Followers

Tuesday, June 28, 2011

CHARGE PARKING PERKARANGAN STADIUM SULTAN MUHAMAD KE-1V



Penyokong Kelantan memohon penjelasan rasional daripada Kerajaan Negeri dengan tindakan membenarkan "charge parking" di perkarangan stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Tanpa angin dan ribut, dapat dilihat pembinaan rancak pihak Metro Parking membuat pondok di kawasan stadium.

Tindakan ini nyata mengundang masalah tidak puas hati segelintir pihak terutamanya para penianga akan sebab-sebab pihak Metro Parking diberi hak mengenakan bayaran kepada kenderaan yang masuk ke kawasan stadium.

Bagi mereka, mengenakan bayaran parking di kawasan ini membuatkan ramai pihak tidak lagi memilih kaawasan ini untuk aktiviti santai serta menjamu selera di medan usahawan.

Secara tidak langsung ia menjejaskan rezeki mereka yang bergantung harap kepada kehadiran orang ramai.

Mereka juga mempersoalkan adakah terdapat jaminan dari pihak Kerajaan Negeri bayaran tidak dikenakan seandainya ada perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Kelantan di Stadium.

Justeru itu, pihak Kerajaan Negeri seharusnya memberikan satu penjelasan terbuka kepada semua pihak mengapa baru kini mereka dengan kerjasama sebuah syarikat luar akan mengenakan bayaran di kawasan tersebut.

Kita tidak mahu rakyat dibebankan lagi dengan bayaran mengarut yang dilihat tidak memberi sebarang faedah untuk jangka masa panjang.

Selain itu, penjelasan juga perlu bagi menutup mulut pihak yang menuduh tidak benar kepada Kerajaan Negeri.

Ini penting untuk menjaga nama baik Kerajaan yang dipilih majoriti rakyat Kelantan. - sumber

Saturday, June 25, 2011

TERIMA KASIH MAD SABU DAN TERIMA KASIH KARPAL SING...


KALAU MAD SABU BENAR2 SAYANGKAN ANWAR TOLONG PERJELASKAN KENAPA DIBERI GELARANAl Sheikh Al Anwar Al Juburi’

Andainya Mad Sabu dan Karpal tidak mendesak Tun Mahadhir suatu ketika dahulu supaya melucutkan jawatan TPM sudah tentu Anwar akan ditabalkan PM Malaysia selepas Tun Mahadhir.

Politik Negara kita pada hari ini dicemari dengan pertuduhan sex dan liwat keatas ketua pembangkang Anwar Ibrahim.

Tiada siapa yang menjangka tindakan Mad Sabu dan Karpal tersebut yang tujuan asalnya ingin menjatuhkan Umno melalui desakan supaya melucutkan jawatan TPM Anwar.Tetapi dengan kebijaksanaan Tun Mahadhir dalam membuat keputusan menangani isu ini menyebabkan umno dan kerajaan terus utuh dan boleh bertahan sehingga hari ini.

Setelah Anwar dipecat dari Umno dan keluar dari penjara seterusnya menubuhkan parti PKR bersama pakatan Pas dan DAP yang bertujuan mahu menjatuhkan Umno dan kerajaan.

Penyakit Anwar yang 13 tahun dahulu datang kembali. Kali ini lebih hebat. Anwar dituduh meliwat Saiful dan meyerupai lelaki Y sex bersama cina doll.

Anwar telah memegang jawatan TPM dan berkemungkinan besar akan ditabal PM selepas Tun Mahadhir...apakah nasib islam bangsa dan negara kita jika negara ini berperdana menterikan seorang gila sex dan liwat?...tetapi dengan keberkatan umat islam dibawah pentadbiran Umno Allah tetap menjaganya. Kini Allah sudah mendedahkan kepada kita satu persatu siapa pengkianat yang sebenanya...

Baca sini...


KUALA LUMPUR 24 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim wajib meletakkan segala jawatannya selepas dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) mengesahkan lelaki dalam klip video seks yang ditayangkan oleh trio Datuk ‘T’ menyerupai Ketua Pembangkang itu.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin (gambar) berkata, pakar dari AS itu juga mengesahkan rakaman video seks terbabit adalah tulen dan tidak ada sebarang ‘tampering’ (diubah-ubah) serta ‘superimpose’ (imej ditindih).


Menurut beliau, bukan itu sahaja, kamera litar tertutup (CCTV) hotel turut membuktikan Anwar dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berada di lobi hotel tersebut ketika tarikh rakaman klip berlaku.


“Dia wajib letak jawatan. Semua jawatan. Tiada dolak-dalih, tiada putar-belit dan tiada bohong lagi. Semuanya sudah jelas. Letaklah semua jawatan; politik, kerajaan dan lain-lain.


“Letaklah jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh; letaklah jawatan sebagai Ketua Pembangkang; letaklah jawatan sebagai Ketua Umum dan Penasihat PKR serta letaklah jawatan Penasihat Ekonomi Selangor.


“Hentikanlah sandiwara dan lakonan jijik serta kotor ini. Hentikanlah mengheret dan memperkudakan para ulama terutama dari Pas. Ringkasnya, pergilah bertaubat. Cucilah diri,” katanya dalam entri terbaru bertajuk ‘Dah terang bersuluh pula!’ di blognya, http://zul4kulim.blogspot.com hari ini.


Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, selain pengesahan pakar dan bukti daripada CCTV, kelibat Shazryl Eskay turut muncul dalam klip video tersebut.


“Klip video berkenaan juga mengesahkan terdapat tiga watak di dalamnya iaitu seorang lelaki (Shazryl Eskay), seorang lelaki dikenal pasti sebagai Anwar dan seorang wanita berbangsa Cina.


“Perlu saya tekankan di sini, kita tidak menuduh Anwar berzina dengan wanita itu. Itu persoalan yang perlu dibuktikan di Mahkamah Syariah berdasarkan beban pembuktian yang ditetapkan syarak.


“Apa yang penting di sini ialah video tersebut membuktikan Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin, apatah lagi menjadi Perdana Menteri sebuah negara umat Islam,” tegas beliau.
Katanya, dalam beberapa kejadian yang berlaku di AS, Turki dan Indonesia sebelum ini, sudah ramai golongan pemimpin dan ahli politik bertindak meletak jawatan ekoran terlibat dengan ‘jenayah’ lucah.


“Tetapi di Malaysia, setelah dipanggil membela diri kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, dengan pembuktian asid deoksiribonukleik (DNA) yang jelas dan dengan klip video yang disahkan tulen, Anwar bukan sahaja tidak mahu meletak jawatan, bahkan menyalahkan kerajaan dan semua orang lain atas kegiatan tidak bermoral beliau itu.


“Kadang-kadang, bila tengok rentetan peristiwa di luar negara, orang kafir pun lebih tinggi maruah dan nilai diri serta prinsip mereka,” ujarnya.


Zulkifli kemudiannya menggesa rakyat supaya berhati-hati ekoran sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) memaklumkannya bahawa terdapat perancangan untuk membuat satu klip video palsu atau mengubah suai klip video yang ditayangkan Shazryl Eskay sehingga menimbulkan keraguan.


“Video palsu itu akan dicetak dengan banyak dan ditaburkan kepada rakyat. Kaum-kaum durjana ini kemudian akan membuat laporan polis mendakwa UMNO, Barisan Nasional dan kerajaan bertanggungjawab kononnya menyebar klip video itu,” tambahnya.


Friday, June 24, 2011

CHECKMATE : POLIS ADA RAKAMAN CCTV ANWAR DAN ESKAY DI LOBI LOKASI AKSI SEKS


KEMASKINI 15.45 PM KALAU dalam permainan catur, ini kira macam checkmate lah @ kantoi...bila pihak pendakwaraya sendiri beritahu mahkamah bahawa polis telah memperolehi rakaman CCTV dari pangsapuri di Ampang, mengesahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Sharzly Eskay Abdullah berada di lobi pangsapuri tersebut pada 21 Februari, hari yang sama video seks itu dirakam.

Untuk rekod, CCTV ini membuktikan bahawa Anwar memang berada di lokasi itu pada waktu dan ketikanya.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Kamalluddin Md Said juga memberitahu pakar dari Dartmouth College yang menjalankan ujian analisis juga memperakui bahawa wajah pelaku video seks itu menyerupai Anwar Ibrahim.


Sebelum ini soal adanya CCTV yang tunjuk Anwar dan Eskay berada di lobi itu tidak diketahui sehinggalah dinyatakan dalam prosiding mahkamah kes Datuk T.


Ini dikira satu fakta kes yang sangat menarik dari segi pembuktian.

Anwar sebelum ini mendakwa beliau berada di rumah pada masa dan ketika itu.

Sementara itu, peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik memberitahu pemberita kemudiannya bahawa menurut laporan pakar-pakar mereka 99.99 peratus pasti bahawa lelaki dalam video itu adalah Anwar.

Menurutnya, dalam laporan bertarikh 4 Jun, yang disediakan oleh Profesor Hany Farid dan Profesor Lorenzo Torresani, ia telah menyatakan bahawa mereka telah mengkaji video dari camcorder dalam sebuah bilik dan disalinkan kepada thumbdrive, satu video dari kamera pengawasan yang diambil di dalam bilik dan diekstrak terus dari DVR, satu video dari camcorder kedua diambil di luar lif, 320 ratus imej satu orang yang dinamakan sebagai "Mr X", 26 imej satu orang yang dinamakan sebagai "Encik Y" dan 4,423 ribu imej "rakyat Malaysia".

Laporan itu membuat kesimpulan bahawa berdasarkan kajian itu, "Encik X" adalah orang yang sama dalam gambar yang diberikan kepada mereka oleh pihak berkuasa tempatan, iaitu Anwar.

"Kesimpulannya menyatakan dengan jelas bahawa Encik X adalah Anwar. Mereka tidak boleh mengatakan secara langsung bahawa Encik X adalah Anwar kerana mereka tidak mengenali dia, tetapi mereka membuat kesimpulan bahawa ia adalah 99,99 peratus daripada analisis memperakui muka lelaki dalam video adalah sama dengan lelaki dalam gambar (Anwar) yang ditunjukkan kepada mereka, "kata Shafee.

Oleh itu, beliau memberitahu mahkamah bahawa Anwar patut dikenakan di bawah seksyen 192, 193 atau 199 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu, menafikan identitinya dalam video tersebut.

--------------------------------------------------------------------

Datuk T mengaku salah, di denda antara RM1,000 hingga RM3,000 tiap seorang...

Hakim menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau tiga bulan penjara kepada Datuk Sharzly Eskay Abdullah, denda RM1,500 atau penjara sebulan kepada Datuk Shuib Lazim kerana tayang video seks di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Manakala denda RM1,000 atau penjara sebulan dijatuhkan terhadap Tan Sri Dato Rahim Thamby Chik kerana bersubahat.

----------------------------

Datuk T di mahkamah Jalan Duta

Riang,ceria dan bersemangat...itu senarionya ketika trio Datuk T – Datuk Sharzly Eskay Abdullah,Tan Sri Dato Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim tiba di mahkamah majistret Jalan Duta pagi Jumaat untuk berdepan dengan dakwaan tayang video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketibaan mereka disambut oleh hampir 200 orang yang mula berhimpun di situ sejak jam 8 pagi.Mereka membawa sepanduk menyokong mereka termasuk yang bertulis WE LOVE DATUK T dan BEBASKAN DATUK T.

Trio berkenaan masuk ke kamar mahkamah jam 9.17 pagi.

Eskay dan Shuib dituduh menayang secara terbuka adegan lucah di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur pada 21 Mac ,2011 antara jam 10 pagi hingga 12 tengahhari manakala Rahim bersubahat.

Shazryl dan Shuib didakwa mengikut Seksyen 292 (A) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Abdul Rahim pula didakwa mengikut Seksyen 292 (A) Kanun keseksaan (Akta 574) yang dibaca bersama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Mereka membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani.


Ketika-tiga mereka yang menggelarkan diri sebagai "Datuk T" didakwa melakukan kesalahan itu di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara di sini antara 10 pagi dan 12 tengah hari pada 21 Mac lepas.


Pendakwaan dilakukan Datuk Kamaluddin Mohd Said dan Mohammad Zakaria Hanafiah.

Ketika fakta kes dibacakan, beberapa kali disebut individu dalam video itu "menyerupai Anwar Ibrahim" dan wanita daripada China.

Disebut juga keterangan terdapat adegan seks oral dan bersetubuhan.

Ketika majistret bertanya tertuduh sama ada mereka faham tuduhan yang dibacakan itu, Eskay berkata beliau tidak bersetuju bagaimana pelaku dalam video itu disebut.

"Bukan menyerupai, tapi Anwar," katanya.

Sementara itu, di mahkamah sebentar tadi, klip video lucah tersebut ditayangkan di Mahkamah Majistret bagi disahkan oleh kesemua tertuduh.

laporan lanjut akan menyusul – 24/6/2011 agendadaily.

RAKYAT PELIK : JANJI PILIHANRAYA TAHUN 1990 PUN BELUM TERLAKSANA TIBA-TIBA MAHU BINA STADIUM

PAS MEMBOHONGI RAKYAT DENGAN PELBAGAI JANJI

Negeri Serambi Mekkah yang bertemakan negara berkebajikan yang sebelumnya bertemakan negara islam sekali lagi menipu rakyat. Dalam situasi rakyat Kelantan berpushati dengan kebangkitan bola sepak negeri tersebut dibawah pentadbiran TSAM membuatkan kerajaan negeri dalam keadaan serba salah. Sikap jangkauan tangan tak dapat tetapi mahu dipeluk juga menyebabkan sekali lagi kerajaan dibawah pimpinan Nik Aziz terpaksa menipu rakyat dengan janji mahu membina stadium. Tetapi pada hari ini tembelang pembohongannya pecah juga macam biasalah mereka mengalihkan isu tersebut dengan menyalahkan kerajaan pusat.

Baca sini...


Exco sukan kelantan, datuk abdul fatah dalam SINAR HARIAN hari ini berdolak-dalik mengenai projek stadium baru berkapasiti 40K penonton siap dengan kompleks sukan yang dicanang akan dibina di bukit merbau, pasir puteh. atas alasan mahabangang kerana kerajaan pusat tidak memasukkan projek tersebut di dalam RMK10.

dalam sidang media di pejabat MB dulu, nik aziz jelaskan tanah di bukit merbau adalah hakmilik kerajaan negeri dan terpampang jelas tertulis kerajaan negeri akan buat secara 'build operate transfer' (BOT). statement kerajaan pusat tidak masukkan dalam RMK10 sekadar untuk cari scapegoat demi menutup kelemahan sendiri.

menurut tan sri annuar musa (TSAM), pembinaan sebuah kompleks sukan secara BOT adalah satu mimpi yang tak mungkin terlaksana. ini kerana belum ada mana2 kompleks sukan di atas muka bumi ini dibina secara BOT. perancangan kerajaan negeri kelantan untuk projek mega sebelum ini seperti bandar baru TUNJUNG dan LEMBAH SIREH juga terbengkalai hasil pengurusan yang cacamarba.

hakikatnya, pembinaan stadium cuma penyedap hati sendiri & penipuan jelas nyata demi serakah politikal. selain desperado menarik sokongan anak muda kelantan... nik aziz juga nak menunjuk sisa-sisa islamik yang ada di dalam PAS sebelum ditukar ISLAM kepada BERKEBAJIKAN, seperti kenyataannya di sini (klik!)

TSAM telah korbankan jiwa & raga demi kemajuan bolasepak kelantan sejak empat tahun lalu. idea penjenamaan TRW oleh TSAM bukan gimik picisan tetapi demi mengisi kantung KAFA yang begitu dhaif lantaran kerajaan PAS negeri yang berat menghulurkan kerjasama.

bayangkan bila kerajaan negeri lain memberi hak mutlak pengurusan stadium kepada persatuan bolasepak masing2, tapi permintaan KAFA memajak stadium sultan muhammad ke4 ditolak mentah2! dan lagi hebat kelantan adalah satu2nya kerajaan negeri yang mengenakan cukai hiburan ke atas bolasepak... macam bahalol kan?? dia ingat orang datang tengok bola macam tengok konsert mawi dan wali band ke?

juak2 kepala hijau kecoh lagi bila TSAM membayangkan kemungkinan PM ds najib akan datang merasmikan pelancaran karnival TRW di machang 2 julai nanti. gua yakin ada pengumuman penting yang akan PM sebutkan... dan pengumuman seperti itulah yang akan membuat pimpinan PAS kelantan semakin meroyan. gua harap cita2 TSAM membina stadium bolasepak sendiri untuk KAFA uruskan akan secepatnya terlaksana... my huge supports for the sake of kelantan's football, for the sake of kelantan's future!

pembinaan tokong2 yang bagak saiznya (klik!) tak masuk dalam RMK10 boleh pulak nik aziz bina. bo-bo la sek2 kito keno kecong tok abis2 ko puok2 hok pakai topeng islamik tu... kita mulokan dengan keramat TRW untuk uboh kelate jadi sebuoh negeri yg lebih sejahtero! GKG!

Tuesday, June 21, 2011

RAKYAT KELANTAN MENUNTUT KERAJAAN SERAMBI MEKKAH ..

NIK AZIZ PERLU JAWAB TIGA PERKARA BESAR

Dalam sibuk2 mengadakan himpunan haram BERSIH, kita juga telah dikejutkan dengan demontrasi secara senyap2 pada 16 mei lalu dengan penglibatan beberapa NGO yang diketui oleh OMBAK yang dilakukan secara aman dihadapan pusat pentadbiran pas di Kota Darulnain. Ternyata kini Kerajaan negeri Kelantan tidak mampu lagi menutup kepincangannya yang sudah didedah satu persatu yang dilindug selama ini disebalik negara islam atau negara berkebajikan yang diciptakan oleh mereka sendiri.

Baca sini...

KOTA BHARU 20 Jun - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini, Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) memberi amaran terakhir kepada Kerajaan Pas Kelantan supaya mengeluarkan kertas putih berhubung program Ladang Rakyat atau berhadapan dengan kemarahan rakyat.

Timbalan Presidennya, Wan Khairul Ikhsan Wan Muhammad berkata, pihaknya akan menganjurkan perhimpunan rakyat yang lebih besar di hadapan bangunan pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan sekiranya desakan tersebut tidak dipenuhi dalam tempoh terdekat ini.

Beliau berkata, kertas putih itu amat penting bagi menjawab segala persoalan yang timbul dan membersihkan nama baik kerajaan negeri daripada persepsi negatif yang dilemparkan oleh rakyat sebelum ini.

"Perkara ini sudah menjadi perbualan rakyat. Semua bercakap mengenainya kerana mereka mendakwa program tersebut telah merampas tanah yang diusahakan rakyat sejak berpuluh tahun lalu selain sistem pemilihan peserta yang diragui, malah kita juga memiliki nama peserta program ini yang dinyah senaraikan dipercayai atas faktor politik.

"Tempoh sebulan yang kita beri sebelum ini tidak diendahkan oleh kerajaan negeri, jadi kita tidak menolak kemungkinan mengadakan perhimpunan yang lebih besar selepas ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 16 Mei lalu, beberapa NGO yang diketuai OMBAK mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pusat pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan di Kota Darulnaim di sini bagi menyerah memorandum dan membantah pelaksanaan program Ladang Rakyat yang didakwa telah diselewengkan.

Memorandum tersebut menuntut kerajaan yang diketuai oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat penjelasan terhadap lima perkara utama seperti senarai serta status syarikat yang menjalankan projek Ladang Rakyat dan sejauh mana penglibatan bumiputera Kelantan dalam syarikat-syarikat terbabit.

Wan Khairul Ikhsan yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan turut meminta Kerajaan Pas Kelantan menjelaskan beberapa perkara mengenai projek yang dilaksanakan oleh sebuah syarikat pemaju, SensaTimur Sdn. Bhd. (SensaTimur).

"Kami meminta SensaTimur atau Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan benar atau tidak dakwaan bahawa pampasan kira-kira RM18 juta dibayar oleh Kerajaan Pas Kelantan melalui Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam kepada SensaTimur untuk Bazar Tengku Anis.

"Kedua apakah benar satu kawasan yang menempatkan Pasar Lama MPKB telah diberikan atas dasar pampasan kepada SensaTimur dengan nilai yang sangat rendah iaitu RM3.9 juta sedangkan ia terletak di tengah-tengah bandar ini," katanya.

Menurutnya, soalan ketiga yang perlu dijawab apakah benar kesemua projek yang diterima SensaTimur dibuat secara runding terus dan bukannya tender terbuka.

Tambahnya, sebagai rakyat Kelantan, beliau bersama ahli-ahli OMBAK berhak mendapat penjelasan kerana ia melibatkan wang rakyat.

Thursday, June 16, 2011

TIADA KEBAJIKAN TIADA CARA ISLAM PALING TEPAT PAS KEJAM...

LANGKAH PERTAMA PAS KELANTAN LAKUKAN BAGI MENYAHUT SERUAN KEARAH NEGARA BERKEBAJIKAN...

Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob mengakui kerajaan Pas Kelantan telah bertindak kejam ke atas 344 peniaga Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) setelah memutuskan bekalan elektrik selama tiga hari dan menyebabkan peniaga itu kerugian RM3 juta.

Bagaimanapun beliau memberikan alasan yang dilihat terlalu “bodoh” untuk kerajaan Pas Kelantan dengan mengatakan pemotongan itu dibuat atas kesilapan teknikal.

Bukan setakat itu sahaja, malah rakyat mempersoalkan kenapa pasar sebegitu besar yang menjadi ikon kepada bandar Kota Bharu boleh berlaku kesilapan teknikal sedangkan para peniaga itu bersetuju untuk berpindah ke Bazar Tok Guru pada hujung bulan ini.

Laporan Bernama memetik kerajaan negeri hari ini mengarahkan pemaju Syarikat Sensa Timur Sdn Bhd dan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) menyambung semula bekalan elektrik di bangunan Arked Pasar Lama MPKB.

Ahmad berkata keputusan itu dibuat Jawatankuasa Perpindahan Peniaga Arked MPKB dan Arked Uda pada mesyuarat khas hari ini, bagi membolehkan peniaga meneruskan operasi sebelum berpindah ke Bazar Tok Guru akhir bulan ini.

“Semua peniaga diberi masa sehingga akhir bulan ini untuk berpindah ke premis baru itu,”

“Ibarat jatuh ditimpa tangga, isu Para peniaga di Pasar Lama MPKB semakin meruncing sejak mereka menuntut kerajaan Pas Kelantan menunaikan janji pilihan raya 2008, iaitu untuk menyediakan lot yang selesa di Bazar Tok Guru, di sini dengan harga RM40,000 apabila Pasar Lama MPKB ditutup dan para peniaga dipindahkan ke Bazar Tok Guru.”

Setelah tiga tahun menunggu, sebaliknya kerajaan Pas menjualkan lot kedai di bazar Tok Guru itu kepada para peniaga dengan keluasan yang sempit serta dengan harga setiap lot kedai RM63,000.

Nampak sangat ada kemelut dalaman Pas dan kerajaan negeri cuba sabotaj parti dan menyusahkan para peniaga gara-gara politik menjatuhkan lawan.

Sehingga kini, ia jelas menunjukkan politik dalaman Pas semakin kotor dan tidak selari dengan dasar perjuangan Islam mahupun berkebajikan.

Selama mana rakyat nak percayakan Pas yang kini dilumuri politikus-politikus yang mementingkan kerjayanya daripada nasib rakyat.

“Nak harapkan Tok Guru tok rok doh, dio sore jah hok baik. Hok lain sumo tok leh paka!” Keluh seorang peniaga di Kota Bharu.

Makin lama, Pas menjadi duri dalam daging kepada rakyat Kelantan kerana pemimpin terlalu sayang kepada jawatan dan sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan dosa dan pahala, katanya.

“PAS BUKAN SAHAJA TIDAK PERJUANGKAN UNTOK KEARAH KESENANGAN RAKYAT DISEBALIKNYA WAKIL RAKYAT PAS ITU SENDIRI BANYAK MENYUSAHKAN RAKYAT..."

Wednesday, June 15, 2011

'BERSIH' YANG 'TIDAK BERSIH'...

BERSIH - ANTARA TIMBALAN PRESIDEN PAS DAN PENYOKONG KUAT IFC

SETAKAT HARI INI sudah lebih 260 laporan polis sduah dibuat bagi membantah himpunan bersih pada 9 july ini. Adakah Mat Sabu dan Ambiga tidak mahu mengalah dan lebih kepada kepertingan agenda politik masing2 daripada menjamin keselamatan rakyat dan negara?

Kafir AMBIGA sreevenasan yg menentang segala Hukum Islam yng sedia ada di mahkamah syariah negara, menentang HUDUD kini menjadi sahabat baik PAS utk menjayakan BERSIH.....

Pada himpunan Bersih 2007 Anwar adalah heronya tetapi setakat ini walaupun Ketua Pembangkang itu masih belum buka mulut pasal himpunan kali ini tetapi sukar menolak kemungkinan besar beliau tidak memainkan peranan dalam Bersih kali ini.

KENAPA PERLU KEPADA HIMPUNAN BERSIH?

1. Himpunan ini didalangi oleh geng majlis peguam sbg Ngo dan pas (Mat Sabu) sbg parti politik permainan ini dicatur oleh DAP dan PKR bertujuan untok:

a. Meniru hindraf ...dimana hindraf ...beberapa bulan sebelum PRU 12 2008 buat kecoh dgn isu hak asasi manusia,hindraf juga didalangi oleh geng majlis peguam drP DAP dan hindraf.

b. Bersih mahu mencapai milage politik spt mana yg hindraf telah berjaya lakukan sebelum PRU 12 2008 ...tapi kali ini bersih sudah amat bersedia dgn kelebihan pengetahuan undang2 utk manipulasikan dan exploitasikannya.....mereka menyalah guna undang2 yang ada bagi tujuan kepentingan mereka.

c. Mereka kan menggunaka isu intergrity dan isu hak asasi sbg senjata menyerang dan memfitnah kerajaan dgn menghasut rakyat jelata dgn dakyah poltik yg kurang sihat serta propaganda yg bisa mendatangkan huru hara kpd negara.

d. Pembangkang sgt mahukan momentum PRU mereka amat perlu bagi mendapat pengaruh politik dgn cara menggelirukan rakyat.

2. 4 negeri bawah pembangkang Pinang selangor Perak Kelantan sudah mencapai 2/3 penggal DUN mereka ,...dn 4 negeri ni boleh bubarkan DUN pada bila bila masa....dan dijangkakan Selangor Penang akan bermula dulu bagi mengsetkan trend mood dan momentum politik utk pembangkang.

3. Perancangan pembangkang..sudah bermula sejak awal lagi berkaitan PRU 13 ataupun pilihanraya negeri yg mereka kuasai....pembangkang takut jika kelantan dulu yg bubar DUN dan adakan pilihanraya negeri..sbb mereka tahu ...pas sudah kehilangan banyak undi pada kali ini....

4. Penguasaan pkr anwar melalui geng erdogan dlm pas ,...dn situasi poltik hadi dlm pas yg amat buruk baginya...memeprmudahkan agenda pkr utk menuasai percaturan politik pas....kekalahan geng ulamak dlm pas membuktikan ,...hasrat erdogan utk liberalkan pas mungkin akan berjaya dan pas akan digunakan sepenuhnya utk menguasai undi melayu di Kelatan.

5.Pinang pula tidak mahu adakan dulu bubar DUN dan pilihanraya negeri sebab mereka khuathir..kemenangan besar DAP diPinang akan sebabkan sokongan melayu dinegeri lain akan beralih kpd umno.

6.Jelas sudah DAP dan hindraf juga majlis peguam sgt bijak mencaturkan politik utk kepentingan pakatan rakyat.

Kesan buruk kepada Kerajaan

1. Berupaya menjatuhkan ;
a.Indeks kestabilan poltik negara
b.index kestabilan ekonomi negara.
c.index nilai negara2.

2. Bersih akan cuba mendatangkan persepsi yg buruk kpd PDRM dn semua agensi kerajaan yg terlibat ,..mereka mmg mahu disekat dn dihalang...itulah tujuan mereka ,..mereka mahu dunia melihat kerajaan malaysia kejam.

3. Percaturan bersih..saling tidak tumpah spt yg berlaku di Mesir Libya dan negara timur tgh yg lain.....jika huru hara berlaku....ia satu mementuum poltik kpd pembangkang...akan tetapi...ia satu malang bencana kpd rakyat....

kerana...
1.negara x aman...
2.kestabilan harga barangan pasti tergugat,.
3.anak anak aka sudah mendapat pendidikan dn perubtan...
4.rakyat jelata menjadi x tenteram dn takut utk kelua membuat urusan masing masing....
5.inflasi dn resesi melampau pastu berlaku...

PROJEK BERSIH ADALAH 1 PROJEK PERCATURAN POLTIK GRAND DESIGN YG JAHAT DRPD POAKATAN RAKYAT !!

AJK BERSIH

Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay and Arul Prakkash.

Dr Farouk Musa.... Editor harakah yg hanya pandai membuat fitnah
Pas sanggup memberi seramai 100,000 orang untuk menyertai program ini.

Siapa Datuk Ambiga Sreenevasan? Council yang menyokong IFC- Sanggup melobi ke PBB dan mengharapkan menjadi pelapor/pemantau bagi pihak PBB di Malaysia mengenai Pluralisme

Siapa Dr Wong Chin Huat? Reformist dari kumpulan Suqiu ( The Malaysian Chinese Organization Election Appeals Committee)

Antara tuntutan Suqiu
1- perpaduan negara - hak Melayu/Bumiputera dihapuskan
2- demokrasi - perbezaan bilangan pengundi dalam sempadan pilihanraya tidak lebih 15%
3- mempertahankan hak asasi dan menegakkan keadilan - Mansuhkan ISA

Siapa Haris Ibrahim? Seorang peguam yang mewujudkan GERAKAN KEBEBASAN AWAM MALAYSIA
- Memperjuangkan hak kesamarataan dan sekularisme ( the people parliment)
- Projek SAYA ANAK BANGSA MALAYSIA juga memperjuangkan kesamarataan untuk semua bangsa di Malaysia di samping untuk mewujudkan semangat muhibbah

IFC + SUQIU = BERSIH 2.0 ---- fikir2lh...

MiaZarra An-Nur



SINGGAH SEBENTAR ... KENAPA ISLAM YANG PAS PERJUANGKAN TIDAK MAHU KEPADA PEYATUAN?

video

Monday, June 13, 2011

HAJI HADI DAN NIK AZIZ CONER BARING DISELIKOH TAJAM - NEGARA BERKEBAJIKAN DAN PEMECATAN 2 H...



LAMANYA RAKYAT KELANTAN DITIPU ADAKAH KITA TERUS TERTIPU...?

Pas juga parti mewakili terbesar org melayu. Sebelum ini pas banyak libatkan islam dalam perjuangannya. Kita juga perlu selamatkan pas demi menyelamatkan maruah bangsa dan agama dengan orang kafir harbi DAP. Kita sokong pas sebagai parti yang membangkang Umno dan kerajaan. Kita tidak boleh biarkan pas terjun dengan labu2nya. Walaupun kita tahu banyak perkara yang tidak elok dan kerenah berlaku dalam pas sekarang.Pemimpin pas hari ini juga tidak seperti pemimpin pas yang terdahulu, pemimpin pas skrg terlalu bijak menyembunyikan dan membelit sesuatu fakta kepada ahli2nya. Pemimpin pas sekarang juga terlalu mementingkan diri sendiri mereka tidak berpijak dibumi nyata dengan perjuangan asalnya semenjak mereka besama PKR dan DAP dalam pakatan. Meraka bersepakatan hanya sekadar mahu menjatuhkan Umno dan kerajaan pada hari ini seterusnya menyokong kuasa di berikan kepada DAP dengan berimpiankan Anwar menjadi PM.

Ramai penyokong pas seakan tidak percaya negara islam yang diwar2kan sebelum ini ditukar kepada negara berkebajikan. Belum pun melangkah mayat Karpal pas sudah tukar prinsip perjuangan kearah negara islam. Penyokong pas sudah tentu masih mengingati peritiwa Memali pada tahun 1985 dimana 11 orang terkorban termasuk seorang angota polis terbunuh semata terpengaruh dengan fatwa Haji Hadi Pada 7 April 1983 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu, Haji Hadi mengeluarkan hukum bahawa sesiapa yang mati menentang UMNO adalah mati syahid. Ucapan ini juga dicetak dan disebarkan dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kemuning dan Dewan Undangan Negeri Selinsing Kelantan pada September 1983. Tetapi pada hari ini Haji Hadi sendiri sudah lupa walaupun ianya masih segar dalam ingatan lebih2 lagi keluarga mangsa tragedi tersebut bagaimana pun peristiwa ini Haji Hadi tetap kena bertanggongjawab didepan Allah SWT diakhirat kelak.

Rakyat Kelantan tertipu dengan fatwa Hadi ini lalu memberi kemenagan dan menyokong pas pada PRU tahun 1990. Berapa ramai sanak saudara berpecah tidak bertegur sapa hingga mati? berapa ramai ibu bapa bercerai berai? berapa ramai masyarat islam berpecah tidak usah ditanya...sudah tentulah ramai percaya dengan fatwa Hj Hadi dan fatwa karut Nik Aziz kalau tidak masakan pas dimasa itu dapat menewaskan Umno di Kelantan.

Walaupun pas menuduh Umno macam2 tetapi apa yang kita lihat sebaliknya Pas dibuka aib sendiri oleh Allah maha kuasa satu persatu ludah mereka sendiri dijilat dan ludah mereka sendiri jatuh dibatang hidung mereka. Kalau kita lihat gelagat sesetengah pemimpin pas sekarang sudah hilang pegangan semata mahukan pengaruh kaum bukan islam pas sanggup menurut apa sahaja. DAP melalui Anwar yang menjadi tunggak membuat segala keputusan waima bersabit sengan islam sekali pun. Di Selagor kalau kita kata pas hanya boneka DAP penyokong pas tidak percaya tetapi apa sudah jadi kepada Persuruhjaya pas Hassan Ali sekarang? dan bagimana pula nasib persuruhjaya pas Trengganu Harun Taib? bila masa kedua mereka ini akan dipecat jika tidak berkaitan dengan Anwar dan DAP sebab kedua tokoh ini juga merupakan tunggak kekuatan pas di Selangor dan Trengganu. Kenapa LGE tidak memberi cadangan pilihanraya perlu diadakan ditokong2 Cina? kenapa beliau terlalu sibuk mencampori urusan agama islam? walaupun Mat Sabu sudah membuat kenyataan pemerintahan dan pentadbiran LGE di Pulau Pinang lebih baik berbanding pentadbiran Nik Aziz di Kelantan dan tidak semudah itu umat islam di negara ini menyokong kenyataan Mat Sabu. Nik Aziz juga pernah mengakui cara pentadbiran LGE menyamai Khalipah Omar Ab Aziz.

Pemimpin Pas sekarang terus membuat
kesilapan demi kesilapan mereka tidak boleh ditegur lagi mereka sudah jadi bongkak mereka sudah lupa diri. Golongan merekalah orang baik2,orang2 Umno semua jahil dan kerajaan Umno itu zalim. Namun pas kena ingat rakyat sudah tahu siapa sebenarnya yang tidak mengikut cara islam...siapa yang menipu rakyat dengan fatwa songsang...siapa yang menipu rakyat tentang hudud...dan kenapa Nik Aziz dan pemimpin pas lain sibuk2 tentang Umno? betulkah timbalan presiden pas sekarang mengamalkan syiah? dan kalau benar kenapa Nik Aziz membisu tentang ini?

Sunday, June 12, 2011

SIMBOL NEGARA ISLAM PAS KELANTAN SEBELUM NEGARA BERKEBAJIKAN

SELEPAS NEGARA BERKEBAJIKAN NEGARA APA PULA...?

Model negeri berlandaskan sebuah "negara islam" yang telah diwujudkan pas Kelantan sebelum ini. Namun dengan tema dan slogan demikian pas Kelantan berjaya merampas negeri itu dari Umno sehingga hari ini. Kini slogan membina negara islam ditukar kepada negara berkebajikan pula kerana bersama DAP. Membangun bersama islam sudah tidak releven lagi kerana DAP tidak menyenanginya. Slogan membina negara islam dahulu banyak mengundang permasaahan dalam pas. Dengan wujudnya slogan baru "konsep negara berkebajikan" sudah tentunya pas lebih lega dengan rakan DAP dan PKR dalam pakatan rakyat.

Sudah tentun perjuangan ahli2 pas sebelum ini tidak dihargai langsung, tujuan mereka menderma, ada jiwa terkorban, perpecahan sanak saudara dan cerai berai antara ibu bapa semata berlainan fahaman politik. Semua ini angkara mainan politik sempit pas dengan tujuan menggelirukan rakyat sedangkan pentadbiran negara ini sudah pun berlandaskan negara islam.

Sekarang tukar pula kepada negara berkebajikan, semata mahu menjaga hati kafir harbi DAP.Di mana al-Quran dan as-Sunnah pas letakkan? Masih ada atau sudah disenyapkan atas nama strategi politik?

Pas sudah memerintah lebih 20tahun di Kelantan apa yang pas lakukan untok kekuatan islam di negeri tersebut?

Thursday, June 9, 2011

SEDIKIT SAJA KUASA PAS SUDAH BUAT PUSINGAN 'U'...

KAWAN SAYA KATA ..."KALAU SAYA JADI HAJI HADI SAYA JUGA MENYOKONG ANWAR..."
Pakatan pembangkang semakin tidak wibawa. Pusingan 'U' Pas daripada mahu menubuh negara islam yang sekian lama kini diubah kepada Negara berkebajikan pula meletakkan parti pas setanding dengan PKR dan DAP. Selepas PRU12 dan bersama PKR dan DAP, pas kini sarat dengan drama menggelirukan rakyat. Pas terus mengikut rentak dan acuan PKR dan DAP-wayang Anwar.

Kalau kita tengok dalam undang-undang tubuh PAS Bab Pertama (Fasal 2, Ceraian 2) telah menerangkan secara jelas perkara tersebut iaitu: "Memperjuangkan cita-cita lslam dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara". Sementara dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) Bab Ketiga (Fasal 5, Ceraian 1) telah menyebutkan: "Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah"

Golongan ulama dalam pas semakin hari semakin disisihkan, yang membolot jawatan dalam pas sekarang terdiri dari golongan profesional yang pro Anwar atau lebih dikenali sebagai kumpulan Erdogan. Pas sudah tergelincir dari landasan tujuan asal penubuhan parti itu. Menurut pemimpin pas semuanya berjuang untok menegakkan islam tapi pada hakikat sebenarnya tidak. Haji Hadi dengan cara haji Hadi dan Nik Aziz dengan cara Nik Aziz apa tidaknya UG Umno pas adalah idea Haji Hadi tetapi Nik Aziz pula menolak tetapi melalui percakapan mulut masing2 semuanya mahu menegakkan islam. Dalam islam untok berbuat sesuatu kearah kebaikan tiada alasan untok kita menolaknya apa tah lagi untok tujuan peyatuan sesama islam tetapi Nik Aziz menolaknya mentah2 alasan kerana dendam. Mereka sudah lupa pengorbanan perjuang pas terdahulu antaranya seperti Assyahid ustaz Ibrahim Libya dan ustaz Zukifli Mohamad yang sudah tentu amat sukar apatah lagi untok dibayar dengan nyawa. Mereka terkorban kerana mahu menegakkan negara islam, masyarakat islam terus berpecah kerana mahukan negara islam mengikut fatwa Haji Hadi.

Sejarah 16 sept masih segar dan mengingatkan kembali kenyataan Haji Hadi bersabit dengan peristiwa tersebut, bagi Hadi itu semua adalah angan2 mat jenin manakala Karpal pula mendesak Anwar supaya meletak jawatan bagi bertanggongjawab diatas kegagalanya. DAP sudah dapat menghidu sejauhmana kesepakatan pemimpin bangsa melayu dalam pas dan PKR dan kebodohan melayu di negara ini dan kesah 16 sept menghurai segala2nya. Melayu semakin hanyut didodoi DAP sehingalah apa yang terjadi pada hari ini seolah2 wujudnya pembangkang adalah untuk menghancurkan melayu sesama melayu bukannya bertujuan membangkang apa yang kerajaan UmnoBN buat tidak betul. Seperti yang kita tahu sebelum DAP bersama Pas dan PKR dalam pakatan pengaruh DAP tidaklah sekuatmana mereka tenggelam dan akur kekuatan dan kemajuan pemerintahan UmnoBN di negara ini.

Sekarang DAP sudah tahu kelemahan Haji Hadi, DAP sudah tahu kelemahan Nik Aziz dan DAP tahu kelemahan dan kebodohan orang melayu. DAP tahu untok menjahanamkan kuasa melayu itu sendiri mahu tidak mahu kena melayu juga yang menjahanamnya. Mereka belajar melalui kesilapan cara mereka sebelum ini bagaimana untok menjatuhkan kuasa melayu tetapi tidak berjaya sebaliknya semakin kuat. Seperti yang kita tahu sampai bila pun orang kafir tidak akan suka kepada melayu dan islam dan tidak perlu kita bercakap panjang lebar tentang ini. Pokok pangkalnya kenapa dan mengapa kita pula yang sanggup begitu sekali menyokong usaha2 DAP tersebut, itu yang perlu kita kena tahu. Kalau kita tengok pada sejarah dimana lahirnya pemimpin pas. Sebab apa Haji Hadi masuk pas, kalau kita kaji pada sejarah kenapa Nik Aziz begitu benci pada Umno sedangkan beliau sendiri suatu masa dahulu penyokong kuat kerajaan sehinggakan bertanding atas tiket perikatan dimasa itu. Mereka2 ini orang kecewa lalu membuat haluan sendiri sehinggalah sampai sekarang mereka menentang Umno. Mereka inginkan kuasa mereka inginkan pangkat mereka sanggup lakukan apa sahaja asalkan Umno tidak dapat memerintah negara ini Anwar tidak hebat, kehebatan Anwar memutarbelit wsebab itu Anwar boleh menyatukan Pas dengan DAP dan DAP dengan Pas. Anwar tetap tidak hebat walapun Anwar boleh merubah corak kepimpinan kearah Erdogan dalam Pas sekarang.

Kalau Anwar itu hebat sudah tentulah tidak Pak Lah dan tidak Najib menjadi PM dan sudah tentu tidak sedemikian rupa rakan2 dan wakil rakyat PKR meninggalkan beliau. Anwar menjadi hebat secara kebetulan dengan cita2 DAP dan Anwar hebat kebetulan Haji hadi, Nik Aziz dan pemimpin lain dalam pakatan mabuk dan gila kepada kuasa itu sahaja. Pas PKR dan DAP boleh bersama dalam pakatan secara kebetulan kerana pemimpin mereka mempunyai cita2 yang sama. Sebab itulah Karpal dan Mad Sabu boleh membela Anwar kembali dalam kes liwat skrg berbeza dengan sejarah 14th dulu. Dalam kes liwat 22 Oktober 1997 Karpal peguam penasihat kepada Azizan dan Umi Halfilda menjaja sana sini dan mendesak Tun Mahadir supaya melucut jawatan Anwar sebagai TPM.

Kata kawan saya“ Kalau saya jadi Haji Hadi pun saya sokong Anwar…” mereka berkata kalau pembangkang dapat menawan Putera Jaya sekali pun nasib Anwar untok menjadi PM terletak ditangan Karpal dan Mad Sabu…rashia Anwar dalam beg hitam mereka berdua. Entah2 awal2 lagi jika pembangkang menang DAP akan mencari jalan untok menghantar Anwar ke Sg Buloh. Pemimpin pas boleh lah tumpang semangkok bersama DAP...Perjanjian pesefahaman diantara PAS PKR dan DAP pada 18 disember 2009 sudah dibuat di Shah Alam. Mereka sudah sama2 bersetuju jika memerintah Negara islam dan perlaksanaan undang2 islam tidak akan dilaksanakan di Negara ini dan dengan sebab itulah Haji Hadi membuat kenyataan Pas tidak lagi berjuang ke arah negara islam sebaliknya kearah negara berkebajikan katanya lagi pun negara islam tiada disebut dalam al-quraan.

Kini semakin ramai pemimpin yang bersifat cauvinis, extremis yang berada dalam pakatan. Setelah Allah SWT memberi sedikit kuasa pada tahun 2008 pas sudah buat pusingan 'U' dari perjuangan asal mereka, seandainya pas itu berkuasa seperti Umno yang memerintah negara ini sudah tentu pas itu lebih teruk daripada Umno kalau kita lihat telah apa yang berlaku kepada pas pada hari ini.

Kawan saya tersebut dulunya seorang penyokong kuat pembangkang...

Sunday, June 5, 2011

DARI NEGARA ISLAM KEPADA NEGARA BERKEBAJIKAN

TIADA HUDUD - GOLONGAN ULAMA PULA DISISIHKAN...

Kalau mengikut fahaman politik kedua2 parti melayu yang ada di negara ini semuanya sesat. Pas kata Umno sesat, dan Umno kata Pas sesat. Bagaimana pula sebaliknya orang2 melayu yang tidak berpolitik Pas atau Umno? kalau mengikut teori diatas sudah tentulah golongan ini lebih dari sesat.

Nik Aziz selalu mengguna peluru panas bila berdepan dengan Umno dan Kerajaan. Pas suatu ketika dahulu menuduh Umno kafir kerana bersama kaum Cina dan India dalam BN. Suara wanita adalah aurat dan tidak dibenarkan golongan wanita menjadi wakil rakyat.Pas mengutuk sekeras2nya wakil rakyat wanita dalam Umno ketika itu. Di DUN Tenang pas sudah lupa sebab itu pas mencalonkan wanita menentang calon Umno yang diwakili oleh lelaki ketika itu.

Pas berjuang melaksana hukum hudud, sampai hari ini tidak dilaksanakan akhir sekali menyalahkan kerajaan. Di Muktamar tahunan pas pada hari ini presiden pas sendiri mahu kepada negara berkebajikan, sekaligus ulama2 tidak perlu lagi memegang jawatan dalam pas sebab itu ia disisih oleh para perwakilan. Pas selalu berubah mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Siapa yang merubah pas? ada juga kedengaran pas menyalahkan Umno yang merubahnya hehe...setujukah kalau penulis beranggapan inilah sebenar dasar pas!

Apa yang kita lihat pemimpin kanan pas yang ada hari ini hanya mahu mencari untong peribadi cara mudah semata-mata. Kita tengok sahaja kenyataan Hj Hadi beliau sediri menyalahkan Umno dan kerajaan yang bertanggongjawab keatas vedio lucah Anwar. Dalam rakyat masih mencari2 kebenaran dengan senang Hj Hadi melemparkan kesalahan tersebut.

Adakah hati pemimpin2 pas sudah buta? kalau sudah buta siapa pula yang membutakan hati mereka? Pas terlalu asyik mengejar dunia gila pangkat dan kuasa samalah dengan DAP yang sudah sekian lama mengidamkan kuasa di negara ini, kesempatan ini diguna oleh Anwar. Sememangnya pemimpin pas sudah dibuta hati oleh Allah SAW dari kesalahan2nya yang sukar dimaafkan yang sudah sekian lama.

Disini disenaraikan 10 perkara yg menyebabkan hati kita menjadi buta :

1. kamu mengenal Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan haqNya

2. kamu sangka bahawa kamu cinta kpd Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunnah baginda.
3. kamu telah membaca Al - Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

4. kamu telah makan nikmat2 Allah SWT tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya.

5. kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

6. kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.

7. kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak lari drpdnya.

8. kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia utk menghadapinya.

9. kamu bangun dr tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban diri kamu sendiri.

10.kamu kebumikan mayat2 manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar drp mereka.


Saturday, June 4, 2011

SIAPA MAT SABU....?

MUKTAMAR KE 57 KEPUTUSAN YANG MENCABAR HAJI HADI...


Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man tidak mahu kompromi akhirnya memberi kemenangan kepada dendangan irama hudud pas Kelantan yang juga pelengkap pencipta nama Anwar Al-Juburi di zaman 90an. Mat Sabu ditabai sebagai Timbalan Presiden Pas pada pemilihan dimuktamar tahunan pas ke 57 kali ini sekaligus memberi ruang lagi kepada Umno menyerang diatas sifat2 keperibadian pemimpin pas menjelang PRU13 nanti.

Pada pemilihan kali ini, perwakilan memberi kemenangan kepada kumpulan Erdogan yang pro Anwar Ibrahim. Pertandingan sengit diantara dua kumpulan yang pro Anwar dan Pro Ulama yang berkesudahan memihak kepada pro Anwar.

Hampir sekeluruhan jawatan penting dalam PAS dimenangi oleh mereka yang cenderong kepada Anwar sekaligus akan memeningkan kepala Presiden Abdul Hadi Awang dalam menentukan hala tuju parti itu.

Mat Sabu menang untuk jawatan Timbalan Presiden PAS menewaskan penyandang asalnya Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Mat Sabu mendapat 420 undi berbanding Tuan Ibrahim 399 dan Nasha 224 daripada jumlah keseluruhan 1045 undi.

Manakala untuk jawatan Naib Presiden pula dimenangi Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Ketiga-tiga mereka mendapat undi paling tinggi menewaskan tiga lagi calon iaitu Ust Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Salahudin mendapat 753 undi, Husam (660), Mahfuz (616), Idris (491), Nik Amar (321) dan Nizar (217).

Keputusan rasmi itu dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS 2011-2013, Datuk Abdul Halim Abd Rahman kira-kira jam 10.15 pagi tadi.
Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2011-2013:

1) Mazlan Aliman (804)
2) Dr Mohd Hatta Md Ramli (765)
3) Datuk Kamarudin Jaafar (739)
4) Hanipa Maidin (735)
5) Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721)
6) Dr Zulkefly Ahmad (702)
7) Dr Mujahid Yusof Rawa (651)
8) Khalid Samad (643)
9) Abdul Ghani shamsuddin (579)
10) Amiruddin Hamzah (576)
11) Abdul Wahid Endut (556)
12) Abu Bakar Chik (527)
13) Datuk Mohd Amar Abdullah (470)
14) Dr Siti Mariah Mahmud (445)
15) Datuk Mahfodz Mohamed (449)
16) Datuk Hassan Ali (437)
17) Abdul Ghani Abd Rahman (430)
18) Nuridah Salleh (416

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..