Followers

Saturday, May 26, 2012

JUARA KLU KLEK-DIA KATA...DIA JAWAB LEPAS TU DIA REKA-REKALAH CERITA

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akur dengan pendirian Pas Pusat yang memutuskan tidak akan bermuzakarah dengan Umno.

Sehubungan itu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau menarik balik hasrat untuk bermuzakarah kerana wujud terlalu banyak pandangan yang bercanggah.

"Tak usah, tak usah, kita berjemaah ni kena turut tok imam," kata beliau selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Pada 16 Mei lalu, Nik Abdul Aziz berkata, Pas sentiasa  bersikap pintu terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno.

Malah katanya, beliau bersetuju jika ia muzakarah dengan Umno dalam masa terdekat untuk menyelesaikan pelbagai isu, namun bergantung kepada parti berkenaan untuk merealisasikan hasrat tersebut.

“Muzakarah adalah fitrah manusia untuk menyelesaikan sesuatu perkara dan saya sendiri mengamalkan sejak dulu lagi, saya bersetuju jika ia diadakan dengan (dengan Umno),” katanya.

Dua hari lalu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau tetap mahu mengadakan muzakarah dengan Umno meskipun tidak mendapat persetujuan ahli jawatankuasa tertinggi parti termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pertemuan itu penting  bagi menentukan hala tuju dan matlamat perjuangannya untuk menegakkan syiar Islam.

“Ini keputusan saya dan tidak ada kena-mengena dengan orang lain, jadi saya tak kisah walau ada yang tidak bersetuju. Kita mesti letak syarat bagi menjelaskan maksud sebenar kita mengadakan muzakarah,” katanya.

Dua hari sebelum itu, Abdul Hadi mengumumkan bahawa tidak akan ada muzakarah dengan Umno dalam masa terdekat kecuali dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Sinar

HBN 2012 : APAKATA NIK AZIZ DENGAN KENYATAAN YB INI?

Sunday, May 13, 2012

BERSIH 3.0 - KENAPA NIK AZIZ BERLAWANAN DENGAN MAJLIS FATWA?

Nik Aziz bukan setakat menyokong huimpunan Bersih 3.0 tetapi beliau juga menyediakan duit poket sendiri untok perbelanjaan kepada peserta yang hadir ke himpunan tersebut. Beberapa jam sahaja selepas himpunan tersebut  diadakan  beliau telah membuat kenyataan sedemikian dengan megahnya dan bila diadu soalan kepada beberapa peserta yang hadir dari tajaan Nik Aziz tersebut ia mengatakan kedatangannya mengikut Nik Aziz adalah kerana wajib.

Baca sini...

HATI-HATI PERTIKAI PANDANGAN MAJLIS FATWA-MUFTI

PEKAN 13 Mei – Tindakan mempertikaikan fatwa mengharamkan rusuhan jalanan seperti Bersih 3.0 dilihat seperti menidakkan sumber hukum termasuk ayat al-Quran yang menjadi rujukan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, keputusan berkenaan dibuat setelah perbincangan menyeluruh para ulama dalam jawatankuasa tersebut berdasarkan sumber hukum yang mengharamkan perbuatan menghuru-harakan negara.

“Fatwa yang diberikan dibuat kajian terlebih dahulu kemudian dibincangkan di kalangan ulama yang dilantik termasuk pakar universiti dengan merujuk ayat-ayat al-Quran dan hadis. Kalau kita menidakkan keputusan ini bererti kita menidakkan al-Quran, hadis dan syariat itu sendiri.

“Seolah-olah kita cuba untuk meragukan umat tentang pandangan ulama iaitu mufti dalam kes ini. Makna sekarang orang tak percaya kepada mufti dan mereka yang sebarkan keraguan kepada mufti itu akhirnya akan menyebabkan orang tak akan hormat pada agama,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Friday, May 11, 2012

TUNGGAK PAKATAN RAKYAT ADALAH DAP



DAP anggap PAS tiada hak cakap bagi pihak pakatan pembangkang isu hudud
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang tidak berhak bercakap bagi pihak pakatan pembangkang dengan menyatakan pembangkang akan melaksanakan hukum hudud jika memerintah negara.
Pengerusi DAP, Karpal Singh juga berkata, Hadi memang selalu berdolak-dalik dengan membuat kenyataan retorik tanpa sebarang justifikasi.
Saya berharap Hadi berhenti daripada membuat kenyataan yang akan menjejaskan prospek pakatan untuk membentuk kerajaan dan memenangi lebih daripada lima negeri yang dimenangi pada pilihan raya lalu. - Karpal Singh, Pengerusi DAP
“Adalah dikesali, Hadi kebelakangan ini membuat kenyataan yang kemudian ditarik balik. Baru-baru ini, beliau berkata Perlembagaan Persekutuan akan dipinda untuk menggantikan Islam sebagai agama rasmi dengan Addin, walaupun Perlembagaan secara khusus memasukkan Islam sebagai agama rasmi.

“Kemudian beliau menyatakan tidak membuat cadangan sedemikian. Saya berharap Hadi berhenti daripada membuat kenyataan yang akan menjejaskan prospek pakatan untuk membentuk kerajaan dan memenangi lebih daripada lima negeri yang dimenangi pada pilihan raya lalu,” katanya dalam kenyataan akhbar, semalam.

Karpal juga mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Akhbar semalam melaporkan Hadi sebagai berkata jika pakatan pembangkang memerintah negara, hukum hudud hanya akan dilaksanakan apabila masalah pengangguran dan kemiskinan diselesaikan, serta penetapan gaji minimum dilaksanakan.
Beliau juga mendakwa ia sudah dibincangkan dengan DAP dan PAS tetap akan melaksanakannya walaupun tidak dipersetujui oleh sekutunya itu.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika diminta mengulas, berkata Karpal tidak perlu campur tangan dan bimbang kerana undang-undang hudud tidak membabitkan bukan Islam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang tidak bersetuju dengan kenyataan Hadi mengenai masalah pengangguran dan kemiskinan di Malaysia.

Beliau berkata, masalah pengangguran dan kemiskinan tidak ada kaitan untuk menangguhkan hukum hudud kerana rakyat tidak menghadapi kebuluran sehingga menyebabkan mereka terpaksa mencuri untuk hidup kerana sumber rezeki amat luas di Malaysia.

Katanya, kebanyakan kes mencuri di Malaysia berlaku atas keinginan pelaku untuk hidup mewah dan mengikut nafsu, manakala kebanyakan masalah pengangguran berpunca daripada sikap malas berusaha dan memilih kerja.

“Tidak ada halangan untuk PAS melaksanakan hukum hudud. Dalam soal ini, tidak perlu berdolak-dalih, seolah-olah sengaja hendak meraih undi,” katanya.

Seorang lagi pengamal undang-undang syariah, Mohamad Isa Abd Ralip, menyifatkan kenyataan Hadi tidak berasas sama sekali kerana Malaysia negara yang makmur sehingga dijadikan lubuk emas oleh ramai pendatang asing. 
Berita Harian 













Monday, May 7, 2012

HIMPUNAN BERSIH 3.0 ARAB SAUDI - KERANA NILA SETITIK RUSAK SUSU SEBELANGGA


Rakyat Malaysia akan menghadapi kesulitan dan tiada lagi layanan istimewa yang bakal diterima selepas ini apabila mahu ke Mekah atau Madinah! Ia berikutan dengan tindakan segelintir rakyat negara ini yang telah berjaya memalukan dan mencalar imej Malaysia di Arab Saudi baru-baru ini!

Pihak berkuasa Arab Saudi telah melancarkan gerakan mengesan sekumpulan rakyat Malaysia yang menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 28 April lalu.

Menurut sumber yang rapat dengan kerajaan negara itu, agensi risikan Arab Saudi juga sedang memburu dua pemimpin politik pembangkang Malaysia kerana disyaki menjadi dalang perhimpunan berkenaan yang diadakan di Restoran D’ Saji, Hotel As-Safwah berhampiran Masjidilharam.

‘‘Peserta perhimpunan tersebut dikehendaki pihak berkuasa di sana kerana mereka dipercayai menyampaikan ucapan dengan tujuan menghasut rakyat Arab Saudi menyertai gelombang ‘Arab Spring’ dan bangkit menentang pemerintah.

‘‘Segala tindak-tanduk ahli-ahli kumpulan yang memakai baju berwarna kuning sambil memegang kain rentang menyokong Bersih 3.0 diketahui pihak berkuasa Arab Saudi menerusi rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi perhimpunan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.


Sementara itu, Penasihat dan Koordinator Kerajaan Negeri Terengganu untuk penerbangan terus dari Terengganu ke Mekah dan Madinah, Abu Backer Sidek, memberitahu, beliau yang berada di Mekah pada 28 April lalu sempat menyaksikan gelagat memalukan peserta perhimpunan Bersih 3.0 terbabit.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, mereka dilihat berhimpun selama sejam bagi menyatakan sokongan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 selepas menunaikan solat zuhur.

Menurutnya, perbuatan mereka itu boleh menjejaskan hubungan diplomatik dan kerjasama yang telah sekian lama terjalin erat antara Malaysia dan Arab Saudi.

‘‘Saya diberitahu kerajaan Arab Saudi mungkin akan memperketatkan prosedur kemasukan jemaah haji dan umrah dari Malaysia susulan insiden tersebut.

‘‘Sekiranya perkara itu berlaku, pihak berkuasa Arab Saudi akan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh terhadap jemaah kita termasuk menyelongkar bagasi yang dibawa," ujarnya.

Tambah beliau, kesan-kesan negatif lain yang mungkin berlaku termasuk kesukaran untuk menambah kuota jemaah haji, pelajar-pelajar Malaysia sukar mendapat tajaan daripada kerajaan Arab Saudi dan peluang rakyat Malaysia untuk bekerja di negara berkenaan tertutup.

‘‘Sikap peserta perhimpunan Bersih 3.0 di Masjidilharam itu bukan sahaja memalukan nama negara malah menunjukkan mereka tidak menghormati undang-undang Arab Saudi yang melarang mana-mana pihak berhimpun tanpa kebenaran pihak berkuasa," katanya.

Sebuah akhbar baru-baru ini melaporkan pihak berkuasa Arab Saudi sedang menjalankan siasatan terhadap penganjuran Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah oleh aktivis-aktivis perhimpunan haram tersebut pada 28 April lalu.

Perkara itu didedahkan sebuah laman blog iaitu sel13.com yang mendakwa agensi risikan Arab Saudi telah mendapat maklumat penglibatan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang ‘berkiblatkan’ Yahudi dalam penganjuran Bersih 3.0 di lokasi berkenaan.

Dalam pada itu, difahamkan Kedutaan Arab Saudi di Malaysia sedang mengumpulkan maklumat berhubung rakyat Malaysia yang terlibat dalam perhimpunan haram yang diadakan di Mekah dan Madinah tersebut.

Suara Politik Tamisari.

Thursday, May 3, 2012

KALAU PUN TIDAK MAHU KEPADA UMNO TAPI JANGAN PULA SAMPAI RUSAKKAN ISLAM

Sejauhmana politik boleh menghalalkan cara, tiada siapa yang boleh memberi jawaban yang tepat. Tetapi kalau dalam urusan agama bila kita buat silap atau menyeleweng dari landasan islam sebenar, ramai orang islam lain dapat menilainya.Al-Quraan, Hadis dan Sunnah Nabi sudah memperjelaskan dan memberi tunjuk ajar  kepada kita mengikut islam sebenar2nya. Tidak kira dari golongan mana dan siapa orang itu jika ia menyeleweng dari islam maka "nerakalah tempatnya".

Orang islam dalam negara kita pada hari ini seolah jika tersilap menyokong sesebuah parti politik(Umno-Pas) boleh  menentukan samada kita masuk syurga atau neraka.Orang islam di negara ini seakan terperangkap dan ada batasan lain lagi bukan sahaja mengikut ajaran islam yang sebenar. Amalan islam kita baik, kita pun sudah ikut cara kehendak islam sebenar tetapi kita tersilap pilih parti tidak lagi menjamin kita masuk syurga janji Allah, besar dan hebatnya pengaruh politik di negara ini. Kita masih ingat Pas pernah mengkafirkan Umno dan Umno tidak pernah mengkafirkan Pas.

Jika sudah kita kenalpasti kesilapan sesaorang pemimpin politik tersebut dalam membuat kenyataan yang bercanggah dengan islam tetapi disebabkan keterampilan fizikalnya lebih islam berserban berjubah orang lain sekadar songkok maka kita rasa kita lebih islam sedangkan hati kita sendiri hitam legam disaluti dosa2 kianat dengki dan segala hak syaitan suka ada pada hati kita tapi dunia pada hari ini golongan inilah diangkat dan di junjung sebaliknya golongan yang mempertahankan kebenaran sebenar dicaci dan dihina-Wallahhu'Allam.

Wednesday, May 2, 2012

Demonstrasi halal untuk guling kerajaan


NIK Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar kepada majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2011 di PUTIK, Pengkalan Chepa Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU 1 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan demonstrasi merupakan cara moden yang halal dilakukan, selain pilihan raya untuk menggulingkan sesebuah kerajaan yang mungkar.
Justeru, beliau menegaskan demonstrasi Bersih 3.0 adalah wajib dan akan menyokong penuh jika ia diadakan lagi pada masa akan datang serta sanggup menyediakan sumber kewangan kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertainya.
Beliau turut mendakwa tidak sedikit pun rasa bersalah ketika memberikan wang kepada peserta Bersih 3.0 meskipun demonstrasi itu yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini yang kononnya aman akhirnya bertukar menjadi rusuhan ganas.

Utusan Online
...

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..