Followers
Sunday, September 12, 2010
SEMBANG RAYA : JUTAWAN KOSMETIK DIBUNUH BERSAMA TIGA RAKAN LAIN

Thursday, September 9, 2010
ESOK RAYA SALAM AIDILFITRI...
Memohon keampunan ke hadrat Ilahi
Kini Syawal datang lagi
Ku hulurkan ucapan salam aidilfitri...
ALHAMDU LILLAH SYUKUR KERANA KITA DAPAT LAGI BERSAMA DIRAMADHAN DAN SYAWAL KALI INI. KAMI DARI BARISAN PAKMIE.BLOGSPOT.COM KOTA BHARU KELANTAN INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI, 1 SYAWAL 1431H KEPADA SELURUH MUSLIMIN & MUSLIMAT, MUKMININ & MUKMINAT KHUSUSNYA KEPADA RAKAN YANG DIPERTUA DAN PARA EXCO BPN, PELAYAR BLOG DISEANTERO DUNIA DAN PELUSOK NEGARA.
Mohon Maaf atas LISAN atau PENULISAN yang tak terjaga, JANJI yang terabai, HATI yang berperasangka dan SIKAP yang melukakan...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR & BATIN
Sabda Baginda ertinya: Awalnya (bulan Ramadhan) adalah rahmat, pertengahnya adalah ampunan, dan akhirnya adalah pembebasan. Dan sesungguhnya Allah Ta’ala menilik (dengan pandangan rahmatNya) kaum Muslimin pada malam pertama dari bulan Ramadhan tersebut, dan siapa yang mendapat tilikan Allah Ta’ala nescaya ia tidak akan disiksaNya, selanjutnya Dia mengampuni mereka pada akhir malam dari bulan Ramadhan. (Hadits riwayat: Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi)
Pakmie.blogspot.com
Tuesday, September 7, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN - Pakmie.blogspot.com

Solat adalah suatu ibadat yang terdiri dari perkataan-perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam disertai dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Definisi semacam ini telah disepakati oleh para ulama ahli Fiqih di mana mereka mengatakan :
“Solat adalah perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir, dan disudahi dengan salam yang dengannya itu kita dianggap beribadat (kepada Allah) dengan syarat-syarat yang telah ditentukan”
Kedudukan dan hikmah solat
Solat di dalam agama Islam menempati kedudukan yang tidak dapat ditandingi lagi oleh ibadat/amalan apapun. Tiada sesuatu perintah ibadat lain yang lebih ditonjolkan oleh Al Qur’an melebihi perintah solat. Di dalam Al Qur’an terdapat beberapa kata yang menyatakan fardhunya solat dengan menggunakan berbgai macam gaya bahasa. Kadangkala dengan memuji orang yang mengerjakan solat dan mencela orang yang meninggalkannya, kadangkala menceritakan keadaan orang yang tidak mengerjakan solat iaitu bahawasanya mereka berada di dalam neraka, kadakala merupakan suatu berita bahawa orang yang mengerjakannya akan beruntung, kadangkala menerangkan hikmahnya iaitu bahawa solat dapat mencegah perbuatan keji; dan sebagainya. Sebagai contohnya dikutipkan beberapa ayat Al Qur’an yang berhubung dengan solat dengan menggunakan berbagai gaya bahasa:
“Peliharalah semua solat(mu), dan (peliharalah) solat wustho”
(Al Baqarah : 238)
“Dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu”
(Thoha : 14)
“dan perintahkanlah kepada keluargamu untuk mendirikan solat dan bersabar kamu dalam mengerjakannya”
(Thoha : 132)
“Maka datanglah sesudah mereka pengganti yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan”
(Maryam : 59)
“Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (Neraka)?” Mereka menjawab : “Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat”
(Al Muddatsir : 42-43)
“Dan dirikanlah olehmu akan solat dan berikanlah olehmu zakat dan ruku’lah berserta orang-orang yang ruku’”
(Al Baqarah ; 43)
“Dan dirikanlah olehmu solat, Kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar”
(Al ‘Angkabut : 45)
“Kemudian apabila kamu telah merasa aman maka dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”
(An Nisa : 103)
“Solat adalah tiang agama. Barangsiapa yang mengerjakannya bererti ia menegakkan agama, dan barangsiapa yang meninggalkannya (tidak mengerjakannya) bererti ia meruntuhkan agama”
(Hadis Nabi)
Dan pada hadis yang lain disebutkan :
“Pokok urusan ialah Islam, sedangkan tiangnya adalah solat, dan puncak keseluruhannya adalah berjuang di jalan Allah”
Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa solat adalah tiang agama Islam maka solat itu dijadikan suatu batas yang memisahkan antara Islam dan kafir, sebagaimana sabda Nabi :
“Janji yang (mengikat) antara kami (kaum muslimin) dan antara mereka (kafirin) adalah solat. Maka barangsiapa yang meninggalkannya ia benar-benar telah kafir”
Solat adalah merupakan penghubung antara hamba dengan Khaliqnya. Ia merupakan sebesar-besar tanda iman dan seagung-agung syiar agama. Ia merupakan tanda pernyataan syukur atas kasih atas nikmat-nikmat yang telah dikurniakan Allah kepada hambaNya. Ia adalah merupakan senyata-nyata ibadat yang membuktikan keIslaman seseorang.
Kerana itulah Allah membesarkan nilainya dan membesarkan pula urusannya. Ia adalah sebesar-besar dan semulia-mulia ibadat. Ia adalah ibadat yang sangat mendekatkan hamba kepada khaliqnya. Hal ini berdasarkan hadis nabi yang bererti :
Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya ialah di kala hamba itu bersujud (di dalam solat). Maka berbanyak-banyaklah berdoa di dalam sujud itu”
Solat yang dilaksanakan dengan sempurna dan penuh kekusyukan itu dapat mencegah perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar sebagaimana Allah telah berfirman yang ertinya :
“Sesunggunya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar” Oleh kerananya dapat diambil kesimpulan bahawa orang yang melaksanakan solat tetapi masih melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan masih saja melakukan kemungkaran maka yang demikian itu menandakan bahawa solatnya belum/tidak sempurna. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda :
“Barangsiapa yang solatnya tidak dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, maka ia akan bertambah jauh dari Allah”
Amal perbuatan seseorang itu ditentukan oleh solatnya. Maka dari itu janganlah kita mengerjakan solat semaunya saja tanpa mengindahkan syarat dan rukunnya. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
Solat adalah perbuatan mula pertma dihisab bagi seorang hamba. Apabila solatnya baik maka baiklah semua perbuatannya; dan apabila solatnya buruk maka buruklah semua perbuatannya”.
Solat lima kali sehari semalam dan solat Juma’at pada hari Juma’at itu dapat menghapus dosa-dosa orang yang melaksanakannya, selama dosa-dosa besar seperti membunuh orang, berzina itu dijauhinya. Hal ini berdasarkan hadis nabi yang bererti :
“Solat yang lima dan Juma’at yang satu sampai Juma’at yang lain adalah menjadi kafarat terhadap apa (dosa) yang dilaksanakannya di antara semuanya itu selama dosa-dosa besar tidak dilakukannya”
Dan baginda pernah bersabda :
“Apakah kamu sekelian melihat, seandainya pada pintu salah seorang di antara kamu sekalian ada sungai yang mana ia mandi daripadanya lima kali setiap hari, apakah masih ada sesuatu kotoran pada orang tersebut? Para sahabat menjawab : Tidak sedikitpuin terdapat kotoran padanya. Baginda bersabda : yang demikian itu adalah perumpamaan solat yang lima (solat fardhu) di mana Allah menghapuskan dosa-dosa genan solat-solat itu”.
Di dalam satu hadis disebutkan pula bahawa apabila seseorang selalu memelihara solatnya maka ia akan dimuliakan dengan lima kemuliaan iaitu :
1. Dihilangkan kesempitan penghidupan daripadanya
2. Dihilangkan siksa kubur daripadanya
3. Diberikan surat amalan kepadanya nanti di hari mahsyar dari sebelah kanan
4. Diberikan kesanggupan untuk melewati/melintasi jembatan (sirathal mustaqim) dengan kecepatan kilat
5. Dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.
Hukum dan ancaman bagi orang yang meninggalkan solat
Solat adalah suatu ibadat yang mula pertama diwajibkan oleh llah dan mulai difardhukan pada malam Isra’ dan Mi’raj di mana Allah langsung memerintahkan kepada RasulNya tanpa perantaraan siapapun Kerana mengingat pentingnya solat itu dan Kerana tingginya solat itu menurut Allah.
Solat adalah merupakan tiang agama dan merupakan suatu pekerjaan yang menentukan apakah seseorang itu Islam atau kafir, Jadi, orang yang meniggalkan solat ia adalah kafir, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. “
Antara seorang Islam dan antara kekufuran adalah meninggalkan solat”
Dan telah berkata pula Muhammada bin Nashr al Mirwazi :
Sahlah berita nabi s.a.w. bahawasanya orang yang meninggalkan solat adalah kafir. Begitu pula pendapat ahli-ahli ilmu semenjak zaman Nabi Muhammad s.a.w. bahawa orang yang meninggalkannya dengan sengaja tanpa uzur sehingga habis waktunya ia adalah kafir”.
Begitu juga telah berkata Abdullah bin Syaqif Al ‘Ukeili :
Tiada suatu amalanpun yang dipandang oleh para sahabat nabi Muhammad s.a.w. yang apabila amalan itu ditinggalkan dapat menjadikan kafir kecuali solat”
Dengan demikian jelaslah bahawa orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan mereka boleh dibunuh. Banyak hadis yang menyatakan bolehnya dibunuh orang yang meninggalkan solat, di antaranya hadis yang diterima oleh Ibnu ‘Abbas .a. di mana Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ikatan Islam dan undang-undang agama itu ada tiga, dan di atas tiga itulah didirikan Islam. Barangsiapa yang meninggalkan salah satu di antara ketiganya maka benar-benar kafir dan halal darahnya (boleh dibunuh). Tiga hal itu adalah : Bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, solat fardhu dan puasa bulan Ramadhan”
Selanjutnya orang yang meninggalkan solat itu diancam oleh Allah akan dimasukkan ke dalam neraka yang mana neraka adalah tempat segala siksaan. Allah s.w.t. berfirman di dalam surah Al Muddatsir ayat 42 dan 43 yang ertinya :
“Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar(Neraka)?” Mereka menjawab : “Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat”.
Dan di dalam hadis dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. tentang ancaman Allah yang ditimpakan kepada orang-orang yang meninggalkan solat iaitu sebagai berikut :
1. Di kala mereka hidup di dunia :
a. Dihilangkan keberkatan dari hidupnya.
b. Dihilangkan tanda kesolehan dari wajahnya.
c. Tidak berpahala amal-amal perbuatannya.
d. Doanya tidak diangkat ke langit.
e. Tidak memperoleh bahagian di dalam doanya orang-orang yang soleh.
2. Di kala mereka menghembuskan nafas terakhgir dan saat-saat sesudahnya :
a. Mati dengan penuh kehinaan.
b. Mati dalam keadaan lapar.
c. Mati dalam keadaan haus.
d. Dihimpit kubur dari sebelah kiri dan kanan.
e. Dinyalakan api Neraka di dalam kubur mereka.
f. Didatangkan kepada mereka masing-masing seekor ular yang bernama “Asy Syuja’ul Aqra’”, untuk menyiksa mereka di mana ia berkata : “Aku diperintah oleh Allah s.w.t. untuk memukul engkau, kerana engkau mensia-siakan solat Subuh sehingga terbit matahari, Kerana engkau mensia-siakan solat Zohor sehingga Asar, Kerana engkau mensia-siakan Asar sehingga dating Maghrib, Kerana engkau mensia-siakan solat Maghrin sehingga ‘Isya’ dan kerana engkau mensia-siakan solat ‘Isya’ sehingga fajar”.
Ular yang bernama Asy Syuja’ul Aqra’ itu terus menerus menyiksa mereka sampai hari Mahsyar pergi. Menderita kesengsaraan di kala hisab pada hari Mahsyar.
h. Mendapat kemurkaan Allah.
i. Dimasukkan ke dalam neraka.
Pada suatu riwayat yang lain diterangkan bahawa nanti pada hari kiamat wajah orang-orang yang tidak mengerjakan solat ditulis dengan tiga perkataan iaitu :
1. Hai orang yang mensia-siakan hak Allah.
2. Hai orang yang ditimpakan kebencian Allah kepadanya
3. Sebagimana engkau telah mensia-sia hak Allah di dunia maka berputus-asalah engkau pada hari ini dari rahmat Allah.
Demikian ancaman Allah terhadap hamba-hambaNya yang melalaikan kewajiban utamanya yakni solat lima kali sehari semalam. Oleh Kerana itu hendaklah masalah solat ini mendapat perhatian yang serius, jangan sampai kita kaum muslimin meninggalkannya bila masa saja dan di mana saja agar kita selamat dari azab Allah yang sangat pedih.
marzidahwizi.
Sunday, September 5, 2010
SEMBANG RAMADHAN : KATA-KATA HIKMAT SAIDINA UMAR R.A

Saturday, August 21, 2010
RENUNGAN RAMADHAN : 7 JENIS WAJAH MAYAT DALAM KUBUR

Friday, August 20, 2010
SEMBANG RAMADHAN : BOLEHKAH KITA IKUT NIK AZIZ LAGI?

Negara Islam
1. “Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu.” - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.2. “PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa…” - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.
3. “Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu.” - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.
4. “Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir.” - Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.
Kafir Mengkafirkan
1. “Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir” - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.2. “Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid.” - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.
3. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.
4. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.
5. “Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran.” - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994
Kerjasama dengan bukan Islam1. “Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam” - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.2. “Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram” - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
3. “PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.” - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.
4. “Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam.” - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.
5. “Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang” - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.
6. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.
7. “DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,”
– Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.
Hukum Mencarut
1. “Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.2. “Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri.” - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.
Kerjasama dengan Syaitan dan Malaikat1. “Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.” - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.2. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.
Allah Samseng1. “Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat… tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat…” – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.
Pengundi Hantu1. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.
Haram Wanita Bekerja1. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.
Undi PAS masuk syurga1. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
Arak1. “Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?” - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.2. “Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya.” - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.
Kepentingan politik PAS1. “Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam.” - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.2. “Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama.” - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.
3. “Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.
4. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.
Tengok muka dicermin, makan karipap dan tanya pada diri sendiri: Are you okay? Jawapannya. No.
Thought Of The Day
Selalu ada yang baru...
CHATROLL BPN
Visitors

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT
Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815
Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Australia
Belanda
PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!
- 'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'
BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..
