Saturday, January 31, 2009

KERAJAAN TIDAK KETENTUAN JIKA UMNO TIDAK STABIL

Semenjak lebih 50tahun negara kita Malaysia dalam keadaan aman. Kini pemerintahan Negara dalam komponen BN agak tergugat. Ketidakstabilan politik Umno yang menjadi tunjang kekuatan BN untok memerintah negara agak terumbang ambing dibawah pemerintahan PM Pak Lah. Krisis kempinpinan, politik wang, tekanan daripada parti pembangkang, pecah belahnya umat Islam gara-gara pendekatan Islam yang dibawa oleh pas dan peranan Anuar Ibrahim mengambil kesempatan menghuruharakan kerajaan.

Tun Mahadhir menganggap cara pemerintahan Pak Lah kaum melayu akan menghadapi masalah dinegara ini. Kerana itu Tun Mahadir mengajak seluruh rakyat Malaysia bersatu bagi menjatuhkan Pak Lah demi untok menyelamatkan Negara ini jatuh kebangkraban dan bagi menyelamatkan kaum melayu. Kesannya dalam pilihanraya 12, dapat menghalang BN daripada mencapai 2/3 kerusi diparlimen.

Politik wang merupakan salah satu isu yang semakin hari semakin menjatuhkan imej parti UMNO dan ini menyebabkan segala teori yang kedengaran hanya merupakan laughing stock kepada masyarakat dan ahli-ahli UMNO itu sendiri. Apakah ada mekanisme lain yang lebih mudah untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO?

Apabila BN (UMNO) kalah di Kuala Terengganu, Anwar melihat inilah peluang baru untuk beliau untuk mewujudkan gelombang kedua ketidakstabilan politik. Gelombang pertama ialah apabila beliau meuar-uarkan usaha mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008 lalu selepas menang di Permatang Pauh.

Anwar memang telah terkenal dengan kaedah atau teori kacau bilau. Pada 1987, Anwar antara orang yang merencana keadaan politik kacau bilau dan tidak stabil untuk meraih populariti politik dalam parti dan kerajaan. Akibat dari perencanaan itu Operasi Lalang (1987) dilancarkan dan Anwar yang ketika itu merupakan Menteri Pelajaran meraih populariti terbesar di kalangan orang Melayu. Isu pendidikan kaum yang menjadi alat mencetuskan ketidakstabilan ketika itu dilakukan oleh Anwar untuk menyelamatkan dirinya sendiri yang berada dalam kem Tun Mahathir menentang kem Tengku Razalegh. Beliau ketika itu dilihat sebagai puncva kemunculan kem Ku Li - Musa dan ada kecenderungan untuk perwakilan UMNO mengenepikannya dalam pemilihan ketika itu.

Pada 1997 Anwar sekali lagi mengambil kesempatan dari masalah kewangan dunia dengan meningkatkan kadar faedah. Ini menimbulkan kemarahan ramai orang kepada kerajaan. Kemarahan ini diikuti dengan "serangan" terhadap Tun Dr. Mahathir dengan isu kronisme, nepotisme melalui proksinya. Anwar juga memprojek diri sebagai pemimpin baru dalam kebangkitan Asia (Asian Rennaisance).

Malangnya Anwar gagal kali ini dan tercampak keluar dari hirarki kepeimpinan negara. Pada 1998 dan 1999, Anwar sekali lagi berusaha mengambil alih kuasa melalui keadaan huru-hara dan kacau bilau. Beliau membakar semangat golongan anak muda bagi menimbulkan keadaan tidak stabil, huru hara di Kuala Lumpur dan memberi imej seolah-olah kerajaan sudah lemah dan menunggu masa untuk tumbang.

Apabila Anwar berada di dalam penjara, negara kelihatan aman dan stabil. Biarpun ada perbezaan pendapat namun ia sekadar pendapat.

Apabila keluar dari penjara, Anwar menggerakkan semula pasukan huru hara politiknya. Beliau antara lain mnggunakan HINDRAF untuk memainkan sentimen kaum India dan bangsa lain kononnya sistem sedia ada tidak adil dan menindas bukan Melayu. Kumpulan-kupulan tycoon Cina juga dijanjikan dengan pelbagai habuan bagi mendorong mereka melaburkan sejunmlah wang yang banyak bagi menjatuhkan BN.

Beliau hampir berjaya dalam pilihan raya umum yang lalu.

Hari ini ketika ekonomi dunia berada dalam keadaan meleset, Anwar sekali lagi cuba mewujudkan huru hara politik dan berusaha meletakkan dirinya sebagai satu-satunya harapan rakyat untuk keluar dari kemelut ekonomi dunia.

Tindakan menarik wakil rakyat Bota dari BN masuk ke dalam PKR tentulah bukan dilakukan dengan air liur dan janji kosong semata. Jika kerana tiada jawatan dan beberapa kepentingan peribadi yang gagal dicapai maka ADUN Bota ini berpindah ke PKR, apakah kita mahu percaya beliau berpindah kerana perjuangan?

Mengapa Anwar begitu berhabis-habisan "membeli" wakil rakyat UMNO ini? Tujuannya ialah untuk mewujudkan keadaan tidak stabil dalam UMNO. Apabila UMNO tidak stabil maka ahli UMNO akan kecewa dan melihat pemimpin sedia ada gagal menyediakan satu contoh kepimpinan yang kuat.

Bila ini berlaku tidak mustahil akan ada usaha membawa Anwar kembali kepada Umno. Inilah cita-cita dan harapan Anwar.

Makanya, Umno pada Mesyuarat Agong Mac nanti dijangka akan berlaku perubahan besar dalam corak kepimpinan parti itu. Datok Najid akan menerajui parti Umno mengganti Pak Lah, kempinpinan lain akan disusun oleh para perwakilan dari seluruh bahagian. Kepimpinan yang benar-benar layak dan bebas dari politik wang sahaja akan diangkat menjadi pemimpin dalam permilihan parti Umno kali ini. Mungkin juga kerajaan mengubal satu dasar bagi mengatasi masalah lompat parti, bagaimana cara menghadkan kebebasan parti-parti politik bagi menggelak daripada perpecahan kaum dan agama Islam di Negara ini.

Realitinya, jika UMNO berjaya menganjak kepada parti yang disenangi dan lebih meyakinkan, rakyat berkemungkinan besar tidak akan menolak UMNO lebih-lebih lagi jika kita sandarkan kepada pencapaian selama ini.

Memang benar terdapat kelemahan dan kekurangan pemerintah tetapi janganlah pula kita menidakkan kejayaan dan pencapaian yang kita terima selama ini.


Bahanberita.






No comments:

Post a Comment