Friday, November 30, 2012
Friday, November 23, 2012
DOA HANCUR SESAMA ISLAM : ADIK KURANG WARAS ATAU KARPAL SUDAH BERJAYA MENG DAP FIKIRAN NIK AZIZ ?...
ISLAM terus menjadi mainan Pas. Parti itu semakin lama semakin tegar mempolitikkan agama demi matlamat mereka membantu DAP dan PKR ke Putrajaya. Semakin dikecam masyarakat, semakin galak Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pengikut-pengikutnya memanipulasikan agama.
Kali inI, Pas meminta doa agar Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN sebagaimana Allah memusnahkan Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat, sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu, beberapa hari lepas.
Doa yang diketuai Nik Razi Nik Mat, iaitu adik kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mendakwa UMNO dan BN telah bertindak zalim kepada agama Islam, rakyat serta negeri Kelantan meskipun Malaysia diiktiraf negara Islam paling maju dan komprehensif di bawah pentadbiran kerajaan sekarang. Berikut adalah teks doa tersebut;
Hasbunallah wa ni'mal wakil (diulang tujuh kali). Ya Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya (diulang empat kali)..kuburkanlah UMNO dan Barisan Nasional (BN) (diulang tiga kali) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini. Kezaliman UMNO dan BN 50 tahun lebih kepada agama Mu, hamba Mu dan kepada negeri kami ini.
Ya Allah...Engkau mengetahui tentang hal kami. Kami berkumpul di tempat yang penuh berkat di mana engkau mengetahui tentang hal kami. Kami hamba-hamba Mu Ya Allah...Datang dari jauh dan dekat, berkumpul di tempat yang berkat, di malam yang berkat.
Ya Allah...Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami (diulang empat kali) melalui perhimpunan munajat kami Ya Allah. Kami hamba-hamba Mu Ya Allah. Sekiranya Kamu mengampuni dosa-dosa kami Ya Allah. Kamu Tuhan maha pengampun lagi maha kasih sayang.
Ya Allah...Kuatkanlah iman kami, murahkanlah rezeki kami, amankanlah rumah tangga, negeri dan negara kami, cemerlangkanlah anak-anak kami. Anak-anak kami adalah amanah daripada Mu Ya Allah. Berilah mereka berjaya di dunia dan akirat nanti, berilah mereka berjaya untuk menolong sunah Nabi Muhammad S.A.W.
Ya Allah...hukumlah UMNO. Ya Allah... Hukumkanlah UMNO dan BN. Ko! BN, Ko! BN, BN Ko!, Ko! BN, BN Ko!, BN Ko!, BN Ko! dalam PRU-13 ini Ya Allah. Mudah-mudahan dalam perjalanan kami ke Putrjaya Ya Allah dengan begitu sekali mudah dengan pertolongan Mu Ya Allah.
Kalaulah Kamu pernah tenggelamkan firaun di dalam laut. Kamu telah izinkan bumi Mu telan Qarun. Ya Allah...Kamu telah laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu bagi menjahanamkan UMNO dan BN dalam PRU-13.
Tidak larat kami nak lihat anak-anak kami dalam suasana yang tidak selamat di dalam dan luar rumah dengan ragut, rogol, bunuh, bakar, cincang manusia dan begitu juga dengan bermacam-macam jenayah dan begitu juga dengan bermacam-macam rasuah.
Ya Allah...Habislah negara kami ini dijual oleh UMNO. Singapura dah habis Ya Allah, Pulau Batu Putih dan Tanjung Pagar. Ya Allah...Hancurkan UMNO tumbangkan BN
Rasulullah wa’alaa saidina muhammad wa’alaa alihi wasabi hi wasalam walhamdullillah hirabil aalamin. Allahhuakbar (diulang tiga kali).