Followers

Wednesday, June 2, 2010

BUKTI WAHABI PENGKIANAT ISLAM


KEJAHATAN WAHHABI & HIZBUT TAHRIR DI PALESTIAN DAN GAZA.
Pembongkaran Ekslusif yang perlu kita tahu. Bila umat Islam di Palestin melalui HAMAS telah hampir berjaya ketika itulah Wahhabi mengutuskan gerakannya untuk memecah-belah Umat Islam di Palestin dengan idealogi WahabiSalafi mereka yang memperok perandakan kesatuan umat Islam.

Berkata Dr. Yusuf Qardawi apabila ditanya mengenai peperangan yang berlaku antara HAMAS dan WAHHABI (Masjid Ibnu Taimiah&Golongan Ansarrullah&SalafiyyahWahhabiyyah)

Dr. Yusuf Qardawi menjawab:

" Saya amat yakin bahawa HAMAS dalam melawan tindakan terhadap golongan itu (Wahhabiiyyah Salafiyyah) HAMAS telah melakukan sesuatu yang amat benar, HAMAS telah banyak kali menasihat jemaah tersebut ( SalafiyyahWahhabiyah) agar tidak menyerang saudara Umat Islam, memadai umat Islam menentang dan meyerang Yahudi Israeil sahaja bukan bergaduh sesama sendiri.

HAMAS telah banyak kali membawa para ulama dan pemerintah Islam berbincang dengan jemaah ini (SalfiyyahWahhabiyya) tetapi mereka (Wahhabi) tidak mempedulikan dan tidak pandai/ Mereka (SalafiyyahWahhabiyyah) itu tidak pandai mengenai Fiqh Jihad sama sekali. Kepada merekalah saya tujukan kitab Fiqh Jihad. Kerana mereka (SalafiyyahWahhabiyyah) memahami fiqh jihad itu adalah memerangi umat Islam. Buktinya ketikamana Yahudi merampas Gaza kita langsung tidak mendapati mereka (salafiyyahWahhabiyah) itu membantu umat Islam Palestin samaada secara pergorbanan,peperangan atau apa-apa sumbangan mereka langsung tidak ada terhadap umat Islam di Gaza yang diserang Yahudi.

Malangnya kita dapati mereka (SalafiyyahWahhabiyyah) menyumbangkan pembunuhan dan peperangan keatas umat Islam pula. Mereka mendakwa mahukan Daulah Islamiah atau Khilafah Islamiah. Apa ini?! Merdeka dahulu Palestin baru kita bicara mengenai itu semua!. Kita dapati mereka (SalafiyyahWahhabiyah) di Palestin bila tokoh mereka berkhutbah sehingga sampai mengangkat senjata dengan pakaian serba hitam, ini adalah suasana yang tidak sepatutnya...."- TAMAT KENYATAAN DR.YUSUF QARDAWI dalam mengkritik gerakan SalafiyyahWahhabiyyah dan Hizbu Tahrir yang amat beria-ria mendirikan Khilafah tetapi umat Islam Palestin pula yang menjadi mangsa.
Dalam suasana yang kita tahu bahawa Konvai bantuan ke Gaza yang disertai lebih 40 buah negara termasuk negara bukan Islam telah ditahan dan sebahagiannya dibunuh oleh tentera Yahudi Zionis di kapal konvoi tersebut kita tidak harus lupa akan kacau-bilau yang dilakukan oleh Wahhabi dan Hizbut Tahrir terhadap umat Islam Palestian sehingga sekarang.

Wahhabi di Palestin telah membuka masjid dan sekali gus merupakan markaz gerakan mereka di Palestin yang dinamakan masjid itu sebagai MASJID IBNU TAIMIAH. Tiada masaalah jika masjid dijadikan tempat ibadah dan amalan yang baik tetapi malangnya Masjid Wahhabi tersebut telah dijadikan oleh Wahhabi sebagai pusat menghentam dan menyerang serta mengkafirkan umat Islam dan pemimpin Islam di Palestin dan HAMAS tidak terlepas dari serangan oleh SalafiWahhabi di sana. Pusat atau markaz Wahhabi itu juga dinamakan sebagai puak Ansarullah.

Masjid atau pusat Wahhabi di Palestin tersebut pada mulanya diketuai oleh seorang Wahhabi bernama Abdul Latil Khalid yang mendakwa berketurun Musa. Masjid Ibnu Taimiah tersebut juga menjadi tempat golongan Hizbut Tahrir mengerakkan fahaman mereka setelah kedua-dua fahaman ini (Wahhabi & HizbutTahrir) ditolak oleh umat Islam Palestian kerana terlalu melampau dan radikal sedangkan perkara itu akan membuatkan/mengakibatkan nama umat Islam di Palestin menjadi buruk di mata luar juga susah menyusun startegik terbaik untuk memperjuangan kemerdekaan Palestin dari Yahudi Zionis.

Perlu diketahui bahawa gerakan (SalafiyyahWahhabiyyah&Ansarullah&Masjid Ibnu Taimiah) ini adalah diadakan/diwujudkan di Palestin untuk merosakkan perpaduan umat Islam di Palestin dengan cara yang amat halus. Mereka juga mengkafirkan umat Islam seperti HAMAS dan seluruh umat Islam yang tidak mengikut mereka.

PAS MASIH BERDENGKUR BERSAMA DAP


BENCINYA UMAT ISLAM KEPADA ZIONIS...BENCI LAGI PAS KEPADA UMNO?

Pas DAP nyenyak tidor sampai berdengkur, PKR buat pura2 tidor hanya memerhati dan sambil mendengar dengkungan siapa lebih kuat. DAP hanya mengulik pas sampai bermimpi pas diuliknya. PKR sudah berpakat dengan DAP maka tidorlah pas sehingga nyenyak dengan mimpi yang indah-indah.

Sesungguhnya DAP tahu sejauhmana kemampuan islam Pas. Islam dibibir pemimpin pas boleh diubah dan boleh dibeli oleh DAP melalui perkiraan Anwar. Umno walaupun ditomoh macam2 oleh pas tetapi DAP tetap takut kepada Umno. Bagi DAP Umno tidak seperti Pas , dasar-dasar islam di negara ini sebenarnya telah mengikat kebebasan DAP. Pemimpin-pemimpin Umno tidak takut kepada DAP tetapi DAP bijak pula mengguna islam sesama islam berkelahi. DAP sedar pemimpin Umno lebih konsisistern bersabit dengan islam berbanding dengan Pas.

Kedua-dua belah tangan Nik Aziz seolah bertepuk bila Umno dalam kesusahan. Tugas utama Nik Aziz sebagai Musyidul Am telah berjaya supaya islam pas dan Umno tidak bersatu. DAP sebagai pemangkin sesama islam bertengkar, DAP mengguna Pas bagi mempastikan Umno selalu diambang kesusahan sebab itulah ada-ada sahaja kenyataan dari Nik Aziz bersabit dengan mengecam Umno dan terkini Nik Aziz membuat perumpamaan terhadap Umno sebagai kumunis.

DAP mengulik islam pas dengan isu judi bola, pas melalak sana sini sehingga Nik Aziz jadi lupa bahawa di Kelantan sendiri dipenuhi dengan judi dan maksiat. PKR tidak sentuh tentang isu ini, lebih kepada berdiam diri, biar DAP sahaja bersama Pas . PKR sudah sepakat dengan DAP hanya pas sahaja tidak tahu. DAP akan memfailkan usul tergempar tidak lama lagi di Parlimen tentang kelulusan kontrolversi judi bola keatas Ascot sport Sdn Bhd.

Kembali pula kepada pendirian DAP dan PKR berhubung isu Palestin - Israel . Pendirian "keadilan" sesama manusia walaupun tidak kerana islam. Jika isu Judi Bola Sepak jadi riuh diperkatakan oleh DAP, Pulau Pinang sendiri sudah haram judi bola mengapa dalam isu keganasan Israel terhadap umat Islam Palestin DAP berdiam diri? Tidak sesuailah katanya DAP memperjuangkan keadilan sejagat, tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit. Ke mana perginya semua prinsip itu wahai pas?

PAS yang terus diulik mimpi dikiri ada DAP dan kanan ada PKR terus berdengkur . Pas tidak sedar dikiri kanan beliau sebenarnya adalah musuh. Pas kena segerakan dakwah kepada ahli-ahli DAP agar mereka masuk Islam dan bukannya masuk sayap baru PAS. Pas seharusnya kena segera bangkit dari tidor, kalau tidak Pas akan menempuh zaman kemusnahan. Pas dapat membantu memenangi DAP di Sibu, sanggup berkerja sampai ke gereja menjaja sokongannya terhadap Kalimah Allah dibenarkan kepada agama lain. Bangkitlah pas... sedarlah bahawa kamu sebenarnya sedang bermimpi, mimpi kepada pangkat dan lebih gila kepada kuasa. Ulikan Anwar kanan dan kiri Lim Kit Siang menyebabkan kamu kelabu mata tidak kemana kelak PKR dan DAP akan menyisihkan kamu setelah cita-citanya tercapai. Dimasa itu jika pun kamu sudah sedar tetapi kamu sudah terlewat, islam dan bangsa kamu sudah hancur!. Lupalkan lah hajat kamu bersama DAP dan PKR sesungguhnya Allah sudah sediakan untok kamu pangkat yang kamu kejarkan diakhirat nanti sekiranya kamu jujur. Berjuanglah bersama Umno untok penyatuan dan kekuatan islam di negara ini. Ambillah pengajaran dari apa yang berlaku di negara Palestin hari ini yang sudah menjadi sarang keganasan zionis Yahudi kesan dari permusuhan sesama islam.

Islam Pas kuat...tapi kuat lagi benci DAP kepada Islam...kenapa DAP boleh bersama Pas? semuanya perkiraan Anwar.

Tuesday, June 1, 2010

KESAN ISLAM TIDAK BERSATU



Protes Gaza: Lelaki Arab kelar diri depan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur

Suasana depan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur kecoh seketika bila seorang lelaki Arab dipercayai warga Palestin kelar badannya dengan pisau kerana protes serangan tentera Israel keatas kapal konvoi misi kemanusiaan Gaza.

Kejadian berlaku pada jam 11.40 pagi sejurus Presiden Perkasa,Datuk Ibrahim Ali selesai mengetuai kira-kira 300 orang wakil pelbagai NGO mengadakan demo depan kedutaan.

Mereka adakan demo itu mulai jam 11 pagi.

Ibrahim juga telah menyampaikan nota bantahan kepada kedutaan itu.



Orang ramai telah bertindak segera untuk mengelak dari dia mencederakan lagi dirinya.Badan dan tangannya berlumuran darah.

Polis terus mengejarkannya ke hospital untuk rawatan.

Pada jam 12 tengahari pula seramai 80 orang dari pakatan rakyat diketuai oleh Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa sampai untum menyampaikan nota bantahan.Turut serta Tian Chua,Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Sementara itu di pejabat perwakilan Bangsa-bangsa Bersatu di Kuala Lumpur,Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mengetuai rombongan 200 orang ahli pergerakan itu menyampaikan nota bantahan.



Turut serta Naib Ketua Pemuda Datuk Razali Ibrahim.Nota berkenaan disampaikan kepada ketua perwakilan itu Kamal Malhotra.- 1/6/2010



Seluruh dunia bangkit sejurus mendapat khabar tentera rejim Israel menyerang kapal konvoi bantuan kemanusiaan anjuran Free Gaza Movement ke Gaza di perairan antarabangsa Laut Mediterranean pagi Isnin.

Jerit pekik protes dan kecaman sudah bergema di berbagai negara terhadap kekejaman terbaru negara kecil yang besar kepala itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut mengutuknya berkata serangan ini menunjukkan rejim Tel Aviv tidak menghormati langsung undang-undang antarabangsa.

Jumlah mangsa sebenar masih kabur.Namun laporan dari berbagai sumber media menyebut tidak kurang dari 10 anggota misi itu yang disertai oleh pelbagai negara terbunuh dan berpuluh cedera dalam serangan komando tentera laut Israel itu.

Ia berlaku 130 kilomiter dari pantai Gaza.

Bagi Malaysia kebimbangan kini tertumpu kepada dua rakyat negara ini - wartawan Ashwad Ismail, 25, dan jurukamera Shamsul Kamal Latip, 38 dari dari Astro Awani yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang.Nasib mereka masih belum diketahui.

Kapal itu membawa 600 anggota misi.

Ada laporan mengatakan mungkin ada beberapa orang rakyat Malaysia lain diatas kapal berkenaan.

Kapal Turki Mavi Marmara yang malang itu mendahului kapal lain dalam misi menghantar 5,000 tan bahan binaan, bekalan sekolah dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza.

Bagaimanapun enam lagi rakyat Malaysia yang berada dalam satu lagi kapal, "Rachel Corrie" yang juga dalam misi serupa selamat.

Mereka terdiri tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, Anggota Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria serta wartawan Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin, kedua-dua dari TV3.

Israel kini cuba memberi gambaran kepada dunia bahawa anggota misi di atas kapal itu yang bertindak ganas dulu terhadap tenteranya.

Perdana Menteri yang bercakap kepada kepada wartawan selepas melancarkan Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni4B) di PWTC berkata, "Saya atas nama kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Tel Aviv terhadap konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza."

Beliau juga berkata seluruh dunia harus mengutuk dan mengecam tindakan rakus rejim itu.

"Saya harap insiden ini akan membawa kepada satu tindakan yang boleh membawa kepada teguran keras terhadap Israel," katanya.

Najib berkata pada masa ini beliau juga sedang menunggu butir dan maklumat sahih mengenai nasib rakyat Malaysia yang turut serta dalam konvoi itu.

Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang akhbarnya menegaskan beliau amat marah dengan pencabulan pasukan Israel terhadap orang yang tidak bersenjata.

“Saya pasti Israel akan kata orang ini membawa banyak senjata. Ini tidak masuk akal."Kami telah pastikan bahawa kesemuanya bukan pejuang dan mereka datang dari seluruh pelusuk dunia termasuk dari Amerika dan Eropah," katanya.

"Niat mereka sebenarnya untuk belayar dengan bot bagi menghantar bekalan ke Gaza. Mereka tahu bahawa Israel akan menghalang mereka tapi kami tidak jangka bahawa Israel akan menggunakan kekerasan termasuk menembak dengan peluru hidup," katanya.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata Malaysia mahu Israel menghentikan segera layanan buruk dan tidak berperikemanusiaan terhadap para sukarelawan dan mendesak supaya mereka dibebaskan segera.

Beliau turut meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengadakan mesyuarat tergempar berhubung perkara itu bagi membincangkan tindakan jenayah Israel terhadap para aktivitis kemanusiaan.

Agendadaily

Sunday, May 30, 2010

ANWAR DENGAN NIK AZIZ MANA RELEVEN?

MENGULAS CERAMAH DI KOTA BHARU SEMALAM...
Rentak silat seni tari kedua-dua seakan sama, sama-sama gila kepada kuasa. Yang membezakan kedua tokoh ini hanya darisegi citarasa, Anwar sudah dua kali dituduh liwat manakala Nik Aziz pula dari dahulu hinggalah sekarang tidak habis2 dengan kenyataan mengelirukan umat islam di negara ini. Yang akhirnya pada hari ini melayu dan islam dipijak2 oleh bangsa lain kesan dari islam bermusuhan sesama sendiri. Kalau Anwar pengkianat kepada bangsa sendiri, manakala Nik Aziz pula pengkianat kepada penyatuan sesama islam.

Cakap besar penoh dengan janji-janji kosong dan penipuan. Bijak "spin" isu dan tidak takut kepada dosa itu kelebihan kedua pemimpin ini. Anwar selain dengan nama al-juburi yang diberi oleh Mad Sabu, Anwar layak juga sebagai "Mr King Bombastic". Orang yang rapat dengan beliau sudah muak dengan cara Anwar berpolitik. Isu lompat parti wakil rakyatnya keluar dari PKR disalahkan juga kepada Umno dan kerajaan. Wakil rakyatnya dibeli dengan jutaan ringgit dan janji-janji kontrak. Isu 16 september satu pembohongan terbesar, rakyat Malaysia ditipu sampai berbulan2. Negara-negara luar juga ada yang turut terpengaroh, menyebabkan perlaburan lumpoh seketika kerana takut membuat pelaboran di negara ini. DS Najib sikapnya lebih suka berdiam diri walaupun didoa oleh Nik Aziz sampai pecah perut tetapi hari ini membuat kenyataan memperingati rakyat supaya jangan terpengaruh dengan cara politik cantik diluar didalam buruk, Anwar suka menabur janji-janji kosong cakap berubah-ubah depan melayu cakap lain depan Cina lain dan depan pula India lain. Anwar juga berjanji jika pembangkang dapat memerintah negara ini TPM II untok DAP akan dibentuk.

Islam tidak milik Nik Aziz atau kumpulannya sahaja. Perpaduan adalah mustahak untok melahirkan islam yang kuat dan kukuh. Tetapi Nik Aziz tidak suka sesama islam di negara ini bersatu, sebaliknya lebih suka bersatu dengan kaum bukan islam DAP yang terangan menentang islam. Nik Aziz memilih cara tersebut untok menguatkan islam di negara ini. Orang-orang islam dan pemimpin islam dalam Umno dicaci dikeji di hina seumpama kumunis, demi untok menguatkan islam. Islam segalanya pada diri Nik Aziz dan kumpulannya, islam lain yang tidak sehaluan politik dipalstik dan dikafirkan bagi menguatkan islamnya.

Bangsa melayu bukan milik Anwar sahaja, begitu juga islam bukan milik Nik Aziz kesorangan. Sayangilah agama, bangsa dan negara ini. Melayu dan islam di negara ini perlu dikembalikan ketempat asal, cukuplah kedua-dua tokoh ini mengkianatinya. Sesungguhnya jika dibiarkan politik Anwar dan Nik Aziz amat membahaya, kedua-dua tokoh ini sebenarnya tidak releven lagi untok agama, bangsa dan negara...

Friday, May 28, 2010

SAIFUL CABAR ANWAR - EZAM CABAR AZIZAH


Ezam tetap cabar Wan Azizah bersumpah nafi ada cakap padanya ‘perangai jijik’ Anwar

Nurul Izzah melenting sungguh pada Senator Ezam Mohd Noor gara-gara mendakwa beliau pernah diberitahu tentang ‘ perangai jijik ’ Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh isterinya sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Anak pasangan itu yang juga ahli parlimen Lembah Pantai menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat Ezam dalam ceramah di Kota Bharu.

Nurul Izzah seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian berkata, tuduhan yang amat jahat seperti itu memang sudah dijangka keluar dari mulut Ezam yang sudah mendapat habuan jawatan Senator kerana menentang Anwar selama ini.

Katanya, pelantikan Ezam sebagai senator sebenarnya berfungsi sebagai pembuat pelbagai tuduhan dan kenyataannya di Kelantan malam kelmarin membuktikannya.

“Nasihat saya, teruskanlah dengan kerja jahat anda. Saya yakin anda akan mendapat balasan setimpal daripada Allah,” katanya.

Bagaimanapun, bekas Setiausaha Politik Anwar itu dalam responsnya terhadap tuduhan Nurul Izzah menasihatkan Anwar dan Wan Azizah tidak mengheret anak mereka dalam kes pertuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang itu.

“Saya tidak mahu Izzah diheret dalam hal ibubapanya kerana beliau terlalu muda dan tidak tahu apa-apa,” kata Ezam menerusi sms kepada Agendadaily lewat petang Khamis.

Menurut Ezam, beliau tidak mahu mengaibkan Anwar, Wan Azizah mahupun keluarganya dengan pendedahan tersebut.

Katanya, beliau hanya mendedahkan apa yang pernah dimaklumkan Wan Azizah mengenai perlakuan Anwar sekarang demi untuk mempertahankan maruahnya selepas difitnah terbabit konspirasi sejak akhir-akhirnya ini.

“Justeru itu, ia bukan soal habuan. Apakah mereka sudah lupa saya bela Anwar selama 10 tahun dan ke penjara ketika Anwar sebagai seorang banduan yang tidak boleh beri saya apa-apa habuan?,” katanya lagi.

Ezam berkata, kalaulah habuan perkiraannya, beliau tidak akan membela seorang banduan hingga beliau sendiri turut di penjara.

Beliau sekali lagi menegaskan keputusannya meninggalkan Anwar kerana prinsip sebagai seorang Islam dan bukan kerana habuan.

“Saya sanggup bersumpah untuk pertahan kenyataan saya dan cabar Anwar dan Azizah sama-sama bersumpah. Saya gesa Anwar dan Azizah jangan heret anak mereka dalam hal liwat ini dan hentikan sandiwara kerana rakyat sudah terlalu lama ditipu,” katanya.

Ezam dalam ceramahnya di Kota Bharu itu antara lain berkata, beliau sanggup bersumpah dengan menjunjung al-Quran bahawa kenyataan tersebut dibuat oleh Wan Azizah sendiri ketika beliau masih bersama dengan parti itu dulu.

“Saya cabar dia (Wan Azizah), dia boleh angkat al-Quran, dia boleh nafikan dengan mengangkat al-Quran dia tidak bagi tahu saya, tapi saya boleh angkat al-Quran untuk menyatakan orang yang bagi tahu kepada saya yang Anwar mempunyai penyakit dan perangai jijik itu tidak lain tidak bukan ialah isteri dia sendiri, Wan Azizah, ini cabaran saya,” katanya.

Agendadaily.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..