Tuesday, December 23, 2008

BLOG - KOMEN PENULIS

Isu utamanya ialah mana-mana calon-calon yang bertanding pada pemilihan UMNO Mac depan boleh dikenakan tindakan disiplin jika menggunakan blog sebagai bahan kempen mereka.

Penulis masih ingat Presiden UMNO pernah berkata bahawa BN dan UMNO telah kalah di dalam penggunaan siber dan semua orang tahu mengenainya. Makanya, penggunaan IT mesti dipupuk dengan lebih agresif dan intensif selagi ianya digunakan dengan betul dan positif.

Secara peribadi, penulis mengganggap bahawa menolak penggunaan IT seperti blog atau pun web adalah seperti UMNO dan BN telah awal-awal lagi rela dijadikan 'shooting target' yang kaku kepada pembangkang pada PRU-13 kelak.

Realitinya, PRU-13 akan bakal menyaksikan penggunaan IT yang lebih signifikan jika dibandingkan dengan PRU-12. Kehadiran jumlah generasi muda yang ramai serta peka IT di dalam kelompok pengundi juga perlu diberi tempat di dalam strategi pilihanraya UMNO dan BN.

Dan proses menggerakkan strategi pilihanraya tersebut mesti bermula daripada sekarang. Jika dilengah-lengahkan, PRU-13 akan bakal menyaksikan kesedihan yang sudah tidak ada makna lagi.

Tidak dinafikan ada juga terdapat para bloggers mengambil kesempatan mengunakan blog bagi tujuan mengentam,mencaci sesaorang pemimpin. Selain itu kita juga dapat menilai sesaorang pemimpin melalui penulisan yang dipaparkan oleh mereka. Lembaga disiplin mempunyai pelbagai bentuk saringan untuk mempastikan calon-calon tidak menyalahgunakan blog-blog secara total. Realitinya untuk membasmi adalah terlalu sukar samada blog, ym,web dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment