Followers

Saturday, March 14, 2009

NIK AZIZ - BUBAR DUN PERAK DULU BARU BOLEH SEPAKAT ATASI GAWAT EKONOMI

Dato' Seri Najib Razak wajar menterjemahkan saranannya yang mahu Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan politik supaya terlebih dahulu memulihkan kegawatan politik di Perak.

Ini kerana Timbalan Perdana Menteri itu dilihat banyak pihak sebagai orang yang bertanggungjawab menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di luar lunas demokrasi.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemimpin terbabit perlu mempamerkan keikhlasannya bagi meredakan kecamukan politik di Perak dengan memohon kepada istana supaya dibubar Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak.

Katanya, tiada cara lain lagi dalam situasi sekarang di Perak kerana pertembungan menggunakan undang-undang tidak boleh memuaskan hati semua pihak melainkan dikembalikan semula mandat kepada rakyat.

"Saya hairan kerana banyak pihak menunding jari ke arah Timbalan Perdana Menteri sebagai pencetus kepada krisis yang berlaku di Perak sekarang.

"Jadi bagaimana dengan mudah beliau mahu Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan politik bagi memberi fokus kepada perkembangan ekonomi dan rakyat," katanya di sini.

Semalam Najib dilaporkan mengajak Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan politik untuk bersama-sama kerajaan persekutuan memberi fokus kepada ekonomi dan rakyat.

Beliau mengajak semua pihak supaya berganding bahu dan berusaha gigih untuk mengembalikan ekonomi negara ke landasan pertumbuhan yang lebih kukuh dan mampan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, biarpun ucapan Menteri Kewangan ketika membentang mini bajet kelihatan bernas, namun pemulihan politik di Perak patut menjadi keutamaan kerana ia turut memberi kesan kepada perkembangan ekonomi.

Menurutnya juga peruntukan yang disediakan bagi merangsangkan ekonomi negara begitu besar dan ia perlu digunakan secara telus dengan mengamalkan tender terbuka dan bukannya mengutamakan kroni.

"Semua tender projek kerajaan perlu dibuat secara terbuka, berasaskan merit, dan track record syarikat yang diberi kontrak kerajaan bagi memastikan ia mendatangkan manfaat kepada rakyat dan bukan segelintir pihak sahaja," katanya.

Mengenai bon syariat yang diumumkan dalam mini bajet tersebut bagi memperkasakan ekonomi Islam, kata beliau sepatutnya kerajaan melihat dalam konteks yang lebih luas mencakupi akidah Islam.

"Apa salahnya selain tumpuan kepada ekonomi Islam, kerajaan pusat juga mengutamakan akidah Islam sebagai dasar bagi memulihkan seluruh sistem dalam masyarakat termasuk aspek sosial dan keadilan di Malaysia," katanya.

Menurut beliau titik pertemuan tiga bangsa utama di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India hanya dapat disatukan melalui akidah dan syariat Islam.

Kata beliau sekiranya kerajaan sukar untuk melihat contoh pelaksanaan pentadbiran berasaskan Islam, modelnya sudah ada di Kelantan sekarang - ya ke?..

Antaranya penghapusan judi, larangan hiburan melampau, sistem pajak gadai Islam (al Rahn), bantuan Ladang Rakyat, skim Takaful Armalah dan Takaful Kifaalah sudah dilaksana di Kelantan - rempit tak termasuk dlm pekej tok guru...

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, program kebajikan itu diterima semua kaum di negeri ini.

Katanya juga Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah mengagungkan sesuatu bangsa melainkan menjadikan Islam sebagai teras kepada perpaduan nasional dan keadilan sejagat.

Harakahdaily.


Ulasan...

Blogger Parpu Kari said...

TU YANG RUMAH MACAM REBAN AYAM DALAM UTUSAN ONLINE TU PUN BERKAT TUAN GURU JAGA KELANTAN TU...

UDAH UDAHLE TU TOK GURU, DEMO DAH SAKIT2 SELALU, RETIRED JELAH...

MAKIN BANYAK CAKAP MAKIN BANYAK SILAPNYA

March 14, 2009 7:53 PM

Delete
Blogger PaKMie said...

Salam Parpu dan kwn2...

Kalau kita fahami ayat yg Nik Aziz katakan itu sdh jelas pd kita bahawa beliau tdk perihatin kpd kesusahan kerajaan atau rakyat - Nik Aziz boleh di anggap sebagai parasit kpd Negara dan Islam...

Asalamualaikum...

March 14, 2009 7:58 PM

Delete
Blogger TokMudim said...

Guano Demo?


Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.

March 15, 2009 3:45 AM

Delete
Blogger Parpu Kari said...

Demo nie.. royak gapo!..

March 15, 2009 12:00 PM

Delete
Blogger mimpi916 said...

Nampaknya puak erdogan dah start mengigit..

March 15, 2009 7:03 PM

Delete

6 comments:

PARPUKARI said...

TU YANG RUMAH MACAM REBAN AYAM DALAM UTUSAN ONLINE TU PUN BERKAT TUAN GURU JAGA KELANTAN TU...

UDAH UDAHLE TU TOK GURU, DEMO DAH SAKIT2 SELALU, RETIRED JELAH...

MAKIN BANYAK CAKAP MAKIN BANYAK SILAPNYA

PaKMie said...

Salam Parpu dan kwn2...

Kalau kita fahami ayat yg Nik Aziz katakan itu sdh jelas pd kita bahawa beliau tdk perihatin kpd kesusahan kerajaan atau rakyat - Nik Aziz boleh di anggap sebagai parasit kpd Negara dan Islam...

Asalamualaikum...

Jumayatara said...

Guano Demo?


Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.

HousePK said...

Demo nie.. royak gapo!..

MyIdea said...

Nampaknya puak erdogan dah start mengigit..

Panglima Perang Cyber said...

Makluman :

Semua blogger yang siar logo BPN diminta tanpa paksaan untuk memerika beberapa perkara di bawah ini :

- Logo mesti berada di bahagian atas blog

- List ahli Bpn tidak bercampur dengan bukan ahli dan sentiasa dikemaskini berdasarkan list bpn saya.

- Chatroll dipasang di blog

- Resolusi terkini mestilah disiarkan di blog masing masing.



Selain itu BPN juga berharap agar semua dapat mengaktifkan Yahoo Messenger masing masing dan telah pun add YM Panglima bagi urusan perang siber dan juga apa apa sebaran am BPN yang terkini.

Etika Blogger BPN akan dibuat atas permintaan sahabat BPN demi memastikan BPN terus gagah dan kukuh dari semasa ke semasa.

Kegagalan mematuhi Etika BPN akan menimbulkan masalah dan akan dikenakan tindakan sewajarnya seperti digantung atau dibuang keahlian.

Sebarang kekeliruan atau persoalan boleh dinyatakan kepada saya menerusi email atau YM.

Sekian,


yang benar,

Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com

Ahad 15 Mac 2009

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..