Followers

Tuesday, October 4, 2011

2012 : BUDGET JANJI ANWAR...DAN BUDGET UNTOK DILAKSANA DS NAJIB

Kenapa Anwar dan pakatan memilih untuk membentangkan Belanjawan/Bajet 2012 mereka lebih awal dari apa yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional? Secara tersuratnya ialah kerana Anwar mahu terlebih dahulu mencuri perhatian rakyat yang ingin melihat belanjawan yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri.

Manakala secara tersiratnya pula, Anwar dan Pakatan sebenarnya diibaratkan “menembak didalam keadaan yang gelap”. Ini kerana, Anwar dan pemimpin-pemimpin Pakatan pastinya mengharapkan Bajet bayangan edisi Pakatan 2012, menyamai Bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri.

Ini sekaligus akan memberi peluang kepada Anwar dan para pemimpin Pakatan menyebarkan dakyah bahawa kepimpinan UMNO/Barisan Nasional telah menciplak idea mereka didalam belanjawan tersebut. Dan mereka mahu rakyat percaya bahawa Pakatan itu lebih baik dari Baisan Nasional didalam menentukan hala tuju ekonomi negara.

Kepada setiap penganalisis politik, ini semua sebenarnya adalah permainan lama Anwar Ibrahim. Ketua Umum Pakatan ini memang bijak mencuri perhatian dan mengambil kredit dari hasil usaha pihak lain. Lihat sendiri bagaimana pemansuhan Akta I.S.A oleh Perdana Menteri telah dicanangkan kepada rakyat sebagai usaha dari Pakatan Rakyat.

Yang sebenarnya, DS Najib telah membayangkan untuk menghapuskan akta tersebut sejak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi. Jadi ia bukan lah sesuatu yang mengejutkan jika setelah menjawat jawatan Perdana Menteri, beliau menghapuskan akta tersebut dan digantikan dengan yang baru.

Apa yang Anwar dan Pakatan mampu lakukan jika DS Najib tak berniat menghapuskan akta tersebut? Sudah tentunya tiada apa kerana mereka tak mempunyai kuasa kalau hanya sekadar melalak di kandang sebagai pembangkang.

Begitu juga didalam isu Bajet 2012 ini, kita harus melihat siapa yang mampu melaksanakan dan menunaikan janji-janji kepada rakyat keseluruhan, bukannya melihat kepada siapa yang lebih bijak berjanji. Jangan tersilap membezakan diantara yang hanya pandai menabur janji, dan juga yang mampu tunaikan apa yang dijanjikannya.

Anwar dan Pakatan seperti biasa hanya akan mainkan politik persepsi. Anwar sedar dia tak mempunyai kuasa untuk berbuat sesuatu didalam keputusan kerajaan. Jadi cara yang paling mudah ialah, Anwar cuba meneka apa yang sedang dirancang oleh kerajaan dan membuat persepsi terlebih awal.

Malangnya, tidak ramai pihak didalam kerajaan sendiri mampu membuat “counter perception” terhadap permainan politik Anwar Ibrahim. Ini menjadikan, permainan persepsi Anwar tersebut akan sedikit sebanyak akan mempengaruhi rakyat yang kurang faham mengenai senario yang sebenar.

Dan sebagai rakyat, kita seharusnya bijak menilai keadaan politik semasa. Tak kisahlah jika Bajet yang dibentangkan oleh Anwar itu mirip dengan apa yang dibentangkan oleh DS Najib Tun Razak. Yang pentingnya ialah rakyat mendapat semua faedah dari Bajet tersebut.

Yang paling utama, tanggung jawab rakyat ialah bersyukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada kepimpinan negara jika Bajet 2012 ini menguntungkan rakyat dan juga negara. Tak perlu rasanya untuk berterima kasih kepada Anwar dan Pakatan sebab sesiapa pun mampu untuk melontarkan pelbagai janji, tapi yang penting ialah siapa yang mampu menunaikannya.

Mykmu

1 comment:

anak kel said...

percayalah, badjet anuar lebih baik dari badjet najib. kerana badjet anuar hanya untok menipu dan badjet najib untok dilaksanakan.ibarat seorang miskin yang sedang berkhayal. kalau aku kaya ,aku akan sedekahkan 2/3 dari harta aku kepada fakir miskin.bila dia akan jadi kaya tak tahu, mungkin sampai mati pon tak kaya sebab dia adalah pemalas dan bodoh pula cuma tahu menipu sahaja.sedangkan najib mempunyai sedikit kuasa dan sedikit wang maka budjetnya mesti seimbang dengan apa yang dia ada.najib tak boleh menipu kerana apa yang di tuturkan akan di tuntut oleh rakyat.lain dengan anuar tipu sana tipu sini pon tak apa sebab dia tiada tanggung jawab.tapi hairan ada segelintir manusia percaya dengan apa yang anuar kata.contoh jam tangan dan klip vedio. walau pon pakar mengata kan video itu tulen dan jam tangan anuar tak boleh tunjukkan ,masih ada yang percaya dengan kata anuar itu semua adalah fitnah UMNO.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..