Sembang bersama berberapa pemimpin tempatan di Kedai kopi dalam cawangan Belukar Luas dan ini rumusan yang penulis buat.
Sesuatu yang menarik dan berbeza kehadiran penulis kali ini,tercabar tu ada.Pada awalnya dirancang ke destinasi lain tetapi terpaksa mengubah haluan kerana faktor-faktor tugas rasmi yang kebetulan penulis ada tugas di situ.Berdebar juga ketika sembang-sembang kerana mereka-mereka terdiri daripada ketua-ketua masyarakat yang berpengaruh.Berbekalkan semangat juang yang ikhlas semuanya penulis anggap "Small matter" Pertemuan ini juga adalah sebahagian dari tugas hakiki penulis.Menghadirkan diri dalam majlis-majlis dan perjumpaan tertentu untuk mentranformasi teknologi baru kepada golongan sasar bagi membuat perubahan ke arah kemajuan masyarakat selaras dengan kehendak kerajaan dan Negara.
Pemimpin politik sekarang sikap senget sebelah terlalu ketara tak kira dalam mana-mana parti samada Umno,Pas atau Keadilan.Dalam menyelesakan sesuatu perkara tidak menunjukkan sikap yang adil,bijaksana dan tidak peka dengan keadaan.Bertindak tanpa pakatan yang kemas yang membuatkan ramai terkeliru dalam sesuatu tindakan yang dibuat.Kesan daripada itu sudah tentu akan lahir dikriminasi, yang di peringkat awalnya dapat kita lihat di kalangan keliling mereka dan selepas itu akan mulai menular tersebar ke peringkat bawahan atau akar umbi.Maka terbentuklah puak.Puak yang ikhlas yang cuba memperbetulkan keadaan dan puak yang provokatif yang suka cuba menangguk di air keruh.
Kebanyakan penyokong parti politik punyai pelbagai pendapat dan taksiran, ada yang menyokong kerana perjuangan, ada yang menyokong kerana sahabat handai atau anak beranak dan ada yang menyokong kerana reaction kepada sesuatu.Segala penyakit yang tidak baik jika dikaji banyak terdapat dalam umno mungkin umno sebuah parti terulong dinegara ini [orang pun kalu dah 56tahun ada yang dah mulai nyanyok kata seorang itu sambil mencelah..] Walaupun baik dan jelas sekali perlembagaan dalam parti itu, namun di peringkat perlaksanaannya tidak seberapa.Di kalangan pemimpin Umno juga ramai yang cerdik pandai tetapi disebabkan ciri-ciri kepimpinan tidak ditonjolkan dengan jelas, Umno juga dianggap sebaris dengan parti Pas dan Keadilan. Sifat berhemah, kemas,lemah lembut dan tegas boleh meransang minat sesaorang itu untuk menyertai kearah sesebuah parti. Masyarakat Melayu Kelantan seperti yang kita tahu agak unik jika dibandingkan dengan masyarakat melayu dinegeri-negeri lain diMalaysia samada dari segi pegangan agamanya dan cara hidup.Mereka banyak memikir dan menilai apa yang dapat dilihat dengan perhubungan seharian.Situasi sebegini ternyata tidak memihak kepada Umno dan ianya dapat dikesan dengan baik oleh parti pas untok mencari pengaruh partinya.Sebab itu lah Pemimpin-Pemimpin Pas mencari jalan dengan cara-cara pendekatan agama dan ternyata amat berkesan sekali.Masjid-masjid atau tempat ibadat lain dijadikan markas untuk mereka,majlis-majlis kenduri tempat-tempat kematian mereka utamakan.Hubungan silaturrahim sesama masyarakat dalam Pas amat bebeza sekali dengan Umno,kalau pun ada dalam umno tetapi tetap tidak sama.Umno lebih mirip kepada sesuatu, yang menyebabkan hubungannya tidak kekal lama dan juga silih berganti.Jasa orang lama-lama tidak diambil kira,sikap memilih bulu juga terlalu ketara dalam parti Umno.Parti Pas seperti yang kita tahu yang lebih pandai menjaga puak walaupun setengah daripada mereka suka bercakap kasar dan macam-macam menuduh kepada pemimpin umno tetapi kerana puak-puak mereka sendiri dalam parti mereka pandai menampil imej yang baik dan lebih beraklak seumpama model kepada orang islam yang lain.
Parti Pas dan Adil perjuangannya tidaklah jelas dan bagus sebagaimana umno.Disebabkan pandai mengambil pendekatan dan menepati ciri-ciri keunikan masyarakat, mereka akhirnya berjaya mencari pengaruh.Sehinggakan mereka sanggup bergabung dengan DAP dan PKR dalam Pakatan rakyat (PR) jelas merosakkan perjuangan asal partinya sendiri demi untuk mendapatkan kuasa mereka sanggup.Ia boleh bergabung sedangkan masing-masing mempunyai niat yang berbeza,tambahan lagi DAP secara jelas mempersendakan Agama Islam.Orang-orang melayu dalam Pas dan Adil dikotak katitkan oleh pemimpin atasan mereka,sehingga Pas Kelantan lain Pas di Kedah lain begitu juga di Selangor dan Perak.Tekanan demi tekanan oleh DAP sehinggakan Pas tersepit mainan Parti Keadilan.Tetapi orang-orang melayu dalam PR masih juga tidak sedar perbuatan mereka itu bukan saja merosakkan parti mereka juga merosakkan Bangsa Melayu itu sendiri.Sehinggakan sesetengah pemimpin dari kalangan mereka itu sudah jelas membuat suatu tindakan bertentangan dengan Bangsa Melayu dan agama Islam.Semata-mata meruntuhkan Kerajaan BN yang ada pada hari ini mereka terima segala-galanya.Menabur sikap yang membenci kepada Umno mereka sanggup melihat Melayu berpecah belah sedangkan mereka tahu tonggak kekuatan dalam BN itu adalah Umno dimana Umno lah menjamin Bangsa dan juga Agama Islam yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Negara.Pemimpin dalam Pas sebenarnya lebih memihak kepada gila jawatan sebab itulah mereka sanggup mengikut telunjuk DAP walau pun seperti yang kita tahu DAP telah banyak mempersendakan agama suci kita Islam dan menganggu gugat tanah air kita sekian lama.
Orang-orang Melayu dalam umno pula satu hal, walau pun mereka sedar perkara ini.Tetapi disebabkan hipokrit terlalu menebal dalam Umno itu sendiri maka perkara-perkara ini dipandang enteng.Sepatutnya kita semua kena lebih bersatu untuk memperkuatkan umno dengan mengetepikan perkara yang remeh temeh yang boleh merosakkan parti, demi perpaduan bangsa dan tanah air.Segala tanggungjawab ke arah kekuatan adapada kita dan jika kita tersilap langkah akhibatnya anak cucu kita akan merempat di kemudian hari.Kita mengejar keuntungan tidak seberapa hari ini hari Esok Tanah Air Belum Tentu Milik Kita Lagi.Kita tidak boleh kompromi dalam hal-hal seperti ini dan mahu dicuba-cuba.Hanya pakatan dalam Umno saja mampu menghalang gerakan-gerakan yang cuba menjahanam orang-orang Melayu. Hari ini dapat dilihat dengan jelas gerakan kaum-kaum lain ternyata lebih racist dan bersifat gangterism yang sanggup bunuh membunuh seperti gerakan haram Hindraf yang sudah mula bertapak di Malaysia.
Kebanyakan umno di peringkat Cawangan mahu melihat kesungguhan Umno Bahagian mengambil sikap perihatin ke arah kekuatan umno menjelang pilihanraya ke13 nanti.Jika tidak dibendung dari sekarang besar kemungkinan umno akan lebih parah dan mengalami kekalahan yang lebih teruk lagi.Sementara masih ada sisa-sisa perjuangan yang iklas kami di peringkat akar umbi, kami mendesak Bahagian membuat perubahan seberapa segera untuk memgembalikan semangat asal perjuangan.Idea-idea yang baik dari bawah mesti dikumpulkan dan harus diambil kira walaupun ia tidak sehaluan dari segi lain tetapi mempunyai matlamat yang sama dari segi perjuangan asal umno.Kita jangan sesekali mudah terpengaruh dengan tanggapan yang negetive yang sedang bermaharaja lela diBahagian kita sekarang.Hubungan mesti dieratkan lagi sesama ahli,kerja-kerja berkumpulan dan sebagainya.Kami diperingkat akar umbi tetap menyokong jika ada pendekatan-pendekatan seperti itu .Pendekatan ini semata-mata mengembalikan roh dan semangat umno yang semakin kabur.Sudah tentu banyak halangan yang terpaksa dihadapi atas usaha-usaha tersebut kerana setiap sesuatu yang baik lebih susah dari melakukkan kejahatan.Kerana Agama,Bangsa dan Negara marilah kita bersama-sama mendukung Umno yang satu-satunya parti keramat untuk Bangsa kita.
Kita tidak berakhir di sini,perjuangan tetap diteruskan. Kata-kata itu mengakhiri perbualan kami.
No comments:
Post a Comment