Saturday, January 10, 2009

PRK KT - SATU ANALISIS RINGKAS PENULIS

Isu pilihan raya di Kuala Terengganu - Masing-masing meluahkan pandangan dan pendapat dalam menyusun strategi bagi menambat hati pengundi supaya calon yang mewakili parti dapat memenangi dalam piliharaya yang diadakan. Tetapi dalam sinario politik hai ini Pakmie berpandangan, strategi utama untok mencapai kemenangan hendaklah mesti mengurangkan kecaman peribadi dan sewenang-wenangnya mengukit isu-isu lama, seperti 16 September atau pun Hudud.

Bagi Pakmie kempen yang memburuk-burukan Anwar atau Najib - ia tidak releven lagi dan tidak menguntung sesiapa . Cara berkempen mesti diubah melalui cara perang psikologi generasi muda. Berkempen dengan memberikan satu bentuk "keselesaan" kepada generasi muda dan menjauhkan mereka daripada sebarang tekanan dan desakan.

Dengan kata lain, pengundi dihari ini sudah cerdik dan lebih matang, lebih-lebih lagi golongan muda mudi. Generasi muda ia lebih berminat kepada tawaran "sesuatu yang menberikan keselesaan kepada mereka", seperti kemudahan untuk membuat pinjaman perniagaan, bayaran balik yang tidak menyusahkan berkaitan dengan PTPTN, memudahkan proses mereka berkahwin, izinkan mereka bersuara dan meluahkan pandangan melalui blog serta elakkan daripada mengancam mereka dengan undang-undang dan ISA, serapkan staf-staf kontrak yang dah lama berkhidmat dengan kerajaan sebagai staf tetap dan berpencen, memudahkan mereka untuk membeli rumah kos rendah dan kenderaan, kenal pasti apakah yang mereka mahukan di universiti dan yang lebih penting pastikan para graduan yang baru menamatkan pelajaran dari universiti, mudah untuk masuk bekerja di sektor awam dengan taraf tetap, walaupun gaji permulaanya sekadar RM1000.00 sebulan.

Hakikatnya, para graduan tidak memilih kerja, asalkan tetap dan bekerja dalam sektor awam dengan cara ini sahaja dapat menarik minat golongan bagi menyokong mana-mana parti yang bertanding. Mereka tidak penting bahkan lebih kepada merasa fed-up jika mencerita kepada mereka hal-hal berkaitan individu tertentu. Muda mudi akan merasa lebih selesa jika ada pehak yang prihatin, seolah-olah boleh mengurangkan masalah yang mereka hadapi.

Makanya, para perayu undi UMNO cuba menggunakan pendekatan cara ini, mungkin dengan mengambil kira sentimen-sentimen generasi muda, kita akan menang dengan lebih selesa. Jauhkan kempen mengutuk peribadi dan kecaman kepada pemimpin pakatan rakyat, Anwar Ibrahim atau pun Nik Aziz.


No comments:

Post a Comment