Followers

Tuesday, August 21, 2012

APA BEZA BERSARA TOK GURU DENGAN BERSARA PEMIMPIN ANUGERAH TUHAN?

APAKAH LAGI YANG NIK AZIZ MAHU KEJAR?...KENAPA PULA ANWAR MAHU TUNGGU LEPAS PILIHAN RAYA PRU13?...APA PUN KEDUA MEREKA INI WAJIB PERBETULKAN DAHULU KESILAPAN MEREKA TERLEBIH DAHULU SEBELUM BERSARA...
Salah seorang orang paling lama memegang jawatan dlm politik adalah Nik Aziz. Dulu sebelum Tun Mahadhir bersara memegang jawatan PM macam2 juga Nik Aziz mengata kepada PM seh
inggakan ada juga kedengaran Nik Aziz menyatakan jika Tun letak jawatan PM beliau sendiri pun akan turut sama  letak jawatan.Tapi Nik Aziz sehingga skrg sampai walaupun bertongkat berkerusi roda pun masih sayang jawatan MB sanggup keluar masuk wad seolahpemimpin dalam pas Kelantan tua2 belaka seperti beliau . Bukan sahaja tidak mahu letak jawatan yang anehnya alasan yang beliau berikan yang tidak masuk akal dan kini katanya pula mahu pegang jawatan sampai mati.  Rakyat tetap mengingati kesah ini tiga dah PM negara ini dizaman  Nik Aziz dan semua PM tersebut jahat2 berlaka katannya sehinggakan sanggup mendoakan PM DS Najib supaya pecah perut. Sekarang Allah SWT tunjuk kepada kita apa yg terjadi kepada pas semakin jelas bila pas memilih DAP yang jelas kafir tidak mahu kepada islam dijadikan partner nya untok menguatkan islam di negara ini sebaliknya Umno yang punyai kuasa dan didalamnya terdiri dripada orang islam dikafirkan pula oleh pas. Alasan tetap boleh diberi apa cara sekali pun tapi tongkat dan berkerusi roda juga yang seringkali masuk wad kerana sakit tua Nik Aziz tetap tidak boleh menipu dan sembunyikan dari rakyat.Allah membuka hati dua tokoh penting dalam Pas iaitu Hassan Ali dan Ustaz Nasha supaya menceritakan kebenaran apa yang berlaku dalam pas sekarang kalau semua yang Umno tegur kesilapan pas lakukan terhadap islam selama ini dituduh umno pula jahat dan tidak layak menegur pas waima berkaitan dengan islam sekalipun tapi kalau Karpal Singh sanggah tentang hudud tak sampai 24 jam u-turn tarik kenyataan...itulah politik pemimpin pas masakini yang sebenar2nya gila kuasa dan pangkat kejar harta dunia dengan pergunakan islam.

Apakah perkara yang sama juga berlaku kepada kenyataan mahu bersaa Anwar Ibrahim?... Anwar lebih muda dari Nik Aziz, Anwar juga orang penting dalam PR tanpa Anwar maka hancurlah PR...

Baca sini...

1) Dulu Anwar akan berlakon sakit pinggang dan sakit tengkuk. Gambar pembengkung pinggang dan leher menjadi modal simpati.

2) Idea simpati tersebut sudah lapuk dan telah dihidu oleh rakyat. Satu taktik mencari simpati Anwar adalah dengan menuduh orang lain berkonspirasi terhadapnya. Pun sudah lapuk kerana acap kali diulang dan diputar semula.

3) Strategi terbaru mencari simpati dan belas kasihan adalah dengan mengugut untuk bersara. Sebenarnya Anwar memang perlu terus bersara kerana kegagalan terbesar beliau sekarang adalah kegagalan menubuhkan pakatan pembangkang yang sah di Malaysia. Logo dan perlembagaan pun masih tiada.

4) Tunggu apa lagi baik berhenti sahaja kalau DAP sudah lebih berkuasa dari PAS dan PKR.

Friday, August 17, 2012

KITA DENGAR APA KATA BARUA DAP KES USTAZ NASHA

PAKMIE.BLOGSPOT.COM-SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI UNTOK SEMUA JUGA MAAF ZAHIR BATIN

 KALAU MAHU IKUT ISLAM CARA BETUL SATUKAN PAS DENGAN UMNO!

Karpal Singh terus berkuasa tanpa sebarang tindakan diambil ke atas beliau atas keterbukaan membuat kenyataan tidak menghormati Perjuangan PAS. Jika pemimpin pas menegur atau mengkritik maka pemimpin pas tersebut akan dikecam oleh pemimpin pas sama sendiri. Seolah bagi Karpal kenyataan itu tidak memberi apa2 kesan terhadap hubungan Pakatan. Bukan sekali tindakan beliau, dari dulu lagi hingga sekarang malah semakin lama semakin lantang kini berkaitan dengan hukum hudud pula.Pas sekarang dalam apa masalah bersabit islam jika parti itu membuat silap tidak boleh menegurnya siapa menegur akan jadi seperti Hassan Ali dibuang ahli.Tangan2 ghaib telah menguasai parti pas, waima berkaitan dengan islam sekali pun DAP tetap akan dijadikan rujukan pas.
Pas juga selalu berdolak dalik dengan mengecam UMNO tatkala PAS sedang bersubahat dengan Parti yang semakin teriak lantang menghina islam. Walhal terlalu jauh bezanya jika hendak dibandingkan dengan pendirian UMNO yang terlebih dahulu mencapai kebersamaan menerusi rakan BN mengikhtiraf Islam di dalam Perlembagaan dan Perlaksanaan Enakmen2 Syariah di Negeri.

Terbaru kini Ustaz Nasha menjadi mangsa penipuan perjuangan PAS selepas Hassan Ali yang hanya berpaksikan kepentingan politik semata2. 

Jelas Hadi Awang kian tertekan bersabit dengan isu Ustaz Nasha. Mungkin Haji Hadi tahu suara beliau dalam pas sudah tawar atau lecah leweh sekadar diberi jawatan Pengerusi pas untok  senang menarik hidung sahaja. Musibah sangat besar kepada islam kesan dari kesilapan pas menyeret sama islam dalam mainan politiknya.


Wednesday, August 15, 2012

PRU 13:UMNO VS DAP

PARTI DOMINAN BN VS PARTI DOMINAN PAKATAN

Pas menolak mahu bersama umno kerana dituduhnya umno kafir, sebaliknya yang terangan kafir konsinten sejak lebih 50tahun dahulu lagi hingga sekarang menentang dasar2 islam di negara ini  DAP  dipilih sebagai partner kononnya mahu memperkuatkan islam di negera ini. Pas setelah bersama DAP semakin lantang dan sentiasa mencari jalan bagi menyalahkan Umno dalam soal melaksanakan hukum  hudud dengan tujuan bagi menutup kelemahan dan ketidaksetujuan  DAP tentang hukum tersebut jika PR dapat memerintah. Hukum ini seperti kita tahu setiasa didendang setiap kali menjelang pilihan raya sejak dari tahun 1990 hinggalah sekarang. Namum  pada hari ini tektik mainan hukum hudud pas untok menarik undi orang islam  agak lesu dan terbatas  tidak seperti sebelum ini. Ramai orang islam sudah mempertikaikan  benar atau tidak pas mahu melaksana hukum hudud tersebut. Kalau pas iklas benar2 iklas memperjuangkan hukum tersebut  kenapa pas memilih DAP tidak Umno?

Setelah keputusan pas bersama DAP  menampakkan kepada kita sirip pas sebenar, kemana halatuju pas dan apa kehendak dan cita2 pemimpin pas . Bila kita perhatikan kenyataan dari beberapa pemimpin besar pas sendiri yang cuba menegur pas dari dalam sebelum ini ada benaranya.  Tertapi pemimpin tersebut sudah dibuang dari pas sekarang. Kalau kita perhatikan terlalu besar kesalahan Hassan  Ali menegur pas berkaitan dengan islam, raja2 dan kasih kepada negara. Pas sebelum ini tidak pernah kita mendengar  menguhukum ahlinya sebaliknya  kes Hassan Ali dibuang tanpa pembelaan sebenar seolah ada kuasa lain yang memcampor urusan dalaman pas itu sendiri.

Baca pula disini...


Pas perlu menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung penolakan secara konsisten DAP dan  Pengerusinya, Karpal Singh terhadap cita-cita menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud atau keluar segera daripada pakatan pembangkang.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, perkara itu wajar diberi perhatian serius pucuk pimpinan Pas ekoran timbulnya keresahan di kalangan penyokong-penyokong di peringkat akar umbi selepas DAP dan Karpal berterusan menolak asas perjuangan Pas.

"Sebagai ahli parti, saya minta Pas nyatakan pendirian sebenar mereka berhubung isu ini. Ahli-ahli di peringkat akar umbi resah apabila melihat keadaan yang berlaku antara Pas dan DAP.

"Nampaknya DAP dan Karpal secara konsisten menolak penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud. Sesuatu perlu dilakukan dan bagi saya Pas perlu keluar daripada pakatan pembangkang," katanya.

P/S- Sudah jelas  kepada kita melalui fakta haram umat islam di negara ini menyokong dan mengundi  DAP. Bagi pas jika mahu dan memilih bersama DAP ia akan tetap menerima padahnya dari Allah SWT. Perjuangan pas semata2 mahu kepada kuasa, pergunakan islam bukan untok menegakkan islam yang sebenar.

Friday, August 10, 2012

MELALUI FAKTA : UMAT ISLAM HARAM UNDI DAP

DAP tetap konsisten tidak mahu kepada penubuhan negara islam sejak 55 tahu lagi hinggalah sekarang. Itu juga antara sebab DAP terlalu membenci Umno sekaligus berusaha bersungguh2 sejak dulu lagi mahu majatuhkan Umno walhal dalam banyak perkara lain DAP menyanjungi UmnoBN berjaya mentadbir negara ini dengan baik. 

Kerjasama DAPdengan Pas dalam pakatan juga ramai dikalangan kita menjadi kompius. Benar ke iklas ke jujur ke DAP yang terangan tidak mahu kepada islam boleh bersama Pas yang mereka juga tahu menjadi musuh kuat mereka selain umno sebelum ini. Kita juga tahu bersepakat boleh terjadi dalam dua perkara kearah kebaikan dan kearah kejahatan. 

Baca sini...



KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Sekretariat Ulama Muda Malaysia bersetuju dengan saranan seorang tokoh agama di Tumpat, Kelantan, supaya umat Islam tidak menyokong DAP kerana mendakwa parti itu secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam.
Pengerusi jawatankuasa kerja sekretariat tersebut Fathul Bari Mat Jahaya berkata umat Islam perlu berfikir dan bermuhasabah sebelum membuat pilihan agar tidak memilih berlandaskan nafsu atau dendam yang membawa padah buruk.
“Apa yang saya dapat lihat, agenda DAP berbeza dengan MCA dan MIC kerana mereka ini digolongkan sebagai bukan kafir harbi yakni tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya,” katanya mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah, semalam bahawa umat Islam tidak boleh menyokong DAP kerana ia haram serta berdosa.
Gesaan itu adalah ekoran pendirian parti PAS untuk terus bekerjasama dengan DAP sedangkan pengerusi DAP Karpal Singh berkeras supaya PAS  menggugurkan niat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.
Fathul Bari meminta rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam meneliti semula sejarah penubuhan parti PAS, UMNO dan DAP supaya dapat memahami pendekatan yang dibawa setiap parti.
“Allah telah mengurniakan akal serta fikiran, jadi kita perlu memanfaatkan kurniaan itu dan tidak mensia-siakannya,” katanya kepada Bernama hari ini.
Tambahnya umat Islam perlu mendidik golongan bukan Islam serta mendekatkan diri dengan mereka agar golongan ini menerima maklumat yang tepat mengenai dakwah Islam yang suci dan murni.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) Ismail Mina Ahmad berpendapat umat Islam dilarang sama sekali menyokong mana-mana parti atau pertubuhan yang menentang Islam serta pelaksanaan hukum Islam.
“Sesiapa yang menentang Islam serta pelaksanaan hukum Islam maka secara syarak, umat Islam dilarang menyokong golongan ini yang digolongkan sebagai kafir harbi.
“Mereka ini merupakan golongan yang boleh membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta umat Islam amnya,” katanya.
Ismail berkata penolakan ini bukan berlandaskan perasaan namun ia disebabkan penentangan parti tersebut serta bercanggah dengan kedudukan Islam yang dijamin oleh Perlembagaan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara.
“Jangan cemari kesucian Islam semata-mata kepentingan politik, di mana tanggungjawab kita sebagai pembela agama yang dipertanggungjawab memartabat syiar Islam,” katanya. — Bernama


p/s  - Pada 28 Julai 2012 Karpal Singh telah membuat kenyataan rasmi bagi mewakili partinya dan menolak segala pandangan peribadi Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berhubung isu hukum Hudud. Selama 55 tahun adakah kita mendengar secara berterus-terang MCA atau MIC menghina agama Islam dengan sebegini rupa?

Sunday, August 5, 2012

BACHOK-20RIBU RAKYAT MENYAMBUT KEDATANGAN PM DS NAJIB

DS NAJIB BERSAMA RAKYAT BERBUKA PUASA DI BACHOK LEBIH KURANG SERAMAI 2ORIBU HADIR - TAHNIAH ORE KLATE KATA TAK SEKA PADA JANGKA RAMAI SOGORTI RAKYAT HADIR TAHNIAH JUGA DS NAJIB LULUS PEMBINAAN  HOSPITAL BARU TAHUN DEPAN...

Ustaz Kazim Elias - Puasa, Terawih, Digigit Jin [3/8]

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..