Followers

Sunday, July 5, 2009

MANIK URAI : PANDANG GAMBAR TERUS DAPAT PAHLA?

SEKALI PANDANG DAPAT PAHLA,BERKALI-KALI PANDANG DAPAT APA?

Satu fenomena baru, pandang sahaja dapat pahla. Kalau pengang macamana? sudah tentu lagi banyak pahlanya. Kecoh di Manik Urai berkaitan dengan "bila pandang sahaja terus dapat pahala". Berita baik khasnya kepada penampal-penampal poster.Sudah tentu ramai orang yang pandang poster-poster yang ditampalkan. Senangnya dapat pahla. Tetapi kita kena faham, situasi itu bukan sebarangan gambar untuk kita mendapat pahla. Gambar-gambar yang berkaitan dengan Nik Aziz semasa menghadapi pilihan raya Di PRK Manik Urai sahaja.


"Tengok muka dapat pahala? Ini kira ajaran sesat...kata seorang penduduk di Manik Urai. Pahala itu bergantung pada amal maaruf, pahala itu kita buat kebaikan, kita sembahyang dan buat kebajikan ihsan, itu pahala. Tapi tengok gambar... tidak ada nas dalam Al-Quran atau Hadis, saya tidak tahulah, saya pahla tu untuk dapat undi kot? maklumlah budaya bahasa kiasan juga hebat kedengaran disana sini diperbincangkan di kedai-kedai kopi di Manik Urai.

Katanya lagi..."Saya tidak baca mana-mana kitab yang kata, tengok gambar dapat pahala. Ini macam puja, kira tidak betullah pada pandangan atau ilmu yang ada pada saya. Saya tidak pernah dengar tengok gambar tokoh dapat pahala..."

Pakmie berpendapat kenapa pemimpin-pemimpin pas bersungguh-sungguh sangat pasal pahla. Iklaskah jika kita membuat sesuatu terus memikirkan pahla? Baik kita memikirkan dosa-dosa yang kita lakukkan. Di Manik Urai bualan orang ramai tentang Nik Aziz kedengaran disana sini. Percakapan kiasan Nik Aziz membuatkan orang ramai jadi keliru. Paling top dan terbaru " Kenapa Nik Aziz menyamakan Umno dengan ajaran sesat ayah Pin dan berfahaman kumunis..." Ada juga dikalangan pemimpin Pas mengatakan Nik Aziz sengaja mewujudkan kata-kata seperti itu semata-mata untuk mengalih tumpuan dan mencari untung dalam pilihan raya. Selagi ramai orang bercakap tentang Nik Aziz selagi itulah Nik Aziz menyukainya.

Disini Pakmie kurang faham (Sesiapa yang tahu tolong sms Pakmie). Jika bahasa kiasan itu semata-mata untuk menggelirukan orang ramai dan umat Islam adakah ianya tidak berdosa? lainlah kalau bahasa kiasan itu kearah untuk kebaikan. Tidak kah Allah SWT telah berkata " JIka kamu ada sedikit ilmu yang aku berikan dan jika kamu mengguna ilmu itu untuk tujuan sesuatu kepertingan tertentu dan menggelirukan orang ramai kamu dahulu akan masok api neraka? Tidakkah dalam al_quraan mengatakan kerana mulut dan kata-kata manusia itu ramai menjadi penghuni neraka? apakah mengata orang itu tidak menjurus kepada fitnah? Ini yang Pakmie tahu, jika silap sila perbetulkan.

Tanggongjawab pemimpin besar. Sesiapa yang memegang jawatan wakil rakyat akan menghadapi tanggongjawab yang besar yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT nanti. Tidak cukup dengan berkerja keras siang malam berceramah sana sini, mengata orang sana sani lepas pilihanraya terus diam. Sudah selesaikah kerja-kerja Nik Aziz sebagai MB dan Musyidul am pas dengan bahasa kiasan itu? apakah tugas nik Aziz sebenar-benarnya, akhirat esok Nik Aziz akan dipersoalkan oleh Allah SWT. Adakah dengan cara ajak berdebat bila DS Najib menolak sudah selesai masaalah Nik Aziz dengan rakyat dan Allah SWT? Iklaskan diri mu wahai Nik Aziz...berjuanglah mengikut landasan yang betul demi agama, bangsa dan negara. Cukuplah menyesatkan sesama islam di negara ini dengan kiasan-kiasan yang munafik.

ArissG
P/S : Pakmie tidak suka pandang tetapi Pakmie suka pegang...sebab bila pandang-pandang lama-lama boleh jadi jemu.
Ulasan...
Blogger Anak Lenggong said...

Kemana perginya imam penyokong PAS yang memperkatakan sebegitu rupa...adakah ini hasil pengajian yang telah disampaikan oleh nik ajis..kesian pada mereka yang mendakwa alim ulamak tetapi berpenderian sebegitu rupa..ini lah salahnya bila kita terlalu menyangjung seseorang itu sehingga boleh melalikan ibadah kita sendiri..

July 6, 2009 1:42 PM

Blogger geefadzli said...

Salam...
Jgn Salah Pegang udah ler..pandang tu pun biar terbatas..baru lah tk terlanjur pandangan & perbuatan.. PAS bole cakap apa pun.. tp kita punyai akal utk berfikir keburukan diantara kebaikan..

July 7, 2009 9:17 AM

Blogger Wong Pencen said...

"Tanggongjawab pemimpin besar. Sesiapa yang memegang jawatan wakil rakyat .... Nik Aziz akan dipersoalkan oleh Allah SWT... Nik Aziz...berjuanglah mengikut landasan yang betul demi agama, bangsa dan negara. Cukuplah menyesatkan sesama islam di negara ini dengan kiasan-kiasan yang munafik."

Bukan Nik Aziz sahaja yang mempunyai tanggungjawab besar. Bukan Nik Aziz sahaja yang akan disoal di kemudian hari. Kita semua juga mempunyai tanggungjawab yang akan dipersoalkan, pada peringkat kepimpinan kita.

Ilmu yang kita ada, harta yang ALLAH SWT kurniakan, semuanya datang dengan tanggungjawab.

Maka dengan sebab itu juga saya mengingatkan sekali lagi bahawa komputer yang kita gunakan walaupun kita yang beli, bukanlah hak mutlak kita. Ianya sekadar harta KEPUNYAAN YANG MAHA ESA yang DIAMANAHKAN kepada kita. Gunakanlah apa juga yang DIAMANAHKAN kepada kita untuk kebaikan sesama umat.

Sentiasa berhati-hatilah supaya tidak tersilap dan menggunakan KURNIAAN ALLAH SWT untuk menyebarkan FITNAH.

July 7, 2009 12:33 PM

Blogger faizal said...

tak perlu kerajaan perpaduan..umno tu yang perlu berubah..buat malu orang melayu je..kalau setakat melayu tu takpa la ni mengaku islam tapi tak mahu ikut islam..
masjid dah tak ramai orang..disko ngan pup penuh la pulak bangsa melayu yang mengaku islam tu.. no ekor usah cerita laa memang banyak lah keparat2 ni..bila orang tegur marah..pandai menjawab pulak tu..jawapannya aku berjudi bukan mencuri..tahu pulak mencuri tu berdosa tapi berjudi tak berdosa ke..pelik-pelik...ini lah akibatnya kalau kita tak rombak sistem pemerintahan kita..takat tu je laa kemajuan islam di malaysia ni..bila orang sebut bab hudud dia tanya orang tu kenapa tak buat padahal dia ada kuasa..kuasa besar pulak tu..kuasa persekutuan.. yang si cerdik agama dah terbahagi dua.. golongan pemerintah ni takkan tegur perbuatan-perbuatan maksiat di negara kita ni..kesudahannya kita labelkan golongan yang nak bawa pembaharuan ni extrimis..bangkit la saudara seislamku..sedar..sayang anak cucu kita..bukan senang nak dapat nikmat yang besar iaitu islam..kita patut bersyukur sebab lahir-lahir dah islam..hargai lah.. jangan lah kita perlekehkan golongan-golongan ulamak..banyak benda yang kita tak tahu..belajar lah..jangan ikut budaya ikutan syaitan,yahudi,nasrani buruk akibatnya..
perkara yang paling aku kesal bila orang islam itu sendiri tidak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang islam..
aku ingin bertanya kepada semua pembaca yang budiman,adakah anda perhatikan keadaan sekeliling,
1)berapa ramai orang islam dimalaysia yang solat lima waktu
2)berapa ramai anak-anak muda yang menghormati orang lebih tua
3)berapa ramai golongan cerdik al-quran

DAN KITA BANDINGKAN PULA DENGAN SATU LAGI GOLONGAN.

1)berapa ramai yang berebut-rebut masuk pertandingan menyanyi
2)berapa ramai peminum arak dikalangan masyarakat melayu-islam
3)berapa ramai golongan yang mengejar semata-mata dunia.
maha suci allah..ampunkanlah dosa-dosa saudara seislam ku kerana gagal mempertahankan kesucian islam dimuka bumi malaysia.ya allah ya tuhanku.. selamatkanlah kami danketurunan kami dari terjerumus ke lembah maksiat yang hina.selamatkan lah kami dari kehancuran dan kerosakan iman-amin

July 8, 2009 1:24 AM

UMNO : SELAMATKAN MANIK URAI DAN JAUHKAN DARI FITNAH NIK AZIZ

PAKATAN RAKYAT HIDUP DENGAN MENCIPTA ISU-ISU

Buat apa kita menghentam Nik Aziz? kita tegur pentadbiran dan keceluparannya menjatuhkan hukum kepada seseorang. Lagi pun ia terpaksa dibuat kerana ia telah melampaui batas sehingga menimbulkan kecelaruan di kalangan umat Islam. Selain bertujuan membela nasib rakyat , kita juga mahu menyedarkannya kembali kepada cara-cara Islam yang sebenar. Kalau Pas sebagai pembangkang mengritik Umno dalam kerajaan, apatah lagi tugas kita membentulkan keceluparan Nik Aziz itu. Nik Abdul Aziz juga gagal melaksanakan tugasnya dari semua aspek termasuk ekonomi dan pendidikan.

Paling lucu Nik Aziz kononnya menjadi lambang kekuatan Islam di negara ini mahu memperbetulkan pemerintahan DS Najib sebagai Perdana Menteri dengan mengajaknya berdebat. Kenapa Nik Aziz tidak berdebat sahaja dengan Karpal yang secara jelas menghalang pemerintahan Islam di negara ini. Suatu masa Karpal telah menyatakan langkah mayatnya dahulu jika pas mahu menubuhkan pemerintahan islam di negara ini.

Selepas setahun gabungan mereka dalam Pakatan Rakyat akhirnya terserlah jua walaupun berbagai cara dan usaha untuk menyelamat dan melindunginya kepada rakyat.Terbukalah belang masing-masing apabila semua nak penuhi agenda parti sendiri. Bergabung semata-mata untuk mengaburi mata rakyat menjelang pilihan raya selepas pilihan raya ianya berpecah.

Setelah apa yang berlaku di Perak sekarang di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor pula dilihat semakin kalut apabila semakin banyak tuduh-menuduh antara mereka berhubung beberapa isu berkaitan. Kontroversi pengambilalihan tanah di Kampung Buah Pala dan keputusan DAP Kedah keluar dari pakatan dilaporkan rakyat menyesal kerana mengundi pembangkang pada pilihan raya umum lalu. Gabungan mereka setakat nak kalahkan BN dan UMNO tetapi pertemuan yang lebih penting untuk membela rakyat tak ada.

Di PRK Manik Urai sekarang Pas sibuk membahagi syurga dan neraka. Gerakan rumah kerumah menjaja menyokong pas masuk syurga dan menyebar fitnah kepada Umno menolak Islam, menyeleweng dan 'ajaran sesat' dan jika menyokongnya masuk neraka. Dalam Islam, siapa saja yang menyebarkan fitnah dan dakwaan palsu maka kita bertanggungjawab memperbetulkan dakwaan itu, kalau tidak masyarakat akan terpesong dan tergelincir daripada ajaran sebenar, ini bahaya kerana akan menggalakkan perpecahan.

Selain dari kita mahu memilih pemimpin semasa pilihan raya, kita juga kena hati-hati dengan hasutan dan fitnah. Kita juga kena memilih dengan menggunakan fikiran yang waras. Serangan terhadap peribadi mencari dan mereka ceriter-ceriter boleh menjurus kepada perpecahan. Kita wajib memperbetulkan perkara ini denganr cara menegur mana-mana pemimpin yang sudah lari dari landasan sebenar islam. Kita perlu selamatkan rakyat, kita perlu selamatkan negara dan kita perlu selamatkan Nik Aziz sekaligus boleh menyelamatkan perpecahan umat islam di negara ini. Langkah pertama marilah kita sama-sama terjemahkan dalam pilihan raya Manik Urai 14hb nanti dengan menolok Pas dan memberi undi dan menyokong Umno.

Friday, July 3, 2009

"SESUATU YANG TERPAKSA"


"ADAKAH HAJI HADI DAN NIK AZIZ LETAK JAWATAN SELEPAS PRK MANIK URAI?

Sejak akhir-akhir ini "bertambah kronik" masalah dalaman Pakatan Pembangkang. Presiden Pas yang kononnya mengilhamkan "satu idea yang bagus dan murni" untuk perpaduan orang-orang melayu. Majority rakyat yang berbangsa melayu dan islam di negara ini mengharapkan idea ini dapat di realisasikan dengan baik, dengan meletakan sesuatu kepertingan dibelakang demi menjayakan idea tersebut. Kerana idea itu jugalah sekarang dalam Pas berbagai penyakit sudah timbul. Pencetus ideanya Haji Hadi belot kerana takut kepada sesama manusia.

Apa yang Pakmie tahu idea itu disanggah oleh pemimpin-pemimpin Pas sendiri. Adakah ianya sesuatu yang terpaksa Haji Haji mencetuskan idea tersebut? perkara ini masih bermain lagi difikiran kita. Seperti yang kita tahu Haji Hadi sendiri begitu mudah menerima keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat supaya idea perpaduan itu tidak perlu diteruskan. DAP, PKR dan 10 oarng MP pas yang diketuai oleh Nik Aziz membuat keputusan sedemikian, sebaliknya Hj Hadi pula melontarkan isu perpaduan ini menfitnah kepada Umno.

Nik Aziz dan Haji Hadi tidak seperti pemimpin DAP. Kalau DAP Kedah sanggup keluar dari Pakatan Rakyat Kedah kerana babi maknanya bagi DAP isu babi itu lebih besar dari idea Haji Hadi untuk melaksanakan penyatuan kauam melayu itu. Untuk mengalih perhatian rakyat keatas isu perpaduan ini maka banyak perkara "sesuatu yang terpaksa" dilakukan bagi menutup kes tersebut.

Nik Aziz dengan lantang menyamakan Umno dengan ajaran sesat ayah Pin dan sosialis. Nik Aziz dengan lantang mencabar Perdana Menteri DS Najib berdebat. Terbaru kata-kata Nik Aziz jika perempuan yang mendedahkan aurat boleh dirogol. Manakala Haji Hadi pula memperlekehkan Umno yang kononya parti itu tidak berjaya membentuk model sebuah negara perpaduan. Ucapan dan kata-kata dua tokoh ini melambangkan kepada kita "sesuatu yang terpaksa" bagi menarik perhatian rakyat dan pengundi di PRK Manik Urai 14hb ini.

Kedua-dua pemimpin ini sanggup menerima dosa asalkan sesuatu yang beliau mahukan tercapai. Kedua-dua tokoh inikah "model islamik atau kebahagiaan negara" yang akan memutuskan dasar-dasar islam di negara ini jika ia dapat memerintah dimasa hadapan? kenapa sampai sekarang kedua-dua pemimpin ini tidak mendesak DAP supaya menerima penubuhan negara islam jika pakatan rakyat dapat memerintah negara ini. Cita-cita DAP telah banyak dapat dilaksanakan melalui gabunganya dengan pakatan rakyat. Pemberian tanah hak milik 999tahun di Perak. Perternakan babi besar-besaran di Selangor. Yang paling mereka berjaya adalah menyesatkan pemimpin-pemimpin Pas di negara ini.

Kerana "sesuatu yang terpaksa" yang dilakukan oleh kedua-dua pemimpin inilah yang banyak menyesatkan dan memecahbelah umat islam dinegara ini. Rakyat sepatutnya telah dapat menilai sendiri lakonan-lakonan merek. Jika pemimpin-pemimpin Umno melakukan "sesuatu yang terpaksa" demi keadilan, keamanan dan kesejahteraan semua rakyat di negara ini, maka golongan-golongan inilah juga yang cuba mengisi ruang dan menjadi hero yang kononnya Umno itu ajaran sesat dan berfahaman sosilis. Rakyat dan pengundi-pengundi di Manik Urai seharusnya memihak kepada Umno dan terimalah kenyataan cara Umno itu adalah terbaik kerana negara ini terdiri dari berbagai kaum dan bangsa. Sebab itulah Umno dapat memerintah negara ini sekian lama dek kerana kebijaksanaan pemimpin terdahulu dan juga sekarang.

PaKMie : Coretan ini juga kerana "sesuatu yang terpaksa", bukannya memaksa atau dipaksa. Kepada sesiapa yang mengerti itulah suatu cara pergorbanan kearah jalan kebaikan.

ArissG


Ulasan...
Blogger YANG GAMBI said...

Salam pakmie, terima kasih sudi ke blog kawan.

Nik Ajis dan Hadi sudah lama berkhayal bila Lee Kuan Yu meramal PAS akan memerintah negara, sebab itu mereka rela jadi munafik di atas ramalan Lee, kalau UMNO selalu disamakan dengan Firaun, sekarang mereka tak ubah macam Firaun, angkuh, takbur...

July 4, 2009 11:50 AM

Delete
Blogger geefadzli said...

Salam...

Bile sesuatu dibuat kerana terpaksa ia akan hilang tk kekal selamanya..bile sesuatu itu kerana memaksa ia akan hilang kejujuran dan kepercayaan..jika ia berlaku kerana tepaksa dan memaksa..ia kan berkecai/hancur/lebur tiada dapat dikesan...fikir2 kan lah

July 4, 2009 12:18 PM

Delete

WARNING ALLAH SWT TERHADAP PAS SETELAH PARTI ITU MENOLAK UNITY GOVERMENT

PENGAJARAN ALLAH SWT TUNJUKKAN KEPADA PAS MELALUI BABI

Tindakan DAP Kedah menarik diri daripada kerajaan pakatan pembangkang hanya kerana babi merupakan tamparan hebat kepada Nik Abdul Aziz yang bersungguh-sungguh mahu bersama parti itu untuk membentuk kerajaan dan menolak UMNO. Dalam kes ini Nik Aziz Nik Mat enggan campur tangan dalam krisis antara DAP dengan kerajaan Pas Kedah.

Anwar Ibrahim pula menolak dakwaan yang kononnya apa yang berlaku keretakan hubungan di kalangan parti-parti dalam pakatan pembangkang sambil menuduh media tertentu memperbesarkan isu tersebut.

Nik Aziz bertopengkan Islam apabila menolak kebenaran kerana menarik balik gagasan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh mereka sendiri. Kemelut politik pakatan pembangkang di Kedah dijangka menjadi lebih teruk pada masa akan datang kerana kerjasama yang terbentuk antara mereka bukannya tulen, tetapi lebih kepada kepentingan politik masing-masing. Apa yang berlaku sebenarnya sudah diduga dan UmnoBN tidak terkejut langsung sebab UmnoBN tahu pakatan antara mereka hanya mahu memenangi piliharaya, dendam dan mahu kepada kuasa mengikut acuan yang dicanang oleh Anwar Ibrahim.

Pengundi-pengundi PRK Manik Urai seharusnya membuat keputusan yang terbaik demi menyelamatkan sesama Islam dalam Pas termasuk Nik Aziz sendiri dari terus terpesong. Ini merupakan tanggongjawab kita semua sebagai orang-orang Islam dan wajib memperbetulkan perkara-perkara yang sudah jelas menyeleweng dengan dasar-dasar Islam. Umno lebih memperjuangkan Islam. Kita perlu bersatu demi kekuatan. Sebenarnya Umno yang telah meletakan islam itu dilandasan yang betul di negara ini bukannya Pas.

TERKINI : CURAHAN HATI PENYOKONG PAKATAN RAKYAT TERHADAP PAS

MUNGKINKAH PAS AKAN DITENDANG DARI PAKATAN RAKYAT?
Blogger nalapambu said...
PAS sudah buat satu kesalahan besar terhadap DAP khasnya kaum cina. Sepatutnya PAS kena berbincang dengan DAP terlebih dahulu sebelum bertindak dengan perkara yang ada kaitan kaum cina.


Tindakan PAS membiarkan rumah potong babi itu dirobohkan sepatutnya tidak berlaku. PAS sepatutnya tahu membalas budi kerana kaum cina lah yang banyak menolong PAS. YB MB PAS sudah lepas tangan dan berdaleh memberi alasan yang tidak logik langsung.


PAS jangan anggap sudah kuat berkuasa dan boleh buat apa yang dia suka sesuka hati nya. PAS kena ingat, kekuatan PAS cuma bergantung kepada kaum cina dan india sahaja. Jika PAS gagal menurut kehendak kami, kami akan berhenti menyokong PAS.

July 3, 2009 11:36 AM

Wednesday, July 1, 2009

APAKATA NIK AZIZ CARA DAP KEDAH KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT?


KES BABI, DAP SUDAH SANGGUP KELUAR PAKATAN. KES UNITY GOVERNMET UMNO-PAS PULA NIK AZIZ SANGGUP BERSEKOKONG DENGAN DAP.

KENAPA KELUAR DAHULU BARU HENDAK BERMESYUARAT? - BERTENTANGAN DENGAN CARA NIK AZIZ DALAM SOAL ISU KERAJAAN PERPADUAN UMNO-PAS.

SIAPA YANG BIJAK BERPOLITIK PAS ATAU DAP?

Kalau Nik Aziz begitu marah kepada Ustaz Nasha sehingga menganggapnya sebagai sampah dan menyuruhnya letak jawatan sebagai MP Pas kerana menyokong pendapat DS Najib dalam soal UG Umno-Pas sebelum majlis Pakatan itu membuat keputusan, apa kata pula Nik Aziz dalam soal keputusan DAP Kedah mengistiharkan tergesa-gesa keluar dari Pakatan Rakyat Kedah tanpa merujuk kepada keputusan majlis tertinggi Pakatan itu.

DAP Kedah mengistiharkan keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut.

petronas sub contractor 231105 thomas suBerikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya.

DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut.

Dan pada kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusdan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Sementara itu, difahamkan ibupejabat DAP di ibunegara akan mengadakan mesyaurat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut.

Kerajaan Pakatan (Pas - PKR) masih lagi menguasai DUN Kedah dengan kelebihan enam kerusi. Kedudukan terbaru dalam DUN Kedah kini, Pas 16, BN 14, PKR 5 dan DAP 1. Kesemua jumlah Adun Kedah ialah 36 orang.

ArissG

Ulasan...
Blogger PaKMie said...

Salam dari Pakmie...

Ternyata Ustaz Azizan lebih layak bergelar "Mursyidul Am PAS" kalau dibandingkan dengan Nik Aziz, kerana kealimannya tidak mahu bersekongkol dengan DAP yang hanya berjuang untuk ladang dan kandang Babi yang ternyata haram di sisi Islam.

Wahai Nik Aziz fikir-fikirkan lah...anda tidak layak memegang jawatan itu lagi. Ketegasan Ustaz Azizan dalam menangani isu babi berdepan dengan DAP memberi aset yang baik untuk masa depan politik Ustaz Azizan berbanding Nik Aziz yang hanya pada ISLAM slogan semata-mata.


July 2, 2009 1:51 AM


Blogger mine said...
Ustaz Azizan berani buat sebab cuma ada 1 wakil dap..kalau d perak, mana mungkin Ustaz Nizar berani..

kepentingan diri melebihi kepentingan agama bangsa dan tanah air..


July 2, 2009 9:03 AM

Delete

KELANTAN : RAKYAT SESAT KERANA NIK AZIZ?


NIK AZIZ PENTINGKAN DIRI SENDIRI TIDAK MENGAMBIL KIRA PERASAAN UMAT ISLAM DAN MELAYU DI NEGERI-NEGERI LAIN

Nik Aziz lebih pentingkan kuasa dan diri sendiri daripada islam. Orang Melayu yang merasakan cadangan UG tempohari boleh megatasi perpecahan merasakan amat kecewa dengan keputusan penolakan terbuka oleh geng 11 tersebut. Nik Aziz merupakan sebagai hero penolakan gagasan itu. Nik Aziz cuma pentingkan diri sendiri daripada mahu melihat pepaduan sesama islam secara menyeluruh.

Nik Aziz terlalu mengikut telunjuk DAP dan PKR. Pas sekarang tidak boleh membuat keputusan sendiri sedangkan DAP dan PKR tidak penah mengambil kira dan merujuk pendapat pas dalam melaksanakan perancangan mereka walaupun pas lebih senior berbanding parti lain dalam Pakatan Rakyat. Ini menguatkan lagi hujah bahawa Nik Aziz lebih menjaga hati dan kepertingan DAP dan PKR daripada menjaga hati sesama islam dan org melayu sendiri.

Keputuan Nik Aziz yang berlawanan dengan kehendak, hasrat dan aspirasi majoriti org melayu yang mahu melihat melayu dan islam di negara ini bersatu. Sebenarnya kendak ini bukan kehendak Umno atau pas, tetapi kehendak orang melayu...

Nik Aziz lebih bersikap kenegerian dalam setiap keputusan bersabit dengan melayu atau Islam. Kalau di Kelantan peratusan kaum melayu dan Islam memanglah tinggi, apakata kaum melayu dan islam di negeri-negeri Pakatan Rakyat lain seperti Perak, selangor, Kedah dan Pulau Pinang? sudah tertentu lebih tertekan dengan keputusan yang dibuat oleh Nik Aziz itu. Mereka akan lebih meneliti dan akan bertindak menilai kembali keputusan Nik Aziz yang tidak mahu kerajaan perpaduan diteruskan. Kaum melayu dan islam negeri-negeri tersebut mulai sangsi kepada Nik Aziz yang dilihat lebih mementingkan politik berbanding dengan kepertingan ummah sehingga boleh merugikan orang melayu dan islam itu sendiri.Pendekatan cara islam Nik Aziz adalah pada slogan semata-mata.

Pakmie percaya, Nik Aziz dan pemimpin pas lain terpaksa dan akan menjawab kepada pengundi-pengundi di PRK Manik Urai menjelang Pilihanraya 14hb july nanti kenapa sanggup menolak sedangkan dalam masa yang sama bercakap mahu menegakkan islam di negara ini. Di Manik Urai Nik Aziz cuba mengalih fikiran rakyat dan pengundi dari isu ini dengan mencetuskan pula idea baru mengajak Perdana Menteri DS Najib berdebat. Kenapa isu perdebatan pula yang ditimbul sedangakan isu muzakarah yang lebih baik dan digalakkan dalam Islam ditolak mentah-mentah oleh Nik Aziz? Semua ini rakyat khasnya para pengundi di Manik Urai harus berfikir dengan teliti mainan politik Nik Aziz ini.

Bagi rakyat kelantan sepatutnya sudah sedar yang sekian lama mainan wayang kulit Nik Aziz ini. Sudah lebih 20th pas memerintah kelantan, apa yang pas buat perubahan kearah kebaikan rakyat kelantan? Tenyata maju mundurnya Kelantan selama itu diletak 100% kepada Kerajaan Pusat UmnoBN. Apa kah peranan Nik Aziz dan barisan exconya yang menerima gaji dan elaun berjuta sebulan dari kerajaan pusat selain dari kerja-kerja mencaci dan memfitnah pemimpin-pemimpin kerajaan itu? Pengundi-pengundi Manik Urai patut menjatuh hukuman sekeras-kerasnya dalam piliharaya nanti dengan memberi sokongan penuh kepada Umno. Jika Umno menang nanti kita akan dapat mulai melangkah membuat penyusunan semula untuk merampas kembali Kelantan ditangan Pas dalam PRU13 nanti. InsyaAllah...

Sebenarnya Nik Aziz sudah lama tewas. Nik Aziz sudah lama tewas dalam mengawal diri dan mulutnya sendiri. Cara Nik Aziz memenatkan diri beliau sendiri dengan dosa-dosa. Sepanjang pemerintahan Nik Aziz menjadi MB Kelantan setiap kali apabila menjelang pilihanraya beliau terpaksa mencari isu-isu panas untok menghasut fikiran rakyat supaya membeci kerajaan UmnoBN. Fatwa-fatwa tidak sewenang-wenangnya dikeluarkan setiap kali pilihanraya mempergunakan agama bagi menarik undi. Nik Aziz terpaksa menanggong dosa2 semata-mata mahu kepada kuasa dunia.

"Bulan ramdhan adalah bulan pengapunan dosa bagi orang-orang islam manakala piliharaya pula adalah bulan penambah dosa bagi orang islam seperti Nik Aziz dan kuncu-kuncunya..."


Kalau masjid yang menjadikan kebangaan Islam di Kelantan pun tidak dibina sehinggakan masjid negeri Muhammad Muhammadi pun masih ditahap peninggalan pemeritahan Umno lagi, apakah lagi untok kita jadikan alasan bahawa pas benar-benar memperjuangkan Islam di Kelantan? mengikut statistik sebelum PRU12 keseluruhan (lebih 600buah) masjid-masjid di kelantan dibina oleh kerjaan pusat, cuma satu sahaja setahu Pakmie (Jika salah cuba perbetulkan) yang pas bina masjid ke Pekan Rantau Panjang (Reka bentuk cina) untuk tujuan pelancongan. Yang menjadi sebut-sebutan rakyat Kelantan dan para pengunjung ke Kelantan adalah kehebatan beberapa ekor tokong Budha yang baring pun ada yang duduk pun ada dan yang berdiri dan yang terbaru sebesar bangunan empat tingkat pun ada, merupakan tertinggi di Asia. Dibina di Jajahan Tumpat dan Bachok Kelantan dan perlancarannya dirasmikankan oleh ulama Nik Aziz sendiri. Pakmie tidak mengulas panjang tentang perkara ini jika senang datanglah ke Kelantan untuk melihatnya sendiri.

Kerajaan pas dibawah pimpinan Nik Aziz lebih utamakan kaum lain. Apakah disebalik perkara ini? Adakah ini yang dimaksudkan oleh Nik Aziz "Kelantan adalah negeri serambi mekkah?" - sudah tentu ini retorik politik pas semata-mata. Sebab itu bagi Pakmie tidak hairanlah jika Nik Aziz sanggup berjuang mati-matian supaya unity govermnet tidak dilaksanakan kerana mahu menjaga hati kaum lain semata-mata bagi mendapatkan sokongan kaum DAP dalam pilihanraya. Bagi menutup segala kepincangan yang beliau lakukkan ini sanggup pula beliau memfitnah Umno...

Yakinkah Nik Aziz sembahyang jenazah beliau nanti tidak dihadiri oleh orang yang pernah beliau kafirkan selama ini? Terbaru pula menjelang pilihan raya MU beliau menyamakan Umno dengan ajaran sesat ayah Pin dan berfahaman komunis.
Bertaubatlah wahai Nik Aziz minta pengampunan dari Allah SWT sebelum terlambat.

Bagi pengundi-pengundi di Manik Urai fikir-fikirkan lah jangan lagi terlalu fanatik kepada serban dan jubah!!! kalau kerana serban dan jubah itu boleh menyesatkan kita...

arissG

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..