Saturday, January 17, 2009

PRK - MANA LEBIH PENTING SERAWAK ATAU TERENGGANU?

Anwar berada dalam dilema di Kuala Terengganu.

Jika calon Pas menang ini bermakna Anwar boleh mendabik dada bahawa Pakatan Rakyat semakin mendapat tempat. Namun ia memberi satu lagi risiko lain iaitu pemimpin konservatif Pas mempunyai suara dan pandangan yang lebih kuat. Ini boleh menjejaskan kepimpinannya.

Jika calon Pas ini kalah, Anwar akan menerima tamparan imej dan kemampuan Pakatan Rakyat. Namun dalam masa yang sama Anwar berkemampuan untuk mengukukan kedudukannya sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat dengan memulangkan paku buah keras kepada golongan konservatif dalam Pas yang menolak calon pilihannya.

Anwar bukan sahaja tidak turun ke hari penamaan calon, malah kempen Anwar di Kuala Terengganu juga tidak sepenuh hati. Beliau melakukan sekadar mengambil syarat untuk menyatukan Pakatan Rakyat dan menunjukkan kepada umum bahawa calon tersebut adalah calon terbaik dari Pakatan Rakyat.

Sikap sambil lewa Anwar boleh dikesan apabila dalam kesibukan jentera pihak bertanding bertungkus lumus bekerja di Parlimen, pemimpin utama Pakatan rakyat tersebut boleh pula berkempen di Kuching, Sarawak untuk pilihan raya negeri yang masih jauh perjalanannya.

"Kita Akan Tawan Sarawak" jerit Anwar di hadapan 5000 penyokongnya di Kuching beberapa hari lalu.

Bagi kita yang waras tentu tertanya-tanya apa relevannya Anwar terbang ke Sarawak untuk berkempen dalam satu pilihan raya yang belum pasti tarikhnya sedangkan Kuala Terengganu amat genting untuk Pas?

No comments:

Post a Comment