Followers

Saturday, April 18, 2009

PRK DUN PENANTI - KEMUNGKINAN BN TIDAK MENYERTAI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak akan menyertai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang.

Pengerusi BN itu berkata BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihan raya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya.

“Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan Meraikan Perdana Menteri’ peringkat Parlimen Pekan di sini hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas.

Sehubungan itu, Najib yang juga Presiden Umno berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu.

“Saya akan bawa perkara ini kepada mesyuarat MT akan datang, kalau tak sempat saya akan bawa kepada Biro Politik, dan juga bincang dengan presiden-presiden parti komponen BN,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Penanti bakal diadakan berikutan tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkan kerusi DUN itu berkuatkuasa dua hari lepas.

-BERNAMA

Ulasan...

Blogger cucu_tokwan said...

Penin, penin. Penin kepala yop kalau berjuta nak kena perabih duit gomen nak buat satu PRK (tu org SPR cakap) Aku cadang orang Penanti tolak saja prk kat sana. Kalau dak pun BN tak yah la bertanding. Biaq pi pkr (Parti Kalimut Rucut)menang tak bertanding. Hangpa orang BN buat kerja lain yang lebih berfaedah tuk rakyat. Kan tengah gawat. Lagi satu kurang la dosa sikit pasai kurang la cerita fitnah, sumpah seranah dan lain-lain yang sewaktu dengannya...aku cadang duit bajet PRK bagi kat ibu tunggal ke. anak yatim ke...kalau buat projek nanti dapat kat kroni pulak..kah..kah..kah

April 18, 2009 11:18 PM



Blogger Darulehsan said...

Membazir? BN dicabar jangan letak calon!

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim mencadangkan, Umno dan Barisan Nasional (BN) jangan meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti pada hari penamaan calon nanti selaras tindakan Presidenya, Dato' Seri Najib Tun Razak yang mahu tumpukan pada menjana ekonomi negara daripada menghabiskan wang rakyat disebabkan pilihan raya kecil.

Mengulas kenyataan Najib kononnya tindakan Fairus Khairudin meletakkan jawatan merupakan helah politik pembangkang serta pembaziran wang rakyat dan masa beliau menambah, jika begitu permintaan mereka Pakatan Rakyat cukup gembira kerana tidak payah berhadapan dengan karenah Umno dan BN lagi bila mana diistiharkan menang percuma.

"Saya sebagai Ketua Pembangkang ucap terima kasih pada Perdana Menteri yang mengatakan situasi ini adalah helah politik pembangkang, membazir wang dan masa. Bukan waktu nak berpolitik sebaliknya kena tumpukan pada ekonomi dan baik pulih sistem yang telah tempang. Maka, saya cadangkan BN dan Umno jangan letak calon di Penanti nanti, " tegasnya diiringi tepukan orang ramai.

Menurutnya, Umno dan BN tidak layak bercakap tentang pembaziran wang rakyat kerana selama ini parti itulah yang mempergunakan wang rakyat melawan pembangkang.

Mereka sambung Anwar, gunakan jentera kerajaan untuk turut berkempen, program masyarakat, projek mee segera seperti membaiki jalan, pasang tiang elektrik, paip air serta perbelanjaan pasukan polis yang berkampung terus di setiap lokasi pilihan raya kecil.

Semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh dulu di mana sahaja dapat lihat projek dibuat begitu juga di Kuala Terengganu terlalu ramai polis dikerah ke sana dan terbaru di Bukit Gantang dan Bukit Selambau semua peruntukan digerakkan untuk mencapai kemenangan bagi membaiki imej BN dan Umno yang kini berada di tahap merudum.

"Rakyat di Penanti khususnya waktu inilah minta apa yang patut. Nak baiki surau, jalan kampung, ternakan ayam itik, peluang perniagaan dan sebagainya mintalah pada BN. Biar mereka pening tapi jangan lupa undi Pakatan Rakyat masa hari pengundian nanti. Itulah yang boleh buat sebab kita tak dapat bagi duit, " ujarnya lantang.

Menyentuh mengenai pemilihan calon beliau berkata, ia akan dibuat secepat mungkin bersama gabungan dalam Pakatan Rakyat dan akan disambung semula selepas kembali mengerjakan Umrah bersama isterinya, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejurus menghadiri program di Timur Tengah.

"Calon mestiah individu yang sering turun padang, orang tempatan, kepimpinan kanan, mempunyai idea yang jitu membantu Kerajaan Negeri dan mempunyai sikap kerjasama yang kuat sejajar dengan slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), " katanya ketika memberi ucapan ringkas di Yayasan Aman sebelum ini.

Hadir sama dalam taklimat itu ialah keseluruhan pimpinan KeADILan Negeri. Turut kelihatan ialah Pesururhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Mohd Fazhil Kemi dan Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman.

April 20, 2009 10:04 PM

Delete

Friday, April 17, 2009

SUDAH TIBA MASANYA PAS HARUS DI KITAR SEMULA - APA LAGI NIK AZIZ MAHU?

PAS mengambil keputusan tidak akan meneruskan perbincangan berhubung cadangan kontroversi presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menubuhkan kerajaan campuran dengan BN.

"Perkara itu (kerajaan perpaduan) dibentang, dibincang dan diputuskan sebulat suara (supaya) tidak akan bincang selepas ini.

"Isu itu (kini) sudah tinggal dalam lipatan sejarah," kata ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkifli Ahmad kepada Malaysiakini hari ini.

Calon Tangkap muat PKR menyusah dan merugikan rakyat dan kerajaan.

RUPA-rupanya ada 'cerita' di sebalik dua insiden membabitkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kebelakangan ini.

Sikap berlengah-lengah mengemukakan calon untuk mengisi jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang dan peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin semalam, menggambarkan parti itu benar-benar ketandusan pemimpin yang berkaliber untuk rakyat.

Dengan beberapa insiden yang berlaku tahun ini sahaja antaranya peletakan jawatan ADUN Bukit Selambau, V.Arumuggam termasuk terbaru dari Penanti semalam serta 'dilema' penyebaran gambar bogel ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong - jelas memperlihatkan mereka yang ditampilkan pada pilihan raya umum lepas hanya sekadar 'tangkap muat'.

Penganalisis, Prof. Mohamed Mustapha Ishak tidak menolak rumusan ini. Baginya, kepimpinan PKR sengaja tidak mahu menamakan calon TKM 1 kerana sedang tercari-cari individu yang hampir atau kalau tidakpun setanding dengan Mohammad Fairus dan TKM II, P. Ramasamy.

''Kalaupun tidak setanding dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, PKR menganggap kewibawaan calon TKM I ini penting untuk 'menutup' isu-isu yang menyelubungi ADUN-ADUN mereka.

''Dan pucuk dicita ulam mendatang apabila Mohammad Fairus mengosongkan kerusi ADUNnya," katanya kepada Utusan Malaysia.



Tuesday, April 14, 2009

SEJENAK : UNDANG-UNDANG TIDAK MENGENAL SIAPA KITA

KOTA BHARU: Kehadiran lori milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan yang sarat dengan muatan 18 kambing untuk mendapatkan perintah tahanan lanjutan terhadap haiwan terbabit. Orang ramai Sekitar makamah menjadi kelam kabut untok mengetahui kesah sebenar dan selanjutnya yang akan dikenakan keatas kambing-kambing tersebut. Namun ianya dapat dikawal dengan baik oleh pehak keselamatan. Disebabkan tumpuan orang ramai di Kompleks Mahkamah Kota Bharu itu menyebabkan laluan kederaan kepusat bandar menjadi penuh sesak.

Kebanyakan orang ramai tertanya-tanya sesama sendiri apa sebenarnya yang berlaku. Manakala orang ramai yang menunggu disekitar makamah pula ingin tahu sama ada haiwan itu 'direman' atau dijadikan bahan bukti untuk kes di mahkamah.Orang ramai yang berhenti dikiri kanan jalan raya diminta bersurai. Ada yang tidak berpuashati berlalu pergi dengan marah-marah kepada pehak keselamatan hehe...

Kawanan kambing yang menarik perhatian yang dibawa menaiki lori itu sebenarnya berada di situ untuk mendapat perintah tahanan lanjutan.

PaKMie : Walau apa pun orang-orang Kelantan tidak pernah baring atas jalan seperti berlaku di Kuala Kangsar tempuhari. Hak PaKMie nak royatnya gunalah fikiran kita sendiri dalam apa-apa perkara sekali pun jangan main ikut-ikut sahaja. Sebab yang bodohnya diri kita sendiri orang lain tidak. Kalau orang iklas nak tolong bagitahu kita kenapa pula kita marah-marah dan caci hamun hehe...nampak sangat kita yang tak betul.

Ulasan...

Blogger PAS UNTUK SEMUA said...

UMNO yang BARAH sudah bertambah PARAH. Inilah tanda2 saat kematian UMNO sudah hampir tiba.

Ribut yang melanda UMNO pada PRU12 masih bergelora. Ditambah pula dengan taufan PAU yang baru lepas.

Nah, sekarang kesan nya sudah nampak nyata didua buah negeri - Perlis dan Terengganu, tidak mustahil banyah lagi negeri2 yang akan bergelora lagi.

April 15, 2009 1:34 AM

Delete
Blogger mine said...

hehehe
nak komen je..

pas ni dah terlalu taksub
pas tu bukan agama.. cuma anutan partai..

ingatlah kita beragama ISLAM
yang rukun islam, iman, solat.. semua sama asal atas nama Islam..

muhasabah lah diri
usahlah nak salahkan org lain je wahai PAS UTK SEMUA..
saya bukan ahli pas..... tapi saya beragama ISLAM..

apa rukun PAS ek?

April 15, 2009 9:48 AM

Delete

KENYATAAN SETIAUSAHA AGUNG PAS LEBIH KEPADA MAHU MENGHURUHARA PERAK

Kenyataan berbaur ugutan Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar bahawa tunjuk perasaan berdarah yang berlaku di Pattaya, Thailand mungkin berlaku di Perak jika Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubarkan disifatkan sebagai satu hasutan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan Kamaruddin itu adalah tidak bertanggungjawab dan merupakan satu provokasi untuk mencetuskan huru-hara.

"Apa sebenarnya hasrat Pas, adakah parti tersebut cuba 'melukis' keadaan kucar-kacir pada wajah UMNO demi kepentingan politik mereka.

"Ini adalah kenyataan tidak bertanggungjawab yang bertujuan menghasut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Kamaruddin dalam lidah rasmi Pas, Harakah Daily yang mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Harakah Daily kelmarin menyiarkan kenyataan Kamaruddin yang mendakwa, tidak mustahil rakyat Perak akan melakukan perkara yang sama seperti di Thailand, jika DUN negeri tersebut tidak dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

Kejadian rusuhan di Pattaya itu menyaksikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 yang memasuki hari keempat terpaksa dibatalkan selepas penunjuk perasaan anti kerajaan merempuh pasukan keselamatan dan menggempur pusat media di lokasi sidang kemuncak itu berlangsung.

Menurut Kamaruddin, kejadian yang berlaku di Pattaya itu merupakan manifestasi rakyat Thailand yang tidak berpuas hati terhadap rampasan kuasa dan usaha menjatuhkan pemimpin pilihan mereka.

Sehubungan itu, beliau mendesak Najib membubarkan DUN bagi mengelakkan berlakunya rusuhan di Perak.

Mengulas lebih lanjut kenyataan itu, Ahmad Zahid berkata, Pas sanggup menggadaikan kestabilan yang dinikmati demi kepentingan politik mereka.

UtusanOnline

Ulasan...

Blogger Panglima Perang Cyber said...

itulah rupa sebenar mereka...dan jangan lupa S/u PAS adalah proksi Anwar geng Erdogan..

Adakah Anwar dan Pakatan Rosak rela mengorbankan keamanan demi mencapai motif politiknya ?

gila dan benar2 gila tindakan tersebut..

April 14, 2009 1:39 PM

Delete

Monday, April 13, 2009

KUMPULAN MINORITI PENENTU KEMENANGAN KERANA MELAYU BERPECAH

Pengundi bukan Melayu "tidak mahu dilayan seumpama pengemis" - apabila menjelang pilihanraya, mereka ditaburkan pelbagai projek pembangunan dengan harapan mereka memilih calon BN, kata jurucakap rasmi MCA.

"Bukan Melayu tidak suka dilayan seperti peminta sedekah, hanya ketika pilihanraya kecil, lebih banyak penaikan taraf jalan dilakukan, peruntukan kepada sekolah, NGO dan badan amal meningkat," kata ahli jawatankuasa pusat parti itu Lee Wei Kiat.

"Walaupun bantuan dalam apa jua bentuk kepada sesuatu masyarakat sentiasa dialu-alukan, pengundi ingin melihat ketekalan dalam peruntukan dan pengagihan kerajaan dan bukannya memuncak sewaktu pilihanraya kecil."

Beliau mengulas wawancara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang melihat ketewasan besar BN di parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau sebagai sikap tidak kenang budi pengundi bukan Melayu terhadap kerajaan.

Ditanya Mingguan Malaysia "bukankah setiap kali pilihanraya kecil, permintaan kaum bukan Melayu dipenuhi, malah di Bukit Gantang walaupun peruntukan RM1 juta diberikan tetapi kaum Cina tidak juga menyokong BN", timbalan presiden Umno berkata:

"Ya, kadang-kadang kita berasa terpedaya juga kerana zahirnya nampak macam 'OK', sambutan dengan tepukan gemuruh tetapi mungkin sudah ada tertanam dalam hati iaitu sesuatu tidak mudah hendak berubah, pokoknya masalah isu Perak terutamanya di kalangan masyarakat Cina yang mungkin telah dipengaruhi dengan sentimen simpati kepada Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, kononnya dia 'dijatuhkan', lepas itu kononnya dasar memberi pegangan tanah selama 99 tahun dilihat dasar yang menguntungkan.muhyiddin yassin interview 100309 01

"Ini yang mungkin menyebabkan sukar BN mendapat sokongan walaupun kita fikir bila mereka hendak sekolah Cina dibantu, kita bantu, sepatutnya mereka membalas budi.

"Pada waktu itu, kita pun tidak berharap sokongan kaum Cina akan meningkat 40 peratus dan sebagainya cuma kita berharap ada peningkatan sedikit tetapi apa yang berlaku ia mencatatkan penurunan, macam tidak ada penghargaan terhadap apa yang kita lakukan."

Wawancara pertama dengan Muhyiddin - selepas dilantik pemimpin nombor dua negara - mendapat liputan meluas akhbar-akhbar utama berbahasa Cina hari ini yang semuanya menonjolkan wawancara tersebut yang dianggap negatif kepada pengundi bukan Melayu.

Sin Chew Daily melaporkan "Muhyiddin – Cina tidak bersyukur kepada BN", Nanyang Siang Pau "Cina kenakan BN. Muhyiddin – Dapat manfaat tetapi tidak beri undi" dan China Press pula "BN rasa tertipu. Muhyiddin - Penuhi tuntutan Cina tapi masih tiada sokongan".

Selain MCA, Gerakan dan DAP juga membidas analisis Muhyiddin itu yang mendakwa pengundi Cina dan India kini menganggap diri mereka "kuasa penentu" kekuasaan selepas lima negeri, termasuk Kelantan, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

"Persoalannya apakah mereka melihat dalam konteks senario politik baru ini, selepas kerajaan BN tumbang di lima buah negeri, mereka sudah menjadi kuasa penentu? Orang Cina rasa sekarang, walaupun mereka kumpulan minoriti, merekalah menentukan kerana kelompok masyarakat Melayu sudah berpecah tiga kumpulan.

Malaysiakini.

Ulasan...

Blogger wak-labu said...

Kemenangan PAS di B Gantang dan kemenangan PKR di B Selambau tidak bererti parti itu kuat dan mendapat sokongan dari rakyat.

Sokongan kaum cina dan india ini ibarat lalang, sentiasa condong mengikut arah tiupan angin. Sokongan mereka akan berubah dengan sekelip mata jika mereka mahu tukar selera.

Kedudukan kaum ini pada hari ini dalam keadaan sangat beruntung. Kerana 'melayu bodoh' telah berpecah kepada dua kumpulan. Satu sokong kerajaan (UMNO) satu lagi anti-kerajaan (PAS&PKR). Mereka boleh ugut dan demand apa yang mereka mahu dari ke dua2 kumpulan 'melayu bodoh' yang berpecah ini.

Oleh kerana ke dua2 kumpulan 'melayu bodoh' ini inginkan sokongan mereka, maka 'melayu bodoh' ini sanggup berkorban apa saja demi untuk mendapat sokongan.

Akhirnya semua orang melayu akan menjadi hamba kepada kaum yang bijak ini.

April 14, 2009 1:27 AM





PAS PARTI GERHANA BULAN


Memang benarlah bahawa pada akhir zaman ini akan wujud golongan ulama yang menjual agama untuk kesenangan dunia. Hari ini Pas telah membuktikan bahawa mereka sedia melakukan apa sahaja asalkan berkuasa atau menjadi kuasa politik.

Tindakan Pas menyuruh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming membaca ayat suci al-Quran untuk kempen politik menunjukkan parti tersebut sudah hilang rasionaliti.

Memang kita akui tidak salah untuk bukan Islam membaca al-Quran. Yang salahnya ialah bukan Islam membaca ayat al-Quran untuk menarik sokongan dalam kempen politik. Ini mempermainkan Islam. janganlah bercakap soal bukan Islam percaya pada al-Qurang atau Pas berjaya mentarbiah DAP. Jika benar Nga Kor Ming percaya kepada ayat al-Quran maka beliau wajar memeluk Islam. Jika tidak jangan menipu pengundi dengan lafaz al-quran yang suci.


Kita tahu siapa DAP. Pemimpin parti tersebut yang begitu marah sekali apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan Malaysia negara Islam. Pemimpin DAP juga yang menyatakan langkah mayatnya dulu sebelum meubuhkan negara Islam.

Inikah yang diuar-uarkan oleh penyokong Pas kononnya mereka berjaya mentarbiah DAP?

Hakikatnya sejak keputusan pilihan raya umum lalu diketahui, DAP lebih banyak mentarbiah dan mendakwah Pas.

Jika dulu Pas antara ke hadapan menentang penerbitan Bible dalam bahasa Melayu, hari ini Pas bersetuju. Malah lebih teruk Pas bersetuju God atau Tuhan dalam Bible diganti dengan perkataan Allah.

Kita lihat pandangan-pandangan politik Pas hari ini, seperti Pas For All, merupakan terjemahan ideologi DAP Malaysian Malaysia.

Sahlah sudah DAP berjaya mengislamkan Pas melihat dalam bentuk parti perkauman cina itu.

Mykmu.

Sunday, April 12, 2009

KENAPA KENDERAAN POLIS MENJADI SASARAN RUSUHAN - BOLA SEPAK KELANTAN





Muda mudi Kelantan bertindak ganas, dimana Negeri Serambi Mekkah Nik Aziz?

Isyarat sudah ditunjukkan kepada Pajero Polis ketika perlawanan bola antara Kelantan lawan Negeri sembilan piala FA di Stadium Mohamad ke 4 Kota Bharu tempuhari. Pajero tersebut berada diluar stadium didepan pintu masuk utama di terbalik dan dibakar. Beberapa buah kenderaan lain juga turut musnah termasuk kenderaan KAFA sendiri. Setakat hari ini seramai 6 orang sudah ditangkap umurnya antara 15 hingga 32tahun ada juga dikalangan pelajar dan guru sekolah.

Adakah Presiden KAFA Anwar Musa yang bersalah? sudah tentu tidak. Anwar meletakkan pasukan bola sepak Kelantan ditahap yang disegani pehak lawan masa kini. Para penyokong bertambah setiap kali perlawanan diadakan di Kota Bharu. Adakah ianya ada kaitan dengan keputusan di ketiga-tiga PRK yang diumunkan pada malam itu atau pun ianya sudah dirancang oleh pehak-pehak tertentu dan siapakah pula dalangnya?

Penerapan dan budaya Pas secara keganasan sudah mula menular dalam bidang suka bola sepak. Penyokong bola sepak Kelantan merasai kehampaan kerana pasukan Kelantan kalah 1/0 kepada pasukan negeri sembilan dalam perlawanan itu. Kehadiran pehak polis mengawal keadaan dan keselamatan supaya tidak berlaku apa-apa turut juga terlibat yang tidak pernah terjadi dalam sejarah bola sepak Kelantan yang sedemikian rupa.

Adakah bola sepak juga dipolitikan? zaman kegemilangan bola sepak Kelantan sudah lama tenggelam cuma sejak akhir-akhir ini sahaja dibawah Presiden baru KAFA Tan Sri Panglima Anwar Musa meletakkan bola sepak Kelantan diantara negeri-negeri tebaik musim ini. Kehadiran penyokong yang sebegitu ramai memenuhi stadium setiap kali perlawanan diadakan menunjukkan para peminat mengikuti perkembangan bola sepak tanah air sekaligus menampakkan sokongan padu kepada pengurusan KAFA yang baru dibawah pentadbiran Tan Sri Anwar Musa.

Manakala dalam perlawanan semalam Kelantan seri dengan Selangor satu sama di Stadium Bkt Jalil meletakkan Kelantan ditempat ke tiga teratas. Besar kemungkinan Kelantan akan menarik diri dalam liga super jika FAM tetap dengan keputusan melarang pasukan kelantan beraksi di gelanggang sendiri hingga penghujung musim ini.

Ulasan...

Blogger garamanis said...

Salam Ziarah Abg Mie,

Inilah acuan Nik Ajiz yang ortodoks. Bila tiap-tiap minggu mereka dipaksa untuk mendengar kuliah NikAjis jarum kebencian terhdapa kerajaan sentiasa dicucuk.

April 12, 2009 2:26 PM

Delete
Blogger dugong_darat said...

sukan bola sepak memang sudah sinonim sikap keganasan dalam diri penyokong atau penontonnnya.kita boleh lihat sendiri keganasan penyokong pasukan england apabila pasukan itu kalah dalam perlawanan-2 penting di kancah bola sepak antarabangsa.

saya faham ada segelintir orang mempalitkan kesalahan penyokong bolasepak negeri kelantan terhadap presiden kelab itu iaitu anuar musa. kita tolak ketepi apa yang reaksi anuar musa buat di masa kekalahan partinya ketika kalah di kelantan dahulu. kerana ia tidak boleh dijadikan platform untuk menilai. relatifnya pada saudara.

cuma apabila saudara cuba menghubungkaitkan kembali situasi yang berlaku ini dengan PAS dan juga TGNA, seolah-olah menjadi kembali isu keganasan penyokong ini situasi yang berlaku dengan kancah politik negara sekarang.

saudara menidakkan keganasan ini dengan politik pimpinan anuar musa, tetapi saudara kait dengan gelombang dari 3 PRK pula. pada pandangan saya, saudara tetap kaitkan sukan dengan isu politik.

apa yang berlaku dengan bolasepak kelantan kita kene letakkan ia sebagai norma sukan bolasepak. kita sama-sama mahu sukan ini dinaiktarafkan sama hebat dengan EPL atau serias A atau champion league. oleh yang demikian kita juga tidak dapat menafikan perkara seumpama ini berlaku.

secara rationalnya, ini adalah masalah peminat dan sukan itu sendiri. makin tinggi tahap pencapaiannya maka kepelbagaian masalahnya juga sama naik.

adakah ketika dahulu masalah penyokong fanatik selangor yang membaling mercun ke arah FRU, kita label pemerintah ketika itu mengajar mereka buat begitu???

rasanya tidak kan...

April 13, 2009 1:57 AM

Delete





Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..