moral asalkan menentang kerajaan mereka tetap menyokong.

Orang melayu diulik sebegitu rupa oleh pemimpin melayu yang haprak dalam pembangkang apa tidaknya yang untong adalah Cina samaada dalam BN atau pembangkang, melayu terus diulik mimpi yang indah-indah kononnya Putera Jaya adalah milik Anwar, Nik Aziz dan Mat Sabu kepimpinan 'anugerah Tuhan' sedangkan perkara sebenar islam dan melayu menunggu hancur jika diberi peluang kepada mereka-mereka ini.

INIKAH KEHEBATAN ANWAR?

VIDEO SEX - DIMANA KEHEBATAN ANWAR?

Wednesday, April 27, 2011

VIDEO SEX-JANGAN BAGI RAKYAT TERTUNGGU SIAPA 'LELAKI Y'

Polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan “si pelaku” dalam video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada umum sekiranya perlu, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar dipetik media hari ini.


“Siasatan masih lagi dijalankan. Apa jua perkara yang kita perlu dedahkan kepada umum kita akan dedahkan, yang mana perkara yang tak perlu kita dedahkan kita tak perlu dedahkan,” kata beliau dipetik Bernama Online.

“Bagi pihak kami (polis) siasat dahulu, apabila sampai masanya polis akan beritahu siapa pelakunya dan kita masih siasat kes ini di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah),” katanya selepas Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah dari seluruh negara di sini pada hari Selasa.

Ditanya mengenai sebab Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes berkenaan, Khalid menegaskan bahawa ia merupakan prosedur biasa dalam melengkapkan kertas siasatan sesuatu kes.

“Kita dah siapkan kertas siasatan itu, sudah tentu kita akan hantar kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara. Sekiranya dia (Peguam Negara) melihat terdapat perkara-perkara yang belum jelas pada kertas siasatan itu ia akan dipulang semula kepada kita.

“Dengan ini kita akur dengan apa jua arahan yang diberikan pada kita. Ini proses biasa dan kemungkinan kita akan serahkan semula kertas siasatan kepada Peguam Negara minggu ini,” katanya.

Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai “Datuk T” di Carcosa Seri Negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.


The Malaysian Insider





Ulasan...


Jangan salahkan rakyat yang terkeliru...seluruh Rakyat Malaysia ingin mengetahui siapa pelakunya. Sebelum ini Pihak Polis menyatakan Rakaman Video Seks tersebut adalah tulen. Sudah pasti kebenaran akan menjelma kepada kita dan siapa pelaku Video Seks tersebut akan kita ketahui nanti.


Lebih2 lagi kepada rakyat yang sentiasa berjuang untok melihat dan menegakkan kebenaran di negara ini walaupun mempunyai fahaman politik berbeza. Moral pemimpin adalah penting, rakyat tidak mengizinkan pemimpin jenis ini meneraju negara. Ini bukan soal politik ini soal kerendahan moral.


Dalam banyak kes Nik Aziz selalu mengangkat dan menjulang Anwar bahawa Anwar tidak terlibat yang terlibat adalah kejahatan Umno/kerajaan, itu merupakan bola tanggong pembangkang kepada Umno/kerajaan jika benar lelaki Y dan kebenaran kes liwat dipehak Saiful. Rakyat mengikuti perkembangan ini dan rakyat yang cintakan kebenaran akan menilai sendiri dalam membuat keputusan semasa PRU13 nanti.

Saturday, April 2, 2011

VIDEO SEX - RAKYAT CINTAKAN KEBENARAN SEMAKIN LEGA


PEMIMPIN YANG HAPRAK DAN GILAKAN KUASA SEMAKIN GELISAH
Pelik bin ajaib sejak tersebarnya berita Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan video seks yang didakwa libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tulen pada tengahari Jumaat, laman twitter para pemimpin PAS dan DAP langsung tidak sentuh atau ulas mengenainya.

Ini berbeza sekali dengan suasana sejurus pendedahan Datuk Trio mengenainya dibuat Isnin 21 Mac lalu.Mereka meletop-letop twit melemparkan berbagai tuduhan terhadap kerajaan dan UMNO termasuk konspirasi segala macam.

Datuk Mahfuz Omar dan Dr Lolo Ghazali antara yang paling galak membelasah isu ini menerusi twitter hampir setiap hari …kini tak berbunyi langsung mengenainya begitu juga twit Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng.

Kenapa agaknya tiba-tiba masing-masing macam tekan brek saja? Apakah semua mereka sudah langkah setapak ke belakang untuk merangka strategi baru untuk menentang pengumuman Ketua Polis Negara ?

Atau mungkin bos-bos PAS dan DAP ‘baru tersedar’ skandal peribadi Anwar yang menjadi buah mulut satu negara sekarang akan turut heret parti mereka ke dalam longkang.

Sesiapa saja yang ada otak tahu sangat berikutan pengesahan ketulenan video itu situasinya hanya tunggu masa saja sebelum pelbagai pekong ‘aktiviti peribadi’ Ketua Umum PKR itu akan terbongkar satu per satu.

Ini kerana individu utama yang bertindak mendedahkan video seks ini – Datuk Shazrly Eskay Abdullah – secara terbuka mendakwa dirinya sudah lama jadi ‘ tukang atur’ aktiviti-aktiviti itu untuk Anwar.

Bukan saja di Kuala Lumpur malah dakwanya di Thailand pun ada.

Setakat ini majoriti dari beberapa orang yang sudah menyaksikan video itu yakin penuh pelakon utamanya ialah Anwar.

Pendedahan ini juga akan membuatkan ramai orang dapat mengagak apa kesudahannya kes liwat Saiful Bukhari Azlan yang sedang dibicarakan.Rasa curiga timbul kerana Amwar liat sangat nak bagi sampel DNA.

Aktivitinya dalam video seks itu juga sudah tentu akan membuka mata balik kepada pelbagai dakwaan kegiatan seumpama itu yang pernah didakwa oleh seorang lagi bekas ‘ tukang atur’ Anwar semasa memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu yakni Datuk S Nalakarupan.

Bekas rakan tenis Anwar itu membuat dakwaan serius yang melibatkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Taharin.

Tolak sebelah DAP yang bukan parti Melayu…ramai para pemerhati politik menilai PAS kini sudah terbelit simpul mati kerana melulu cuba membela Anwar tanpa mengambil sikap rasional dan mahu usul periksa terlebih dahulu.

Dalam kegairahan itu ia juga menjadi peneraju utama majlis solat hajat dan doa untuk kebenaran yang diadakan di Stadium Tertutup Malawati,Shah Alam pada malam 28 Mac.

Lidah rasmi PAS ,Harakah dalam edisi terkini dengan penuh konfiden menjerit PADAH MENANTI UMNO.

Sebaliknya kini ada yang sudah ketawa kerana merasa padah itu sebenarnya sedang menghala ke PAS.

PAS merasa kehadiran beribu-ribu orang di majlis itu sebagai petanda gelombang kebangkitan rakyat sudah bermula.

Antara SMS yang rancak berlegar selepas pengesahan ketulenan video seks itu oleh Ismail berbunyi : solat hajat PAS sudahpun tunjuk kebenaran.

Tindak tanduk PAS ini dikatakan memberi impak negatif tentang wajah sebenar parti PAS yang sentiasa dakwa dirinya parti Islam.

Buktinya dalam kes ini ia begitu gelojoh gilakan undi politik untuk ke Putrajaya hingga lupa pada hakikat apa itu kebenaran.

Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Haji Hadi Awang dan berjela-jela lagi barisan pimpinannya yang alim ulamak tidak langsung mengambil inisiatif untuk menyiasat atau menunggu hasil siasatan polis sebelum mengambil satu pendirian tentang kes video seks ini.

Mereka terpedaya dengan lakonan warak pijak semut tak mati Anwar dan taksub dengan cogankata segalanya konspirasi…konspirasi…konspirasi.

Situasinya sungguh memualkan kerana pada ketika Anwar sedap melepaskan nafsu sekarahnya membelasah pelacur China,PAS menjadi bentang tukang sorak yang mengagung dan mempertahankannya.
Dalam ertikata lain ia mempertahankan kemungkaran seorang pemimpin sekutunya.

Ramai yang menunggu untuk melihat rentak PAS dalam menutup malu bila satu persatu pekong Anwar terdedah kepada umum kelak.

Usaha sesetengah pemimpin pembangkang yang kehabisan modal cuba mengalihkan isu dengan mendesak Datuk Trio ditahan kerana menayangkan video itu tidak mungkin dapat meluputkan fokus utama rakyat negara dalam mencari kebenaran tentang video seks ini.

Tanya siapa saja.Apakah mereka peduli soal nak dakwa Eskay, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim kerana menayangkan video seks itu ?

Jawapan yang semua mereka ingin tahu sangat ialah benar atau tidak lelaki yang berzina dengan pelacur China itu Anwar bin Ibrahim.

Apapun para pemimpin PAS kenalah bersedia dari sekarang cari lobang cacing untuk sorok muka.-2/4/2011

Agendadaily

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..