Followers

Monday, February 7, 2011

NIK AZIZ SUKA BELA ORANG YANG BELIAU BOLEH TUMPANG...

BILA ANWAR BERCAKAP TENTANG KESELAMATAN DAN APABILA NIK AZIZ BERCAKAP TENTANG PERPADUAN UMMAH...


SIKAP MENYOKONG APA SAHAJA, LUDAH SANGGUP DIJILAT... ASALKAN MENGUNTONGKAN DIRI SENDIRI.

Terkedu penulis bila membaca kenyataan pemimpin Anugerah Tuhan Anwar Ibrahim menggesa Kerajaan Malaysia supaya segera melakukan usaha membawa pulang rakyat negara ini yang masih berada di Mesir. Anwar dengan tegas mendesak kepimpinan kerajaan Barisan Nasional untuk memberikan keutamaan kepada para pelajar Malaysia disana.

Sama juga terkedu penulis bila membaca kenyataan Nik Aziz mengajak umat islam supaya bersatu. Jika diteliti tindak tanduk Nik Aziz serta macam-macam fatwa yang songsang yang telah keluar dari mulutnnya semacam Nik Aziz tidak menghiraukan pula bahawa satu daripada ajaran Islam yang penting ialah mengajak setiap orang Islam itu supaya bersatu.

Rupa-rupanya Anwar dan Nik Aziz ini terlebih cerdik. Kedua mereka ini juga sedar rupanya selama ini bahawa demonstrasi jalanan akan menyebabkan sesebuah negara menjadi tak selamat dan islam itu kena bersatu. Tetapi kita masih ingat Anwar juga pernah melakukan perkara yang sama menghuru harakan negara pada Reformasi 1998.Bukankah Anwar juga bertanggungjawab menggugat keselamatan negara pada ketika itu?.Pada pilihan raya tak silap tahun 1990 PAS canangkan pada orang melayu haram untuk mereka undi calon MCA atau MIC. Kini tidak lagi. Berbaik dengan DAP ketahap gadaikan prinsip Islam. Itu belum kita cakap sekarang tentang kalimah "Allah" yang pas setuju membenarkannya diguna oleh kristian YANG BOLEH MENGELIRUKAN orang Islam.

Pakmie tertarik dengan kenyataan Tun Mahadhir katanya jika mahu melihat penyatuan orang islam dan kekuatan melayu di negara ini singkirkan saja Anwar dan Nik Aziz terlebih dahulu. Lupakan riak wahai penyokong fanatik Anwar dan Nik Aziz yang beragama islam. Sessunggohnya tiada guna kita bersengketa sesama islam. Lihatlah macam-macam perkara sudah terjadi di njegara-negara islam lain yang untong semuanya kafir, mahukah kita jadikan negara kita yang aman ini seperti negara-negara tersebut?

Kita orang melayu memang mudah lupa kepada sejarah... kalau tidak masakan Nik Aziz boleh duduk bersama Anwar dan Karpal dalam Pakatan. Siapa yang lantang cabar Tun Mahadir supaya pecat Anwar ketika menjadi TPM? tidakkah Mad Sabu(Idola dendangan dangdut hudud) dan Karpal(Kapir harbi) sehingga sanggup masuk Parlimen dan jelajah negara? Tidak berdosalkah kamu Mad Sabu memberi gelaran kepada Anwar al-Juburi? Nik Aziz juga mengangumi kelebihan kepetahan bercakap Anugerah Tuhan berikan kepada Mad Sabu. Sekarang apa jadi...sejarah ini baru 13 tahun berlalu(Tak catit dalam dairy) tapi sayang orang-orang melayu sudah melupainya kerana itulah masih menyokong pakatan Anwar dan Nik Aziz yang menjadi kuli kepada kafir DAP untok menjadikan islam dan melayu di negara ini seperti kedudukan melayu di Singapura dibawah PAP.

TUN MAHADHIR...

“Cara mudah, ketuk kepala nik ajis dan anwar kerana penyakit itu semua datang daripada mereka,” kata beliau menjawab satu soalan bagaimana untuk menyatupadukan orang melayu yang menurutnya sudah berpecah tiga.

“Niat mereka hanya untuk mendapat tempat. anwar dengan dasarnya untuk sampai ke putrajaya dan nik ajis adalah seorang ‘opportunist’. tidak ada niat mereka ini untuk berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara, itu yang susah hendak berbaik dengan mereka,”


Thursday, February 3, 2011

Kefahaman Politik & Islam Nik Aziz vs Dr Asri



Nik Aziz tidak hirau ajaran setiap orang Islam bersaudara - Dr M

Jika diteliti tindak tanduk Musyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta macam-macam fatwa yang dianggap songsang keluar dari mulutnnya demi perjuangan PAS, pendapat Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Menteri Besar Kelantan itu ada benarnya.

Menurut mantan Perdana Menteri itu, Nik Aziz tidak menghiraukan bahawa satu daripada ajaran Islam yang penting ialah setiap orang Islam itu bersaudara.

Dr Mahathir melihat hasil terbesar perjuangan Nik Aziz dan PAS memecahbelahkan orang Melayu di Malaysia.

“Penubuhan PAS itu sendiri berjaya memecahbelahkan orang Melayu Islam setelah mereka bersatu dalam Umno untuk memperjuangkan nasib bangsa yang beragama Islam,” katanya lagi.

Dr Mahathir juga berkata, PAS turut memecahbelahkan orang Melayu Islam di Malaysia sekali lagi apabila PAS mengadakan sembahyang Jumaat dua imam, larangan terhadap perkahwinan orang PAS dengan UMNO, larangan ahli PAS menghadiri kenduri orang UMNO.

Malah PAS juga menerima pengasingan kubur orang PAS dari orang UMNO dan seolah-olah di akhirat juga PAS ingin pecah belah orang Melayu Islam terus berlaku.

“Apabila PAS bertanding dalam pilihan raya 1955 dan seterusnya hingga 1986 ia mendakwa bahawa UMNO yang bekerjasama dengan orang bukan Islam, mereka menjadi kafir.

Menurut Dr Mahathir, kemudian PAS bergabung tenaga dengan Semangat 46 dan DAP dalam pilihan raya 1990 dan 1995.

“Dengan ini Semangat 46, serpihan dari UMNO mendapat nafas dan orang Melayu Islam terbahagi kepada tiga kumpulan,” katanya dalam tulisan terbaru blog beliau..

Beliau menambah apabila timbalan presiden UMNO dikeluarkan dari parti, Nik Aziz dengan cepat memberi sokongan kuat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya parti serpihan yang ditubuh boleh menarik keluar sebahagian daripada ahli UMNO dan penyokongnya supaya parti orang Melayu Islam yang terbesar ini menjadi lemah.

“Hasil daripada sokongan Nik Aziz orang Melayu sekali lagi berpecah tiga. Tidak cukup dengan ini Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan.

“Bahawa dahulu PAS mendakwa kerjasama oleh UMNO dengan bukan Islam menjadikan mereka kafir dilupakan sahaja kerana ingin menjadi Pakatan musuh UMNO yang kuat,” katanya.

Tambahnya, dengan cara ini Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal.

Kesimpulannya, Dr Mahathir mendakwa Islam dibawa Nik Aziz “lebih teruk dari Islam nasionalis” dan menjadi penyumbang kepada perpecahan orang Melayu Islam negara ini.

Justeru itu, kata bekas Presiden UMNO itu Nik Aziz rela mempertahankan Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan bekas perdana menteri Singapura itu supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.

“Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik dari segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia.

“Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal, Kit Siang, Guan Eng,” katanya..

Khamis lalu, Nik Aziz dilapor menyifatkan orang Melayu di Malaysia yang menolak Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme lebih teruk dari Lee.

Kata Nik Aziz, Lee hanya meminta umat Islam di republik itu tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam berbanding segelintir orang Melayu di negara ini yang membuang sama sekali Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme.

“Orang Melayu sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.

“Beliau cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan, lebih teruk daripada Lee Kuan Yew,” katanya mengulas pandangan Lee dalam buku terbaru tulisannya “Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going”.

“Ternampak Nik Aziz lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Lee,kata Dr Mahathir.- Agendadaily 1/2/2011.

Monday, January 31, 2011

DUN TENANG MILIK BN


MOHD AZAHAR YB BN-MAJORITI 1,215 LEBIH TINGGI DARI PRU 2008


10.00 MALAM- Barisan Nasional telah berjaya mempertahankan kerusi DUN Tenang dengan majoriti 3,707 undi. Calon BN Mohd Azahar Ibrahim dapat 6,699 undi manakala calon PAS ,Normala Sudirman 2,992.Majoriti BN pada pilihanraya umum Mac 2008 ialah 2,492 undi. Majoriti kali ini 1,215 lebih tinggi.


Sementara itu menjawab soalan dalam sidang akhbar selepas pengumuman keputusan itu,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin menganggap keputusan pilihanraya kecil ini menunjukkan ada perubahan dalam undi kaum Cina. Katanya ini kerana semasa pilihanraya umum ke 12 pada Mac 2008 BN kalah di tiga peti undi namum dalam pilihanraya kecil ini cuma satu sahaja yakni Bandar Labis Tengah. Beliau menilai keputusan dijangka lebih baik jika peratus yang keluar mengundi lebih.


Menurut Muhyiddin, pengundi Cina seperti kaum lain mulai prihatin dan faham usaha dibuat oleh pemimpin BN untuk kesejahteraan rakyat. Masalah banjir dan hujan lebat sepanjang proses pengundian telah menjejaskan sikit peratus yang keluar mengundi. Jumlah rasmi yang keluar mengundi cuma 66.7 peratus saja iaitu 9,833 dari jumlah keseluruhan pengundi di DUN Tenang seramai 14,753. Pada PRU kr 12 lalu jumlah pengundi yang keluar mengundi ialah 73.52 peratus. Apapun Muhyiddin berkata keputusan pilihanraya kecil ini menandakan Johor kekal kubu kuat BN dan Johor menolak PAS. Katanya, PAS tiada dalam hati orang Johor dan di Tenang buktikan sokongan terhadap parti itu merosot.

Mengenai kegagalan mencapai sasaran majoriti 5,000 seperti dikatakan sebeloum ini, Muhyiddin berkata, itu adalah strategi supaya jentera bekerja kuat bagi memastikan kemenangan pilihanraya kecil Tenang.

Tuesday, January 25, 2011

BETULKAH SELEPAS PRU12 ORANG BUKAN ISLAM SEMAKIN BERANI?


APA YANG BEST...TIDAK KAH ITU BANGSAT?
SINGAPURA: Bekas Perdana Menteri Singapura menuduh negara jiran, Malaysia dan Indonesia berusaha cuba menjatuhkan republik itu.

Menurut Lee Kuan Yew, kedua-dua negara jiran itu tidak senang dengan kemajuan pelabuhan Singapura dan berusaha untuk menggagalkannya.


Beliau turut menggesa masyarakat Islam tempatan bersikap ‘lebih longgar dalam mengamalkan suruhan agama mereka,’ bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara.

Majoriti penduduk Singapura keturunan China dengan golongan Melayu yang beragama Islam dan kaum India menjadi penduduk minoriti.


“Saya berpendapat kami mencapai kemajuan dengan baik sehingga muncul kebangkitan Islam dan jika anda bertanya pendapat saya, masyarakat lain dapat berintegrasi dengan mudah - persahabatan, kahwin campur dan sebagainya,” katanya yang kini menjadi penasihat anaknya yang juga Perdana Menteri republik itu, Lee Hsien Loong.

“Saya berpendapat, masyarakat Islam secara sosialnya tidak mencetuskan masalah.

“Tetapi mereka berbeza dan terpisah,” kata Kuan Yew sambil menggesa penganut agama itu bersikap lebih longgar dalam melaksanakan ajaran Islam.

Ketika melancarkan buku berkenaan Jumaat lalu Lee memberi amaran kepada rakyat Singapura agar tidak bersikap ambil mudah kerana republik itu masih menjalani proses pembangunan.

Dengan menyifatkan Singapura dalam buku itu sebagai ‘bangunan 80 tingkat di atas tanah paya,’ Lee berkata, negara itu mesti berjuang untuk mengatasi sikap bermusuhan dengan negara jiran yang majoriti penduduknya beragama Islam.

“Kita mempunyai jiran yang baik? Sedarlah. Terdapat usaha untuk menjatuhkan kita kerana kita adalah pengacau.” katanya dengan mendakwa Malaysia dan Indonesia berusaha untuk menggagalkan bisnes pelabuhan yang amat penting bagi republik itu. - AFP

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..