Sunday, December 21, 2008

HADI LONTAR KATA-KATA PERPECAHAN


Masyarakat Islam menjadi keliru dan berpecah belah dalam setiap kali pilihanraya diadakan, dan kesan ini dapat kita lihat kelemahan keatas orang-orang-orang melayu sejak akhir-akhir ini. Penulis juga pelik dan terharu dengan tabiat Presiden PAS yang selalu mengada-gadakan isu-isu yang berkaitan dengan agama dalam setiap kali menjelang pilihanraya. Begitu senang melontarkan perkataan seperti zalim kepada kerajaan pusat dan sebagainya.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), zalim bermaksud tidak berperikemanusiaan, tidak adil, bengis, kejam, buas, tiada belas kasihan, tidak berhati perut, buta hati.

Jika berdasarkan tausurus DBP, ternyata bahawa dakwaan Hadi itu tidak berasas dan jauh menyimpang daripada kedudukan beliau yang sepatutnya berhati-hati bila berbicara.

Beliau dan ahli-ahli PR masih dapat berkumpul dengan aman di dalam sebuah dewan tanpa dizalimi oleh kerajaan negeri dan pusat. Beliau dan anak-anak masih dapat menjalani kehidupan seharian dengan normal tanpa dikejami dengan buas oleh pihak pemerintah.

Beliau juga perlu ingat bahawa rakan-rakan beliau di dalam Pakatan Rakyat terlibat di dalam rasuah dan 'berseronok-seronok' bersama wanita-wanita bukan muhrim.

Penulis cuma berharap agar Hadi tidak meludah ke langit, takut-takut terkena muka sendiri. Sepatutnya Hadi kena lebih berhati-hati dalam setiap kata-kata memandangkan sudah banyak kesilapan yang beliau lakukan dimasa-masa yang lepas-lepas.

No comments:

Post a Comment