Followers

Thursday, April 23, 2009

SAIFUL FAIL SAMAN FITNAH

SHAH ALAM 23 April - Bekas pembantu peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Saiful Bukhari Azlan hadir ke Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk memfailkan saman fitnah bagi menuntut ganti rugi RM2 juta berhubung enam artikel yang ditulis dan disiarkan pahangdaily.blogspot.com yang memfinah dirinya.

Mohd. Saiful yang memakai kemeja putih lengan panjang dan bersongkok hadir bersama peguamnya, Zamri Idrus untuk memfailkan writ saman tersebut pada pukul 2.40 petang - Utusan.

SATU GURU SATU LAKONAN KITA NANTIKAN DIPAWAGAM N21 PENANTI.

Ahli Parlimen Wangsa Maju (PKR) Wee Choo Keong menulis dalam blognya, "PKR, sebagai sebuah parti politik, mempunyai hak untuk membuat keputusan sendiri dan tidak perlu berunding dengan sesiapa apabila kami perlu membuat keputusan politik di mana fakta waktu adalah paling mustahak."

Menurutnya PKR juga tidak dibawa berunding apabila DAP melantik "orang tertentu" sebagai ahli Exco di Pulau Pinang dan Selangor "walaupun mereka tidak sesuai untuk jawatan tersebut".

Dalam Exco Pulau Pinang, PAS tidak mempunyai seorang pun wakil walaupun mereka juga adalah sebahagian dari kerabat Pakatan Rakyat.

Adakah ni bermaksud PAS tidak mempunyai ADUN yang layak untuk dilantik ke jawatan itu? atau DAP dan PKR tidak mahu imej "Islam" PAS dalam kerajaan Pulau Pinang? wahai orang-orang Pas tidak mahu mengaku lagikah anda bahawa sebenarnya Pas sekarang sudah menjadi parti garfu yang hanya digunakan seketika masa makan orang kenamaan/VVIP di tempat-tempat standand sahaja selepas itu tidak diguna pakai lagi. Dimana label Islam yang kononnya Pas bawa selama ini?Kalau dengan Umno siang-siang Pas sudah laungkan awal-awal lagi sebagai parti kapir tetapi kalau dengan DAP, Pas sanggup memberi layanan yang begitu istimewa sekali. Seandainya Umno itu kapir, ternyata Pas lebih kapir dari Umno masakan tidak DAP sudah secara terang terangan menolak Islam di negara ini. Namun pemimpin Pas sentiasa menolak andai ini sebaliknya menuduh Umno parti sesama Islam itu sendiri sebagai kapir. Pas sudah terpesong jauh dari landasan Islam sebenar. Padahal dalam hati sanubari masing-masing sudah akur Umno lah yang sebenarnya memperjuangkan Islam dinegara ini yang sudah sekian lama.

PAS Permatang Pauh membuat usul untuk parti itu bertanding di Penanti. Jika ini berlaku bermakna sekali lagi pergolakkan dalam pembangkang akan berlaku. Kita akan menyaksikan satu lagi sendiwara melimpar batu sembunyi tangan, marah kan bapak mertua isteri dipukul. Seperti biasa segala tempias ini akan dilontarkan ke muka DS Najib dan kerajaaan UmnoBN juga dipersalahkan. Inilah cara hidup parti Pembangkang untok memerintah negara ini. Arahan dan lakonan dibawah pimpinan pengarah filem dan pelakon terkenal Anwar Ibrahim dalam kamus politik negara masakini. Episod menyalahkan orang lain demi menjaga rumah tangganya yang sudah purah puranda menunggu tersungkur rebah kebumi melalui lakonan layar hebat yang sudah tentu boleh mengatasi siri ceriter keluarga 69 suatu ketika dahulu. Sama-sama lah kita saksikan nanti di N21 Penanti. Kepada sesiapa yang berminat sila lah layari blog ini dari masa kesemasa. Selamat menonton!...

Ulasan...

Blogger Darulehsan said...

sedih sekali kerana anda ingin menjadikan ketiadaan exco pas dalam kerajaan di penang.

pakmie saya nak tanya pas menang berape kerusi kat penang.

kat perak pas menang berapa kerusi

kat selangor pas menang berapa kerusi.

kenapa tak ada wakil dari perlis dalam kabinet najib?

April 23, 2009 9:20 PM

Delete

Wednesday, April 22, 2009

ELI BOM JANGKA KEPADA KEPIMPINAN PKR


BOGEL ELI DISELIMUTI OLEH ANWAR, KHALID DAN NIK AZIZ MANAKALA ISU FAIRUS DIBIAR TERKANKANG DAN TERBUKA LUAS TANPA PEMBELAAN.

Ada dua senario berbeza dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Satu untung dan satu malang.Untung jika namanya ialah Elizabeth Wong - bukan sahaja ‘bebas’ daripada sebarang ‘dosa’ malah terus dibela.

Malang jika namanya Mohamad Fairus Khairuddin – bukan sahaja berhadapan dengan tekanan pucuk pimpinan sendiri tetapi terpaksa melepaskan semua jawatan ,Timbalan Ketua Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti dan kini berseorangan untuk membersihkan dirinya.

Elizabeth atau panggilan manja diberikan oleh PKR Eli, yang pernah jadi pembantu kepada Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak perlu gundah gulana jika ada badai yang melanda, pembelaan akan tetap datang.

Terbaru apabila set gambar baru,empat keping dicantum jadi satu juga semasa tidur, kali ini lengkap berpakaian mula disebarkan sebagai susulan kepada gambar kedua kakinya ‘terbuka’ dan kain ‘terselak’, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cepat-cepat mempertahankan Exco yang mula tegas hendak meletakkan jawatan tetapi menelan balik ketegasannya itu.

Rayuan yang dibuat oleh Khalid ialah sesiapa sahaja yang menyimpan gambar-gambar Eli hendaklah menyerahkannya kepada pihak berkuasa kerana menyimpannyau adalah kesalahan di sisi undang-undang. Hakikatnya yang menjadi bahan bualan, isu Eli ini mengundang percanggahan yang ketara dalam kepimpinan PKR sendiri.

Bagi yang menyokong, walaupun gambar yang tersebar itu dikatakan adalah cerminan kepada kehidupan sosial sebenar Eli yang ‘bebas’ membawa lelaki ke dalam rumahnya hingga boleh merakamkan gambar pelbagai aksi, ia dianggap kehidupan peribadi dan tidak boleh dipersoalkan.

Namun bagi yang menentang, ia dianggap sebagai ‘bom jangka’ kepada kepimpinan PKR kerana sedar mungkin banyak lagi rakaman aksi-aksi yang akan disebar selepas ini setelah beliau menerima semula jawatan Exco kerajaan negeri Selangor.

Malah Ahli Parlimen PKR kawasan Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin secara terbuka mengisyrtiharkan dirinya ‘mufaraqah’ atau memisahkan dirinya daripada keputusan yang dibuat oleh kempinan PKR membenarkan Eli menyertai kerajaan Selangor semula.

Penentangan dalaman PKR terhadap Eli dapat difahami kerana menurut cerita banyak lagi kisah-kisah mengenai Eli yang mereka khuatiri akan mucncul ke permukaan.

Ikut cakap-cakap yang tersebar, kebimbangan paling besar ialah isu Eli akan terus menjadi duri dalam daging kepada PKR termasuk desas desus mengenai ‘port’ yang selalu dikunjungi oleh Eli dengan bekas teman lelakinya Helmi Malek di Sentul.

Helmi,bekas pembantu seorang Ahli Parlimen PKR di Selangor yang dicari polis untuk bantu siasatan mengenai kes pengedaran gambar pertama dulu itu masih belum muncul sampai hari ini.
Lelaki yang sudah beristeri itu dipercayai bersembunyi di sebuah negara jiran selepas heboh tentang pengedaran set gambar pertama dulu.

Melihat pada set gambar terbaru yang disiarkan di sebuah laman blog jelas menunjukkan Elizabeth sedang tidor di tempat sama dengan gambar sebelum ini iaitu diatas sofa.

Ada kemungkinan set gambar terbaru ini diambil oleh orang yang sama. Penyebaran set gambar terbaru Eli adalah asas kepada kebimbangan sesetengah kepimpinan PKR mereka akan berhadapan dengan serangan lebih dahsyat mengenai isu moral pemimpin parti itu sendiri kerana selama ini PKR adalah jaguh menuduh orang lain tidak bermoral.

Ulasan..

Blogger nalapambu said...

Kepada pencacai2 UMNO,
Kenapa anda semua sangat sebuk tentang rumah tangga orang lain. Sedangkan rumah-tangga anda hampir roboh dan menunggu rebah kebumi.

4 PRK BN/UMNO sudah tewas. Di N12 Penanti BN/UMNO nampak nya tidak berminat bertanding - TAKUT KALAH(MALU).

JANGAN sebuk hal orang lain - TS.Muhyiddin Yassin TPM tentu setuju cakap saya. Kerana beliau telah berkata, BN/UMNO cuma ada masa DUA TAHUN SAHAJA untuk di pulihkan.

Malang sungguh, pencacai2 UMNO ini langsung tidak ada idea bagaimana hendak pulihkan BN/UMNO.

So, BN/UMNO cuma tunggu masa sahaja untuk mati.

April 22, 2009 2:04 PM

Delete



Tuesday, April 21, 2009

MELAYU PEMBANGKANG - MENANG SORAK PULAU PINANG TERGADAI.

Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim hari ini membidas tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menggunakan media sebagai perantaraan untuk menyatakan perasaan tidak puas hatinya terhadap parti itu serta penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, tindakan Guan Eng menyuarakan kekecewaannya berhubung isu calon pengganti Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) serta peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Penanti menerusi media adalah tidak wajar kerana kedua-dua parti itu mempunyai saluran dalaman untuk berbincang.

"Sebagai parti yang bergabung di bawah satu pakatan, mengapa beliau tidak boleh berbincang sendiri dengan Anwar atau saya berhubung isu mencari calon pengganti Mohammad Fairus sebagai TKM1 dan ADUN Penanti? Mengapa suka sangat meluahkan perasaan kepada media? Apakah kita sudah tidak ada saluran untuk berbincang mengenai perbezaan pendapat yang timbul?" katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, sikap Guan Eng gemar menuding kepada Anwar kononnya pemimpin itu tahu semua dan merancang mengenai tindakan Mohammad Fairus amat tidak disenanginya kerana ia jelas menunjukkan bahawa Guan Eng tidak menghormati perasaan rakan kongsinya di dalam kerajaan Pulau Pinang.

"Kita bukan hendak membelakangkan dia tetapi kita sedang menyelesaikan perkara yang berlaku di dalam parti berikutan keputusan peribadi yang dibuat oleh Mohammad Fairus untuk melepaskan semua jawatannya. Mengapa perlu tergesa-gesa dalam soal ini," katanya.

Zahrain menegaskan bahawa keputusan mengenai calon pengganti TKM1 dan ADUN Penanti adalah hak PKR dan Guan Eng tidak perlu mencampuri urusan parti itu.

"Memang benar selaku Ketua Menteri, beliau mempunyai kata muktamad tetapi sekurang-kurangnya bagi peluang kita menentukan apa yang kita mahu dan dia perlu mendengar dahulu apa yang kita usulkan. Jangan sewenang-wenangnya mahu masuk campur urusan parti kita," katanya dengan nada kecewa.

Bernama.

Monday, April 20, 2009

APA BEZANYA LAWAK BODOH AMIR DENGAN PERMUTAR ALAM BANG NUAR!!!

Bisa sunggoh bang Nuar. Kehebatan raja lawak astro Nabil menjadi tenggelam terus. Apatah lagi dengan pelawak bodoh Amir. Beberapa bulan lepas Amir juga mampu sampai kefinal raja lawak astro diatas kejahatan penghantar-penghantar sms yang tak henti-henti memberi undi kepada Amir sekaligus memaksa Amir sampai kefinal raja lawak astro. Kesian Amir cita-citanya tinggi melangit tetapi lawaknya entah apa-apa. Jauh lagi jika mahu menonton nya untok menghiburkan hati, hanya sekadar ilang tension bolehlah. Dengan kehendak dan kerelaan hati para pengundi sms sanggup menghabis duit kerana lawak bodoh Amir. Akhirnya diatas undi yang banyak diperolehi dan tak putus-putus memberi undi kepada Amir menyebabkan Amir dapat kefinal. Kesian kepada peserta lain yang ternyata lebih layak.PaKMie cuba mengajak sahabat-sahabat semua berfikir sejenak apa beza nya Pelawak bodoh Amir dengan Permutar Alam bang Nuar?

Jika ada juara anugerah Pemutar Alam sudah tentu anugerahnya dapat kepada bang Anwar. Sehingga suasana politik tanah air pun boleh diubah jika bang Anwar mahu lakukan - bisa sunggoh bang Nuar!. Membuatkan PM Najib bersama parti komponen BN mencari fomula lain untok menlenyap politik putar alam Anwar. Sejak akhir-akhir seperti yang kita maklum sudah berlaku trend yang mana sikap sesetengah ahli politik pembangkang yang begitu mudah untuk melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atas faktor peribadi. Murah sungguh nilai mereka ini semua. Jika tahu anda bukan seorang yang boleh bekerja sebagai ahli politik, untuk apa menyertai pilihan raya?

Semuanya hanya mengikut telunjuk Anwar Ibrahim. Disuruh bertanding, bertanding. Disuruh letak jawatan, letak jawatan. Ini hanya menunjukkan perlakuan ahli-ahli di rimba dan pemutar alam. Jika mereka ikhlas berkhidmat untuk rakyat, sudah tentu mereka tidak akan melepaskan jawatan sesuka hati.

Kasihan PaKMie kepada penyokong pembangkang yang membuta tuli dan menutup pintu hati mereka daripada melihat kejelikan pemimpin mereka yang sebenarnya tidak layak langsung memimpin sama sekali!

Kerajaan seharusnya meminda semula akta Pilihan Raya yang menetapkan bahawa satu-satu pilihan raya hanya boleh diadakan jika berlaku kematian sahaja. Jika ada yang melepaskan jawatan, calon yang mendapat undi kedua tertinggi pada pilihan raya sebelumnya secara automatik akan menggantikan pemegang jawatan terdahulu. Tidakkah ini tindakan yang adil kepada pengundi-pengundi?

Setiap calon mendapat undi-undi mereka. Sewajarnya mereka diberi hak untuk memegang jawatan jika yang lama melepaskan jawatan. Ini juga untuk memudahkan proses demokrasi tanpa perlu berbelanja lebih. Pembangkang juga sudah pasti kecut perut jika peraturan ini dimasukkan ke dalam akta. Sudah pasti mereka tidak akan melulu melepaskan jawatan yang disandang semata-mata untuk menunjukkan kepopularitian mereka.

kita tengok apa sudah jadi kepada Permatang Pauh, Bkt Selambau. Faktor gila kepada kuasa Anwar sanggup menyuruh Azizah letak jawatan. Di Bkt Selambau sampai sekarang pun bekas wakil rakyat PKR yang letak jawatan kerana isu moral hilang entah dimana. Di Bkt Lejang, di DUN Penanti. Banyaknya membazir duit kerajaan.

Najib PM berkata tidak guna BN menyertai Piliharaya jika faktor-faktor seumpama itu dikosongkan jawatan oleh DUN. Pembaziran masa dan wang yang banyak dalam setiap kali menampong kos pilihanraya. Bagi Pembangkang tiada masalah, Anwar tiada masalah dengan pembaziran seperti ini sebab bagi Anwar hanya mahukan kepada kuasa PM semata-mata lagi pun duit Anwar lebih banyak dari kerajaaan. Negara bangkrup, rakyat huruhara tidak menjadi masalah bagi Anwar lagi senang untok beliau meneruskan cita-cita mereka. Bisa sunggoh Anwar, tiada sesiapa dapat memecah rekord Anwar. Bahagian kes liwat sahaja tiada siapa yang dapat tandingi. Pakej Anwar untok menghancurkan Negara ini sudah cukup sebenarnya. Tanpa kita sedari Anwar pun sudah menlaksakan tugas-tugas itu. Tugas yang diberikan oleh Yahudi kepada Anwar untok menghancurkan negara ini dengan limpahan duit berbilion ringgit disediakan oleh yahudi laknatullah.

Ulasan...

Blogger Wong Pencen said...

"...Kerajaan seharusnya meminda semula akta Pilihan Raya yang menetapkan bahawa satu-satu pilihan raya hanya boleh diadakan jika berlaku kematian sahaja..."

Memang satu idea yang bijak sekiranya PaKMie memang mahukan BN dan UMNO terus kehilangan sokongan. Memang satu idea yang berkesan untuk menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan BN dan UMNO memang hanya akan berbuat sesuatu termasuk menggubal undang-undang atau memperkenalkan peraturan yang hanya menguntungkan pihaknya sahaja tanpa mempedulikan apa pandangan dan kehendak rakyat yang memilih mereka.

Memang idea yang baik yang sepatutnya hanya dikemukakan oleh mereka yang memang mahu melihat BN dan UMNO terus malap tetapi bukan dari PaKMie yang berdasarkan penulisannya seperti mahukan BN dan UMNO terus meneraju pemerintahan negara.

Mengapa saya katakan demikian? Selak sedikit sejarah pilihanraya di Malaysia dan kita akan dapat lihat dengan jelas bahawa apa yang berlaku sekarang ini bukan kejadian kali pertama. Permatang Pauh mungkin kali pertama ianya dilakukan oleh bukan BN. Bukit Selambau kali kedua dan Penanti ketiga.

Sebelum ini, ada beberapa kali perletakan jawatan ADUN disengajakan untuk memberi laluan kepada calon lain supaya calon yang baru tersebut dapat dilantik memegang jawatan di peringkat negeri.

Yang lebih hebat lagi, bukankah BN dan UMNO yang sering memutuskan untuk mengadakan pilihanraya sebelum habis tempoh 5 tahun, sebagaimana ditetapkan dalam peraturan pilihanraya?

Kita dapat membuktikan kenyataan di atas tanpa perlu merujuk kepada tarikh-tarikh pilihanraya umum diadakan. Kita merdeka baru lebih sedikit dari 50 tahun. Tahun lalu kita sudahpun melalui PRU12. Kira-kira mudah akan menunjukkan kita sudah terlebih bilangan PRU berbanding bilangan sekiranya ianya hanya dijalankan sekali sahaja dalam setiap 5 tahun.

Mengapa baru sekarang kos menjadi satu isu? Bukankah kesan tindakan di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti hanya melibatkan pilihanraya kecil? Bukankah kos pilihanraya kecil ini jauh lebih rendah berbanding PRU?

Memang Melayu mudah lupa. Namun Melayu hari ini, walaupun lupa, masih tahu dan mahu membelek semula maklumat lama untuk membuat rujukan.

Maka dengan itu, eloklah kita membuat rujukan juga sebelum membuat sebarang cadangan kerana cadangan kita mungkin akan mendatangkan kesan yang sebalik dari yang kita harapkan.

Elok-elok kita mahu memaparkan kebaikan BN dan UMNO sekaligus memburukkan PR, kita telah memaparkan keburukan BN dan UMNO. Bukankah cara pemikiran sesuatu golongan penyokong akan menggambarkan cara pemikiran kepimpinan golongan tersebut?

April 21, 2009 4:50 PM



Blogger PaKMie said...

Wong Pencen dan rakan2...

Pengundi merasakan pilihan raya kecil bagi DUN Penanti, Pulau Pinang, tidak perlu kerana ia hanya akan menyusahkan rakyat. Bayangkan bagi pengundi DUN Penanti yang tinggal di luar Pulau Pinang, ia adalah sesuatu yang menyusahkan kerana terpaksa balik kampung semata-mata untuk mengundi.

Bukan hendak menafikan hak kami sebagai pengundi, tetapi cuba fikir bagi yang tinggal di Kuala Lumpur terpaksa balik ke kampung. Fikirkan kos yang terpaksa ditanggung oleh pengundi seperti tambang, petrol dan tol, dalam kegawatan ekonomi sekarang.

ADUN Penanti tidak perlu letak jawatan kerana sebabnya tidak munasabah. Rakyat pun sudah muak dengan permainan politik seperti ini. Terlalu kerap pilihan raya kecil diadakan sejak akhir-akhir ini. Rasanya rakyat macam diperbodoh-bodohkan. Janganlah sampai menyusahkan rakyat, sebaliknya tumpukan sahaja pada agenda untuk kepentingan rakyat.

Cukuplah pilihan raya hanya dibuat lima tahun sekali, kecuali ADUN atau Ahli Parlimen tertentu meninggal dunia. Tidak perlu diadakan pilihan raya kecil setiap kali ADUN meletak jawatan.

Setiap kali pilihan raya kecil kerajaan membelanjakan wang berjuta-juta ringgit. Elok wang tersebut diagihkan kepada orang-orang miskin atau disumbangkan untuk pembangunan sesuatu projek rakyat, sekurang-kurangnya ia bermanfaat untuk kepentingan rakyat.

Ingatlah ADUN dan Ahli Parlimen dipilh oleh rakyat untuk membawa masalah rakyat di Dewan Undangan Negeri atau di Parlimen. Rakyat bukan memilih mereka untuk menunjukkan siapa yang lebih berkuasa tetapi untuk memikirkan kepentingan rakyat.

Janganlah terlalu sibuk untuk berpolitik hanya untuk kepentingan diri, pangkat kedudukan dan jawatan. Sebaliknya fikrkanlah masalah yang dihadapi oleh rakyat dan sumbangkanlah sesuatu yang bermanfaat untuk rakyat. Semoga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan.

April 21, 2009 9:28 PM

Delete
Blogger PaKMie said...

Parti komponen Barisan Nasional (BN), Parti Progresif Rakyat (PPP) mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melantik calon kedua mendapat undi terbanyak dalam pilihan raya sebagai wakil rakyat sekiranya Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Anggota Parlimen yang menang di kawasan itu meletak jawatan.

Pengerusi PPP Kelantan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff berkata, cara demikian dapat mengurangkan kerenah wakil rakyat yang meletak jawatan sewenang-wenangnya di samping mengelak pembaziran wang rakyat.

''Kalau setiap kali letak jawatan kena ada pilihan raya, bermakna kerajaan terpaksa mengeluarkan wang rakyat dan ini membazir,'' katanya kepada Bernama ketika mengulas peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti minggu lepas.

Nik Sapeia berkata, sepatutnya ADUN dan Anggota Parlimen memberi tumpuan dalam membantu rakyat di kawasan yang dimenangi, bukannya menimbulkan masalah kepada penduduk di kawasan terbabit.

''Sekiranya itulah cara menyelesaikan masalah, dengan meletak jawatan, bukan sahaja wang rakyat dibazirkan tetapi juga tenaga dan masa,'' katanya.

Beliau berkata, tindakan meletak jawatan itu tidak memperlihatkan pemimpin yang dipilih oleh rakyat memperjuangkan kehendak rakyat tetapi lebih kepada mementingkan sentimen politik.

Justeru, adalah lebih baik peluang itu atau kerusi yang disandang oleh individu berkenaan diserahkan kepada mereka yang pernah bertanding dan mendapat undi kedua terbanyak tanpa mengira parti politik yang diwakilinya.

Nik Sapeia bagaimanapun bersetuju agar SPR mengadakan pilihan raya semula sekiranya seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia.

Katanya, kerajaan perlu mengkaji semula peraturan letak jawatan seseorang wakil rakyat yang dilakukan dengan sewenang2nya.

April 25, 2009 2:19 AM

Delete



KALAU TIDAK AZIZAH, ANWAR TKM PP??

DUA hari selepas mengumumkan perletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin iaitu pada 19 Mac dikatakan turut menyerahkan surat tidak lagi menjadi Adun N 12 Penanti.


Namun rupa-rupanya Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim menyimpan surat itu dan hanya mendedahkannya pada 14 April, menyebabkan Ketua Menteri Lim Guan Eng terkilan kerana tidak diberitahu lebih awal isu ini.

Tunggulah Guan Eng, ada banyak lagi tindak-tanduk Anwar yang pasti akan mengklentong kamu kelak. Jika sudah puas mencapai matlamatnya, Anwar mungkin juga mengatur strategi lebih licik bagi menghumban DAP sebagaimana orang yang pernah menjadi konconya seperti Ezam Mohd Nor dan Ghani Haroon – dipinggirkan walaupun mereka ini sanggup masuk penjara kerana DSAI.

Lebih menarik lagi, akhbar kerdil Buletin Rakyat di muka depan berkata Anwar akan mengumumkan satu kejutan April ini.

Pembaca tentunya akan membuat pelbagai ramalan lantas menghidupkan perbincangan berkisar pada Anwar dan PKR.

Satu kemungkinan ialah calon bakal bertanding di Penanti adalah Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR yang sudah tentu mengisi kekosongan jawatan TKM1 Pulau Pinang.

Walaupun sudah ada nama-nama diuar-uarkan sebagai TKM1 yang baru, namun kedua-duanya ditolak dan dipenyapkan Anwar.

Itupun, laporan berkata pengundi Penanti akan pasti memangkah siapa saja calon PKR biarpun ia kucing atau pokok pisang lawan calon BN.

Kita kena tunggulah drama di Penanti ini dengan 15,421 pengundi membuat keputusan mereka mungkin pada Mei atau paling lewat Jun.

Sebenarnya kemelut dan skandal rasuah sekitar Fairus, PKR Pulau Pinang dan perebutan kuasa dalaman dicanai oleh Anwar sendiri sudah lama berbunga hingga akhirnya melimpah ke dada akhbar beberapa bulan lalu.

Menurut laporan sesetengah blog sejak 11 bulan lalu tercetus perebutan berkaitan kontrak untuk mencetak Majalah Rakyat, diikuti dengan penggunaan kad minyak milik kerajaan untuk kenderaan peribadi.

Babak selanjutnya melibatkan pelantikan abang Fairus sebagai Penasihat Khas TKM 1, lantas terdedah pula kes rasuah membabitkan kuari dan pembelian kereta BMW dan Mercedes Benz.

Percakaran dalaman PKR Pulau Pinang berterusan dengan terbentuknya dua kumpulan mewakili dengan Kem Selatan dan Kem Pulau. Kedua-duanya Abdul Malik Abul Kassim (Batu Maung) atau Makahtar Shapee (Sungai Bakap) walaupun dijangka terpilih sebagai TKM1, ditolak oleh Anwar.

Berdasarkan inilah besar kemungkinan jika Wan Azizah dipilih bertanding di Penanti, maka jelaslah Anwar berangan-angan membina satu dinasti dengan isterinya menjadi TKM 1 Pulau Pinang pula.

Itupun jika aktivis Umno-BN khususnya Abdul Jalil Majid yang tewas di Penanti pada pilih raya umum ke-12 terus berpeluk tubuh (jika beliau terus tidak dipilih lagi kali ini seperti di Permatang Pauh pada Ogos , 2008), maka akan tercapailah impian DSAI itu.

Bagaimanapun, Fairus mengugut akan membongkar lebih banyak lagi skandal dalaman PKR dan juga pakatan pembangkang. Mungkin semua itu lebih memeranjatkan.

Malaysiaaktif

Ulasan...
Blogger leeza said...

Salam Pak Mie, mungkin ada kebenaran disebalik kata kata Pak Mie. Anwar akan melakukan apa saja supaya ahli keluarga beliau dapat masuk gelanggang dan menguasai gelanggang..kalau bukan Azizah mungkin saudara mara beliau adik abang beliau atau mungkin menantu beliau. Ahli ahli "tetinggi" PKr masih belum sedar dari mimpi atau masih mengigau disiang hari. Oleh itu elok benarlah mereka ini berwaspada dan berhati-hati di dalam permainan Anwar sekiranya perkara begini boleh berlaku kepada wakil yg "dipecat" atau "terpaksa letak jawatan" maka kemungkinan besar perkara yang sama akan berlaku kepada mereka kecuali yg berkepentingan.

April 20, 2009 2:20 PM


Delete
Blogger TokMudim said...

Salam Pak Mie

Tahu sape yang pernah tulis macam kat bawah ni...

Siapa kata UMNOBN kalah di BG?Tu sebelum PRK BG. Aku dah cakap UMNO tak boleh menang lawan Pakatan. Bodoh punya Pak Mie. Cuma DS Najib cerdik sikit. Tak perlu lawan kalau dah confirm kalah.Kena atur strategi dulu. Bodoh punya Melayu.


April 20, 2009 2:20 PM










Sunday, April 19, 2009

RAJA BERADA DIATAS POLITIK - TEGURAN SULTAN PERAK

KUALA KANGSAR 19 April — Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini bertitah bahawa seseorang raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat dengan terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik tertentu.

Baginda bertitah tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja merupakan satu perbuatan ’menyalakan api dalam sekam’ yang amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.

“Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara.

“Betapa kumpulan politk tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa,” titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Sultan Azlan bertitah pada hemat baginda, negara kini telah terlalu berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa.

“Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa ini tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian,” titah baginda.

Baginda bertitah oleh itu para pemimpin yang mewakili kumpulan politik yang berbeza perlu mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama di antara mereka demi kepentingan negara dan warga.

- BERNAMA

Ulasan...

Blogger rahman,ahchong,muniandy said...

SYARAT MENJADI WAKIL RAKYAT PKR
(selepas perletakan jawatan oleh Fairus)

1. Kalau perempuan, syaratnya sertakan gambar BOGEL dengan dua kaki terkangkang.

Kalau lelaki, syaratnya GAGAP. Gambar tidak diperlukan bagi lelaki.

2. Tak bersunat tak apa, janji pandai putar belit al-Quran.

3. Pelbagai bangsa dan pelbagai agama. Boleh berceramah di Gereja, Masjid dan Kuil -asalkan pakar mengutuk BN dan kerajaan Malaysia.

4. Penjenayah dan bekas banduan diutamakan.

Keturunan dari pembunuh dan perogol dipertimbangkan.

5. Memiliki SPM dan lesen memandu lori.

6. Tahu kelentong bos. Khusus dan latihan diberikan selepas pengesahan jawatan selama setahun seperti Fairus.

7. Pintar - dalam pembahagian tanah dan projek untuk kaum kerabat. Lulusan dalam bidang ekonomi dipertimbangkan terutamanya major dalam sains rumahtangga.


8. Memiliki sifat penderhaka dan tidak suka kesultanan Melayu.

Exam khas akan diberikan terutamanya mengenai persoalan bagaimana hendak menjadikan Malaysia sebuah negara Republikan.

9. Berpengalaman dalam menyentuh buntut bagi lelaki, atau pernah memegang anu lelaki bagi perempuan.

Bekas peliwat yang berpengalaman amat dialukan. Kaki raba dipertimbangkan.

10. Pernah pergi UMRAH bersama-sama dengan Nik Aziz atau tidak, ia Bukan keutamaan tetapi akan dipertimbangkan.

SESIAPA YANG BERMINAT DAN MEMILIKI KELAYAKAN DI ATAS, SILA DAFTARKAN DIRI SECEPAT MUNGKIN DI MANA-MANA BAHAGIAN PKR MALAYSIA.

CALON INI DIKHASKAN KEPADA PKR. YANG TIDAK MEMPUNYAI PENGALAMAN MELIWAT, PERNAH BERKHALWAT PUN AKAN DIBERI PERTIMBANGAN.

April 19, 2009 6:52 PM



Blogger Ex-UMNO said...
Apa yang dilaungkan oleh ahli2 dan sesetengah pemimpin UMNO ialah, jika DSAAB berundur BN/UMNO akan pulih.

Setelah DSAAB umumkan beliau akan berundur, BN/UMNO kalah di P. Pauh dan di K.Terengganu.

Paling malang BN/UMNO kalah pula di B.Selambau dan B.Gantang SETELAH Tun DSAAB BERUNDUR.

Terkini BN/UMNO 'takut' pula bertanding di N12 Penanti.

BN/UMNO (PRK Phobia)

April 20, 2009 12:13 PM

Delete


Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..