Saturday, January 31, 2009

TRAUMANYA ANAK - ANAK GAZA

  • Pakar psikologi dan pegawai bantuan asing mendapati tahap trauma di kalangan kanak-kanak terlalu tinggi selepas serangan kejam rejim Zionis ke atas Gaza.
  • Kira-kira 950 keluarga di Gaza yang ditinjau pendapat mereka memberitahu anak-anak mereka takut tidur berasingan, sering terjaga atau meracau waktu malam.
Pakar psikologi juga amat bimbang kanak-kanak yang mewakili 56 peratus daripada 1.4 juta penduduk Gaza akan membesar dengan sentimen kebencian dan dendam terhadap Israel.

( Sebab itulah tidak hairan jika kita lihat dalam gambar-gambar dan video, anak-anak Palestin ni sedari kecil sudah tidak gentar berhadapan dengan kereta kebal sedang dirinya hanya menggengam batu sahaja. Jiwa mereka memberontak inginkan kebebasan. PBB hanya mampu membuat resolusi, tapi YAHUDI TIDAK MENGENDAHKAN LANSUNG RESOLUSI yang dibuat. Apa peranan negara2 yang mengaku sebagai negara Islam??? Cukupkah hanya sekadar menghantar memorendum bantahan dan rundingan di meja persidangan??? Sampai bila kita nak melihat saudara Islam kita diratah hidup-hidup, daging mereka di siat-siat tanpa peri kemanusiaan??)

  • Seorang pegawai tinggi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), John Ging di Gaza berkata, ‘‘Kita sudah hilang satu generasi masa depan"
Makanya, penduduk Palestin di semua lapisan umur siang malam menadah telinga, hati berdegup kencang, dan tertanya-tanya "apa yang akan terjadi hari esok?" Cuba bayangkan kita berada dalam situasi mereka. Kita di sini masih mampu tersenyum gembira. Anak-anak kecil tertawa riang tanpa ada kegusaran hati mereka. Keriangan ini seperti tidak pernah dirasai oleh anak-anak saudara Islam kita di sana. Maka itu, marilah kita bersama-sama menggembeling tenaga, usaha dan qudrat kita untuk membantu saudara Islam kita di sana. Buktikan yang kita adalah penyelamat ummah - Sumber Utusan Malaysia Online.

KERAJAAN TIDAK KETENTUAN JIKA UMNO TIDAK STABIL

Semenjak lebih 50tahun negara kita Malaysia dalam keadaan aman. Kini pemerintahan Negara dalam komponen BN agak tergugat. Ketidakstabilan politik Umno yang menjadi tunjang kekuatan BN untok memerintah negara agak terumbang ambing dibawah pemerintahan PM Pak Lah. Krisis kempinpinan, politik wang, tekanan daripada parti pembangkang, pecah belahnya umat Islam gara-gara pendekatan Islam yang dibawa oleh pas dan peranan Anuar Ibrahim mengambil kesempatan menghuruharakan kerajaan.

Tun Mahadhir menganggap cara pemerintahan Pak Lah kaum melayu akan menghadapi masalah dinegara ini. Kerana itu Tun Mahadir mengajak seluruh rakyat Malaysia bersatu bagi menjatuhkan Pak Lah demi untok menyelamatkan Negara ini jatuh kebangkraban dan bagi menyelamatkan kaum melayu. Kesannya dalam pilihanraya 12, dapat menghalang BN daripada mencapai 2/3 kerusi diparlimen.

Politik wang merupakan salah satu isu yang semakin hari semakin menjatuhkan imej parti UMNO dan ini menyebabkan segala teori yang kedengaran hanya merupakan laughing stock kepada masyarakat dan ahli-ahli UMNO itu sendiri. Apakah ada mekanisme lain yang lebih mudah untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO?

Apabila BN (UMNO) kalah di Kuala Terengganu, Anwar melihat inilah peluang baru untuk beliau untuk mewujudkan gelombang kedua ketidakstabilan politik. Gelombang pertama ialah apabila beliau meuar-uarkan usaha mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008 lalu selepas menang di Permatang Pauh.

Anwar memang telah terkenal dengan kaedah atau teori kacau bilau. Pada 1987, Anwar antara orang yang merencana keadaan politik kacau bilau dan tidak stabil untuk meraih populariti politik dalam parti dan kerajaan. Akibat dari perencanaan itu Operasi Lalang (1987) dilancarkan dan Anwar yang ketika itu merupakan Menteri Pelajaran meraih populariti terbesar di kalangan orang Melayu. Isu pendidikan kaum yang menjadi alat mencetuskan ketidakstabilan ketika itu dilakukan oleh Anwar untuk menyelamatkan dirinya sendiri yang berada dalam kem Tun Mahathir menentang kem Tengku Razalegh. Beliau ketika itu dilihat sebagai puncva kemunculan kem Ku Li - Musa dan ada kecenderungan untuk perwakilan UMNO mengenepikannya dalam pemilihan ketika itu.

Pada 1997 Anwar sekali lagi mengambil kesempatan dari masalah kewangan dunia dengan meningkatkan kadar faedah. Ini menimbulkan kemarahan ramai orang kepada kerajaan. Kemarahan ini diikuti dengan "serangan" terhadap Tun Dr. Mahathir dengan isu kronisme, nepotisme melalui proksinya. Anwar juga memprojek diri sebagai pemimpin baru dalam kebangkitan Asia (Asian Rennaisance).

Malangnya Anwar gagal kali ini dan tercampak keluar dari hirarki kepeimpinan negara. Pada 1998 dan 1999, Anwar sekali lagi berusaha mengambil alih kuasa melalui keadaan huru-hara dan kacau bilau. Beliau membakar semangat golongan anak muda bagi menimbulkan keadaan tidak stabil, huru hara di Kuala Lumpur dan memberi imej seolah-olah kerajaan sudah lemah dan menunggu masa untuk tumbang.

Apabila Anwar berada di dalam penjara, negara kelihatan aman dan stabil. Biarpun ada perbezaan pendapat namun ia sekadar pendapat.

Apabila keluar dari penjara, Anwar menggerakkan semula pasukan huru hara politiknya. Beliau antara lain mnggunakan HINDRAF untuk memainkan sentimen kaum India dan bangsa lain kononnya sistem sedia ada tidak adil dan menindas bukan Melayu. Kumpulan-kupulan tycoon Cina juga dijanjikan dengan pelbagai habuan bagi mendorong mereka melaburkan sejunmlah wang yang banyak bagi menjatuhkan BN.

Beliau hampir berjaya dalam pilihan raya umum yang lalu.

Hari ini ketika ekonomi dunia berada dalam keadaan meleset, Anwar sekali lagi cuba mewujudkan huru hara politik dan berusaha meletakkan dirinya sebagai satu-satunya harapan rakyat untuk keluar dari kemelut ekonomi dunia.

Tindakan menarik wakil rakyat Bota dari BN masuk ke dalam PKR tentulah bukan dilakukan dengan air liur dan janji kosong semata. Jika kerana tiada jawatan dan beberapa kepentingan peribadi yang gagal dicapai maka ADUN Bota ini berpindah ke PKR, apakah kita mahu percaya beliau berpindah kerana perjuangan?

Mengapa Anwar begitu berhabis-habisan "membeli" wakil rakyat UMNO ini? Tujuannya ialah untuk mewujudkan keadaan tidak stabil dalam UMNO. Apabila UMNO tidak stabil maka ahli UMNO akan kecewa dan melihat pemimpin sedia ada gagal menyediakan satu contoh kepimpinan yang kuat.

Bila ini berlaku tidak mustahil akan ada usaha membawa Anwar kembali kepada Umno. Inilah cita-cita dan harapan Anwar.

Makanya, Umno pada Mesyuarat Agong Mac nanti dijangka akan berlaku perubahan besar dalam corak kepimpinan parti itu. Datok Najid akan menerajui parti Umno mengganti Pak Lah, kempinpinan lain akan disusun oleh para perwakilan dari seluruh bahagian. Kepimpinan yang benar-benar layak dan bebas dari politik wang sahaja akan diangkat menjadi pemimpin dalam permilihan parti Umno kali ini. Mungkin juga kerajaan mengubal satu dasar bagi mengatasi masalah lompat parti, bagaimana cara menghadkan kebebasan parti-parti politik bagi menggelak daripada perpecahan kaum dan agama Islam di Negara ini.

Realitinya, jika UMNO berjaya menganjak kepada parti yang disenangi dan lebih meyakinkan, rakyat berkemungkinan besar tidak akan menolak UMNO lebih-lebih lagi jika kita sandarkan kepada pencapaian selama ini.

Memang benar terdapat kelemahan dan kekurangan pemerintah tetapi janganlah pula kita menidakkan kejayaan dan pencapaian yang kita terima selama ini.


Bahanberita.






Friday, January 30, 2009

ADAKAH MB PERAK & SELANGOR AKAN MENERIMA NASIB YANG SAMA?



Kebelakangan ini, beberapa pemimpin UMNO menyertai pembangkang termasuk Kapten (B) Zahar Hashim yang menyertai PAS. Ada yang menyatakan tindakan itu ada kaitan dengan permohonan projeknya ditolak atau tidak mendapat tempat lagi di kalangan pemimpin tertinggi parti.

Ahad lalu, ADUN Bota, Perak Datuk Nasarudin Hashim menyertai PKR kerana yakin parti itu boleh menjadi parti alternatif untuk orang Melayu di samping tidak senang dengan pergolakan yang berlaku dalam UMNO terutama kemelut kepemimpinan dan politik wang.

Dalam kenyataan akhbar Nasaruddin yang diperoleh dari laman web Ketua Umum PKR, DSAI, Adun Bota itu berkata, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan DUN Bota. Apa pula kata mengundi? Perlukah Nasaruddin meletakkan jawatan?

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Kapten (B) Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi. Beliau memperoleh 6,556 undi. Nasaruddin adalah wakil rakyat BN pertama menyertai parti pembangkang selepas pilihan raya umum ke-12. Dengan penyertaan itu, pakatan pembangkang kini mengukuhkan lagi penguasaan mereka di Perak dengan 32 kerusi DUN berbanding 27 daripada BN.

Penyertaaan Nasaruddin dalam PKR tidaklah satu perkara mengejutkan kerana memandangkan apa yang berlaku kepadanya kebelakangan ini. Beliau yang sebelum ini menjadi Ahli Parlimen Parit diminta bertanding di DUN Bota pada PRU ke 12 yang lalu. Selain itu, jawatan beliau sebagai Pengerusi Felcra tidak disambung dan kekalahannya dalam pertandingan Ketua Bahagian Parit tahun lalu pasti meruntun jiwa. Hati mana yang tidak panas jika tidak terpilih menjadi Ketua Bahagian kerana faktor tertentu.

Persepsi ramai sudah tentu menyatakan tindakan Nasaruddin itu sebagai orang yang kecewa atau tidak mempunyai harapan lagi dalam parti. Itu mungkin pandangan orang jika dilihat daripada peristiwa yang berlaku dalam kerjaya politik Nasharuddin. Bagaimanapun, faktor sebenar hanya beliau saja yang tahu.

Bagaimanapun, ada pula yang menyatakan kemasukan Nasaruddin dalam PKR sebagai persediaan pembangkang untuk menukar Menteri Besar Perak sekarang. Alasan yang dinyatakan mereka ialah Datuk Seri Nizar Jamaluddin tidak mampu menghadapi tekanan daripada pemimpin DAP terutama Pengerusi DAP Negeri yang dikatakan berlagak sebagai “diktator” yang membuat pelbagai arahan kepada Nizar.

Arahan terbaru DAP agar diberikan tempoh 999 tahun kepada pemilik tanah di Kampung Baru menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pemimpin Melayu pembangkang yang melihat ini adalah tindakan menghakis “Ketuanan Melayu” dari segi pegangan tanah di negara ini.Oleh itu, pemimpin pembangkang Melayu Perak mengkehendaki seorang MB yang lebih tegas dan tidak bertindak seperti lembu dicucuk hidung yang mengikut sesiapa saja yang menariknya. Pemimpin baru itu mesti berani menghadapi DAP terutamanya isu yang membabitkan kepentingan bangsa Melayu.

Pemimpin baru itu mesti mengetahui apa yang dilakukan oleh DAP selama ini termasuk “menyerbu masuk” SEDC dan Perbadanan Pertanian Perak untuk melihat apa yang boleh mendatangkan keuntungan kepada penghuni kampung baru di samping untuk mendapatkan undi bukan Melayu.

Ini penting untuk dijadikan hujah ketika berbincang dengan pemimpin DAP agar segala tindakan pembangkang di Perak bukan saja menyakitkan hati bangsa Melayu tetapi juga Sultan Perak yang amat mengambil berat dengan perkembangan yang dilakukan oleh kerajaan negeri.

Berbalik kepada tindakan Nasaruddin, ramai pemimpin Perak termasuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali menyifatkan tindakan Adun Bota itu sebagai amat mengecewakan dan tindakan seorang pembelot kepada parti serta bangsa Melayu. Tindakan yang amat jelik dan menjengkelkan. Pemimpin UMNO Perak termasuk menuduh Nasaruddin sebagai seorang yang kecewa tetapi hakikatnya bagaimana seorang pemimpin UMNO yang telah menghayati dasar perjuangan parti itu beralih arah. Apa sudah jadi?

Tindakan Nasaruddin itu sudah pasti memberikan “peluru” kepada parti pembangkang terutama PKR untuk memperbaharui propaganda mereka bahawa lebih ramai wakil rakyat BN akan menyertai pembangkang dan seterusnya membolehkan mereka menubuhkan kerajaan.

Walaupun beliau hanya seorang Ahli DUN tetapi ia satu tindakan “lompat” yang dicanang oleh DSAI selama ini tambahan pula kemenangan PAS yang juga sekutu rapat PKR di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu P036 yang menyaksikan Mohd Abdul Wahid Endut menewaskan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Jika selama ini, dakwaan DSAI untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 adalah satu lawak jenaka terbesar tetapi perkembangan terbaru ini pasti memberikan semangat kepada parti pembangkang untuk mewar-warkan bahawa mereka kini sudah bersedia.

Makanya, ia secara langsung memberi kekuatan baru kepada pembangkang walaupun ia satu pembohongan atau angan-angan mat jenin.

Thursday, January 29, 2009

LOMPAT PARTI DALAM TAFSIRAN 'BAHASA PAS'


Lompat melompat adalah perkara biasa. Dalam situasi tertentu lompat adalah perlu sangat-sangat. Dalam menyelamatkan diri, dalam melakukkan kerja, dan sebagainya. Ada juga lompat ini diketogerikan 'terkejut' seperti terkejut kepada sesuatu, kita dengan pantas 'melompat'. Lompatan seperti ini diluar kawalan fikiran, dengan ertikata lain "tidak sempat menggunakan fikiran dalam membuat keputusan"- Orang Kelantan kata 'takdan nak mikir' Begitu juga terjadinya 'lompatan dalam politik' yang membezanya, lompat dalam politik mengikut tafsiran atau istilah lebih kepada kepertingan politik masing-masing. Yang pasti, ia semestinya memberi keberuntongan yang besar kepada siperlompat!.

Lompat parti sudah menjadi trend politik Malaysia kini. Ia berlaku sejak Anwar Ibrahim menerajui kepimpinan pembangkang. Pada hemat Pakmie ia bagus kerana dalam demokrasi lompat parti tidak menjadi kesalahan, tetapi dari sudut negetif pula, kenapa apabila lompat parti dari pembangkang ke kerajaan (BN atau UMNO), ia dikatakan melibatkan rasuah? Bak kata, masuk PKR atau PAS kira bermoral dan 'hati mulia' tapi kalau ke UMNO atau BN dikatakan tidak bermoral dan kerana faktor wang.

DAP suruh gubal satu dasar lompat parti walaupun LGE mengakui ia tidak menjadi kesalahan. Nik Aziz pula anggap lompat parti sebagai tidak bertanggungjawab- itu dulu, kini beliau kata lompat parti pun dialu-alukan.
Dulu haram, kini halal. Kalau terkena batang hidung sendiri, ia jadi haram tapi sebaliknya menjadi halal kalau terkena orang lain.
Adakah trend lompat parti perlu dijadikan amalan politik dan perlukan kita setia kepada parti berkenaan?

Berahim ALi, bapa segala katak-katak(katak gomok agaknya) dari Pasir Mas pernah melompat sehingga terpelantum dari UMNO ke Semangat 46-UMNO keluar jadi Bebas-PAS tapi masih bebas.
Brahim Ali masih menjadi Melayu dan bergaduh dengan DAP terutama sekali dalam mempertahankan hak orang Melayu dan Islam(lebih baik dari pas).

Kita lihat pula
tahun 2004, Nik Aziz selaku MB Kelantan menyuruh ADUN dan Parlimen PAS angkat sumpah supaya tidak lompat parti ke UMNO untuk membolehkan BN menerajui Kelantan dengan kelebihan beberapa kerusi? Kenapa lompat parti pada masa itu HARAM? Kenapa kini dicanang dengan baik sekali dan HALAL pula.

Apakah Islam menghalalkan lompat parti? Tak ada fatwa dari PAS kerana senario kini ia memihak padanya.

Jika ini menjadi trend, adakah Pakatan dengan RELA dan REDHA menerima ahli mereka lompat parti terutama dari DAP dan PKR ke BN nanti selepas MAC 2009!!!

Pentingkan kesetiaan atau perjuangan? Atau orang politik sebenarnya 'penipu'? politik kini tak ubah macam bisnes.Kenapa sehingga kini janji mereka belum ditunaikan?( guna duit rakyat kerja tak buat) Anwar Ibrahim pernah berkata- kalau Pakatan memerintah Malaysia pada hari ini, ke esokkan hari harga minyak akan turun.Rakyat kini mempunyai masalah-kerja. Kenapa mereka sebagai orang politik sahaja diberikan kerja dan bergaji tinggi sedangkan mereka tidak bekerja untuk kita? Mereka lompat parti gembira sedangkan kita dibawah ini masih ditakuk lama(nak makan pun susah). Ada mereka dengar?Kita nak dengar masalah mereka atau mereka sebagai pemimpin perlu dengar masalah kita?

Ada dikalangan pemimpin tak cukup lagi gaji tinggi berasuah pula, tak kira samada Umno atau pas dan mana-mana parti. Boleh juga dianggap sebagai parasit negara.

Adakah keadaan senario politik kita yang tidak tentu boleh menjadikan Malaysia maju dan kita semua menerima pelaburan asing mencurah-curah?.

Apa berlaku sekarang bukan perkara baru. Filipina sudah terbukti menjadikan lompat parti sebagai demokrasi berpresiden mereka. Adakah Filipina makmur dan aman? Adakah Filipina maju dan kaya? Yang berlaku sebaliknya. Tak perlu diceritakan.

Kenapa kita tak jadikan 'demokrasi Iran' sebagai perjuangan kita sedangkan lebih 60% adalah orang Melayu dan belum ditambah dengan Cina dan India muslim? Iran tak ada lompat parti . Tetapi parti ber-ideologikan Barat dan disokong oleh Amerika (Barat) akan diharamkan. Negara mereka pun maju.Sama juga dengan Dubai.

Makanya, politik adalah sama sahaja. Yang membezanya adalah perjuangan. Ada juga dikalangan kita menganggap politik itu kotor, kerana politik ada bunuh membunuh, kerana politik putus hubungan silaturrahim antara masyarakat dan negara, kerana politik agama menjadi berpecahbelah dan kerana politik juga kita menjadi perasuah!. Politik boleh menghalalkan sesuatu yang haram, sebaliknya politik juga mengharamkan sesuatu yang halal. Dalam politik tiada jalan keluar, tetapi yang lebihnya dalam politik ini boleh lompat melompat!




Adakah anda setuju?

















.


CUPING KUDIS DALAM UMNO & JABATAN KERAJAAN

Perjuangan dalam parti Umno yang benteraskan perlembagaan tidak patut dipersalahkan di dalam kekusutan dan kekalutan yang berlaku dalam senario politik negara hari ini. Disebabkan oleh kelemahan manusia dalam parti itu membuatkan kepercayaan rakyat semakin terhakis kepada Umno.

Malah, faktor manusia juga merupakan kelemahan-kelemahan yang semakin menonjol di dalam parti-parti lain di Malaysia ini terutamanya pembangkang. Ketidaksamarataan, ketidakcekapan, kesalahan dan kelemahan parti pembangkang di negeri-negeri yang sedang mereka terajui sekarang.

Bukti-buktinya sudah ada, cuma jentera parti UMNO dan BN kurang responsif kerana lebih memfokuskan kepada merawat penyakit yang menyelubungi dalam parti Umno itu sendiri. Pembangkang sebenarnya bertuah kerana tatkala cuba meraih simpati dan sokongan rakyat, parti pemerintah turut mengalami dilema yang seperti tidak ada kesudahannya.

Kesempatan ini diambil dengan jayanya oleh pembangkang selain turut memperdagangkan isu-isu dalaman UMNO sebagai bentuk penyamaran bagi menutup kelemahan mereka. Ramai tahu bahawa parti pembangkang tidak sekuat mana tetapi manipulasi yang dilakukan oleh mereka, selain UMNO sendiri tidak bertindak agresif dan kekecewaan rakyat terhadap parti pemerintah merupakan faktor yang menyebabkan pembangkang kelihatan kuat dan seolah-olah ia lebih baik dari parti Umno/BN.

Tektik yang dimain oleh pembangkang ini sepatutnya telah lama dihidu oleh kerajaan dan mencari jalan cara-cara mengatasinya selain daripada memperkemaskan parti Umno itu sendiri dari dalam. Dalam adat politik juga dalam adat permainan, kita perlu juga memahami taktik lawan agar tiada elemen kejutan yang tidak mampu ditangani.

Pada masa sama, UMNO turut mempunyai beberapa ADUN dan Ahli Parlimen yang sentiasa goyah jika kepentingan mereka tergugat. Mereka yang melompat parti cuba menutup sikap mementingkan diri sendiri dengan alasan kononnya cuba memperjuangkan nasib rakyat. Tindakan mereka itu jelas menunjukkan ketidakmatangan dan tiada daya ketahanan. Namun, walau pun isu itu mendatangkan rasa kecewa tetapi realitinya, UMNO dan BN tidak memerlukan lagi pemimpin-pemimpin seperti itu.

Percaturan politik mereka yang melompat parti itu amat memedihkan kerana orang inilah yang selama ini diangkat sebagai pemimpin dan kini, beliau dengan senangnya melupakan jasa-jasa UMNO dan "terjun menyelamatkan diri sendiri dari kapal" ketika ia menempuh gelora dan badai politik.

Kita tidak perlu "meratapi pemergian" pemimpin-pemimpin seperti itu malah perlu bersyukur kerana mereka telah menunjukkan sikap sebenar. Kita pasti kerjaya politik pemimpin seperti ini tidak akan ke mana kerana jelas mengecewakan rakyat yang memilih mereka. Secara peribadi, sedang menanti-nantikan "kelasi-kelasi" lain yang berhasrat untuk terjun dari kapal UMNO/ BN. Marilah kita bersama-sama menilai mereka yang berfikiran singkat ini.

Yang pasti, tindakan mereka itu secara tidak langsung telah menyenangkan serta membantu UMNO/BN membuang "cuping-cuping kudis" yang boleh membusukkan lagi luka dalaman parti pemerintah.

Kita berharap agar cuping-cuping seperti itu semakin berkuarangan, 'cuping-cuping kudis dalam kakitangan awam' yang bertopengkan membuat kerja sedangkan bertindak secara halus mengagalkan usaha kerajaan, berselindug disebalik jawatan yang disandang. Kini sudah 'beranak, bercucu dan bercicit'. Peranan mereka-mereka ini pula sentiasa mencari jalan bagi mengagalkan usaha baik kerajaan untok menolong rakyat, tektik yang sangat jijik dan kotor ini sudah lama berlaku dan berluasa dalam JABATAN KERAJAAN hari ini. Virus merosakkan periuk nasi sendiri telah lama berlaku, sudah berpuluh-puluh tahun sehingga bercakap pun lupa bahawa kerajaan yang ada sekaranglah yang telah memberi peluang kepada mereka untuk terima gaji dan menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Kerajaan hendaklah dengan segera menubuh satu 'badan bebas bertindak' bagi memantau perancangan dan usaha-usaha yang baik dari kerajaan kepada rakyat dapat sampai kematlamatnya. Umno sekarang sudah minoriti dalam jabatan kerajaan, peyokong Umno sudah diejek dan ditindas. Jangan sekadar membuat pembersihan dalam kepimpinan dalaman parti Umno sahaja. Jika kerajaan dapat mengatasi sedikit sebanyak perkara ini sudah tentu UMNO mampu gah kembali, dengan disokong oleh ahli-ahli dan rakyat yang sayangkan Umno/BN biarpun apa sahaja badai melanda kepada parti keramat ini.

Makanya, jika UMNO berjaya berganjak kepada parti yang disenangi dan lebih meyakinkan, rakyat berkemungkinan besar tidak akan menolak UMNO lebih-lebih lagi jika kita sandarkan kepada pencapaian selama ini. Pemimpin datang dan pergi itu sudah perkara biasa, kepergian yang berkepetingan adalah berkat doa dari seluruh rakyat Malaysia yang inginkan pembersihan dalam kempimpinan dalaman Umno itu sendiri.



Lompat jangan tak lompat, lompatlah sebelum orang dapat tangkap. Air dah kurang, biasalah lompat. Tetapi dah kenal siripnya...samada ia "bewak kabut atau ikan" sudah jelas kelihatan! tinggal lagi tunggu arahan dan tindakan dari kerajaan semata.






SIAPA SEBENARNYA PATUT DIHUKUM?

Mantan Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera Dato’ Ahmad Ismail, yang pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini(semasa pilihanraya kecil Pematang Pauh) diangkat sebagai ‘Wira Melayu’ semasa Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Bukit Bendera November lepas kini dikatakan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth pada pagi esok Khamis 29 Januari 2009 atas tuduhan menghasut.

ahmad-ismail

Ini adalah berhubung ceramah dimana Ahmad menyifatkan rakyat Malaysia keturunan Bukan Melayu pra-Kemerdekaan sebagai “pendatang”. Ini dilaporkan akhbar bahasa Mandarin Sin Chew Jit Poh dan telah digembar gemburkan sebagai ‘berbaur perkauman’ dan menimbulkan keadaan yang ramai menyifatkan ‘tegang’. Oleh sebab tindakan itu, MT UMNO menggantung keahlian Ahmad selama 3 tahun dalam mesyuarat 10 September 2008.

Ahli UMNO(segolongan besar kaum melayu) melihat perkembangan ini sebagai tidak adil dan tindakan Ahmad membuat kenyataan dalam ceramah 23 Ogos itu begitu diperbesar besarkan oleh parti politik, termasuk komponen BN yang menyifatkanya sebagai ‘rasis’. Ini juga berkaitan rapat dengan Ketua Wanita Gerakan dan Timbalan Menteri Penerangan Dato’ Tan Lian Hoe juga membuat kenyataan bahawa orang Melayu juga disifatkan sebagai “pendatang”.

Kenyataan Ahmad ini digesa parti komponen BN untuk memohon maaf dan ada yang meminta UMNO mengambil tindakan keras, termasuk mendisiplinkan beliau. Etika perlakuan pemimpin juga digesa dengan begitu lantang sekali. Namun, pemimpin UMNO Pulau Pinang sebulat suara menyokong keengganan Ahmad untuk memohon maaf.

Jika ia (Ahmad) akan didakwa dibawah Akta Hasutan, maka apakah tindakan yang sama akan dikenakan keatas Tan? Jika tidak, apakah kedudukan dan nilai maruah seorang pemimpin UMNO yang hanya menyatakan sebagaimana sejarah merakamkan proses migrasi kaum yang sebenarnya tidak berasal dari Nusantara ini? Mengapa sejarah kaum immigran ini sebagaimana ditafsirkan secara nyata oleh seorang pemimpin UMNO dianggap sebagai “menimbulkan kemarahan” sedangkan pemimpin komponen BN sendiri mempersoalkan apa yang sudah termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan (yang diujudkan melalui proses demokrasi)?

Sekiranya tindakan berasaskan Akta Hasutan atau mana mana peruntukan relevan Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak dikenakan kepada Tan (dimana satu laporan Polis juga dibuat keatas beliau), maka ianya akan disifatkan sebilangan majoriti orang Melayu sebagai berat sebelah. Menjaga hati ‘rakan kongsi’ parti komponen BN yang membentuk Kerajaan yang mengamalkan konsep ‘perkongsian pintar’, akan dilihat tidak adil dan kemungkinan akan menimbulkan kemarahan dikalangan orang Melayu.

Kedudukan dan peranan mereka sebagai ‘rakan kongsi’ memerlukan perhatian teliti(Kalau dikaji peranannya dalam PRU12). Orang Melayu, melalui UMNO, kini menyumbang 56.4% dari 140 kerusi BN dalam Dewan Rakyat berbanding dengan parti komponen Bukan Melayu MCA 10.7%, Gerakan 1.4%, MIC 2.1%, SUPP 4.3% dan LDP 0.7%. Untuk menentukan kemenangan, kerusi yang dimenangi oleh parti komponen BN Bukan Melayu adalah bergantung atas undi majoriti Melayu dan bukan sokongan kumpulan etnik mereka sendiri.

Apakah perasaan orang Melayu sebagai penyumbang kuasa dan kekuatan utama bagi Bukan Melayu bersuara sebagai parti pemerintah dalam Dewan Rakyat dan Kerajaan tidak diambil kira dan boleh diperlekehkan, bila bila dan dimana mana? Ketirisan prihatinan keatas perasaan orang Melayu dikalangan parti komponen BN makin terserlah dan ramai orang Melayu yang dan akan menganggap ini sengaja dijadikan modal provokasi, kemungkinan untuk menguji secara sistematik toleransi dan had kesabaran etnik asal majoriti rakyat Malaysia.

Perasaan dan daya toleransi orang Melayu wajar ada hadnya. Menghormati batas batas yang telah menjadi asas kesefahaman dan kemudian, semangat setiakawan semenjak ber’kongsi kuasa’ selama lebih 53 tahun ini wajar diambil perkiraan menyeluruh dan iktibar, sebelum masing masing mengambil tindakan yang akan merugikan semua, sampai bila bila.


Bahanberita.

Monday, January 26, 2009

DIPAGI TAHUN BARU CINA - TAHUN LEMBU!

Sekarang ini mungkin berita yang paling kuat berlegar sekitar pimpinan tertinggi PKR dan segelintir pemimpin pakatan rakyat. Kabarnya Kalid Ibrahim telah di minta oleh Anwar untuk melepaskan jawatannya sebagai MB Selangor. Betul ke? molek juga...

Cerita dari mulut ke mulut dan gosip panas ini jugak sedang laju berkeliaran di pejabat SUK di Selangor. Mengikut maklumat Anwar dalam bulan ini telah menghamburkan kata2 marahnya kepada Khalid kerana kegagalan mentadbir kerajaan negeri PKR. Khalid seperti yang diberitahu oleh sumber mempunyai satu kekurangan yang cukup besar yang boleh menyebabkan negeri Selangor boleh tumbang ke tangan BN dalam pilihanraya akan datang kiranya Khalid tidak di turunkan dengan seberapa segera.

Khalid Ibrahim 'TIADA KREDIBILITI MEMIMPIN' itulah kata2 Anwar dalam mesyuarat tetutup PKR bulan ini. Dalam masa 8 bulan PKR memerintah telah berlaku pelbagai peristiwa dan isu hangat yang telah memberikan 'political damage' yang cukup teruk kepada PKR untuk membetulkannya semula.

Isu babi, Theresa kok, Azan, Penghinaan exco kanan Dr xavier terhadap dasar Islam dalam pendidikan, Perluasan kawasan rumah ibadah melebihi 10ribu kaki persegi, Syarat menetapkan kawasan perumahan baru hendaklah disertai dengan pembinaan kuil/tokong/gereja/surau, Penghinaan berterusan khalid terhadap melayu dalam isu kuota 10% uitm, Perlantikan seorang cina ke dalam PKNS, Bertambahnya pusat hiburan, Penutupan segala ruang untuk pas menguasai portfolio2 penting negeri, Menghina mangsa ribut di kapar dll.

Isu diatas merupakan satu bentuk masalah runcing yang sukar dimaafkan oleh kaum melayu khasnya di Selangor tehadap pemerintahan Khalid Ibrahim. Kesilapan demi kesilapan bagilah peluang untok Khalid menggunakan kereta baru camry. Bagilah ruang dan peluang untok Khalid, lagi pun masa 8 bulan terlalu singkat untok dinilai selaku MB.

Isu yang sedang rancak kedengaran. Namun kita kena memerhatikan isu2 yang lebih penting 'disebalik' kabar pengunduran Khalid. Siapa Azmin Ali?

Dari Bahanberita email seorang sahabat.

NASIB BOLA SEPAK NEGARA SEIRING DENGAN NASIB UMNO

Malaysia kalah kepada pasukan UEA 5-0 di hadapan peminat sendiri. Penonton pula bertindak kurang rasional, ada penonton membaling botol air kearah jurulatih UAE. Manakala jurulatih negara pula mendedah pekong didada membuka polimik baru ketika sidang akhbar selepas perlawanan tamat.

Rakyat Malaysia mengharapkan pasukan kebangsaan Malaysia bermain cemerlang dan mengangkat martabat bolasepak negara. Namun mutu bolasepak negara bukan sahaja berada ditakuk lama malah semakin mengundur ke belakang jika diukur dari segi mutu permainan, dan nasionalisma pemain. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang boleh dibahas. Antaranya:-

1. Liga M adalah liga substandard mentaliti para pemain tetap berada ditahap kelas ketiga jikapun tidak lebih rendah daripada itu.

Perkara ini berlaku adalah kerana majoriti para pemain bolasepak negara yang mereka panggil professional konon (ala Malaysia) adalah kalangan yang tidak pernah menjejaki sekolah melebihi tingkatan lima (SPM) gred 3 atau SAP sahaja. Dek kerana ada kelebihan fizikal mereka memilih bermain bolasepak, meskipun bakat, komitmen dan nasionalisme kelas penagih. Seorang bekas jurulatih negara pernah melabelkan para pemain Malaysia hanya layak bekerja kilang. Namun hakikatnya syarikat kilang pun mereka tidak akan diambil bekerja.

2. Permain tetap beranggapan bermain dengan pasukan kebangsaan tidak mendatangkan keuntungan sebaliknya kerugian.

Jika dibandingkan dengan para pemain kelab di Eropah, bermain diperingkat kebangsaan bererti mereka mendedahkan pasaran akan datang mereka kepada kelab lain untuk membeli mereka dengan kos dan gaji yang lebih mahal. Di Malaysia perkara ini tidak ada, mungkin mereka akan bermain dengan kelab lain atau negeri lain dengan environmen yang sama. Jadi apa gunanya mereka bermain mati-matian untuk negara, jika tercedera semasa bermain dalam pasukan kebangsaan, mereka akan berada di pihak yang rugi kerana tidak akan dapat gaji daripada kelab yang mereka wakili.

3.Rata-rata pemain malas dan bermain untuk cukup makan sahaja.

Pilih dan ambillah jurulatih dari ceruk mana sekalipun, Malaysia tidak akan kemana. Claude Le Roy pernah melatih para pemain kebangsaan Malaysia untuk beberapa tahun, dia tahu dari segi komitmen, bentuk fizikal dan mentaliti bukan daripada yang beliau harapkan, daripada membuang masa dan menipu diri, beliau berhijrah ke Cameroon. Beliau telah membawa Cameroon ke pusingan akhir piala dunia. Robert Albert yang dilantik sebagai pengarah teknikal akhirnya menyedari apa yang telah berlaku. Beliau juga bertindak seperti Claude Le Roy.

4.Tidak tahu bermain bolasepak, sekadar tendang untok sumbat gol sahaja.

Rata-rata rakyat Malaysia tidak dapat membezakan antara bermain bolasepak dengan menendang bola. Terdapat beza yang amat besar antara bermain bolesepak dengan menendang bola. Rata-rata pemain Liga M hanya tahu menendang bola, maknanya tidak ada bezanya antara pemain bolasepak liga M dengan pemain bolasepak peringkat tadika dan sekolah rendah, yang membezakanhanya gaji mereka. Mereka hanya tahu menendang bola buka bermain bolasepak. Bermain bolasepak melibatkan tumpuan pemikiran, perkiraan teliti, latihan, kesungguhan, iltizam, komitmen, taktikal, strategi, mindset, psikologi, nasionalisme. Semua ini hanya dapat dipelajari di peringkat kolej dan universiti. Pemain liga M hanya takat (SPM gred 3) bagaimana mereka dapat menguasai ilmu bolasepak.

5.Peraturan untuk bermain bolasepak pro dinegara ini tidak ada bezanya diantara yang pro dan amatur.

Selagi tidak ada peraturan yang mengehadkan dan membezakan pro dan amatur bolasepak Malaysia akan berada disana selama-lama. Sepatutnya pro hendaklah diberi lesen dan lesen ini hanya diperolehi setelah memenuhi kriteria pro yang sebenar, dan lesen ini boleh ditarik balik dan dilarang bermain secara pro atau menyertai mana-mana kelab jika sekiranya persembahan mereka merosot. Jika demikian mereka tidak ada pilihan kerana periuk nasi mereka.

Banyak kelamahan yang perlu dibaiki dalam ligaM. Tanpa melibatkan golongan pemikir yang profesional bola sepak negara tetap tidak kemana, sekadar tepuk dan sorak sahaja. Mereka akan terus menendang bola tetapi tidak bermain bola sepak.

Sunday, January 25, 2009

PROGRAM MESRA RAKYAT

Taman Desa Peringat adalah satu kawasan perumahan di Jajahan Kota Bharu. Terletak di Mukim Peringat, 9 km dari bandar Kota Bharu ke Pasir Putih. Dibina pada awal tahun 80an sebanyak 178 unit rumah yang kepadatan penduduknya melebihi 600 orang yang terdiri majoritinya kaum melayu.

Sikap ramah mesra dan suka membantu mendorong penduduk ditaman ini mengadakan majlis 'kacau sura' pada 23 januari yang lepas bagi menyambut 10 muharam pada tahun ini. Majlis ini melibatkan hampir keseluruhan penghuni taman dan sekitar taman. Persatuan dan pertubuhan yang ada dikawasan ini juga turut terlibat sama. Pembiayaan kos bagi mengadakan majlis ini datangnya dari sumbangan YB Aziz Kadir Ahli Palimen Ketereh, Persatuan NGO, Rukun Tetangga Peringat Barat dan Unit Peladang Kawasan Jaya Peringat (PPK).

Progrem ini bertujuan menyatupadu hubungan silaturrahim antara penduduk, mengeratkan hubungan penduduk dengan pemimpin-pemimpin tempatan dan juga dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK- KADA). Acara dilakukan seawal pagi dan berlanjutan sehingga 8 jam, kesempatan masa yang panjang ini para yang hadir dapat berkenalan menceritakan prihal masing-masing, beramah mesra bergurau senda menjadikan keadaan lebih ceria disamping melakukan tugas-tugas 'mengacau' menunggu ansura masak untok diagih-agihkan kepada oarang ramai.

Acara ini sudah tentu seronok dan memberi kesan yang mendalam, menyuburkan kembali amalan dahulu kala yang telah berakar dan berumbi dalam masyarakat terdahulu. Konsep seperti ini selalu diamalkan dizaman nenek moyang kita tetapi majlis seperti ini sudah beransur luput dihati masyarakat sekarang disebabkan kesibukan masa dan tugas seharian. Ini lah yang menyebabkan hubungan antara masyrakat kini semakin longgar. Bahan-bahan ramuan untok membuat ansura seperti kelapa, beras, ubi, daging ada juga disumbang oleh peserta. Sikap pemurah dan iklas yang ditunjukkan ini akan menlahirkan semangat setiakawan yang berkekalan.

Progrem seperti ini amat sesuai jika dijadikan tradisi, kerana ia dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim dan juga dapat melahirkan masyarakat penyanyang, satu bangsa yang bermaruah, beramanah, berpadu dan berintegreti. Negara suatu masa akan dibekalkan rakyat yang berwawasan, bermodal insan yang baik, dapat mengurang budaya negetif. Ini merupakan aset penting kepada negara atau kerajaan bagi menuju wawasan 2020.

Ansura ini diagih-agihkan kepada orang ramai. Sambutan yang sebegitu baik dari orang ramai dan telah mencapai matlamat penganjur. Diharap program seperti ini akan dijadikan program tradisi dan berterusan. Pemimpin yang cakna kepada rakyat akan dihargai dan dinilai, pemimpin yang selalu mengambil berat dan mengambil tahu kehendak rakyat tetap berada dihati rakyat. Melalui kemesraan yang terjalil menjadi lebih mudah dan berkesan bagi wakil rakyat, pemimpin persatuan, pertubuhan dan agensi-agensi kerajaan dalam menjalankan tugas dan aktiviti masing-masing.



Pengerusi Taman Desa Peringat.





Saturday, January 24, 2009

ADAKAH AKU UMNO?

Dari dahulu lagi kita ada beberapa pertubuhan parti politik dinegara ini. Rakyat Malaysia yang terdiri daipada pelbagai kaum dan bangsa, mempunyai matlamat yang sama menjaga kehormonian bagi menjamin rakyat duduk dalam selesa dan tidak tertekan. Pemimpin kaum itunlah yang bertanggong jawab secara langsung bagi menjaga bagi menentukan halatuju masa hadapan samada maju atau mundur sesuatu kaum tersebut. Parti terbesar yang diwakili oleh orang melayu adalah Umno. Bukan sahaja Umno bertanggongjawab menjaga bangsanya sendiri, Umno juga sebagai tunjang kekuatan BN yang memerintah negara ketika ini.

Sudah lebih 50 tahun negara ini diperintah oleh BN, bermakna segala pahit getir sudah Umno tempuhi. Walaupun kempimpinan berubah, namun perinsip mengikut perlembagaan dalam Umno tetap tidak berubah hingga kehari ini. Kekuatan dan kebijaksanaan Umno dalam BN membolehkan negara mencapai kemajuan dan rakyat hidup dalam keadaan baik dan selesa.

Bukan senang untok melaksana sesuatu, sekali pun perangcangan yang dibuat begitu baik sekali . Ia juga bergantong kepada mereka yang bertanggongjawab menjalankan perlaksanaan keatas perangcangan itu. Jika sebaliknya berlaku, sudah tentu kerajaan juga tetap dipesalahkan. Siapakah diperingkat perlaksanaan itu? Perlaksana itu adalah kita sendiri.

Semua penyokong dan pendokong mana-mana parti dinegara ini selain daripada Umno adalah perlaksananya! ada juga diperingkat pelaksanaan itu disebotaj kerana tidak mahu melihat usaha kerajaan itu berjaya. Apa yang dapat dilihat disebalik kegagalan itu dijadikan isu untok menjatuhkan kerajaan, membangkitkan semangat rakyat mahu menjatuhkan kerajaan dengan mengganti kerajaan baru, yang lebih baik dan cekap. Atas kepentingan diri pemimpin dan orang tertentu dalam parti politik maka timbullah pergolakkan dalam parti yang mereka wakili. Inginkan jawatan, pertahankan jawatan, berlumba-lumba mendapatkan harta kekayaan dan kemewahan dengan mempergunakan kuasa dan pangkat yang ada. Perkara tersebut bukan berhenti setakat itu sahaja, parti lawan(pembangkang) pula mengambil kesempatan mengeplotasikan perkara ini supaya dijadikan satu isu untok dihebahkan kepada rakyat. Kesan pada keseluruhannya terpaksa ditanggong oleh Umno/BN. Sifat kerakusan golongan pemimpin seperti inilah yang menyebabkan keyakinan rakyat kepada Umno kian terhakis.

Kita bercakap dari segi perpecahan bangsa. Umno dan Pas adalah parti terbesar kaum melayu dinegara ini. Kedua-dua parti ini haruslah menerima hakikat bahawa kaum melayu sekarang dalam keadaan tidak bersatu, baik dalam Pas atau pun Umno. Jika negara diambang kemusnahan tidak setakat melayu dalam Umno sahaja menerima malapetakanya, pada hari ini kedua-dua parti tersebut sering menuding jari antara satu sama lain. Siapa benar dan siapa salah tidak penting, yang penting jika perkara ini berterusan melayu akan hancur di Buminya sendiri.

Umno dihari ini tengah hangat menyusun kembali pentadbirannya, berusaha menyingkir mana pemimpin yang tidak releven lagi. Pandangan positif kearah itu dapat kita dengar dan lihat di media-media cetak termasuk akhbar-akhbar, blog-blog, tv dan sebagainya. Pelbagai cara dan pandangan diluahkan, sesetengah pemimpin atau penulis-penulis blog memberi maklum balas memperlekehkan pandangan yang dibuat. Dalam soal memberi pandangan ini sekali lagi dapat kita lihat tercetusnya perbezaan pendapat maka timbul pula pergelokan dikalangan pemimpin Umno. Pendapat yang baik belum tentu diterima, ada juga yang cuba menangguk diair keruh menjadi hero mengambil kesempatan mempromosikan diri menjelang pemilihan agong Umno Mac nanti.

"Satu pandangan mengatakan Umno tidak akan pulih, selagi pemimpin-pemimpin Umno yang ada sekarang tidak disingkir kesemuanya. Katanya juga seluruh ahli Umno yang berumur 23 tahun hingga 83 tahun harus disingkir jika mahu benar-benar Umno bersih"- adakah patut?(penulis blog)

Perebutan pangkat dan kuasa menyebabkan kemusnahan keatas sebuah negara seperti yang berlaku di Palestin hari ini. Rakyat marhaen, samada ibubapa dan kanak-kanak telah melebih 5 ribu orang mangsa kekejaman Regim zionis. Perbalahan antara Hamas dan Fatah dalam merebut kuasa, rakyat yang tidak bersalah yang menjadi mangsa penderitaan dan terbunuh!

Parti Pas juga satu pertubuhan parti politik yang direka oleh manusia untok menghalalkan cara bagi proses demokrasi memilih pemimpin dinegara ini. Kekalahan Umno dalam pilihanraya PRK Kuala Terengganu baru-baru ini boleh menmbah kalutnya lagi Umno sekarang. Kepimpinan dalam Umno akan berubah selepas mac nanti. Parti Pas masih lagi dalam edah berbulan madu , bila tamat tempoh berbulan madu kita akan menyaksikan pula babak-babak pembersihan dalam parti Pas pula.

Makanya, kita bertengkar hanya untok mencari kearah kebaikan, kita kesemuanya kaum melayu yang beragama Islam. Sejauhmana kita bertengkar akhirat kelak kita tetap berada dibawah satu payong junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Baik Umno atau Pas kita tetap bertaubat diatas kesalahan yang lepas-lepas dan memohon kepada Allah tujukkan kejalan yang diredhai. Kta dijadikan oleh Allah dalam keadaan serba kekurangan. Diberi fikiran, dan disedia pula dengan dosa dan pahla. Manusia di utus oleh Allah sebagai Khalifah yang diamanah menjaga muka bumi. Tetapi sebaliknya kerana harta dan kuasa kita telah lupa segala-galanya.





KENAPA PAS MEMILIH JALAN MEMFITNAH UNTOK MEMENANGI PILIHANRAYA?

Menjaga hati dan fikiran bukan perkara mudah. Kedalam hati sukar diduga, manakala fikiran mampu melangkau batas dan sempadan. Satu dari pada cabaran untuk menjaga hati dan fikiran ialah mengelakan daripada buruk sangka.

Allah berfirman, "hai orang yang beriman, jauhilah prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat pada sebahagian yang lain.

"Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka, tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada allah. Sesunguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang". (Surah al-Hujurat, ayat 12).

Bergitulah kejinya buruk sangka. Bahayanya buruk sangka, bukan saja merosakan diri, malah menjerumuskan orang lain kepada gejala permusuhan. Buruk sangka bukan satu tingkah laku yang boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia sering dizahirkan melalui percakapan atau bahasa badan.

Ia bermula dengan pelbagai sangkaan dalam fikiran seseorang, seterusnya membawa hatinya tidak senang dan tidak berpuas hati dengan keadaan itu dan bertolak daripada sangkaan buruk inilah, maka mendorongnya kepada umpat dan fitnah.

Contohnya, seseorang wanita yang mengesyaki rakan sepejabatnya, seorang gadis bujang, kononnya berkelakuan sumbang dengan ketua atau boss mereka. ini adalah buruk sangka. Apabila wanita tadi bercerita dengan seorang lagi rakan sepejabatnya, maka perbuatannya menjadi umpatan. Dan, perkara tidak benar yang dibincangkan adalah fitnah ke atas gadis terbabit, dan terjadilah permusuhan.

Bergitulah, mudahnya sesuatu hati dan pemikiran yang jahat merosakkan hubungan insan. Oleh itu, seharusnya kita sentiasa berfikiran positif dan berbaik sangka kerana kita mungkin tidak pernah terlintas bahawa pertuturan kita yang berlandaskan buruk sangka boleh menghancurkan hubungan sesama manusia.

Penipuan Pas yang amat nyata kerana tak akan berlaku kerjasama langit dan bumi setelah Wafatnya Rasullullah SAW, Rasullullah SAW juga turun berperang, Rasullullah SAW juga bekerja dan sebagainya malah Rasullullah SAW sendiri tak pernah mengeluarkan kenyataan “kerjasama langit dan bumi”

Pas mengulang kembali perbuatan Bal’am Bauro yang Berdoa supaya ALLAH SWT memusnahkan Nabi ALLAH Musa, Kejadian yang berlaku adalah Bal’am Bauro yang di musnahkan, sekarang kita melihat Umat Islam menempuh berbagai kesengsaraan akibat perbuatan Umat Islam yang mendoakan kesengsaraan orang lain, sama dengan Hamas di Gaza yang Berdoa supaya Fatah yang Berlainan fahaman politik di musnahkan sebaliknya Hamas yang di musnahkan.

'Iktibar (Pengajaran) dari Gaza ialah akibat Doa Ustaz dan Ulama Hamas yang Berdoa supaya Umat Islam (berbeza pandangan politik dengan Hamas) di Hancurkan menyebabkan ALLAH SWT menghantar tentera yahudi (yang di sebut dalam Al Quran takut berperang) menghancurkan Gaza yang di kuasai parti politik Hamas'

Jangan lupa bahawa tentera yahudi Israel itu juga di bawah Kekuasaan ALLAH SWT !!!
Mangsa kepada Doa Hamas ialah Orang Awam iaitu Kanak-kanak, Orang-orang Tua dan Wanita.

Pas amat membahayakan Makhluk ALLAH SWT di atas muka bumi ini kerana Pas gunakan Islam untuk Kejahatan dan Keburukan, Pas ialah punca Islam lemah dan berpecahbelah Pas Mendoakan kemusnahan dan mengkafirkan kita Saudara Seagama, Syahadah Yang Sama Menyembah Tuhan yang sama, Mengikut Rasul yang Sama, Berkongsi Kitab Al Quran yang sama tetapi pada masa yang sama dapat bersubahat dengan Dap memeluk Dap dan Menurut kehendak Dap yang Anti Islam.Dalam sesuatu majlis, jika penceramah berani menabur fitnah dalam ucapannya sudah tentu majlis itu akan menjadi lebih hebat, tepukan dan laungan daripada para hadiri, itu sudah biasa.Pas mengambil jalan ini untok menyerang parti lain bagi mendapat pengaroh pada partinya dalam setiap kali pilihanraya diadakan. Kini masyarakat Islam Malaysia sudah jelas berpecah gara-gara pendekatan yang diambil oleh parti itu yang sekian lama dinegara ini.

Umno mesti bangun menyelamatkan Islam dari terus dinodai oleh Pas yang bertopengkan Islam, penyelewengan Pas dalam Islam perlu di dedahkan Jangan biarkan Pas terus mencemarkan Islam mengikut nafsu Pas.Hari ini di kalangan pemimpin Umno sendiri seolah-olah terperdaya dengan pendekatan cara Pas ini, tuduh menuduh sesama pemimpin dalam Umno yang sesetengahnya mengiakan kritikan dari parti pembangkang yang akhirnya Umno itu sendiri akan berpecah. Apa yang terjadi kepada parti Umno sekarang? seperti yang kita tahu bukan sahaja dalam Umno politik wang berlaku(rasuah), dalam parti pas pun sama bahkan lebih teruk lagi jika ia memerintah negara ini, rasuah sex pun sudah ada! tetapi Umno tidak memperbesarkan sangat isu itu, kerana ia juga maruah kepada agama kita Islam. Tetapi cara Pas lain, dulu apa tak kata kepada DAP sekarang bila pas bersekonkong dengan parti itu, telah memuji macam-macam dan terkini menganggap parti itu(DAP) lebih memahami Islamnya berbanding Umno...

Banyak lagi pendedahan Penipuan dan Penyelewengan Pas yang bertopengkan Islam dapat didedahkan. Pakmie menyarankan Umno Menubuhkan Badan Bertindak Menyelamatkan Islam pada waktu terdekat sebelum lebih ramai Umat Islam terpedaya dengan fitnah Pas yang bertopengkan Islam dan tubuhkan juga Tabung Perlindungan “Wira Islam” untuk di abadikan kepada pejuang-pejuang Islam Umno yang Beriman lagi Bertaqwa.

Makanya, kerjasama Semua Peringkat di perlukan. Semua Kekuatan Umno perlu di gunakan, Umno perlu duduk Semeja Berbincang dan Merangka Strategi untuk Menyelamatkan Islam. Salam Perjuangan buat Semua Saudaraku Semoga ALLAH Bersama Anda, Perjuangan Kita Baru bermula, Anggaplah semua Fitnah, Celaan maki hamun Pas itu sebagai Penguat Semangat Kita untuk Bangkit Menyelamatkan Islam di Negara ini.


Daku juga pejuang Agama, Bangsa dan Negara.


Thursday, January 22, 2009

PENDATANG ASING & DISKRIMINASI MEMBUATKAN MELAYU TERSEPIT

Kedatangan warga asing samada secara halal atau haram yang begitu ramai kenegara ini menambah kerumitan bagi kerajaan menangani krisis ekonomi global yang sedang dihadapi sekarang. Perancangan untok mempertingkatkan ekonomi dengan cara memwujudkan peluang-peluang perkerjaan tidak dipenuhi dan dimunafaatkan kepada rakyat. Sebaliknya rakyat terpaksa bersaing degan warga asing tersebut untok mendapatkan peluang perkerjaan. Krisis ekonomi global, dan diskriminasi dalam sesuatu kaum atau politik menambah lagi jumlah pengangguran kepada rakyat dalam negara ini, khasnya kepada kaum berbangsa melayu.

Tahun lepas sahaja lebih 30,000 pendatang dari Myamar, Indonesia, Pakistan, Komboja, Filipina dan Pakistan menuntut hak kerakyatan (PR) dinegara ini. Sudah tentu jumlah warga asing yang telah menjadi warganegara Malaysia sudah terlalu ramai terutamanya dari Indonesia dan Filipina
.

Perangkaan itu belum direcord dari 'perut-perut' bunting oleh pendatang yang bersumpah untuk bekerja sahaja di Malaysia. Anak-anak mereka kini dalam proses menjadi 'anak halal' Malaysia.
Pada masa akan datang ramai rakyat Malaysia akan menjadi penganggur, tiada wang dan tiada kerja. Kesannya, ramai akan jadi peragut dan penjenayah secara teorinya benar. Sebagai bukti apa yang berlaku kepada bangsa India di Malaysia sekarang. Berapa ramai yang menjadi penghuni tetap dalam penjara dan yang bergelar status banduan akibat sukar mendapat kerja.

Krisis ekonomi global yang dihadapi sekarang, terpaksa sektor swasta mengurangkan jumlah kakitangannya bagi mengurangkan kos operasi keatas syarikat atau kilang yang terbabit. Mengikut statistik sehingga kini lebih 14000 kakitangan sudah dibuang kerja, 45000 OTW akan diberhentikan, 100,000 akan menerima nasib malang dan dijangka 200,000 pengangguran akan berlaku akibat dari krisis ini dibulan September nanti. Negara akan berdepan kemurudunan ekonomi yang teruk jika tidak diambil satu langkah yang bijak untok berdepan dengan situasi ini.

Kebanyakan penganggur-penganggur tersebut terdiri dari kalangan bangsa melayu. Soalnya kenapa melayu diberhentikan kerja dahulu? Kebanyakan
dalam sektor swasta, orang Cina saja layak dan kebanyakkan mampu mengisi jawatan tertinggi syarikat. Peringkat 'Manager' walaupun bertaraf SPM dan tidak tahu mengenai pengendalian pentadbiran.

Walaupun
melayu yang berpendidikan tinggi, berpengalaman dalam bidang berkenaan dan 'dilahirkan' dalam sistem ISO terhebatnya, masih lagi tidak layak menjawat jawatan setanding orang Cina. Kenapa boleh jadi begini? Kalau tidak percaya, kita lihat di dalam kilang-kilang. 90 % pekerja bawahan adalah Melayu dan India sedangkan pengurus dan eksekutifnya adalah Cina sedangkan kelayakan Cina hanya bertaraf operator.

Ketika dunia heboh tentang Obama mengubah dunia dan orang Cina percaya gelombang Obama mampu mengubah lanskap politik Malaysia, sedangkan dalam dunia pekerjaan merekalah punca diskriminasi berlaku.

Sebenarnya kehadiran Anwar Ibrahim sebagai Obama atau Imam Mahdi pun tidak mampu menjadikan Malaysia Adil kerana Anwar pun menjadi boneka kepada Malaya Cina Fanatik, iaitu DAP yang selama ini tidak pernah memperjuangkan masalah diskriminasi ekonomi sejak Malaysia merdeka lagi.

Kaum Cina kini mahukan keadilan dalam bidang politik sedangkan apa yang berlaku di Singapura jelas menunjukkan sebenarnya dasar zionis menjadi budaya kerja walaupun sudah menjadi 'negara pulau termaju di Asia Tenggara'.


Makanya, negara kini bukan lagi dalam zone selamat, khasnya kepada bangsa melayu. Kerajaan akan berdepan dengan krisis ekonomi terhebat jika tidak ditangani dengan cermat dan betul.Tahaf kemiskinan yang tinggi yang terpaksa ditanggung oleh rakyat boleh meningkat kadar jenayah yang tinggi dalam negara.Faktur ketidaktentuan arah kepimpinan kerajaan akibat dari belbagai tekanan dari pembangkang, badan-badan kerajaan, swasta dan NGO boleh memperlahankan usaha kerajaan untok membebaskan dari kemelut tersebut. Seluruh parti politik yang ada hari ini seharusnya bersatu dengan usaha kerajaan dalam menangani isu ini.








KRISIS EKONOMI GLOBAL & KESAN KEPADA NEGARA

Krisis yang terjadi di AS tidaklah memberi kesan yang secara terus kepada Malaysia. Mungkin hanya sesetengah bank yang mempunyai bon dan sekuriti, di sana akan mengalami sedikit gangguan. Kesan secara langsung kepada negara adalah sangat minimum. Tetapi, hal ini memberi kesan secara tidak langsung. Eropah dan Amerika Syarikat merupakan negara yang mempunyai kuasa beli yang tinggi. Apabila berlakunya krisis kewangan di AS, kuasa beli pengguna akan menurun dan kerana pengguna tidak keluar berbelanja.

Pada situasi begini para pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat, mereka sedang memerhati perkembangan ekonomi yang bakal terjadi selepas ini. Mereka tidak mahu melabur kerana keadaan pasaran global yang tidak menentu. Pelabur sudah semestinya tidak mahu mengambil risiko yang besar ini. mereka hanya memikirkan pulangan yang berganda sahaja. Apabila indeks harga saham susut, nilainya juga akan turut susut dan pelabur semakin khuatir untuk melabur dan akhirnya mereka terpaksa “angkat kaki” untuk melabur di tempat lain sudah tentu ini memberi kesan keatas kemerosotan ekonomi dalam negara.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa keadaan ekonomi kini sedang mengalami kitarannya, sebagaimana yang berlaku pada tahun 1997. Dahulu, negara yang terbabit tidak mengetahui cara dan kaedah yang terbaik untuk menanganinya. Tetapi, krisis yang berlaku pada kali ini, walaupun berada di luar jangkaan, namun demikian negara yang terlibat sudah mengetahui jalan yang terbaik untuk mengatasinya. Krisis kali ini sememangnya mempunyai kesan yang besar, tetapi boleh ditangani dengan baik dalam jangka masa dua hingga tiga tahun dari sekarang. Misalnya, Kerajaan AS sedang berusaha menyuntik dana ke dalam syarikat-syarikat yang terbabit bagi membantu menyelesaikan kemelut ini. Inilah antara kaedah yang telah digunakan oleh Malaysia pada tahun 1997 dahulu.

Sememangnya krisis yang berlaku menyebabkan nilai mata wang juga turut jatuh. Mungkin ada baiknya jika kita mengikat ringgit supaya nilainya tidak akan jatuh dengan lebih teruk lagi. Kita mahukan kestabilan nilai mata wang itu terus kukuh. Kita tidak mahu perkara yang berlaku kepada sesetengah nilai mata wang yang jatuh teruk. Namun demikian, perkara ini juga ada baik dan buruknya juga. Thailand misalnya, pada tahun 1997 ia tidak menggunakan kaedah tambatan mata wang Baht, tetapi masih tetap stabil. Oleh sebab itu, banyak cara dalam menyelesaikan sesuatu kemelut ekonomi dan bergantung pada keadaan sesebuah negara. Manakala bagi rakyat pula, yang paling penting ialah keputusan yang dibuat adalah benar-benar tepat untuk memastikan nilai mata wang ringgit terus kukuh.

Kesan yang paling ketara boleh dilihat dengan jelas dalam sektor pelancongan. Apabila sektor pelancongan terjejas, sudah tentu industri yang berkaitan turut merasainya, seperti perhotelan dan industri kecil dan sederhana, kerana ia sangat berkait rapat. Sektor hartanah juga turut merudum dan perkara ini sangat menakutkan pengusaha dan pemaju dan juga para pelabur itu sendiri. Kerana kesannya sangat besar dan risiko yang harus diharungi adalah sangat tinggi.


Bersambong.


PAS MENANG, AKHIRAT BELUM TENTU!

Tahniah kepada PAS kerana menang dalam PRK KT(P036). Walau bagaimana pun PAS tidak boleh terlalu megah dengan majoriti '2,631'.

Sukar untok diagak adakah PAS menang di Kuala Terengganu kerana PAS dan Pakatan Rakyat itu terlalu kuat atau disebabkan 'penyakit dalaman UMNO' juga belum sembuh. Penyakit ini jugalah agak sukar untuk UMNO meletakkan semula kedudukkannya seperti sebelum PRU-12.

Tidak elok jika Pakmie mengatakan pemilihan calon BN kurang tepat sebelum selesainya PRK KT(P036). Oleh kerana PRK telah selesai, maka hari ini barulah tepat masanya untuk Pakmie memberi sedikit pandangan terhadap isu pemilihan calon BN ( Sila baca coretan penulis yang lepas - sukarkah untok Umno menang?).

Penyakit 'busuk hati dan dengki' dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO masih tebal. Jika penyakit tersebut tidak ada di kalangan pemimpin UMNO, Pakmie fikir UMNO atau BN boleh menang di Kuala Terengganu.

Pertama, cuba kita imbas kembali bila nama Wan Farid diumumkan sebagai calon BN? Keduanya bila Wan Farid diumumkan juga untuk meneruskan sebagai Senator?

Maksudnya di sini, kita boleh lihat seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena pada pemilihan Wan Farid sebagai calon BN. Seolah-olah UMNO secara sendirinya telah memaparkan kepada umum bahawa UMNO terlalu 'tamak, bongkak, ego dan tidak boleh di ajar'.

Jika dah tahu Wan Farid akan dipilih sebagai calon BN, kenapa masih ada pihak yang mencalonkannya lagi sebagai Senator? Adakah ia sengaja dilakukan sebegitu oleh pemimpin tertentu dalam UMNO untuk mensabotaj UMNO? Hanya dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO sahaja yang mengetahuinya.

Apa salahnya jika memilih orang lain sebagai Senator untuk mewakili negeri Terengganu. Tidak perlulah Wan Farid mengangkat sumpah hanya beberapa hari, kemudian terpaksa meletak jawatan Senator untuk bertanding dalam PRK K.Terengganu. Di sini nampak sangat UMNO bodoh sombong. Kesudahannya apa yang dapat...?

Satu lagi cara UMNO memilih calon, seolah-olah esok akan kiamat. Apa salahnya jika Wan Farid teruskan sebagai Senator dan memilih orang lain sebagai calon BN. Atau pun jika mahu memilih Wan Farid sebagai calon BN, maka berilah peluang pada orang lain sebagai Senator. UMNO perlu mencari pil atau ubat paling mujarab untuk menghilangkan penyakit 'tamak' (sila baca coretan penulis yang lepas - Umno jangan yakin!)

Bagaimana sekiranya calon lain dipilih untuk mewakili BN dalam PRK KT(P036) tersebut? Pakmie rasa mungkin beliau boleh menang - gamaknya lah... Jika beliau kalah pun, sekurang-kurang Wan Farid masih kekal jawatan Tim Menteri dan juga seorang Senator. Disebaliknya kini apakah hasilnya...? Nak salahkan Pak Lah atau nak salahkan Najib?

Jelas isu sombong dan personaliti ini diperkatakan sendiri oleh puak-puak UMNO dan ia akhirnya merebak kepada rakyat. Seharusnya sebagai rakan dalam parti, pemimpin dan ahli UMNO cuba mengikis persepsi berkenaan kerana pilihan raya kecil bukanlah pemilihan UMNO tetapi penentuan kepada perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

Akibat persepsi yang wujud sejak nama Wan Ahmad Farid diumumkan, dalam tempoh lima hari pertama kempen berjalan, BN tiada isu lain selain terpaksa menepis persepsi tersebut. Kesudahannya ia membuka laluan selesa kepada pembangkang untuk mengatur strategi.

''Pas tidak berbuat apa-apa dalam tempoh berkenaan, sebaliknya hanya melihat BN menari dengan rentak sumbang yang ahlinya cipta sendiri," kata seorang pemimpin Pas dari Kuala Lumpur yang datang membantu jentera parti itu.

Sememangnya dari segi isu, pembangkang tidak ada-apa isu, justeru mereka menggunakan sepenuhnya 'peluru BN' untuk meraih sokongan rakyat. Ini jelas apabila kita mengkaji jumlah undi yang diperolehi oleh Wan Ahmad Farid yang menunjukkan bahawa walaupun jumlah keluar mengundi rendah tetapi BN tetap memperolehi jumlah undi yang tinggi.

Ia bererti segala serangan yang dilakukan oleh pembangkang melalui ceramahnya tidaklah begitu berhasil kerana jika rakyat mempercayai dakyah pembangkang sudah pasti BN akan mengalami kekalahan dalam majoriti yang jauh lebih besar. Namun begitu kita tidak menafikan bahawa dakyah yang disebarkan sedikit sebanyak menyumbang kepada undi pembangkang tetapi ia bukanlah faktor utama.

BN tewas kerana bergerak dalam keadaan tidak teratur dan sama sekali tidak bijak untuk menyusun strategi termasuklah dalam menangani faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada kekalahan mereka. Walaupun faktor-faktor itu cuba ditangani tetapi cara pelaksanaannya dilihat hanya memakan diri, ini termasuklah juga dalam isu golongan pendidik yang dikatakan tidak berpuas hati dengan BN berikutan apa yang berlaku kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail.

Pucuk pimpinan parti termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak seolah-olah terpaksa menanggung dosa akibat perbuatan orang lain apabila berusaha menerangkan pengiktirafan kerajaan kepada Allahyarham tetapi malangnya apa yang sudah terbuku di hati golongan pendidik iaitu layanan UMNO di peringkat negeri kepada Allahyarham sudah tidak mampu dibendung lagi.

Keadaan ini telah memberi kesempatan kepada pembangkang untuk menarik perhatian golongan pendidik dan mereka memainkan isu tersebut habis-habisan. Kesudahannya ketika hari pengundi biarpun ada golongan pendidik yang masuk ke pondok panas BN tetapi apabila di dewan mengundi mereka memangkah parti lawan. Pembangkang juga turut bernasib baik, apabila BN gagal menarik perhatian pengundi Cina terutama yang menyokong parti itu untuk keluar mengundi. Ini mungkin disebabkan kelemahan parti-parti komponen BN yang dilihat tidak bersungguh-sungguh turun ke Kuala Terengganu.

Sebaliknya pembangkang bukan sahaja menghantar pemimpin PKR malah beberapa orang bloggers untuk masuk ke kawasan kaum Tionghua bagi melancarkan kempen secara agresif dan sekali gus menafikan kegigihan Najib yang sebanyak tiga kali mengadakan pertemuan dengan kaum berkenaan.

Begitu juga dengan kelompok generasi muda, sama ada hendak akui atau tidak, sesiapa sahaja yang berada di Kuala Terengganu akan mengakui bahawa secara tidak rasmi generasi berkenaan menyebelahi pembangkang.

Tidak kisahlah sama ada, kelompok ini dibayar atau tidak tetapi adalah terlalu sukar untuk melihat ada kelompok orang muda mengibarkan bendera BN sama ada ketika menunggang motosikal atau memandu kenderaan, sebaliknya mereka lebih bangga mengibarkan bendera Pas atau PKR.

Keadaan itu membuktikan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO negeri terutamanya yang sebelum ini dianggap hanya bijak menggantung poster gagal mempengaruhi golongan berkenaan untuk menyebelahi mereka. Kehadiran beberapa pemimpin kanan Pemuda pusat sudah dianggap terlewat kerana kelemahan Pemuda di peringkat negeri.
Kelemahan ini sekali lagi dieksploitasikan oleh pembangkang yang bukan sahaja berjaya menarik golongan muda menyokong mereka malah poster wajah Mohd. Abdul Wahid pun 'diremajakan' dengan salah satunya menunjukkan beliau memakai kemeja tangan panjang dan dilihat begitu bergaya.

Walaupun sekadar poster tetapi ia berjaya menarik perhatian generasi muda untuk mengubah persepsi mereka terhadap Pas. Faktor paling ketara ialah kegagalan UMNO menyelesaikan masalah dalamannya yang pada mulanya dikatakan tidak begitu serius. Tetapi ternyata UMNO Terengganu tidak berada dalam keadaan yang mantap, mereka berpuak-puak. Ia akhirnya mendatangkan kesan dari segi pergerakan jentera dan meraih sokongan.

Situasi tersebut diambil kesempatan oleh pembangkang yang melakukan perang saraf untuk melaga-lagakan pemimpin yang dikhabarkan 'tidak sebulu'. Malah media rasmi pembangkang juga menyiarkan berita mengenai konflik berkenaan yang akhir menimbulkan perasaan muak di kalangan rakyat bahawa UMNO sememangnya tidak pernah berubah. Sebenarnya, terdapat banyak lagi ruang kelemahan BN yang diambil kesempatan oleh pembangkang ketika pilihan raya kecil di Kuala Terengganu. Pembangkang sebenar tidak ada strategi atau isu selain melaungkan lagu 'pengundi hantu' dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus atau kehadiran polis yang ramai.

Tetapi apabila mereka menang, isu pengundi hantu entah ke mana, SPR dipuji bagus dan polis pula diucapkan terima kasih. Namun begitu Kuala Terengganu bukanlah satu petanda bahawa pakatan pembangkang merupakan alternatif kepada BN. Sebaliknya mereka hanya bersatu untuk sementara bagi melaksanakan misi menumbangkan BN tetapi selepas ini akan berbalah kembali dalam soal perjuangan politik masing-masing.

Jika undi yang diperolehi Wan Ahmad Farid diambil kira ia jelas menunjukkan bahawa di Kuala Terengganu, penyokong setia BN tidak lari, sebaliknya BN hanya gagal mencari penyokong baru termasuklah meraih sokongan pengundi atas pagar. Oleh itu BN harus segera bangkit dan kalau perlu melakukan 'penjenamaan' semula untuk memastikan mereka berupaya menarik penyokong baru dengan meyakinkan mereka bahawa BN masih lagi relevan. Jika ini tidak dilakukan maka dalam pilihan raya akan datang pembangkang akan terus menerima keuntungan tanpa perlu mengeluarkan modal atau titik peluh.

Datuk Najib boleh menang jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding. Adakah Datuk Najib hebat? Jika kalah di Permatang Pauh mungkin boleh diterima kerana di situ Anwar Ibrahim 'kebal'. Namun bila kalah juga di kawasan yang tidak kebal di Kuala Terengganu, adakah Datuk Najib hebat dan layak menjadi Presiden UMNO dan PM?

Satu soalan disebalik kemenangan- harapan rakyat jangan sesekali dipermainkan, buruk padahnya!

Tetapi perlu diingat kalau diikut daripada UNDI MELAYU, keadaannya adalah 50/50. Yang menjadi undi penentunya di KT adalah kaum Cina. Bagi Pakmie yang sebenar-benar menang di dalam Pilihanraya Kecil itu adalah DAP.

Kenapa? Kerana kaum Cina sudah mendapat apa yang mereka dapat dengan memperkudakan PAS. Jadi berikan kemenangan kepada PAS supaya PAS akan menjadi bertambah RIAK, TAKABUR dan teruskan dengan cakap besarnya kononnya UMNO telah pupus dan tidak mendapat sokongan rakyat. Lagipun bagi kaum Cina, jikalau BN tewas sekalipun di KT ianya tidak akan mengubah apa-apa, bahkan untong ada- dapat memperkudakan pas!.

Isyarat yang mereka berikan jelas sekali. Jika BN atau PR mahukan undi Cina, ubah dasar dan segalanya perlulah mengutamakan hak dan kepentingan mereka.

Dalam masa yang sama PAS sedang dan akan terus-menerus menjadi balaci DAP yang sudah terang lagi bersuluh mempergunakan mereka semata-mata. Selepas ini, anda semua akan melihat beberapa perubahan drastik yang melibatkan dasar yang 'favourite' kepada kaum tertentu akan berlaku.

Makanya, adakah boleh kita memberi harapan kepada parti pas untok mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara setelah Umno tidak releven lagi? soalan ini sahaja yang sering bermain difikiran Pakmie, setelah keputusannya pas dapat memenangi kedua-dua kerusi PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Sekali imbas, hebatnya pakatan parti pembangkang dalam mana tidak sampai pun 5 bulan Umno sekali lagi tertewas! Kalau kita tidak mengikuti dengan terliti perkembangan mutakir kegawatan perebutan jawatan kepimpinan dalam Umno sudah tentu kita agak kepelikan kenapa Umno boleh tewas sebegitu sekali(sebab ini pilihanraya kecil). Segala hulubalang, bahtera laut dan darat tertumpu kesatu kawasan Parlimen, biasanya amat sukar untok pembangkang menang tambahan pula dengan majoriti yang besar.

Dengan kemenangan ini, Pakmie yakin jika parti pas dapat memenuhi janji-janjinya semasa pilihanraya, menjamin kepada rakyat bahawa agama, bangsa dan negara tetap dijaga dan dipertahankan dibumi Malaysia ini. Kita sekarang tidak perlu gusar lagi, selama ini hanya Umno sahaja memperjuangkan nasib bangsa dinegara ini semenjak dari dahulu lagi. Sekarang kita sudah ada satu benteng lagi untok kekuatan bangsa melayu iaitu benteng Pas! (sila baca coretan penulis yang lepas - jika Allah SWT takdirkan Pas menang esok). Pakmie iklas mengkritik mana-mana pemimpin samada dari UMNO atau PAS demi Agama, Bangsa dan Negara.

Lintasan Dari Gerakhati Penulis.


Harus diingat, Kekalahan terhadap Umno KEMENANGAN sekali lagi untok DAP!