Satu kumpulan terus beranggapan 8 november 2008 akan ranap pentadbiran umno bahagian Ketereh diYKK selepas persidangan angong umno bahagian itu 8 november 2008 . Gaya usaha kumpulan berkenaan seolah-olah mahu menyapuh bersih barisan AJK bahagian dan kesemua G7 perwakilan ke Persidangan agong Umno di Kuala Lumpur.
Dalam blog Umno Ketereh menyebut terdapat dua kumpulan terbentuk menjelang persidangan agong umno bahagian itu . Satu kumpulan adalah barisan kerajaan yang dipimpin oleh Tok Gawa Fauzi dan satu kumpulan lagi adalah lebih dikenali dengan kumpulan wawasan dipimpin oleh Boh D.
Kesan daripada kehebatan kedua-dua kumpulan itu dirasakan umno bahagian Ketereh sudah dua langkah kehadapan berbanding dengan lesunya umno bahagian Ketereh kesan daripada tsunami pelihanraya ke12 tempuhari.Petanda yang baik jika dikekalkan sikap kedua-dua kumpulan menghampiri orang-orang penting cawangan dengan kata lain "perwakilan cawangan". Perwakilan cawangan yang diberi mandat oleh ahli-ahli cawangan dalam mesyuarat cawangan bagi persiapan wakil kepersidangan agong umno bahagian.
Kehadiran kedua-dua kumpulan ini memberi semangat yang berkobar-kobar kepada cawangan berkenaan, dengan kata lain roh umno di peringkat cawangan segar ibarat macam ular yang sebelumnya seakan-akan mati hidup semula selepas terkena embun di waktu pagi.Bekalan buah tangan tanda persahabatan dalam berpersatuan diamalkan dengan baik , selain itu juga mana-mana ahli cawangan yang suka bersiar siar diberi peluang sambil makan dan tidak ketentuan masa . Alangkah indahnya seperti satu pasangan yang baru berkahwin di malam pertama.
Bisik bisik kedai kopi kedengaran di cuping telinga " kenapa situasi begini tidak dilakukan sebelum pilihanraya ke12 baru-baru ini ?......" alangkah baiknya kata seorang lagi , setidak tidaknya boleh merubah sedikit keputusan pilihanraya. Tambahan yang mojoriti alahnya sedikit sudah tentu kita menang !! kata pemilik kedai kopi itu dengan penuh bersemangat sambil mengacau air tongkat ali beng pada pelanggannya itu.
Semua pelanggan yang ada dikedai pagi itu terdiam sambil menoleh antara satu sama lain tanda tak faham kepada siapa tuan punya kedai kopi itu menujukan soalan. Kebetulan terdapat ramai pelangan diwaktu itu . Ada seorang yang berani mencelah....katanya " itulah umno pentingkan jawatan dari memenangkan partinya sendiri dalam pilihanraya...."agaknaya pelanggan satu ni ( yang berani menjawab tu) dalam kumpulan yang kalah dalam pemilihan bahagian baru-baru ini agaknya dalam benak hati ku ?... Kecewa bercampur emosi sikit cara jawabannya , kebetulan suaranya pula nyaring......tapi air muka nya nampak serius dan menampakkan keikhlasan.
Kesimpulannya masih ramai lagi orang-orang melayu masih sayangkan umno.Tinggal lagi pendekatan tidak dibuat diperingkat akar umbi , pembetulan pentadbiran diperingkat pejabat umno di YKK harus dikaji semula, begitu juga pengagihan perojek jika ada mesti diambil kira jangan dibolot sewenang wenangnya oleh golongan-golongan tertentu dalam bahagian.Semua ini jangan dianggap mudah ahli-ahli umno hari ini tidak seperti ahli-ahli umno di zaman sebelum merdeka,kalau dulu ahli-ahli umno berjuang untuk merdeka tetapi ahli umno hari ini sudah celik dan tidak buta lagi sejarah, seiring dengan kehendak dan wawasan ketua umno bahagian Tan Sri Dato Sri Panglima Hj Annuar Hj Musa mahukan ahli-ahli umno bahagiannya bijak dalam memilih calon-calon yang bertanding dan akan memegang jawatan dalam bahagian pandai dan tahu menilai mana yang intan dan yang permata setiap kali pemilihan bahagian dilakukan.Pilih mana yang boleh buat kerja untuk parti bukan pilih yang merosakkan parti.Oleh itu tidak timbullah dikalangan perwakilan yang bersidang baru-baru ini lahir dari kalangan kumpulan Tok gawa Fauzi dan kumpulan Boh D sebab proses pemilihan bahagian itu sudah pun selesai , pemilihan perwakilan itu sudah tepat mengikut kehendak Tan Sri sendiri yang menang adalah lebih layak memegang jawatan ( Keputusan rasmi tertera , sila layari blog umno-ketereh.via.my dan blog yang ku dengar dan ku lihat-Boh Yi Kadok ).
Sekarang tidak timbul lagi soal kumpulan mana-mana , jika pun ada itu hanya sengaja diada-adakan. Anggaplah semangat setiakawan yang lahir dari hati yang ikhlas sesama parti dan jangan sesekali melabelkan seseorang kerana sejarah telah membuktikan kesannya amat berat, walau pun sudah berpuluh tahun masih ada lagi musibahnya . Proses perjuangan permilihan bahagian kita sudah selesai marilah kita sama-sama mengeratkan hubungan silaturrahim demi perpaduan dalam menguatkan umno perjuangan agama , bangsa dan Negara kita . untuk kita hadapi pilihanraya yang ke13 .Semuga apa yang terguris sedikit sebanyak kesan dari pemilihan baru-baru ini kita lebih kepada untuk mematangkan lagi diri kita dalam politik kearah ciri-ciri seorang pemimpim yang baik yang disukai dan disegani oleh semua golongan bukan untuk satu-satu kumpulan tertentu sahaja.
Saya akhiri sebuah pantun,
Orang tua jalan bertongkat
Rimba jauh nampak dekat
Kalau kita sudah sama-sama sepakat
Satu bahagian kita boleh ikat...
Salam perjuangan utk semua...
Orang tua jalan bertongkat
Rimba jauh nampak dekat
Kalau kita sudah sama-sama sepakat
Satu bahagian kita boleh ikat...
Salam perjuangan utk semua...
No comments:
Post a Comment