Sunday, January 4, 2009

KEKEJAMAN REGIM ISRAEL TERHADAP ORANG ISLAM DI BUMI PALESTIN



Kita kesal dengan sikap berpeluk tubuh yang diambil pelbagai pihak bagi menghalang kekejaman regim Israel terhadap rakyat Palestin yang lemah dan tiada kekuatan. Kerisauan dan khuatir jumlah kematian yang setakat ini sudahpun melebihi 500 orang sementara ramai lagi yang cedera parah akan terus meningkat dalam keadaan regim Israel semakin giat mengerah tenteranya ke Tebing Gaza yang kini bermandikan darah.

Pembunuhan yang tidak berasas ini mestilah dihentikan serta merta oleh kerajaan Israel kerana ia melanggar dan mencabuli undang-undang antarabangsa, Konvensyen Geneva serta Resolusi-resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Regim Zionis yang disokong oleh Amerika Syarikat mestilah dikejam sekeras-kerasnya oleh Negara-negara dunia yang lain sebagai mencabuli hak asasi manusia.

Tindakan tentera Israel itu jelas telah melanggar hak rakyat sebuah negara yang berdaulat dan telah memilih Hamas di dalam pilihanraya parlimen pada tahun 2006. Dalam masa yang sama, dunia terus dikelirukan oleh media-media barat yang mengatakan Hamas adalah punca kepada segala tindakan Israel terhadap bumi Palestin dan ini amat membimbangkan. Amerika Syarikat menafikan hak undi rakyat Semenanjung Gaza yang telah memilih Hamas pada pilihanraya yang lepas dan perkara ini amat dikesali.

Kekeliruan yang dialami ini bertambah apabila tindakan tentera Israel itu seperti telah diketahui oleh Presiden Palestin, Mahmud Abbas sendiri yang telah berbincang dengan Presiden George Bush pada 31hb Disember 2008.

Malah, ketidakmampuan negara-negara Islam yang berjiran dengan Palestin untuk membantu secara efektif turut menimbulkan pelbagai persoalan yang telah kronik dan masih tidak terjawab sehinggalah ke hari ini.

Apakah doa rakyat Islam di seluruh dunia ini tidak akan dimakbulkan oleh Allah swt?

Jika kita menyentuh soalan ini, rakyat Palestin terutamanya pemimpin-pemimpinnya perlu terlebih dahulu berubah dan mengunakan modus operandi yang berlainan daripada yang digunapakai hari ini. Pemimpin-pemimpin Islam juga mesti berubah dan bersatu. Ini dapat dijadikan panduan kepada kita semua jika orang-orang islam tidak bersatu. Akhirnya pembunuhan dan kekejaman berlaku didepan mata disana sini di Negara sendiri. Ibubapa, anak-anak kecil yang tidak bersalah dibunuh dengan kejam dan dapat dilihat dengan mata kepala kita sendiri.

Penulis mencadangkan agar Pemuda UMNO Malaysia mendahului dengan membentuk satu think tank dan pasukan khas untuk konflik di Palestin ini. Mereka dipertanggungjawabkan untuk mengenali secara ilmiah dan mendalam mengenai sejarah Palestin.

Mereka juga dipertanggungjawabkan untuk menyediakan bahan-bahan berita yang benar kepada rakyat Malaysia agar isu ini mendapat tempat yang sewajarnya di dalam hati seluruh rakyat Malaysia. Tahap kefahaman rakyat Malaysia mengenai isu konflik di Palestin amat rendah, hanya mengetahui menerusi media massa, tv itu sahaja dan begitu terhad berbanding dengan penderitaan sesama islam rakyat di Palestin. Kerajaan kena ada satu cara pendedahan kekejaman sebenar Regim Zionis Yahudi yang berpaksi kepada Amerika Syarikat bagi menjahanam umat islam di muka bumi ini, khasnya di bumi Palestin.

Pasukan ini juga haruslah menganjurkan program-program berkala yang bertujuan untuk menyemarakkan sokongan rakyat Malaysia dan bukannya bermusim seperti sekarang ini. Kita jangan nampak seolah-olah bantuan keewangan, membakar patong-patong sambil berarak kekedutaan Israel sahaja yang kita mampu bagi menolong rakyat palestin. Dalam situasi sekarang ini lebih memerlukan kesepakatan ketenteraan mengikut kemampuan Negara-Negara Islam Dunia(OIC) dengan memberi sokongan emosi tanpa perantaraan begitu penting sekali.

Apakah Pemuda UMNO Malaysia tidak mampu untuk melakukannya ?

Dari gerakhati penulis.


No comments:

Post a Comment