Friday, January 20, 2012

MALU BESAR PAS TAHUN 2012


TANDA-TANDA KEHANCURAN PAS MENJELANG PRU13 - KEPIAH PAS SELANGOR SDH DITUKAR DENGAN TOPI!...

Walaupun penulis agak sibuk dengan tugasan, namun penulis juga sentiasa bersiap sedia dan tdk pernah ketinggalan mengikuti perkembangan politik semasa tanah air.Bagi penulis tiada kompromi berkaitan dengan islam, bangsa dan negara jika ianya dikianati, tidak kira angkara siapa dan dari parti mana.

Siapa tidak kenal Hassan Ali orang2 pas di Selangor sdh tentulah lebih kenal, tetapi Hassan Ali tidaklah sehebat orang pas kenal Nik Aziz, orang PKR kenal Anwar Ibrahim dan orang2 DAP kenal Karpal Singh.

Nik Aziz mashyur bukan kerana pas berjaya membina beratus2 masjid, bukan juga kerana pas berjaya mengurangkan kadar maksiat dan jenayah di Kelantan sebaliknya Nik Aziz lebih dijulang oleh pengikutnya kerana kelantangan suaranya menghentam sesama islam dalam umno, melalui doa pecah perutnya keatas pemimpin2 kerajaan dibawah pimpinan DS Najib dan terbaru pembohongannya yang menyatakan bahawa Hassan Ali telah menarik balik kenyataannya.

Anwar juga mashyur bukan kerana berjaya menarik ramai pelabur luar melabur di negara ini semasa berjawatan TPM, bukan juga kerana Anwar berjaya mengukuhkan ekonomi rakyat di zaman Tun Mahadhir menjadi PM sebaliknya Anwar lebih diangkat dan dijulang oleh pengikutnya kerana terlibat dengan pertuduhan liwat, sex cina doll.

Manakala kebelakangan ini orang lebih kenal Hassan Ali kerana langkah dan melalui kenyataan nya mempertahankan agama, bangsa dan intitusi raja di negara ini. Seperti kita sedia maklum ketika diawal umat islam yang lepas kita semua di kejutkan isu DUMC dimana cubaan memurtad orang melayu dan berbuka puasa di gereja. Isu terbaru pula kerana Hassan Ali menegur perjuangan Pas yang sudah jauh menyeleweng dari islam sebenar.

Apa pun penulis ucap tahniah kpd Khalid Ibrahim kerana berjaya melantik dirinya memegang fortfolio agama di Selangor juga kpd Dr Ahmad Yunus kerana mengganti tempat Hassan Ali walaupun tidak dari parti pas, juga tahniah kepada Dr Abdul Rani kerana sanggup berkorban memberi jawatan dan kouta kpd PKR. Jelas kpd kita langkah diakukan sesuai dengan perubahan pd dasar pas dari islam kepada kebajikan dimana berkebajikan jawatan kepada PR.

Pada hari ini pas sdh berkebajikan isu agama, kopiah pas sudah ditukar kpd topi di Selangor. Fortfolio agama tidak penting lagi kpd pas, mereka hanya lebih suka kpd fortfolio fitnah memfitnah dan buruk memburuk sesama islam di kedai2 kopi, fb, twiter dan tdk kira dimana2 janji Umno jatuh tersungkur digantikan dengan DAP yang menjadi tunggak kekuatan dalam PR. Pas sanggup ikut dan berkorban apa sahaja dgn DAP asalkan dapat menubuh negara berkebajikan yang mereka sama2 idam kononnya.

Renong sejenak...

"Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.


Kita dengar Khalid Ibrahim baca khutbah nanti...Nik Aziz berkata ia tidak mahu mancampori urusan islam di Selangor tapi urusan Haji Hadi jumpa Tun Pak Lah berkaitan UG cepat2 pula Nik Aziz jawab katanya Hj Hadi nak dakwah Tun Pak Lah hehe...

Thursday, January 12, 2012

HAJI HADI TAK SERUPA DENGAN HASSAN ALI...?


KOTA BHARU 11 Jan. - Majlis Syura Pas yang diketuai oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya memecat presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Abdul Hadi telah datang ke kediaman rasmi Perdana Menteri untuk membincangkan perkara tersebut dan bersetuju membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan bagaimanapun berkata, rancangan itu tidak menjadi kenyataan kerana ditentang oleh Nik Abdul Aziz dan beberapa pemimpin lain dalam Pas.

"Abdul Hadi bersetuju untuk tubuh kerajaan perpaduan. Saya tahu kerana pada ketika itu saya adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, malah saya terlibat secara langsung bertemu dengan beberapa pemimpin Pas untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

"Kalau bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dipecat maka Nik Abdul Aziz sewajarnya memecat Abdul Hadi kerana membelakangi parti. Nik Abdul Aziz adalah Mursyidul Am Pas yang mengetuai Majlis Syura dan kedudukannya lebih tinggi daripada Abdul Hadi.

"Sebab itu saya melihat tindakan Pas pecat Hasan tidak mengikut syariat tetapi mengikut kepentingan parti selepas ditekan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Baucar Buku 1Malaysia kepada pelajar institusi pengajian tinggi di Politeknik Kota Bharu di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Pas memecat Hasan kerana mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar parti itu.

Kontroversi membabitkan Hasan bermula apabila dia bersetuju dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan terhadap sebuah gereja di Damansara tahun lalu yang disyaki memurtadkan beberapa orang Islam.

Hasan menjadi tumpuan lagi apabila mempertikaikan perubahan dasar perjuangan Pas daripada negara Islam kepada negara berkebajikan.

Kelantangan Hasan dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan agama Islam telah mengundang rasa tidak senang DAP serta beberapa pemimpin tertinggi PKR sehingga ada yang menganggap beliau sebagai 'duri dalam daging' kepada pakatan pembangkang.

Hasan sekali lagi menjadi perhatian apabila tidak menyokong perhimpunan Bebaskan Anwar 901 kelmarin dan menyarankan orang ramai khususnya mahasiswa tidak menyertainya.

Kenyataan tersebut mengundang kemarahan PKR selaku penganjur perhimpunan sehingga Timbalan Presidennya, Azmin Ali menggesa Pas mengambil tindakan terhadap Hasan.

Md. Alwi yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata, Hasan perlu dipertahankan supaya beliau dapat meneruskan agenda menegakkan Islam, Melayu dan mempertahankan institusi kesultanan Melayu.

"Pas pecat Hasan kerana perbuatan mencegah nahi mungkar. Orang macam Hasan patut dipertahankan bukannya terus pecat serta merta, tetapi disebabkan DAP dan PKR, Hasan dipecat.

"Pas adalah parti 'remote control'. Pas tidak perjuangkan Islam, disebabkan itu Nik Abdul Aziz buat keputusan pecat Hasan. Bohong kalau dia letak Islam di depan," katanya.

Monday, January 9, 2012

APA KEPUTUSAN LIWAT 901? - KETENANGAN TETAP MILIK SAIFUL

LANGSUNG DARI MAHKAMAH:

1 -8.30 pagi,sekitar 4,000 penyokong Anwar kumpul depan Mahkamah Tinggi KL.Langgar syarat2 polis spt bawa spanduk dll.Keadaan terkawal.

2 - Anwar sampai mahkamah,berjalan masuk dari luar pagar jam 8.35 pg tadi salam dan melambai penyokong. Depa memekak reformasi dan lain-lain.

3 - Berdasarkan maklumat polis, sehingga jam 9.00 pagi, jumlah kehadiran peserta perhimpunan 901 4,500 orang.

LIWAT 4 -Berbagai pelanggaran syarat dikesan di sekitar tapak perhimpunan 901, termasuk membawa kanak-kanak, mengibarkan bendera parti politik, pengucapan awam, membuat bising dan lain-lain oleh penyokong Anwar.

5 - Macam sardin.. itulah suasana di dalam kamar mahkamah dipenuhi oleh 150 orang dengan 47 wartawan dan pemerhati. Semua tempat penuh. Anak sulung Anwar Nurul Izzah berdiri bersama beberapa yang lain. Turut kelihatan pemimpin PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, pemimpin PKR Azmin Ali, Datuk Chua Jui Meng, pemimpin DAP Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, Sasterawan A Samad Said, bekas Presiden majlis Peguam Datuk S Ambiga juga bekas menteri kabinet Datuk Kadir Sheikh Fadzir.

6 - ANWAR BEBAS.... Hakim umum keputusan ANWAR TIDAK BERSALAH.

Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah berkata bukti tak 100 peratus tunjuk liwat berlaku dan tidak selamat keputusan dibuat berdasarkan DNA yang tidak jelas. Lima minit baca keputusan.

Lain2 berita seterusnya...

Wednesday, January 4, 2012

HUDUD SEKADAR MENCARI RUANG UNDI UNTOK PAS

Temubual Akhbar Cina, Sahihlah Sudah Hudud Tidak Akan Dilaksanakan...

HALAMAN 3 akhbar Nanyang Siang Pau hari ini menjadi medan Anwar melepaskan geramnya kepada banyak pihak termasuk UMNO dan Raja Petra Kamarudin (RPK) – dipercayai antara interview eksklusif terakhir sebelum Anwar kembali menjadi warga Sungai Buloh.

Penulis sebenarnya tidak sampai hati nak menyatakan satu persatu apa yang dikatakan Anwar tapi percayalah, dia banyak merapu daripada memberikan fakta. Tapi yang nyata Anwar memberikan keyakinan kepada akhbar tersebut akan beberapa perkara, antaranya yang dia sudah bersedia masuk penjara dan hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia walaupun Pakatan memerintah.

Penulis ‘reserved’ keyakinan Anwar yang pertama sehingga 9 Januari nanti dan menumpukan kepada ‘keyakinan’ yang kedua iaitu hudud dalam coretan kedua hari ini.

Tentunya pengakuan Anwar ini bakal mematahkan lagi hajat PAS untuk memanjangkan soal hudud ini sehingga menjadi undang-undang di Kelantan mahupun Malaysia. Sudah banyak digebang 2 ke 3 bulan kebelakangan ini yang PAS akan tetap melaksanakan hudud di Kelantan jika Pakatan Rakyat berjaya menakluk Putrajaya (mintak jauh).

Rakyat yang mendapat tahu tentang temubual eksklusif Anwar ini sudah tentu akan tertanya-tanya, mana satu yang betul? Anwar punya atau Nik Aziz punya (cakap)? Yang penting ada di antara 2 ekor ini yang menipu, cuma nak ditentukan yang mana satu.

Mungkin Anwar ingat tidak ada orang Melayu yang membaca akhbar cina tapi disitulah Anwar silap. Generasi hari ini bukan tersekat oleh satu bahasa sahaja malah banyak bahasa juga. Bahkan sudah ada pepatah mengatakan “kalau nak tahu Anwar cakap betul tentang Melayu dan Islam dibawah Pakatan, bacalah akhbar cina”.

Kembali semula kepada temubual eksklusif tadi.

Penulis tidak langsung menipu ataupun berniat menipu pembaca. Dapatkanlah naskah NanYang Siang Pau hari ini daripada sesiapa yang diketahui ada membelinya dan selak sendiri laman 3 itu untuk memastikan kebenaran yang penulis katakan.

Kesimpulan penulis, Anwar tanpa sedar sebenarnya sedang ‘membunuh’ PAS dari dalam dengan tidak langsung membantu retorik politik mengenai hudud yang sedang hebat berlangsung sekarang.

Sejak ditentang oleh pihak dalamannya sendiri kerana menukar konsep negara Islam kepada negara Kebajikan, PAS cuba menipu pengikutnya dengan memberi harapan palsu yang hudud akan dilaksanakan (tapi di Kelantan sahaja) bila Pakatan Rakyat memerintah nanti.

Sepatutnya Anwar menyokong pembohongan ini tapi malangnya Anwar ada keutamaannya sendiri iaitu DAP. Justeru, tidak mungkin Anwar akan turut serta dalam isu mengenai hudud ini walaupun tahu ia hanya taktik PAS untuk membohongkan penganutnya sehingga pilihanraya umum akan datang selesai.

Mykmu