Thursday, December 11, 2008

BN VS PR DIPRK PARLIMEN KUALA TRENGGANU


Menjanjikan pertandingan 50 : 50

Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Trengganu akan diadakan pada 17 januari 2008, dan penamaan calon pada 6 januari. Pengumuman telah dibuat oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

BN bertanding melawan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Umno dan Pas. Seperti biasa setiap kali pilihan raya akan diadakan maka parti masing-masing sibuk mencari isu-isu pehak lawan untuk menjalankan gerak kerja kempen dalam piliharaya itu. Kalau sebelum ini Piliharaya kecil di Parlimen Permatang Pauh BN (Umno) kalah kerana kawasan tersebut merupakan kubu kuat Anuar Ibrahim, isu kenaikan harga minyak menjadi tajuk utama. Manakala isu utama BN dimasa itu berkait rapat dengan kes liwat dan agenda sebenar PKR. Pilihanraya kali ini agak berbeza, isu Ketuanan Melayu, agama, hak istimewa orang-orang Melayu dipertikaikan, hak kesamarataan oleh pembangkang dan perpecahan dalam BN dan Pakatan Rakyat itu sendiri.

Analisis awal penulis lebih memihak kepada kemenangan BN, dan mungkin mojoritinya melebihi PRU ke12 ( 628). Tetapi untuk menang besar terasa terlalu susah, kerana ia berkait rapat dengan trend dan mood rakyat keatas 5 Negeri yang jatuh kepada parti pembangkang dalam pilihanraya yang lepas. Ketiadaan isu setempat yang besar untuk dibangkitkan oleh parti pembangkang, kegagalan Pas melaksanakan tanggungjawab ditiga DUN yang dimenanginya didalam Parlimen yang sama iaitu DUN Batu Buruk,Wakaf Mempelam dan DUN Ladang. Perlaksanaan janji-janji semasa PRU 12 oleh Ahli Parlimen BN yang lepas iaitu Allahyarham Datuk Razali Ismail juga sedikit sebanyak boleh mempengaruhi pengundi-pengundi kawasan itu kepada Umno. Cara-cara pendekatan MB Datuk Ahmad Said kearah program merakyatkan orang-orang Trengganu juga boleh menarik sedikit sebanyak hati pengundi. Bergantong juga kepada faktor calon untuk bertanding, kerana mana-mana calon yang tidak sesuai dan tidak menepati kehendak pengundi juga boleh menyebabkan pengundi menolak parti Umno.

Selain dari faktor calon diantara faktor-faktor lain yang mungkin memihak dan memberi kekuatan kepada Pakatan atau Parti Pas adalah bergantong kepada kaum-kaum Cina di DUN Bandar dimana kebanyakannya pengundi Cina ramai disitu. Masalah Pembangkang (DAP) dengan parti komponen Cina dari BN ( MCA dan Gerakan ) memunapulasikan isu ketuanan melayu dan penyatuan Sekolah-Sekolah kepada satu bahasa yang kebetulan tidak disukai oleh kaum Cina dan India ini boleh menjejaskan peluang BN (Umno) untuk menang dikawasan itu. Kalau BN kalah di Kuala Trengganu atau menang terlalu kecil menunjukkan pengundi Cina terus menjauhkan diri dari Umno dan sudah tentu kesannya juga kepada BN PRU13 nanti.

No comments:

Post a Comment