Thursday, January 8, 2009

KEKEJAMAN REGIM ZIONIS KEATAS ORANG ISLAM DI BUMI PALESTIN





Banyak barang dalam rumah kita menggunakan jenama atau produk dari 'askar-askar' untuk membantu menghancurkan rakyat Palestin. Adakah kita sanggup menukar kain lampin anak-anak kita dari jenama US kepada jenama biasa? Adakah kita boleh memaksa anak-anak kita meminum susu yang tidak berlabelkan Nestle milik US?...dan semua susu bayi di pasaran Malaysia hampir 90% dikuasai Nestle!!! Mahukah kita menggunakan susu atau produk makanan dari China?

Inilah kelemahan kita sekarang. Hendak suap ke mulut pun kena 'dibantu' oleh US dan koncu-koncu Yahudi. Kalau setakat jangan makan maggie dan beralih ke Mee Sedap, Pakmie fikir ia tidak menjadi hal.

Penghebahan jenis-jenis barang keluaran Yahudi dan negara sekutu menyokong tindakan membunuh rakyat Palestin boleh dibuat menerusi televisyen dan juga akhbar arus perdana. Jika perlu dan mempunyai peruntukan, poster kutukan dan perilaku kejam terhadap Israel dan regim Zionis itu boleh disebar dan ditampal di mana-mana tempat awam. Mungkin juga kalau munasabah boleh ditampal selang seli bersama poster dacing dan bulan purnama pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang sedang berlangsung kini.

Klik di sini hendak melihat barangan itu.
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html
Jangan menggunakan perkhidmatan milik US.

Selain memboikot barangan keluaran Yahudi mungkin juga tindakan diplomatik ke atas negara yang terbabit bersubahat dengan pembunuhan boleh dilakukan. Kepentingan-kepentingan Isarel dan Yahudi yang terdapat di negara kita atau masih digunakan oleh rakyat kita hendaklah diputuskan atau dilarang. Kalau tindakan pemulauan dan tindakan fizikal itu menyeluruh pasti ianya akan memberi kesan.

Pada 12 januari iaitu isnin ini ahli Parlimen Malaysia akan berhimpun untuk mengadakan sidang khas bagi mengambil resolusi berhubung keganasan dan pembunuhan di Semenanjung Gaza oleh regim terkutuk Israel. Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi akan menyampaikan usul manakala Menteri Luar, Rais Yatim akan menggulung.

Adalah diharap persidangan Parlimen Isnin ini bukan saja setakat mengambil beberapa resolusi mengutuk Israel dan melayarkan simpati kepada rakyat Palestin tetapi ia perlu disusuli dengan tindakan fizikal yang lebih berkesan ke atas Israel dan sekutu yang bersekongkol dengannya. Kalau setakat bersidang untuk merekodkan komitmen kita terhadap apa yang berlaku di Gaza itu dan dirakamkan dalam hanserd Parlimen tidak ada gunanya. Namun apa pun kita harus berbangga kepada kerajaan itu, diatas sikap keperihatinan sesama manusia apatah lagi kita serumpun beragama islam.

Makanya satu perkara lagi, adakah kita sedia boikot 'politik Yahudi' atas alasan Malaysia Baru? Iaitu pemimpinnya ialah Anwar Ibrahim? Kenapa Anwar seolah-olah tidak mempunyai kemaluan bila melihat rakyat Palestin ditindas dan dibunuh oleh askar Israel berbanding memperjuangkan nasib kaum HINDRAF kononnya ditindas oleh orang Melayu? Kalau begitu kita juga perlu boikot parti yang bersahabat dengan Yahudi di Malaysia, iaitu PKR dan sahabat mujahid mereka seperti PAS dan DAP!!! Biar rakyat Terengganu mengajar barua-barua yahudi yang bertapak di Malaysia tetapi bertopengkan Melayu, Cina atau India.




No comments:

Post a Comment