Followers

Friday, May 22, 2009

MENGUJI KEUPAYAAN DATO' PA : PRK DUN N41 MANIK URAI

PRK PERTAMA KALI SELEPAS ANWAR MUSA DIGUGURKAN DARI MEMEGANG JAWATAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KELANTAN.

ADUN Manek Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia subuh hari ini di hospital Kota Bharu kerana sakit jantung setelah dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak akhir bulan lepas - AL-FATIHAH.

Allahyarham, juga timbalan yang dipertua PAS kawasan Kuala Krai, meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.

bm version kerusi dun manek urai 220509Ismail, 60, dilaporkan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II sejak 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kaki.

Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.

Kecuali pada 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut - bawah parlimen Kuala Krai yang kini diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.

Sewaktu beliau tidak bertanding, calon PAS Mohd Zamzuri Mat Lazim tewas tipis di tangan calon BN Zulkepli Omar dengan 53 undi.

Dalam pilihanraya umum lalu, Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi (lihat carta).

Jenazah allahyarham dijangka akan disemadikan selepas solat Jumaat, petang ini.

Mampu kah Romzi Ab.Rahman Ketua UMNO bahagian Kuala Krai menebus kekalahan dalam pilihanraya umum lalu?. Inilah waktu terbaik bagi UMNO Kuala Krai membuktikan kembali kekuatan Umno setelah Dato' Pa menerajui Pengerusi Perhubungan Umno Negeri menggantika Anwar Musa. Juga merupakan hadiah kepada DS Najib yang baru memegang jawatan PM dan menguji keupayaan awal Dato' Pa menerajui Umno Kelantan.

Wednesday, May 20, 2009

BN RELA DIBELASAH SEMATA-MATA UNTUK KEMAJUAN DAN KEAMANAN NEGARA DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

Kalau nak dikira dalam politik ni tiada jawapan sebenarnya yang kita dapat. dalam mana-mana parti politik sekali pun. Pemimpin parti politik sentiasa mencari jalan supaya parti mereka dapat diterima rakyat walau dengan apa cara sekali pun, lebih-lebih lagi parti-parti yang tiada mempunyai jasa lagi kepada rakyat dan negara. Sudah tentu mereka sentiasa mencari jalan mecipta isu-isu untuk disajikan kepada rakyat supaya parti mereka dapat diterima. Lainlah jika parti itu sudah berjasa kepada rakyat dan negara seperti Umno. Sudah sekian lama Umno bersama BN memerintah negara ini, jasa-jasa kerajaan yang dipimpin oleh keenam-enam Perdana Menteri termasuk DS Najib tiada tandingnya.

Gerak kerja BN untuk mendapat pengaruh rakyat tidak seperti pembangkang lakukan. BN banyak memberi tumpuan kepada penjelasan kepada rakyat tentang hala tuju sebenar negara di samping menangkis tomohan yang sengaja diada-adakan oleh pembangkang dalam usaha mengelirukan rakyat. Sebab itulah di setiap piliharaya kita dapat melihat keterampilan BN bersama masyarakat tidak seperti parti pembangkang yang banyak membangkitkan soal fitnah dan memburuk-burukkan pemimpin dan kerajaan, dan ini adalah kerja utama dan sifat semulajadi pembangkang di negara ini.
Lebih-lebih lagi seperti apa yang berlaku di DUN Penanti sekarang. BN sudah membuat keputusan untuk tidak bertanding atas sebab-sebab yang difikirkan kerajaan BN lebih baik dari bertanding. Pembangkang terus memanipulasikan isu ini. Anwar secara teranga-terangan menuduh BN akan menyertai tetapi mengggunakan calon bebas. Sebab itu dalam politik ini tiada jalan penyelesaian sebenar, cerita boleh direka-reka dan dibuat-buat dan apabila munasabah dan kebetulan ada persamaan dengan ceritanya maka rakyat dapat menerima.nya sebagai benar.. Hasilnya apa yang terjadi di DUN Penanti sekarang wakil rakyat yang baru dipilih oleh rakyat dalam piliharaya ke12 telah meletak jawatan dengan alasan mahu menyambung pelajaran. Masa piliharaya itu rakyat tidak tahu dan nampak perkara yang terjadi pada hari ini disebabkan ucapan-ucapan pembangkang pada masa itu boleh menyakinkan rakyat sebab itulah PKR boleh menang dikawasan tersebut. Apa yang berlaku hari ini DUN Penanti dikosongkan kerusi dan pekara ini bukan perkara kecil bagi pihak kerajaan yang memerintah, rakyat Malaysia khasnya kepada rakyat di DUN tersebut.

Bukan sesekali kerajaan BN tidak berani menghadapi pilihanraya. BN tidak rugi apa-apa jika pun BN kalah dalam piliharaya itu. Soal berani atau tidak itu tidak penting dalam soal pertandingan itu perkara biasa dan BN pun dah tewas dikawasan tersebut.

Kelicikan Anwar dalam berpolitik yang sanggup melakukkan apa saja cara asalkan beliau dapat memerintah negara ini dan sudah tentu perkara ini rakyat tidak dapat memikirkannya. Kerajaan terpaksa mengkaji dalam piliharaya kecil yang lepas dan membuat keputusan yang berani dan tegas jika kesan dari pertandingan itu banyak memberi impak yang negative kepada rakyat dan negara. Ini melambangkan kepada kita bahawa kerajaan BN tidak mementingkan kuasa jika untuk mendapatkan kuasa itu banyak menyusahkan rakyat dan ekonomi negara ini jika dengan sengaja mahu mengadakan piliharaya tersebut.

Tiada piliharaya pun kerajaan BN selalu dibelasah oleh Pembangkang, sebab ini adalah kerja semulajadi mereka. Kerajaan BN telah membuat keputusan tidak akan menyertai dalam piliharaya DUN Penanti 31 mei nanti mempunyai asas-asas yang kukuh. Pada masa ini kita (rakyat) tidak tahu perkara sebenar kenapa kerajaan membuat keputusan sedemikian. Ringkas sahaja jawabannya begitu licik tindakan Anwar... Pembangkang kuat atas kebijaksanaan Anwar mengada-ngadakan isu. Dengan BN tidak bertanding ini amat merisaukan Anwar sebab pembangkang sekarang sudah ketandusan isu-isu oleh itu "talihayat" Anwar kali ini tidak memihak kepada beliau kerana kebjikasanaan kepimpinan DS Najib.

Tuesday, May 19, 2009

DUN PENANTI : KEMPIMPINAN BARISAN DS NAJIB DAPAT MENGESAN TEKTIK KOTOR ANWAR

SATU DARIPADA LANGKAH BIJAK PM DS NAJIB - ANWAR TERPAKSA ALIH STRATEGI LAIN.

BN dibawah kepimpinan Perdana Menteri DS Najib untuk tidak bertanding di Penanti sangat berani, bijak dan tegas sekaligus ianya satu kuputusan yang tepat yang sudah tentu mengejutkan banyak pehak terutama dikalangan pemimpin pembangkang khasnya Anwar Ibrahim. Hala tuju BN kearah satu trend baru yang tidak terfikir oleh Anwar yang mana tektik BN dibawah kepimpinan DS Najib membuat keputusan dalam mesyuarat BN tidak meletakkan calon di Penanti. Bagi BN siapa pun parti yang menang di Penanti tidak akan berupaya menukar Ketua Menteri sedia ada, dan ia lebih kepada tektik kotor Anwar untok mengajak BN bermain dimasa tambahan untok mencari helah bagi mengada-gadakan isu.
Sebenarnya Anwar ada agenda lain disebalik pilihan raya tersebut.

bullet button Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

bullet buttonKedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

bullet button Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Pilihanraya Kecil Penanti sebenarnya tidak perlu, kerana bukan ada kematian, bukan ada kes mahkamah bankrapsi dan sebagainya.Mantan YB Penanti sihat walafiat dan masih boleh meneruskan tanggungjawabnya, hanya keputusan yang kurang bijak kepimpinan mereka menyebabkan PRK Penanti terpaksa dibuat.Kerajaan BN ada alasan tersendiri diatas PRK Permatang pauh dan Bkt Selambau tempohari.

BN boleh menumpu usaha dan fikiran untuk memajukan negara , meningkatkan taraf hidup rakyat, mewujudkan pekerjaan, menjana ekonomi supaya sentiasa berputar, memperbaiki sistem penyampaian kerajaan, menaiktaraf pembangunan di kawasan luar bandar, sesuai dengan cogankata rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Bagi PaKMie keputusan yang bijak dan tepat ini datangnya dari pemimpin yang berjiwa besar, bukan dari yang berhati kecil, yang hanya menyusahkan rakyat. Pembangkang sepatutnya juga kena turut menyokong langkah bijak BN dengan tidak bertading tersebut kerana atas usaha-usaha kerajaan untok menggelak dari pembaziran wang rakyat dan untok menumpu masa sepenuhnya keatas kegawatan ekonomi global yang dihadapi oleh negara sekarang. Jika kerajaan BN tidak peka dalam hal-hal seperti ini besar kemungkinan bukan sahaja menyusahkan rakyat semata-mata tetapi juga gaji, elaun-elaun dan kemudahan lain yang pembangkang kecapi dan nikmati sekarang juga akan turut terjejas suatu masa nanti. Anwar sebenarnya cuba mengajak BN bermain politik 24jam supaya BN menjadi leka dengan ulikan jahat beliau melalui proses pilihanraya kecil yang di sengajakan dan atas alasan dan kelemahan kepimpinan mereka sendiri.

Saturday, May 16, 2009

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

HARI GURU - 16 MEI 2009

Guru oh guru........
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun rasanya menjadikan hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah di hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupan mu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "Cik gu" kekal terpahat
menjadi kenangan ke akhir hayat.

SEBARIS AYAT...
"SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA WARGA GURU"

Friday, May 15, 2009

SULTAN ADIL KERAJAAN DEMOKRASI DAN MUFTI MENEGAKKAN HAK YANG BENAR

NIZAR : KEJAM PADA RAKYAT PERAK, MAHU MENGHURU HARA KERAJAAN PUSAT,TIDAK MENGIKUT ISLAM YANG SEBENAR SERTA MEMBELAKANGI SULTAN SEMATA-MATA MENGIKUT KEMAHUAN DAP.

Selepas PRU12 8 Mac 2008. Atas alasan BN memperolehi 28 kerusi berbanding DAP 18, PKR 7 dan PAS 6. Dato Tajol Rosli telah mengadap DYMM Tuanku Sultan Perak memohon BN membentuk kerajaan. Baginda menolaknya, kemudian Dato Tajol memohon pembubaran Dewan atas alasan tiada parti yang mempunyai majoriti tetapiTuanku Sultan Perak tetap juga tidak bersetuju dan menolaknya. Maka kebawah duli Tuanku dengan senang hati melantik Nizar menjadi MB atas semangat yang ditunjukkan oleh gabungan Pembangkang dan BN menerima keputusan dan akur dengan kehendak Tuanku Sultan.

Untok Tuanku Sultan membubarkan Dewan sekarang ini di atas tuntutan DAP, PKR & PAS yang mempunyai hanya 28 kerusi sahaja, sedangkan kita semua tahu BN + Bebas = 31 kerusi(Majoriti mudah) adalah tidak adil untok Tuanku membubarkan Dewan. Maka bermula dari sini lah krisis di Perak tidak henti-henti sampai kehari ini, perkara yang tidak sepatutnya berlaku telah berlaku cuma pertumpahan darah sahaja belum berlaku.

YB Dato Dr Zambry berkata adalah menjadi tanggungjawab BN untuk mempertahankan hak majoriti rakyat melalui persidangan Dewan. Disini tiada alasan untok BN memohon Dewan dibubarkan sedangkan BN mempunyai majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri Perak. Menolak sama sekali andaian sesetengah pihak terutama sekali dari pembangkang yang mengatakan BN takut untok menghadapi pilihanraya kecil di Perak sebab itu tidak mahu membubarkan DUN.

Pembazirkan wang rakyat dan menyusahkan kehidupan rakyat lagi pun dalam situasi kemelut ekonomi dan keselamatan negara sekarang amat tidak sesuai sekali jika berlaku sedemikian semata mahu menuntut kehendak pihak pembangkang. Apatah lagi jika pilihan raya tersebut memihak kepada BN, sudah tentu pelbagai isu pula dimainkan oleh pembangkang. Kika boleh guna sifir mudah, kita jangan pakai sifir susah kalau benar-benar kita nak tahu jawaban sebenarnya! sebab apa DAP mahu kepada Nizar menjadi MB dan sebab apa beriya-iya sangat Nizar mahu menjadi MB Perak.

Jika betul mahu hak rakyat dikembalikan, BN kena pertahankan hak majoriti rakyat di Dewan Undangan Negeri Perak! tetapi kenapa pula pihak pembangkang sengaja menghuru hara keadaan semasa persidangan itu berlangsung 7 mei lepas?

Mufti Perak Dato Seri Harussani sendiri mengakui UmnoBN sebenarnya tidak merampas kuasa seperti mana yang dilaung-laungkan oleh pembangkang. UMNO menjelaskan kepada Tuanku Sultan bahawa BN telah mendapat majoriti ahli dewan, 3 Adun dari PKR dan DAP telah keluar parti dan menjadi Adun bebas dan seorang Adun kembali kepada UMNO dan Tuanku menjalankan tugasnya dengan baik tanpa memihak mana-mana parti.

Kenapa PAS dan DAP tidak boleh terima hakikat ini? BN ada 31 ahli dewan dan pembangkang ada 28. Siapa sebenarnya mahu menghuru hara Perak kalau tidak Nizar dan kuncu-kuncu DAP?

Kenapa Nizar terlalu benci Umno dan amat mengasihi orang kafir DAP sedangkan ia terang-terangan telah menolak Islam? tidakkah Islam mengharamkannya?. Islam dibolehkan berbaik dengan orang kafir tetapi kita tidak dibolehkan berkasih sayang dengan orang kafir seperti yang ditunjukan oleh muslimat Pas berpelukkan dan Nik Aziz mempertahankan kes sex dan bogel Eliza tempuhari. Demi politik, pemimpin Pas kian kabur! tidak tahu yang mana jantan dan yang mana betina tidak tahu yang mana Islam dan yang mana kafir.MasyaAllah!

Ulasan...
Blogger Cheguman@Demang Lebar Daun said...

Pakmie,
Dulu, pemimpin PAS berjuang dengan niat jika menang ingin berbakti kerana Allah.

Sekarang pemimpin PAS berjuang bagi mempertahankan takhta agar tidak hilang.

Allah uji mereka dengan kesukaran dalam perjuangan, mereka redha. Sekarang Allah uji pula mereka dengan kemenangan...

May 15, 2009 11:37 PM

Delete
Blogger Refflesia said...

Salam,
Sememangnya perjuangan PAS telah tersasar jauh. Pas hari ini bukan lagi PAS yang benar-benar ikhlas memperjuangkan ISLAM. Mereka semakin lalai dengan dugaan kuasa yang ada pada mereka.....

May 16, 2009 12:19 AM

Delete


KDYMM TUANKU SULTAN KELANTAN KINI STABIL DI HUSM KUBANG KERIAN

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, yang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini, kini berada dalam keadaan stabil. Baginda dimasukkan ke hospital berkenaan petang semalam.

Kepada kita rakyat terutama rakyat Kelantan berdoa kepada Allah SWT supaya baginda KDYMM Tuanku Al-Sultan Ismail Petra beroleh kesihatan yang baik dan cepat sembuh seperti sediakala. Amein.

Thursday, May 14, 2009

PERJUANGAN UMNO LEBIH ISLAM DARI PAS

BUKAN SETAKAT MENOLAK KERJASAMA UMNO-PAS - NIK AZIZ JUGA MEMBELAKANGKAN KEIKLASAN UMNO DENGAN MENCARI PORPULARITI MENJELANG MUKTAMAR PAS JUN NANTI.

Parti terbesar penyertaan kaum melayu di negara ini adalah Umno, Pas dan PKR. Diantara ketiga-tiga parti tersebut Umno lah sebuah parti terbesar kaum melayu yang jumlah ahlinya kini melebihi 3 juta orang.

Sebagai sebuah parti yang terbesar dan dan paling lama wujud tidak peliklah jika ianya pelbagai masalah dalaman yang timbul dalam parti itu. Tambahan pula Umno juga sebagai sebuah parti tulang belakang kepada Kerajaan dan 14 komponen lain dalam BN.

Pas sebuah parti kaum melayu terbesar kedua selepas Umno. Pas berjaya memerintah Kelantan sudah melebihi 19 tahun. Kelantan juga adalah satu-satunya negeri di negara ini dibawah kerajaan Pas sebelum ia bergabung dengan pakatan pembangkang. Diatas hasil kerjasama dengan DAP dan PKR dalam PRU12 lepas pembangkang berjaya menawan 4 negeri lagi dibawah kerajaan UmnoBN yang jumalah semuanya 5 termasuk Kelantan dan Perak (sekarang 4).


Pembangkang dapat menawan hati rakyat diatas kelicikan pemimpin mereka memeplotasikan isu-isu bagi menghentam dan melemahkan Kerajaan. Pas mempergunakan Islam menyerang Umno yang dianggap sebuah parti tidak Islam yang kononnya lebih kepada sekular dan rasuah. Manakala melayu dalam PKR pula menuduh Umno sebuah parti perkauman dan tidak adil kepada rakyat di negara ini. Pas dan PKR dapat menerima dasar-dasar yang dibuat DAP yang kononnya lebih baik dari Umno.

Cara pendekatan Islam yang diambil oleh Pas meletakkan seolah-olah parti itu lah yang memperjuangkan Islam di negara ini. Dalam Pas tidak ada rasuah, pemilihan pemimpin pas tidak terlibat dengan politik wang dan pas tidak gila kuasa. Segala yang baik-baik ada dalam Pas dan yang tidak baik semua ada dalam Umno.

Apakah pemimpin pas itu mahsum? adakah semua pimpinan dalam Umno itu tidak mengikut Islam? Pas berjaya bermain isu ini sehinggakan rakyat boleh menerima bahawa kerajaan Umno itu zalim. Pas tidak penting dan tidak tamak pada kuasa, Umno rakus dan tamak kepada kuasa. Pembangkang bertidak adil kepada rakyat, Umno zalim dengan rakyat.

Kenapa sampai sekarang Pas masih lagi tiada jalan penyelesaian soal kerjasama Pas dengan Umno? siapa lebih Islam sebenarnya...sudah tentulah Umno. Nik Aziz tak habis-habis memburukkan Umno sekali gus menolak kerjasama itu. Sekarang kempimpinan dalaman Pas berpecah belah gara-gara cadangan kerjasama itu sedangkan kepimpinan Umno diperingkat mencetuskan idea kerjasama itu sahaja dan selepas itu tidak lagi memperbesarkan isu itu. Lain pula dalam Pas masih tiada jalan peyelesaiannya dan Nik Aziz sendiri banyak membuat dosa setiap kali memperkatakan isu kerjasama ini. Tidak habis-habis memperburukkan Umno sedangkan Umno berdiam diri dan lebih kepada menumpu kearah usaha-usaha kerajaan untok kebaikan rakyat dan negara. Apakah Pas itu lebih Islam dari Umno?

Soal rasuah, dalam hal-hal rasuah ni Umnolah heronya. Apakah Pas tidak ada rasuah? apakah pembahagian hasil balak itu adil? apakah projek kambing tidak terbengkalai? dimana projek depu?.Pemilihan perwakilan dipersidangan agong Umno dipenuhi dengan politik wang, apakah menjelang Muktamar Pas jun nanti bebas dari politik wang? Apakah pendedahan oleh Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Muhamad Daud Iraqi itu tidak benar? kenapa tidak dibuat lapuran rasmi? sedangkan Ketua Dewan Ulama Pas itu sendiri yang mengesahkan dan beliau seorang pemimpin dalaman parti itu.

Pemimpin Umno gila kepada kuasa, apakah Nizar tidak gila? gila Umno ia tidak berkaitan dengan Cina tetapi gila Nizar bertunjangkan telunjuk Cina DAP. Kalau setakat memerintah 5 negeri pun jadi haru biru macamana mahu memrintah negara? Kalau nak didedahkan satu persatu kerakusan kuasa dan memperkayakan diri dengan mengabaikan tugas kepada rakyat sudah tentulah Pas bukan Umno. Siapa yang lebih mencakna kepada rakyat? Nizar sanggup memberi beribu-ribu lot tanah kepada kaum cina sedangkan kaum melayu tidak diambil kira di Perak. Apakah ini adil? sedangkan Nizar baru 11 bulan sahaja memengang jawatan MB. Apakata jika Nizar menjadi MB lebih 20tahun seperti Nik Aziz di Kelantan? sudah tentulah Perak tidak seperti Perak di zaman pemerintahan UmnoBN lagi.Perak akan jadi rakan kepada Kelantan negeri termundur selepas Sabah dimasa akan datang.

Umno sebuah parti terbesar kaum melayu, tunjang kekuatan BN dan Kerajaan yang telah lama wujud dan memerintah negara sudah lebih 60tahun. Apakah Pas yang memajukan negara ini? Pas tidak boleh dibandingkan dengan Umno. Umno sebuah parti memperjuangkan Islam sebenar di negara ini. Pas sebuah parti kecil yang kononnya mengambil pendekatan Islam dalam perjuangan. Pas yang sebenar-benarnya bertanggongjawab diatas perpecahan sesama Islam di negara ini. Ciri-ciri dan perwatakan corak kepimpinan Pas membuatkan antara penyebabnya parti itu sukar untok mencari jalan penyelesaian dalam sesuatu perkara.Pemimpin mereka menganggap berjubah dan berserban itu lebih Islam dari berkopiah dan berbaju melayu!...

Ulasan...
Blogger
nalapambu said...


Walau apa pun pencacai UMNO hendak kata kan, BN/UMNO tetap akan terkubur pada PRU13 se lewat2 nya.

Kaum melayu sudah berpecah kepada tiga kumpulan - UMNO, PAS dan PKR.

UMNO sudah keseorangan, kaum india dan cina sudah hampir semua tinggal kan BN, kami sudah bersatu dalam DAP.

DAP pula di bantu kuat kan pula oleh PAS dan PKR - "Pakatan Rakyat"

Kekuatan kami sudah terbukti pada PRU12 yang lalu - BN kalah teruk, cuma 'talian hayat' dari Sabah dan Sarawak yang selamatkan BN/UMNO dari berkubur.

Empat PRK BN/UMNO telah tewas dengan teruk - P Pauh, K Terengganu, B Gantang dan B Selambau. Kini BN/UMNO sedang ketar lutut menghadapi PRK N12 Penanti.

Di Perak - BN/UMNO sedang bermati matian mengelak PRU negeri di adakan. Kalau di adakan juga, BN/UMNO pasti tumbang terkangkang.



May 15, 2009 12:02 AM

Delete








Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..