Followers

Monday, September 26, 2011

KELANTAN NEGERI PERTAMA LAKSANA HUKUM HUDUD?


NIK AZIZ MAHU HUDUD DI KELANTAN...TETAPI MENOLAK PERPADUAN ISLAM UMNO-PAS!

Kesilapan utama Nik Aziz bermula bila menolak perpaduan sesama islam antara Umno dan Pas. Nik Aziz suka bertindak mengikut suasana politik dalaman biarpun berkaitan dengan islam. Status Tok Guru, Ulamak, Musyidul Am Pas dan juga sudah lebih 20 th memegang jawatan MB mungkin perkara2 tersebut telah menghantui dan merasakan dirinya lebih cerdik dan lebih tahu dari orang lain sedangkan tidak setimpal dengan ilmu yang ada. Kalau kesilapan dalam politik boleh dimaafkan tetapi kalau kesilapan tersebut berlaku bersabit dengan Islam maka sudah tentu menjadi tanggongjawab kepada orang islam lain untok memperbetulkannya.

Umat islam di negara ini perlu bersatu terlebih dahaulu sebelum melaksakan hukum hudud. Kita tidak mahu ianya sekadar retorik bagi menghadapi pilihan raya. Kenyataan Nik Aziz berhubong dengan hukum hudud secara tiba2 telah memberi kesan dan implikasi yang negetif kepada islam itu sendiri. Kefahaman secara menyeluruh perlu dilakukan terlebih dahulu bukan setakat kepada ahli2 dan peyokong2 pas dan Umno sahaja bahkan kepada orang2 bukan islam juga.

Dari keyataan Nik Aziz tersebut kesannya pas sekarang kian tersepit, rakannya dalam pakatan DAP melalui Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang pernah suatu ketika ditabal oleh Nik Aziz sebagai penyamai pentadbiran Khalifah Omar Ab Aziz mengancam keseluruhan kepimpinan parti itu dan seterusnya akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat. Kenyataan itu dibuat ketika kepimpinan dijadual mengadakan mesyuarat Rabu ini untuk membincangkan isu yang sudah lama berlarutan. Jika pas mahu meneruskan agenda yang tidak pernah wujud perbincangan antara mereka DAP akan bertindak keluar dan meletak jawatan secara beramai2. Gara2 keceluparan Nik Aziz tersebut juga telah menimbulkan implikasi buruk terhadap sokongan penyokong-penyokong PAS bukan Islam lebih-lebih lagi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Sunday, September 25, 2011

KARPAL KATA NIK AZIZ SUDAH TUA..YA KE?


PERPADUAN SESAMA ISLAM NIK AZIZ TIDAK MAHU, IKLASKAH NIK AZIZ?
Perumpamaan Karpal kepada Nik Aziz orang tua merenget yang perlu perhatian dalam isu hudud ternyata menghangatkan lagi suasana hudud sekaligus menjadi igauan kepada umat islam di negara ini. Apa kata Karpal pada Nik Aziz itu tdk menjadi masalah, apa yang kita persoalkan kenapa Karpal mengait dan mengheret sama hukum islam tersebut. Apa yg Karpal tahu tentang hudud sdgkan beliau sdri pn kafir? Karpal tak boleh komen apa2 tentang hukum2 islam. Kedua2 pemimpin tersebut ada sejarah tersendiri. Kita sudah muak sebenarnya dgn lakunan mereka berdua. Mereka berdua ini, minta bertemu saja maka berpeluk arab lah. Sebab itu lah Pas awal2 lagi sdh mengangkat bendera putih bila Karpal mengatakan langkah mayatnya dulu jika pas mahu menegak negara islam di negara ini.

Kerana pas, hukum islam di negara ini di salaherti dan dipermainkan oleh orang kafir. Karpal sebenanya sdh lama menghidu kelemahan pas sebab itu DAP sanggup bersama dgn Pas. Bagi mereka pas bukan iklas memperjuangkan islam tdk spt Umno mereka lebih kpd tamak kuasa. Ternyata Karpal lebih bijak beliau lebih tahu arah tuju sebenar perjuangan pas. Apa tidaknya DAP baru sahaja bersama Pas dlm pakatan tetapi DAP sdh berjaya merubah dasar pas dari negara islam kpd negara berkebajikan. DAP juga ternyata lebih konsisten dan bijak berpolitik berbanding pas, kalau kita tgk apa yang berlaku dalam pas skrg, siapa sebenarnya yang merubahnya kalau tdk DAP melalui Anwar. Siapa yg memegang jawatan no 2 dalam pas skrg? Apa kelebihan Mat Sabu berbanding Nasharuddin? dan apa langkah pertama Mat Sabu lakukan setelah ia memegang jawatan tersebut? Tdkkah Mat Sabu yg menghdp kembali roh2 perjuangan komunis di negara ini? Mainan politik DAP terlalu halus dan tindakan DAP ternyata berkesan sekali sehinggakan penyingkiran ulama2 dalam pas berlalu dgn begitu... tidak dipertahan sedikit pun oleh pemimpin pas yg lain!

Tindakan kafir DAP Karpal menghentam Nik Aziz dalam soal hudud sudah tentu tidak sama dengan tindakan Umno terhadap Nik ziz. Umno lebih kepada memperbetukan keadan. Karpal mengatakan Nik Aziz sudah tua sebab itu Nik Aziz menimbul kembali isu tersebut. Bagi kita orang islam hukum tetap hukum dan wajib kita menyokongnya bukan soal Nik Aziz itu siapa, tua atau muda. Kita juga boleh kata kepada Karpal dalam kenyataan langkah mayatnya dahulu jika pas mahu menegak islam sebagai nyanyok dan iblis tetapi itu tdk penting, persoalan utama Karpal itu siapa? tidakkah seorang kafir? bila masa pun beliau tidak suka dan mahu kepada islam.

Seolah2 bagi Karpal, Umno tdk dpt menyekat dan menahan kehendak Nik Aziz dan pas. Karpal mungkin menganggap islam itu milik pas bukan milik umno. Karpal boleh berbangga kerana beliau dan rakan2 DAP yang lain saja boleh menyekat Nik Aziz dan Anwar bersabit dgn islam. Kita amat sedih dan malang sekali nasib kita org islam di negara ini. Kita bermusuhan sesama islam kerana politik seolah terlalu dasyat, pada kacamata bkn islam. DAP boleh bermegah dan strateginya mengena, islam kini kian berpecah dan Nik Aziz sendiri yang menjurus perpecahan tersebut. Nik Aziz juga bertindak sebagai penghalang utama perpaduan sesama islam di negara ini dan pasti ianya tetap tercatit dalam sejarah politik negara. Jawaban sinis...mereka bertiga Karpal, Anwar dan Nik Aziz memang juara berlakon...

Baca lagi...


Perbezaan hudud menjelang p/raya Pas dgn hudud sebenar


Banyak persoalan berlegar-legar di pemikiran kita, kenapa Dr Mahathir sewaktu memegang jawatan Perdana Menteri menolak hukum Hudud. Sedangkan kita sudah jelas ianya hukum Allah dan termaktub di dalam Al-Quran. Jadi di sini kita rungkaikan sedikit persoalan tersebut.

Undang-undang syariah terbahagi kepada tiga elemen iaitu:

1. Hudud
2. Qisas
3. Ta’zir

Dalam undang-undang syariah Malaysia, Qisas, Ta’zir dan Diat telah dilaksanakan kecuali Hudud. Mari kita lihat perbandingan antara Hudud, Qisas dan Ta’zir

1. Hukum Hudud – Dari segi istilah Hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah yang WAJIB dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.

2. Qisas – Dari segi syarak, Qisas bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. kerana kesalahan­kesalahan yang melibatkan hak individu.
Mengikut hukum Qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.

3. Diat – Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.
Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu Qisas atau Diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, Qisas bunuh dikenakan.
Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tidak sengaja adalah Diat sahaja. Qisas tidak dikenakan.

4. Ta’zir – Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta’zir;

(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.

(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.

(c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.

Kerajaan Kelantan telah memperuntukan RM 500,000 untuk menyediakan draf Hudud. Hudud juga telah diwartakan dan diluluskan di Kelantan. Namun, belum ada perlaksanaannya lagi. Walaupun begitu terdapat 3 versi Hudud yg berbeza dari segi fasal dan huraiannya. Hudud adalah milik Allah, dan telah ditetapkan oleh Allah. Tetapi mengapa pula boleh berbeza-beza mengikut negeri-negeri yang berlainan?

Sehingga kini ada tiga versi hudud Pas yang masing-masing berbeza.

Pertama hudud Pas Kelantan yang bernama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 mempunyai 72 fasal.

Kedua hudud Pas Terengganu yang dibentang dalam seminar pada 12 Mei 2002 bernama Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu mempunyai 74 fasal.

Ketiga Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang mengandungi 67 fasal sahaja.

Mana satukah hudud yang sebenar antara ketiga-tiga hudud Pas itu?

Draf yang dibentangkan pada seminar di Kuala Terengganu 12 Mei 2002 ada Bughah (Fasal 23, 24 dan 25).
Sedangkan dalam EKJS (II) 1993 Kelantan dan rang yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 7-9 Julai 2002 tidak ada Bughah.

Mengapakah bughah diketepikan dalam kedua-dua undang-undang hudud itu? Draf Hudud oleh PAS didapati tidak memberi keadilan malah menzalimi rakyat.

Ini kerana Hudud dikatakan terpakai untuk orang Islam sahaja, sebagaimana petikan dlm surat Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir) kepada Nik Aziz, yang menyatakan;

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)”.

Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman.

Disamping itu Al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku.

Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW.

Tetapi terdapat perbezaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan Agama Islam.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku.

Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman.

Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya.

Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

Permasalahan yang akan menjadi perkara pokok dalam hal hudud ini ialah perlantikan hakim. Dalam urusan pelantikan hakim terdapat dua percanggahan besar. Pertama tidak merujuk langsung kepada 15 syarat kelayakan menjadi hakim mengikut hukum syarak.

Yang kedua rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu tidak ada peruntukan khusus mengenai syarat-syarat kelayakan menjadi hakim. Sebaliknya sekadar disentuh secara tumpang dalam fasal 66 (1) Mahkamah Bicara Syariah Khas yang berbunyi “…daripada hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau daripada seorang yang berkelulusan dan berkelayakan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.”

Yang peliknya apa yang dibentangkan dalam seminar 12 Mei 2002, bulat-bulat Pas Terengganu mencedok fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan menjadi fasal 70 dalam `Draf Cadangan’ yang dibentang pada seminar di Kuala Terengganu. Tiba-tiba dalam rang yang diluluskan di DUN 7-9 Julai 2002 terus dibuang sahaja fasal berkenaan.

Apakah peruntukan fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan itu tidak diiktiraf oleh Pas Terengganu? Tetapi harus diingat, apabila tidak mengikut syarat-syarat kelayakan dalam Islam maka seseorang hakim itu tidak sah melakukan perbicaraan. Dengan itu seluruh proses Mahkamah Syariah Khas di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu menjadi tidak sah.

Jadi.., kesimpulannya di sini ialah, Hudud Allah dengan Hudud PAS berbeza. PAS mengubahsuai Hudud Allah supaya memberi manfaat kepada mereka dan mengatakan Hudud PAS adalah Hudud Allah. Mereka juga mendakwa, menolak Hukum Hudud PAS samalah seperti menolak Hudud Allah.

Hukum Hudud Allah tak boleh dipinda atau dikurangkan. Jika hitam, maka hitamlah, tidak boleh dicat putih ataupun kelabu. Jelaslah PAS memperalatkan Agama Islam demi kepentingan politik. Kemudian menuduh UMNO kafir semata-mata kerana Tun Mahathir menolak Hudud PAS.

Thursday, September 22, 2011

SIAPA PERMAINKAN HUKUM HUDUD?


NIK AZIZ BUAT TIDAK FAHAM ISI KANDUNGAN SURAT DARI TUN MAHADHIR KERANA GILA KPD KUASA...
Orang yang berperanan utama bagi mengelirukan dengan tujuan menghangatkan tentang hukum2 islam untok mendapatkan pengaruh politik di negara ini adalah Nik Aziz, merangkap Musyidul Am Pas yang berjawatan sebagai MB Kelantan sdh lebih 20tahun. Nik Aziz merupakan orang paling lama memegang jawatan dalam parti mengalahkan Samy vellu dalam MIC dan Tun Mahadir dalam Umno. Sudah tentu Nik Aziz mempunyai banyak kelebihan sejak dari tahun 199o Kelantan jatuh ketangan pas hinggalah skrg Nik Aziz tetap Menteri Besar. Dimana kelebihan Nik Aziz?...

Dimana kehebatan Tun Mahadir rakyat negara ini semua tahu. Di sebalik kehebatan Nik Aziz ada juga orang pertikaikan dan tidak tahu. Kalau diambil kira Kelantan bukannya membangun dibawah pentadbiran beliau. Kadar statistik jenayah dan HIV pula tercatat paling tinggi berbanding negeri2 lain di negara ini.

Populariti Tun dan Nik Aziz adalah dua keadaan yang berbeza. Kalau negara ini dibawah pentadbiran Tun Mahadhir sebagai PM boleh dijadikan contoh dan diiktiraf oleh negara islam lain manakala Nik Aziz popularitinya kerana lebih 30 fatwa2 menggelirukan beliau berjaya keluarkan berkaitan dengan islam menjelang saja pilihan raya setakat hari ini.

Bermula dari tahun 1990 Kelantan jatuh ketangan Pas. Menjelang saat kejatuhan Umno perkara utama janji2 pas dalam manisfesto pada masa itu adalah jika pas dapat memerintah pentadbiran cara islam dan hudud akan dilaksanakan. Pas menggguna islam secara berluasa mencari kelemahan dan menghukum dengan sewenang2nya Umno. Fitnah kepada Kerajaan Umno, fatwa2 yang menggelirukan umat islam berada dibibir pemimpin pas yang akhirnya rakyat melayu menjadi keliru dan berpecah tidak kurang juga terpengaroh dengan janji2 palsu yang diberikan.

Pas tahu bila mengguna agama mereka tetap disukai rakyat melayu. Selain fatwa2 baru akan dikeluar setiap kali menjelang pilihan raya hukum hudud pas juga tidak ketinggalan dimainkan. Kalau dulu sebelum pas bersama DAP, pas gagal melaksana hudud apatah lagi setelah bersama DAP yang terangan kafir tersebut tidak suka kepada islam bertapak di negara ini.Sudah menjadi kebiasaan pas ia akan menyalahkan pehak lain jika mereka tidak tunai apa yang mereka janjikan. Hudud umpama pada awalnya mereka persalahkan Sultan Kelantan kerana tidak menandatangani sebagai persetujuan hudud dijalankan walaupun secara jelas pehak istana tidak menghalang sama sekali. Setelah itu pas mengalih arah pula dengan menyalah Tun Mahadhir selaku PM menghalang tetapi perkara sebenar Nik Aziz sembunyikan dari rakyat. Bila kita membaca surat dari Tun Mahadir kepada Nik Aziz maka kita faham lah apa kata Tun dalam surat tersebut kepada Nik Aziz berkaitan dengan hudud pas. Bila rashia ini rakyat sdh tahu maka pas persalahkan Umno dan kerajaan pula menghalangnya sedangkan dalam parsidangan parlimen tidak pernah pas sentuh pasal hudud.

Setelah pas bersama DAP macam2 pula ditafsiran tentang hudud oleh pemimpin pas. Haji Hadi selaku peresiden pas sendiri pula mengatakan hudud sesuai dilaksana 30tahun tetapi tidak sekarang. Umno tidak sesekali menghalang hukum hudud dijalankan bahkan menyonkong, umno menghalang adalah hukum hudud ala pas yang hanya sebagai umpan Nik Aziz kpd rakyat untok mencari pengaruh undi melayu menjelang pilihan raya semata2.

Menjelang PRU13 pas terus mengguna tektik yang sama...Nik Aziz beranggapan rakyat sudah lupa dengan janji2 manifesto pas pada tahun 1990. Nik Aziz sebenarnya lupa bahawa mungkir janji itu munafik! kerana politik. Usahkan pas mahu tunai Janji2 dlm PRU12 janji 1990 pn belum tertunai lagi... Kita sama2 tunggu dan lihat sdh tentu lagi hebat janji2 dan sendiwara pas menjelang PRU13 bakal menjelang nanti, kerana kini Nik Aziz sudah ada "regu mampus melayu" cukup hebat dan sejiwa iaitu Anwar dan LKS...

Baca lagi...

TANJUNG MALIM 21Sept. — Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar, Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.

"Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud)...ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (Pas) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya ketika diminta mengulas hasrat Pas untuk melaksanakan hudud di negeri itu.
Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana Za”ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.
Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, dilaporkan pernah berkata individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Dr. Mahathir dan bukan pengerusi DAP Karpal Singh.
Dr. Mahathir turut menempelak kerajaan Kelantan yang disifatkannya sebagai beriya-iya untuk mengamalkan undang-undang Islam tetapi pada masa sama gagal mengawal penduduk Kelantan sehingga menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun sejak 2008. — Bernama

Tuesday, September 20, 2011

ANWAR BERJAYA TIPU DIRI SENDIRI


RAJA PEMBOHONGAN KIAN TERSUNGKOR DISEBALIK PEJUANG IKLAS BLOGGER PAPA GOMO...

Rakyat di Negara ini yang berfikiran rasional yang tidak terlibat dengan mana2 parti sudah ramai tidak mempercayai Anwar. Keterampilan Anwar yang dianggap baik dalam segenap sudut bagi mereka sebelum ini hanyut begitu sahaja bersama keenganan Anwar tidak mahu bersumpah yang berakitan dengan isu liwat bersama Saiful, isu sex Cina Doll. Selain beliau tidak mahu bersumpah Anwar juga tidak bertindak menyaman mana2 individu berkenaan seperti lazimnya yang beliau lakukan dengan ertikata lain " raja saman".

Ramai pemimpin politik pelbagai parti, NGO2 dan juga Ulama2 di negara ini menunggu tindakan bersumpah dari Anwar bersabit dgn liwat dan sex tersebut. Tidak ketinggalan juga kami dari warga blog sentiasa menanti sumpah dari Anwar kerana bagi kami yang lebih memetingkan kesucian agama islam bukannya politik,semata2. Kami juga mahu mempastikan negara ini bebas dari pemimpin yang hapruk yang memeiliki moral yang rendah memimpin negara apatah lagi jika dilantik PM. Walaupun kami disumpah seranah namun kami redha semuanya. Tetapi sesekali kami tidak sanggup dan redha melihat agama, bangsa dan negara kami dikuasai oleh pengkianat2 yang hidup penuh dengan kepuraan yang kononnya merekalah perjuang islam dan bangsa.

Anwar semua orang tahu berjuang hanya untok meletakkan dirinya sebagai PM. Pelbagai cara beliau usahakan bagi mempastikan cita2 beliau tercapai. Anwar berjaya menyatukan Pas dengan DAP menjelang PRU12 yang lalu hasilnya apa yang terjadi kpd islam, bangsa dan negara skrg ibarat telur dihujung tanduk menunggu saat kejatuhan dan hancurnya kuasa melayu. Kalau dahulu benteng kuat Pas dangan DAP adalah 'ISLAM" - yang tidak terfikir sama sekali oleh kita skrg pas sdh sebantal dgn DAP. Pas memilih DAP berbanding Umno dalam mahu melaksanakan hukum2 islam di negara ini. Peranan bijak Anwar yang dapat membaca hati perut jahat pemimpin pas yang punyai persamaan dgn beliau yang punyai niat sama mahu menjatuhkan kerajaan yang sedia ada kerana gila kepada kuasa dan dendam kesumat. Apa yang Anwar arah apa lagi yang pas belum lakukan? Skrg Anwar suruh pijak islam pun pas lakukan... Dibelakang Anwar bukan Hj Hadi dan bukan Nik Aziz dibelakang Anwar tidak lain dan tdk bukan adalah kafir DAP.

Menjelang pilihan raya seperti biasa kita akan sama2 disajikan janji2. Pas akan hidupkan kembali perjuangan islam mereka. Mahu tidak mahu Nik Azziz terpaksa menghidupkan kembali irama hudud yang terkandong dalam manifesto pilihan raya pas tahun 1990. Nik Aziz mengguna apa cara sekali pun tentang islam seperti mana Anwar guna apa cara pembohongan sekali pun asal dapat mempengaruhi rakyat.

Soal DAP mahu tukar jalur gemilang, soal isu murtad, soal mengangkat komunis, soal hukum2 islam dipersendakan oleh kafir itu semua tidak menjadi tajuk penting apa yang penting bagi Pakatan Haram adalah UNDI.

Syabas papa gomo...butiran pasir sudah berada dalam kasut Anwar! pastikan semut2 pula akan menyusur masuk dalam telinga...

Saturday, September 17, 2011

MANSUH ISA BUKTI NEGARA AMAN?

Ramai juga yang terkejut apabila PM mengistiharkan ISA dimansuhkan. Walaupun PM sudah mengatakan hasratnya akan mengkaji semula ISA sebaik sahaja mengangkat sumpah jawatan PM pada 3 April 2009.

ISA banyak jasa pada negara dan berjaya mengengkang banyak kejadian tidak baik daripada merebak dan menghuru hara. Untuk mengatakan ISA tidak baik hanya kerana pendekatan tahan tanpa bicara.Tetapi tidak pula 3 Ordinan Darurat yang turut mempunyai pendekatan yang sama tapi tidak pula dimansuhkan oleh kerajaan.Berikutan pemansuhan ISA, bagi tujuan untok mencegah subersif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memeilihara keselamatan negara dua undang-undang baru akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

Adakah PM dan kerajaan akan untong bila mengistiharkan secara drastik dengan pemansuhan tersebut? Setakat hari ini hanya PM sahaja yang ada jawaban yang tepat. Pembangkang sudah tentu terseyum lebar bila ISA dimansuhkan tapi senyuman mereka ini bukan bererti pembangkang sudah sealiran dengan kerajaan dalam soal pemansuhan ISA walau sebelumnya mereka juga menekan kerajaan supaya memansuhkan akta tersebut.

Adakah undi BN PRU13 akan bertambah dengan penghijrahan balikarah pembangkang kepada BN? sudah tentu tidak sama sekali sebab penyokong pembangkang sudah ada niat tersendiri kenapa tidak mahu kepada BN seperti apa yang selalu dikatakan oleh Nik Aziz dan Mat Sabu terhadap Umno. Nik Aziz sanggup melihat melayu dan islam berpecah dari bersatu dengan UMno maknanya tidak semudah itu penyokong pembangkang akan bertukar angin kpd Umno sekadar dengan pemansuhan ISA.

Rakyat yang pro ISA sudah tentu rasa sedikit kecewa tapi terpaksa terima dengan hati terbuka dengan pemansuhan ISA tersebut. Seandainya diambilkira apa pandangan rakyat sudah tentu DS Najib tidak dapat mengistihar lagi pemansuhan tersebut. Apa pun banyak lagi cerita akan dapat kita dengar selepas ini samada dari kerajaan maupun pembangkang...kita sama2 tunggu!

Friday, September 16, 2011

PERUTUSAN KHAS PM SAMBUTAN HARI MALAYSIA


PERUTUSAN KHAS HARI MALAYSIA OLEH YAB. DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2011

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Hari Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.

1. Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita dapat menyambut ulangtahun penubuhan Malaysia bagi kali ke-48 sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.

2. Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni. Bermula daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah semasa penubuhannya, hari ini, hasil mahsul perancangan penuh sistematik dan pelaksanaan begitu mapan, kita telah berjaya muncul sebagai negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan yang telah dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarkan kita untuk berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa, apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh.

3. Apa yang sewajarnya dilakukan demi survival serta kesejahteraan rakyat terus meningkat lagi terjamin dalam dunia yang amat kompetitif dewasa ini, marilah melipatgandakan usaha bagi menambahbaik daya saing nasional melalui penggunaaan kreativiti, inovasi dan menjulat usaha penciptaan kekayaan baru berasaskan sifat keusahawanan mandiri. Semua matlamat ini tidak mungkin akan tercapai tanpa wujudnya perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonian.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

4. Membelek helaian-helaian tawarikh, apabila negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu sehingga Malaysia dibentuk enam tahun kemudiannya, bersama-sama Sabah dan Sarawak, banyak pihak ketika itu, sama ada pemerhati asing, mahupun warga tempatan berasa ragu-ragu serta waham mempersoalkan tentang, sebuah negara baru yang negeri-negerinya terpisah dek Laut Cina Selatan, sedang diancam pula pemberontakan komunis, dengan separuh penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan, ditambah oleh faktor kemajmukan demografik yang luar biasa kompleksitinya, mungkinkah mampu untuk kekal utuh sebagai sebuah negara bangsa apatah lagi untuk berjaya?

5. Ternyata, pencapaian Malaysia selama ini, bertatih dan berjalan jatuh untuk mengecap nikmat kejayaan diiringi sebuah takdir yang penuh cabaran. Jika disisir sejarahnya, semacam satu keajaiban diawal usia setahun jagung meraih kemerdekaan, hakikat yang tersebut tadi ditambah berat pula dengan penerimaan sistem dan falsafah pentadbiran negara berasaskan Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan serta Persekutuan, telah diterima amal secara tuntas oleh kita begitu awal ketika mana proses pembudayaan masih lagi tidak matang.

6. Jelas sekali, sebelum merdeka, warga tiga belas buah negeri yang bersatu membentuk Malaysia tidak pernah berpeluang untuk memilih kerajaan yang akan memerintah sekalipun corak pentadbirannya. Kewujudan mereka hanyalah sebagai rakyat negeri-negeri naungan atau tanah jajahan yang diberi keistimewaan politik terhad mengikut budi bicara kuasa pemerintah. Pastinya, ini, bukanlah hak politik tulen yang terbit daripada kewarganegaraan sebuah negara merdeka serta berdaulat.


7. Menyingkap fakta, sebelum merdeka, pemilihan politik pertama yang berlangsung di mana rakyat telah diberi peluang secara terhad untuk memilih wakil mereka adalah semasa pemilihan beberapa Majlis Perbandaran pada tahun 1952 dan seterusnya pemilihan sebahagian Anggota Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955. Sebaliknya, hanya tahun-tahun selepas merdeka bermula 1959, rakyat mula diberi hak dan tanggungjawab sepenuhnya untuk memilih semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri sebagai hak budi bicara mutlak dalam menentukan parti manakah bagi membentuk kerajaan.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

8. Sememangnya kita perlu bersyukur kerana dari masa hingga masa, walau apapun rintangan menjelma, sama ada bersifat dalaman mahupun luaran yang telah mengancam demokrasi dan kebebasan individu seperti pemberontakan komunis, konfrontasi menentang penubuhan Malaysia, rusuhan kaum, kemelesetan ekonomi, ekstrimisme agama mahupun cauvinisme perkauman, Alhamdulillah, setiap satunya telah berjaya ditangani dan dihadapi menggunakan kerangka tindakan berhemah, demokratik berasaskan prinsip keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang.

9. Barang harus diingat jua, sepanjang tempoh tersebut tidak pernah terlintas di benak pihak kerajaan walau sedetikpun untuk menukar sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sedia ada dengan sebarang sistem anti-demokratik, waima betapa getir cabaran yang dihadapi. Seperti terakam pada susur galur negara, disebabkan tragedi 13 Mei, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bertindak atas nasihat YAB Perdana Menteri ketika itu menurut peruntukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, telah mengisytiharkan darurat.

10. Salah satu kesan pengisytiharan darurat 1969 tersebut adalah proses pilihanraya yang belum selesai di Sabah dan Sarawak telah digantung. Peristiwa selanjutnya yang berlaku adalah pemilihan Dewan Rakyat telah disempurnakan dalam tempoh lebih kurang dua puluh bulan kemudian dan sistem Demokrasi Berparlimen dipulih kembali apabila keamanan negara telah stabil seperti sediakala.

11. Kendatipun begitu, Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa tersebut merangkap Menteri Pertahanan yang telah diamanahkan mengetuai Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN, dengan memiliki kuasa mutlak eksekutif dan perundangan, tidak pernah menyimpan hasrat untuk mengekalkan kuasa-kuasa tersebut lebih lama daripada apa yang perlu.

12. Sudah terang lagi bersuluh, Allahyarham Tun bersama rakan-rakan ketika itu amat menyedari bahawa kuasa luar biasa tanpa sempadan yang tergenggam di tangan mereka tersebut tidak boleh sekali-kali dijadikan suatu kelaziman demi masa depan negara tercinta. Sebaliknya, mereka faham kuasa total itu sekadar suatu amanah untuk mengekang dan mengawal tragedi serta kegoncangan yang berlaku.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

13. Sebetulnya lagi, sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, kuasa untuk menentukan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri terletak secara mutlak tanpa kekecualian di tangan rakyat. Setelah lebih lima dekad kemerdekaan negara dan hampir lima dasawarsa pembentukan Malaysia, kita dapati bahawa, pengalaman, kematangan serta kebijaksanaan rakyat negara ini dalam memilih kerajaan demi menentukan halatuju masa depan yang mereka dambakan tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun jua.

14. Bahkan, saya sering mengutarakan bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya dan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah melewati tempohnya. Revolusi dalam bidang teknologi maklumat, kemajuan komunikasi dan kecanggihan pengangkutan telah membuka persaingan serta perbandingan secara meluas lagi dinamik dalam pasaran idea.

15. Kontemporari ini, taraf serta akses rakyat kepada semua peringkat pendidikan semakin meluas seiring dengan korpus pengetahuan yang dimiliki. Disamping itu, pertumbuhan ekonomi yang mapan, pengurangan kadar kemiskinan dan inisiatif kejuruteraan sosial serta keberkesanannya, telah berjaya meningkatkan taraf hidup serta mewujudkan kelas menengah yang besar. Mutakhir pula, keutamaan kehendak dan keperluan rakyat Malaysia telah mengalami perubahan yang besar berbanding empat atau lima dekad yang lalu.

16. Melangkah lebih jauh, mentadbir negara yang terzahir dari saat kemerdekaan dikudratkan oleh kehendak rakyat, kerajaan kini akan terus komited menjunjung sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, kedaulatan undang-undang, falsafah persekutuan serta prinsip imbang dan periksa di antara ketiga-tiga cabang kerajaan.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

17. Sebagai yang ramai maklum bahawa, kecuali darurat akibat konfrontasi tahun 1964, yang telah dibatalkan secara tersirat, kesemua proklamasi darurat lain yang telah diisytiharkan sebelum ini, masih dianggap berkuatkuasa sehingga hari ini. Justeru, menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, merasai denyut nadi, resah gelisah dan aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya, di mana, pendapat, idea dan kebimbangan massa lebih diberi perhatian, agar dapatlah kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sistem demokrasi lain di dunia yang berasaskan falsafah universal dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat, maka, kerajaan kini, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen dengan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya. Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

18. Dalam menyusun atur peradaban bernegara bagi menghadapi keadaan luarbiasa yang mengancam keselamatan tanahair dan kesejahteraan rakyat, tidak dapat tidak, menuntut kepada langkah-langkah khas yang kadangkala, bersifat di luar norma demokratik. Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan. Sesungguhnya, kebijaksanaan menangani keganasan memerlukan kita mencegah perlakuan itu, sebelum kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa, harta benda atau menatijahkan apa-apa kecederaan. Ini merupakan satu kebenaran yang bersifat global dan diterima ramai.

19. Dari perspektif undang-undang Islam pula, ia terangkum jelas dalam Maqasid Syariah yang berobjektif melindungi lima perkara utama yakni; pertama: agama, kedua: nyawa, ketiga: akal, keempat: keturunan dan maruah serta kelima: harta benda. Bahkan prinsip Usul Fiqah banyak membicarakan tentang perlunya disekat lebih awal sesuatu kemungkaran itu, sebelum ia berlaku. Manakala satu prinsip menyatakan bahawa, keputusan pemerintah adalah satu amanah yang perlu dibuat bagi pihak yang diperintah atas kepentingan maslahah ramai.

20. Ini bukanlah ehwal yang pelik, tidak lazim atau asing. Terbukti, negara-negara demokrasi yang maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom juga telah menggubal rangka perundangan khas bagi menangani ancaman pengganas pasca tragedi 11 September.
21. Pucuk pangkalnya, perseimbangan serta perimbangan yang harus ada bagi sebuah demokrasi moden adalah, diantara keselamatan nasional dan kebebasan individu. Itulah tugas dan tanggungjawab sebuah kerajaan yang matlamat tertingginya, menjunjung kebajikan serta kesejahteraan rakyat untuk mencari keseimbangan yang betul ini.

22. Misalnya, kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian. Sebagai contoh mudah yang lain, kerajaan turut bertanggungjawab untuk menghalang jeritan palsu tentang bom dalam sebuah stadium yang penuh sesak. Ini kerana, kebebasan luar kawal sebegitu, akan hanya menimbulkan panik yang boleh membawa kepada kecederaan dan kehilangan nyawa.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

23. Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.

24. Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

25. Di atas segalanya, Kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.

26. Di sudut lain, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi.

27. Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.

28. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan


Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

29. Sebagai sebuah negara, Malaysia dan seluruh warganya kini berada di persimpangan jalan. Pilihan yang kita putuskan hari ini akan menentukan nasib serta mencorakkan rupabentuk Malaysia pada masa hadapan, tanah air yang akan kita wariskan kepada anak-anak kita dan generasi mendatang. Persoalannya, mampukah kita melampaui dan mencabar wasangka lazim bahawa rakyat Malaysia daripada latarbelakang yang majmuk, status sosioekonomi berbeza dan fahaman politik pelbagai, secara iradat manusiawinya, tiba kepada konsensus untuk tidak tunduk menyerah kepada sekam kebencian dan kecurigaan yang pastinya mengheret kita ke lembah kehinaan. Sebaliknya, ayuhlah kita bersama mendaya sebuah masa depan yang sarat dengan harapan dan kemuliaan.

30. Yakinlah bahawa, ia satu kekuatan bukan satu kelemahan untuk kita meletakkan kepercayaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia membuat pilihan dalam mencorakkan hala tuju masa depan mereka sendiri. Jika kita menganggap ia satu kesilapan maka, apakah maknanya pencapaian kita hari ini, apakah gunanya kita merancang pembangunan negara degan begitu tersusun semenjak merdeka, apakah gunanya kita membelanjakan sebahagian besar khazanah negara setiap tahun untuk memberikan akses pendidikan berkualiti kepada semua rakyat, membebaskan warga daripada cengkaman kemiskinan, membina

infrastruktur fizikal serta teknologi komunikasi maklumat yang berkelas dunia?

31. Jawapannya sangat jelas yakni, langkah-langkah yang saya umumkan sebentar tadi tidak lain tidak bukan adalah inisiatif awal transformasi politik secara tertib lagi berhemah. Ia berdiri sebagai pelengkap amat penting serta perlu kepada insiatif-inisiatif transformasi bidang ekonomi dan penyampaian awam yang pihak kerajaan telah rangka dan laksanakan semenjak lebih dua tahun kebelakangan dalam usaha menuju sebuah negara moden dan progresif.

32. Pastinya, masa bukan terlalu awal mahupun terlalu lewat, akan tetapi inilah kala paling sesuai serta waktu paling tepat untuk perhitungan-perhitungan besar sedemikian diambil dan dilancarkan. Kita maklum, walaupun bagi pendapat sesetengah pihak ia penuh berisiko, kita akan melakukannya demi survival, setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, dan hampir lima dekad Malaysia terbentuk. Lantaran kita di ambang pedati yang sedang berpacu deras untuk sampai ke destinasi sebagai sebuah negara maju sepenuhnya.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

33. Akhir kalam, saya ingin tegaskan bahawa tanpa syak dan tanpa ragu-ragu lagi, Malaysia yang kita impikan bersama dan sedang kita cipta ini adalah Malaysia yang mengamalkan demokrasi berfungsi dan inklusif di mana keamanan dan ketenteraman awam dipelihara selaras dengan roh ketertinggian Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, penghormatan kepada hak asasi manusia dan hak-hak individu.

Demi Malaysia, bertawakallah semua dan kepada Tuhan kita berserah.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.
Pejabat Perdana Menteri
Putrajaya
15 September 2011

Saturday, September 10, 2011

NIK AZIZ TERNYATA GAGAL

KERANA SIBUK BERPOLITIK DAN SUKA MEMBURUKKAN UMNO - ROGOL KIAN MENINGKAT DI KELANTAN...

JALAN CHE SU – Negeri Serambi Mekah,Kelantan yang sebelum ini dibanggakan Pas sebagai negeri membangun dengan Islam dicemari dengan insiden rogol yang meningkat.

Malahan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan exconya berbangga telah membawa konsep Islam di negeri itu yang dapat dilihat secara zahir seperti menguatkuasakan pemakaian tudung, menghalang riba dan menutup pusat hiburan.

Namun bagi pembangunan rohani konsep membangun bersama Islam Pas gagal kerana jenayah semakin banyak berlaku dan berleluasa di Kelantan, kata seorang aktivis sosial Wan Rahaman Ibrahim.

“Masalah sosial seperti jenayah rogol kian berleluasa di negeri ini kerana rendahnya nilai moral masyarakat akibat faktor kemiskinan dan menangani kemiskinan adalah tanggungjawab kerajaan negeri,” katanya kepada khabar kota bharu.

Beliau berkata menurut dalil dalam hadith dan Quran, manusia akan menjadi kufur jika kemiskinan berleluasa dalam masyarakat.

“Kita lihat betapa Pas gagal meningkatkan ekonomi negeri dengan 200,000 orang muda Kelantan terpaksa berhijrah ke luar negeri mencari pekerjaan kerana tiada infrastruktur yang memangkin pembangunan ekonomi serta membuka peluang pekerjaan baru,” katanya.

Katanya, apa yang Pas banggakan hanya luaran sahaja ibarat seorang lelaki memakai baju hijau cantik tetapi dalam hatinya amatlah busuk, penuh dengan kerosakan moral.

Sebelum ini Kelantan mencatatkan peningkatan mendadak bilangan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun dalam musim perayaan ini terutamanya sejak dua minggu lalu.

Lebih malang dalam kebanyakan kes, mangsa dirogol secara bergilir-gilir.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas 1 Syawal lalu jenayah itu bertambah mendadak.

Beliau yang bimbang jenayah rogol secara bergilir-gilir menjadi trend terkini remaja di negeri itu bagaimanapun tidak menyatakan bilangan kes dalam tempoh itu.

“Walaupun kes dicatatkan masih rendah iaitu 197 sepanjang lapan bulan pertama tahun ini berbanding 206 kes dalam tempoh sama tahun lalu, tetapi ia meningkat dalam tempoh dua minggu lalu,” katanya.

Mazlan sehubungan itu berharap ibu bapa dan penjaga tidak membenarkan anak gadis mereka sewenang-wenangnya keluar bersama teman lelaki.

“Mungkin sempena musim perayaan, ibu bapa beri kelonggaran untuk anak gadis mereka keluar berjumpa teman lelaki,” katanya.

Friday, September 9, 2011

PM MINTA CUKAI 6% OLEH SYARIKAT TELEKOMUNIKASI PERLU DIKAJI SEMULA


KUALA LUMPUR, 9 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.

Najib berkata keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas dari pengguna.Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.

“Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas dari orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.

Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.”

“Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat,” katanya selepas melancarkan logo baharu Maybank di Menara Maybank di sini hari ini.

Najib berkata kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6.0 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.

“Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri,” katanya.

Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, mengulas satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi hari ini yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan.

Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.
sumber : http://sejarahmelayu.blogspot.com/


BILIK 121 - NO2 DALAM PAS, 21 OGOS RESTU PERJUANGAN KOMUNIS ...

PAS TIDAK BERJUANG DAN PERJUANG ISLAM


BERJUANG HANYA UNTOK MENIPU RAKYAT PENUH POKET!
Semenjak pas menukar landasan perjuangan mereka lagi ketara pula kita dengar pemimpin pas mempertahankan kafir DAP berkaitan dengan islam. Hukum Islam pada pemimpin pas boleh diubah mengikut kesesuaian masa dan keadaan asalkan boleh menguntongkan politik mereka. Kalau masa dulu2 kita masih ingat pas terlalu anti dengan kaum bukan islam sehinggakan MCA dan MIC dalam komponen BN pun menghalalkan bagi mereka menuduh Umno kafir.

Islam bukan untok pas, islam untok semua. Ramai rakyat menjadi keliru tentang islam bila mendengar ceramah2 politik pemimpin pas. Sehinggakan wujudnya sembanhyang dua iman, dan keluarga berceraiberai kerana berlainan fahaman politik. Sekarang pemimpin pas tidak bercakap lagi tentang isu ini sebab pas sekarang sudah bersama DAP, perjuangan asal mereka pun sudah diubah ke negara berkebajikan sekaligus menyinkir pemimpin2 yang tidak sehaluan dengan DAP dan Anwar.

Melalui ceramah2 mereka apa yang mereka mahu sudah dapat, bagi mereka melayu dan islam dalam Umno ramai sudah terpengaroh dengan ceramah2 yang mereka sampaikan. Perkara ini terbukti dalam PRU12 lepas dimana ramai melayu dan islam memberi undi kepada DAP dan PKR atas arahan pas.

Bagi mereka majoroti melayu di negara ini sudah ramai lari dari Umno dan memberi sokongan kepada pas, DAP dan PKR. Maka tugas mereka sekarang dalam memperkuatkan barisan dalam pakatan untok menawan Putera Jaya adalah tidak lain dan tidak bukan beralih pula kerah bagaimana mahu menarik undi kaum bukan islam di negara ini menjelang PRU13.

Kalau sebelum PRU12 pas sanggup memecahbelahkan umat islam di negara ini demi mendapat pengaroh politik maka selepas PRU12 pula pas sanggup mengadai dan menjual agama kepada kaum bukan islam demi mendapat pengaroh politik mereka. Ini terbukti Pas tetap menyokong apa sahaja asalkan menguntongkan mereka dan pakatan mereka.

Pas tetap mempertahankan kaum bukan islam dalam penggunaan kalimah Allah, pas terpaksa memburukkan peranan SPR walaupun terpaksa berbohong dalam bulan puasa, pas terpaksa menyokong usaha2 BERSIH walaupun sudah jelas Ambiga berperanan mermurtadkan orang melayu di negara ini, Pas juga terpaksa dibelakang DAP dalam mempertahankan isu2 yang dibangkitkan waima bersabit dengan islam sekali pun. Pas juga terpaksa menyokong usaha2 komunis terdahulu dan mempertikaikan perjuang2 kemerdekaan yang lain seperti yang dikatakan oleh timbalan presiden mereka Mat Sabu.

Namun rakyat di negara ini masih ramai lagi dapat berfikir dan menilai dengan baik walaupun pemimpin dalam Pas DAP dan PKR bersepakat dan sanggup melakukan sedemikian rupa terpaksa menipu dan berbohong kepada rakyat semata2 mahu menjatuhkan kerajaan yang sedia ada yang sudah pun sekian lama terbukti mentadbir negara dengan baik dan memberi keamanan kepada rakyat.

Rakyat sudah faham mainan politik pembangkang. Nik Aziz yang sebelum ini dijulang2 sebagai Ulama dan Tok Guru oleh golongan mereka sendiri tetapi kini sudah tidak menghormati Nik Aziz. Ramai penyokong2 pas peringkat bawahan sudah meluat dan bertindak keluar parti bagi memprotes tindakan kurang waras dari Nik Aziz dan Mat Sabu dalam isu komunis. Mereka sebelum ini tidak diberi fahaman dengan jelas tetapi kini mereka sudah tahu pas sekarang tidak seperti pas sebelum Nik Aziz. Pas sekarang menyokong usaha kafir DAP. Kenyataan2 dari Nik Aziz pula kian melampau dan telah menyentuh sensitiviti rakyat terutama yang berkaitan dengan islam.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..