Followers

Saturday, July 9, 2011

1667 DITANGKAP BERIKUTAN PERHIMPUAN HARAM BERSIH

altSeramai 1667 orang ditangkap sepanjang perhimpunan haram Berih di ibu negara sejak awal pagi sehingga lewat petang Ahad.

Kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram di sekitar bandaraya Sabtu akhirnya bersurai mulai 5 petang, namun polis masih berada di lokasi tertentu bagi memastikan keadaan kembali tenteram seperti sedia kala.

Menjelang 6 petang, beberapa kawasan yang sebelum ini sesak kerana menjadi tumpuan demonstrasi jalanan, menjadi lengang manakala lalu lintas kembali pulih apabila peserta demonstrasi meninggalkan lokasi tersebut.

Tinjauan Bernama mendapati polis masih meneruskan sekatan jalan raya di jalan utama menuju pusat bandaraya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu sidang akhbar di Bukit Aman, keadaan sekitar bandaraya terkawal mulai 5 petang.

Bagaimanapun, beliau berkata polis akan memantau keadaan.

Di Stadium Merdeka, beberapa trak yang membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat meninggalkan lokasi, manakala peserta perhimpunan sudahpun bergerak dari kawasan tersebut kira-kira 5 petang.

Premis perniagaan di sekitar Bintang Walk, Bukit Bintang kembali beroperasi sejak 3.30 petang, manakala pelancong asing dilihat berada di kawasan yang menjadi tumpuan.

Agendadaily difahamkan, Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan petang Sabtu selepas memberi kenyataan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Bercakap selepas dibebaskan pada jam 6.30 petang ini, Ambiga mengucap syabas kepada rakyat Malaysia yang keluar beramai-ramai menyertai perarakan Bersih hari ini.

Sehingga jam 4 petang suasana sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur yang kecoh dengan perhimpunan haram Bersih di beberapa lokasi masih belum reda.Namun keadaan masih terkawal.

Antara pusat tumpuan waktu ini ialah di Jalan Pudu, beberapa jalan menghala ke Stadium Merdeka, depan KLCC dan sekitar Sogo Jalan Tunku Abdul Rahman.

Lebih 600 orang sudah diberkas termasuk Pengerusi Bersih Datuk S Ambiga.Juga Ketua Patriot Khairy Jamaluddin.

Sebelum itu polis telah berkaya menyekat perarakan para pemimpin pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Datuk Seri Haji hadi Awang dan lain-lain dari KL Sentral sebelah Brickfields untuk ke Stadium Merdeka.

Kerana engkar arahan bersurai dan cuba melanggar sekatan polis, gas pemedih mata dilepaskan.

Ini membuatkan mereka berpatah balik ke KL Sentral.

Di situ Ambiga ditahan.




Sehingga jam 12.50 tengahari ini keadaan di sekitar Kuala Lumpur masih terkawal ekoran ‘ sekatan’ menyeluruh pasukan polis di sebilangan kawasan diduga panas sejak awal pagi Sabtu.

Belum ada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.

Dalam pada itu seramai 441 orang yang disyaki menyusup masuk untuk menyertai perhimpunan Bersih sudah ditahan setakat ini.


Sementara itu pada jam 12.35 tengahari pihak FRU telah melepaskan tembakan gas pemedih mata ke atas para penyokong Bersih depan Agro Bank tidak jauh dari Dataran Merdeka.

Sebelum itu terdapat lebih 1,000 orang berkumpul di belakang stesen KTM lama. Polis bertindak suraikan mereka.

Dari tinjauan suasana sekitar Kuala Lumpur sejak pukul 8.30 pagi ini, kelihatan lengang berikutan beberapa jalan memasuki ke pusat bandar ditutup berperingkat ekoran beberapa pihak merancang mengadakan perhimpunan haram.

Keadaan trafik bagaimanapun dilihat terkawal dengan anggota polis berada di beberapa kawasan bagi mengawal lalu lintas ke pusat bandar, dengan kerjasama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sejak pukul 12 tengah malam tadi, polis telah menutup beberapa jalan masuk ke pusat bandar dan trafik dilencongkan ke beberapa jalan lain.

Antara jalan yang ditutup ialah Jalan Syed Putra, Jalan Bukit Petaling, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara;

Kawasan di sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Bot, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Haji Taib.

Jalan lain yang turut ditutup ialah Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Lok, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

Sementara itu, perkhidmatan bas di tiga terminal utama di Kuala Lumpur beroperasi sementara di terminal lain sejak awal hari ini.

Perkhidmatan bas ekspres dari Pantai Timur di Terminal Hentian Putra dan bas SKS (dari Seremban) di Pudu Raya dipindahkan sementara ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan.

Perkhidmatan bas di Terminal Hentian Pudu Raya dan Terminal Hentian Jalan Pekeliling pula dipindahkan sementara ke Terminal Hentian Duta, Jalan Duta.-9/7/2011




alt


No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..