Followers

Friday, July 27, 2012

PRU 13 - UMNO LWN DAP

Di Bulan Ramadhan Ini Bertaubatlah Wahai Melayu Ahli DAP.



  1. keldai dap
Democratic Action Party (DAP) nampaknya sudah terlalu terdesak dalam usaha mereka untuk dilihat sebagai sebuah parti yang tidak rasis. Namun begitu bak kata pepatah melayu lama “bangkai gajah walau kalau ditutup dengan daun pisang akan tetap berbau busuk”. Pelbagai cara dilakukan oleh DAP untuk meneruskan usaha mereka supaya Malaysia akan menjadi sebuah negara rasis seperti Singapura.

Pada 14 Julai 2012 lalu telah diadakan satu program yang bertajuk “Pesta Lagu Jalanan” untuk menarik perhatian golongan remaja dan belia yang mempunyai bakat dalam seni muzik. Program ini dianjurkan oleh DAP Bukit Gasing dengan kerjasama DAP pusat. Program yang diadakan di Taman Rusa (Laman Majlis Perbandaran Petaling Jaya) ditujukan kepada anak-anak muda berbangsa Melayu.

Nampaknya ketua-ketua DAP telah sedar bahawa tanpa sokongan orang Melayu, cita-cita jahat mereka untuk menumbangkan Islam dan kedaulatan Raja-raja Melayu tidak akan kesampaian. Untuk menjayakan cita-cita mereka, anak-anak Melayu perlu mereka “tarbiah”kan untuk menyertai dan menyokong perjuangan haram DAP. Namun begitu, apa yang menyedihkan ialah keterlibatan sejumlah kecil orang Melayu dalam DAP seolah-olah melukut ditepi gantang. Tetapi kejayaan kerana dapat menarik Melayu yang sedikit ini dicanangkan oleh semua pembesar DAP untuk membuktikan bahawa mereka tidak rasis dan perjuangan mereka bersifat nasionalis.

Sungguhpun kehadiran pengunjung dari kalangan anak-anak Melayu pada majlis tersebut amatlah sedikit, realitinya tetap menghiris hati kerana ini membuktikan bahawa tetap wujudnya anak-anak Melayu yang lupa akan asal usul mereka sendiri. Lebih menyedihkan lagi apabila penulis mendapat tahu bahawa ketua penganjur untuk majlis DAP tersebut adalah seorang wanita Melayu yang beragama Islam. Untuk pengetahuan pembaca wanita muda berusia 25 tahun itu adalah seorang peguam yang pernah menuntut di Universiti Teknologi Mara.

Apakah anak-anak Melayu yang menyertai DAP ini sudah hilang harga diri sehingga sanggup menjual maruah agama, bangsa dan keturunan mereka, hanya untuk menyertai sebuah parti yang ingin menghancurkan apa yang saudara seagama dan sebangsa mereka telah bina selama ini. Tanpa memikirkan implikasi yang akan berlaku kepada masyarakat, anak-anak Melayu yang lupa diri ini terus menerus memberikan sokongan padu kepada sebuah organisasi yang membenci agama dan bangsa ibu bapa mereka.
Penulis dengan ikhlas berharap, sekiranya tulisan ini dibaca oleh orang-orang Melayu yang menyokong perjuangan jijik DAP agar dapatlah bertaubat dengan segera. Di bulan Ramadhan yang mulia ini diharap para penyokong DAP yang berbangsa Melayu dan beragama Islam dapat ber”muhasabah” dan mengenal erti dan realiti tentang kebaikan dan keburukan setiap perkara yang telah mereka lakukan. Tinggalkanlah perjuangan yang sia-sia itu kerana ia tidak mendatangkan faedah malah akan menghancurkan apa yang telah dibina selama ini.

DAP adalah satu puak yang membenci Islam dan Melayu sejak dari awal perpecahannya daripada People’s Action Party (PAP) Singapura. DAP tidak akan berhenti selagi Islam itu dipinggirkan dan kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan. Jangan kita lupa apa yang telah terjadi pada tarikh berdara 13 May 1969 dimana slogan “SAPU MELAYU” dan “MATI MELAYU” dilaungkan oleh Lim Kit Siang. Jangan kita lupa bagaimana orang Melayu disembelih dan dibiarkan mati bergelimpangan dek kerana ketamakkan kuasa DAP. Dan yang paling penting, jangan kita lupa bahawa selagi Melayu masih berada di tampuk pemerintahan, Parti Rasis DAP tidak akan berehat sehinggalah orang-orang Melayu hanya menjadi hamba abdi mereka.

This post was submitted by Che_Yan.

Thursday, July 26, 2012

KAKI TANGAN AWAM JUGA PESARA DAPAT DUIT RAYA


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji minimum RM500 kepada penjawat awam.

Menteri Kewangan itu juga turut mengumumkan kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.


NAK TANYA... KENAPA KAKITANGAN AWAM YANG MENENTANG KERAJAAAN PALING SIBUK PASAL  DUIT RAYA?...

Friday, July 20, 2012

VEDIO - ALLAH MENGARAH HIJAU MENAWAN PUTERA JAYA

HIJAU BERUBAH WARNA DI PULAU MELAKA

SAHUT SERUAN NIK AZIZ TIDAK PERLU POSTER UNTUK KAMPEN PILIHANRAYA

PR pembangkang selalu mengitai dan mencari ruang bagi mengentam Umno. Banyak juga perkara yang tidak berlaku, Umno juga dipersalahkan. Tidak kurang juga perkara yang diada2kan semata2 untok melontar kesalahan itu kepada Umno. Seolah2 negara ini diperintah oleh PR bukannya Umno.

Ruang untok penyokong pas kearah ketaksuban kepada parti tersebut dibuka seluas2 oleh pemimpin pas bukti jelas seperti apa yang  berlaku hancurnya rumah tangga warga mas kerana perbezaan fahaman politik. Kenyataan seorang artis masuk pas kerana ingin bertaubat dan ingin kemabli kepada islam yang sebenar. 

Dalam pada itu juga pas bertubi2 dirundung masalah tambahan menjelang PRU yang anehnya bukan masalah itu ciptaan musuh politk tetapi dari kumpulan mereka sendiri dengan kata lain orang dalamnya sendiri. Bermula dari Kickdefella, Hassan Ali dan tidak kurang juga dari kalangan pemimpim mereka yang lain tapi masih berada didalam parti tersebut. Kenapa tamparan berupa cabaran begitu hebat di uji oleh Allah kepada Pas jika ia benar2 mengikut islam disaat umat islam di negara ini perlu kepada penyatuan?...

Corak dan tindak tanduk pas dari dulu lagi bukan untuk penyatuan Ummah banyak kesilapan yang pas seret islam untuk perkuatkan parti nya. Kesan dari kesilapan demi kesilapan menjadikan pas sebuah parti lara dan kita tidak boleh mengharap apa2 lagi dari pas sekaligus kita perlu mempastikan pemimpin tidak perlu lagi kita angkat memberi sokongan dalam pilihan raya akan datang. Jika kita menyokong pas bermakna kita memberi kuasa dan ruang kepada rakan sekutu kuat mereka DAP yang sudah jelas mendominasi PR yang bertanding 89 kerusi.

Rakyat sudah mulai sedar,dengan kebijaksanan kerajaan pada hari ini yang diketuai oleh DS Najib sebagai PM jelas  menambahkan lagi kesedaran pada rakyat. Fatwa2 yang pernah pas keluarkan sebelum ini pas sendiri sudah tidak terima pakai lagi. Umno tidak kafir lagi sekarang sebab pas juga bersama kafir bahkan lebih teruk lagi pas sanggup bersama kafir yang terangan2 tdiak mahu kepada islam.

ADDAKAH INI JUGA SALAH UMNO....?

Sila baca sini...

 KOTA BHARU, 19 Julai - Pulau Melaka kawasan kediaman Menteri Besaer Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mata dikejutkan setelah 160 orang penduduk menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Dato Seri Jamil Khir Bin Baharom sambil disaksikan oleh Ketua Bahagian UMNO Pangkalan Chepa, Datuk Dali Bin Husin ketika majlis perasmian Gelanggang Silat 1Malaysia yang diadakan pada 18 Julai 2012, jam 3.30 petang di Kampung Babong, Pulau Melaka. 
Majlis berkenaan dihadiri oleh 1,000 orang penduduk dan Jamil Khir turut memberi bantuan sebanyak RM 5,000 untuk pembangunan silat di Kampung Pulau Melaka serta empat buah khemah untuk penduduk. Rata-rata yang hadir dalam majlis ini terdiri daripada pengikut PAS. Majlis yang dianjurkan sendiri oleh penduduk Kampung Babong.
Pulau Melaka yang diketuai oleh Haji Muhammad Din bergotong-royong sesama mereka untuk memanggil Menteri bagi mendengar rintihan rakyat memandangkan wakil rakyat mereka gagal melaksanakan tugas dengan baik walaupun tinggal berdekatan dengan rumah kediaman Menteri Besar Kelantan.
Borang keahlian UMNO diserahkan oleh empat wakil yang mewakili kampung masing-masing antaranya wakil Kampung Pulau Melaka yang di wakili oleh Azlan Che Pa, Kampung Babong oleh Mohd Fadhil, Kampung Ujong Tanjung oleh Raja Ali dan Kampung Tok Ku oleh Azwa. Mereka ini dahulunya adalah pengikut kuat PAS sebelum ini.
Antara punca mereka memasuki UMNO adalah disebabkan oleh tindakan PAS Pangkalan Chepa yang diketuai oleh MB Nik Aziz dan Nik Amar telah mengabaikan kebajikan penduduk di kawasan kampung Pulau Melaka itu sendiri yang menjadi tempat kediaman MB Kelantan. Malah menurut mereka kepimpinan Nik Aziz tidak mengendahkan kebajikan rakyat dan terus membiarkan rakyat hidup dalam kemiskinan walaupun tinggal hanya beberapa meter dari rumah Nik Aziz.
Nik Aziz juga dikatakan lebih mengutamakan rakyat dari luar kawasan termasuk dari negeri lain untuk berjumpa dan mendengar masalah berbanding dari rakyat di kawasan sendiri. Malah Nik Aziz juga sanggup memberi bantuan kewangan kepada peserta BERSIH 3.0 daripada bantuan kepada rakyat miskin di kawasan berkenaan. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat dan menyebabkan penduduk bertindak memasuki UMNO sebagai manifestasi ketidakpuasan hati rakyat.
Sebaliknya penduduk lebih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri yang dilihat ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam membantu rakyat tanpa mengira latar belakang kaum mahupun politik. Kesungguhan PM dalam membantu rakyat telah memikat hati mereka untuk memasuki UMNO dan bersama-sama ingin membantu menjayakan transformasi PM dalam memperkasakan agama, bangsa dan negara.
Salah seorang daripada wakil dari Kampung Pulau Melaka, Azlan Che Pa menyatakan mereka mahu melihat kemajuan dan perubahan di kampung mereka disamping ingin melihat kehidupan rakyat berubah setanding dengan rakyat di negeri lain.
Beliau juga mengharapkan rakyat di seluruh Kelantan bersama-sama berubah untuk kemajuan diri kerana selama 22 tahun PAS memerintah Kelantan mereka masih gagal memajukan rakyat. Tempoh masa yang terlalu lama telah diberikan kepada PAS dan kini sudah tiba masanya untuk rakyat Kelantan membuat perubahan.

Menurut beliau lagi kalau penduduk di Kampung Pulau Melaka sendiri sudah tidak mempercayai kepimpinan PAS apatah lagi penduduk di kawasan lain turut diminta menolak PAS. Beliau yang ditemui tidak mahu berceritakan tentang keburukan Nik Aziz kerana tidak mahu mengaibkan Nik Aziz namun hakikat sebenar yang rakyat perlu ketahui adalah Nik Aziz dan Nik Amar gagal menjalankan tugas dengan baik dan kesannya telah dirasai oleh penduduk Kampung Pulau Melaka sendiri.

Monday, July 16, 2012

USTAZ NASHA MENTERI TUGAS-TUGAS KHAS?

  • Tidak berapa lama lagi, jika kata-kata TPM boleh dijadikan kayu pengukur, maka rakyat Malaysia akan memilih kerajaan baru dalam PRU13 nanti. Isunya bila? Dalam hal ini, adalah menjadi hak pregroratif Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen seterusnya membolehkan PRU13 dijalankan di negara kita. Kuasa kembali kepada rakyat.



  • Tun Dr. Mahathir mula menceburkan diri secara aktif dalam politik ketika berumur 39 tahun, pada tahun 1969. Hari ini (16 Julai 2012) adalah hari di mana beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.



  1. Sejarah membuktikan, UMNO dan PAS tidak akan menang semua kerusi yang ditandinginya. Begitu juga DAP, MCA dan Gerakan. Tetapi PBS mungkin boleh menang semua kerusi yang ditandinginya di kawasan Parlimen, bukan di kawasan negeri.



  1. Jika begitu, apakah jalan penyelesaiannya. Seorang AJK UMNO bertanya kepada saya, jika dia tidak dicalonkan, bolehkah dia menjadi Calon Bebas? Persoalan ini mesti dikaitkan juga dengan, kehadiran Thamrin Tun Ghafar Baba kononnya mewakili UMNO di Himpunan Oren pada Sabtu lalu, juga tarik tali DSP Lajim di Beoufort.



  • Dahulu, YB Datuk Shahrir Samad menang dengan bergaya di Johor Bahru walaupun beliau calon Bebas. Begitu juga Datuk John Ghani menang di Sabah walaupun menggunakan lambang Bebas. Mereka semua ini berjiwa UMNO, tetapi menggunakan prinsip mereka untuk berdepan UMNO. Begitulah juga Tun Dr. Mahathir pada tahun 2009 dahulu, keluar dari UMNO kerana Tun Dr Mahathir berkata tidak sanggup lagi melihat kerosakan yang berlaku kepada negara. Saya percaya, walaupun berada di luar UMNO, jiwa Tun masih bersama UMNO. 



  • Bukan UMNO sahaja, malahan parti PAS tidak sanggup lagi untuk memecat YB Datuk Nasharudin Mat Isa, mantan Timbalan Presiden PAS yang semakin UMNO dari UMNO, sekarang ini. Jika orang kampung yang tidak pernah bertemu YB Datuk Nasharudin Mat Isa di Parlimen, nescaya mereka akan melihat YB Nasha sebagai YB UMNO. Dalam kes YB Nasha bolehkah anda katakan dia mempunyai dua jiwa, satu jiwa DS Najib dan satu lagi jiwa DS Hadi Awang.



  1. Maka itu, menghukum Dato' Dr Hassan Ali, Ustaz Hassan Basri dan lain-lain yang simpati dengan mereka merupakan satu kesilapan besar PAS yang sudah menjadi sejarah. Sebab itulah YB Nasha mereka tidak mampu dan tidak sanggup untuk singkirkan. 


Di dalam kerajaan DS Najib, kedudukan YB Nasha sudah selamat dan boleh hidup jika dalam PRU13 dia tak dicalonkan.



  • Dengan kedudukan sekarang, jika anda berkesempatan berbisik dengan DS Najib, mampukah anda memberi keyakinan kepada DS Najib untuk melantik YB Nasha sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas. Jika hari ini, YB Nasha diberi tanggungjawab yang lebih besar itu, saya berani katakan 70% pengundi atas pagar yang pro-Islamik akan mengundi BN. Dan 50% penyokong PAS akan beralih arah, bukan ahli PAS - saya kata pengundi PAS dalam PRU13. 



  • Inilah touch point yang tidak disampaikan kepada PM. Saya berkali-kali telah menyatakan bahawa DS Najib hendak menjadi Perdana Menteri yang terbaik kepada rakyat Malaysia pada zamannya. PM pasti memikirkannya.



  • Inilah juga Transformasi Politik yang terlalu besar. Saya diberitahu oleh seseorang, katanya, DS Najib berkata idea saya terlalu tinggi. Jika berjumpa DS Najib saya akan minta pengesahan. Dua hari lepas, semasa isteri saya membaca buku terbaru saya di sebelah, katanya idea saya terlalu tinggi. Saya tidak tahu apakah pula komen Tun Dr. Mahathir sekarang ini. Barangkali beliau sedang membaca dummy buku terbaru saya itu. 
Saya, hanya berserah kepada Allah SWT. 

jentayuabaka





BUKTI ADA SARANG PELACURAN SEKITAR PEJABAT MB NEGERI SERAMBI MEKKAH

Saturday, July 14, 2012

HAJI HADI SENYUM KES CERAI BINI...NIK AZIZ PULA BUAT-BUAT LUPA...

Bagi golongan yg telah lama berpolitik iaitu sekitar tahun 1980’an dulu, selepas Hadi Awang mengeluarkan amanatnya yang terkenal, maka ramailah suami isteri yang bercerai berai kerana perbezaan fahaman politik. Ada isteri yang sokong PAS, suaminya sokong UMNO dan ada juga yang sebaliknya, jodoh mereka berakhir dengan penceraian.

1.     Solat dua imam bukanlah satu perkara yang asing di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Kubur ada juga dibuat berasingan UMNO dgn Pas, sanak saudara berpecah.

2.  Haiwan sembelihan orang yang menyokong UMNO juga diharamkan oleh PAS untuk dijamah penyokong mereka. Payah jugalah tuan rumah nak buat kenduri-kendara ketika itu…

3.    Budaya mengkafirkan orang UMNO pada ketika itu kononnya UMNO bersama kafir MCA dan MIC dalam BN. Makan gaji dan terima duit dari UMNO/kerajaan haram ramai juga yang terpengaruh dan berhenti kerja dan tak kurang juga sekarang golongan ini merepat sana sini tdk terbela sdgkan pemimpin mereka kaya raya hdp mewah yang konon katanya pd rakyat  harta dunia tidak boleh dibawa mati/masuk kubur.
 
Lebih menyayat hati, ada anak-anak yang tidak mengaku ibubapa sendiri sebagai ayah dan ibu kandung sendiri kerana ibubapa mereka itu menyokong UMNO.

4.     Kerajaan UMNO dituduh zalim jika  terkorban menentang UMNO makanya difatwa mati syahid, itulah penyebab utama menjurus kepada peristiwa memali yang mengorbankan 11 nyawa ketika itu.

Bagitulah pepecahan umat Islam ketika itu, hasil dari amanat seorang individu yang kini bergelar Presiden PAS. 

Penceraian Yahya dan Che Hasnah sdh tentu ada hubungkaitmya juga adalah salah satu kes contoh kpd anak2 muda masakini bagi membuktikan bahawa amanat dahulu dan ianya masih kukuh dipegang oleh sesetengah orang-orang PAS.

 Prinsip barangsiapa yang tidak menyokong parti pas akan dianggap sebagai tidak lengkap keIslaman dan  tidak mengamalkan ajaran Islam sebenar ternyata banyak melemahkan umat islam di negara ini.. Mungkin kerana itu  jugalah nasib malang yang  menimpa si isteri warga mas yang bernama Che Hasnah yang dicerai dek suami yang merupakan penyokong pas.

Itu  dulu, kerja2 pas bersendirian dalam mendapatkan pengaruh politik sehingga jatuhnya Kelantan dan Trengganu dibawah BN kepada tadbiran Pas.Skrg Pas tidak kesorangan lagi, pas sdh ada sahabat DAP dan PKR dlm pakatan mereka untok menjatuhkan UMNO. Kalau dulu pas lebih kepada kerja2 ceramah sana sini bagi tujuan menggelirukan rakyat yang beragama islam utk mencari pengaruh tapi skrg setelah bersama DAP dan PKR pas perhebatkan lagi kerja2 itu dan skrg gadai islam kpd bkn islam pun pas sudah sanggup. Ludah2 mereka yang tidak naik kelangit dijilat kembali dan ludah2 mereka yang naik kelangit kini bertaburan satu persatu sdh jatuh kemuka sendiri. Ternyata dan amat jelas kini pas bkn perjuang islam dan bangsa setelah pas memilih bersama DAP dan PKR sekaligus menolak perpaduan sesama islam UMNO. 

Pas dalam Pakatan tidak seperti UMNO dalam BN. Pas diperuntukan oleh DAP hanya bertanding 66 kerusi sahaja dalam PRU13, PKR 67 dan DAP yang dominan menguasai 89 kerusi. Jika plan DAP berjaya makanya Pas dan melayu PKR kena bertanggongjawab keseluruhannya termasuk jika anak cucu cicit dimasa hadapan kencing diatas kubur datok nenek akhibat dari lemahnya islam dan merepatnya bangsa dan melayu ditanah air sendiri.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..