Friday, January 9, 2009

STRATEGI DAP AKAN MENGUSAI KESELURUHAN KAWASAN BANDAR DI MALAYSIA

Sekarang ini kita ada 2 sistem Kerajaan Negeri - Kerajaan Negeri pempinan BN di Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak dan Kerajaan Negeri pimpinan PR di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Kerajaan Negeri di Kedah dan Kelantan bolehlah disifatkan Kerajaan Negeri pimpinan PAS kerana majoriti ADUN mereka ialah dari PAS.


Pada realitinya MCA, Gerakan dan DAP mewakali kaum Cina di Bandaraya, Bandar-Bandar dan Pekan di Pulau Pinang, Perak, Selangor dll negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Setelah melalui PRU ke 12 dan setelah mentadbir Kerajaan Negeri selama 10 bulan bolehkah DAP bertahan di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Bolehkah mereka terus memperoleh keyakinan dan kepercayaan rakyat, masyarakat dan pengundi di 3 negeri tersebut? Bolehkah DAP terus mentadbir penduduk 3 negeri dengan baik, dengan berjaya dan adil kepada semua kaum - Melayu, Cina, India, Orang Asli dll bangsa? Atau mereka akan menumpukan perhatian kepada kaum Cina sahaja seperti kaum Cina yang tinggal di New Villages di Perak?

Setelah ia dapat mengusai negeri-negeri tersebut, sekarang DAP cuba menyebar pengaruhnya ke bandar-bandar yang lain di Malaysia. Sudah tentu amat sukar untok parti pas menyekat fenomena DAP ini. Dan ini juga merupakan strategi Anwar bersama DAP setelah DAP dapat mengusai 3 negeri hasil daripada gabungan bersama Pas, Keadilan dalam pilihanraya yang lepas. Bagi menghadapi PRU13 akan datang sudah tentu DAP diberi laluan oleh PR dikawasan bandar-bandar di negara kita ini.

Sejauhmanakah peranan komponen BN iaitu MCA untok menyekat kemaraan DAP? jujurkah MCA setelah Umno dalam situasi tertekan, sedangkan sebangsa dan seagama pas pun sanggup menghapus Umno di bumi Malaysia hari ini?

Adakah suatu masa bangsa melayu di Bumi tercinta ini juga akan menimpa nasib yang sama seperti rakyat palestin? Sekarang pun kita di Malaysia sudah lama tercetus peperangan ideologi, kalau di Palestin pertumpahan darah berlaku yang mana kelihatan agak jelas sebab ditaksirkan melalui peperangan, pembunuhan secara zalim oleh Regim Zionis yahudi berpaksikan Amerika dibelakang. Pertalian idealogi Barat yang dibawa oleh Anwar Ibrahim juga sudah tentu lebih hebat dan rumit untok di bendung oleh mana-mana pemerintah.

Amerika Syarikat sanggup lakukan apa sahaja asal impian dan agenda mereka tercapai. Mereka sanggup melancar peperangan di Iraq yang begitu tragis sekali. Pembunuhan dan kemusnahan harta benda bagi mereka adalah perkara biasa. Di Palestin hari ini walaupun seluruh Negara Islam Dunia(OIC) mengutuknya tidak memberi kesan apa-apa sebaliknya menyalahkan Hamas yang melakukkan kezaliman keatas rakyat dibumi palestin.

Berbalik kepada MCA dan GERAKAN bolehkah parti itu mendapatkan semula sokongan, keyakinan dan kepercayaan kaum dan pengundi-pengundi dari Cina khasnya dan kaum Melayu dan India dll kaum amnya di Kawasan Bandaraya, Bandar-Bandar dan Pekan-Pekan di 3 negeri tersebut menjelang PRU ke 13?

Apakah perancangan MCA, Gerakan, UMNO, MIC dan PPP di 3 buah negeri iaitu Selangor, Perak dan Pulau Pinang untuk mendapatkan semula sokongan, kepercayaan dan keyakinan semua rakyat dan majoriti pengundi supaya mereka ikut berkecimpung dengan parti-parti dalam BN Kerajaan BN di peringkat Pusat dan Negeri - di Daerah, Bandaraya, Kawasan Perbandaran, Kawasan Parlimen, Kawasan DUN dan di Mukim-Mukim?

Makanya, pemimpin-pemimpin parti dalam komponen BN tersebut, bukan sahaja patut berusaha untuk mendapatkan dan menambah bilangan undi, mereka juga patut berusaha dan meyakinkan supaya semua ahli lama dan ahli baru lebih 8,000 pengundi kaum Cina akan mengundi calun BN yang diwakili oleh calon Umno Wan Farid di PRK Kuala Terengganu pada 17 januari ini. Hasil keputusan daipada pilihanraya ini sudah pasti memberi impak yang besar kepada BN bagi menghadapi PRU ke 13 akan datang.

Persoalannya ialah, "Apakah aktiviti dan projek yang mereka perlu lakukan untuk kearah itu semua?"

Kegagalan Umno, penyesalan Pas... keuntongan DAP!

No comments:

Post a Comment