Monday, December 1, 2008

PAS TERSEPIT MAINAN PKR TEKANAN DAP

Menurut MB Kelantan

" Pakatan Rakyat adalah anugerah Tuhan ( Allah ) berikan kepada rakyat Malaysia kerana dapat menerima Islam. Sebelum ini orang bukan Islam yang menentang Islam telah memahami Islam. Ia merapatkan hubungan antara golongan Islam dengan Islam.

" Saya juga tidak akan mengulas mengenai permasalahan yang dilakukan oleh individu (Pas Selangor ) biarlah dia sendiri yang jawab.

Pandangan Penulis

Apakah selama ini orang bukan Islam di negara ini seperti Cina, India dan kaum-kaum lain yang ada tidak menghormati Islam di bawah kepimpinan Umno-BN?

Adakah kini Islam sudah dipandang mulia? Kalau begitu kenapa Kaum Cina dan India "kurang ajar " mengenai tuntutan mereka melebihi kuasa Perlembagaan mengenai Islam-Melayu-Bahasa Kebangsaan?

Selama ini MB Kelantan banyak mengulas mengenai Islam mencarut, Allah samseng, Orang Umno sama dengan Orang Utan dan UMNO kafir kerana menolak hudud Pas? Kenapa apabila melihat kesilapan dan kesalahan atau kelemahan Pas, MB Kelantan tidak mahu mengulas dan memperbetulkan keadaan?

Adakah ini kempimpinan " Khalifah Islam " atau " Ulama adalah Pewaris Nabi "?

Mungkinkah Nik Aziz selaku MB Kelantan akan mengakhiri " khidmatnya" dengan Pas pada zaman kegelapan atau zaman perpecahan sebagaimana berlaku pada UMNO 1988? kumpulan Erdogan saja boleh menjawabnya.

No comments:

Post a Comment