Untuk memendekkan ulasan dan cerita, saya hanya akan memberikan nostalgik cerita dimasa zaman persekolahan saya di peringkat rendah dan menengah DAN suasana mutakhir ini dikala daku telah mencecah usia 45tahun. Suasana ketika ayahku masih bujang juga akan ku muatkan sebagai menambah lunak cerita bagi menguatkan alasan dan memperkukuh maksudku bercerita kali ini.
..."betapa melayu mutakhir ini begitu 'hebat' sikap kurang ajar dan biadabnya berbanding satu ketika dulu dizaman kanak-kanak ku, apatah lagi dizaman ayah ku masih berstatus bujang"...
Aku masih ingat betapa manusia seusia dengan ku sangat dilarang untuk ikut campur bila orang-orang tua sedang rancak berbual. Betapa lalu dihadapan merekapun kita kena tunduk hormat sambil mengeluarkan kata-kata 'tumpang lalu ayah'. Betapa kita digalakkan untuk lalu di belakang mereka dan jangan sesekali melangkahkan kaki dihadapan mereka. Itu kurang ajar namanya. Meninggikan suara kepada kedua ibu-bapa sangat merupakan satu larangan yang jan gan sekali-kali dilakukan oleh generasi muda ketika itu. Apatah lagi jika tidak mengikut arah ibu-bapa, guru-guru dan Pemimpin Kampung. Sikap kerjasama dan gotong royong merupakan amalan biasa dan sesiapa yang berlagak bertentangan dengan norma masyarakat seperti ini akan di "pulaukan" secara senyap melalui mulut kemulut. Hukuman masyarakat sebegini sangat berkesan dan menyebabkan bertahan lama. Norma yang murni-murni ini hanya dikawal oleh 'hukuman masyarakat" yang seperti ini. Jika anda malas untuk menghadiri sebarang urusan jenazah, jika berlaku kematian pada setiap kampong dikawasan anda, nescaya akan tiba ketikanya setelah anda juga dipanggil Allah SWT, tidak akan ramai manusia yang hadir menghantar jenazah anda ke Liang Lahat. Dan keluarga anda akan malu sekampong dengan tabiat anda itu.
Anak-anak takut akan guru sekolahnya. Takut betul dan bukan main-main takut. Tanda respect dan penghormatan kepada guru yang sangat terpuji. Begitu juga dengan rasa hormat kepada Pak Imam dan Guru Agama yang mendidik kita tentang agama. Bukan tidak ada istilah 'mengurat' dizaman usia ayahku bujang, tetapi bila jodoh ditentukan oleh Datukku, ayahku akan terima seadanya bakal isterinya. Emak dan ayahku berkahwin diatas jodoh yang dipilih oleh Datukku dan bahagia sampai sekarang (ibu sudah meninggal dunia). Hidup masyarakat kampong ku sangat harmoni.
Tidak ada yang berkesempatan untuk belajar hingga ke menara gading ketika ku dizaman kanak-kanak. Namun dimasa itu tidak ada demonstrasi jalanan. Aku tahu ramai dikalangan kalian juga mengalami suasana seperti suasana yang ku alami. Malah mungkin lebih menyedihkan. Pokoknya norma masyarakat ketika kita masih kanak-kanak sangat utuh dan kebal untuk dirungkai-binasa. Sikap "kurang ajar" dan "Biadap" jauh dari kamus jiwa muda ketika itu. Masing-masing berlumba untuk menimba ilmu pengethuan dunia dan akhirat. Adalah juga, cuma sekerat dua sahaja dan tidak membinasakan norma dan strata norma-budaya bangsa yang sekian lama bercambah subur hidup membiak dalam jiwa bangsa dizaman itu.
KINI..YA ALLAH YA TUHAN KU, KENAPALAH INI YANG BERLAKU...AKU TERBISU.
Anak bangsa ku telah mula bersikap KURANG AJAR DAN BIADAB.
Dengan ibu bapak mereka,
Dengan Ketua mereka,
Dengan sesiapa jua yang mereka tak suka,
Jumlah anakku yang mula berubah sikap ini semakin bertambah ramai dari masa kesemasa.
Mungkin agaknya kerana mereka telah ramai bertukar minum susu Lembu. Maka perangaipun seperti L..bu itu. Mungkin agaknya taraf pendidikan mereka telah mula tinggi. Telah masuk Universiti. Telah ramai bergelar doktor, Lawyer, bergelar Usahawan berjaya, Telah kaya-raya dan telah lamai menjadi selebriti. Wajah mereka telah berubah menjadi "macho" dan tidak lagi melayu yang berwajah seorang petani atau nelayan. Yang hitam dan kotor dengan tanah sawah yang diusahakan saban hari. Apakah perubahan pendidikan dan penampilan jasmani itu berupa lesen untuk membolehkan juga berubah sikap kepada "kurang ajar" dan "biadab"?
No comments:
Post a Comment