Followers

Thursday, March 5, 2009

ANTARA CABARAN BUAT UMNO MENJELANG PERHIMPUNAN AGONG

Di utara semenanjung timbul cerita adanya suara sumbang terhadap Tuanku Sultan Kedah. Turun ke bawah sedikit di Pulau Pinang, kerajaan negeri itu telah menghantar notis kepada 60 pemilik premis perniagaan di Batu Feringghi supaya merobohkan bangunan masing-masing walaupun mereka telah bertapak di sana sejak kira-kira 30 tahun lalu.

Di Perak pula tak sudah-sudah kecoh walaupun Sultan Azlan Shah supaya putuskan mengenai kedudukan kerajaan negeri itu.Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan kerajaan negeri lama dibawah naungan DAP itu terus ingkar. Malah, Nizar masih mengaku tetap sebagai Menteri Besar dan akan hanya berundur jika mahkamah mengarahkan beliau berbuat demikian.

Speakar Dewan Undangan Negeri itu, V. Sivakumar cuba nak bagi lagi nampak kalut apabila menggantung Menteri Besar yang baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam orang EXCOnya. Selepas itu, tanpa mendapat perkenaan Tuanku Sultan sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan negeri, beliau mengarahkan pula sidang tergempar dewan Selasa lalu sehinggalah.Makanya sidang DUN bawah pokok adalah sebahagian dari drama itu.

Sehari sebelum sidang dewan dijangka diadakan, beliau memecat pula Setiausaha Dewan, dengan alasan tidak menjalankan tugas.

Juga berkaitan dengan negeri Perak, Pengerusi DAP yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh memutuskan untuk menyaman Sultan Azlan Shah kerana menurunkan Nizar dan menaikkan Dr Zambry.

Gambaran ini mungkin baru titik permulaan melibatkan sultan dan kesultanan Melayu. Yang mengecewakan ialah kebanyakan yang kelihatan mahu mencabar, derhaka dan berniat tidak baik terhadap institusi raja adalah bukan Melayu. Namun, mereka mungkin mempunyai alasan bahawa mereka menjadi pengikut sahaja kepada Nizar - pemimpin Melayu di Perak yang tidak mengendahkan titah perintah Tuanku Sultan Azlan Shah.

Nizar perlu ingat bahawa rakyat memilih beliau sebagai wakil di dewan undangan negeri sedangkan perlantikan beliau sebagai Menteri Besar adalah kerana pekenan Tuanku dan peraturan negeri yang menyebut Menteri Besar hendaklah dari kalangan Melayu dan beragama Islam.

Lantaran itu, apabila Tuanku menitahkan Nizar meletakkan jawatan, beliau hendaklah melakukannya dengan rela hati kerana Sultan Azlan menggunakan peruntukan dan perlembagaan yang sama.

Tidak ada sebab untuk Nizar menunggu keputusan mahkamah kerana beliau diangkat menjadi Menteri Besar Perak bukan melalui institusi mahkamah.

Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa semakin banyak orang khususnya pemimpin bukan Melayu yang berani berlaga angin dengan Raja dan institusi Raja di negara ini. Jika dahulu Hindraf atau parti-parti politik pembangkang sekadar menentang kerajaan termasuklah demonstrasi jalanan dan tunjuk perasaan ganas, kini mereka lebih agresif dan berani sehingga berhadapan dengan Tuanku Raja-raja Melayu!

Adakah mereka menyangka hanya orang Melayu sahaja perlu hormat dan taat-setia kepada Raja semata-mata perkataan ’Melayu’ digunakan? Jika itulah sangkaan mereka, kelompok bukan Melayu berkenaan adalah silap dan jauh tersasar.

Ungkapan Raja Melayu digunakan membawa maksud Raja itu mesti dari kalangan Melayu. Ini bermakna Raja Kumaran, Rajasekaran, Rajakumar dan Uthyaraja atau Seriraja tidak menepati maksud tersebut! Ulam raja, burung raja udang dan raja buah juga tidak berkaitan.

Kedudukan Raja-raja Melayu adalah amat tinggi. Dalam Rukunegara sendiri, selepas prinsip yang pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, kedaulatan raja-raja dijelaskan melalui prinsip kedua iaitu Kesetiaan kepada raja dan negara.

Taat setia kepada raja amat tinggi kerana selepas raja barulah diikuti kesetiaan kepada negara. Oleh itu jangan kita tersalah tafsir kononnya kita taat kepada negara sedangkan kita tidak menghormati langsung Raja-raja yang ada.

Ini terbukti apabila Sultan Selangor menyatakan rasa amat kecewa Tuanku dengan gejala tidak hormat terhadap Sultan Perak. Walaupun luahan hati Baginda Sultan Selangor itu tersiar luas dan mendapat liputan besar-besaran, namun, rakyat jelata masih tidak mengambil endah. Ahad, Sultan Kelantan pula membuat teguran dan luah rasa Baginda.mengenai perpecahan yang berlaku pada umat Islam di negara ini.

Adakah perlu kesemua Raja Melayu bangkit menyatakan hasrat dan rasa isi hati masing-masing?

Di Perak, V. Sivakumar nampaknya “menjadi terlebih raja’ daripada Raja yang ada. Beliau menggantung Menteri Besar dan enam EXCO daripada menghadiri sidang dewan, memecat setiausaha DUN dan mengadakan sidang DUN tanpa mendapat perkenan sultan.

Di Johor, Ketua Pembangkang dari DAP menyifatkan dasar bumiputera sebagai arpatheid dan Isnin, istilah itu bergema pula di Dewan Rakyat apabila disebut oleh Dr. P. Ramasamy (DAP Batu Kawan)

Dari demonstrasi jalanan, perhimpunan haram, dewan undangan negeri dan Parlimen, malah ke peringkat istana, rakyat negara ini sudah amat berani memperlecehkan semua institusi berkenaan.

Puncanya…? Puncanya ialah keputusan pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac 2008. Dalam pilihanraya tersebut, parti-parti pembangkang DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat berjaya menawan banyak kerusi sehingga gergasi-gergasi Barisan Nasional seperti Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu dan Presiden PPP, Datuk M Kayveas turut kecundang.

Kejayaan mereka memperoleh banyak kerusi Parlimen dan dewan undangan negeri sehingga berjaya pula menawan Selangor, Pulau Pinang dan Perak berpunca daripada kempen membenci kerajaan BN. Dan, pendokong kempen kebencian itu bukannya orang luar, tetapi orang Melayu sendiri!

Apabila Pulau Pinang dan Perak dikuasai DAP, nasib orang Melayu tidak terbela lagi. Kerana itulah ada arahan untuk merobohkan gerai yang sudah berusia kira-kira 30 tahun. Daripada 41 permohonan membalak diluluskan , pengusaha Melayu mendapat 11 sahaja

Di Selangor, projek ternakan babi mendapat perhatian utama walaupun kerajaan sebelumnya berbangga dengan masjid negeri dan pelbagai masjid baru lain yang telah dibina. Pendek kata, apa juga yang menyayat hati orang Melayu akan diberi keutamaan.

Inilah hakikat yang terpaksa dilalui apabila orang Melayu melalui UMNO yang menjadi teras dan tunjang keperkasaan BN dilihat dan ditanggapi sudah lemah. Kerana Melayu sudah lemah, orang lain mulai mempertikaian kedaulatan bahasa Melayu sehingga ada pula yang mencadangkan menaikkan martabat bahasa Mandarin sebagai bahasa penghantar.

Pergerakan Pemuda UMNO yang pernah diibaratkan sebagai harimau suatu ketika dahulu, kini boleh dipanggil ‘celaka’ sahaja kerana orang yang mengungkapkannya tentunya bertanya apa yang boleh Pemuda lakukan selain daripada menjerit dan tunjuk perasaan. Di Parlimen, oleh kerana wakil-wakil UMNO sudah berkurangan, begitu juga dengan komponen lain, wakil-wakil pembangkang selalu mengambil kesempatan memperlecehkan mereka atau perjalanan dewan itu sendiri..

Pendek kata, dalam segala hal, termasuk berkaitan institusi kesultanan Melayu, pihak pembangkang dan penyokong-penyokong mereka mampu memperkotak-katikkan orang Melayu.

Di sinilah, UMNO yang menjadi tonggak perjuangan dan rujukan orang Melayu harus bangkit kembali. UMNO perlu mengembalikan keperkasaan, kekuasaan, kegemilangan dan kebolehpercayaan awam. Pandangan umum bahawa UMNO adalah lubuk kekayaan harus dikikis dan digantikan dengan projek pembangunan kemanusiaan dan ekonomi.

Kepercayaan umum bahawa menyertai Pergerakan Pemuda UMNO adalah ibarat menyertai institusi perniagaan juga harus diperbetul agar lebih banyak orang menyertainya untuk sama-sama berjuang.

Menyertai Pergerakan Wanita bukanlah lagi dilihat sebagai aktiviti masak-memasak dan kegiatan lawatan sambil belajar sahaja, sebaliknya hendaklah dijadikan pemangkin kemajuan meliputi pelagai bidang.

Lantaran itulah, mulai 24 Mac ini, melalui Perhimpunan Agung partinya, UMNO mempunyai peranan dan tanggungjawab yang amat besar. Perhimpunan Agung itu bakal menjadi medan mencari formula mengatasi masalah dan medan mengatur strategi membalas serangan dan maju ke depan.

Forum Perhimpunan Agung itu kelak juga seharusnya dapat mengembalikan era kegemilangan Pergerakan Pemudanya .Siapa yang bakal menjadi pengganti Hishamuddin kelak bukan persoalan utama. Sebaliknya, apa yang lebih penting ialah apakah perancangan ketua itu untuk mengembalikan martabat Pemuda dan keyakinan umum terhadapnya.

Begitu juga hasrat umum mahu melihat Pergerakan Puteri dan Wanita berganding bahu dan tidak lagi cakap tak serupa bikin atau lain di mulut lain di hati. Puluhan calon yang bertanding untuk jawatan tertentu. Ini memungkinkan berlakunya berpuak-puak atau wujudnya kem-kem tertentu, dan sudah pasti banyak yang akan tewas daripada yang berjaya memegang jawatan.

Cabaran bagi mereka ini ialah untuk kembali bertaut membuktikan perpaduan, ikatan persaudaraan dan kesungguhan mereka demi kelangsungan UMNO dan orang Melayu. Ini amat penting kerana selesai sahaja Perhimpunan agung itu, mereka berhadapan pula dengan dua pilihanraya di Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau Kedah. Ada kemungkinan akan berlaku juga di Bukit Lanjan di Selangor.

Sesungguhnya perjalanan dan pengisian Perhimpunan Agung UMNO itu nanti akan menjadi perhatian dan penantian umum. Mereka percaya, melalui perhimpunan itu, bukan sahaja akan berlaku peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, ia akan diiikuti dengan pelbagai perubahan dan tindakan sewajarnya bagi membendung segala macam perkembangan negatif yang sedang berlaku kini. Benarlah UMNO parti orang Melayu, tetapi kehadiran parti keramat itu adalah sebagai tonggak BN yang meliputi kepentingan semua pehak.


Oleh: Badrul Hisham Abdul Aziz

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..