Followers

Tuesday, May 12, 2009

MAHKAMAH BUKAN TALIHAYAT TERAKHIR DR ZAMBRY

KEPUTUSAN AWAL MAHKAMAH MEMIHAK KEPADA NAFSU NIZAR

Kalau sebelum krisis berlaku di Perak, Kelantan lah satu-satunya negeri yang unik di Negara ini. Kelantan unik kerana rakyat sanggup memilih pembangkang Pas untok memerintah walaupun hidup dalam kesusahan. Rakyat Kelantan sanggup membuat keputusan membelakangi UmnoBN yang betunjangkan Kerajaan Pusat dengan memilih Pas menerajui Kerajaan negeri Kelantan walaupun sudah lebih 20 tahun. Rakyat Kelantan sanggup mengambil resiko semata-mata mahukan "menang sorak kampong tergadai". Tetapi apa yang berlaku hari ini di Perak lebih unik lagi.
" Kalau Kelantan krisis idealogi rakyat manakala di Perak pula krisis gila wakil rakyat mahu merebut jawatan Menteri Besar " - kerja gila paling-paling gila.

Negeri Perak antara negeri termaju di negara ini. Apakah Perak akan terus maju dengan diterajui oleh seorang MB yang unik dan gila kuasa? krisis kepimpinan merebut Menteri Besar sudah tentu menjadikan negeri itu akan tercatit dalam liputan sejarah yang akan dijadikan bahan pembelajaran sekolah anak-anak dimasa akan datang, sudah tentu memeningkan!

Negeri Perak sekarang mempunyai 14 orang Exco, lapan dari kerajaan Nizar Jamaluddin dan enam dari kerajaan Zambry Abdul Kadir. Maknanya Perak mempunyai dua buah kerajaan. Memerintah bergilir-gilir. Nizar memerintah hampir setahun sebelum diperintah oleh Zambry. Selepas kira-kira lebih tiga bulan Zambry pula memerintah dan ia diperintah pula oleh Nizar sekerat hari. (bermula pagi kelmarin dan berakhir jam 2:30 petang) dan diserah pulak kepada Zambry hari ini. Perak dibawah kekuasaan ala poligami, boleh tukar-tukar dan gilir-gilir.

Apakah erti keputusan ini? Keputusan Mahkamah ini menunjukkan hanya ada tiga cara untuk seseorang Menteri Besar hilang jawatan iaitu sama ada:

a. Beliau meletak jawatan
b. Dewan Undangan Negeri Dibubarkan
c. Undi Tidak percaya dalam Sidang DUN.

Sungguhpun begitu ini bukanlah tafsiran muktamad kerana keputusan ini masih terbuka kepada usul penangguhan dan rayuan. Hakim semalam hanya menolak permohonan penangguhan secara lisan sebaliknya mengarahkan permohonan bertulis untuk penangguhan sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan.

Hakikatnya semangat demokrasi telah musnah sebaik sahaja Nizar yang hilang majoriti sokongan ADUN Perak enggan meletak jawatan. Ini kerana Menteri Besar yang hilang sokongan majoriti ADUN hanya mempunyai dua pilihan iaitu memohon pembubaran Dewan atau meletak jawatan.

Secara semangat demokrasinya dan juga semangat undang-undang tubuh negeri, jika permohonan membubarkan DUN tidak diperkenan oleh Tuanku, maka Menteri Besar dan para EXCOnya sewajarnya melepaskan jawatan mereka. Ini tidak berlaku walaupun Tuanku mempunyai justifikasi yang sangat jelas mengapa baginda enggan membubarkan DUN.

Buat masa ini Pakmie lebih cenderung menyokong diadakan sidang DUN tergempar kerana ia lebih membabitkan pertikaian undang-undang berbanding mengadakan pilihan raya yang mungkin mencetuskan satu krisis keselamatan di Perak.

Pakmie simpati dengan DYMM Tuanku Sultan Perak yang berada dalam keadaan ditelan mangkat bonda, diluah mangkat ayahanda. Baginda hanya cuba menjaga keamanan negerinya. Janganlah ketika Baginda melantik kita maka segalanya baik tetapi bila baginda melantik orang lain maka kita sanggup mencercanya. Baginda hanya menggunakan kuasanya mengikut tafsiran undang-undang sedia ada. Sama ada tepat atau tidak tafsirannya kita mempunyai Mahkamah yang menentukan.

Pakmie yakin MB Zambry akan terus menerajui Kerajaan Perak sehingga PRU13. Nizar and the geng akan terus bertindak ganas manakala Anwar pula mempersiapkan diri menyusun strategi dalam Pakatan Rakyat sebelum mahkamah menjatuh hukum kes liwatnya dengan Saiful. Bagi Pakmie tidak peliklah corak ala "keendorganan" mahu merampas kuasa dalam muktamar Pas jun nanti. Perkara ini sudah diatur dengan licik sekali oleh orang-orang Anwar dalam Pas sebelum ini. Anwar sudah mempersiapkan dirinya awal-awal lagi jika pun beliau didapati bersalah dan dihukum kesinambungan kerja-kerjanya diambil alih oleh endorgan.



P/S - Jika keputusan mahkamah rayuan nanti tidak berpihak kepada Nizar sudah tentu kita dapat melihat sekali lagi kerajaan UmnoBN dibawah pimpinan DS Najib dikecam oleh Pembangkang walaupun makamah memutusnya dengan adil. Kita tunggu dan lihat! sebab ini adalah tugas utama wakil rakyat pembangkang selaku wakil rakyat.





Ulasan...

Blogger


BERITA CAP BUMI said...



Saya rasa penghurain saudara sangat silap mengenai majoriti dun memihak kpd BN...Mulut bukan bukti nyata dlm membuktikan perkara itu....Buktikan yg majoriti memihak kpd BNumno,dengan undi di DUN.Tetapi ini tidak berlaku,tetapi memandai-mandai berhujah yg majoriti dah lebih....Memang diakui sendiri nizar tahu Majoriti di DUN dah menyebelahi BNumno,disebabkan campurtangan mahkamah tentang status TIGA katak besar bertukar tempurung.Campurtangan Mahkamah ke atas dun adalah pencabulan doktrin pengasingan kuasa.Kalau dibw usul undi tidak percaya pun,kuasa Speaker boleh menghalang tiga adun bebas ini mengundi sekali....Oleh sebab itulah Nizar merasakan lebih baik dibubarkan dun,kerana ketidak stabilnya politik Perak.Boleh faham ka...Kalau BNUmno mendakwa yg PR perak tak stabil,dan rakyat tidak suka Pentadbiran PR yg tak stabil ni,pasal apa BNumno tak mau bubar dun?Mungkin majoriti BNumno lebih besar kali nih...tapi penakut pd bayang2 sendiri disulami politik kedengkian yg membuak2,kamu semua memperjudikan kesejahteraan Negeri Perak....Ada akai ka....




May 13, 2009 10:34 PM

Delete





































Sunday, May 10, 2009

PERTENTANGAN HEBAT MENCARI SIAPA PEMIMPIN LEBIH ISLAM DALAM PAS, BERSERBAN ATAU BERKOPIAH?

BERITA PANAS PAS DARI KOTA BHARU

Ketua Dewan Ulama Pas, Mohamed Daud Iraqi tetap bertegas mahukan ulama memegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu serta salah satu jawatan Naib Presiden.

Anak kepada Mursyidul Am Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tewas dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Muhammad Zaki Ibrahim menempelak sikap sesetengah pemimpin tertinggi parti itu kerana masih mempertikaikan perkara asas dan dasar perjuangan parti yang telah ditubuhkan lebih 50 tahun lalu.

Dewan Pemuda Pas Kelantan mahu golongan ulama profesional meneruskan kepimpinan bagi menjamin kesinambungan masa depan parti itu.

Ulasan...
Blogger Darulehsan said...

tak hebat mana pun. hebat lagi pertentangan ketua pemuda umno ari tu.

May 10, 2009 9:18 PM









SELAMAT HARI IBU 10 MEI

IBU KASIH SEJATI - SALAM UNTOK IBU.

Kasih sayang ibu tiada ganti. Ibulah segala-galanya, kita selalu menyanyangi dan mengingati ibu tidak kira masa dan ketika.10 mei setiap tahun adalah hari ibu. Hari ini 10 mei salam untok para ibu kasih mu adalah kasih sejati untok anak-anak..."SELAMAT HARI IBU".

Tangan yang menghayun buaian boleh mengoncang dunia. Tangan yang mengasuh, melahirkan pemimpin masa depan. Tangan yang mendidik manusia tentang putih dan hitam kehidupan. Air tangan ibu yang membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang. Buat semua ibu, salam hari ibu. Syurga itu di telapak kaki ibu.

Saturday, May 9, 2009

SIDANG DUN PERAK : PENGAJARAN KEPADA KEALPAAN KITA MEMILIH PEMIMPIN



KERANA MAHU KUASA MANUSIA SANGGUP JADI GILA

Bermula dengan keegoan dan dendam para pemimpin maka lahirlah ketaksuban dikalangan pengikut-pengikut. Bagi pemimpin Islam pula yang sanggup mempergunakan ugama dalam urusan berpolitik dengan meletakkan kefahaman yang salah menyebabkan lahirnya pengikut-pengikut yang ekstrim.

Keegoan Nizar tidak mahu menerima kejatuhan kerajaan pimpinannya di Perak, satu-satu peritiwa yang tidak sepatutnya berlaku telah berlaku di negara ini. Dan ini kesilapan yang tidak harus dimaafkan oleh seluruh rakyat. Kesannya berterusan sehinggakan pihak Istana Sultan Perak juga dikaitkan dengan isu-isu politik menyebabkan pihak istana juga turut disaman dan sudah tentu pertelingkahan menengak kebenaran akan berlaku di makamah nanti. Mengaibkan sekali kita kaum melayu kerana raja-raja adalah benting terakhir kekuatan kita. Nizar memberi ruang seluas-luasnya kepada kaum bukan melayu di negara ini.

Siva, Nizar dan pemimpin gabungan Pakatan tidak bersalah dimata para blogger yang pro Pakatan. Memang benar pemimpin Pakatan tidak bersalah yang dugun dan bersalah nya adalah rakyat yang memilih dan memberi sokongan kepadanya yang menyebabkan beliau mendapat kuasa dan jadi gila. Sikap keegoan Nizar hari ini sudah terbukti dan menyakinkan kepada kita apa yang berlaku semasa di Sidang DUN di Perak dua hari lepas. Pembangkang di Perak sudah menunjukkan kepada kita sekali lagi sikap yang sebenar-benar mereka tanpa mengambil kira majoriti rakyat yang menyokongnya dalam pilihan raya lepas.

Semasa Sidang DUN berjalan Sivakumar yang telah dilucutkan jawatan masih lagi menganggap dirinya speaker dengan mengeruhkan suasana yang terpaksa diheret keluar dengan digantikan dengan Speaker baru R Ganesan. Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin terpaksa menunggu berjam-jam untuk merasmikan sidang DUN. Manakala timbalan Speaker Hee Yit Fang dalam sidang itu dihina dan diugut oleh wakil rakyat pembangkang. Dilempar wang kertas kearah Hee bagi mereka timbalan speaker itu dibeli oleh BN. Ada juga ADUN DAP yang sanggup berdiri atas meja bagi menghalang dengan cara membuat kecoh suapaya persidangan DUN tidak dapat berjalan. Dateline 13mei adalah tempuh terakhir jika Sidang DUN tidak dibuat dalam tempuh 6 bulan bermakna DUN Perak outomatik akan dibubarkan.

Tetapi semua perkara ini di persepsi oleh blog Pembangkang. Apa yang telah terjadi disidang DUN Perak itu telah memecah rekod dunia. Ibarat macam dalam sarkas harimau yang sudah dicabut taring masih lagi bersikap kononnya dialah berkuasa. Harimau-harimau yang bertaring senyum dan cool melihat gelagat-gelagat bodoh dan gila itu. Inilah yang menyebabkan binatang ini sanggup mengacau dan memasuki kandang lain. Kita rakyat marhaen sentiasa memerhati tidaktanduk gila dikalangan mereka, ada yang menyokong dan ada yang menyesal sangat-sangat kerana memberi undi dan seterusnya mereka menang dan bila mendapat kuasa mereka pula menjadi gila. Kerana mahu kepada kuasa manusia jenis ini sanggup jadi gila...memalu dan memualkan hamba rakyat!!!




Ulasan...

Blogger Darulehsan said...


Ada beberapa fakta yg tidak betul dan ianya adalah fitnah daripada anda.


1. pihak istana tidak disaman
2. majoriti rakyat menyokong pr. 3 adun itu yg membelakangkan amanah rakyat.
3. mana ada dateline 13mei. sultan mempunyai kuasa mutlak untuk membubarkan dun.
4.tidak ada rekod dunia untuk persidangan dun.
5. kerajaan BN yg giler kuasa. tak mau berkongsi kuasa untuk mentadbir malaysia.




May 10, 2009 9:30 PM

Delete



















Sunday, May 3, 2009

SEJENAK BERSAMA NAJIB DAN ANWAR

1. DALAM situasi ekonomi dalam negara sekarang tiada sesiapa yang yakin.Kerajaan dibawah kempimpinan PM DS Najib sedang bertungkus lumus mencari jalan memperbaiki keadaan ekonomi negara. Manakala di pihak Anwar pula sibuk mencari jalan untuk menjatuhkan kerajaan walaupun pilihan raya baru selesai setahun yang lalu.

2. Kerajaan Persekutuan sibuk merangka kerja mencari jalan menarik pelaburan, meningkatkan perbelanjaan dalam negeri, dan mengurangkan kadar pengangguran bagi merangsang ekonomi.

3. Di beberapa negeri yang dibawah pimpinan kerajaan campuran Anwar, mereka sibuk mencari salah kerajaan lalu, mengubah-ubah polisi negeri tanpa tujuan dan penuh cerita telanjang, rasuah, salah guna kuasa, lembu korban haram, rumah urut haram, lombong pasir haram, kedai VCD haram dan terbaru khabarnya kisah hubungan haram exco dengan seorang pembantu ahli Parlimen parti yang sama.

Ulasan...
Blogger The Hobbit Frodo said...

huhuhuhu ~~ tul tul bro Pakmie! xder mende lain nak pikir agaknya ~

May 4, 2009 5:07 PM

Delete
Blogger rahman,ahchong,muniandy said...

Apa sudah jadi dengan Puak Laknattullah ini? Sesat dan jahilnya mereka.

Apabila selesai jenazah dimandikan maka ketika hampir siap untuk dikafankan jenazah ini, bangunlah seorang muslimah PAS pergi ke arah mayat dan memasukkan sesuatu berbentuk syiling 50 sen dan berlogo PAS ke dalam mulut mayat dan diletakkan dibawah lidah.

Selepas memasukkan benda itu, dia terus berucap dihadapan seluruh muslimin dan muslimat di depannya sambil memberitahu bahawa mayat ini tidak akan disoal oleh mungkar-nangkir tetapi akan terus dibawa Allah ke syurgaNya kerana mayat itu semasa hidupnya mengundi PAS dan logo di dalam mulut mayat tadi sebagai bukti dan penjaminnya.

Mengucap panjang Pak R dan sedih dia melihat orang PAS sudah sesat seteruk itu.

Dia mengakui bahawa Nik Azizlah bapa segala kesesatan ini.

May 4, 2009 7:08 PM

Delete
Blogger Safiya said...

SEBAIKNYA KITAA NI SESAMA ISLAM TOKSAH MENGATA SESAMA SEISLAM KITAA LEBIH-LEBIH LAGI YANG SEBANGSA.

KALAU X SUKA KITAA PUN TIADA HAK UNTUK FITNAH MEREKAA. SEPATUTNYA KITA PERLU MUHASABAH DIRI DAN BERBAIK SANGKA... DOA PALING PENTING UNTUK KESEJAHTERAAN BANGSA DAN NEGARA KITAA

SETIAP KESILAPAN SESAMA INSAN TEGUR LAH DENGAN CARA YANG BERSESUAIAN ... FIKIR FIKIRKAN.

May 5, 2009 1:02 AM

Delete
Blogger IRDINA said...

Salam pada pakmie,

Apa yg harus kita fikirkan sekarang..bukan najib bukan anwar. Yg patut difikirkan bagaimana kita nk kembalikan KUASA org Melayu Islam dinegara kita yg tercinta ini.

Seperkara yg perlu kita ingat..jgnlah kita mengutuk org lain wp mereka buat kesalahan. Sebaiknya kita berdoa agar Allah berikan kita kekuatan untuk meneruskan agenda kita dalam melaksanakna pentadbiran yg baik.
Seandainya kita juga asik mengutuk mereka itu bermakna kita juga sama seperti mereka.... Sesungguhnya nabi kita MUhamamad saw tidak pernah mengutuk musuhnya sendiri..

wp dia dicaci dan di lemparkan dgn batu dan tahi sekali pun...
Sama2lah kita berdoa untuk kesejahteraan Malaysia yg kita cintai, dan kita pertahankan agama Islam dibumi Malaysia ini.

May 8, 2009 3:48 PM

Delete




Saturday, May 2, 2009

PEMIMPIN TERTINGGI PAS TAMPIL MEMBUAT PENDEDAHAN - KUMPULAN SATU LAGI IBARAT MACAM CACING KEPANASAN, KENAPA?


Kenapa pemimpin2 Islam di negara ini tidak dapat duduk semeja dan bersepakat membincangkan penyatuan umat Islam secara lebih terperinci? . Sedangkan pemimpin2 besar di negara ini masih lagi dikuasai oleh majoritinya melayu dan Islam. Dalam kontak Islam sebenar sepatutnya pemimpin tersebut dapat duduk semeja seketika tanpa mengambil kira fahaman politik kearah penyatuan itu sebab inilah sebesar-besar perjuangan bagi kita orang-orang Islam. Menjadi lebih malang lagi jika usaha-usaha kearah itu disekat tanpa mengambil kira umat Islam seluruhnya. Mengkafirkan Umno itu adalah mainan politik semata-mata.

Sudah lama Orang Islam di Malaysia ini telah berpecah-belah ekoran persaingan dalam politik kepartian antara PAS dan UMNO serta PKR. Melayu islam hidup berpuak-puak mengikut ideologi politik. Menggunakan tempat ibadat masjid dan surau dijadikan markas untuk menyerang sesama islam secara terang-terang tanpa segan dan insaf. Semuanya bermula dari ketaksuban pemimpin-pemimpin parti menambah burukkan lagi suasana hubungan persaudaraan sesama Islam. Pihak berkuasa yang dikuasai oleh Umno dalam negara seolah tidak mampu membetulkan lagi situasi ini yang mana terus berlaku di kalangan umat Islam dan pihak berkuasa pula dipersalahkan.

Kumpulan ini terlalu alegic jika penyatuan dan kerjasama yang cuba dilaksanakan oleh Umno itu diperbincangkan. Kumpulan ini bertindak awal2 lagi tanpa diberi peluang dan ruang kepada pemimpin tertinggi Pas yang lain. Sebaliknya pula meletakkan syarat yang sengaja mahu menghalang penyatuan itu bagi menuntup mulut umat islam lain supaya bebas dari tuduhan tidak mahu menerima kerjasama tersebut. Sedangkan semua kita tahu Sebaik-baik perkerjaan dalam islam adalah penyatuan ummah.

Bagi golongan yang iklas mahu melihat islam di negara ini kukuh dan teguh sudah tentu rasa kecewa bila keadaan seperti ini berlaku di negara ini. Macam - macam usaha sudah dibuat namun halangan utamanya lebih kepada kepetingan peribadi pemimpin2 tertentu. Kononnya jika islam bersatu dengan erti kata sebenar boleh menggugat pengaruh politik dan kuasa yang ada kepada pemimpin parti tertentu. Allah SWT maha kuasa kita manusia tidak berupaya jika Allah SWT mahu lakukan sesuatu dan kita manusia mahu menyekatnya.

Apa yang berlaku dalam kepimpinan Pas hari ini akhibat dari beliau cuba menghalang usaha murni Umno kearah membuat penyatuan sesama islam dikedua2 parti itu? Allah SWT maha mengetahui dan sekarang pemimpin2 pas yang menolak kerjasama itu sekarang dalam proses hardening menanggong pembalasan dari Allah SWT satu persatu. Diantara dua kumpulan sudah tentu ada satu yang bersalah. Pengkianat tetap akan menerima pembalasan dan akan ditunjuk oleh Allah SWT sewaktu didunia ini lagi dan tidak akan terlepas di akhirat. Ini janji Allah SWT kepada makluknya.

Kewujudan kumpulan tertentu yang sebelumnya samar-samar dan selalu dinafikan sekarang sudah jelas di tunjukkan oleh Allah SWT. Kumpulan ini amat licik penyusunan kerja terlalu rapi yang sudah disemai sekian lama dalam Pas. Kalau sebelum ini tiada siapa yang dapat menyatakan kebenarannya dengan kekuasaan Allah SWT membuka hati Nik Abduh untok menyatakan kebenaranya. Kumpulan inilah juga yang menjadi duri dalam daging dalam usaha baik Umno dengan Pas selama ini. Menurut Nik Abduh kumpulan ini selalu berdampingan dengan Nik Aziz MB. Kerana kelicikan dan kebijaksanaannya menyebabkan bukan setakat memakan umpannya sahaja, sekarang dengan mata-mata kailnya sekali Nik Aziz telan. Inilah yang menyebabkan barangkali Nik Abduh rasa terpanggil untok memberi penjelasan perkara-perkara yang sebenar berlaku keatas ayahndanya selama ini. Sehinggakan Nik Abduh memberi gelaran baru kepada kumpulan ini sebagai "Ulama Mee celup" sesat dan menyesatkan... Siapa yang dapat mengaggak keberanian yang Nik Abduh ucapkan itu? sekarangdalam kepimpinan Pas Kelantan tiada siapa yang berani menyangkal penjelasan beliau itu, termasuklah naib presiden Pas pemimpin no wahid sesuci kain putih rakan serasi Anwar Ibrahim, Hussam Musa sendiri!.

PaKMie : Dengan pendedahan Nik Abduh itu bolehlah mulai sekarang pemimpin2 Pas tersebut beransur2 bermuasabah diri dan renong sejenak. Kalau sebelum ini asik sibuk mengumpul harta memperkayakan diri dengan cara penipuan keatas umat Islam semata-mata mahu jawatan dan kuasa. Allah SWT membuka hati Nik Abduh supaya memberi penjelasan sebenar apa yang sedang berlaku kepada umat Islam di negara ini. Sedangkan Nik Abduh anak kepada Nik Aziz sendiri, seorang yang sukar berkata sesuatu sebelum berfikir dengan semasaknya dan tahu baik buruknya. Nik Abduh juga timbalan Pemuda Pas Kelantan dan Ahlijawatankuasa Pemuda Pas Pusat.

Kalau dunia sekarang semakin bimbang dengan jangkitan selsema babi yang berjenis influenza A, H1N1 dengan membuat kawalan disetiap pintu masuk disetiap negara. Sudah tentu Pas juga perlu memantau dan membuat kawalan bagi mempastikan "Virus selsema mee celup" ini tidak menular dalam muktamar pas jun nanti. Kalau H1N1 telah menyebabkan 4,400 kes dan 168 kematian di 15 buah negara setakat hari ini. Virus M1C1 DSA juga mampu melenyapkan umat Islam dan kaum melayu di negara ini jika ianya dibiarkan.


PaKmie nampak disebalik tabir ada sesuatu...renong dengan mata hati.

Ulasan...

Blogger Darulehsan said...

so aper masalahnyer. betul la cakap nik abduh tu. aku pun tak sokong kerajaan perpaduan ni. perangkap umno ni.

apa pun pendirian parti mengenai kerajaan perpaduan ni akan dibincang pada bulan jun ini

May 2, 2009 5:29 PM

Delete
Blogger rahman,ahchong,muniandy said...

Tak payah lagi 30% penyertaan bumiputra. Nak buat apa lagi. UMNO dah tak dapat sokongan lagi dari orang Melayu.

Orang Melayu dah tak menghargai lagi apa UMNO dah buat selama ini.

Sokonglah PKR PAS DAP. Mungkin mereka lebeh terer lagi dapat buat dasar baru untuk tolong orang Melayu.

Beramai-ramailah orang Melayu sokong PKR/PAS/DAP.


Best of luck to the Malays. You are great Malay race. Make no mistake about it. You don't need UMNO anymore. Why should UMNO help you anymore. After all you don't appreciate whatever UMNO have done for the Malays for the past 50 years.Now is the right time to move on and support other parties. That's what the Malays want now. Go ahead. JUST DO IT.

Tak payahlah hendak hentam UMNO habis-habisan lagi. It is sickening !!!.

Pergilah jauh-jauh dari UMNO. UMNO dah MATI. Melayu jangan berpaut lagi kepada UMNO.Tak ada gunanya UMNO melayan kerenah orang Melayu. Tak ada hasil. Melayu sudah bijak clever dan tidak lagi bodoh stupid. Melayu dah boleh berfikir. Melayu dah tak payah dimanjakan lagi. Ayoh! apa tunggu lagi lebeh baik UMNO terus ditalkinkan. Apa tunggu lagi.

Go, go, go !!

May 2, 2009 7:15 PM

Delete


Friday, May 1, 2009

1 MEI 2009 - SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA

Manusia berkualiti menentukan modal insan yang baik. Aset utama negara adalah sumber manusia. Khazanah dan sumber berkaitan dengan sumber manusia sesebuah negara pengeluar kepada produk berkualiti tinggi. Sumber manusia merupakan penjana, penghubung, penggerak, pelaksana dan penyelaras kepada sumber-sumber lain yang ada dalam sesebuah negara tersebut.

Kecanggihan teknologi, struktur organisasi dan sistem yang ada belum tentu dapat menjamin produtiviti yang berkualiti dan berkesan jika sumber manusia tidak memiliki ilmu yang mampu bersaing melalui kepakaran yang bertranfermasi dan berteknologi tinggi yang cekap serta sikap yang positif dan berwawasan.



Ulasan...


Blogger saya said...

Harap admin letak kata2 yg saya petik dr buku " UMNO dan Malayan Union " dan buku " Onn Ja'afar:Pejuang Terbilang,Pengasas Sebuah Negara Bangsa " keluaran MPH Publishing.Boleh beli kat kedai buku MPH dan Popular.


" Melayu hanya boleh selamat apabila kuat dan kuat apabila bersatu padu "

" Timbangan neraca nasib bangsa kita adalah di dalam genggaman orang Melayu pada hari ini "


Moga dpt menyemarakkan jati diri bangsa kita..




May 1, 2009 10:22 PM

Delete
















Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..