Followers

Monday, July 13, 2009

MANEK URAI : SEJUMLAH 12,293 AKAN MEMBUANG UNDI ESOK?



ADAKAH DUN MANEK URAI ANTARA DUN YANG TERMAJU DI KELANTAN?

Perkembangan terkini PRK DUN Manek Urai menjadi bahan bualan serata tempat dan sudah tentu ianya menjadi tumpuan sebilangan besar ahli-ahli politik tanah air. Rakyat negeri Kelantan, khasnya penduduk di Manek Urai sendiri yang majoritinya mahu melihat satu perubahan dalam pilihan raya kali ini. Kini terletak kepada bahu 12,293 pengundi yang akan membuang undi pada 14 july iaitu esok. Adakah Manek Urai akan dibebas dari belenggu dan cengkaman politik pas yang sudah sekian lama mengikat pemikiran penduduk dikawasan itu. Kebanyakan pengundi-pengundi sudah mulai sedar dari ulikkan pemimpin pas yang hanya bermain dengan slogan indah dan fitnah memfitnah semata-mata.

Majlis Penerangan dan gerakkan rumah ke rumah oleh jentera Umno telah memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada penduduk di Manek Urai, sekaligus terjawab sudah segala tomohan fitnah dan dahyah-dahyah pas kepada Umno selama ini yang hanya lakonan pas semata-mata. Timbalan Perdana Menteri mendesak Kerajaan Pas Kelantan bagi memperjelaskan apa kemajuan yang telah Nik Aziz lakukan lebih 20 tahun memerintah negeri itu. Negeri Kelantan sendiri adalah negeri termundur selepas Sabah. Taraf kemiskinan yang tinggi, peratusan gejala sosial dan penyakit aid tertinggi di negara ini.

"Sepatutnya Pas dan kerajaan negeri membentangkan prestasi pemerintahan mereka selama 20 tahun di Kelantan berasaskan fakta dan apa yang dilakukan untuk syiar Islam, ekonomi dan prasarana - sebaliknya pas memilih jalan lebih kepada memburuk-burukkan Umno dan kerajaan bagi mendapatkan pengaruh undi"

Pas amat bijak bermain dengan slogan-slogan Islam bagi mengalihkan pandangan rakyat dan pengundi-pengundi daripada isu-isu asas bagi menutup kelemahan sepanjang pemerintahan mereka. Pas juga amat bijak bermain sentimen rakyat dengan menonjolkan imej Nik Abdul Aziz yang kononnya sebagai ulama terkenal.

P/s : Pakmie yakin PRK Manek Urai akan menentukan titik tolak kedua-dua parti. Apa yang kita tahu gandingan yang baik diantara Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri sudah tentu amat menakutkan pemimpin pas. Umno semakin mantap, rakyat semakin memahami sendiwara-sendiwara yang dilakukkan oleh pas. Selepas PRK Manek Urai pas akan terus berpecah. Gendang Kerajaan Perpaduan tetap akan dipalu. Kehadiran Hj Hadi dan Nasharuddin ke Manek Urai bagaikan terpaksa. Lakonan-lokonan Nik Aziz tetap dipertontonkan lebih hebat lagi selepas PRK ini.

Berita terkini

KOTA BAHARU 13 Julai - Kelantan mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi semua penjawat awam yang bekerja di negeri itu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah itu diambil selepas mengambil kira kepentingan umum, memandangkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai akan berlangsung esok.

Beliau berkata, pihaknya melihat bahawa hari mengundi yang ditetapkan esok boleh menimbulkan banyak kesulitan kepada pengundi kerana ia diadakan pada hari bekerja.

“Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab ’Cuti Peristiwa’. Dalam semangat pro demokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian,” katanya.

- BERNAMA



Sunday, July 12, 2009

MANEK URAI : DATA PENGUNDI



12,293 Pengundi Keseluruhan Berdaftar

5,598 pengundi (21-39 tahun)
45.54% dari jumlah pengundi

4,511 pengundi (40-59 tahun)
36.70% dari jumlah pengundi

1,937 pengundi (60-79 tahun)
15.75% dari jumlah pengundi

247 (atas 80 tahun)
2.01% dari jumlah pengundi

6,316 jumlah pengundi Lelaki
51.38% dari jumah pengundi

5,977 jumlah pengundi perempuan
48.62% dari jumlah pengundi

99.2% Pengundi Melayu
56 orang pengundi Cina
28 orang pengundi India
12 pengundi lain-lain.

25 orang Pengundi POS

Friday, July 10, 2009

MANEK URAI : ANTARA DOSA DAN PAHLA

INDAHNYA PENGUCAPAN PEMIMPIN PAS DI MANEK URAI


Kalau kita sama-sama lihat dan dengar cara-cara sesetengah pemimpin pas memancing undi dalam ceramah-ceramah mereka menjelang PRK Manek Urai, terasa bertapa indahnya pengucapan mereka. Petah berkata-kata, tiada batasan berkata-kata, setiap ukapan diselang seli dengan memburukkan sesama Islam dan laungan Allah Huakbar. Bahagianya mereka. Terasa dihati maksumkah mereka. Menjadikan majis itu sebagai satu majlis keji mengeji dan fitnah memfitnah. Terserlah diwajah masing-masing tanda kepuasan bila dapat mengutuk Umno yang sama islam seperti mereka. Kerana mahukan kepada kuasa politik mereka sanggup lakukkan apa sahaja, yang menyebabkan mereka lupa dan lalai kepada dosa-dosa.

Apa yang PaKMie tahu kaedah yang pertama dalam sistem komunikasi Islam ialah prinsip ketepatan fakta dalam penyampaian sesuatu maklumat. Dalam Islam, fakta-fakta yang diterima hendaklah ditapis, disaring dan disahkan kebenarannya sebelum disampaikan kepada orang lain. Amalan menerima dan terus menyebarkan fakta kepada orang lain tanpa memeriksa dahulu ketepatan maklumat adalah jelas menyalahi ajaran Islam. Firman Allah di dalam al-Quran ini jelas menunjukkan betapa pentingnya pengesahan sesuatu maklumat: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan” [al-Hujurat:6]

Fakta-fakta hendaklah disahkan daripada sumber berautoriti sebelum disebarkan kepada orang lain. Dengan cara ini, organisasi boleh mengawal komunikasi ‘grapevine’ daripada menyebarkan spekulasi yang lebih banyak memberikan kesan buruk berbanding kesan yang baik. Dalam kes ini juga, maklumat-maklumat yang masih spekulatif atau semata-mata sangkaan wajar dielakkan daripada disebarkan. Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari maklumat berupa sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa” [al-Hujurat: 12]. Dengan ini, hanya maklumat-maklumat yang benar sahaja yang tersebar dan keadaan ini akan memantapkan lagi operasi sesebuah organisasi.


Sepatutnya Pilih Maklumat Yang Sesuai Dengan Penerima Yang Sesuai

Kaedah kedua dalam komunikasi ialah pemilihan terhadap maklumat yang ada sebelum disebarkan kepada orang lain. Jika anda seorang ketua atau pemimpin, tidak semua maklumat yang anda terima perlu disebarkan, tetapi ketepatan memilih maklumat berasaskan fungsi yang boleh dilakukan oleh penerima maklumat. Maklumat yang tepat, jika diberikan kepada penerima yang tidak sepatutnya, boleh menyebabkan kesilapan berlaku. Jika dilihat dalam sejarah Rasulullah, bagaimana baginda berkomunikasi dengan pelbagai jenis dan darjat manusia, adakalanya baginda memperincikan perkara yang sama dengan maklumat yang berbeza-beza, sesuai dengan fungsi yang dapat diamalkan oleh penerima tersebut. Dalam suatu keadaan Rasulullah menyatakan sebaik-baik amalan ialah beriman kepada Allah [Sahih Bukhari, Kitab al-Iman, no 26] dan dalam situasi yang lain Rasulullah menyatakan sebaik-baik amalan ialah mengerjakan sembahyang dalam waktunya dan berbuat baik kepada ibu bapa [Sahih Bukhari, Kitab Mawaqit al-Solah, 396]. Menurut seorang penulis pengurusan, Stephen P. Robbin, kesilapan dalam memilih saluran dan maklumat yang tepat boleh menjadi antara halangan dalam komunikasi efektif dan membantutkan perjalanan organisasi. Seseorang ketua atau pemimpin perlu memilih maklumat yang sesuai, atau memilih penerima yang sesuai untuk menerima sesuatu maklumat.


Kekuatan Bahasa dan Kepetahan Berbicara tanpa kiasan menggelirukan

Penggunaan bahasa yang jelas tanpa bahasa kiasan dengan kepetahan berkata-kata juga penting dalam komunikasi yang berbesan. Ini merupakan salah satu daripada kaedah komunikasi yang ditunjukkan oleh al-Quran dan Sunah. Dalam kisah dakwah Nabi Musa yang dijelaskan oleh al-Quran, Nabi Musa pernah meminta kepada Allah, “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku; dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. Iaitu Harun saudaraku” [Ta Ha: 27-30] Daripada kisah ini, menurut Dr Iqbal Yunus, dapatlah difahami bahawa komunikasi efektif memerlukan kepada kemahiran berkata-kata untuk menyampaikan mesej dengan jelas kepada penerima. Justeru, jika anda ingin menjadi pemimpin yang baik, anda wajar melatih diri supaya petah berkata-kata, atau melantik juru cakap yang petah berkata-kata, sebagaimana Nabi Musa meminta Harun membantu baginda berdakwah kepada Firaun.


Prinsip Hikmah Dalam Berkata-kata

Islam juga meletakkan prinsip hikmah dalam berkomunikasi. Firman Allah di dalam al-Quran: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan penuh hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik” [al-Nahl: 125] Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kuliah Ramadan beliau tahun lalu menghuraikan bahawa ayat ini memberi panduan dalam berkomunikasi dengan mereka yang sealiran dan yang tidak sealiran. Dalam mana-mana organisasi sering terjadi konflik dua pihak. Maka Allah menyeru agar kita berbicara dengan penuh hikmah dengan memberi pengajaran yang baik kepada mereka yang sealiran dengan kita, manakala berbincang dan berbahas dengan cara terbaik dengan mereka yang berkonflik dengan kita. Konflik tidak boleh dibiarkan berlalu tetapi perlu diselesaikan dengan cara komunikasi dengan cara-cara yang difikirkan terbaik.


Prinsip Taqwa dan takut pada dosa

Dalam organisasi, sistem komunikasi yang berjaya ialah dengan menggunakan pelbagai saluran, saluran rasmi dan saluran tidak rasmi. Krisis sering terjadi apabila saluran komunikasi tidak rasmi tidak dikawal dengan nilai dan etika. Sebab itu Islam meletakkan taqwa sebagai salah satu kaedah penting berkomunikasi. Hal ini kerana Dalam organisasi sudah tentu terdapat pelbagai bangsa, kaum, budaya dan ragam manusia. Dengan adanya taqwa, manusia akan menjaga batas-batas komunikasi mereka secara lebih berkesan. Firman Allah: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” [al-Hujurat: 13]

Takwa bererti sentiasa mengambil langkah berhati-hati dalam melalukan sesuatu perkara dengan mengelakkan diri daripada dosa dan sifat tercela. Islam mencela sifat memburuk-burukkan kaum dan puak lain [al-Hujurat: 11], juga mengumpat dan membuka aib orang lain kepada umum. [al-Hujurat: 12]. Saluran komunikasi tidak rasmi di dalam sesebuah organisasi sudah tentu beroperasi dengan licin tanpa ada masa mengumpat dan memburuk-burukkan pekerja lain. Takwa juga menjadikan seseorang itu sentiasa manjauhi sifat buruk sangka terhadap orang lain. Stephen P. Robbin juga pernah menyeraikan sifat buruk sangka ini sering menimbulkan suasana tidak selesa dalam organisasi. Keadaan boleh terjadi andainya pengurus memuji seseorang pekerja di hadapan pekerja lain, maka orang yang buruk sangka akan menganggap pekerja yang dipuji itu suka membodek pengurus sedangkan alangkah baiknya jika dia bersangka baik dan mahu berusaha pula untuk menjadikan dirinya yang terbaik juga.

Orang yang bertakwa dalam berkomunikasi sentiasa menjaga batas suara ketika berbicara, mengelakkan diri daripada menipu dan berdusta, menggunakan perkataan yang manis dan menjaga adab-adab dalam berkomunikasi sesama manusia. Rasulullah bersabda dalam memberikan adab-adab komunikasi: “Tidak beriman seseorang itu sepenuhnya selagi dia berdusta ketika bergurau dan bertengkar dengan orang lain sekalipun ia benar” [Musnad Ahmad, no 8276] Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah mengucapkan yang baik-baik atau pun dia hanya diam” [Sahih Muslim, Kitab al-Iman, no 67].

Firman Allah: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” [al-Asr: 1-3] Ayat ini menjelaskan tentang adab-adab yang perlu diamalkan dalam komunikasi oleh seorang perkerja yang beriman dan produktif. Pekerja yang produktif tidak menghabiskan masanya dengan berbual-bual kosong di kafe atau gerai-gerai minum, tetapi sentiasa melakukan kerja yang produktif. Dia juga sentiasa menjaga komunikasinya daripada menyampaikan berita-berita yang tersasar daripada kebenaran juga mengingatkan tentang hari akhirat pada waktu senang. Pada waktu susah, pekerja ini sentiasa berpesan supaya bersabar menghadapi ujian dan kesukaran dalam pekerjaan. Etika, adab, dan prinsip dalam komunikasi Islam bukanlah untuk mengehadkan kebebasan manusia, tetapi menjamin keberkesanan organisasi sekali gus meningkatkan produktiviti negara.

ArissG

P/s : Bahasa yang kesat, fatwa-fatwa yang karut, bahasa kiasan yang menggelirukan, fitnah memfitnah sudah menjadi amalan dalam pas sekian lama. Setiap kali pilihanraya diadakan perkara-perkara seperti ini sering kedengaran dalam ceramah-ceramah Pas. Perkara ini berlaku berluas-luasa di PRK Manek Urai sekarang.

PESANAN SAHABAT PENGUNJUNG BLOG KEPADA PENGUNDI MANEK URAI

Blogger TokMudim said...
Mengikut pungutan suara/poll serta reaksi penduduk-pendududk Manek Urai semasa penamaan calon PRK pada 06-07-09(Isnin) harapan BN untuk memenangi kerusi Manek Urai semakin cerah. Ini amat membimbangkan penyokong-penyokong PAS, setelah PRK Penanti PAS tidak bertanding, maka di Manek Urai, PAS akan melakukan apa saja untuk menafikan kemenangan BN. Oleh itu penduduk penduduk Manek Urai dinasihatkan supaya:


1] Kad pengenalan adalah harta anda yang paling penting. Tanpa kad pengenalan anda tidak dibenarkan mengundi.

2] Simpan kad pengenalan anda ditempat yang selamat. Jangan diberi simpan kepada sesiapa pun walaupun orang itu yang paling dengan rapat dengan anda.

3]Jika ada pihak yang menawarkan wang ringgit untuk menyimpan kad pengenalan anda secara sementara. Jangan terima. Laporkan segera kpd polis. Jika boleh dapatkan sedia bukti gunakan handphone untuk merakam peristiwa tersebut.


4]Jika ada pihak memberi anda wang ringgit secara tidak langsung supaya mengundi parti mereka. Terima saja wang tu tapi jangan undi mereka. Nilai anda tidak boleh dijual-beli.


5] Jika anda syak sesiapa saja yang mempunyai kad pengenalan lebih satu atau mengundi lebih dari satu tempat , lapor kan segera kepada Polis.


Thursday, July 9, 2009

MANEK URAI : CERITER DISEBALIK NASHARUDDIN TIDAK HADIR

TIDAK MUNAFIK LAGIKAH?

Mengikut dari sumber-sumber yang boleh dipercayai mesyuarat bersabit menghalang Nasharuddin dari menghadiri setiap program di Manek Urai ialah pada 25 Julai. Mesyuarat itu telah diadakan oleh Badan Perhubungan Pas Kelantan. Kesemua yang hadir adalah ketua-ketua kawasan termasuk cikgu Rahim dan Fatah Haron berserta dengan ketua-ketua dewan dan juga pesuruhjaya dan naib pesuruhjaya Pas. Mesyuarat hari itu tidak dipengerusikan oleh Nik Aziz.

Katanya orang yang memberi ilham untuk menghalang Nasharudin daripada hadir ialah orang yang yang sama apabila ditanya oleh wartawan pada hari ini mengakui tidak mengetahui hal yang berlaku ke atas Nasharudin itu sendiri.

Tiga orang wakil pas Kelantan menemui Nasharudin dan memaklumkan mengenai larangan itu. Wakil itu ialah , Omar Mohamad ADUN Peropok, Adun Lanas, Abdullah Yaacob dan Adun Demit, Mohammad Mustafa.

kenapa tidak mahu berterus terang dan bertanggungjawab. Kenapa sanggup bersikap munafik? Katakan saja. Jangan ajar orang menjadi munafik sama seperti kita. Jangan ajar rakyat juga turut terlibat sama menjadi munafik. Ternyata ramai dari kalangan pemimpin pas yang munafik dan ‘klu klek’ kerana mahu kuasa politik

ArissG

P/s : Kalau kita iklas kenapa takut untuk bersumpah, kalau kita benar kenapa takut untuk menghadapi pembicaraan, kalau kita juga yang menbuat keputusan kenapa kita tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Tidak munafik lagikah kamu?


Ulasan..

Jika sebelum ini Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dilarang muncul pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, namun semakin tiba tarikh pengundian, lain pula ceritanya.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dalam nada berbeza memohon orang nombor dua parti itu turun memainkan peranan bersama jentera Pas dalam pilihan raya kecil itu.

Ia sekali gus bagi membersihkan namanya yang dikatakan tercemar ketika isu cadangan kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan Nasharuddin sudah mulai sejuk.

Nik Abdul Aziz ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini mengakui pada peringkat awal Nasharuddin dilarang menghadiri proses penamaan calon bagi mengelak rasa malu disebabkan bimbang disorak oleh penyokong Pas yang marahkan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.


Blogger The Infinity said...

Pak Mie yang paling penting sekali sekarang adalah bagaimana nak menarik dan meraih undi golongan muda yang tegar ni. Hasil kajian mendapati mereka ni susah sangat nak bagi undi pada B.N



Tuesday, July 7, 2009

MANEK URAI : LIHATLAH DENGAN MATA HATI


kerana KERANA INGINKAN PENYATUAN ISLAM DAN BANGSA SENDIRI USTAZ NASHARUDDIN DI PINGGIRKAN

Ketiadaan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai terus menjadi tanda tanya apabila Nasharuddin tidak diletakkan sebagai penceramah dalam mana-mana ceramah mereka.

Bermacam-macam cara dan reaksi pandangan pemimpin pas ketika wartawan membuat pertanyaan. Tetapi semua jawaban yang diberikan tidak menepati pertanyaan wartawan. Bagi Pakmie setiap jawaban yang diberikan itu semata-mata hanya sekadar mahu menutup kelemahan diri masing-masing. Hj Hadi mengatakan ustaz mungkin ada kerja-kerja lain yang lebih penting, beliau juga mengatakan DS Najib juga tidak datang kenapa tidak dihebuhkan.

Bagi Pakmie (maaflah) kalau dilihat gaya dan keterampilan ustaz Nasharuddin yang lepas-lepas sudah tentu ia hadir semasa penamaan calon itu. Pas tidak seperti Umno. Kalau pemimpin Umno tidak hadir kita boleh terima, sebab Umno tidak menggangap sesuatu kehadiran dalam sesuatu majlis itu sepenting pemimpin pas, lain lah jika beliau salah seorang penceramah. Penyokong pas juga tidak seperti penyokong Umno. Para penyokong pas sanggup berberapa hari berkampong semata-mata menanti hari penamaan calon. Bagi mereka seolah-olah dengan kehadiran itu mereka mendapat pahla yang besar yang disediakan oleh Allah SWT. Mereka sanggup bersusah payah, mereka sanggup berpanas berhujan, mereka sanggup meninggalkan tanggongjawab lain yang lebih besar, mereka sanggup meninggalkan anak bini berminggu minggu semata-mata untuk berkerja memenangi parti mereka.

Ketua Pengarah Operasi Pas Manek Urai, Abdul Fatah Harun menjelaskan ketiadaan Timbalan Presiden tersebut disebabkan Kelantan adalah ‘istimewa’ dan tidak sama dengan kawasan-kawasan lain. Apa yang istimewa...? majoriti penduduk tetap Manek Urai adalah mahu kepada kebenaran. Mereka mempunyai asas keagamaan yang kukuh. Mereka hidup dengan bersyukur apa yang ada. Mereka mempunyai "keorigenalan" mereka sendiri. Sebab itulah antara sebab-sebab ustaz Nasharuddin tidak disenarai dan dibenarkan berceramah di kawasan itu. Ustaz Nasharuddin sejak akhir-akhir ini menampakkan kepada kita ada keiklasan mahu menegakkan kebenaran dalam Islam . Kegagalan isu "kerajaan perpaduan" yang dihalang sewenang-wenangnya tanpa bicara oleh Nik Aziz dan ini mungkin sedikit sebanyak memberi kesan kepada beliau dan seterusnya tidak hadir pada hari penamaan calon tersebut. Ternyata pada kita disini keiklasan sebenar ada pada ustaz Nasharuddin tidak pada Nik Aziz dan Hj Hadi.

Pas amat takut jika dikalangan pemimpinnya tidak sehaluan. Sebab itulah Nik Aziz sanggup menghukum ustaz Nasharuddin supaya meletak jawatan dan meninggalkan parti itu. Seolah-olah jasa ustaz Nasharuddin tiada langsung. Sifat keterbukaan pas hanya terselah bersabit dengan KESEPAKATAN memburukkan Umno. Apa kata Nik Aziz semua betul walaupun kata-kata itu menghina sesama Islam. Itu juga antara sebab Nik Aziz menjadi mudah lupa diri, mudah menggeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya, beremosi ketika bercakap dan yang paling menyedihkan seolah-olah Nik Aziz itu sendiri maksum.

“Beliau mungkin ‘segan’ nak datang sini sebab Manek Urai lain daripada yang lain, jadi beliau tidak disenaraikan dalam ceramah di Manek Urai..."

Kata-kata yang paling lucu setakat hari ini menjelang PRK Manek Urai. Adakah patut Ustaz Nasharuddin segan? patutkah kata-kata ini keluar dari seorang ketua pengarah operasi pas Manek Urai? - jenis IQ zero tahap gaban.

“Ada tempat kita meletakkan calon yang berpendidikan tinggi dan ada kawasan tidak, kita buat begitu mengikut kehendak penduduk disitu ”


ArissG

P/s : Ustaz Nasharuddin adalah salah saorang di kalangan pemimpin Pas yang sepatutnya diberi penghargaan. Seorang Timbalan Presiden Pas yang menang bertanding mengalahkan Husam dan Mat Sabu diaibkan oleh Nik Aziz sebegitu rupa semata-mata kerana mahu melihat agama dan bangsanya sendiri bersatu.

MANEK URAI : BIAR UMNO KALAH ASAL UMAT ISLAM TAHU KEPINCANGAN PAS

NIK AZIZ BUKAN SETAKAT MAHU MEMESONG FIKIRAN ISLAM HATI ORANG ISLAM JUGA MAHU DISAKITI

Bukan setakat menghalang Kerajaan Perpaduan sahaja, hari ini Nik Aziz berkata di Manik Urai ketika ditanya oleh wartawan di pusat penamaan calon PRK DUN Manek Urai di Sekolah Menengah Kebangsaan Siltan Yahya Putera pagi kelmarin.

" Isu (kerajaan) perpaduan kami dah tanam, dah berkubur. Pakatan adalah lebih melambangkan perpaduan, lebih daripada maksud perpaduan iaitu ia terdiri daripada berbilang kaum.

"Melayu buat apa? Tak usahlah timbul isu perpaduan itu lagi kerana kami dah baca talkin, jadi apa masalahnya,'' kata Nik Aziz.

Pengundi yang dapat memikir dengan waras sudah merasa muak dengan Nik Aziz. Paling jelas dan rata-rata kedengaran di kampong-kampong atau peti-peti undi. Paling jelas menampakkan penyokong muda Pas mula mendekati UMNO dan menyatakan kesediaan memberi sokongan kepada BN dalam pengundian 14hb nanti.

Bagi Pakmie soal kalah menang kedua parti yang bertanding tidaklah penting sangat. Soal perpaduan melayu itu lebih penting. Buat apa kita menang kalau dengan cara memecahbelahkan sengaja menggunakan bahasa kiasan menggelirukan orang ramai dengan niat semata mahu kepada pengaruh undi? sedangkan dalam masa yang sama perpecahan umat Islam terus berpecah.

Sindron bahasa kiasan sudah lama wujud dalam pas. Ini adalah hasil kerja hakiki Nik Aziz semenjak dahulu lagi dan semakin ketara lagi sejak akhir-akhir ini. Ada juga dikalangan pemimpin pas yang lain bergitu berbangga sekali dengan sikap Nik Aziz ini. Katanya Nik Aziz sengaja mahu mewujudkan perpepsi untuk mengalih fikiran rakyat, lagi kuat Umno menegur Nik Aziz lagi menambah pengaruh Nik Aziz seterusnya Pas menang setiap kali pilihan raya diadakan. Katanya lagi inilah kelebihan Nik Aziz yang dapat memerintah Kelantan sehingga hari ini.

ArissG

P/s : Budaya perpepsi ini adalah amalan orang-orang yahudi untuk melemahkan umat islam sejakdahulu lagi. Bagi mereka sanggup berlajar tentang ilmu Islam semata-mata mahu menghancurkan Islam.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..