Sunday, December 28, 2008

PERDEBATAN TENTANG ISLAM - KAPIR DAP YANG MENGHAKIMI

Retorik Hukum Hudud mainan Pas tetapi disanggah oleh DAP... menjatuhkan maruah umat Islam!
Hukum hudud adalah salah satu intipati dalam senjata PAS yang diguna sebagai retorik perang ideologi antara UMNO dan PAS, ia-itu pembentukkan Negara Islam. Dari perspektif tajuk 'debat' itu, isu itu ditimbulkan untuk menonjolkan PAS sebagai membawa transformasi politik Malaysia kepada tradisi amalan kerajaan Melayu Islam.

Merujuk kepada buku, Introduction To Malaysian Legal History yang dikarang oleh beberapa pensyarah UIA dan diterbitkan Ilmiah Publishers Sdn Bhd, Hukum Kanun Kerajaan Melaka mengandungi elemen-elemen perundangan Islam seperti qisas, hudud, diyah, ta'zir, muamalah, munakahat atau undang-undang keluarga, dan lain-lain. Undang-undang Kerajaan Melaka adalah perundangan yang tersusun dengan tepat dan komprehensif. Samada ia terlebih atau tidak, dalam kesalahan moral tertentu, hukum yang diletakkan lebih tegas dari hukum Islam seperti hukuman sula.The Star melaporkan Khairy memberi persetujuan kepada perlaksanaan hukum hudud. Ada pihak lain melaporkan persetujuan itu bersyarat ia-itu selepas mendapat persetujuan rakan politik dalam Barisan Nasional. Walau bagaimana pun, pendirian Khairy itu bukan pendapat peribadinya tetapi konsisten dengan pendirian UMNO selama ini dalam hal hukum hudud.

Selalunya hukum hudud hanya retorik politik dan sering timbul sebagai slogan kempen pilihanraya untuk menunjuk-nunjuk 'parti aku lebih Islam dari parti kamu'. PAS yang berusaha memperjuangkan pun tidak pernah berusaha untuk menguasai kerajaan Persekutuan. Jumlah kerusi yang ditandingi PAS semasa pilihanraya umum hanya satu pertiga jumlah kerusi di Parlimen. Jauh sekali dari jumlah lebih separuh untuk mewartakan undang-undang dan dua pertiga majoriti untuk melakukan pindaan perlembagaan. PAS pun tidak menunjukkan niat untuk bertanding di luar kawasan-kawasan majoriti Melayu dan hanya tertumpu kepada kawasan yang ditandingi UMNO dan Semenanjung Tanah Melayu.Dalam bahasa politik, ia boleh diterjemah sebagai politik Melayu tidak cukup dominan untuk memaksa pindaan perlembagaan untuk melaksanakan Hukum Hudud.

PAS pula mempunyai kerjasama pilihanraya dengan DAP, parti sosialis demokrat yang tegas dan jelas membawa agenda sekular dan menentang elemen ugama dalam politik dan pentadbiran. Ini membawa satu dimensi tambahan kepada retorik hukum hudud dan Negara Islam antara PAS dan UMNO.

Pada asasnya, susah untuk dapat melaksanakan hukum hudud dalam suasana masyarakat berbilang kaum dan agama. Malaysia bukan satu negara yang homogenoeus dari segi kaum dan ugama. Negara seperti Malaysia sering berlaku perselisihan kaum yang berakhir dengan pertumpahan darah. Justeru itu, perlaksanaan undang-undang hudud tidak boleh bergantung kepada proses politik dan pewartaan undang-undang di Parlimen semata-mata. Ia perlu mendapat keyakinan dan konsensus dari masyarakat kaum bukan Islam masyarakat.Hampir kesemua pemimpin UMNO tidak pernah menyatakan tentangan kepada hukum hudud tetapi belum masa. Hujah yang sering diguna UMNO adalah hudud bukan keutamaan dalam pembinaan ummah Islam dari persepektif negara bangsa Malaysia, masyarakat majmuk dan kekangan politik, keadaan sosio-ekonomi belum bersesuaian, semangat musyawarah Barisan Nasional, dan lain-lain. Bagi menjawab pertuduhan, hujah pihak UMNO tidak terhenti kepada hujah politik tetapi menggunakan interpretasi nas-nas dari Al Quran, Hadis dan pendapat ulama. Samada niat mereka ikhlas dalam berhujah atau ianya hanya alasan, wallahu alam, hati itu urusan tuhan.

Dengan hujah yang bersandarkan versi yang lebih tradisional dan kadang-kadang ortodoks, PAS menyangkal hujah UMNO dan UMNO dituduh tidak Islamik hingga sampai ketahap dipanggil parti dan ahlinya kafir. UMNO menjawab dengan dua cara; melakarkan PAS sebagai parti extremis dan ada pula menuduh kembali PAS sebagai parti kafir. Beberapa tahun kebelakangan, PAS berusaha memberi keyakinan dan keselesaan kepada kaum bukan Islam. Demikianlah berbalas-balas persaingan antara dua parti politik yang kedua-duanya Melayu dan kedua-duanya Muslim.Berdasarkan semangat bersangka baik, UMNO setuju dengan hukum hudud tetapi mahu mengambil masa. Namun demikian, UMNO telah melakukan usaha-usaha ke arah 'Daulah Islamiah' seperti polisi-polisi penerapan nilai-nilai Islam dalam amalan kerja sektor kerajaan, Islam Hadhari, memaktubkan artikel 121 (1A), dan pelbagai macam usaha.

Pendirian PAS pula mahu hukum hudud disegerakan dan seboleh-bolehnya semalam. Satu perkembangan baik adalah kerajaan PAS Kelantan mendapat keyakinan kaum bukan Melayu dari segi mendapatkan undi. Walaupun kerajaan Kelantan PAS tidak mempamerkan keupayaan untuk melakukan pembangunan ekonomi yang hebat-hebat, mereka dapat mengambil hati pengundi bukan Melayu dengan cara pentadbiran mereka dan berlaku adil.Semasa PAS mengambilalih kuasa di Kelantan dan satu penggal di Terengganu (1999-2004), mereka berusaha untuk meperkenalkan hukum hudud dan jizyah tetapi tidak berjaya. Realiti yang sering disebut UMNO mengenai kepelbagaian kaum menjadi kenyataan. Kekangan Perlembagaan meluputrkan usaha tersebut. Personaliti UMNO (kini telah dipecat) seperti Dato Zaid Ibrahim turut terlibat mengekang perlaksanaan di mahkamah.

Itulah latarbelakang hujah yang terdedah kepada orang awam sebagai Quran sepatutnya menjadi Perlembagaan Negara dan UMNO dikait salahkan. Boleh dikata ada kebenaran tetapi tidak sepenuhnya. Jika negara Islam dituntut dari sebelum Merdeka, bukan sahaja pihak British akan terus berkausa, tetapi mereka mendapat sokongan kuasa-kuasa barat untuk mengekang kemunculan sebuah negara Islam. Semasa kerajaan Islam Othmaniyah Turki baru saja mereka hancurkan. Ada pula berkata Quran tidak boleh direndahkan martabat menadi Perlembagaan sebuah negara.

No comments:

Post a Comment