Sebut sahaja 'bukit' sekarang maka orang yang politik akan membayangkan kepada Pilihan raya kecil - PRK. Mungkinkah sejarah baru politik tanah air akan bermula di ketiga bukit ini? tiga kawasan bukit memerlukan pengisian jawatan wakil rakyat iaitu Bukit Lanjan (jika perletakan jawatan wakil rakyatnya diterima), Bukit Gantang dan Bukit Selambau. ia terletak di 3 negeri yang berderetan iaitu Selangor, Perak dan Kedah. Ada tiga juga komposisi kaum utama bertanding iaitu kaum India di Bukit Selambau, Kedah, Melayu di Bukit Gantang dan Cina di Bukit Lanjan.
Kalau ada bukit keempat selepas ini samada di Negeri Sembilan atau Pulau Pinang bermakna dalam urutan negeri kita ada empat bukit berkemungkinan mewakili kaum banggali atau singh pulak- ini adalah persepsi yang pakmie tambahkan! Ada kawan Pakmie cakap kalau sudah ada tiga untok mendapat empat itu senang. Di kedua-dua PRK Bkt Gantang dan Bkt Selambau sudah diputuskan oleh SPR 7 april ini. Manakala di Bkt TLenjang pula belum ditentukan lagi oleh SPR bila akan diadakan - ' tempuh bertenang Eliza belum habis lagi'
Pilihanraya kecil (PRK) terlalu kerap merupakan satu proses amalan demokrasi yang perlu dipenuhi tetapi juga adalah satu proses yang membazir dari banyak aspek. Ada yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini atau bersetuju. Ini juga satu proses `pendemokrasian’ seperti yang dilaung-laungkan oleh pihak yang suka sangat melabel diri mereka sebagai pejuang rakyat.
Banyak factor mendorong pemilihan atau pengundian semula perlu diadakan selepas ditentukan dan disahkan kekosongannya. Pengisytiharan mahkamah, kematian ahli dewan sedia ada dan perletakan jawatan atas pelbagai sebab. PaKMie menyentuh tentang `pembaziran’ apabila PRK terpaksa dilaksanakan bukan setakat membazirnya dari segi kewangan tetapi juga aspek lain seperti tenaga dan masa. Pembaziran ini lebih menyakitkan hati bilamana sesuatu PRK itu terpaksa diadakan hanya kerana disebabkan perletakan jawatan disebabkan oleh masalah peribadi samada masalah rendah moral mahupun terdapat unsur kelucahan.
Ini bermakna individu itu dipilih oleh parti berkaitan adalah individu yang memang ada masalah atau menyimpan masalah. Bila masalah yang disimpan tersembur keluar mula memberi seribu dalih. Moralnya memang betul lah langkah meletakkan jawatan sebab rakyat tidak akan bersetuju dan menerima wakil mereka yang berakhlak dan bermoral low class. Tetapi langkah sebegini telah menyebabkan kerajaan menggunakan bajet yang bukan sedikit dari segi kewangan, tenaga kerja dan masa diperuntukkan. Bayangkan bajet tersebut kerajaan gunakan untuk membeli beras dan sedekahkan kepada semua rakyat yang memerlukan, kebetulan sekarang ini dalam proses pembuangan perkerja kesan dari ekonomi global. Sudah tentu banyak munafaatnya, jangan sedekah sex sudah lah...
Makanya di kedua-dua PRK di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang kita terpaksa terima hakikatnya perlu diadakan kerana disebabkan kematian wakil mereka. Ini kita tidak dapat elakkan dan kita terima reality tersebut. Tetapi bagi kes Bukit Selambau, Permatang Pauh dan Bukit Lanjan PRK yang terpaksa diadakan dalam situasi membazir - duit, tenaga dan masa. Ketiga-tiga kawasan ini terpaksa diadakan PRK kerana nafsu manusia. Satu kerana nafsu kuasa dan dua lagi berkaitan nafsu seksualiti. Ketiga-tiganya juga wakilnya dari parti yang sama iaitu Parti Kuat Retorik - PKR. Ini juga bermakna sudah ada 5 PRK selepas Mac 2008 (PRU12) yang baru lalu. Di antara lima PRK tersebut tiga PRK adalah proses pembaziran dalam demokrasi. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Tim Menteri Dalam Negeri YB Datuk Choe Chee Heung berkaitan perbelanjaan PDRM di PRK Kuala Terengganu tempuh hari adalah melibatkan kos yang tinggi terpaksa ditanggong oleh kerajaan pusat. Sekadar untok memilih penganugerahan MP perlakon layar terbaik, memilih pelakon ADUN sex terbaik dan pelakon ADUN foto bogel paling sexy tak payah lah menyusahkan rakyat dan menghabiskan duit rakyat! - ini satu kerja yang "paling gila" dikeluarkan dari kilang PKR cetusan idea oleh charmant tersohor seantero dunia Anwar Ibrahim.
Rakyat atau pengundi terutamanya di kawasan tiga bukit terbabit agar membuka mata dan minda seluas-luasnya. Mungkin setahun yang lalu ramai yang mengikut emosi dan amarah. PaKMie percaya di pihak Barisan Nasional, signal dan indicator yang diberikan pada PRU12 yang lalu telah menyedarkan dan mengejutkan kealpaan segelintir kepimpinan BN itu sendiri.
PakMie,
ReplyDeleteSetiap kali berita kejutan politik diletuskan dek pemain-pemainnya, saya terbayangkan kecukupan barang keperluan dapur di rumah.
Saya teringatkan jiran yang entah makan entahkan tidak, terkenangkan masa depan anak-anak saya yang tak dapat lagi di rancang seperti sebelumnya.
Malah, setiap malam tidur saya tak lena kerana banyak penjenayah berkeliaran akibat pihak polis disibukkan dengan isu-isu sensasi demi memuaskan serakah pemain politik.
Tidak berapa lama lagi saya akan dihidangkan pula dengan hiruk pikuk tiga buah bukit di dalam tiga buah negeri. Maka makin bertambahlah kebimbangan saya.
Tiga bukit itu pasti menentukan suka atau muak nya rakyat dengan politik. Lihat saje peratusan keluar mengundi / undi rosak nanti.
Tiga bukit itu juga yang akan menentukan di mana pilihan sebenar rakyat terbanyak antara retorik Ketuanan Melayu atau retorik Ketuanan Rakyat.
Salam kontraktorwibawa,
ReplyDeleteDana Ekonomi Negara sebenarnya sdh byk kurang. Pembazir byk berlaku dalam hal2 kerenah politik. Rakyat terpaksa tanggong kesusahan hidup semata2 kerenah pembangkang yg memang sengajakan isu utk menyusahkan rakyat dan kerajaan. Anwar lebih senang dan suka jika keadaan dlm negara ini huruhara sb ia lebih senang menyalahi kerajaan...
Kebanyakan rakyat masih tdk sedar lagi...kebanyakannya masih menyalahi kerajaan dan percaya kata2 pembangkang.
Cuba fikirkan perbelanjaan PDRM saja di PRK KT tempuhari melebihi 15juta. Tu baru satu Parlimen sahaja dan tak termaksuk SPR dan urusan lain lagi.
Yg jdi masalahnya kekosongan kerusi oleh Eliza dan Arumugan tu..atas isu moral sex dan bogel. Ini lah dikatakan pembazirzn ... tdk sepatutnya berlaku, calon tdk dikenalpasti betul2 mybabkan pembaziran duit rakyat/kerajaan berluasa...
Salam perjuangan saudara...tq kerana mengingati...Kita terus bersatu dibawah BPN.