Friday, January 2, 2009

TEKA TEKI SIAPA CALON PAS PRK KUALA TERENGGANU TERJAWAB

Mohd Abdul Wahid Endut diumumkan sebagai calon pas di pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 januari nanti, beliau merupakan bekas Pegawai Pertanian berkelulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi kerusi Dun Wakaf Mempelam dalam pilihan raya umum lalu dengan majoriti 2,193 mengalahkan calon BN, Othman Awang. Abdul Wahid memperolehi 9,645 manakala Othman mendapat 7,452. Beliau juga sebelum ini penyandang Adun berkenaan selama empat penggal. Majoriti diperolehi Abdul Wahid merupakan tertinggi kalangan dua Adun, Batu Buruk dan Ladang dalam Parlimen Kuala Terengganu.

Abdul Hadi Awang mengumumkan Adun Wakaf Mempelam itu , 52th sebagai calon Pas di stadium tertutup di Batu Buruk Kuala Terengganu sekejap tadi.

Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden Pas, Husam Musa bagaimana pun tidak kelihatan dalam majlis tersebut.

No comments:

Post a Comment