Sunday, December 28, 2008

DI MANA KEBENARAN?

Banyak perkara pokok diperkatakan tentang negara dan apa saja.

Ramai mencadang dan ramai membantahnya.

Kesemuanya mencari di mana kebenaran.

Sang raja dapati, dalam mencari kebenaran tersebut, kerohanian, moral dan tahap mumaiyiz rakyatnya jauh merosot dan terkadang menyimpang.

Baginda memutuskan untuk mempertahankan tahap kesucian kota dirajanya.Sang Raja pun mengeluarkan perintah bahawa sesiapa yang berkata benar akan dibenarkan masuk ke kota dan siapa berbohong akan dipancung.

Kepten penjaga gerbang memeriksa setiap orang yang hendak memasuki kota.

Ramai yang lulus masuk dan tidak kurang yang dipancung.

Satu hari. Pakmie tampil ka gerbang kota.

"Hendak ke mana?" soal kepten.

"Hendak hantar leher untuk dipancung." jawab Pakmie.

Tersentak kepten. Mana mungkin?

"Kamu bohong!" kata kepten.

"Kalau begitu, pancunglah." gesa Pakmie.

Pakmie pun dipimpin oleh askar ke galas pemancungan. Tiba-tiba askar berhenti.

"Tuan kepten, tidak boleh pancung dia," katanya.

"Mengapa?" Kepten teriak.

"Dia cakap benar tadi," jawab askar.

No comments:

Post a Comment